Sunday 12 August 2012

Faisal Chal Ahmad ( kuzi ) Dalam File Gila-Gila remaja 1986




Faisal Chal Ahmad
Nama Penuh : Faisal Bin Ahmad @ Chal
Tempat Lahir : Kuala Kangsar,Perak
Bangsa : Melayu
Bahasa : Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu
Kerjaya : Pelakon, Pengarah, Jururunding Skrip, Penulis
Kemahiran :Berlakon





Faisal Chal Ahmad memang sejak zaman dulu suka sangat rock2 ni. Sape yang tak kenal dia mesti tak perasan watak Kuzi dalam filem Gila-Gila Remaja yang diterbitkan pada tahun 1985 dulu.

Filem ni habis pengambarannya pada 7 Ogos tahun lalu dan akan ke pawagam pada Ogos tahun ini. Tapi.. ape kene mengena dengan Wings pulak?

Filem muzikal tempatan yang berpaksikan kepada jalur muzik WINGS dan merupakan kolaborasi antara Faisal Chal Ahmad dan Nasir Jani naungan BAGUS TIASA SDN BHD.

Filem Kembara Seniman Jalanan yang mengetengahkan pemuzik tempatan suatu ketika dulu menjadi masterpiece buat Nasir Jani.

Jikalau anda merupakan peminat sejati band rock gergasi tempatan WINGS dan pernah membesar dengan mendengar lagu Sejati, Bernafas Di Dalam Lumpur, Opera Hidup, Hukum Karma. Semestinya anda tidak mahu melepaskan peluang mengikuti kisah mengenai band indie tempatan yang memperjuangkan jalur muzik mereka berpaksikan pengaruh irama WINGS.

Leftwings merupakan sebuah filem muzikal yang mengisahkan tentang empat anak muda (Ray, Dino, Rizal, Shah) yang telah menubuhkan sebuah band indie dengan menjadikan band rock WINGS sebagai idola mereka. Mereka bercita-cita ingin memperjuangkan jalur muzik Rock dan juga cuba mencipta nama di dalam industri mainstream. Mereka juga memasang impian ingin menjadi pelapis kepada band pujaan mereka, WINGS dengan menamakan band mereka sebagai LEFTWINGS, iaitu band 'sayap kiri' kepada WINGS.

Di samping itu, mereka juga menghadapi rintangan di dalam kehidupan peribadi mereka, konflik dalaman serta masalah cinta yang akan mempengaruhi hala tuju band mereka. Seperti biasa kita kena tahu dapatkah keempat-empat anak muda ini mengekalkan perjuangan band mereka disebalik konflik yang dihadapi oleh mereka pada penghujung cerita ini.





Posted using BlogPress from my iPad
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”