Friday, 22 June 2012

Didie Alias Muda-muda



Lagi Gambar Jasmin Hamid Yang Seksi Dalam Mangga



Sebelum ni Jasmin Hamid tampil dalam photoshoot yang mendedahkan susuk tubuh badannya, tapi sekarang ni beliau tampil aksi yang lebih 'sopan' sedikit. Haha. Yelah bulan-bulan puasa ni nak pose aksi-aksi yang tak munasabah batal pula puasa korang nanti. 

Selepas tragedi air panas yang terkena di kaki Jasmin Hamid tempoh hari, beliau tidak lagi menunjukkan peha beliau yang gebu kerana peha beliau dalam proses pemulihan. Mungkin selepas ini. Mungkin. Saksikan satu lagi gambar yang aku cedok dalam mangga online. 



[ CERITA LAWAK ] KISAH MALAM PERTAMA JAMIL DAN ISTERINYA


Alkisah, seorang pemuda miskin bernama Jamil, berasal dari Benut, Pontian. Keluarganya hanyalah keluarga sederhana.Tidaklah disebut miskin. Ayahnya sehari-hari bekerja sebagai tukang jahit dikampungnya. Karena kegigihannya, Jamil berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke UTM walaupun dengan perbelanjaan seadanya. 

Semasa semester 3 di kampus, Jamil jatuh hati pada seorang gadis bernama Ayu Sofea, juga sama-sama kuliah di fakulti yang sama. Ayu adalah putri seorang tokoh korporat ternama di daerah Johor Bahru dan juga masih keturunan diraja. Walaupun secara ekonomi, mereka jauh berbeza,namun itu tidak menghalang keduanya untuk saling mencintai. Ayah Ayu yang mengetahui putrinya begitu mencintai pemuda dari keturunan biasa, tak mampu mencegah gelora cinta putrinya. 

Maka setelah keduanya lulus, pernikahan keduanya pun diselenggarakan dengan meriah. Pesta besar-besaran diadakan untuk mengiringi nikahan. Ayah Jamil yang tak punya banyak harta, hanya dapat memberikan bantuan sumbangan pakaian,langsir, sarung bantal, yang 
semuanya dibuat dan dijahit sendiri khas untuk pernikahan anaknya Bahagiakah Ayu bersanding dengan Jamil ? 

Ternyata kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama. Tibalah saatnya malam pengantin tiba. Mereka berduapun memasuki peraduan dengan bahagia.Namun,ketika Jamil membuka pakaiannya dan tinggal hanya memakai seluar dalam, berteriaklah Ayu dengan kuat, sebelum akhirnya pengsan tak sedarkan diri. Jamil masih dalam kebingungan dan tidak tahu kenapa isterinya histeria dan pengsan. 

Dilihatnya seluar dalam yang dipakai. Aduh!!! Jamil lupa yang seluar dalam itu dijahit oleh ayahnya, dibuat dari kain bekas bungkus tepung gandum. Di tengah seluar dalam itu masih terpampang jelas tulisan,”BERAT BERSIH 25 KG” . 

Sudah tentu Ayu terus pengsan melihatnya. Ayu tidak dapat membayangkan seberapa besar isinya dengan berat sebegitu.


Aliaa – Bangga Hilang Dara Pada Usia 18 Tahun




Kaherah – Sejak bergambar bogel dalam internet, nama bloger dari Mesir yang juga bekas penuntut universiti berusia 20 tahun, Aliaa Magda Elmahdy terus menjadi sebutan bukan sahaja di Asia Barat malah hingga ke peringkat antarabangsa yang terkejut dengan keberaniannya berbuat demikian.
Selain menerima kecaman dan makian, twitter milik gadis berkenaan telah dikunjungi lebih sejuta kali sementara jumlah pengikutnya pula meningkat dengan mendadak dari hanya beberapa ratus kepada 14,000 orang.
Tindakan beraninya yang tidak bermaruah itu terutama bagi gadis yang dibesarkan di sebuah negara konservatif Islam turut mendapat liputan media antarabangsa.
Aliaa yang menyifatkan dirinya sebagai tidak beragama, telah menetap bersama teman lelakinya, Kareem Amer sejak lima bulan lalu.
Kareem, pada 2006 telah dipenjarakan selama 4 tahun kerana mengkritik Islam dan memfitnah bekas Presiden Hosni Mubarak.
Dalam temubualnya dengan CNN, Aliaa memaklumkan dia bersetuju bergambar bogel dan memuatnaik dalam twitternya kerana dia tidak mahu menjadi seorang wanita dalam masyarakat yang disifatkannya hanya menjadikan wanita sebagai objek seks semata-mata.
“Ia adalah satu ekspresi terhadap diri saya. Saya berbogel kerana ini dilihat dari sudut yang berbeza dan saya juga sukakan seni dan saya juga bukan orang yang percaya bahawa kita perlu berkahwin semata-mata untuk mendapat anak,” katanya.
Ditanya bagaimana perasaan kedua-dua ibu bapanya yang beragama Islam mengenai penampilan bogel dan menetap bersama teman lelaki tanpa berkahwin, Aliaa berkata, kali terakhir dia bercakap dengan mereka ialah 24 hari lalu.
“Mereka ingin menyokong saya namun mereka menuduh Kareem telah memanupulasi saya sedangkan dialah yang memberikan sokongan padu. Saya berhenti daripada Univerisiti Amerika di Kaherah selepas ibu bapa saya berusaha mengawal hidup saya dengan mengancam tidak akan membayar yuran universiti,” katanya.
Dia juga mendakwa bapanya sentiasa benci melihat cara dia berpakaian selama ini.
Ketika ditanya sama ada dia mengamalkan seks yang selamat, Aliaa tanpa malu dan segan menyatakan dia tidak mengambil sebarang pil kerana dia anti pengguguran.
Malah dia dengan bangga menyatakan kehilangan dara ketika berusia 18 tahun dengan lelaki yang dicintainya yang 40 tahun lebih tua daripadanya.
Aliaa yang menerima ugutan sejak menyiarkan gambar yang tidak bermaruah itu berkata, dia tidak takut dan sanggup hidup dalam bahaya.

Muzik Video : Sami Yusuf & Dato’ Siti Nurhaliza Berkolaborasi, “You Came To Me”


Lagu berunsurkan ketuhanan ini benar-benar menyentuh perasaan dan kami yakin jika anda benar-benar menghayati lirik dan sebutan kalimah suci didalam lagu ini, anda pasti akan menitiskan air mata.

Vokal antara Dato’ Siti Nurhaliza dan Sami Yusuf sangatlah mantap dan menusuk kalbu., anda dengarkan sendiri dan hayati lagu ini ya.

Untuk pengetahuan, lagu ini telah ditulis dan dikompos sendiri oleh Sami Yusuf.



Iklan Anti Rokok Thailand

Sungguh efektik tapi kalau akulah kan pedulik apa. I need to smoke coz i wanna look bad ass like Faizal Hussein in Bunohan.

Edisi Lawak:Janganlah Kita Nilai Orang Dari Rupa Luaran


”4 Tahun Tak Dengar Radio Kerana Terkilan” – Anuar Zain


  Anuar Zain terkilan dengan segelintir radio yang tidak memainkan lagunya.  

KUALA LUMPUR: Penyanyi Anuar Zain mengaku sudah hampir empat tahun tidak mendengar radio disebabkan bosan dengan pemilihan lagu di kebanyakan stesen penyiaran itu yang asyik memainkan genre muzik serupa.
Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain,42, berkata, kebanyakan lagu yang diputarkan hanya menonjolkan satu atau dua jenis genre muzik sahaja sedangkan ramai penyanyi tempatan yang menghasilkan pelbagai jenis lagu.
“Sudah hampir empat tahun saya tidak mendengar radio kerana genre muzik yang dimainkan tidak dipelbagaikan. Lebih baik saya dengar menerusi cakera padat (CD) yang dibeli.
“Saya tidak kata lagu-lagu yang diputarkan itu tidak bagus, tetapi bukankah lebih meriah lagi jika semua konsep muzik diperdengarkan?,” soalnya yang ditemui pada pelancaran album Anuar Zain di Bistro 42, Bangsar Village, di sini, petang Rabu.
Tambah Anuar, hal tersebut membuatkan penyanyi-penyanyi yang membawakan genre muzik berlainan daripada kehendak stesen radio tidak ‘dilayan’ termasuklah dirinya sendiri apabila lagu album barunya berjudul Anuar Zain gagal mendapat perhatian.
Pelantun lagu Sedetik Lebih ini memberitahu, dia juga agak terkejut apabila menerima maklum balas bahawa lagu-lagu yang dimuatkan pada album yang dipasarkan sejak hujung tahun lalu itu tidak mencapai tahap piawaian mereka.



Anuar Zain bersama album terbarunya berjudul Anuar Zain.

“Saya agak terkilan dengan alasan yang diberikan kerana album tersebut dihasilkan dengan kualiti yang sangat memuaskan.
“Bukan mahu bangga diri, tetapi sepanjang 30 tahun berkecimpung dalam dunia muzik, sudah semestinya saya tahu tahap kualiti sesebuah lagu itu,” tuturnya.
Lebih mengelirukan lagi penyanyi ini lagi apabila ada stesen radio memberi alasan bahawa lagu-lagu barunya tidak mesra pendengar sedangkan album itu telah pun dijual sebanyak 11,000 keping tanpa sebarang promosi dalam masa beberapa bulan sahaja.
“Saya tak faham apa yang mereka inginkan dan apa yang dimaksudkan dengan mesra pendengar? Adakah saya perlu mengikut sejenis genre sahaja seperti lagu-lagu yang diputarkan kini?
“Maafkan saya kerana bersikap lantang sedikit. Bukan saya sahaja yang melalui masalah sama, sebaliknya rakan-rakan seperjuangan lain yang sanggup berhabis wang menghasilkan lagu yang berkualiti turut memiliki masalah yang sama. Saya harap pihak radio yang dimaksudkan peka dengan apa yang ingin disampaikan,” tegasnya.
Sementara itu, mengenai album terbarunya itu, Anuar bersyukur kerana ia mendapat respons yang memuaskan walaupun tanpa melakukan sebarang pelancaran atau promosi.
“Walaupun pelancaran album ini agak lewat, tidak mengapa, biarlah pergerakan promosinya bergerak secara santai.
“Untuk album kali ini saya pertaruhkan dua buah single lagu iaitu Ajari Aku danSempurnakan Aku untuk diperdengarkan di radio.
“Selain itu terdapat enam buah lagu lagi yang dimuatkan dan diharap ia dapat memberi ketenangan emosi buat para pendengar,” ujarnya.
Antara lagu-lagu lain yang dimuatkan ialah Ku Berjanji Karna Cinta, Nadi Terhenti, Pernahkah, Simpati Cintamu, Terindah dan Cinta Harus Memiliki.




Rafizi letak jawatan


                                                               Pengarah strategi PKR nafi krisis dengan Faekah, Khalid

KUALA LUMPUR: Pengarah strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli semalam mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ketika timbul desas-desus perbalahan antara beberapa pemimpin parti di negeri itu.
Jawatan Penasihat Ekonomi Selangor disandang Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya telah beri notis letak jawatan dari Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.
Sebarang pertanyaan mengenai ekonomi Selangor dan lain-lain, rujuk kepada kerajaan negeri atau Anwar Ibrahim,” kata Rafizi menerusi mesej Twitternya.
Beliau berkata: “Letak jawatan proses biasa. Perlu sedikit rehat, letih buat dua kerja di kerajaan negeri dan parti. Ramadan dah dekat, tumpu ibadah”.
“Saya tidak pernah tugas lebih dari dua tahun pada satu-satu jawatan. Yang ini dah melebihi dua tahun, masanya untuk terus bergerak. Tidak ada kaitan politik dengan itu”.
Peletakan jawatan Rafizi dikatakan menimbulkan pelbagai spekulasi memandangkan beberapa ahli PKR berpendapat ia mempunyai kaitan dengan perbalahan antara Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dengan beberapa pemimpin PKR negeri.
Selain itu, ada ahli PKR yang mendakwa peletakan jawatan itu mempunyai kaitan dengan perselisihan faham antara Rafizi dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai projek perintis pendidikan percuma di negeri berkenaan.
Bagaimanapun, Rafizi yang disebut-sebut akan diletakkan sebagai calon PKR pada pilihan raya umum akan datang, terus menafikan ia mempunyai sebarang kaitan dengan kerajaan negeri mahupun Faekah.
Beberapa percubaan menghubungi Rafizi sehingga malam tadi tidak berjawab tetapi beliau mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada BERNAMA mengesahkan peletakan jawatannya untuk memberi tumpuan kepada kerja parti memandangkan pilihan raya semakin hampir.


Video Solat Paling Laju

Di bawah ini adalah video yang mana seorang Hamba Allah beragama Islam telah menunaikan solat dengan sangat cepat sehingga tidak ada langsung tomak'ninah (berhenti seketika).Adakah solatnya adalah sah ? Marilah kita sama-sama doakan supaya ada sesiapa yang menegur akan kesilapannya itu.Semoga Allah SWT memberi cahaya petunjuk kepadanya.

3



Ella Bakal Bernikah Dengan Juruterbang Pada 7 Julai Ini?


Tahun ini, kecoh sebentar arus media tempatan akan berita mengenai ratu rock negara iaitu Ella yang telah menghadiri kursus perkahwinan di Pusat Bandar Damansara. Khabarnya setelah bertahun-tahun dan melewati usia yang agak lewat, Ella bakal berkahwin dengan kekasihnya A, yang bekerja sebagai seorang juruterbang.

Sejauh mana kebenarannya, Wallahualam, namun kami baru sahaja mendapat berita bahawasanya, Ella bakal menamatkan zaman solo pada 7 Julai 2012 ini! Benarkah? Itu semua masih menjadi teka-teki, mungkin Ella lebih selesa untuk menyembunyikan tarikh pernikahan beliau. 

Selain itu, kami juga telah diberitahu, majlis pernikahan Ella bakal berlangsung di Klang dan kini masih dalam persiapan lagi. Apa pun, desas-desus lain mengatakan, majlis resepsi hanya akan berlangsung pada bulan Disember 2012 di Putrajaya International Convention Center (PICC).

Bagaimanapun, spekulasi ini baru di peringkat awal lagi, sejauh mana kebenarannya, hanya tuan badan sahaja yang tahu, ye dak Ella?


BUAYA MATA SATU JADI BURUAN KERANA DENDAM

Beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan berita kematian seorang wanita yang menjadi mangsa buaya di Sungai Sebelak, Saratok. Suami kepada wanita berkenaan yang juga merupakan ketua rumah panjang Nanga Sungai Anak, Roban di sini, Embol Asum, 48, tekad untuk memburu haiwan yang dikenali sebagai Bujang Sebelak bagi melunaskan dendam antara mereka.


Embol berkata, penduduk kampung telah menahan pukat di kuala Sungai Anak bagi mengelakkan buaya sepanjang kira-kira lima meter dan ukur lilit sebesar tong dram itu terlepas ke Sungai Sebelak. Beliau turut menyatakan perasaan geram dan marahnya hanya akan hilang selepas berjaya memburu binatang bermata satu itu (buta mata sebelah kiri).
Beliau mahu menghapuskan buaya itu yang telah menyebabkan dua anak perempuannya kehilangan ibu mereka. Tambahnya, dia juga akan menggunakan khidmat bomoh buaya bagi menangkap reptilia itu yang dipercayai telah membunuh dua lagi mangsa di Sungai Sebelak sejak tahun 2010.


Pengadil kata gol


Ini kesilapan manusia yang dilakukan manusia: Collina
GDANSK (Poland): Pemain-pemain, pegawai dan peminat berehat sehari kelmarin daripada aksi Kejuaraan Eropah tetapi rasa tidak puas hati terus membelenggu tuan rumah bersama, Ukraine.
Mereka mengiringi Poland yang juga tuan rumah, keluar daripada kejohanan selepas tewas 1-0 di tangan England dengan gol Marco Devic yang tidak dikira menjadi tajuk perbualan utama.
Ketidakadilan di Ukraine turut dirasai Pierluigi Collina, ketua pengadil di badan induk bola sepak Eropah, UEFA, yang mengakui gol itu sepatutnya dibenarkan kerana sudah melintasi garisan gol.
Ukraine masih dibayangi bantahan berterusan di atas penahanan bekas Perdana Menterinya, Yulia Tymoshenko, dan kerajaan British berkata akan memboikot perlawanan suku akhir antara England dan Itali di Kiev dengan tidak menghantar mana-mana menterinya ke sana Ahad ini.
Ketika ditanya adakah ahli politik United Kingdom akan hadir, jurucakap kepada Perdana Menteri David Cameron berkata: “Tidak. Mereka tidak akan (menghadiri perlawanan itu). “Ia mencerminkan jadual padat menteri menjelang Olimpik dan kebimbangan berkenaan undang-undang Ukraine.”
Pengadil dari Hungary, Viktor Kassai dan pembantunya di garisan gol menjadi mangsa kritikan di Ukraine kerana tidak membenarkan gol Devic, yang walaupun tidak akan membawa negara itu ke suku akhir, tetapi sekurang-kurangnya menyukarkan England.
“(Di Euro 2012) kami mempunyai tiga situasi garisan gol. Dua daripadanya tepat, yang ketiga ternyata silap,” kata Collina. “Silap satu perkara, mengatakan bola itu melepasi lebih setengah meter satu perkara lagi. Bola itu hanya beberapa sentimeter (melintasi garisan).”
Kassai tidak akan diturunkan lagi dalam kejohanan ini tetapi Collina berkata pegawai perlawanan tidak patut dipersalahkan. “Ini adalah kesilapan manusia yang dilakukan oleh manusia,” kata Collina. – Reuters


VIDEO : Buktikan Cinta, Tergadai Dara


Mesej Cinta Yang Membawa Ke Arah
Melakukan Zina





Sudah Besar,
Sudah Pandai Bercinta,
Sendiri Fikirlah...!!!

Trailer Filem V/H/S : Jangan Tonton Waktu Malam

Antalogi cerita-cerita seram di dalam filem bertajuk V/H/S ........... nampak menarik. Nantikan di kedai DVD cetak rompak yang berdekatan.

Amaran Terbaik Di Dinding Pejabat


Bayi Dan Talking Tom

Poster The Dark Night Rises (5 Gambar)

Tak sabar dah ni. Mari layan poster sementara menanti filem ini muncul di bioskop berhampiran tiga minggu lagi.






Wanita curi RM840,000 biayai majlis kahwin



Suspek kena penjara 20 bulan ambil wang syarikat

LONDON: Seorang wanita dipenjara 20 bulan selepas didapati bersalah mencuri £168,000 (RM840,000) daripada majikannya untuk membiayai majlis perkahwinannya secara besar-besaran.
Kirsty Lane memalsukan dokumen untuk menggelapkan wang syarikat tempat kerjanya dan majikannya yang turut menjadi tetamu perkahwinan itu mengesyaki sesuatu tidak kena kerana majlis berkenaan diadakan dalam suasana mewah.
Lane, 29, mengahwini Graham pada Januari tahun lalu di Dewan Besar hotel Mains dekat Blackpool.
Majikannya, Peter Sutton mula mengesyaki sesuatu tidak kena kerana majlis Lane diserikan dengan pertunjukan bunga api, ahli silap mata, penyertaan dua kumpulan pemuzik, pemain saksofon, DJ, membenarkan minuman keras tanpa sekatan, sesi mengecat muka dan pemberian topeng.
Sutton berkata: “Tetamu disambut dengan bunga-bungaan dan suasana mengagumkan. Majlis yang meriah itu tentu memakan belanja besar juga.”
Apabila, Sutton pulang ke pejabat tempat pengantin baru itu bekerja sebagai kerani akaun separuh masa, dia mendapati Lane memalsukan invois.
Lane memasukkan wang syarikat ke dalam akaunnya sendiri dan tidak membayar khidmat firma audio visual di Leyland, Lancashire.
Malah, dia turut membeli beberapa baju pengiring pengantin dan sebuah iPad dihiasi batu permata pada harga £1,500 (RM8,000).
Sutton menyifatkan Lane sebagai hampir menyebabkan syarikat muflis.
“Kami mempunyai 22 tenaga pekerja. Sikap tamak Lane menunjukkan bagaimana kehidupan orang lain boleh musnah.
Tertuduh yang menitiskan air mata sepanjang sesi memberi keterangan semalam, mengaku salah kepada 122 tuduhan menipu syarikat Pure AV.
“Majlis perkahwinannya menjadi sebab kami syaki sesuatu tidak kena. Dia selalu kata berasal daripada keluarga miskin dan tidak lakukan apa-apa untuk menyebabkan kami curiga,” kata Sutton.
Lane kemudian ditahan di rumahnya dan tidak dapat berbulan madu di Mexico seperti dirancang. – Agensi

Gambar: Sekitar Percutian Siti Nurhaliza Bersama Peminat Ke Australia

Ada beberapa aktivis gossip membuat andaian yang Dato’ Siti Nurhaliza bercuti seorang diri ke Australia kerana bergaduh dengan suami tersayang. Tinggi imaginasi mereka.
Melalui jenama kosmetik milik beliau SimplySiti, sekumpulan pelanggan dan peminat bertuah telah terpilih untuk mengikuti percutian yang di’panggil Stress-Free Getaway.
Dan destinasi mereka adalah Sydney, Australia dan ketika artikel ringan ini di’tulis, Dato’ Siti Nurhaliza dan delegasi kini berada dalam hari terakhir percutian 5 hari tersebut.
Kepada peminat & mereka yang terlepas peluang menyertai percutian ini, Dato’ Siti Nurhaliza berbesar hati untuk berkongsi gambar beliau melalui Instagram untuk tatapan anda.











Motosikal dibakar ketika tidur



KUALA LUMPUR – Perbuatan khianat pihak tertentu yang membakar lebih 10 kenderaan semalam telah menyebabkan beberapa penduduk di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Bonus, Setapak di sini bukan sahaja ‘patah kaki’ malah, naik angin dengan tindakan tidak berakal tersebut.
Kejadian pukul 3.30 pagi itu menyebabkan 13 buah motosikal yang berada di tempat letak kenderaan hangus. Turut terkena tempias api itu ialah dua buah motosikal lain, sebuah kereta jenis Toyota Grand Livina dan Proton Saga.
Lebih malang apabila seorang pengawal keselamatan bagaikan hilang punca apabila satu-satunya motosikal jenis Yamaha Lagenda yang dimiliki hangus.
Nawer Abdul Razak, 56, mendakwa, ketika kejadian kesemua pemilik kenderaan berada di rumah masing-masing.
“Isteri mengejutkan saya dari tidur selepas terdengar jeritan penghuni flat. Saya tinjau dari tingkap dan mendapati motosikal sedang terbakar dan terus turun tetapi gagal menyelamatkannya.
“Saya sedih kerana ia satu-satunya kenderaan yang saya ada untuk ke tempat kerja, tetapi sekarang sudah terbakar angkara perbuatan khianat,” dakwanya.

Nuremy Tinggalkan Dunia Lakonan Kerana Agama



Mungkin ramai yang tidak mengenali nama Nuremy Ramli dalam dunia lakonan memandangkan pelakon wanita itu masih lagi sedang membina nama dalam industri hiburan tanah air.
Kalau melihat wajahnya yang sekarang ini kerap menghiasi pentas drama dan filem, pasti ramai mengecam wajahnya berbanding namanya.
Belum pun namanya kukuh berdiri dalam dunia seni atau pun menjadi pelakon yang popular, Nuremy mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari terus berlakon. Kenapa?
Ketika ini, pelakon wanita itu sudah pun berhijrah dari penampilan yang sebelum-belum ini.
Sebelum ini, ramai artis wanita yang mengambil keputusan untuk berhijab atau bertudung. Antaranya seperti Enot, Yat Hamzah, Abby Abadi, Natsha Hudson. Kini, Nuremy juga mengikut jejak langkah yang sama.
Keputusan mengundurkan diri dari dunia lakonan sejajar dengan perubahan dirinya yang sudah pun bertudung.
Bukan itu sahaja, rezekinya yang tidak terbuka luas juga selepas berhijrah juga menyebabkan wanita itu tekad dengan keputusannya. Kata Nuremy, dia bukanlah merajuk.
Semuanya hanyalah kerana agama dan menjaga kebaikan dirinya.
“Selepas bertudung, saya memang tidak menerima sebarang tawaran berlakon. Andai kata peluang saya dalam bidang ini sudah tertutup, saya menerimanya dengan hati terbuka. Saya sanggup tinggalkan dunia lakonan, demi agama dan kebaikan diri sendiri.
“Paling penting, perubahan ini memberikan ketenangan jiwa dan minda kepada saya. Ia sesuatu yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Kalau tidak berlakon lagi nanti, mungkin saya akan bantu uruskan perniagaan keluarga. Doakan yang terbaik,” katanya seperti dalam Gua.com.
Menceritakan ketika mendapat hidayah untuk memakai tudung, Nuremy menceritakan dia bermimpikan tentang arwah ayahnya di mana mimpi itu sukar untuk ditafsirkan.
“Dalam mimpi-mimpi itu, arwah ayah hanya memandang kepada saya tanpa melemparkan senyuman. Sedangkan hubungan kami sangat rapat. Ini membuatkan saya tertanya-tanya apa maksud mimpi tersebut.
“Akhirnya saya buat kesimpulan bahawa ayah mahu saya lakukan sesuatu. Setelah beberapa lama berasa tidak sedap hati dan berkira-kira hendak menutup aurat, saya akhirkan nekad untuk berubah.  Syukur  keputusan ini membuatkan saya berasa lebih tenang dan selesa,” katanya.
Nuremy bakal muncul dalam filem terbaru, ‘Hanya Aku Cinta Kau Seorang’ (HACKS).
Jujur Nuremy mengakui malu dan segan dengan penampilan dirinya dalam filem tersebut.
Bagaimanapun, dia menegaskan lakonan dan pemakaian bajunya dalam filem itu dibuat sebelum dia mengenakan tudung.
Justeru itu, dia tidak mahu ramai pihak tersalah anggap dengan personaliti dirinya.
“Ketika menonton filem itu tadi (Isnin), memanglah saya berasa agak malu kerana penampilan saya sekarang ini tidak sama seperti dahulu. Terus-terang saya katakan, saya sebenarnya kurang selesa dengan pakaian yang disediakan oleh pihak produksi ketika itu. Ini kerana ketika penggambaran HACKS bermula, saya sudah memasang niat untuk memakai tudung.
“Bagaimanapun, ketidakselesaan  itu tidak diluahkan kerana saya tidak mahu menyusahkan pihak lain. Sebaliknya, saya akur dengan kehendak pengarah dan cuba lakukan yang terbaik. Sebagai pelakon, saya tidak mahu mengecewakan pengarah dan penerbit yang percaya dengan kemampuan lakonan saya,” kata Nuremy.

PERHATIAN! : Jika Kereta Dilanggar Dari Belakang, Jangan Cepat Turun Dari Kereta.



Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.
Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. “Bam!” Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.
Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya “Apa sudah jadi?”
“Brek tada makan la, bang!” katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.
“Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni..” katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.
Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah ‘langgar dan rompak’ sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.
“Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?” umpan mamat tu.
Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.
“Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni..” tambah mamat tersebut.
Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.
Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.
Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta.
“Besok saya call” kata saya.
“Tak nak turun tengok ke ni, bang?” tanya mamat tersebut.
Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.
Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.
Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!
Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.
Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.
Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.
Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.
Seri Kembangan, 10:15 malam, 1 jam setelah kejadian, 18 Jun 2012
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”