Tuesday, 17 July 2012

Apa Masalah Lelaki Ni, Tak Pernah Tengok Bra Ke?

Tiada apa yang mustahil untuk dilakukan di atas dunia ini. Semuanya bergantung kepada kewarasan akal dan fikiran untuk menerajui pemikiran otak kita. Seperti dalam video yang dijumpai di laman You Tube, berjudul ‘Syurga bra (Bra heaven)’, ya, memang sesuatu yang tidak mustahil untuk dilakukan. Tetapi, sekiranya seseorang manusia itu mempunyai akal yang waras, mungkin tidak tergamak untuk memalukan diri sendiri di tempat orang di khalayak ramai. Dalam video ini, seorang remaja lelaki telah melakukan ‘aksi’ yang agak memalukan dan mengejutkan pengunjung-pengunjung di sebuah kedai bra. Apa yang dilakukan? Dia dengan secara tiba-tiba telah masuk ke sebuah kedai yang menjual bra dan telah melakukan tindakan yang seperti orang kena sampuk hantu! Obses kepada bra sambil menjerit keriangan dan ‘mencium’, ‘menggomol’ bra-bra yang ada.



 

Bandar Puchong mirip Hatyai



SEORANG wanita sedang menunggu pelanggan di lorong belakang sebuah pusat hiburan di bandar Puchong, Selangor.

KUALA LUMPUR – Daerah Puchong di Selangor yang selama ini terkenal sebagai pusat pengeluar pelbagai barang industri kini bertukar imej sebagai bandar yang menyediakan khidmat urut dan seks secara berleluasa.

Tinjauan Kosmo! di kawasan tersebut baru-baru ini menimbulkan kejutan apabila jumlah pusat urut dan seks bukannya seberkurangan sebaliknya bertambah kepada sekurang-kurangnya 40 buah.

Bagi sesiapa yang sekali-sekala berkunjung ke Puchong pada waktu malam pasti terkejut dengan gemerlapan lampu-lampu neon menerangi unit-unit kedai yang dijadikan pusat seks.

Dipendekkan kata, kewujudan pusat urut seks di sekitar bandar ini sejak empat tahun lalu menukar imejnya seakan-akan Hatyai di Thailand yang terkenal dengan tawaran khidmat seks.

Lebih memburukkan keadaan, bisnes haram itu bukan sahaja semakin berkembang malah menyaingi kepesatan aktiviti perniagaan komersial yang terdapat di situ.

Proses Penentuan Jantina Mengikut Al-Quran



Didalam Proses Penentuan Jantina seorang bayi, adakah ditentukan oleh benih bapa atau pun ibu?
Dalam surah an-Najm ayat 45-46, Allah menjelaskan, “Dialah yang menciptakan kamu berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, daripada nuthfah, apabila dipancarkan.”

Nuthfah, mengikut tafsiran yang sahih, bermaksud air mani yang sedikit. Seperti yang disebutkan sebelum ini mengikut Imam Qartubi didalam al-Jamik li Ah Kamil Quran, nuthfah bermaksud,”Air mani lelaki, ia dinamakan nuthfah disebabkan jumlahnya yang sedikit iaitu airnya yang sedikit.” Oleh kerana air mani adalah sperma yang bercampur dengan cecair yang dikeluarkan oleh beberapa alat jantina lelaki, justeru nuthfah yang bermaksud ‘jumlah yang sedikit’ membawa maksud sperma. Hal ini disebabkan daripada air mani yang banyak satu bahagian kecil atau sedikit sahaja daripadanya yang diperlukan bagi proses persenyawaan. Yang sedikit yang menjadi penentu itu adalah sperma. Justeru didalam kamus Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic, perkataan nuthfah diterjemahkan sebagai drop, spermiaitu setitik atau sperma.
Justeru ayat ini dengan jelas menunjukkan, dalam proses kejadian manusia, penentuan jantina seorang bayi ditentukan oleh nuthfah iaitu benih lelaki yang terdapat dalam air mani. Kenyataan ini adalah selari dengan penemuan sains semasa. Hal ini disebabkan secara umumnya rupa bentuk seseorang bayi secara teroerinci ditentukan oleh 46 kromosom dan daripada 46 kromosom ini dua daripadanya adalah kromosom seks. Kromosom seks inilah yang samada seseorang bayi menjadi lelaki atau perempuan.
Y dan XX

Benih lelaki iaitu sperma, mempunyai kromosom seks ‘XY’ dan benih wanita iaitu ovum, mengandungi kromosom seks ‘XX’. Semasa proses persenyawaan berlaku antara benih lelaki atau perempuan, kromosom seks lelaki berpisah menjadi X dan Y dan kromosom seks wanita berpisah menjadi X dan X. Salah satu daripada kromosom seks lelaki bercantumdengan salah satu daripada kromosom seks perempuan bagi menentukan status jantina seseorang bayi.

Oleh kerana kedua-dua kromosom seks wanita adalah sama-sama iaitu X dan X, sedangkan kromosom seks lelaki adalah berbeza iaitu X dan Y, maka yang menentukan samada seseorang bayi menjadi lelaki ataupun perempuan adalah kromosom lelaki. Sekiranyakromosom X lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan, maka bayi itu menjadi perempuan. Sebaliknya, apabila kromosom Y lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan, maka bayi itu menjadi lelaki. Justeru benarlah kenyataan Allah yang mengatakankejadian lelaki dan perempuan ditentukan oleh nuthfah atau sperma lelaki. – Dr. Danial Zainal Abidin

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.”(Surah Al-Insaan 76:2)
“Dialah yang membentuk kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana dikehendaki-Nya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (surah A-li’Imraan 3:6)
Wallahu’alam….

50 Password Yang Senang Nak Guess

Kumpulan Gnosis pernah melancarkan serangan hacker berprofil tinggi pada rangkaian yang paling popular di dunia blog. Mereka mendakwa bahawa telah hack 1.3 juta password pengguna, 188,279 telah ditunjukkan kepada orang ramai. Ini adalah 50 password popular yg terlalu “lemah”. check it out~

Nampak tak carta kat atas tu, pengguna paling suka pakai password 123456. Penggunaan password yang tak selamat camtu boleh mengundang risiko kepada pemiliknya. Tak tau la sama ada diorang memang suka nombor tu atau diorang memang taktau pasal keselamatan dalam internet. Kalo hacker tu jenis baik macam Rilekscrew takpela sebab diorang ni hanya nk test-test je, kalau yg jahat-jahat tu abis la. Kemungkinan diorang akan guna akaun korang untuk wat jahat…

Untuk mengelakkan blog atau laman web sosial anda seperti facebook korang kena hack, jgn la pakai password yg mudah-mudah. Pakai la password yg “strong”. Strong maksudnya password korang tu adalah gabungan huruf dan nombor. Contohnya akudan375, nak hack password yang guna gabungan huruf dan nombor lebih susah. Jadi kalau sebelum ni korang tak pikir sangat soal password korang, lepas baca entry nie hati-hati la ye.

**kepada yang guna password-password yang senang tu boleh la tukar yek.. jangan lupa bagitau rakan-rakan yang lain :)

Awas! Bahaya Tidur Dalam Keadaan Lampu Menyala


Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap leukemia. Para ilmuwan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin.





Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.


Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun”.


Jumlah anak-anak yang mengidap leukimia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.


Sebuah persidangan berkaitan tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.


Hal ini menekan penghasilan melatonin di mana secara normalnya terjadi antara jam 9 malam s/d jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja shif yang memiliki risiko terkena kanser payudara.


Pada kenyataannya, Orang-orang buta tidak terdedah terhadap melatonin dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengidap kanser. Maka para ibu bapa disarankan untuk menggunakan lampu tidur yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.



Maha suci Allah yang menciptakan malam dan siang di mana waktu malam itu dijadikanNya gelap gelita supaya hamba-hambaNya dapat merehatkan tubuh badan yang penat bekerja di siang hari. Begitulah fitrah kejadian manusia di mana Allah Maha Mengetahui apa keperluan hamba-hambaNya kerana Dialah yang menciptakan kita semua. Maka nikmat TuhanMu yang mana engkau dustakan. Wallahua’lam


Hukum Mengambil Gambar (Bidang Fotografi)

Sejak akhir-akhir ini, ramai orang telah menceburi bidang fotografi dan menjadikannya sebagai satu pekerjaan sampingan. Bermula dengan era kamera DSLR, bidang ini dilihat mampu menjadi salah satu pekerjaan yang mampu meraih pendapatan yang tinggi. Ekoran daripada itu, ramai yang lupa bahawa setiap benda yang kita lakukan perlu mengikut syariat Islam. 



Di sini terdapat koleksi soal jawab mengenai hukum mengambil gambar fotografi terutamannya dalam majlis perkahwinan.


1) Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yang sedang disolekkan yang tidak menutup rambut kerana ia diminta oleh pengantin perempuan?


Jawapan: Mengikut Dr. Yusof Al-Qaradhawi, walaupun fotografiharus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada objek fotografi atau objek yang di ambil oleh jurugambar itu. Jika gambar yang diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram. Begitu juga gambar perempuan yang membuka auratnya. Hukum yang kedua, hukum melihat aurat perempuan tanpa keperluan yang darurat (seperti perubatan bagi seorang doktor), maka hukumnya adalah haram. Maka hukum anda mengambil gambar-gambar perempuan yang mendedahkan aurat adalah haram hukumnya. Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.


2) Apakah rezeki yang saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal?


Jawapan: Tidak halal. Ini kerana mengikut kaedah fiqh, “Al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid” (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud), ia datang dari kaedah fiqih, “Ma haruma isti’maaluh, haruma ittikhaazuh” (yang haram penggunaannya, haram pula memperolehinya) (Muhamamd al-Zarqa’, syarah qawaid/389).


3) Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar-gambar pengantin perempuan yang menutup aurat penuh? Adakah rezeki yang diterima itu halal?


Jawapan: Halal. Ia kembali kepada hukum asal fotografi adalah harus dan harus pula rezeki dari foto-foto yang halal.


4) Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yang tidak menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya? Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yang diambil pengantin wanita yang menutup aurat sahaja (memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga) dan hasil gambar yang tidak menutup aurat saya tidak memakannya (iaitu menggunakan hasil itu dengan membeli kamera/filem baru).


Contohnya harga pakej gambar ialah RM100. Katakan ada 40 (40%) keping gambar pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 60 (60%) keping lagi menutup aurat penuh. Jadi saya memberikan rezeki RM60 itu kepada keluarga saya dan RM40 itu saya tidak memakannya (dan menggunakan RM40 utk membeli filem/lensa).


Jawapan: Amalan seperti ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang Islam sebelum ini khususnya di zaman salafus-soleh. Mereka berpegang teguh dgn hadis Asy-Syarif, hadis no.6 dalam Matn arba’een anNawawiyah (Matan hadis 40 Imam Nawawi) dari Nu’man bin Bashir yang dikeluarkan oleh Dua Sahih Bukhari-Muslim, “Sesungguhnya yang Halal itu jelas, yang haram itu jelas dan di antara keduanya banyak perkara syubahah (samar-samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.”


Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram, ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yang syubahah. Lagipun dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun sifat halal dan haram serta syubahah. Dia hanya mengutamakan halal bayyin dalam semua urusan hidupnya. Dalilnya: “Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya.” (Quran 33:04). Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yang halal sahaja dan menjauhi syubahah apatah lagi yang haram dalam urusan hidupnya.


Iklan Permainan Video Arked Yang LULZ

Oh arked permainan video. Bilakah kali terkahir anda lepas dekat arked video? Aku masih ingat lagi lepak di Arked Video Plaza Pelangi Johor Bahru lepas balik sekolah in the early 90's. Main Daytona, Outrunners dan Ace Combat. Good times. Main sampai ngelat kelas tusyen. I was such a good boy.............. not!





Cute - Amrita Acharia : Irri Game Of Thrones (12 Gambar)

Jika anda peminat siri Game of Thrones anda pasti pernah melihat Amrita Acharia, pelakon yang melakonkan watak Irri. Irri ialah salah seorang dayang yang ditugaskan menjaga Khaleesi Daenerys Targaryen. Amrita Acharia mempunyai muka yang kami rasakan eksotik. Bapa beliau berasal dari Nepal manakala Ibu beliau berasal dari Ukraine. Exotic look achievement unlocked! Beliau dilhirkan di Kathmandu sebelum berpindah ke Norway. Malang bagi kami watak Irri sudah dimatikan penerbit GoT. Diharap Amrita dapat muncul didalam filem yang lain di masa hadapan.






(Video 18 SG) Wanita dipukul, ditelanjang, didera dengan puntung rokok oleh sekumpulan lelaki


Seorang wanita telah dibuli dengan ganas oleh sekumpulan samseng yang menyerangnya ketika beliau meninggalkan sebuah bar di India.

Insiden lewat malam yang berlaku di bandar Guwahati utara negara itu telah menyebabkan kemarahan orang ramai terhadap tindakan polis yang lembab setelah video tersebut di muat naik ke internet.

Video yang dirakamkan oleh seorang wartawan yang sudah tamat tugasnya pada ketika itu menyaksikan sekurang-kurangnya 20 orang lelaki dilihat menarik rambut dan menolak-nolak wanita tersebut hingga beliau jatuh ke tanah.

Amat mengejutkan apabila tiada seorang pun yang datang tampil untuk membantu wanita tersebut. Dilaporkan juga, sepanjang penyeksaan 30 minit yang ditanggung oleh wanita berkenaan, beliau turut cuba dibogel dan dipukul.



Beberapa suspek telah pun dikenal pasti dalam video tersebut dan mereka sekarang diburu oleh pihak polis.


Pasangan bogel dicekup berasmara dalam kereta depan rumah



PETALING JAYA – Sepasang kekasih yang asyik dengan tanpa segan silu berasmara dalam kenderaan di hadapan rumahnya di Jalan SS 5a/15, Kelana Jaya dicekup oleh anggota Kawasan Rukun Tetangga (KRT) SS 5a dalam keadaan berbogel.

Perbuatan tidak bermoral yang dilakukan pada jam 12 malam itu disedari penduduk yang melakukan rondaan di sekitar kawasan tersebut.

Pada mulanya, mereka tersentak selepas melihat sebuah kenderaan pelbagai guna yang terletak di bahu jalan bergoyang.

Ahli Jawatankuasa KRT Zuhri Othman berkata, hasil intipan dilakukan mendapati terdapat bayangan orang seperti sedang menari dalam kenderaan itu.

Mengesyaki terdapat aktiviti tidak bermoral berlaku, penduduk menghampiri kereta terbabit dan dapat melihat dengan jelas, lelaki dan wanita bertelanjang bulat sedang terbaring berpelukan.

“Bila kami ketuk cermin, kedua-duanya bingkas bangun dan hanya sempat menutup anggota sulit masing-masing dengan pakaian dan tangan,” katanya

Zuhri berkata, remaja lelaki berusia 19 tahun yang dicekup berkenaan adalah penuntut sebuah kolej swasta

Katanya, remaja itu mengaku baru pulang menonton wayang mahu menghantar teman wanitanya pulang.

Ketika kejadian, ibu bapa remaja perempuan itu sedang nyenyak tidur dan tidak langsung menyedari kelakuan sumbang anaknya di luar rumah.

“Mereka merayu meminta supaya tidak dikenakan tindakan tegas dan penduduk menasihati pasangan itu supaya tidak mengulangi perbuatan terbabit.

“Rekod dan butiran diri mereka diambil sebelum dibenarkan pulang,” katanya.

Usaha Jahat "Kantoi"kan Ustaz Azhar Idrus



Ini kisah sedih idola gua Ustaz Azhar Idrus sewaktu beliau hendak buat program di Grek baru-baru ni.Punyalah susahnya nak dapat kelulusan daripada peguasa sekular ala Hosni Mubarah ni..

Kisahnya bermula..(Macam cite Hikayat Sang Merong lak beb..ha3 ) apabila permohonan untuk mengadakan ceramah di Padang Lapangan Terbang Tentera di Grek dilakukankan,maka bermulalah detik-detik mengerikan dan menggeramkan.. 

Kalau nak ikutkan..segalanya berjalan dengan izin Allah,seperti apa yang dirancang..mengikut maklumat Majlis Daerah Grek,Pihak Polis,Pejabat Agama Grek dan penjaga Padang Lapangan Terbang Tentera di Grek pun semuanya memberikan isyarat "Line Clear"...Alhamdulillah dan bersyukurlah penganjur kerana segalanya berjalan lancar. 

Namunnnn..apabila tinggal lagi 2 hari saja beb program nak on..maka puak-puak keris tak bersarung ni mulalah gatal pungkok tak boleh nak tenang jiwa apabila difikirkan puluhan ribuan manusia akan hadir dalam program UAI nanti..sudah pasti ini akan menggugat sokongan masyarakat kepada puak keris telanjang ni..maka kepala puak ni pun dah jadi biul dan masuk angin... 

Maka dipanggillah Ketua Polis Grek dan dipertikaikan mengapa boleh bagi kelulusan??Maka..jalan terakhir kut-kut boleh sangkut program ni,Pihak polis diarahkan untuk mendapatkan kelulusan pemilik sebenar Tanah Lapangan Terbang dan Kebenaran bertulis dari Pejabat Mufti Perak.
Fuhhh..Penganjur pening kepala beb..cuma tinggal 2 hari program nak On..Maka pergilah penganjur ke Ipoh mencari siapa tuan punya Padang yang sebenarnya..Maka berjumpalah pihak penganjur dengan tuan punya Tanah..dengan bicara yang santun kerana agama Allah..Pihak tuan tanah dengan berbesar hati membenarkan pihak penganjur untuk mengadakan progran UAI tersebut...

Semasa hendak pulang,salah seorang AJK penganjur bertanya kepada tuan yang diamanahkan menjaga tanah itu.."Apakah sebelum ini setiap program seperti konsert atau karnival perlu memohon kebenaran daripada pihak tuan..??" Jawab yang punya tanah,"Dah Puluhan Tahun pelbagai pihak menganjurkan pelbagai program di tanah tersebut tak pernah sama sekali mereka dikehendak meminta kebenaran seperti hari ini.."katanya dengan senyum sinis.

Kemudian pihak penganjur terpaksa pulak mengadap Pak Mufti di pejabatnya..namun malang Pak Mufti tidak ada...kebenaran akan hanya diberikan oleh Pejabat Mufti keesokan harinya..iaitu hari akhir sebelum program bermula..fuhh..suspen habis beb..

Esok paginya sampailah kebenaran dari mufti melalui faks seperti yang dinanti-nantikan oleh seluruh masyarakat Islam Grek..Benarlah kata Allah "Kamu merancang tipudaya,sesungguhnya tipu daya Allah Maha Hebat."..Rupanya hebat sungguh Insan yang bernama UAI di mata musuh-musuh Islam..Takbirrrrr...karat E-jau

Angel Denise Milani


Denise Milani.. she's really like an angel in this outfit and angel photography.. girlsmodele brought you denise milani again.. now in angel costume.. denise milani is a busty babe and one of the sexiest woman alive. she's really hot and pretty.. imagine how if an angel looks like this?? OK ready to meet your new angel?? this is Our Angel Denise Milani




Pemungut sampah di China ini sangat cantik!!



Sebagai negara dengan jumlah penduduk terbesar di dunia, maka persaingan untuk mendapatkan tenaga kerja di China amat sukar dan terhad. Rupa yang cantik dan menawan belum tentu menjamin seseorang mendapat pekerjaan yang baik di China. Seperti yang terjadi pada gadis cantik yang tidak mahu disebutkan namanya ketika ditemui oleh seorang kawan di Nanjing. Dia terpaksa menjadi pemungut sampah kerana tidak berjaya mendapatkan pekerjaan walaupun dia lulusan sekolah menengah.

Suami isteri terbakar ketika tidur



PEKAN – Seorang pelajar tingkatan empat bertindak berani apabila menyelamatkan ibu bapanya yang sedang terbakar dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Cenderawasih di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 2.30 pagi, ibu kandung dan bapa tiri Mohd. Amri Abu Bakar, 16, melecur teruk di seluruh tubuh selepas bilik tidur mereka terbakar.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan itu berkata, dia yang berada di ruang tamu terhidu bau asap sebelum terdengar jeritan ibu bapanya.
“Ayah tiri saya, Abdul Karim Mohamad dan ibu saya, Saidah Talib kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA),” kata gadis itu.

Pelakon Transformer ini menjadi model muka depan majalah tanpa pakai....


Bintang Transformer, Rosie Huntington-Whiteley telah kembali kepada dunia permodelan untuk terbitan baru majalah GQ Jerman. Menjadi model muka depan dengan gaya penuh kontroversi, iaitu hanya mengenakan seluar dalam yang bertulis nombor 10 dan dengan payudara yang terdedah. Walaupun lakonannya dalam Transformer tidak dapat memenangi hati peminat dibandingkan dengan Megan Fox, keupayaannya sebagai model, memang sering mendapat pujian.

Game PS3:Resident Evil 5 Alquran Diletak Dilantai


Game PS3:Resident Evil 5

Langkah 1:Lihat gambar di atas secara teliti..

Langkah 2:Jika anda dapat lihat sesuatu yang tidak menyenang mohon jangan comment dengan kata-kata yang kesat..

Awek Sape Yang Tak Penah Gosok Gigi ini?



Comel. Putih melepak. Kalau nak meminang tak kalah dah. Tak rugi..tapi sanggup tak anda beristerikannya. Gadis yang berusia 20 tahun yang menjadi bintang di acara Mars Virus. Satu program television paling popular di Korea Selatan. Gadis Seoul ini bernama Ji Hyun Ji tetapi ia mempunyai kebiasaan yang pelik daripada orang lain.

Ji Hyun Ji mengaku tak pernah lagi menggosok giginya sejak 10 tahun lalu. "Saya tidak tahu mengapa orang harus gosok gigi, kerana tak ada orang lain yang akan melihat ke dalam mulut anda," kata Ji Hyun Ji, santai. "Bagi saya, tumpukan sisa makanan itu akan menjadi perlindungan bagi gigi saya."

Mars Virus memiliki rating tinggi di negeri ginseng itu. Acara ini mengundang tetamu mereka yang memiliki kebiasaan atau perangai yang aneh, tetapi mereka tetap berbangga dengannya.

Hyun Ji bukan gadis berpenampilan "bersugi". Ia kerap menggamit perhatian kerana kecantikannya dan mendapat gelaran baru sebagai Miss Cutey Yellowish, setelah ia mendakwa dirinya berhenti menggosok gigi satu dekad yang lalu. Terakhir kali ia ingat melakukannya ketika ibunya menggosok giginya saat berusia 10 tahun.

Kebiasaan hari-harinya dia hanya mencungkil gigi depannya jika ada makanan melekat. Meskipun Hyun Ji telah melupakan cara menggosok gigi, program ini mencuba untuk membujuknya supaya menggosok giginya.

Tak diberitahu Hyun Ji ini suka mandi ke tidak. Ish kalau tak mandi 10 tahun. Kalau tak buang air tak basuh… tak ke haru… Yelah! Banyak dunia, banyak ragamnya. Tapi kalau anda dah berkenan.. Kalau dah tangkap cintan. Boleh terima ke kebiasaannya itu? Tapi untunglah bakal suaminya. Yelah!.. sekarang barang-barang mahal. Boleh jimatkan berus gigi dan ubat gigi. Gigi pun makin lama makin kuning, dah karat macam gigi emas. Cun pe?

Boleh tak ubah perangainya itu? Tapi kalau dah menjadi pegangan dan keyakinan.. payah juga tu. Macamanan pun manusiakan boleh berubah. Dengan bujukan, atau dengan wang ringgit? Seperti ahli UMNO tegar jugak. Nak ubah payah tu tetap payah. Dah pulak dia rasa yang dia buat tu betul, elok dan membahagiakannya. Dah biru karat. Apa nak buat?

Apapun kena tingkatkan penerangan, penjelasan. Semoga dibukakan hati mereka dengan kebenaran. Masa untuk berubah. Jom! Ubah.

p/s  eeeeeee..mesti busuk melantung mulut dia kan??

Guru Cantik Ini Kerja Sampingan Sebagai Bintang Porno



Sebagai Guru seharusnya mendidik muritnya dengan baik tapi jika gurunya saja seorang bintang porno apakah bisa guru itu mendidik muridnya seperti yang di lakukan guru muda bernama Stacie Halas  (30)asal Oxnard, California, AS dia bekreja sampingan sebagai bintang filem porno.
Karena kelakuan guru muda ini salah satu sekolah setingkat smp SMP Richard B Haydock di Oxnard, California, AS dibuat heboh dengan ulah Stacie Halas (31) ke hebohan ini terungkap setelah salah satu sisawanya melaporkan guru tersebit ke kepala sekoalahnya bahwa gurunya telah menjadi bintang filem porno.
Pada awalnya pihak sekolah tak percaya dengan laporan para murid, karena tidak menukan foto maupun video Stacie Halas di internet.
Namun, saat diselidiki ulang, sejumlah guru menemukan beberapa video porno Stacie yang diunduh dari smartphones.
“Saya melihat sebagian video itu. Itu pornografi hardcore,” tegas Jeff Chancer di California, AS, seperti dikutip dari Daily Mail, Jumat (9/3/2012).
Atas laporan ini pun kepala sekolah smp Richard B Haydock langsung meliburkan semua muridnya dan langsung memikirkan  tindakan untuk memberikan sangsi terhadap guru muda yang bekerja sampingan sebagai bintang porno, dalam kontrak kerja antara sekolah dan Stacie Hala tidak di tuliskan tentang  yang mengatur kejahatan moral.
Meski begitu, kepala sekolah  yakin masih ada satu celah, yakni pasal Edukasi California, yang memuat syarat-syarat kerja yang bisa menyebabkan guru porno dipecat.
Berdasarkan laporan dan temuan yang di lakukan sekolah pihak sekolah memberikan peringatan kepada semua para orang tua sisiwa agar para anak anaknya tidak mengunduh dan memonton video porno sang guru.
Pihak sekolah sudah memberitahu masalah ini ke Departemen Kepolisian Oxnard. Namun, belum ada upaya investigasi kriminal yang dilakukan polisi setempat.

Buka Hijab Melihat Jin (Makhluk Halus)



Kita boleh melihat jin jika ia menukarkan bentuknya tetapi tidak boleh melihat bentuknya yang asal sebagaimana firman Allah s.w.t bermaksud :
“Wahai anak-anak Adam! janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.”  (Surah Al-A’raf Ayat: 27)
Al Hafiz Ibnu Hajar mengatakan, “kadang-kadang syaitan itu membentukkan dirinya dalam pelbagai bentuk, maka kita kadang-kadang dapat melihatnya. Ayat ini menyatakan kita tidak dapat melihatnya di dalam bentuknya yang asal.”
Al Imam Asy Syafie r.a mengatakan sebagaimana yang didengar oleh Ar Rabi’ yang diriwayatkan oleh Al Baihaqi r.a di dalam Kitab Manaqib Asy Syafie,“ Barangsiapa yang mengaku dia melihat jin kita tolak pengakuannya kecuali ia seorang Nabi.”
Walaubagaimanapun dapat kita buat satu kesimpulan bahawa seseorang itu dapat melihat jindalam bentuk yang lain tetapi tidak dalam bentuknya yang asli.
Nabi Muhammad s.a.w menjelaskan baginda ternampak Ifrit melintas baginga sewaktu baginda sedang sembahyang, sebagaimana sabdanya yang bermaksud :
“Ifrit melintas di hadapan aku semalam untuk mengganggu sembahyangku, Allah s.w.t membenarkan aku sehingga aku ingin mengikatnya di pagar masjid sehingga subuh dan kamu boleh melihatnya tetapi aku teringatkan perkataan / doa saudara ku Sulaiman, “ Ya Tuhanku, kurniakanlah kepoadaku kekuasaan yang tidak akan dicapai oleh orang selepas aku.”
Di dalam hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan :
1. Keupayaan manusia melihat jin adalah sesuatu yang mustahil. Firman Allah s.w.t yang disebutkan itu adalah secara umum tetapi para Nabi dikecualikan. Mereka ada kebolehan yang diberikan Allah untuk melihat bahkan boleh menguasai mereka sebagaimana Nabi Sulaiman boleh menaguasai jin.
2. Menunjukkan jin itu tidaklah kekal dalam bentuk asal mereka (api).
3. Melihat Ifrit oleh Baginda Rasulullah s.a.w adalah sesuatu yang khusus untuknya sebagaimana Baginda boleh juga melihat malaikat dalam bentuknya yang asli sehingga dapat melihat Malaikat Jibril yang mempunyai 600 kepak.
Manusia-manusia yang lain tidak mempunyai kelebihan sebagaimana yang Allah anugerahkan kepada Nabi-nabi berkenaan. Walaubagaimanapun setengah-setengah binatang juga dapat melihat jin sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Apabila kamu mendengar kokok ayam, mintalah kurnia dari Allah kerana ia melihat malaikat dan apabila engkau mendengar suara himar berlindunglah kepada Allah daripada gangguan syaitan kerana yang dilihatnya ialah syaitan.” (AL Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)
Kelebihan binatang-binatang ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana ulama telah mentahkikkan (memperakukan) kelebihan binatang yang boleh melihat sesuatu yang kita tidak dapat melihatnya. Lebah boleh melihat cahaya, mereka boleh melihat matahari di waktu awam gelap. Burung hantu dapat melihat tikus di waktu malam yang gelap gelita.
Sumber: Perubatan Islam Darussalam Malaysia

Lisa Surihani Bakal Muncul Dalam Oh My English! Hujung Minggu Ini



Saban minggu kami membaca komen peminat peminat yang mengatakan mereka terhibur apabila menonton program Oh My English! di Astro TVIQ (saluran 160).

Program berbentuk hiburan mendidik ini di’lancarkan sekitar Mei 2012 lalu bertujuan untuk memperbaiki pertuturan Bahasa Inggeris di kalangan rakyat Malaysia.

Menariknya, sehingga ke hari ini Oh My English! di Youtube sudah menerima lebih 3.25 juta tontonan dan kini memiliki lebih 85,000 peminat di laman Facebook mereka.

Di kaca televisyen, Oh My English! telah berjaya memikat lebih 1.5 juta penonton yang terdiri dari pelbagai peringkat umur & hujung minggu ini mereka ada sesuatu yang istimewa.

Untuk episod khas Oh My English! Ahad ini (22 Julai 2012), Lisa Surihani akan tampil sebagai tetamu jemputan khas yang akan mencari bakat lakonan baru dalam kelas 3M.

Jangan ketinggalan untuk menonton Siaran Istimewa ‘Oh My English’ pada hujung minggu ini pada 20 – 22 Julai (Jummat – Ahad) dari pukul 10 pagi – 10 malam, serta penampilan istimewa Lisa Surihani di rancangan ‘Oh My English!’ pada Julai 22, (Ahad) pada pukul 10 pagi di Astro TVIQ (Saluran 610)!



Datuk Siti Nurhaliza Tak Berniat Dedah Rambut



“Ia adalah isu lama yang berbangkit.”
Begitu ulas Datuk Siti Nurhaliza mengenai pertikaian peminat tentang imej dan penampilannya yang separa bertudung. Bagi kebanyakan peminat, ramai yang berharap agar penyanyi nombor satu negara itu bertudung dengan sempurna, sementara sebahagian lagi boleh menerima penampilan Siti dengan baik.
Bagaimanapun isu pemakaian tudung Siti kembali menjadi hangat selepas sekeping gambar yang dimuat naik oleh Siti sendiri dengan menampakkan sebahagian rambutnya dalam laman sosial Instagram peribadinya menjadi perdebatan di kalangan peminat. Macam-macam pandangan yang dilemparkan, sehingga menimbulkan sedikit kontroversi apabila ada yang mendakwa rambut wanita bukan aurat.
Sudah terbiasa dengan situasi tersebut, Siti dengan tenang meminta agar semua peminatnya menerima penampilan dirinya yang memang belum bertudung sepenuhnya sejak beberapa tahun lalu.
Ujarnya: “Saya sedar bahawa timbul beberapa komen negatif mengenai gambar saya dengan menampakkan rambut dalam Instagram saya. Namun, seperti selama ini yang sering saya katakan, saya memang belum bertudung litup, tetapi sekadar mengenakan selendang.
“Jadi saya amat berharap agar peminat memahami dan tidak lagi membangkitkan isu ini.”
Siti bagaimanapun berkata: “Namun saya tetap mempunyai keinginan untuk menutup aurat dengan sempurna satu masa nanti.
Ditanya tentang pembatalan konsert Sami Yusuf yang membabitkannya pada 14 Julai lalu namun dibatalkan pada saat akhir, Siti melahirkan rasa kecewa kerana dia hanya dimaklumkan tentang pembatalan tersebut tiga hari sebelum konsert tersebut berlangsung.
Namun katanya dia percaya bahawa peminat Sami lebih kecewa kerana gagal untuk menyaksikan penyanyi kesayangan mereka itu beraksi di Malaysia buat pertama kali.
“Jika konsert tersebut akan kembali diadakan, saya sudi bekerjasama jika ia tidak berlanggar dengan jadual kerja saya yang lain,” katanya yang berduet dengan Sami untuk lagu Here Came To You.
Sementara itu, saat ditanya mengenai perkembangan terkini, Siti memberitahu dia bakal muncul dengan produk kosmestik terkini dari jenamanya, SimplySiti selain memaklumkan akan berehat daripada mengadakan sebarang persembahan pada bulan Ramadan ini.

Saya Rasa Saya Popular, Kalau Tak, Mana Mungkin Jadi Duta Produk – Zarina Anjoulie



Tuah ayam nampak di kaki, tuah Zarina Anjoulie dilantik jadi duta minyak wangi. Macam pantun dua kerat la pulak.
Rupa-rupanya dalam diam, Zarina dilantik menjadi duta minyak wangi jenama Ched Solid Perfume sejak 2 bulan yang lalu.
Dan Zarina menganggap dirinya popular kerana kalau tak popular takkanlah dilantik menjadi duta sesebuah produk.
Kata Zarina kepada portal Murai:-
” Saya gembira kerana diberi kepercayaan oleh mereka untuk menjadi duta kepada produk ini.
” Saya tidak tahu sebab sebenar mereka memilih saya tetapi setahu saya peranan duta adalah untuk menjalankan sebahagian daripada aktiviti pemasaran serta promosi yang mereka jalankan.
” Jadi, untuk mempengaruhi orang lain atau pelanggan, seseorang duta yang dipilih atau dilantik itu haruslah popular serta diketahui ramai.
” Saya rasa…saya popular. Kalau saya ini tidak popular, tidak mungkin mereka akan pilih saya sebagai duta mereka. “
Betul jugak kata-kata si Zarina nie.
Abang Nara pun rasa Zarina nie sebenarnya agak popular.
Mungkin kepopularitian Zarina tercipta menerusi kontroversi-kontroversi yang melanda dirinya, namun itu tetap serba sedikit membantu menaikkan nama Zarina.
Semoga selepas ini Zarina akan lebih banyak mendapat tawaran sebegini.

MARI LIHAT IKAN PIRANHA MEMOTONG RANTING KAYU


Baru-baru ini, di China digemparkan dengan serangan ikan piranha yangmenyebabkan dua orang mengalami kecederaan serius setelah diserang oleh ikan pemakan daging tersebut di Sungai Liujiang. Kerajaan tempatan juga kini menawarkan sebayak AS$160 (RM509) untuk setiap ekor ikan piranha yang ditangkap.

Mari lihat sejauh manakah ketajaman gigi ikan ini melalui video di bawah. Seperti kura-kura makan kangkung, seperti Tok Abah makan keropok mony, rangup!




Gambar Desktop Penggila Komputer Sebenar (11 Gambar)

Di Blogserius kami menggunakan setup 2 monitor di pejabat kami. Kenapa? Supaya mudah melakukan kerja sambil layan 3GP. Tetapi desktop kami tidak sebagus desktop penggila komputer sebenar di bawah. Seriously..... jealous! Bagaimana pula dengan anda? Sebenarnya kalau nak blogging dan menggunakan hanya laptop amatlah tidak orgasmik. Jadi sekiranya anda mahu menjadi blogger serius dan mendapat projek kerajaan silalah mempunyai desktop yang awesome





Video Wanita Ragut Dibiarkan Merana Di Pulau Pinang



Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian tragik yang telah meragut nyawa Tan Kim Chuan, 60 pada awal pagi 10 Julai lalu kini boleh ditonton di Youtube.

Video tersebut telah dimuat naik14 Julai lalu dan telah mendapat pelbagai reaksi serta maklum balas dari para penonton.

Anda juga boleh menonton video tersebut dan nilaikan sendiri berkenaan sikap moraliti dan insaniah dalam diri rakyat Malaysia.

Beberapa orang sekadar berlalu pergi tanpa ada sedikit pun rasa ingin membantu? Mengapa mereka bersikap demikian?

Apa kata anda?

[Video]The Amazing Race Ramadhan

Sebarkan Gadis Hilang


Seluruh Dunia Marah Melihat Foto ini

Gambar dibawah banyak beredar di Blog atau Forum-forum Pecinta Hewan. Kita bisa Melihat betapa Biadabnya seorang Manusia Terhadap Makhluk yang lemah.


Orang ini Mengikatkan rantai motor pada leher seekor anjing Lalu menyeretnya, ini merupakan perbuatan kumpulan anti haiwan di cina kabarnya di bandar guangzhou, kumpulan ini dinamakan "tidak berperikemanusiaan"-dalam bahasa harfiah dan pengambilaan imej di Fuzhou, sebuah forum dari kumpulan fotografi, mengenakan seragam menunggang motosikal, mngikatkan rantai pada belakang motor, dan besi hujung rantai ditetapkan pada leher anjing, dan menyeretnya dalam kelajuan 50km/jam dan anjing itu terlihat meringis kesakitan. dan beberapa orang mengatakan ketika diseret anjing itu berteriak, melolong, dan menangis. tapi itu tidak membuat pengendara biadab itu melambat, malah mempercepatkan kelajuan motor. foto2 dibawah memperlihatkan keadaan anjing yang diseret tadi, terlihat sangat cedera parah. 




Hargailah semua makhluk disekitar kita,Kita dan mereka juga diciptakan oleh Pencipta yang sama.

Janda Rugi RM30,000 DiTipu Boyfren



KUALA LUMPUR: Impian indah seorang janda beranak tiga untuk melangsungkan perkahwinan yang dirancangkan bulan ini musnah selepas teman lelakinya bukan sekadar menghilangkan diri, malah turut melarikan wang RM30,000 miliknya.

Wanita berusia 29 tahun itu menyerahkan RM30,000 ketika kali terakhir berjumpa lelaki terbabit di Jalan Yap Kwan Seng, di sini, pada 29 dan 30 Jun lalu dan wang berkenaan kononnya untuk membeli barang hantaran serta urusan majlis perkahwinan mereka.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Shanti, 29, berkata, dia bersedia menyerahkan wang berkenaan pada dua pertemuan berkenaan kerana yakin dengan kesungguhan teman lelakinya itu mahu memperisterikannya walaupun mereka baru sebulan berkenalan.

Shanti berkata, dia mengenali lelaki berusia 20-an itu melalui seorang rakan dan bersetuju berkahwin selepas tertarik sikapnya mengambil berat terhadap dirinya serta anak-anak.

“Kami bertemu buat kali pertama pada akhir Jun lalu dan dalam pertemuan itu, dia menyatakan jatuh cinta pandang pertama terhadap saya dan mahu mengambil saya sebagai isteri. - mymetro

Sukma: Terengganu Juara Kali 4



KUANTAN – Terengganu berjaya mencipta rekod apabila muncul juara keseluruhan buat kali keempat berturut-turut pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke -15 Pahang 2012 selepas berakhirnya tiga acara akhir, dekat sini semalam.
Biarpun tanpa beberapa acara ‘favourite’ yang tidak dipertandingkan pada Sukma kali ini, namun semangat ‘Terengganu Hanelang’ yang ditanam dalam kalangan atletnya terus membawa Terengganu melakar sejarah baru dalam juara sukan negara.
Terengganu dinobatkan selaku juara selepas meraih 62 pingat emas, 24 perak dan 31 gangsa, jauh meninggalkan pencabar terdekat, Selangor yang muncul naib juara dengan meraih 47 emas, 54 perak dan 60 gangsa.
Manakala Pahang selaku tuan rumah menduduki tempat ketiga apabila memperoleh 45 emas, 40 perak dan 38 gangsa.
Kali pertama Terengganu muncul juara keseluruhan Sukma adalah ketika menjadi tuan rumah temasya itu pada 2008 dengan meraih 61 pingat emas, 39 perak dan 47 gangsa.
Dua tahun kemudian, kontinjen Terengganu sekali lagi ditabalkan juara apabila memungut 47 pingat emas, 30 perak dan 43 gangsa.
Tahun lalu, Terengganu melakar hatrik dengan mengungguli temasya Sukma buat kali ketiga berturut-turut selepas membawa pulang 23 pingat emas, lima perak dan 10 gangsa.
Skuad lumba basikal muncul antara penyumbang terbesar buat kontinjen Terengganu dan terus mendominasi acara itu apabila membawa pulang 12 pingat emas, manakala skuad olahraga turut menampilkan prestasi mengagumkan apabila menyambar lapan pingat emas, sekali gus muncul juara keseluruhan dalam acara tersebut.
Malah, atlet memanah Terengganu juga melakar sejarahnya tersendiri apabila muncul juara keseluruhan buat pertama kalinya dengan meraih sembilan pingat emas.
Paling dramatik, kejayaan skuad hoki Terengganu yang mengakhiri kemarau beraksi di pentas final, iaitu hoki wanita yang terpaksa menunggu selama 20 tahun, manakala pasukan hoki lelaki (16 tahun menunggu) untuk membolot emas yang dipertandingkan malam kelmarin.
Perlawanan mendebarkan skuad hoki lelaki menentang Wilayah Persekutuan yang memaksa perlawanan dilanjutkan ke penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 4-4, akhirnya melegakan kontinjen dan seluruh warga Terengganu apabila mereka menghadiahkan emas ke 62 buat negeri.
Lebih membanggakan, Terengganu yang menyasarkan 47 pingat emas pada Sukma kali ini, berjaya membolot sehingga 62 kilauan emas.

Masterchef Selebriti Malaysia : Dato’ Fazley Yaakob Juara, Kalahkan Angah Raja Lawak


Pertama kali diadakan di Malaysia, rancangan Masterchef Selebriti Malaysia benar-benar telah memukau minat ramai penonton sehingga penyingkiran Azwan Ali pada episod sebelumnya telah mengundang banyak persoalan.


Namun itu semua tidak menjadi halangan buat Dato’ Fazley Yaakob untuk merangkul juara keseluruhan Masterchef Selebriti Malaysia mengalahkan pesaingnya, Angah Raja Lawak. Setelah berminggu-minggu bertarung, pusingan akhir semalam telah menobatkan Dato’ Fazley yang juga seorang perunding motivasi dan penyanyi ini sebagai pemenang sekaligus merangkul hadiah berjumlah RM57,500.
Hadiah kemenangan Dato’ Fazley Yaakob ini akan disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia. Tahniah Informasi.my ucapkan pada Dato’ Fazley kerana berjaya menghiburkan para peminat dan dinobatkan sebagai juara Masterchef Selebriti Malaysia!

Imbuhan Aidilfitri: Cuepacs cari pendekatan terbaik



KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sedang mencari pendekatan terbaik untuk memastikan 1.4 juta penjawat awam di seluruh negara mendapat imbuhan menjelang Aidilfitri.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata Cuepacs akan mendapatkan pandangan pihak tertentu berhubung perkara itu sebelum menyerahkannya kepada pihak pentadbiran untuk diputuskan.
Beliau berkata Cuepacs tidak mahu setiap kali kongres itu membuat sesuatu tuntutan terutama bonus, terdapat pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menaikkan harga barangan.
“Kita (Cuepacs) sedang mencari ilham supaya perkara ini tak menyusahkan kerajaan, peniaga dan pekerja, kita mahu satu pendekatan yang bijak,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Khas Majlis Kongres Cuepacs Bilangan 6 Sesi 2010-2013 di sini hari ini.
Mesyuarat dihadiri 130 orang anggota majlis. Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa juga berkesempatan mengadakan dialog selepas mesyuarat.
Selain itu Omar mengulangi pendirian mahu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menarik balik dua dasar baru yang diperkenalkan iaitu membenarkan pemegang ijazah sarjana muda memohon jawatan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan berbanding lima sebelum ini.
Beliau berkata dasar itu perlu dibatalkan dan satu pendekatan yang lebih berdaya saing diwujudkan untuk memantapkan perkhidmatan awam negara.
Katanya keputusan Cuepacs berhubung perkara itu akan dikemukakan kepada Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam pada 19 Julai ini.
Omar berkata beliau difahamkan terdapat 800 jawatan untuk peringkat SPM telah ditawarkan kepada pemegang ijazah sarjana muda.
Sementara itu Ali berkata pendekatan turun padang yang dilaksanakan oleh beliau diharap dapat memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan awam.
Beliau berkata pendekatan tersebut lebih berkesan kerana dapat melihat keadaan sebenar berbanding hanya bergantung kepada laporan pegawai di peringkat tempatan.
Ali juga berharap Cuepacs yang memperjuangkan nasib penjawat awam supaya dapat berkongsi pandangan atau pendapat dan tidak merasakan wujud sebarang kekangan antara beliau dan kongres itu. – Bernama

Miera Liyana Dulu Tayang Dada Kini Tayang Ketiak Pulak

Dulu ‘mencipta nama’ kerana pakaian tayang aset-aset penting. Seperti ini…





Kali ini ada penayangan baru…tapi lebih bertumpu kepada tang ketiak.




Ketiak lari tona warna (hitam) pun nak tunjuk kat orang ke Miera oittt.
Rasanya dulu artis ada dua kategori. Satu popular sebab menyanyi, satu lagi popular sebab berlakon.
Sekarang kita sudah ada kategori ketiga, yang popular sebab gambar over-over. Yang dari kategori ni jarang popular sedap lakonan bagus atau suara sedap.
Contohnya macam Zarina Anjoulie, popular tapi untuk sebab yang salah. Drama dan filem tak keluar pun boleh lagi masuk keluar majalah kan.
p/s: Banyak sangat cerita pasal dia ni yang tak ada kene mengena dengan lakonan…..cerita pakai seksi, bercinta, nak kawin…harap2 lepas ni boleh tengok muka Miera ni banyak sikit dalam drama….

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”