Friday, 14 December 2012
Gadis Hampir Terbunuh Selepas Kerusi Buatan China Patah (5 Gambar)
Gadis Hampir Terbunuh Selepas Kerusi Buatan China yang dikatakan sangat murah ini patah.
Kerusi tersebut hancur dan serpihan tersebut tercucuk pada badan gadis tersebut. Memang kualiti kurang bagus sehingga gadis yang tidak begitu berat pun boleh rosakkan kerusi.
5 Tanda Kenapa Anda Bosan Dengan Pekerjaan Anda
Hampir semua pekerjaan menjadi persaingan masa kini. Itulah mengapa banyak orang menjadi sangat workaholic. Mereka menghabiskan terlalu banyak waktu untuk bekerja dan berfikir dengan teruk. Sekuat mane seseorang itu bekerja, suatu saat pasti ia perlu masa untuk beristirehat. Berikut adalah lima tanda anda perlu istirehat kerja seperti yang dinyatakan dari Boldsky.
1. Membuat kesalahan yang mustahil
Jika Anda seorang profesional yang berpengalaman, kesalahan kecil tentu tidak biasa Anda lakukan. Jika Anda mulai melakukannya akhir-akhir ini, maka fikiran Anda mungkin memerlukan istirehat sebentar.
2. Tidak boleh tidur di malam hari
Stres sering disebabkan oleh beban pekerjaan yang berat dan pada akhirnya mengakibatkan gangguan tidur. Maka, sebaiknya ambil cuti untuk beristirehat dan bersantai.
3. Sering marah-marah
Tekanan pekerjaan membuat kita sering marah-marah. Entah pada orang atau pekerjaan. Jika kebiasaan buruk itu semakin parah, seelok-eloknya cuba segera ambil cuti dan berhibur.
4. Tidak ingat apa yang dimakan
Makanan adalah sesuatu yang seharusnya anda nikmati dengan baik. Tetapi, kerana kesibukan berkerja, ia membuat anda tidak menyedari apa yang telah anda makan.
5. Kesepian
Perasaan itu muncul kerana tekanan pekerjaan yang terlalu besar. Anda mungkin telah menguruskan pasangan atau keluarga selama beberapa waktu lalu. Untuk itu, buatlah rencana hiburan bersama keluarga untuk menikmati waktu beristirehat.
*Nasihat dari Newslah. Kerja keras itu perlu, tetapi sentiasa ingat tentang kesihatan Anda. Tak ada salahnya untuk mengambil istirehat sebentar dan keluar dari kepenatan kerja di pejabat. Ingatlah orang yang tersayang.
Perkhidmatan Tidur Ditemani Gadis Cantik
Anda lelaki bujang, dan ingin seorang teman untuk tidur? Wow..Inilah tawaran menarik sebuah kafe di Jepun yang menyediakan seorang wanita cantik sebagai teman tidur.
Opps...tunggu dulu, jangan fikir bukan-bukan...Cafe ini bukannya tempat pelacuran atau rumah pelacuran. Kafe bernama Soineya ini hanya menyediakan seorang wanita cantik untuk menemani anda tidur, tidak lebih dari itu.....(boleh percaya ke ni...)
Dipetik dari Japantimes, Soineya yang bermaksud kedai tidur bersama ini dibuka sejak 25 September 2012 di Tokyo. Harga perkhidmatan tidur ditemani wanita cantik di kafe ini mengikut jam.
Untuk satu jam pertama anda akan dikenakan bayaran sekitar 6,000 yen. seterusnya untuk 2 jam 11 ribu yen, 3 jam 16 ribu yen, 4 jam 20 ribu yen, 5 jam 25 ribu yen, 6 jam 30 ribu yen dan 10 jam 50 ribu yen.
Tetamu Soineya pun dibolehkan untuk memilih wanita yang diminta menemani saat tidur. Namun tetamu harus membayar 1,000 yen tambahan untuk itu dan tambahan 500 yen setiap jam.
Jika ingin perkhidmatan lebih daripada sekadar pelukan, kafe Soineya juga menawarkan menu lainnya. Tetamu tidur di lengan wanita (3 minit), 1,000 yen, dan wanita menepuk-nepuk punggung tetamu (3 minit), 1,000 yen.
Selain itu ada juga menu untuk mengelus kepala wanita (3 minit), 1,000 yen, tetamu dan wanita saling bertatapan mata (1 minit), 1,000 yen, wanita berganti pakaian (1 minit), 1,000 yen, wanita memijat kaki pengunjung (3 minit) , 1,000 yen.
Masih belum puas, di sini juga terdapat menu tetamu mengurut kaki wanita (3 minit), 1,000 yen, pengunjung tidur di pangkuan wanita (3 minit), 1,000 yen, dan wanita tidur di pangkuan tetamu (3 minit), 2,000 yen.
Harga yang disenaraikan di atas belum termasuk tiket masuk ke dalam kafe ini 3,000 yen. Kafe Soineya sendiri buka sepanjang hari mulai jam 12 hingga jam 10 malam. Bagaimana, anda tertarik?
Subhanallah! Awan Berbentuk Seperti Naga
Gambar ini diambil dari jepun ketika si Kamera sedang berjalan-jalan dengan ahli keluarganya. Awan seakan-akan membentuk seperti naga. Adakah naga benar-benar wujud?
Pelajar pompuan K@NTOI ber@ksi tangan dalam seluar
Memalukan!! Seorang pelajar pompuan ditangkap bersama pasangannya ketika melakukan perbuatan tak bermoral ditangga sebuah sekolah..
Kejadian berkenaan disedari oleh guru sekolah terbabit melalui aduan yang diterima..
Ketika ditangkap, pasangan pelajar terbabit sedang melakukan aksi ringan-ringan dan tangan pelajar pompuan terbabit sedang berada didalam seluar pasangannya..
Ini menunjukkan bahawa keruntuhan akhlak dikalangan remaja sekolah kini berada ditahap yang membimbangkan..
Kalau dah tepi tangga sekolah sendiri pun dorang sanggup beromen, cuba bayangkan apa yang couple tu boleh buat kalau dorang berada dalam bilik?
Pakcik Izinkan Saya Berzin@ dengan Anak PakCik
Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak siap
Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.
Teruna : Assalamualaikum.
Bapa G : Waalaikumusalam.
Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.
Gadis : Mari, duduk kat kerusi
Teruna : eh.
Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.
Bapa G : nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya
Bapa G : oh..
Teruna : ??
Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.
Ibu G : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu G : kamu malu-malu pula dengan kami.
Teruna : segan cik. Hehe
Bapa G : bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu G : eh. Apa ayahnya ni?
Teruna : ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa G : kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti
Teruna : (eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit
Bapa G : boleh takda masalah
Teruna : pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa G : kalau boleh 20 ribu
Ibu G : ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu cik?
Ibu G : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki
Teruna : (amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat, aduh) Tingginya acik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa G : itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.
Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.
Teruna : nak Tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?
Bapa G : itu kenalah Tanya maknya
Teruna : (ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu G : ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa G : saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna : (pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak Tanya lagi, anak acik pandai masak?
Bapa G : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu G : apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa G : maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu G : abahnya!
Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. acik sekarang saya da tau. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu G : boleh sikit-sikit kot
Teruna : kali terakhir bila?
Ibu G : err. Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm.
Ibu G : kenapa?
Teruna : takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa G : apa motif kamu Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?
Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.
Teruna : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.
Bapa G : tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu G : tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna : yeke? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat. Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.
Bapa G : kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : ehh. Sory pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa G : camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
Teruna : lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa G : hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik. Selalu ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa G : apa kaitan kamu nak berzina pula
Teruna : yalah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.
Bapa G : hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.
Bapa G : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna : bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa G : serius lah sikit.
Teruna : betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.,Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je. Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.
Ibu G : apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa G : hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : takde mood nak pegi la ayah. Ntah,,
Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.
Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis
“andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )”
“petang ni takde mood nak keluar, Sory.
Minggu depan ayah suruh hantar rombongan.
Kesudahannya...... :)
Cikgu Tersilap Hantar Gambar B0g@l Kepada Pelajar
Seorang Guru tidak sengaja menghantar gambar buah dada dan foto separuh bogelnya kepada murid-murid didalam kelas.
Semasa murid-murid bermain ipad ketika sesi pembelajaran tiba-tiba gambar separuh bogel guru mereka terpampang keluar pada skrin,
guru itu dipercayai tidak sengaja menghantar gambar tersebut kerana,i phone miliknya tiba-tiba Synchronization dengan ipad pada muridnya itu sehingga menghantar gambar aksi nakal beliau.
empat orang murid sedang bermain game didalam ipad telah mengklik folder yang baru sampai melalui proses Synchronization yang mempunyai gambar guru tersebut,
Sekarang MEREKA telah digantung dan diancam dengan pengusiran dari Highland Middle School di Anderson, Indiana, Amerika Syarikat.
ibu bapa mereka yang marah dan mendesak untuk menghukum palajar yang menekan butang folder tersebut.
Salah seorang daripada muridyang digantung, Joshua Troutt 13 tahun, memberitahu stesen TV tempatan imej dada kosong gurunya muncul di skrin secara tidak disangka-sangka apabila rakan sekelas beliau menekan butang.
Beliau berkata: "Gambar yang menunukkan foto telanjang gurunya itu Ia bukan salah kami bahawa dia mempunyai gambar di sana..
"Kami tidak boleh berbuat apa-apa untuk tidak melihat ia,dan ia hanya muncul apabila dia menekan butang.
"Ia adalah kesalahan guru tersebut bahawa dia mempunyai gambar di sana.Dan menekan butang synced di sana"
pengurusan sekolah berkata mereka telah mengambil tindakan terhadap guru tersebut, tetapi enggan menyatakan apakah tindakan, Dan dia masih merupakan ahli kakitangan sekolah.
Kekang N@fsu Kawal Marah
Sabar, maafkan kesalahan cara terbaik elak permusuhan
Sesiapa saja yang mengalami gangguan emosi akan mudah menjadi marah walaupun kepada perkara remah. Gurauan dan usikan pun boleh mengundang padah jika tidak kena pada masanya, apatah lagi jika ada yang mencurah minyak ke atas bara masih menyala, tentulah apinya menjulang lagi tinggi.
Perasaan marah bukan perkara luar biasa kepada manusia. Dalam dunia penuh cabaran seperti hari ini, setiap insan mendepani pelbagai ujian hidup yang kadangkala perit untuk ditanggung. Pancaroba datang dalam pelbagai bentuk.
"Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk" Riwayat Abu Daud
Jika kita tidak menyedari setiap ujian yang datang itu adalah untuk menguji keimanan seseorang hamba, sudah tentulah kita tidak reda dan pasrah dengan kesulitan yang dialami. Itulah akhirnya yang menyebabkan rasa marah menguasai diri mengatasi yang lainnya.
Fitrah manusia
Kita perlu akur bahawa sifat marah memang wujud dalam diri setiap manusia, tetapi ia disediakan sebegitu rupa untuk dimanfaatkan pada masa yang sepatutnya, dengan penuh hikmah dan bijaksana, bukannya penuh nafsu atau membabi buta.
Kepada orang yang beriman, rasa marah boleh dileraikan dengan kesabaran dan itulah yang menjadi perisai dalam menghadapi dugaan, bahkan itulah yang menjadikannya reda terhadap takdir Ilahi. Setiap yang terjadi adalah mengikut perancangan Allah SWT dengan usaha makhluk-Nya.
Orang yang beriman juga tahu marah adalah sifat yang amat dibenci oleh Allah SWT sehinggakan Rasulullah SAW pun berkali-kali menyatakannya.
Sabda Baginda SAW: “Dari Abu Hurairah bahawasanya ada seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW: Berpesanlah kepadaku. Lalu Baginda Rasulullah SAW bersabda: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta Rasulullah SAW memberinya pesanan, tetapi Baginda masih tetap bersabda: Jangan marah.” (Riwayat al-Bukhari)
Punca permusuhan
Walaupun sifat marah memang ada dalam diri setiap makhluk, tetapi sebaik-baiknya ia dielakkan kerana marah boleh menimbulkan permusuhan dan kemudaratan, bukan saja kepada orang lain tetapi diri sendiri.
Lebih buruk lagi jika sifat marah menyebabkan kesusahan kepada masyarakat seluruhnya dan membiakkan dendam yang tidak berkesudahan. Ajaran agama supaya sesiapa yang merasa marah mengambil wuduk untuk menenangkan diri perlulah diamalkan setiap masa.
Malah itulah yang memudahkan huluran maaf, yang akhirnya menyambungkan kembali silaturahim sesama insan.
Rasulullah SAW bersabda: “Daripada ‘Atiah ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.” (Riwayat Abu Daud)
Atasi kemarahan
Sememangnya perbuatan zalim seperti pembunuhan, rompakan, sumbang mahram dan sebagainya yang dilakukan kepada seseorang boleh menyebabkan kemarahan bukan saja orang yang menjadi mangsa tetapi juga orang di sekeliling yang melihat kejahatan itu dilakukan.
Bukan saja yang boleh dilihat dengan mata kasar, ada kalanya kezaliman berbentuk fitnah yang memecahbelahkan umat Islam, serta boleh menghancurkan kesucian agama. Sudah tentulah keadaan ini menyebabkan rasa marah.
Tetapi seperti yang dirakamkan dalam al-Quran, yang lebih baik adalah memaafkan perbuatan itu kerana itulah yang kekal dalam pertimbangan Allah SWT terhadap orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji.
Jangan pula kejahatan dibalas dengan kezaliman dan fitnah dibalas tohmahan. Dalam syariat juga kemaafan ada meritnya dalam melonggarkan hukuman jika ia diberikan kepada pesalah, seperti Qasas.
Allah SWT berfirman: “Dan juga lebih baik dan lebih kekal bagi orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan yang keji dan apabila mereka marah disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka, mereka memaafkannya.” (Surah Asy-Syura, ayat 37)
Orang yang terdidik untuk mengawal sifat marah boleh menjauhi dengki dan dendam, buruk sangka, berperasaan buruk terhadap orang lain, bertindak mengikut nafsu dan sabar dengan ujian-Nya.
Sifat sopan, lemah lembut, berkasih sayang, mesra dan pemaaf seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW perlu dijadikan panduan serta ikutan umat Islam kerana selain menjauhi sifat marah ia juga adalah jalan ke syurga.
Rasulullah SAW bersabda: “Daripada Abi Ad-Darda, ia berkata, wahai Rasulullah SAW, tunjukkanlah saya sesuatu amalan yang boleh menyebabkan saya dapat masuk syurga. Rasulullah SAW bersabda: Jangan marah nescaya engkau akan dapat masuk syurga.” (Riwayat At-Tabarani)
Memaafkan orang lain
Ingatan supaya meminimumkan rasa marah, mudah memaafkan kesilapan dan kesalahan orang lain perlu dihayati setiap masa serta ketika, bukan sewaktu kita sedar yang kita tidak mampu melawan takdir saja.
Jika rasa marah yang mengatasi kesabaran, kita jadikan janji Allah SWT dan nasihat Rasulullah SAW sebagai pengubat hati.
Islam menggariskan cara hidup yang harmoni, aman damai, bersatu padu serta berkasih sayang sepanjang masa, termasuklah kepada binatang dan tumbuh-tumbuhan.
Demi memelihara maruah dan prinsip agama, perlu sentiasa beringat, jika marah menyebabkan perpecahan, permusuhan dan menghancurkan silaturahim umat Islam maka buanglah rasa marah itu jauh-jauh walaupun sukar supaya kita menjadi umat yang lebih baik.
Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.
Call Girl No.1 Di Malaysia Menerusi Facebook
Populariti laman sosial Facebook yang luar biasa turut menjadikan ia satu medium untuk memasarkan pelbagai barangan termasuk yang kurang sihat seperti wanita dan pelacuran.
Mungkin disebabkan tumpuan luar biasa masyarakat ke Facebook, maka tanpa segan dan silu sesetengah bapa ayam memilih untuk memasarkan ‘produk’ mereka di laman berkenaan.
Tinjauan Mynewshub.my menemukan sebuah Fan Page bertajuk Malaysia No 1 Call Girl Service . 3C Agent : 0129599***.
Setakat ini sudah lebih 1,000 pengguna Facebook yang memilih untuk Like page berkenaan.
Mungkin kesemua mereka itu memerlukan kemas kini secara berterusan akan di mana dan bila mereka boleh menerima ‘bekalan ayam’.
Apa yang menarik, si bapa ayam yang menawarkan khidmat tempahan pelacur itu pula yang merungut di dinding Facebook kerana ‘tidak menang tangan’ melayan kerenah pelanggannya yang mahu perkhidmatan yang pantas di tengah-tengah kesesakan jalan ibukota.
Pengendali akaun Facebook syarikat itu yang hanya dikenali sebagai Agent 3C, meminta agar pelanggannya memahami suasana trafik yang sesak dan tidak mengharapkannya mampu menghantar gadis yang ditempah dalam tempoh yang terlalu singkat.
“Banyak customer (pelanggan) mahu cepat . Tetapi trafik kuala lumpur sesak tiap tiap hari .harap kamu boleh fahami. Jangan suruh saya hantar dalam 10 minit. its imposibble (ia mustahil) ,” katanya pada Ahad lalu di sini.
Baru-baru ini, Mynewshub.my menerima kiriman emel dari seorang pembaca yang memberitahu kewujudan sebuah agensi yang menawarkan khidmat wanita pelayan di ibu negara secara terbuka di laman Facebook.
Agensi yang hanya dikenali sebagai 3C itu menawarkan gadis-gadis jelita warga asing untuk dijadikan teman kepada sesiapa yang berminat mengikut tempoh tempahan dan negara asal ‘teman-teman segera’ yang terpilih.
Menurut maklumat di laman tersebut, agensi terbabit membekalkan khidmat-khidmat gadis dari China, Thailand dan Indonesia mengikut harga yang telah ditetapkan dari RM180 hingga RM700 mengikut jumlah jam diinginkan.
Selain akaun Facebook, ‘Malaysia No 1 Call Girl Service’ berkenaan, agensi 3C itu juga turut mempromosikan ‘perniagaan’ mereka di blog rasmi mereka, ‘No 1 Malaysia Escort Service 2011’.
Dipercayai setelah agen tersebut menyatakan bahawa pelanggan boleh buat sesuka hati saja kepada gadis-gadis tersebut, ramai ‘lelaki hidung belang’ yang berminat untuk mendapatkan khidmat mereka.
“Yes, Good service. Can do whatever u want” katanya agen 3C yang beroperasi di Kuala Lumpur dan Selangor itu.
Meskipun laman web itu menyiarkan nombor telefon bimbit untuk dihubungi bagi urusan ‘perniagaan’ tersebut, nombor yang tertera gagal dihubungi oleh beberapa individu yang merungut di dindingnya.
“Where r u in KL? U r mobile not working (Di mana lokasi anda di KL? Mobil (telefon) anda tidak berfungsi.
“I call so many times but number is not in service u have any other number? (Saya hubungi banyak kali tapi nombor tiada dalam perkhidmatan anda ada nombor lain?,” komen Koteswararo Vaddavalli di laman Facebook tersebut.
“I call xdapat la..” kata kucing hodoh pula di dinding yang sama.
Aktiviti ini dan yang seumpamanya dengannya perlu mendapat perhatian pihak berkuasa kerana Facebook digunakan anggota masyarakat pelbagai usia termasuk yang masih bersekolah.–Mynewshub.my
Saya Melakonkan Watak Dic@bul Sebelum Dia Benar-Benar Menc@bul Saya
KUALA LUMPUR: “Dia menyuruh saya melakonkan watak dicabul sebelum dia benar-benar mencabul saya,” kata seorang gadis berusia 21 tahun yang membuat laporan polis selepas mendakwa dicabul seorang pelakon tambahan ketika menjalani sesi uji bakat dikendalikan lelaki itu.
Kejadian berlaku di sebuah rumah di ibu kota kira-kira jam 5 petang kelmarin dan mangsa yang meminta identitinya dirahsiakan mendakwa, empat lagi gadis turut menjadi mangsa pelakon berusia 40-an itu.
Menurutnya, dia tertarik untuk menyertai sesi uji bakat itu selepas terbaca iklan dibuat pelakon lelaki terbabit di dalam sosial facebook (fb) untuk mencari pelakon wanita baru bagi memegang watak heroin dalam satu filem yang bakal diusahakan.
Gadis itu berkata, selepas menghubungi pelakon terbabit, dia diarahkan datang ke sesi uji bakat berkenaan di sebuah rumah di ibu kota.
“Pelakon itu bagaimanapun mengarahkan saya supaya hadir ke sesi uji bakat bersendirian dan tidak boleh ditemani sesiapa. Biarpun agak pelik dengan arahan itu, tapi saya langsung tidak mengesyaki sesuatu yang buruk,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Farid Kamil Selamat Dari Di Denda?
MIG akan jumpa pihak ATM tamatkan isu pakaian tentera pada majlis resepsi Farid, Diana
Isu pelakon Farid Kamil menggayakan pemakaian istiadat ketenteraan ketika majlis resepsi perkahwinannya baru-baru ini akan ditangani majikannya, Metrowealth International Group (MIG), dalam masa terdekat ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo, berkata pihaknya tidak terbabit dengan isu pakaian berkenaan yang ditentukan sendiri pihak pengantin.
Bagaimanapun, MIG berusaha untuk menyelesaikan perkara itu dengan cara baik bersama pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Sebenarnya, saya tidak mahu komen apa-apa kerana hal ini ingin diselesaikan dengan baik bersama ATM. Kita juga tidak mahu memanjangkan isu ini. Penyelesaiannya juga akan diumumkan kepada media dalam sidang media yang akan diaturkan dalam masa terdekat.
“Saya juga berharap media tidak mengganggu Farid kerana semua isu berkaitan masalah ini sudah diserahkan kepada saya untuk menanganinya,” katanya ketika dihubungi HIP, semalam.
Tak menyesal
Malah David berkata, aspek pakaian bukan di bawah bidang kuasanya, tetapi mengakui hanya menjadi perantara antara pihak pengantin dan ATM.
“Pakaian ditentukan sendiri oleh pengantin dan dia juga ada melantik perancang perkahwinan untuk mengaturkan perjalanan majlis resepsinya.
“Saya sebagai majikan hanya menguruskan perkara berkaitan tetamu jemputan dan lokasi, serta memastikan perjalanan acara berjalan dengan lancar,” katanya yang tidak terbabit dengan protokol majlis.
Pada masa sama David tidak mahu menyesali apa yang sudah berlaku kerana setiap kesilapan boleh diselesaikan, jika kena dengan caranya.
“Sebagai manusia, saya tidak kesal berlakunya hal ini. Namun, semuanya sudah berlaku dan kita tidak mampu untuk berpatah balik, jadi kita akan betulkan semula apa yang salah dan tangani isu ini bersama ATM secara baik,” katanya.
Ketu@ Ada Sk@nd@l, Penyebab Singapore Mundur
Ketua Parlimen Singapura Mengaku Ada Skandal Seks
Ketua Parlimen Singapura Michael Palmer (44) mengakui bahawa dia berhubungan di luar negeri dengan pekerja komuniti, sebuah skandal seks yang baru di negara tersebut. Akibatnya, Palmer mengundurkan diri dari kerusinya di parlimen dan keanggotaan Partai Aksi Rakyat (PAP).
"Saya mengundurkan diri untuk bertanggungjawab penuh atas kesalahan besar sebagai janji saya," kata Palmer dalam sebuah sidang akhbar seperti dinyatakan dari Antara, Rabu (12/12).
Palmer menyebutkan dia memiliki hubungan dengan anggota staf dari organisasi masyarakat yang disebut Asosiasi Masyarakat. Palmer yang profesional sebagai pengacara itu menyatakan penyesalannya kepada para sokongannya, PAP serta keluarganya.
"Perilaku saya tidak benar dan itu adalah kesalahan serius dalam pengadilan. Saya mengundurkan diri untuk menghindari rasa malu kepada PAP dan parlimen," katanya.
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong yang juga setiausaha jeneral PAP, mengatakan bahawa anggota parlimen harus menegakkan standard tertinggi terhadap perilaku.
Wakil Perdana Menteri Teo Chee Hean, yang hadir dalam sidang akhbar bersama Palmer, meminta maaf kepada masyarakat atas kelakuan ahli poilitik yang amat memalukan.
"Saya meyakinkan anda bahawa kami akan menempatkan hal yang benar dan terus melihat peristiwa ini. Tidak ada kata pemilihan suara langsung untuk menggantikan Palmer. Di bawah undang-undang Singapura, pemilihan dibuat dengan yang benar-benar pada kebijaksanaan perdana menteri," kata Hean.
PAP yang membudidayakan keunggulan moral dari pembangkang, diserang secara langsung para pengkritik secara online. "PAP perlu membersihkan orang-orang (sekitar) dari maklumat yang mereka miliki tentang Mr Palmer dan khususnya, apa yang mereka tahu sebelum pemilihan Mei 2011," tulis ahli masyarakat Adrian Lim pada laman Facebook perdana menteri.
Pengunduran diri Palmer adalah skandal peringkat tinggi terbaru yang memukul Singapura, yang konsisten menduduki peringkat tertinggi dalam kajian antarabangsa tentang kebersihan dan kecekapan kerajaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)