Wednesday, 16 January 2013

Pizza Hut Raikan Sejuta Peminat Facebooknya!



 KUALA LUMPUR – Restoran makanan segera, Pizza Hut meraikan peminat-peminatnya dalam “Sambutan Sejuta Peminat Facebook Pizza Hut” sempenan dengan kejayaan restoran itu meraih sejuta peminat di laman sosial Facebooknya.
Sambutan tersebut telah diadakan di restoran Pizza Hut, cawangan Kota Damansara semalam.
Menurut cakap Pengarah Urusan QSR Brands Bhd, pengendali Restoran Pizza Hut Malaysia, Datuk Ahmad Zaki Zahid, kejayaan meraih sejuta peminat di Facebook telah mengukuhkan kedudukan Pizza Hut di Malaysia.
Malah, ia juga telah menaikkan nama Pizza Hut seiring dengan jenama-jenama global lain.
“Pencapaian peminat kesejuta ini menunjukkan bahawa Pizza Hut telah bertapak kukuh sebagai salah satu daripada tiga laman Facebook F&B Paling Popular di Malaysia,” kata Zaki dalam ucapan perasmiannya di sini, semalam.
Penubuhan laman Facebook rasmi Pizza Hut merupakan alternatif lain sebagai medium untuk meningkatkan nama restoran tersebut.
Tambah Zaki lagi, dengan adanya medium seperti itu, peminat-peminat Pizza Hut dapat berkomunikasi secara terus dengan pengurusan restoran terkemuka itu.
Bukan itu sahaja, ia juga dapat digunakan sebagai tempat untuk berhubung dan memberikan pandangan tentang perkhidmatan yang disediakan oleh Pizza Hut.
Lebih menarik lagi, peminat-peminat setia Pizza Hut akan diberikan ganjaran sekiranya kekal menjadi pelanggan tetap jenama makanan itu.
“Dengan laman Facebook Pizza Hut ini, kami mempunyai saluran komunikasi langsung dengan para pelanggan di mana kami akan memaklumkan mereka berhubung sebarang perkembangan terkini dan hadiah-hadiah yang kami sediakan untuk memberi ganjaran kepada mereka kerana kekal sebagai pelanggan setia Pizza Hut.
“Di samping itu, para peminat juga berpeluang untuk menyampaikan maklum balas mereka yang amat bernilai bagi syarikat,” katanya.





Sharifah Aini Naik Angin Dengan Peminat?



Biduanita negara, tiba-tiba dikatakan naik angin ekoran daripada salah seorang peminatnya menegur yang wajahnya sudah kelihatan berbeza, baru-baru ini.

Peminat berkenaan berkata demikian selepas Datuk Sharifah Aini memuatnaik sekeping gambar wajahnya yang terbaru di laman Facebook rasminya.

Peminat yang dikenali dengan nama Mustika Mas itu ada menulis ‘Ada cerita buat wajah baru ke..”
Walaupun ayatnya tidak menuduh yang Datuk Sharifah Aini atau Kak Pah melakukan pembedahan muka namun kata-katanya itu telah membuatkan Kak Pah marah.

Dalam kenyataan balas Kak Pah, dia ada menyebut jika Mustika Mas itu meninggal dengan berfikiran sedemikian, bagaimana dia hendak mencari Sharifah Aini untuk meminta maaf?

Entahlah mungkin sebab teknik pengambilan gambarnya atau cara dia make up tu yang membuatkan wajahnya nampak lain.

Walaupun begitu, biasalah sebagai artis popular sudah tentu ada peminat fanatik yang memerhatikan wajah dan tubuh artis kesayangan mereka.

Mungkin tidak suka ditegur mengenai wajahnya, Datuk Sharifah Aini terus melenting dan memberitahu kepada si penulis itu seorang yang bermulut jahat dan tidak suka melihat perempuan lain kelihatan elok.
Tak apalah mungkin Datuk Sharifah Aini ada alasan yang tersendiri mengapa dia bertindak sedemikian. Tak gitu?

Komen Twitter Nazmi: ‘Kami Masih Lagi Bersama’



Semalam, Mynewshub.my ada menyiarkan kisah percintaan pemain bola sepak, Harimau Muda, Nazmi Faiz Mansor yang dikatakan sudah putus cinta dengan kekasih hatinya, Tengku Fiella.

Semuanya berpunca dari kenyataan yang ‘dibuat’ di laman sosia Twitter milik Nazmi sendiri.
Kata Nazmi dalam kenyataan itu, kekasih hatinya itu adalah seorang kaki kikis selain menggelarkan Fiella sebagai ‘bitch’.

Ramai yang terkejut dengan kenyataan tersebut memandangkan Nazmi ketika ini sedang berada di Portugal kerana sudah sah menjadi pemain bolak sepak Kelab SC Biera Mar Portugal.

Namun, untuk meleraikan segala cakap-cakap buruk tentang dirinya dan kekasihnya, Nazmi telah memberikan kenyataan balas kepada Mynewshub.my.

Nazmi memberitahu laman Twitternya itu telah digodam oleh pihak-pihak tertentu yang dengkikan kepada dirinya dan Fiella.

Katanya, dia dan Fiella masih lagi bersama dan menegaskan dia lebih mengetahui diri peribadi Fiella berbanding orang lain.

“Saya nak minta maaf kpd semua sbb twitter saya telah dihack oleh pihak yg tak berkenaan yg mengatakan bahawa saya dan filla telah putus.

“Kami masih lagi bersama. Tiada apa pun yg berlaku antara kami berdua. Cuma ada pihak yg hendak melagakan kami.

“Dan hacker ini juga ada memburukkan pasal gf saya, perkara itu salah dan sama skali tidak benar. Saya lebih mengenali beliau. Semua itu tidak benar,” kata Nazmi.

Selain itu, seorang pelakon lelaki, Johan Asari turut diseret dalam kenyataan tersebut.

Nazmi tampil memohon maaf kepada Johan kerana pelaku tersebut telah mengaitkan nama Johan dalam hubungannya.

“Saya juga ingin minta maaf kpd johan asari yg hacker ni telah mention nama dia jgk. Johan asari tidak terbabit dalam hal ini,” katanya.

Disebabkan cerita itu telah tersebar meluas, Nazmi turut mengingatkan agar cerita palsu itu tidak terus dimainkan dan sekiranya masih ada lagi pihak-pihak yang menyebarkan cerita palsu itu lagi, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut.

“Saya ingin mengingatkan kepada semua blogger, jgn cepat melatah. Lebih baik padam semua kes ni sebelum saya saman blogger2 ni,” beritahu Nazmi.

Neelofa Dilantik Jadi Duta Suzuki Swift Baru


 Walaupun sering dilanda kontorversi, rezeki pelakon, Neelofa ini tidak pernah putus.
Orang cantiklah katakan. Ada saja syarikat atau mana-mana produk ingin jadikan mereka ini sebagai duta.
Terbaru, Neelofa dilantik oleh Suzuki sebagai muka untuk mempromosikan kereta model Swift generasi ketiga.
Wah beruntung sungguh gadis yang berasal dari Kelantan ini.
Selain itu, dikhabarkan Neelofa juga menerima banyak pencalonan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada tahun ini.
Tahniah diucapkan!
Lihat beberapa keping gambar dibawah ini semasa Neelofa beraksi dengan Suzuki Swift..



Let Me Speak NO NO NO !


Krew ‘Cinta Jangan Pergi’ Bergangnam Style!



ampaknya, bahang lagu ‘Oppa Gangnam Style’ masih lagi tidak reda.

Buktinya, di bawah ini adalah video krew-krew drama ‘Cinta Jangan Pergi’ sedang ber’gangnam style’ sewaktu mereka semua sedang menjalani pengambaran drama itu.

Beberapa artis juga kelihatan bergembira dalam video itu.
Yang pasti, ada Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Nadiya Nisaa dan ramai lagi.

“video ini diambil sewaktu kami shooting cinta jangan pergi.. begini lah ape pon yang kite buat perlu lah berasa happy tidak perlu kite ego sesama sendiri dek kerna ingin dilihat kita la yg terbaik.. biar kite setara menjadi manusia biasa yg ingin mencari sesuap nasi dan sekali gus kite kena ikhlas ape pon pekerjaan yg kite lakukan.. hiburkan hati anda ikhlas bekerja insyaallah Allah pastu membantu kite.. Amin…”

Tasha Shila Langsung Tak Tersenarai Dalam ABPPH?


Agak mengejutkan apabila nama pemenang kategori Artis Wanita Baru Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH) tidak berjaya langsung dalam meletakkan walau satu namanya dalam mana-mana pencalonan pada tahun ini.

Memang pelik tapi itulah hakikatnya yang terpaksa ditempuh pelakon, Tasha Shila.
Merujuk kepada laman web rasmu ABPBH, ketiadaan nama pelakon berkenaan menjadi tanda tanya kepada ramai pihak.

Takkanlah baru setahun saja, peminat Tasha Shila sudah berkurangan?
Mungkinkah ekoran daripada kontroversi yang melandanya sebelum ini telah membuatkan peminat mula muak dan tidak mahu mengundinya lagi?

Entahlah.. Mungkin peminatnya terlupa.

Tak apa jika tidak tercalon, mungkin bukan rezekinya lagi.
Mungkin pada tahun depan pula, siapa tahu kan?

Rita & Lisda Kini Sudah Berbaik Semula



 Masih ingatkah anda mengenai insiden dua orang pelakon, Rita Rudaini dan Lisdawati tarik menarik rambut di tepi kolam renang pada tahun 2006?

Kini persengketaan mereka sudah pun berakhir apabila kedua-dua mereka sudah setuju untuk berlakon sama dalam drama bersiri ‘Kerana Sarah’.

Tujuh tahun telah pun berlalu, baguslah jika semuanya sudah selesai.

Ibarat buang yang keruh ambil yang jernih. Tidak ada gunanya bergaduh lama-lama.

Kata Lisdawati yang dipetik dari Beautifulnara, tahun 2013 ini dia berazam untuk melalui hidup dengan persekitaran dan suasana harmoni.

“Tahun 2013 ini, saya berazam untuk melalui suasana harmoni dan sekiranya terdapat persengketaan dengan sesiapa sekalipun, orang kata, buang yang keruh, ambil yang jernih.

“Begitu juga dengan dia (Rita), apa yang berlaku itu biarlah berlalu dan saya hormat dia sebagai pelakon yang lebih ‘senior’ daripada saya. Diharap, tiada sesiapa yang akan mengungkit perkara lama itu,” katanya.
Manakala, Rita pula mengakui yang hubungannya dengan Lisda adalah profesional. Yang penting mereka kini sudah bertegur sapa.

“Saya tidak mempunyai masalah dengan dia (Lisdawati). Perhubungan kami lebih pada profesional dalam bidang kerja kami.

“Kami bertegur sapa, tetapi tak banyak berbual pun di lokasi. Cuma dengan apa yang telah berlaku, saya mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati,” katanya.

Patrick Teoh Biadap, AC Mizal Mengamuk?


Secara tiba-tiba, kecoh dengan cerita dari seorang pelakon Cina, Patrick Yeoh yang dikatakan bersikap kurang ajar dan mengeluarkan kenyataan yang berunsurkan perkauman.
Patrick juga telah mengeluarkan kenyataan seperti menghina agama Islam menerusi laman Facebooknya.
Tindakan pelakon tersebut mengeluarkan kenyataan itu adalah kerana satu peraturan dikeluarkan oleh kerajaan di negeri Utara Semenanjung sekiranya ingin mengadakan persembahan dalam ‘1 Malaysia Chinese New Year Celebration 2013’.
Ekoran dari kenyataan ‘kasar’ dari Patrick, keadaan menjadi kecoh dalam industri seni tanah air.
patrick

Pelakon-pelakon lain, Datuk AC Mizal, Tomok OIAM dan Danny X-Factor telah naik angin dengan suara kenyataan kasar Patrick.
ac dany
Bagi mereka, Patrick terlalu biadap dan kurang ajar kerana telah menghina kaum serta agama lain di Malaysia.
Nampaknya, bukan sahaja dunia politik Malaysia punyai pelbagai ragam, industri hiburan tempatan juga semakin hari semakin ‘rancak’ dengan isu-isu yang sensitif.
Apa kata anda?

video mengenai pajero JPJ yang di bakar oleh org ramai


Pengawal ditawan, RM20,000 lesap




GEORGE TOWN – Pelanggan dan kakitangan Hong Leong Bank di pasar raya besar Tesco di Gelugor di sini semalam cemas dan kecoh seketika apabila diceroboh seorang perompak bertopeng yang bersenjatakan dua bilah parang.

Dalam kejadian pada pukul 11.45 pagi, suspek lelaki yang datang seorang diri dan masuk ke bank terbabit terus mengacu parang ke arah seorang pengawal keselamatan di situ yang kemudian diarah membawanya ke kaunter bank.

Ketika itu, terdapat seorang lagi pengawal keselamatan yang bertugas di situ, enam pelanggan dan lima kakitangan yang bertugas.

Perompak itu memegang kedua-dua bilah parang tersebut.

Sebaik suspek dibawa masuk ke salah satu kaunter oleh pengawal keselamatan yang ditawan dengan diacukan parang, penjenayah itu kemudian menyuruh pengawal keselamatan terbabit menghulurkan satu beg kepada juruwang yang sedang bertugas.

Menyedari ada penjenayah yang mahu merompak, suasana di dalam bank menjadi kecoh menyebabkan suspek terpaksa menghentak parang ke atas meja kaunter sambil memaksa pekerja bank memasukkan wang ke dalam beg yang diberikan.




Jumlah pembantu rumah asing di Malaysia semakin berkurangan




BANGI - Jumlah pembantu rumah asing yang berada di negara ini didapati mengalami penurunan ketara iaitu daripada 320,000 orang pada tahun 2008 kepada 104,000 orang pada masa ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, daripada 19 negara sumber, Indonesia masih merupakan negara yang membekalkan paling ramai pembantu rumah diikuti Filipina dan Kemboja.

"Sejak penarikan balik pembekuan pembantu rumah Indonesia pada 1 Disember 2011, bilangan amah Indonesia yang dibawa masuk hanya 108 berbanding kira-kira 7,000 permohonan yang diterima sebulan," katanya selepas merasmikan Retreat Cadangan Konsep 'Life Beyond Maids' di sini semalam.

Tiada pekerja asing di pam minyak



BANGI - Semua stesen minyak dijangka melaksanakan sepenuhnya Sistem Khidmat Layan Diri (SKLD) mulai bulan ini sekali gus menyaksikan khidmat hampir 50,000 pekerja warga asing bakal ditamatkan secara berperingkat-peringkat.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, langkah tersebut bertujuan mengurangkan kos pekerja berikutan penguatkuasaan peraturan gaji minimum RM900 pada 1 Januari lalu.
"Apabila gaji pekerja naik disebabkan peraturan gaji minimum, majikan mahu mempertingkatkan SKLD di premis masing-masing untuk mengurangkan kos pekerja.
"Oleh itu seramai 50,000 pekerja asing yang bekerja di stesen minyak bakal diberhentikan kerja oleh pengusaha disebabkan langkah ini," katanya pada sidang akhbar sempena majlis perasmian Bengkel Kehidupan Tanpa Bantuan Amah anjuran Kementerian Sumber Manusia di sini semalam.

SERAHKAN SAJA PUNGGUNG KAMU


Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaanpakainnya tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.

Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap d atang ke sekolah dan masih tetap lambat.

uatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal disebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.


Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan.


Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”

Dia terkejut dan wajahnya berubah. “Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.”

Jawabnya “Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

” Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.



Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi.

Padah ikut rasa!


"SETIAP kali sujud menyembah Yang Esa, saya rasa lebih penyesalan dan kekecewaan dengan kesalahan masa lalu, sedikit demi sedikit hilang. Bersyukur kerana Dia masih beri saya peluang untuk berubah," luah Ika, 21, penghuni Rumah Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Sabak Bernam.

Ika yang dulu seorang gadis sosial dan liar, tak pernah mempedulikan keluarga, kini menjadi lebih tenang dan penyabar. Pengalaman mengajarnya menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik.
Ketika sesi temuramah diadakan, Ika sedang sarat mengandung. Usia kandungan empat bulan tidak mematahkan semangatnya untuk berkongsi kisah hidup dan kekecewaan masa lalu dengan Gen.Y.

"Saya dimasukkan ke sini kerana kes khalwat. Kejadian berlaku tiga tahun lalu di Terengganu. Saya diterjah orang pejabat agama ketika sedang melakukan hubungan terlarang dengan teman lelaki di kedai dobi iaitu tempat kerja saya sendiri.


"Sebelum kejadian itu, saya sudah mempunyai rekod waran tangkap dengan pejabat agama kerana kesalahan lama. Sebelum ini saya pernah ditangkap kerana melakukan kesalahan sama di hotel. Disebabkan degil pada waktu itu, saya tak mahu memasuki mana-mana pusat perlindungan, saya terus lari ke Kuala Lumpur (KL) untuk mulakan kehidupan sendiri di sini," katanya.


Sejak kecil Ikan dibesarkan oleh keluarga angkat. Walaupun keluarga kandung tinggal berdekatan namun hubungannya dengan mereka tidak rapat.

Katanya, apabila meningkat dewasa, dia mula rasa bebas. Pengaruh rakan dan keinginan diri sendiri terus membuatkan dia sesat hingga sanggup melakukan perkara yang ditegah dalam agama.

"Saya tamat sekolah ketika tingkatan satu. Lepas berhenti sekolah, saya terus kerja di kedai makan. Masa itu saya mula liar, bergaul dengan kawan-kawan hingga sanggup mencuba pelbagai benda baru. Semuanya atas rasa memberontak dicampur keinginan untuk mencuba, membuatkan saya lupa diri.

Cerita Ika, dia mengenali teman lelaki yang pertama di tempat kerja. Dia adalah salah seorang pelanggan tetap di situ dan oleh kerana kerap datang untuk makan di kedai, mereka mula berkawan.



"Dia pandai memujuk. Saya akui, selepas beberapa ketika pertahankan maruah diri, saya cair. Cair dengan pujuk rayu hingga sanggup menyerahkan 'mahkota' yang saya jaga selama ini. Saya serahkan kesucian diri pada lelaki yang tak sepatutnya. Memang menyesal.

"Saya menyesal kerana kebodohan diri. Terlalu ikut nafsu hingga tak tahu bezakan baik dan buruk. Selepas beberapa tahun berkawan, dia mula tunjuk perangai sebenar. Mula 'naik tangan', tampar dan terajang, ibarat makanan saya. Walaupun kesal, tapi sekurang-kurangnya saya tahu perangai sebenar dia sebelum kahwin," katanya.

Ditanya mengenai kandungannya kini, Ika berkata, ia adalah hasil hubungan dengan teman lelaki yang dikenali dari kampung halamannya.

Katanya, selepas putus hubungan dengan teman lelaki lama, dia berhenti kerja dan berpindah ke Kuala Lumpur. Ketika itu juga dia mengenali lelaki kedua dalam hidupnya.

"Hubungan saya dan teman lelaki baru, berjalan lancar. Dia tinggal di Terengganu, dan disebabkan jarak jauh, dia selalu turun ke KL untuk berjumpa dengan saya. Ketika itulah semuanya berlaku.

"Bila rindu membuak, kami 'memadu kasih' di kedai dobi, tempat saya bekerja. Dan tanpa berfikir panjang, kami terlanjur hingga menyebabkan saya mengandung. Mujurlah dia ada beritahu nak bertanggungjawab dan tunggu saya keluar dari sini," katanya.

Membayangkan kehidupannya kelak, Ika berkata, dia merancang untuk melahirkan anaknya di rumah perlindungan itu memandangkan tempoh dia di situ berakhir Oktober nanti. Dan apabila semuanya selesai, dia turut merancang untuk berkahwin dan hidup secara sah bersama teman lelakinya.

"Kalau nak ikutkan, tempat saya sepatutnya di dalam penjara, bukan di sini. Saya tak boleh nak bayangkan bagaimana melahirkan anak di penjara, entah bagaimana keadaannya," katanya.

Ditanya mengenai pendapatnya mengenai lelaki zaman sekarang, Ika berkata, perempuan perlu lebih berhati-hati memilih kawan. Tak semestinya kita mengenali seseorang itu baik dan dia akan terus berkelakuan baik sepanjang hidupnya.

"Semuanya bergantung kepada iman seseorang. Kalau kita terlalu ikut telunjuk nafsu, kita akan lalai dan sesat. Dan apa yang pasti, kita sering lupa kepada-Nya kalau kita terlalu gembira hingga sanggup lakukan apa saja. Allah SWT itu ada, dia akan tunjuk juga kebenaran untuk sedarkan kita," katanya.

Murid dir0g0l dekat ofis pengetua



Panaji: Seorang murid tujuh tahun dirogol di sebuah tandas sekolah di Goa, menyebabkan tunjuk perasaan besar-besaran dan penangkapan pengetuanya.

Kejadian yang dilapor berlaku di bandar raya Vasco Da Gama kelmarin turut menyebabkan gerakan besar-besaran dilancarkan untuk mengesan suspek yang dipercayai berusia awal 20-an.


“Murid itu dirogol dalam tandas sekolah ketika waktu rehat,” kata anggota polis yang enggan namanya disiarkan.

Menurutnya, tandas itu terletak bersebelahan dengan pejabat pengetua Sekolah Menengah Deepvihar yang turut mempunyai bahagian sekolah rendah.


Ribuan penduduk mengepung sekolah berkenaan malam kelmarin, mendesak penangkapan pengetua terbabit dan suspek. Pengetua itu, yang namanya tidak didedahkan bagi melindungi identiti murid berkenaan, ditahan atas dakwaan cuai ketika menjalankan tugas. Penangkapan itu dilakukan selepas kejadian rogol beramai-ramai terhadap seorang pelajar dalam sebuah bas di New Delhi Disember lalu. Kejadian itu mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran di seluruh India kerana membantah kes serangan seks yang semakin menjadi-jadi.


Lima lelaki dan seorang remaja dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan merogol dan membunuh pelajar berusia 23 tahun itu yang mati 13 hari kemudian di sebuah hospital di Singapura.

Di Goa juga, seorang polis ditangkap semalam atas tuduhan memeras wang daripada pelacur sebagai ganti untuk melindungi mereka.

Nike siasat isu gaji minimum



Jakarta: Pengeluar barangan sukan Amerika Syarikat, Nike, semalam berkata, syarikat itu sedang menyiasat dakwaan aktivis buruh mengenai cubaan pengilang di Indonesia mengelak membayar gaji minimum kepada pekerjanya.

Pengarah Komunikasi Korporat Global Nike, Greg Rossiter berkata, syarikat itu memberi perhatian serius terhadap dakwaan berkenaan.


“Kod amalan Nike sangat jelas.

“Kami mahukan pekerja yang menghasilkan barangan Nike diberi bayaran sekurang-kurangnya pada tahap gaji minimum ditetapkan undang-undang negara serta kemudahan lain,” katanya. Ekoran protes besar-besaran, kerajaan menetapkan gaji minimum di Jakarta meningkat kepada 2.2 juta rupiah (RM687) sebulan mulai 1 Januari lalu.


Kadar gaji minimum di bandar lain turut dinaikkan mengikut kadar berbeza. Gaji minimum ditentukan di peringkat wilayah dan daerah, tetapi pihak berkuasa memberi pengecualian kepada kilang yang gagal mematuhi kenaikan itu. Ketua Pertubuhan Bukan Kerajaan Pendidikan Untuk Keadilan (EFJ) AS, Jim Keady berkata, sekurang-kurangnya enam syarikat pembekal Indonesia memohon untuk pengecualian itu. Selepas EFJ melawat Sukabumi, pembekal Nike dilaporkan memperoleh pengecualian itu daripada pihak berkuasa tempatan dan mereka hanya diarah membayar gaji minimum RM343 sebulan. - AFP

Impian penghibur Acheh



Sememangnya penantian itu satu penyiksaan, namun tidak bagi pendatang baru seni suara Indonesia, Yuka Kharisma. Bahkan, tempoh lima tahun diambilnya untuk menimba pelbagai pengalaman mempersiapkan diri sebagai penghibur dirasakan langkah yang cukup tepat.

Apatah lagi, hanya berbekalkan secebis pengalaman sewaktu menyertai program realiti TV popular, Indonesian Idol musim kelima lalu yang membuka langkahnya dalam bidang seni diakui masih tidak kukuh untuk dijadikan batu loncatan pada kejayaan diimpikan.

Bersua dengan Yuka pada sesi fotografi khas diatur dengannya di Butik Cosry Purple Label, The Curve, Mutiara Damansara, kelmarin mengungkap kisah kedatangannya ke negara ini.

Kata gadis berusia 25 tahun dari Acheh ini, dia kini sudah menghasilkan dua single baru hasil kerjasama dengan komposer ternama Indonesia, Pay dan Dewiq yang pernah menghasilkan lagu untuk penyanyi terkenal Indonesia seperti Rossa, Agnes Monica dan Krisdayanti.


“Bekerjasama dengan mereka adalah peluang keemasan tidak diduga. Saya amat berbesar hati dapat mendendangkan lagu Kita Harus Percaya dan Ku Bersedia ciptaan Pay dan Dewiq itu. Apatah lagi, ia ternyata bukan peluang mudah tanpa usaha gigih yang saya lakukan sepanjang lima tahun ini.


“Saya melihat bukan senang untuk menjadi seorang penghibur yang berjaya. Ia pastinya memerlukan waktu dan usaha keras tanpa jemu untuk saya mempersiapkan diri dalam memantap­kan persembahan serta mematangkan vokal,” katanya.

Yuka yang turut berkebolehan mencipta lagu berkata, dia sangat bersyukur kerana sering menerima undangan nyanyian di Indonesia dan Malaysia.

“Bagaimanapun, untuk percubaan awal ini saya lebih bersedia mendendangkan lagu ciptaan komposer lain seperti Pay dan Dewiq. Apa lagi, dua lagu dihasilkan mereka itu cukup sesuai dengan vokal dan selesa juga pada jiwa saya yang meminati muzik pop.

“Apapun, diharapkan ia diterima baik pendengar muzik di Malaysia seiring dengan impian saya untuk mencuba nasib menembusi pasaran di sini. Saya juga bekerjasama dengan komposer Malaysia iaitu Azlan Abu Hassan,” kata anak ketiga daripada empat beradik ini.

Berbicara mengenai pembabitannya dalam Indonesian Idol, Yuka berkata, pencapaiannya tidak­lah sehebat mana kerana tersingkir awal, tetapi apa
yang penting ia bukanlah suatu pengakhiran baginya untuk menggilap bakat nyanyian dimiliki.

“Dalam soal ini, saya sentiasa percaya bahawa bersandarkan kemahuan pasti ada jalannya. Malah, fokus juga penting untuk membangkitkan semangat diri yang mana harus sentiasa percaya pada bakat dimiliki apa lagi tidak mudah berputus asa.

“Bukan itu saja, saya juga berlatih setiap hari kerana ia adalah proses pembelajaran yang berterusan.

Jangan cepat berasa selesa kerana sebenarnya masih banyak harus diperbaiki untuk menjadi lebih baik,” katanya yang diuruskan Mentari Management untuk proses rakaman lagu dan publisiti.

Memiliki ketinggian 171 sentimeter, gadis berkulit putih persis model ini memaklumkan dia kini selesa hanya bergelar penyanyi saja dan tidak pernah lagi terlintas di fikirannya untuk aktif di pentas peragaan.

Bersedia menimba pendedahan dan pengalaman menyanyi di kelab dan pusat beli-belah, Yuka berkata, dia juga bukan seorang yang terlalu cerewet, baginya sudah memadai asalkan tempat itu sesuai untuk dia berkarya dan menonjolkan bakat.


Pernah menetap di Malaysia

Mendapat sokongan sepenuhnya daripada ibu bapa dan keluarga untuk aktif sebagai penyanyi, Yuka memilih untuk mencuba nasib menembusi pasaran muzik Malaysia kerana yakin dengan penerimaan baik daripada pendengar di negara ini.

Apatah lagi, Yuka turut berpengalaman menetap di negara ini selama dua tahun pada 2003 kerana mengikut bapanya, Rudi Kardiman yang bertugas di Sungai Petani, Kedah. Malah, Yuka juga pernah bersekolah menengah di sini.

Berkongsi kisah lalunya yang pernah menetap di Malaysia, Yuka berkata antara negara ini dan tanah air tumpah darahnya, Indonesia tidak banyak beza. Ujarnya, bahasa dan budaya Malaysia juga tak jauh beza dengan Indonesia.

“Bahkan, makanan pilihan juga tiada bezanya kerana penduduk Malaysia dan Indonesia selesa memilih nasi sebagai juadah harian. Malah, di Malaysia juga cukup popular dengan nasi lemak manakala Indonesia tentunya ayam penyet.

“Bagaimanapun, kedua-duanya tetap saja enak. Bahkan, apa yang pasti saya boleh sesuaikan diri dengan masyarakat di sini. Tiada masalah rasanya dan atas sebab itu juga diharapkan single saya ini akan menjadi kesukaan ramai,” katanya.

Pun begitu, mende­ngarkan lenggok vokal Yuka ini, ia persis seperti Bunga Citra Lestari dan ada kalanya umpama Anggun Cipta Sasmi. Namun, Yuka menegaskan dia seorang penyanyi tersendiri yang tidak cuba meniru sesiapa.

“Saya selesa menyerahkan segala penilaian dibuat oleh pendengar. Ini kerana, berdirinya saya di dalam industri muzik ini berpaksikan bakat seni sendiri. Justeru, jauh sekali untuk saya meniru gaya sesiapa.

“Oleh itu, saya tidak pernah bimbang atau marah sekiranya ada pendengar mengatakan vokal saya mirip Bunga atau Anggun kerana mungkin ia secara kebetulan. Pada saya, Yuka masih tetap berdiri teguh dengan identiti sendiri,” katanya.

Apatah lagi, sebagai insan seni dia me­ngakui amat mengharapkan karyanya dihargai. Yuka berkata memang menjadi harapan utamanya pun untuk dikenali ramai dengan bakat seni dimiliki. Malah, tidak salah dia mencuba.

Meminati muzik sejak kanak-kanak, Yuka berkata penghibur antarabangsa yang menjadi digemarinya ialah Whitney Houstan, Mariah Carey dan Sting. Manakala, penyanyi Malaysia yang cukup dikagumi pula adalah Ning Baizura dan Datuk Shiela Majid.

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”