Friday, 13 July 2012

FOTO !! HUKUMAN BAGI PEROGOL KANAK-KANAK !! BAGI PENZINA BINI KAWAN ?!!

Inilah cara negara Iran menghukum perogol kanak-kanak. Gantung sampai mati di khalayak ramai. Lagi gambar Bawah ini!!!














HOT!!! Kemaluan Mamak Jadi Rebutan Wanita


BUKTI : KERATAN AKHBAR KOTE MAMAK
JADI REBUTAN WANITA


Ini jam lu orang jangan berotak kuning sangat boleh tak? Gua nak berkongsi sedikit info tentang 'Kote Mamak' ni je. Sejenis tumbuhan atau buah ini dalam bahasa saintifiknya dikenali sebagai 'Samanea Saman'. Orang Perlis memanggilnya sebagai 'Buah Kote Mamak'. Jangan salah faham.

Tumbuhan atau buah ini, diburu kerana kaya dengan khasiat semulajadi. Ia dikatakan mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit termasuklah darah tinggi dan kencing manis.

INILAH RUPA BUAH KOTE MAMAK
Walaupun nama yang digelarkan terhadapnya agak kurang sopan, tetapi khasiatnya tu yang penting. Kebiasaannya isi buah ini dimakan mentah dan bijinya direbus untuk dijadikan penawar kepada penyakit kencing manis.



BUAH KOTE MAMAK : SAMANEA SAMAN
Buah ini dikatakan berasal dari Kepulauan India . Di Malaysia , ia membiak liar di pinggir hutan dan jalan. Ketinggian pokoknya boleh mencapai sehingga 50 meter. Ia dikategorikan sebagai buah-buahan bermusim iaitu di antara bulan Ogos hingga Oktober. Pokoknya boleh ditanam dengan menggunakan biji benih dan keratan batang.

Kalau lu orang berminat nak mengetahui lebih lanjut tentang 'Buah Kote Mamak' ni, lu orang boleh ke sini :- [ KLIK ]

Bintang filem ini mengejutkan peminat apabila menyiarkan fotonya tidak berpakaian


Bintang filem lucah yang menerjuni industri filem India, Sunny Leone menjadi tumpuan selepas menyiarkan gambar seksi di laman webnya. Lebih mengejutkan pemerhati Bollywood, aktres keturunan Kanada dan India itu menyiarkan foto separuh bogel di laman Twitter. Ia bermula dengan tindakan seorang yang dikenali sebagai Melissa Makeup menyiarkan gambar panas Sunny dalam web rangkaian sosial itu. Satu daripada gambar itu menunjukkan Sunny dibasahi air tanpa memakai apa-apa tetapi menutup payu daranya. Pelakon yang mula mendapat perhatian menerusi promosi filem ‘Jism 2’ itu kemudian menyiarkan beberapa gambar lain dalam laman Twitter untuk peminatnya.


Dalam tiga gambar lain itu, Sunny memakai pakaian dalam berwarna biru putih, bikini putih dan berseluar dalam dengan baju biru nipis. Filem ‘Jism 2’ arahan Phooja Batt dilaporkan sebuah cerita erotik mengisahkan seorang pelakon lucah (Sunny) yang diupah pegawai perisikan untuk memerangkap seorang pembunuh. Mengulas mengenai lakonannya dalam filem itu, Sunny berkata: “Ada banyak aspek diri saya yang sama seperti dipaparkan di skrin.

Dia seorang yang mempunyai beberapa personaliti. “Watak itu menjalani beberapa tahap perubahan seperti juga oleh setiap lelaki dan wanita ketika mereka berhubung dengan keluarga atau kekasih,”katanya.


Gambar lain sila ke -> link,link2

Gadis dipaksa onani selepas dirogol bergilir-gilir oleh rakan sekolah


AMPANG - Angkara lewat ke sekolah, seorang pelajar perempuan melalui detik hitam apabila dia dijadikan habuan pemuas nafsu dua remaja lelaki rakan sekolahnya kelmarin.

Gadis berusia 16 tahun itu bukan sahaja dirogol bergilir-gilir oleh dua remaja terbabit, malah turut dipaksa melakukan onani sebelum gadis malang itu ditinggalkan di sebuah stesen minyak.

Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan lewat menyebabkan dia takut untuk masuk ke kawasan sekolah, sebaliknya menunggu di luar sekolah.

"Kira-kira jam 9 pagi, rakan lelakinya menghubungi dan mengajaknya keluar dengan menaiki sebuah motorsikal. Mangsa bersetuju dan dibawa ke sebuah rumah kedai di Taman Melawati.

"Ketika berada di rumah berkenaan, mangsa dipaksa melakukan hubungan seks walaupun mangsa menolaknya," katanya.

Beliau berkata, mangsa bukan sahaja dirogol rakan lelakinya, malah turut dirogol seorang lelaki yang tidak dikenali.

"Sebaik lelaki terbabit selesai melayan nafsunya, data pula dua lelaki lain dipercayai rakan kepada rakan lelakinya, tetapi mereka tidak merogol mangsa sebaliknya memaksa mangsa lakukan onani.

"Namun mangsa enggan berbuat demikian dan merayu dilepaskan," katanya.

Katanya, mangsa dihantar lelaki itu ke sebuah stesen minyak berhampiran sebelum mangsa pulang ke rumah dan menceritakan kejadian berkenaan kepada keluarganya.

Berikutan itu, keluarganya membawa mangsa membuat laporan polis berhampiran sebelum dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Assisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan masih dijalankan.


[Video]Tanishq Abraham : Genius Berumur 9 Tahun

Tanishq Abraham pelajar kolej walaupun baru berumur 9 tahun. Mengambil ujian MENSA ketika berumur 4 tahun dan mendapat markah 99.9%. Adik beliau juga ahli MENSA dengan markah ujian hanya 98.9%. Terbaik...........

BAHAYA MENCUKUR BULU KEMALUAN



Bulu kemaluan atau 'pubic hair' berfungsi sebagai perlindungan terhadap jangkitan kuman. menurut Ava Shamban, pakar kulit di santa Monica, California, ketika melakukan hubungan seks, bulu kemaluan berperanan untuk mencegah jangkitan sampingan yang terjadi akibat gesekan. Sekiranya anda berniat untuk menghilangkannya dengan cara 'wax' lakukan dengan sebaiknya. Manakala, menurut Lisa Materson, pakar sakit puan dari Cerdas-sinai Medical Centre, Los Angeles pula, kulit di sekitar vagina mudah terkena jangkitan. Jadi, jika tidak berhati-hati kamu berisiko untuk terkena penyakit menular seksual. mencukur bulu juga akan mengakibatkan iritasi pada kulit kemaluan. jika tidak mahu menanggung risiko, disarankan untuk memotong pendek bulu kemaluan untuk kebersihan seperti yang disarankan oleh sunnah Nabi.


          Disebutkan A’isyah radliallahu ‘anha, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ada sepuluh hal dari fitrah (manusia); Memangkas kumis, memelihara jenggot, bersiwak, istinsyaq (menghirup air ke dalam hidung), potong kuku, membersihkan ruas jari-jemari, mencabut bulu ketiak, mencukup bulu pubis dan istinjak (cebok) dengan air. ” (H.r. Muslim, Abu Daud, Turmudzi, Nasa’i, dan Ibn Majah).

                Selain itu dalam hadist rosul, Muhammad SAW bersabda “ Lima Hal yang termasuk sunnah fitrah adalah, Mencukur bulu kemaluan, Berkhitan, Memendekkan kumis atau merapikan bulu kumis, Mencabut bulu ketiak, Memotong kuku “ ( HR.  Jama’ah ).
Dan,

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan batasan waktu kepada kami untuk memotong kumis, memotong kuku, mencabuti bulu ketiak, dan mencukur bulu kemaluan, agar tidak dibiarkan lebih dari empat puluh hari.” (H.r. Muslim, Abu Daud, dan An-Nasa’i).
Dari sini setidaknya bisa kita petik beberapa pelajaran. Bahwa pekerjaan merawat diri adalah hal yang sunannahkan oleh agama dalam hal ini Islam. Merawat diri adalah perwujudan dari rasa syukur kita kepada Allah SWT.

           Bila semuanya kita dilakukan dengan baik, maka hal yang baik pula akan kita dapat. Dalam tatacaranya, mencukur bulu kemaluan bisa kita gunakan gunting dan lain-lain. Sebaiknya dalam mencukur dilakukan sendiri tanpa bantuan orang lain. Jika dibantu seorang istri, dalam agama diperbolehkan karena sudah muhrimnya. Jika menyuruh orang lain, apa lagi lain jenis. Jelas ini semua diharamkan karena telah mempertontonkan aurat tubuh.

Bulan kelima Pluto ditemui



GAMBAR menunjukkan bulan P5 (dalam bulatan) bersama empat lagi bulan yang mengelilingi planet Pluto.

WASHINGTON – Sekumpulan ahli astronomi Amerika Syarikat (AS) menemui bulan kelima yang mengelilingi planet Pluto, menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan kelmarin.
Ia mempunyai diameter kira-kira 10 hingga 24 kilometer.
Ahli-ahli astronomi itu menemui bulan tersebut dengan menggunakan Teleskop Angkasa Lepas Hubble.
Pada tahun lalu, sekumpulan ahli astronomi melaporkan penemuan bulan keempat planet tersebut yang dikenali sebagai P4.
Bulan terbesar Pluto ialah Charon ditemui pada tahun 1978.
Dua lagi bulan, Nix dan Hydra ditemui pada tahun 2005.
Pluto diklasifikasikan sebagai planet kerdil oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa.
Planet itu selebar 2,301 kilometer. – Agensi
Bulan itu diberi nama jolokan P5 buat sementara waktu.

Solekan Mata Wanita Asia



Mata merupakan aset paling penting bagi wanita. Bak kata orang ‘dari mata turun ke hati’, begitulah perumpamaan yang sering di luahkan. Ini menunjukkan bahawa mata memainkan peranan penting bagi  menonjolkan kejelitaan dan kecantikan seseorang wanita. Oleh itu, solekan mata harus dititikberatkan ketika berhias terutama sekali ketika ingin menghadiri majlis keramaian.
Di sini terdapat beberapa tips yang dikongsikan oleh jurusolek Master Lancome Asia, Bouzouk untuk solekan mata wanita Asia.
Warna Untuk Memfokus
Lazimnya wanita akan memilih solekan mata rona hitam sebagai ilusi untuk impak ketara, akan tetapi tidak salah sekiranya sekali sekala merubah selera kepada rona lain seperti coklat pekat, biru gelap atau deep violet, di mana rona-rona ini mampu menyuntik eleman dramatik dalam solekan.
Warna Untuk Menambah Ilusi Cerah
Secara umumnya, kebanyakan wanita gemar memilih rona putih susu, emas pucat dan merah pucat sebagai warna untuk menambah ilusi cerah. Rona biru langit juga boleh digunakan, akan tetapi aplikasikan ia dalam kuantiti yang sedikit. Selain itu, rona kuning air antara yang paling popular dan sesuai digunakan sebagai pemancing cahaya serta melembutkan rona lain.
Warna Untuk Yang Eksentrik
Rona biru elektrik merupakan rona yang mampu mencetuskan perhatian pada mata. Disamping itu, sekiranya anda menggunakan rona palet hijau pada kompleksi yang kusam, jangan lupa untuk menambah lebih pemerah pipi bagi mengimbangi solekan. Selain itu, anda juga boleh mengenakan rona unggu sebagai solekan mata bagi menutup lingkara gelap yang ketara dibawah mata dan anda juga boleh aplikasikan rona emas serta perak metalik secara lembut bagi menaikkan aura eksentrik dalam solekan.

Anugerah Juara Lagu Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records



Keunggulan anugerah berprestij tahunan, Anugerah Juara Lagu sememangnya tidak disangkal apabila sekali lagi berjaya melakarkan sejarah tersendiri menerusi pengiktirafan sebagai “Pertandingan Lagu & Lirik Paling Lama Negara“ daripada Malaysia Book of Records semalam.
Muhamad Sufian Che Isa selaku Penerbit Eksekutif Anugerah Juara Lagu 26 (AJL 26) bersama Nurul Huda Haji Khalid mewakili tenaga produksi AJL dan TV3 hadir untuk menerima sijil pengiktirafan sewaktu majlis makan malam khas anjuran Malaysia Book of Records “Night of Achievers” bertempat di Hotel InterContinental Kuala Lumpur, semalam.
Sijil pengiktirafan “Anugerah Juara Lagu : Longest Running Songs & Lyrics Competition” telah disampaikan oleh YB Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia bersama Y.A.Bhg Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia selaku tetamu kehormat di majlis makan malam yang turut meraikan ulang tahun ke-17 penubuhan Malaysia Book of Records dan juga pelancaran edisi ke-8 buku Malaysia Book of Records.
Untuk makluman, selain daripada memberi penghargaan kepada individu dan organisasi terpilih menerusi kategori Kejadian Manusia (Human Beings), Malaysia Books of Records turut mengangkat Anugerah Juara Lagu mewakili kategori Hiburan & Seni (Arts & Entertainment) di atas usaha dan impak terhadap industri muzik Malaysia. Setelah lebih dua dekad sejak penganjurannya, Anugerah Juara Lagu (AJL) bertujuan memartabatkan industri muzik tanahair terutamanya memberi penghormatan kepada komposer dan penulis lirik.
Diangkat sebagai acara anugerah muzik tahunan berprestij tempatan, tahun ini menampilkan elemen air yang unik sebagai konsep dan tema persembahan. Selari dengan arus pembangunan dan prestasi industri muzik kita, irama dan alunan lagu bagaikan aliran air yang tidak pernah putus dan turut berubah mengikut perkembangan semasa di mana para penggiat muzik sentiasa mengambil inisiatif untuk mencuba elemen-elemen baru dalam berkarya.
Dibawakan secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil pada malam Januari 29 lalu, Anugerah Juara Lagu 26 telah sekali lagi berjaya membuktikan satu penanda aras acara terbesar bukan saja bagi TV3 tetapi bagi sesebuah produksi dan acara hiburan di Malaysia apabila berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 5 juta (24.9 TVR) atau 71.6% (sumber: Nielsen Audience Measurement). Secara pukal, kadar tontonan keseluruhan Anugerah Juara Lagu 26 telah mencipta rekod baru dengan tontonan sebanyak 6.5 juta.

Ayam bogel tanpa bulu


Seorang ahli genetik Israel, Avigdor Cahaner, menghasilkan genetik ayam tak berbulu pertama di dunia di fakulti genetik Rehovot Agronomy Institute dekat Tel Aviv, Israel.

Ayam dengan kulit telanjang diciptakan dengan perkawinan silang antara Ayam Broiler dengan spesies ayam yang memiliki leher tak berbulu.

Idea di belakang pembangunan ayam telanjang ini bertujuan menghasilkan spesies ayam yang lebih berkesan, iaitu ayam yang boleh bertahan hidup di negara-negara beriklim panas, dengan kata lain ayam yang akan menjimatkan kos penyelenggaraan ayam proses.

Dan tentu saja, ayam ini tidak memerlukan pencabutan bulu sebelum diolah, sehingga mengurangkan kos pengeluaran di kilang pemprosesan.

Namun banyak yang menentang inovasi genetik ayam tak berbulu ini dan mengatakan bahawa perubahan tidak mendapat manfaat haiwan, dan pada kenyataannya kemungkinan untuk membuat hidup ayam-ayam tanpa bulu ini lebih buruk.

Profesor Avigdor Cahaner, membela ayam generasi bogel ini dengan mengatakan,

“Ini bukan ayam rekayasa genetik, itu berasal dari keturunan alam yang karakteristiknya telah dikenal selama 50 tahun, saya hanya membantunya untuk cepat tumbuh. Ayam broiler ini ayam normal, kecuali untuk fakta ia tidak memiliki bulu.”

Para saintis juga berharap generasi baru akan tumbuh lebih cepat kerana tidak perlu menggunakan tenaga untuk menuumbuhkan bulu di tubuhnya, sehingga ayam akan memfokuskan makanan yang diserapnya untuk dijadikan daging sehingga ayam boleh lebih gemuk.

Berita tentang ayam berbulu pertama kali muncul pada tahun 2002, dan sejak itu tidak ada lagi perkara baru yang didengar. Kurangnya keluar di media tentang ayam khusus menunjukkan bahawa penciptaan Mr Cahaner itu tidak pernah berkembang biak secara komersial.

Inovasi genetik ayam tanpa bulu ini sebenarnya telah dilakukan sejak 2002, dan kurangnya berita perkembangan baru tentang ayam tanpa bulu ini menunjukkan genetik ayam tanpa bulu ini tidak boleh dikembangkan untuk pasaran komersial.




Kepala hampir terbelah dua


Keadaan motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Batu 7, Jalan Kapar. Gambar kecil: Kok Kian.

SUNGAI KAPAR INDAH – Seorang penggali kubur maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh bahagian belakang sebuah treler yang sedang menunggu pagar sebuah kilang dibuka di Batu 7, Jalan Kapar, berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, di sini awal pagi semalam.
Treler berkenaan yang juga datang dari arah Klang berada di hadapan kilang itu sementara menunggu pengawal membuka pagar. Bagaimanapun bahagian belakang treler itu masih berada di jalan raya manakala bahagian hadapan pula sedang bersiap sedia untuk masuk ke kawasan kilang.
Mangsa, Tew Kok Kian, 29, yang parah di kepala meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tercampak ke jalan raya.
Ketua Trafik IPD Klang Utara, Asisten Superintendan Zawary Mahadi berkata, kejadian berlaku sekitar jam 1.20 pagi ketika mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Kapar.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian motosikal mangsa merempuh bahagian belakang sebuah treler dan rempuhan kuat menyebabkan kepala mangsa terhantuk pada besi di bahagian belakang treler itu sebelum mangsa tercampak ke jalan raya.
“Hantukan kuat itu menyebabkan bahagian muka dan kepala mangsa hampir terbelah dua,” katanya.
Sejurus kejadian itu, menurutnya, mangsa yang mengalami pendarahan serius di bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.
Zawary berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987.

Budak tadika dirotan di kepala



Kian Heng menunjukkan bagaimana anaknya dipukul sambil diperhatikan oleh Adun Bercham, Sum Cheok Leng.

IPOH – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun didakwa dilibas dengan rotan di kepala oleh gurunya menyebabkan kanak-kanak itu trauma dan enggan ke sekolah tadika berhampiran rumahnya di Taman Canning di sini.
Dalam kejadian pada 18 Jun lalu, bapa kanak-kanak, Khoo Kian Heng, 35 terkejut apabila mangsa, Eswin Khoo Mun Jun mengadu sakit di bahagian kepala selepas pulang dari sekolah.
Menurutnya, dia tidak menyangka guru wanita berkenaan tergamak memukul anaknya di bahagian kepala hanya kerana tidak memberi tumpuan dalam kelas.
“Kejadian itu disahkan benar oleh guru berkenaan di hadapan guru besar pada keesokan harinya. Dia mengaku menggunakan rotan untuk memukul kepalanya.
“Saya mengaku anak saya sedikit nakal namun, guru berkenaan tidak patut memukul anak saya di kepala kerana ia mungkin menyebabkan kecederaan lebih serius termasuk menjejaskan saraf otak serta menyebabkan dia bersikap negatif terhadap sekolah.
“Saya tidak kisah anak saya dipukul termasuk di rotan di tangan sekiranya dia nakal tapi bukanlah di kepala,” katanya ketika ditemui selepas membuat aduan di Pusat Khidmat Adun Bercham di sini, semalam.
Kian Heng berkata, guru besar sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu namun masih tiada tindakan diambil terhadap guru berkenaan menyebabkan dia membuat satu laporan polis di Balai Polis Kampung Simee di sini, Jumaat lalu.
“Pihak sekolah masih mendiamkan diri sehingga lebih dua minggu dan baru-baru ini pihak sekolah memberitahu bahawa saya tidak mempunyai bukti untuk mengambil tindakan.
“Sebelum itu, surat aduan telah dihantar kepada Jabatan Pelajaran Negeri dan berharap pihak jabatan dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap guru yang disifatkan sebagai melampau terhadap kanak-kanak kecil,” katanya.
Katanya, guru berkenaan masih mengenakan denda terhadap anaknya dengan tidak membenarkan anaknya ke tandas sehingga waktu pelajarannya tamat, kelmarin.
Sementara itu, pihak pengurusan sekolah mengesahkan kejadian itu namun, tidak dapat memberi kenyataan penuh kerana menyerahkan kepada pihak pengurusan tertinggi membuat keputusan.
Katanya, pihak sekolah telah mengarahkan semua guru supaya tidak menggunakan pendekatan kekerasan kepada murid selain memberi amaran sekiranya membuat sebarang kesalahan.

Nasha Aziz Dah Cecah 41 Tahun, Masih Comel, Masih Bergetah!


Meskipun sudah melewati usia 40-an, model juga pelakon popular Nasha Aziz berkata hidupnya yang sentiasa dikelilingi dengan cinta, berfikiran positif, ceria serta menjalani gaya hidup sihat menjadikan beliau sehingga kini kekal cantik dan masih mempunyai bentuk badannya, macam anak dara sunti.
“Tiada rahsia apa-apa. Simple saja, cinta. Cinta menjadikan saya nampak muda. Cinta melindungi saya daripada rasa tua. Cinta buat saya nampak sihat dan ceria. Cinta, cinta dan cinta. Setiap hari saya menerima cinta dan memberi cinta”, ujar Nasha Aziz kepada MD tatkala memintanya berkongsi apakah rahsia awet mudanya.
Pemilik nama sebenar Noraishah Abd Aziz ni ditemui di pelancaran produk GNC Live Well sempena memperkenalkan set minuman kolagen, ‘LAC Taut’, bertempat di hotel Double Tree, semalam.
Pada majlis tersebut Nasha diundang khas bersama dua lagi selebriti iaitu pelakon-model Alan Yun dan pereka fesyen terkenal, Melinda Looi bagi menceritakan pengalaman mereka sebagai pengguna ‘LAC Taut’.
“Di usia 41 tahun, saya sentiasa pastikan saya tetap cantik. Jadi saya dah cuba banyak produk kecantikan sejak beberapa tahun sebelum ni.Sekarang saya cuba pula Taut. Baru lebih kurang dua minggu. Saya sukakan rasanya yang manis dan kemanisan itu yang memberikan saya tenaga dan cinta. Dan harap-harap Taut memberikan sesuatu yang paling terbaik pada diri saya”, ujarnya.

Melihatkan ‘supermodel nombor satu tanah air’ ni tidak habis-habis menyebut perkataan ‘cinta’ sepanjang majlis, seperti biasa soalan wajib dikemukakan padanya, sudahkah dia menemui cintanya?
Nasha menjawab, “(senyum) Saya masih mencari cinta sebenar. Saya mencari seseorang yang mempunyai matlamat dan kepercayaan yang sama dengan saya.”
Menurut Nasha, dia tidak meletakkan sebarang target waima dalam usia sebegini, dia langsung tidak merasa bimbang dengan statusnya yang masih solo. Sebaliknya pelakon filem Cinta Luar Biasa ini menyerahkan segala pada-Nya.
“Masih solo. Tak mengenali, mengenali pun. Penat lah nak kenal-kenal (gelak). Lagipun banyak benda yang kita perlu mengenali, kan. Saya serahkan pada-Nya. Saya harus bersyukur. Saya tak nak demand, tak nak merungut kenapa sampai sekarang saya belum bertemu jodoh. Lagipun saya tidak menerima sebarang desakan dari keluarga mahupun teman-teman rapat,”
“Lambat atau cepat, saya percaya pada kentetuan-Nya. Mungkin bagi sesetengah wanita, apatahlagi bila dah berumur, mereka akan risau kalau masih belum berkahwin. Mereka mungkin malu. Tapi bagi saya, tak perlu rasa malu. Bukankah setiap kita dah di janjikan akan ada adam atau hawa untuk kita semua. Maknanya ada lah Adam saya, satu hari nanti, petahnya sambil tersenyum lebar.

Menurut Nasha lagi, walaupun hidup bersendirian dia gembira kerana sebetulnya dia tidak sempat merasa sunyi. Tambahan dengan kehadiran kawan-kawan sekeliling juga para peminatnya yang mencecah lebih 700, 000 di fanpage rasminya sekaligus membuatkan rutin hariannya terisi.
“Saya rasa hidup saya penuh dengan warna. Saya ada kawan-kawan, berbual dan berkongsi rasa. Syukur saya ada peminat yang ramai. saya kongsikan hidup saya dengan mereka. Walaupun saya tak selalu balas kiriman-kiriman mesej peminat di fanpages saya, tapi mereka sentiasa menyokong dan memberi semangat pada saya. Mereka beri saya cinta dan saya menerima cinta. Jadi saya tak sempat pun nak rasa sunyi”, katanya lagi.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai perkembangan karier, Nasha baru saja selesai menjalani penggambaran Stand By Me bersama produksi Indonesia. Antara pelakon Malaysia lain yang turut menjayakan telemovie tersebut ialah Jehan Miskin.
“Baru saja habis shooting di Jakarta. Buat masa ni daya tidak menggambil job drama atau filem. Lagipun dah nak bulan Ramadhan. Alhamdulillah, setiap kali Ramdhan memang saya akan perlahankan aktiviti seni dan lebih banyak luangkan masa dengan memenuhi aktiviti di bulan puasa, misalnya berbuka puasa bersama anak-anak yatim,” ujar pelakon Super Mak ni mengakhiri perbualan.





Piranha serang selatan China



Beijing: Sebuah bandar di selatan China memberi amaran kepada penduduk supaya berhati-hati dengan ancaman piranha selepas ikan itu menyerang dua orang yang masuk ke dalam sungai.
Malah, pihak berkuasa bandar itu menawarkan hadiah wang tunai 1,000 yuan (RM500) setiap seekor ikan bagi sesiapa yang dapat menyerahkannya, hidup atau mati, lapor media di sini, semalam. Seorang penduduk, Zhang Kaibo, berkata tangannya terpaksa dijahit selepas tiga ikan itu menyerangnya ketika dia membasuh anjing peliharaannya di tepi sungai.
Dia berjaya menangkap seekor ikan itu tetapi ia mati tidak lama kemudian.
“Ibu saya sudah memotongnya dan kami merancang untuk makan tetapi beberapa pegawai tempatan datang dan mengambilnya untuk tujuan kajian,” kata Zhang.
Penduduk diminta buru Piranha
Pihak berkuasa perbandaran Guangxi di Liuzhou meminta penduduk memburu dan menangkap ikan itu yang berasal dari Amerika Selatan.
Ikan itu menggigit dua penduduk awal minggu ini ketika mangsa berada di Sungai Liujiang, lapor China Daily.
“Pihak berkuasa melarang penduduk menggunakan pukat untuk menangkap ikan di kawasan sungai yang lalu di bandar itu tetapi tidak di tempat lain kerana ada langkah keselamatan diambil.
“Selain itu, lima bot membawa nelayan berpengalaman sudah ditempatkan di sungai itu sejak Isnin lalu,” kata pegawai Liuzhou, Wei Yongwen.
“Selain itu, lebih 40 nelayan lain daripada sebuah persatuan memancing tempatan turut menyertai usaha ini. Mereka menggunakan cebisan kecil khinzir untuk mengumpan ikan itu,” katanya lagi.
Ada juga penduduk berkumpul di tepi tebing sungai membawa joran sendiri untuk membantu, katanya.
“Agak menakutkan ikan seperti itu berada di sungai ini. Saya tidak dapat berenang lagi di situ. Saya harap mereka dapat tangkap semua piranha dalam masa terdekat,” kata seorang penduduk, Liu Junjie.
Kebimbangan tidak berpanjangan
Bagaimanapun, kebimbangan pihak berkuasa dan penduduk tidak dijangka berpanjangan kerana ikan itu mati apabila suhu air turun di bawah 15 darjah Celcius di Guangxi terutama apabila tiba musim sejuk, kata China Daily.
Media China melaporkan, ikan itu mungkin dilepaskan oleh penduduk yang membelinya sebagai haiwan perhiasan dan pihak berkuasa kini melakukan pemeriksaan bagi menyekat jualannya.
Agensi
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”