Wednesday 3 July 2013

CUEPACS SYOR BONUS LEBIH SEBULAN SETENGAH


Melaka Tengah: Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mencadangkan kepada kerajaan supaya bonus melebihi sebulan setengah gaji diberikan kepada lebih 1.4 juta kakitangan awam sempena pembentangan Bajet 2014 tahun ini. 

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata daripada jumlah itu, pembayaran setengah bulan gaji kepada kakitangan awam terbabit dibuat sebelum menjelangnya perayaan Aidilfitri nanti.

“Bagaimanapun, jumlah sebenar pemberian bonus yang akan dicadangkan itu akan diputuskan dalam mesyuarat Kongres CUEPACS esok (hari ini) yang dianggotai 135 ahli di Wisma CUEPACS sebelum di bawa kepada kerajaan.


“Saya berharap kerajaan akan membayar (bonus) lebih sebulan setengah atau setidak-tidaknya kekal seperti 2012 iaitu sebanyak sebulan setengah gaji," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan CUEPACS Bahagian Melaka di sini, semalam. 

Yang turut hadir, Setiausaha Agung CUEPACS, Lok Yim Pheng serta Pengerusi CUEPACS Bahagian Melaka, Md Salleh Majid. 

Omar berkata, permohonan CUEPACS itu wajar dipertimbangkan kerana memikirkan keperluan kewangan tinggi kakitangan awam setiap kali menyambut musim perayaan.

Free Download Filem Lari 2013 Lakonan Aaron Aziz



FILEM LARI mengisahkan perjalanan hidup Khalif (Aaron Aziz) yang bercinta dengan Maya (Dira) tetapi terpaksa meninggalkan hasratnya untuk terus menyunting gadis pilihannya apabila menerima tentangan daripada keluarga selepas dia mengambil keputusan untuk menjadi askar. Selepas tujuh tahun berpisah dan tidak pernah bersua muka, akhirnya Khalif pulang ke kampung selepas mendapat berita mengenai kematian ayahnya.
Bukan saja kehilangan ayah, malah Khalif juga terkejut apabila mendapat tahu yang adiknya (Erin) pula hilang. Maya yang bergelut denga krisis rumah tangga dengan suaminya mengambil keputusan membantu Khalif mencari adiknya dan bermulalah pengembaraan penuh aksi Khalif dalam memperjuangkan maruah adiknya yang terbabit dalam sindiket perdagangan wanita.
Klasifikasi: P13
Genre: Aksi
Tarikh Tayangan: 6 Jun 2013
Bahasa: Malay
Pengedar: EXCELLENT PICTURES SDN BHD
Pengarah: Ahmad Idham
Pelakon: Aaron Aziz, Dira Abu Zahar, Erin Malek, Hazama Azmi

Link Movie Lari 2013 Lakonan Aaron Aziz..
Download link dibawah
LINK 1
LINK 2

Askar Wanita Israel Upload Gambar Panas Dalam Facebook




Amat sesuai dengan mereka akhirnya mereka membodohkan diri mereka dan mengina diri mereka sendiri difacebook dengan uploadnya gambar-gambar ini tanpa perlu disuruh.

Bulu Kaki Tiruan Elak Wanita Dirogol


Untuk menjauhkan sebarang potensi gangguan daripada lelaki tidak diingini, sebuah syarikat di China mempelopori ‘fesyen’ kaki berbulu yang boleh dikenakan dari pinggang sehingga ke buku lali. Sekeping gambar dimuat naik laman sesawang ChinaSMACK di Shanghai menunjukkan bagaimana seorang model mengenakan bulu kaki tiruan itu. Mengiringi gambar itu ialah keterangan mengenainya yang dianggap sebagai “kelengkapan penting untuk gadis bersiar-siar.” Namun, tidak dinyatakan di mana bulu kaki tiruan itu boleh dibeli.

Carian di Internet juga gagal mendapat jawapan. Imej itu mengundang ratusan komen pengguna Internet yang memberikan pelbagai reaksi. Satu daripada komen pelayar menyatakan: “Amat menjijikkan!” Seorang lagi pengunjung laman sesawang itu menyatakan penggunaan bulu kaki tiruan itu mungkin memudaratkan pemakainya.

“Ia bukan saja menjauhkan orang tidak diingini, malah menakutkan lelaki kacak daripada menghampiri anda,” katanya. Pengunjung lain mencadangkan kaedah lebih murah memperoleh kaki berbulu. “Tidak mencukur kaki adalah pilihan lebih menjimatkan,” katanya. Sementara itu, penganalisis berkata, produk itu adalah bayangan kepada pelbagai sarung kaki dikeluarkan syarikat J Crew pada 2010. Di sebalik matlamat syarikat fesyen itu mahu memberi kelainan pada pemakai, penggunaan sarung kaki berkenaan menyebabkan pengguna seperti memiliki bulu kaki berlebihan.
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”