Wednesday, 15 August 2012

7 ROMBONGAN IBLIS KETIKA SAKARATUL MAUT.



Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan. Hadith Rasulullah SAW. menerangkan:

Yang bermaksud:
“Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”

Rombongan 1


Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.




Rombongan 2



Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3


Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4



Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5



Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.” Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6


Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.”

Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?” Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.” Berkata ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi.

Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.” Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?” Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.

Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.” Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.

Rombongan 7


Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.


Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah..

Bagaimana kita ingin mengesan malam Lailatul Qadar ?




Berkata Imam Ghazali dan lainnya, Lailatul qadar pada malam yang ganjil di dalam 10 yang terakhir dan berkata mereka itu sesungguhnya diketahuikan dia ( lailatul qadar ) dengan hari yang awal daripada bulan.

Maka jika hari pertama bulan ramadhan itu AHAD atau RABU adalah malam lailatul qadar itu malam yang ke 29.

Jika hari pertama bulan Ramadhan jatuh hari ISNIN , maka adalah malam lailatul qadar itu jatuh pada malam ke 21.

Jika hari pertama Ramadhan jatuh hari SELASA atau JUMAAT, maka lalilatul qadar jatuh pada malam 27.

Jika hari pertama Ramdhan KHAMIS maka lalilatul qadar malam 25.

DAN JIKA HARI PERTAMA RAMADHAN HARI SABTU SEPERTI TAHUN INI ( 2012 ) MAKA MALAM LAILATUL QADAR JATUH PADA MALAM YANG KE-23..

Moga pencarian kita dan penantian kita untuk menyambut malam LAILATUL QADAR akan dimakbulkan oleh Allah swt. tapi bagaimana caranya kita nak menyambut malam yang penuh dengan keberkatan itu ?

bagi lelaki seperti paksu...seelok eloknya beriktikaf di rumah2 Allah ( surau atau masjid.)

Hikmah / tujuan iktikaf

Di antara hikmah dan tujuan iktikaf ialah :

1. Meluangkan diri daripada kesibukan dunia dan anak isteri, demi mencari kejernihan jiwa dan membina kekuatan sebagai bekalan jentera dalam melancarkan kegiatan hidup secara lebih baik. (Syarah Sohih Muslim 8/69, Bada'i As-Sona'i li Al-Kasani 1/107)

2. Kalaulah Ramadhan merupakan sebulan ujian yang penuh dengan rahmat bagi masa setahun, maka iktikaf pada sepuluh hari akhir Ramadhan adalah beberapa hari yang merupakan ujian khas yang lebih tinggi kepada orang-orang yang telah berjaya menempuh ujian Ramadhan secara umumnya, untuk mendapatkan kejayaan khusus yang lebih cemerlang.

3. Berusaha untuk mendapatkan Lailatul Qadar menurut sunnah Rasulullah.

Daripada Ibnu Abbas R.A daripada Nabi SAW ia bersabda : ... Dan barangsiapa yang beriktikaf satu hari kerana menuntut keredhaan Allah, nescaya Allah jadikan di antaranya dan di antara api neraka (berjauhan) tiga buah parit, di mana jarak di antara tiap-tiap satu parit lebih jauh daripada jarak antara dua mata angin. (Dikeluarkan oleh At-Tabrani dan Al-Hakim, ia berkata : Sohih Al-Isnad (At-targhib wa At-tarhib 2/149 - 150),

Satu keagungan, keistimewaan dan kemuliaan Ramadan ialah satu malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam yang hanya muncul pada 10 hari terakhir Ramadan itu lebih dikenali sebagai Lailatul Qadar. Rasulullah (SAW) sendiri memohon kepada Allah agar malam bersejarah yang penuh hikmah itu menemuinya.

Dalam hal ini, Rasulullah (SAW) pernah bersabda bermaksud : “Sesungguhnya bulan ini (Ramadhan) datang kepada kamu, dalamnya ada malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah. ” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Dalam satu hadis lain, Rasulullah (SAW) bersabda maksudnya: Sesiapa yang beribadah pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredaan Ilahi, niscaya dia akan diampuni segala dosanya yang lampau.  (Hadis riwayat Muslim )

Keistimewaan Lailatul Qadar diserikan lagi penurunan wahyu al-Quran untuk pertama kalinya kepada Rasulullah sewaktu baginda berada di Gua Hira. Selepas itu al-Quran mula diturunkan secara berperingkat peringkat dan beransur-ansur selama lebih kurang 23 tahun iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun lagi di Madinah al-Munawwarah. Peristiwa bersejarah penurunan al-Quran diabadikan Allah dalam helaian al-Quran.

Antaranya firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami menurunkaun berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar.”n (al-Quran) ini pada Lailatul Qadar. Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul Qadar. Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tah

(Surah al-Qadr, ayat 1-5). Jelas daripada mafhum ayat suci di atas bahawa Lailatul Qadar akan muncul pada setiap Ramadhan sebagai anugerah Illahi dan rahmat Allah yang hanya dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad saw. Malam yang penuh bersejarah itu dinilai sebagai malam yang lebih baik dan lebih banyak ganjarannya daripada seribu bulan. Ulama bersepakat bahawa Lailatul Qadar berlaku pada Ramadan.

Begitu juga mereka bersepakat malam itu berlaku pada 10 malam terakhir Ramadhan. Namun mereka berselisih pendapat mengenai malam ke berapa daripada 10 malam terakhir itu. Pendapat yang masyhur menyatakan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam ke-27 Ramadhan. Sehubungan itu, Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang ingin mendapatkan Lailatul Qadar, dia hendaklah mencari pada malam ke-27 ” (Hadis riwayat Ahmad)

Ada juga riwayat lain yang mengatakan malam mulia itu berlaku pada malam-malam ganjil 10 hari terakhir. Walau apapun harinya, yang pentingnya pada malam itu Allah menurunkan rahmat, limpahan kurnia dan keampunan-Nya kepada hamba-Nya yang melaksanakan ibadat puasa dengan penuh keimanan. Kelebihan Lailatul Qadar tentu tidak akan dianugerahkan kepada sebarangan orang dan tidak pula diberikan kepada orang yang ibadahnya hanya pada malam tertentu saja dalam Ramadhan. Akan tetapi fadilat malam mulia itu akan menyinari orang yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan istiqamah dalam mempertahankan nilai keIslaman dalam setiap tutur kata, peri laku, akhlak, ibadat dan kegiatan sehariannya.

Hadirnya malam penuh berkat itu akan dinantikan dan disambut dengan penuh keyakinan dan keimanannya, sekali gus melayakkan dirinya termasuk dalam kelompok orang yang dilimpahi kenikmatan syurga dan kebahagiaan abadi.

Menurut sejarah Islam, Lailatul Qadar pertama kali menemui Rasulullah (SAW) ketika baginda sedang khusyuk menyendiri di Gua Hira, bermuhasabah dan merenung diri sendiri dan masyarakat sekeliling. Tidak berapa lama kemudiannya, datang al-Ruh al-Amin iaitu malaikat Jibril membawa bersama wahyu Illahi untuk membimbing baginda sehingga berlakulah perubahan secara menyeluruh dalam setiap detik dan perjalanan hidupnya.  Dia juga membawa perubahan kepada detik dan perjalanan hidup umat manusia sejagat.  Selanjutnya, Lailatul Qadar adalah satu kurniaan Illahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah (SAW) dan umatnya sebagai tanda kasih sayang-Nya. 

Ronaldo Vs Mamat poyo yang 6,572,280 view ni



Ronaldo Vs RĂ©mi Gaillard
korang rasa poya tak mamat nie,

tapi hebat de skill dia,,
jom layan

Ma Sha Allah!! Perkongsian hebat dari seorang warga Kelantan


Ma Sha Allah!! Perkongsian hebat dari seorang warga Kelantan, Wan Norhaziki Wan Halim:

Suatu hari ketika saya di tingkatan tiga, saya ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu untuk mendirikan solat Jumaat.
Di dalam masjid, saya berasa hairan kerana para jemaah tidak berani menduduki beberapa helai sejadah kuning yang dihamparkan di belakang sejadah imam.

Tanpa mempedulikan orang lain, saya terus bersolat tahiyyatul masjid di atas sehelai sejadah kuning bersebelahan sehelai sejadah kuning empuk yang paling istimewa.

Ketika beri'tikaf, saya mula menyedari bahawa diri saya sedang diperhatikan oleh orang ramai termasuk tuan imam.

Tidak lama kemudian, beberapa individu berbaju Melayu kuning bersamping datang ke arah saya lalu duduk di atas sejadah-sejadah kuning berkenaan.



Baru saya menyedari bahawa Sultan Kelantan (Sultan Ismail Petra) duduk betul-betul di sebelah kiri saya di atas sejadah empuk tadi.

Ketika itu, saya mula rasa bersalah dan bertekad hendak mundur ke saf belakang kerana menyedari bahawa sejadah yang saya duduki di sebelah baginda sultan itu telah dikhaskan untuk seorang individu.

Ketika saya cuba berundur ke belakang, seorang pemuda yang saya yakini merupakan pemilik sejadah tersebut menghalang saya dari berundur dan beliau duduk bersebelahan saya.

Ketika bersalaman dengannya, beliau menghadiahkan senyuman manisnya kepada saya. Hari ini pemuda tersebut telah bergelar 'Sultan' bagi Negeri Serambi Mekah.

Jika dahulu semasa bergelar 'Raja Muda' baginda pernah membenarkan sejadahnya dipijak oleh saya, hari ini pula setelah bergelar 'Sultan' baginda telah membenarkan mahligainya diinapi oleh ribuan rakyatnya untuk berqiyamullail.

Uniknya, jika dahulu 'Istana Air Mata' pernah mengundang kontroversi di kalangan rakyat jelata, harini 'Istana Air Mata' telah mencatatkan sejarahnya di mana ribuan rakyat jelata bersama-sama rajanya telah menitiskan air mata di suatu malam di bulan yang penuh mulia.

"Allahuakbar"

- Kelantan Negeri Serambi Mekah

Apabila Roti Telur dan Murtabak Menjadi Haram




Assalamualaikum, mesti ramai yang suka makan roti canai telur dan murtabak ni kan? yaa, memang sedap.. terutamanya makan masa tengah panas- panas lagi.. perrhh, memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.. haha

Tapi tahukah anda, ada hukum yang mengatakan haram memakan roti telur dan murtabak ni? haa, kenapa haram pula? meh baca ni,dipetik dari facebook seorang teman

Hukum asal makan roti canai telur dan murtabak adalah harus . Apa yang menimbulkan masalah ialah apabila penebar roti canai atau murtabak, tidak membasuh telur yang digunakan. Ini kerana tempurung telur yang tidak dibasuh mengandungi najis (bercampur tahi ayam). Apabila penebar roti canai tadi memegang telur yang tidak dibasuh tadi, menyebabkan tangan penebar tadi bernajis, dan terus menggaulkan dengan tepung, dan secara langsung telah menggaul najis dalam roti canai ataupun murtabak.

Dinasihatkan juga kepada ibu tukang masak dan sesiapa sahaja, apabila hendak menggunakan telur dalam masakan, hendaklah membasuh telur terlebih dahulu. Perkara ini sangat penting kerana makanan akan menjadi darah daging kita, jika darah daging kita dari sumber yang haram maka menyebabkan hati jadi gelap, malas buat ibadah, anak-anak menjadi nakal, mudah melakukan perkara yang dilarang agama, doa tidak diterima dan banyak lagi kesan makan dari sumber yang haram.

Dalam sebuah kisah yang terkenal. Suatu hari Saad bin Abi Waqqas bertanya kepada Rasulullah,

“Ya Rasulullah, doakan aku kepada Allah agar aku dijadikan Allah orang yang makbul doanya.”

Rasulullah menjawab: Hai Sa’ad! Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah orang yang) diperkenankan permintaan, dan demi (Allah) yang diri Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke perutnya, tiada diterima Allah amalannya empat puluh hari (Riwayat Tobroni).

Dalam hadis yang lain Rasulullah saw telah bersabda: “setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka nerakalah yang lebih layak baginya (Riwayat Tirmizi)”. Pastikan makanan kita bersih dan suci. Wallahu a’lam

** sekadar peringatan sesama kita, bukan hanya roti telur dan murtabak sahaja, tapi sebenarnya banyak lagi makanan yang dimasak dengan telur ni.. jadi berwaspadalah selalu..

Ustaz Azhar Tajuk : Suruh Bini L@njang


MANI SUAMI DALAM KEMALUAN ISTERI - USTAZ AZHAR IDRUZ



Bab ini wanita terutama isteri-isteri kena tahu apa yang membatal wudhuk dan hadath besar. Ada yang tidak tahu, jom dengar perjelasan dari Al-Fadhil Ustaz Azhar Idruz..

Diperkos@ Ketika Berjalan Dalam Tidur Di London


Lantaran mempunyai penyakit tidur berjalan, seorang wanita di London, terpaksa mengalami pengalaman yang menyakitkan di dalam hidupnya, iaitu diperkosa oleh orang yang tidak dikenali.

Wanita yang namanya dirahsiakan itu, diperkosa di sebuah jalan di daerah Ruislip, Barat London, UK.

Wanita tersebut dikatakan sedang menginap di rumah seorang rakannya tak jauh dari jalan itu. Ia tertidur pada tengah malam, tak berapa lama kemudian dia di lihat bangun dan berjalan meninggalkan rumah.


 “Dia menderita penyakit berjalan sambil tidur, dan selalunya penyakit itu terjadi di tengah malam. Ia tengah menginap di rumah seorang rakannya, sebelum insiden itu terjadi. Ia meninggalkan rumah itu yang berada di Ruislip dan berjalan di sepanjang jalan, tanpa menyedari apa yang dia lakukan,” ujar satu sumber yang dirahsiakan, Dailymail.

Para petugas polis dari unit Sapphire Scotland Yard, telah dikerahkan untuk menyiasat kes tersebut. Mereka telah mengambil sampel DNA dan bukti forensik lainnya dari wanita itu.



Mereka juga turut meneliti rakaman CCTV dari daerah sekitar serangan, yang terjadi pada sekitar 04:00 pagi pada hari kejadian.

Dua Pengacara Tidak Bertudung, Bercakap Pasal Tudung Di TV3



Entah la nak kata apa…tetapi penulis ada rasa sikit pelik la bila dua pengacara beragama Islam yang tidak bertudung bercakap pasal isu tudung di televisyen.

Isu yang dibincangkan ialah Bertudung Tetapi Seksi dalam salah satu segmen program Wanita Hari Ini yang disiarkan akhir tahun lalu.

Untuk cover malu, beberapa baris ayat seperti berikut telah digunakan oleh pengacara;

Kita bukanlah orang yang arif…masih sedang mempelajari selok-belok dan cara pemakaian yang sesuai…untuk dijadikan pedoman…

Lama betul belajar cara nak pakai.

Ada jugak baris ayat konsep bertudung…

Memakai tudung itu konsep atau ia selari dengan tuntutan menutup aurat…

Sebenarnya topik itu ok. Namun, bila keluar ayat-ayat cover line tu yang rasa nak tergelak tu.

Nak salahkan pengacara tu pun tak boleh jugak….

Namun tak tahulah…anda rasa ok ke kalau pengacara dan topik camni? Adakah ia nampak serasi?


[Video] Cara Orang India Di Malaysia Curi CPU Sebelum Masuk Bawah Kain



Jika sebelum ini kejadian kecurian bir berlaku di luar negara yang dilakukan oleh orang berbangsa India. Kini di Malaysia juga tidak ketinggalan ada kes seperti itu. Video bertajuk 'Underskirt Robbery' yang dimuat-naik oleh @citya1computer (mangsa) memaparkan sebuah keluarga (mungkin) telah mengunjungi kedai komputer di sebuah bandar yang kami tidak ketahui.

Pada mulanya mereka mengunjungi kedai berkenaan sebagai pelanggan biasa. Bagaimanapun, lakonan keluarga tersebut bermula apabila seorang wanita tua (emak) mula berpura-pura membelek barangan di dalam kedai berkenaan. Pada durasi 1 minit 12 saat, wanita tersebut bertindak mengambil CPU yang berdekatan tanpa diketahui pekerja kedai berkenaan sebelum dia memasukan CPU tersebut di antara celah pehanya.

Tanpa rasa bersalah, wanita terbabit hanya berjalan keluar seperti biasa bersama anak-anaknya.

NORMAN AJAK BALIK KUANTAN, ABBY JUAL MAHAL




WALAUPUN sudah tidak lagi mempunyai ikatan perhubungan suami isteri, Norman Hakim mengajak Abby Abadi untuk menyambut Aidilfitri bersama dia dan Memey serta anak-anak di Kuantan, Pahang. Namun Abby menolak dengan cara baik, mungkin bukan jual mahal tetapi memandangkan Norman dan Abby bukan lagi suami isteri jadi tak manis lah kalau Abby ikut serta.
       
Ajakan itu disahkan sendiri oleh Abby menerusi laman Twitternya.
       
Dia antara lain menulis, “En Norman Hakim tahun ini ambil anak-anak balik Kuantan dari 16 (Ogos) sampai (Hari) Raya pertama. Saya diajak, tapi memang... tidak apa kan? Buat ganggu sahaja, huhu sekarang dah sedih.”
       
Sebelum ini, umum mengetahui mengenai hubungan kurang baik dan mesra antara Abby dan Memey sejak tiga tahun lalu. Kedatangan Ramadan telah menjernihkan hubungan selebriti itu.

Memetik kenyataan Norman sebelum ini, “sekarang hubungan kedua Abby dan Memey sudah baik dan menjadi semakin mesra sejak 7 Ramadan lalu.”
       
“Seperti ramai sedia maklum sebelum ini, hubungan kami tidak begitu baik dan jikalau bertemu pun hanya untuk tujuan mengambil dan menghantar anak dan komunikasi terbatas di antara kami bertiga,” katanya.
       
“Tetapi mungkin disebabkan berkat bulan Ramadan serta doa yang selama ini tidak putus-putus saya dan masyarakat sekeliling mendoakan, akhirnya tercapai juga impian itu," katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Abby pada 8 Januari 2002 dan bercerai pada 2008.
       
 Sebelum ini terdapat ura-ura mengatakan Norman dan Abby bakal merujuk tetapi perkara itu sekali gus disangkal oleh Abby, yang membuat penafian itu menerusi Twitter minggu lalu.

“Suami Menyokong Perubahan Saya Ini” – Ayu Raudhah



“Tak ada alami apa-apa mimpi. Cuma Ayu memang rasa nak pakai tudung. Mungkin juga sebab selama mengerjakan umrah lalu saya sentiasa bertudUng, jadi sudaH biasa dengan keadaan ini. Lagipun selama ni kebanyakan drama yang Ayu berlakon, Ayu kerap tampil dengan imej bertudung. Peminat pula ramai yang suka tengok Ayu bertudung”, katanya.

Tambah Adik kepada pelakon seksi Rozita Che Wan, bidang lakonan tidak akan ditinggalkan. Cuma selepas ni dia akan lebih peka dan perlu memilih watak dan karatker yang sesuai dengan penampilannya sekarang.

Ditanya mengenai perubahan hidup serta reaksi suami juga orang sekeliling yang rapat dengannya apabila mengetahui akan perubahannya itu, Ayu menjawab,

“Alhamdulillah, Ayu selesa dengan penampilan sekarang. Kehidupan saya seperti biasa dan tiada bezanya. Keluarga dan suami pula sangat gembira dan menyokong perubahan saya ini.

“Awal-awal tu suami Ayu tak perasan yang Ayu dah bertudung. Tapi bila dia tengok setiap kali kami nak keluar, Ayu pakai tudung, dia tanya, dah pakai tudung ker? Dan dia cakap perubahan Ayu ni dah buat doa dan hasratnya tercapai,”

Sibuk Cari Tudung Raya

Dalam pada itu menyentuh mengenai persiapan raya yang bakal tiba tak lama lagi, Ayu berkata persiapan yan dibuat secara sederhana. Kali ini dia berbelanjan lebih sedikit untuk menghias juga kelengkapan rumah dan membeli kuih muih.


“Persiapan tu sederhana saja. Mujur sebelum pergi umrah Ayu dah siapkan semua dari segi baju, tempah kuih-muih dan sebagainya. Jadi tak lah sekarang kelam kabut. Baju raya tahun ni enam pasang.

Sekarang ni Ayu tengah sibuk nak cari tudung untuk dipadankan dengan baju-baju tu lah. Sebab sebelum pergi sana hari tu belum bertudung lagi kan, jadi sekarang baju dah siap, tu yang sibuk cari tudung mana yang sesuai”, katanya sambil tergelak.

Menurutnya lagi, Aidilfitri tahun ni merupakan giliran beraya di sebelah keluarga suami dan Ayu beruntung kerana tanpa di rancang dia turut berkesempatan pulang beraya di kampung halamannya di Kedah.

“Tahun ni, raya pertama kampung suami di Seremban, Negeri Sembilan. Kalau ikutkan tak balik Kedah, tapi kebetulan raya kedua tu Zaquan bersama pasukannya ATM, ada latihan dan perlawanan menentang pasukan Kedah, jadi alang-alang tu saya ikut lah balik ke Kedah dan terus beraya di sana”, katanya sebelem mengakhiri perbualan.

Maya Karin Kini Punya ‘Teman Istimewa’?




Selepas lebih dua tahun hidup menyendiri, Maya Karin, 32, khabarnya kini sedang mengenal hati budi seseorang namun enggan berfikir serius tentang hubungan.

Perkara tersebut diakui sendiri heroin Ombak Rindu ini di sebuah program hiburan baru-baru ini.

“Saya ada juga keluar dating, tengok movie atau ada yang mengajak makan malam menjemput dari rumah dan ada jugak beberapa jejaka yang saya ingin berkenalan”, katanya.

Maya juga turut mengakui sering meminta pendapat adik beliau tentang seseorang jejaka tersebut dan walaupun ada, tidak bermakna hubungan mereka kini bercinta.

“Sekarang ini masa yang sangat selesa untuk saya hidup bersendirian & saya tidak rasa terburu buru untuk menjalinkan hubungan dengan mana mana lelaki,” tambahnya lagi.

Bukan peminat saja malah kami juga tertanya-tanya siapakah gerangan jejaka bertuah yang telah mengisi kekosongan hati Maya Karin ketika ini?

Kita hormati Maya, biarkan. Kami yakin satu hari nanti Maya akan berkongsi lanjut  mengenai berita gembira ini, kan.


Terdahulu, Maya pernah mendirikan rumahtangga dengan Muhammad Ali atau nama sebenarnya Steven David Shorthose.  Pasangan itu berkahwin dalam suasana romantis pada 14 Ogos 2008 di Villa Corte de Lago, Itali. Dan majlis resepsi mereka diadakan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pada 26 Ogos tahun yang sama.

Namun pada pada 16 Julai 2010 pasangan ini memutuskan untuk berpisah. Selama hampir tiga tahun hidup bersama, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.



COPO Camaro Bumblebee Baru [10 Gambar]

COPO Camaro ialah model terkini Chevy Camaro yang kita lebih kenali sebagai Bumblebee di dalam filem Transformers. Berbeza dengan Camaro 2012 yang biasa, COPO mempunyai kapasiti enjin yang lebih besar. Terdapat tiga variasi enjin 5.3 liter dengan Supercharger ataupun 7 liter V8 yang mampu menghasilkan sehingga 600 kuasa kuda. COPO Camaro dihasilkan hanya untuk perlumbagaan drag racing dan hanya 69 akan dihasilkan. Ini adalah kerana COPO Camaro asal mula dihasilkan pada tahun 1969. Sungguhpun dijual pada harga serendah USD 89 000 (RM 227 000) sebuah, anda perlu memasukkan nama anda dalam cabutan bertuah untuk berpeluang membeli kereta ini.





“Susah Lakonkan Adegan Ranjang” – Nora Danish


Jika difikirkan secara lurus, pasti semua akan menyangka untuk melakonkan adegan ranjang dalam sesebuah filem itu adalah satu perkara yang mudah. Lagi-lagi jika seseorang pelakon itu sudah berkahwin.

Namun sebenarnya, bukan mudah untuk melakonkan aksi romantik ataupun ranjang. Itulah yang diakui sendiri oleh Nora Danish yang kita kenali sebagai pelakon yang selalu muncul dengan watak ceria.

“Bukan mudah untuk berlakon adegan romantik dan ranjang tetapi ia banyak dibantu oleh Rusdi yang lebih banyak pengalaman selain kesudiannya memberikan tip supaya tidak kelihatan kekok.”

Diberi peluang untuk berlakon dalam sebuah filem terbaru “Mencari Cinta”, Nora Danish membawakan watak sebagai seorang gadis yang terpaksa mengikut arahan bapanya untuk berkahwin dengan seorang pemuda yang dilakonkan oleh Rusdi Ramli.

“Saya lebih dikenali dalam watak sebagai gadis ceria atau pun komedi dan ini adalah kali pertama percubaan saya untuk membawakan watak romantik. Walaupun disangka mudah tetapi secara dasarnya ia sangat sukar dan memerlukan penghayatan yang teliti,”katanya.

2 pemain Perancis didakwa langgan pel@cur bawah umur




Karim Benzema

PARIS – Dua pemain bola sepak Perancis, Franck Ribery dan Karim Benzema berhadapan dengan pertuduhan melanggan pelacur-pelacur bawah umur.
Memetik majistret siasatan Andre Dando, CNN melaporkan bahawa “beberapa defenden akan didakwa kerana bertindak sebagai alku walaupun saya tidak boleh mendedahkan siapa mereka buat masa sekarang.”
Mereka sebahagian daripada lapan pemain bola sepak disiasat oleh pihak berkuasa Perancis.
Dando berkata, perbicaraan akan dikendalikan dalam beberapa bulan lagi dan kemungkinan akan berlarutan sehingga tahun depan.
Tahun lalu, pihak pendakwa raya telah meminta agar kes ke atas mereka digugurkan sebab kedua-dua pemain berkenaan tidak tahu bahawa salah seorang wanita yang ditahan berusia bawah 18 tahun.
Ribery, 29, bermain untuk kelab Bayern Munich manakala Benzema, 24, adalah pemain Real Madrid. Kedua-dua mereka juga pemain pasukan kebangsaan Perancis.
CNN juga melaporkan bahawa kes itu didedahkan ekoran serbuan polis ke atas sebuah kelab malam di Champs Elysees di sini dan menahan 18 wanita yang disyaki terlibat dalam pelacuran.
Salah seorang daripada yang ditahan, Zahia Dehar, pernah muncul di muka depan Paris Match pada April lalu dan memberitahu majalah itu bahawa dia pernah mengadakan hubungan seks dengan beberapa pemain pasukan kebangsaan termasuk Ribery.
Dehar, kini berusia 20 tahun, memberitahu bahawa dia tidak pernah memberitahu mereka bahawa dia berumur bawah 18 tahun ketika itu.
Di peringkat awal kes mahkamah, Ribery mengaku mengadakan hubungan seks dengan Dehar tetapi menegaskan tidak tahu yang dia seorang bawah umur.
Benzema tidak membuat kenyataan umum.
Kedua-dua mereka berhadapan dengan hukuman penjara tiga tahun dan denda 45,000 euro jika disabitkan kesalahan

Kekasih panas baran,bakar teman wanita





KUALA LUMPUR: “Mama tolong kak ngah. Kak ngah sakit. Kak ngah kena bakar,” rintih seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ketika menghubungi ibu angkatnya selepas dipercayai dibakar teman lelakinya di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa yang keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkan terbakar lebih 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya dan dilaporkan kritikal.
Bapa mangsa, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, anaknya, Nurul Firzanah yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana, dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya dipercayai untuk bersahur.
Menurut Mat Zaki, mereka yang sudah mengenali teman lelaki mangsa dan keluarganya tidak berasa syak untuk membenarkan mereka keluar bersama.
Bagaimanapun, katanya, jam 3 pagi, dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali memberitahu Nurul Firzanah dibakar berdekatan Flat Wangsa Sari di kawasan terbabit.

* Sumber myMetro

Diteguran Ustaz Azhar Idrus Abby Abadi Melenting




Penulis mendapat maklumat bahawa pada hujung minggu lalu telah berlangsungnya sebuah program agama yang melibatkan Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebagai penel utama.
Turut hadir dalam majlis itu adalah Abby Abadi, Faizal Tahir dan Man Raja Lawak.
Pasti ramai yang mengetahui setiap ceramah UAI pasti menarik ribuan penonton apabila UAI seringkali menyelitkan unsur jenaka sewaktu dakwah.
Tapi kali ini lain pula jadinya apabila Abby Abadi seolah-olah malu apabila UAI menjawab persoalan yang diberikan oleh Abby sendiri.
Abby bertanya kepada UAI berkenaan isu artis yang berhijrah dan mula memperkatakan isu agama.
UAI menegaskan penghijrahan kepada sesuatu yang lebih baik menjadi kemestian untuk umat Islam lain suka dengan perubahan yang mereka lakukan.
Selain itu, antara jawapan UAI adalah;
“Kadang-kadang kita ni artis, dulu kita lagha, sekarang kita ok dah, mulakan perjalanan.
Nombor satu, kita kena jaga. Jangan kita hentam kawan-kawan yang sama-sama dengan kita sekarang yang masih belum berhijrah.
Ahhh.. itu yang kita kena jaga,” kata UAI.
Secara tiba-tiba Abby bersuara menyekat mesej yang cuba disampaikan oleh UAI.
Abby berkata, “Ustaz nak tuduh saya yek.. Itu fitnah. Itu tuduhan ustaz. Itu tuduhan.”
Ehhh.. kenapa Abby ‘yang malu’ ni? Sedangkan UAI menyatakan secara umum dan tidak menyebut mana-mana individu.
Itulah kata orang-orang tua, ‘siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya’.
Menjadi persoalan juga apabila mengapa perlu Abby terasa dengan kata-kata UAI itu.
Patutnya Abby malu dan menimbangkan untuk terjun lombong sekejap pasal nasihat UAI tu kena tepat kat batang hidung dia sampai dia menjerit-jerit nak cover line kat atas pentas ceramah.
Dan adakah dia seorang sahaja artis yang berhijrah dalam masa yang sama menghentam rakan-rakan industri?
Jika anda yang biasa mendengar ceramah UAI, pasti tahu cara UAI.
UAI lebih ‘direct’ dalam menyampaikan sesuatu mesej.
Sebagai contoh sewaktu program bersama Zizan Raja Lawak suatu ketika dahulu.
Zizan tidak melenting dan ‘cool’ serta menerima secara positif nasihat UAI.
Penulis tidak lah bijak mana untuk memberi nasihat kepada pembaca.
Tetapi dari sudut sebagai seorang pengantara atau pengacara, Abby seharusnya tidak  seharusnya cepat ‘melatah’ dengan mesej yang disampaikan oleh panel.
Seolah-olah seperti Abby tidak tahu adab serta cara untuk mengawal diri sebagai sebagai seorang pengacara yang baik.
Apa salahnya jika Abby mendengar dahulu apa yang UAI cuba sampaikan dan terima dari sudut positif.

**Diharap jangan ada pula komentator yang mengaitkan isu ini dengan politik kerana jelas tiada kaitan langsung dengan politik.

Mendiang isteri pesan melalui mimpi buru konco Bujang Sebelak




center cap advanti racingEMBOL membakar bangkai seekor buaya yang ditangkapnya di Sungai Sebelak, Saratok semalam.


SARATOK – Selepas mewarisi ilmu ‘selembur buaya’ daripada pawang terbilang, ketua rumah panjang Sungai Anak di Roban, Embol Asum, 48, berjaya menangkap dan membunuh seekor reptilia sepanjang tiga meter di Sungai Sebelak dekat sini semalam.
Suami kepada mangsa Bujang Sebelak itu memberitahu, dia kembali memburu buaya di sungai berkenaan selepas mendapat pesanan mendiang isterinya, Siah Munsong, 42, menerusi mimpi supaya memburu dan menghapuskan generasi Bujang Sebelak.
Menurut Embol, meskipun hanya tiga minggu menuntut ilmu daripada gurunya iaitu pawang terkenal dari Betong, Indet Sanabong, 49, dia sudah mampu menjinak, menangkap serta membunuh enam ekor buaya dipercayai konco-konco Bujang Sebelak sejak dua minggu lalu.
“Saya mendapat mimpi didatangi isteri saya dan mendiang meninggalkan pesanan untuk membunuh konco-konco Bujang Sebelak menyebabkan dendam kesumat terhadap reptilia ganas itu kembali membuak-buak.
“Menerusi ilmu yang dipelajari daripada Pawang Indet, saya berjaya menangkap dan membunuh beberapa ekor buaya termasuk seekor yang panjangnya tiga meter semalam sebelum haiwan itu dibakar dan dimakan dagingnya,” katanya ketika ditemui di kediamannya dekat sini semalam.
Kosmo! difahamkan kesemua buaya tembaga yang ditangkap itu puratanya sepanjang kira-kira dua hingga empat meter.
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”