Tuesday, 3 December 2013

Cubaan Langgar Polis


langar

Subang Jaya: Biarpun cuba dilanggar dengan kereta dinaiki lima penjenayah, dua polis bermotosikal nekad mengejar suspek sebelum berjaya menahan dua daripada mereka yang dipercayai saki baki ahli ‘Geng Topeng’ di Jalan SS14/5D, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2 petang itu, dua anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang melakukan rondaan mencegah jenayah terserempak sebuah kereta Proton Wira dinaiki lima lelaki tempatan berusia 20-an dalam keadaan mencurigakan. Menyedari kehadiran polis, suspek memecut laju dan dikejar hingga ke persimpangan Jalan SS14/8F kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, suspek kemudian bertindak agresif apabila cuba menghimpit motosikal anggota URB menyebabkan kereta dinaiki mereka hilang kawalan.
“Akibat tindakan itu, kereta suspek terbabas dan melanggar tembok dinding longkang berhampiran rumah penduduk di kawasan itu sebelum mereka termasuk seorang yang bersenjatakan parang melarikan diri.
“Tindakan pantas polis berjaya menahan seorang daripada mereka sebelum menahan seorang lagi kira-kira setengah jam kemudian. “Ketika ditahan, suspek pertama bertindak agresif kerana mahu mencederakan anggota polis untuk melepaskan diri, namun gagal,” katanya.
Yahaya berkata, soal siasat dilakukan mendapati suspek pertama berusia 25 tahun dan beralamat terakhir di Rumah Papan Salok Merah di Jalan Meru, Klang.
Foto
SEORANG daripada dua suspek yang ditahan disoal anggota polis.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut terhadap kereta itu juga polis menjumpai lima parang panjang, empat jaket berlainan warna, tiga topeng, tiga sarung tangan, tiga telefon bimbit pelbagai jenama dan satu topi koboi.
Turut ditemui, satu pemutar skru, surat pajak gadai, sekeping kad pengenalan dan pemeriksaan juga mendapati kereta dinaiki suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu dan pernah dilaporkan hilang di Taman Sentosa, Klang pada 14 November lalu.
Katanya, suspek yang ditahan dibawa ke Balai Polis Subang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan dan bersenjata.
Menurutnya, polis juga sedang giat memburu tiga lagi suspek yang melarikan diri dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan – Hmetro Online

Surat Siti Hajar Aladin Kepada Najib Razak (Perdana Menteri).Gaji Bersih RM2032 di KL? Cukupkah?


Assalamualaikum Dato’ seri.. Tujuan saya (Siti Hajar) menulis surat ini adalah sebagai seorang anak Malaysia yang ingin negaranya membangun dan mengurangkan kemiskinan di negara sendiri . Beberapa isu ingin saya ketengahkan kepada Dato’ Seri dan saya berharap apa yang saya perkatakan ini memberi idea dan impak kepada semua rakyat Malaysia.
Saya menulis surat ini adalah…sifat keberanian dalam diri saya dimana saya ingin menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Membangun Pesat bukan Negara Yang Sedang Membangun.
Sejak akhir-akhirini isu minyak diperkatakan. Ada yang mengatakan negara-negara jiran kita lebih mahal minyak jika dibandingkan di Malaysia. Ya. Saya setuju tentang kenyataan itu tetapi idea untuk menaikkan harga minyak adalah sesuatu yang memang terang lagi bersuluh bukan idea yang bijak. Jika hari ini kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen, ia bukan sekadar memberi impak kepada golongan muda sahaja tetapi juga golongan miskin dan juga seluruh rakyat Malaysia. Hari pertama harga minyak naik, food court ditempat kerja saya menaikkan harta roti sebanyak 30 sen. Lihat! Impak terhadap kenaikan minyak. Tetapi jika satu hari nanti harga minyak turun walaupun sebanyak 50 sen sekalipun, harga roti yang naik 30 sen ketika harga minyak naik akan kekal sama dan tiada pengurangan. Mungkin ianya kecil pada mata orang-orang yang kaya nilai 20 sen itu tetapi ia cukup berharga kepada kami yang baru sahaja memulakan kehidupan.
Perjalanan hidup saya masih jauh. Umur baru 27 tahun. Belum berkahwin. Tetapi saya dah rasakan bebanan yang saya akan hadapi untuk 10 tahun akan datang. Bagaimana pula sahabat-sahabat saya yang sebaya dengan saya, yang telah berumahtangga? Pasti mereka lebih terbeban akibat krisis kenaikan harga minyak. Boleh dikatakan golongan muda belia ini sangat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan Negara pada masa akan datang, tetapi saya tidak nampak bagaimana kami mampu memajukan Negara sedangkan saya sendiri rasa ianya satu penindasan ke atas kami. Apa yang dikatakan penindasan?
Mengenai BR1M. Pada mereka yang diberikan BR1M, pasti mereka akan gembira. Kenaikan BR1M telah memberi impak positif yang besar kepada kerajaan kerana kerajaan telah melaksanakan sebahagian tanggungjawab untuk membantu rakyat, tetapi pada masa yang sama kenaikan harga memberi impak negatif yang lebih besar kepada seluruh rakyat Malaysia baik yang menerima BR1M atau tidak. Mengapa tidak bajet BR1M itu digunakan bagi memberi subsidi minyak?
Kerajaan mengatakan bahawa pemberian BR1M kepada rakyat bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang berpendapatan rendah. Tetapi saya tidak nampak semua itu. Seperti saya katakan tadi, apabila harga minyak melambung, maka harga barang juga turut melambung. Jadi pemberian itu tidak memberi makna apa-apa terhadap rakyat. Ia umpama buruk siku. Lepas bagi, ambil balik.

SURAT SITI HAJAR ALADIN : BR1M @ SUBSIDI MINYAK?

Dato Seri Najib Razak,
najib razakKadang-kadang saya terfikir, apakah keistimewaan saya sebagai rakyat Malaysia? Adakah hanya sekadar penyumbang ekonomi negara tanpa mendapat sebarang kebaikan daripada negara sendiri? Gaji saya di dalam golongan middle income (RM3,000 – RM5,000). Saya tidak layak menerima BR1M malah saya juga di dalam kategori pembayar tax kepada kerajaan. Golongan middle income pada hari ini masih sukar untuk membeli rumah kerana kos sara hidup yang tinggi. Apakah keistimewaan kami yang mana suatu hari nanti bakal menerajui negara sendiri?
Seterusnya pula, Boleh dikatakan golongan lepasan Ijazah yang belum berkahwin, gaji permulaan bermula RM2200. Maka mereka tidak layak untuk menerima BR1M. Syarat untuk menerima BR1M bagi individu adalah bawah RM2000. Manakala bagi mereka yang telah berkahwin dibawah RM3000. Walaupun gaji mereka Bawah RM3000 dan layak untuk menerima BR1M, ia masih tidak mencukupi kerana mereka ada tanggungan yang perlu ditanggung bukan setakat anak isteri tetapi juga pinjaman pembiayaan pelajaran. Untuk memulakan hidup, saya pasti Dato’ Seri pun tahu bagaimana gigihnya seseorang untuk menanggung keluarga.
Beban atas kenaikan minyak amat dirasai pada golongan kami.
  • Gaji kasar : RM2300 (fresh graduate)
  • Gaji bersih : RM2032 (masih tidak layak menerima BR1M)
  • Kereta : RM 400 (Kawasan yang sukar mendapatkan public transport seperti di kawasan Damansara, maka kami memerlukan kereta)
  • Tol: RM1.60 x 2 kali sehari : RM 3.20 x 23 hari = RM73.60 (melalui LDP, masih tidak menerima 20% rebate touch n go)
  • Parking : 23 hari x RM5 = RM115
  • Minyak : RM 12 x 23 hari = RM230 (dari Taman Melati ke Damansara dan untuk ke kerja sahaja)
  • Sewa : RM 200 (paling murah di Kuala Lumpur untuk satu bilik)
  • PTPTN : RM150 (minimum)
  • Makan untuk sebulan = RM 450 (sehari RM15)
  • Ibu Ayah = RM200
  • Baki : RM2032 – RM400 – RM73.60 – RM115 – RM230 – RM200 – RM150 – RM450 – RM200
  • TOTAL BAKI : RM213.40

SURAT SITI HAJAR ALADIN : LONJAKAN HARGA RUMAH DI MALAYSIA

Ini apa yang pernah saya lalui. Tak dinafikan ada juga beberapa bulan saya tidak dapat membayar PTPTN apabila dalam keadaan yang terdesak seperti memperbaharui roadtax dan insurans kereta dan apabila hari Raya menjelma. Dua keadaan yang perlu dilalui yang memerlukan duit tambahan.
Apabila kita melihat baki bulanan yang sebanyak RM213.40, maka pembelian rumah untuk kami memang jauh sekali. Cuba Dato’ Seri lihat harga rumah pada hari ini. Di Taman Melati, Setapak harga rumah bagi 660 sqf adalah RM150,000 dan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun,maka setiap bulan perlu membayar RM717. Bagaimana golongan belia pada hari ini mahu memangkin ekonomi masa hadapan? Sedangkan perlaburan terbaik datangnya daripada Pelaburan Hartanah.
Saya telah kira RM213 hanya mampu membeli rumah berharga RM40,000 dengan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun. Bagaimana kami mampu membantu menjana ekonomi Negara sedangkan gaji kami hanya mampu membayar rumah RM40,000 sahaja? Dan dimanakah rumah yang berharga RM40,000 ini? Di kawasan pedalaman yang memang tidak boleh untuk membuat pelaburan. Kita perlu melihat ke hadapan. 10 tahun akan datang, kami golongan belia bakal menerajui Malaysia. Tetapi ianya tak akan berjaya jika pihak atasan tidak memandang idea dan mendengar suara kami.
siti hajar aladin

Surat Siti Hajar Aladin : Gaji Rakyat Malaysia?

Seterusnya lagi, berkaitan tentang gaji lepasan Ijazah dan diploma. Boleh dikatakan kebanyakan syarikat swasta tidak mahu membayar gaji mengikut qualification yang kami ada. Mereka menganggap kami lepasan ijazah sama seperti lepasan SPM. Gaji yang ditawarkan tidak sepadan dengan gaji yang sepatutnya. Alhamdulillah, saya bekerja di sektor GLC dan gaji yang saya perolehi dianggap memuaskan. Tetapi bagaimana rakan-rakan saya dan belia lain pula? Nasib mereka tidak seperti saya. Saya mencadangkan Dato’ Seri melihat bagaimana pekerja di US. Mungkin US telah maju sekarang ni. Kita buat perbandingan di negara Australia menerima gaji bulanan bagi lepasan ijazah. Sangat berbeza jika dibandingkan di negara kita.
Seterusnya, mengenai status penjawat awam mahupun swasta. Ini masalah yang besar kami hadapi. Kebanyakan syarikat-syarikat baik GLC mahupun Semi- Government mahupun swasta, mereka akan menetapkan setahun kontrak dan selepas itu diserap menjadi penjawat tetap dan ada juga sesetengah syarikat langsung tidak menjadikan penjawat tetap malah akan kekal sebagai penjawat kontrak. Apa masalah yang ingin saya ketengahkan ini adalah berkaitan dengan pinjaman perumahan yang amat sukar. Walaupun sebelum ini telah lama bekerja tetap dan selepas itu mendapat tawaran lebih baik tetapi ianya kontrak, apabila membuat pinjaman perumahan, ia akan ditolak atas alasan pekerja kontrak. Maka harga rumah semakin hari semakin meningkat. Jika ingin menunggu setahun kemudian setelah disahkan penjawat tetap, harga rumah itu juga telah melambung tinggi dan kami tidak dapat membelinya. Ini masalah yang saya hadapi sekarang ini.
Saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga sebagai seorang yang berpegang kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional, saya merayu agar Dato’ Seri Najib Razak dapat memikirkan masalah yang kami hadapi sekarang ini. Sebagai pemimpin disegani di seluruh dunia, saya pasti Dato’ Seri mampu mengubah dan memperbetulkan apa yang dirasakan membebankan kami.
Terima kasih
Ikhlas,
Siti Hajar binti Aladin

Latihan Hardcore Bagi Wanita Yang Ingin Menjadi Bodyguard

Latihan ini bukan saja untuk lelaki tetapi juga untuk wanita. 


Adi Putra Berhasrat Cari Calon Isteri Lain?

Adi Putra Berhasrat Cari Calon Isteri Lain?
Anda terkejut membaca tajuk di atas? Itu jugalah reaksi kami tatkala membaca kenyataan sulung oleh seorang peminat perempuan yang dikaitkan mempunyai skandal dengan Adi Putra sebelum ini.
Wanita berusia 30 tahun itu difahamkan terpaksa membuka mulut selepas Adi mendakwa tidak mengenalinya.
Menerusi laporan Berita Harian semalam, Nooraida menceritakan kronologi perkenalannya dengan pelakon pujaan ramai itu sebelum hubungan mereka diketahui oleh suaminya.
Jika Adi menafikan dia pernah mengenali saya seperti dilaporkan, itu hak dia. Memang Adi tidak pernah mengenali saya secara bersemuka, namun kami mengenali antara satu sama lain secara InstaMessage, IG, dan WhatsApp.
Menurut Nooraida, dia mula berhubung dengan Adi menerusi aplikasi Instagram (IG) semasa aktor tersebut berada di Tanah Suci bagi mengerjakan umrah.
Adi Putra Berhasrat Cari Calon Isteri Lain?
Keratan akhbar BH keluaran 1 Disember 2013
Saya mengenali Adi menerusi IG yang dikendalikan beliau iaitu adp_adiputra. Saya pula menggunakan nama aidaannefasha. Pada masa sama, Adi membuka ruang InstaMessage untuk peminat berhubung dengannya. Kebetulan waktu itu saya online dan Adi berada di Makkah, saya ucapkan selamat menunaikan umrah. Dia membalasnya dengan ucapan terima kasih.
Sejak daripada itu, Adi dikatakan mula bertanyakan status, nama sebenar, tempat tinggal dan meminta nombor telefon Nooraida sebelum terus berkomunikasi secara maya walaupun mengetahui wanita tersebut sudah berkahwin.
Dalam IG, ada gambar saya, suami dan anak. Walaupun Adi tahu status saya sebagai isteri orang, namun dia masih mahu berhubung dengan saya. Saya beranggapan mungkin dia main-main saja atau sekadar nak test market.
Menerusi WhatsApp pula, Adi ada mengatakan dia sedang mencari calon isteri dan nak anak sendiri. Sebagai peminat fanatik, saya berasa sangat teruja. Itulah antara sebab mengapa saya masih melayannya dan sanggup terjebak dalam perhubungan itu.
Melalui laporan yang sama, Nooraida turut menyatakan Adi mahu bertemu dengan suaminya untuk menyelesaikan masalah secara baik, namun pelakon kelahiran Singapura itu secara tiba-tiba berubah fikiran.

Tiz Zaqyah Tidak Kisah Dilabel Gemuk?

Tiz Zaqyah Tidak Kisah Dilabel Gemuk?

Sejak kebelakangan ini pelakon yang kerap kali membawakan watak wanita bertudung, Tiz Zaqyah dilihat telah mengalami pertambahan berat badan.
Malah pada majlis Anugerah Skrin 2013 yang berlangsung baru-baru ini, Tiz telah menerima pelbagai respon daripada peminat yang melabelnya gemuk.
Bagaimanapun, Tiz yang ditemui sewaktu majlis pelancaran kempen May Cares For You 2 pada Jumaat lalu mengakui berat badannya bertambah namun dia tidak kisah dengan perubahan itu.

Tiz Zaqyah Tidak Kisah Dilabel Gemuk?

Biarpun pernah diminta untuk mengurangkan berat badan oleh produser dan ibunya, Tiz masih belum mengambil sebarang inisiatif untuk berbuat demikian.
Kalau nak diikutkan memang tertekan bila ramai yang menegur saya gemuk walaupun berat badan saya cuma naik sedikit sahaja. Kalau kita terlampau fikirkan benda macam ni, kusut juga kepala.
Tapi saya nak sampaikan pesanan, dalam kes macam ni keyakinan tu paling penting. Jadi saya rasa lebih elok saya bersyukur dan rasa bangga dengan keadaan saya sekarang.
Menurut Tiz lagi, dia langsung tidak memaksa dirinya untuk mengawal pengambilan makanan supaya menjadi lebih kurus.

Dalam perkembangan lain, Tiz dijangka akan memulakan penggambaran bersama Aaron Aziz dan seorang pelakon dari Filipina untuk sebuah drama berjudul Chef pada bulan Disember ini hingga Mac tahun hadapan.

Apapun untuk semua pembaca OHBULAN!, di sini kami sertakan foto-foto terbaru Tiz sewaktu menghadiri majlis pelancaran May Cares For You 2 baru-baru ini. Adakah anda rasa Tiz terlampau gemuk atau biasa-biasa sahaja?

Ustaz sempat buntingkan pelajar sebelum berangkat ke Mekah


Kopiah sentiasa di kepala, tasbih sentiasa di tangan. Siapa sangka di sebalik perwatakan waraknya itu Ustaz Sazali menjadikan teman wanitanya tempat melampiaskan nafsu setiap minggu datang ke ibu kota.
Paling menjijikkan, Ustaz Sazali sanggup menodai kekasihnya sehingga hamil sebelum bernagkat ke Tanah Suci mengerjakan umrah.
Ustaz berusia awal 30-an berasal dari utara tanah air itu sentiasa berulang-alik ke ibu kota setiap minggu kerana menghadiri kelas pengajian jarak jauh di sebuah universiti di sini.
Setiap kali ada kelas pengajian Ustaz Sazali menyewa hotel bajet di ibu kota semata-mata untuk meniduri teman wanitanya yang dikenali sebagai Sofea, 23, pelajar sebuah kolej swasta di pinggir kota.
Sofea yang ditemui di sebuah rumah perlindungan di sini amat menyesal kerana terpedaya dengan ayat manis ustaz durjana itu.
Dia tidak menyangka seorang ustaz dan mengetahui pengetahuan luas di bidang agama tergamak melakukan maksiat.
“Pada mulanya saya berasa bertuah dapat memiliki teman lelaki bergelar ustaz, sekurang-kurangnya dapat membimbing saya ke syurga.
“Rupa-rupanya perangainya amat teruk sekali, tidak seperti digambarkan sebagai lelaki alim,” cerita Sofea sambil menangis, menyesal dan rasa berdosa kepada Allah dan keluarga.
Menurut Sofea, setiap kali menidurinya Ustaz Sazali berbisik ke telinganya sambil berkata; Sayang, mari ikut abang ke syurga!”
Setelah enam bulan melakukan hubungan terlarang itu, Sofea mengakui mula ketagihan seks dan akhirnya dia disahkan hamil.
“Harap Ustaz Sazali bawa saya ke syurga, rupanya melencong ke neraka!” ujarnya.
Sekembalinya dari menunaikan umrah Sofea memaklumakan keadaan dirinya sudah berbadan dua.
“Ustaz hanya mendiamkan diri tetapi selepas itu dia terus menghilangkan diri.
“Dia tidak lagi datang menemui saya, walaupun masih menghadiri kelas pengajiannya di ibu kota,” tambahnya.
Kini Sofea mengandung tujuh bulan dan ditempatkan di Pondok Penyayang Raudah Batu 11, Gombak,
Selangor bagi meneruskan kehidupannya dan proses bersalin.
Sofea bersyukur kerana keluarga terutama ibu memahami keadaannya, walaupun perbuatan yang dilakukan itu amat memalukan keluarga.
Sementara itu, pengasas Pondok Penyayang Raudah, Ustaz Mokhtaruddin Haji Md Said berkata, generasi muda perlu melengkapkan diri dengan iman dan takwa bagi mengelak terjerusmus ke lembah maksiat.
Katanya, jika iman dan takwa dipelihara dengan baik masalah gejala sosial di kalangan remaja dapat dihindarkan.
“Jika nak pilih teman lelaki atau wanita elok lakukan solat istikharah mohon petunjuk llah sama ada kawan itu benar-benar jujur atau mahu mengambil kesempatan.
“Allah akan beri petunjuk kepada kita dan dengan izinNya kita akan dapat teman yang baik,” tambahnya.

Qi Mengamuk Nelydia Di Peluk Shahnaaz


Baru saja peminat hiburan tanah air menarik nafas lega dan hilang terkejut dek berita cinta Johan As’ari dan Lana Nordin, terbaru timbul satu lagi kisah kali melibatkan pasangan sama cantik sama padan, Qi Razali, 35 dan Nelydia Senrose, 19.
Hubungan mereka berdua dikatakan tiba-tiba bermasalah gara-gara Nelydia bergambar dengan Sharnaaz. Gambar tersebut telah dimuat naik oleh Sharnaaz di Instagram miliknya.
Ternyata apa yang lebih membuatkan bekas hos Jalan Jalan Cari Makan itu bengang dan kecewa adalah kerana kapsyen yang ditulis oleh Sharnaaz yang berbunyi, “Tak payah pening pening, dah depan mata” – menunjukkan seolah-olah dia dan Nelydia ada hubungan istimewa.
Sharnaaz Ahmad Tidak Tahu Apa Apa
Bagaimanapun Sharnaaz yang kami dapat hubungi sebentar tadi berkata, dia tidak mengetahui mengenai status Qi itu namun terkejut apabila mendengarnya.
Tambahnya lagi, kapsyen tersebut sebenarnya adalah dialog dari babak dalam drama yang kini sedang dilakonkan oleh dia bersama Nelydia yang berjudul, Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
“Saya tak tahu apa-apa pasal status Qi. Saya terkejut. Nely tiada dengan saya sekarang. Ni pun tengah tunggu dia untuk penggambaran (drama) sekejap lagi”
“Gambar yang saya post tu adalah gambar kami kat set penggambaran & itu adalah dialog dalam drama tu. Saya tiada niat apa-apa. Saya cuma nak promosikan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Itu saja niat saya”
“Saya faham perasaan Qi. Saya tak nak besar-besarkan cerita, sebab sekarang saya asyik kena game jer. Saya macam dah tak boleh rapat dengan sesiapa dah sekarang ni. Tapi tak apa lah, ini pun isu yang terakhir.
“Kalau dia (Qi) tak suka Saya minta maaf. Kejap lagi saya jumpa Nely, kalau dia suruh saya delete gambar tu, saya delete lah”, kata Sharnaaz yang sebelum ini pernah mengumumkan dia bakal bersara daripada dunia lakonan dalam masa terdekat ini.
Qi Razali Luah Perasaan Di Twitter
Sharnaaz menjelaskan sedemikian apabila diminta mengulas mengenai status Qi Razali yang ternyata cemburu gara-gara Sharnaaz bergambar bersama buah hatinya itu.
Pada pagi hari ini, Qi menerusi akaun Twitternya telah memuat naik beberapa status yang seakan meluahkan perasaan kecewa terhadap sesuatu.
Qi secara tiba tiba menulis kemaskini seperti “Celik- celik dah depan mata. Tak payah pening-pening dah. Good luck to both of you” dan “Menerima hakikatnya, Redha” sebelum dia memadam sebahagian daripada status yang telah dikongsikan.
Sebelum itu pada malam tadi, Qi juga telah berkongsi sekeping foto gelap berwarna hitam berserta caption “Because a picture and a caption can kill you sometimes” pada malam tadi dipercayai mempunyai kaitan dengan kemaskininya di Twitter pagi ini.
Qi dan Nelydia mula berkawan rapat sejak sama-sama berlakon dalam drama Friday I’m In Love sekitar tahun lalu dan hubungan tersebut mula menjadi lebih rapat sejak awal tahun ini. Beberapa bulan lalu laporan media ada menyebut, akhirnya pasangan ini mengaku yang mereka sedang ditahap serius

Paul Walker berlumba dengan kereta lain sebelum nahas?



Paul Walker dan Roger Rodas sempat diberitakan terlibat perlumbaan bersama kereta lain dan memacu Porsche dalam kelajuan tinggi sebelum meninggal , Sabtu ( 30 / 11 ) . Keluarga merasa sedih dan tidak terima dengan pemberitaan tersebut .

" Itu jelas bukan perlumbaan . Berita itu bohong , " ujar Ashlie Walker , adik Paul , isnin ( 2 / 11 ) . " Berita semacam ini menyakiti hati dan menambah kesedihan kami . Ini adalah tuduhan tidak bertanggungjawab . "

Ayah Paul , Paul Walker III , sangat sedih mendengarnya . Apalagi ia yakin bahawa Paul adalah orang yang sangat baik semasa hidupnya . " Hatinya sangat lapang . Aku sangat bangga dengan kehidupannya selama ini , " ungkapnya .

Sanak saudara Paul memang tengah berkumpul saat ini untuk saling menguatkan . Mereka juga memastikan bahawa anak perempuan tunggal Paul , Meadow , akan selalu dikelilingi orang - orang yang mencintainya .

Dugaan itu muncul selepas Polis Los Angeles mendapat maklumat bahawa ada kereta lain yang terlibat semasa kejadian . Lokasi kemalangan juga dikhabarkan terkenal sebagai tempat perlumbaan . Namun penyelidik Polis Santa Clarita Valley membantahnya setelah ada saksi mata menyatakan ini adalah kemalangan tunggal .

Untuk selanjutnya , penyelidikan akan memberi tumpuan kepada kelajuan terakhir Porsche yang dipandu Roger . Sementara itu jenazah Paul dan Roger rencananya akan diautopsi , Selasa ( 3 / 12 ) waktu setempat .

Sumber: wowkeren.com

Perjawatan Kosong Di Majlis Daerah Cameron Highlands

Majlis Daerah Cameron HighlandsPerjawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Daerah Cameron Highlands. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan yang menetap di Cameron Hinglands) adalah dipelawa memohon jawatan kosong sebagai :
1. Penolong Pegawai Penilaian W36



Tarikh tutup permohonan pada 16 Disember 2013

Maklumat Lanjut Sila Klik Di Sini

Perjawatan Kosong Di Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Perjawatan kosong terkini di Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai:

1. Pensyarah Tasmik Al-Quran




Tarikh tutup permohonan pada 5 Disember 2013

Maklumat Lanjut Dan Borang klik Di link Yang diberikan

Perjawatan Kosong Di Kerajaan Negeri Selangor

Kerajaan Negeri SelangorPerjawatan kosong terkini di Kerajaan Negeri Selangor. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosonga jawatan kosong di Kerajaan Negeri Selangor sebagai:
1. Perangkawan
2. Juruukur Bahan
3. Pegawai Teknologi Maklumat
4. Pegawai Hal Ehwal Islam
5. Akauntan
6. Penolong Juruukur Bahan
7. Penolong Pegawai Tadbir
8. Pemandu Kenderaan



Tarikh tutup permohonan pada 13 Disember 2013


Maklumat Lanjut sila klik Di Sini

Perjawatan Kosong Di Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Perjawatan kosong sektor kerajaan terkini di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebagai:
Jobs at Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

1. Arkitek J41
2. Pegawai Perangcangan Bandar J41
3. Pegawai Penguatkuasa (Polis Bantuan) N41
4. Pengurus Taman/Ladang G41
5. Penolong Jurutera J29
6. Penolong Pegawai Penguatkuasa (Polis Bantuan) N27
7. Penolong Pegawai Tadbir (taska) N27
8. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
9. Pembantu Penguatkuasa (Polis Bantuan) N17
10. Pembantu Akauntan W17


Tarikh tutup permohonan pada 15 Disember 2013

Maklumat Lanjut Dan Borang Klik Di Sini

Perjawatan Kosong Di Sirim Berhad

SIRIM BerhadPerjawatan kosong terkini di SIRIM Berhad. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di SIRIM Berhad sebagai:
1. Pembantu Tadbir


Tarikh tutup permohonan pada 11 Disember 2013

Maklumat Labjut Sila Klik Di Sini

NEW EXORA PRIME

Polished and refined, the new Exora Prime is certainly not a diamond in the rough. Come and experience the elegance and sparkle of the expressively styled Prime.



Expressive Styling
The eloquent expressive styling of the Exora Prime will attract stares of admiration, everywhere you go.




Captain Seating
The 2nd row captain's seat is both luxurious and ergonomic in plush leather upholstery.



Remain In Control
Dual SRS airbags protect the driver and front passenger

Dedahkan Dada Ketika Menyusu Anaknya


Seorang Ibu Cantik Memberi Susu Ibu secara terus kepada anaknya amat mulia. Kontoversinya apabila Ibu ini Dedahkan Gambar Dada Ketika Menyusu AnaknyaNamun, bila Gambar Buah Dada Ibu ini mulai tersebar, antara wajah si anak yang menyusu dan wajah buah itu, yang mana dilihat dahulu. Uncencored Image di  Gambar Dada Ibu Menyusu Anaknya Jadi Tatapan Umum.  
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”