Sunday, 1 July 2012

Nasa Mengeluarkan Kenyataan Matahari Akan Terbit Dari Barat





Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.
NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.
Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!
Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.
Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.
Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.




TEORI QURAN VS TEORI BARAT
Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.
Yang ke-duanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan.
Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.
Yang ke-tiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia masih lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).
Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan masih boleh dilalui.
Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas.





- Posted using BlogPress from my iPad

Ayah lari, perbuatannya rogol anak sendiri diketahui isteri





AYER KEROH – Seorang isteri masyarakat Orang Asli di sini terkejut apabila mengetahui anak gadisnya berusia 16 tahun 5 bulan berbadan dua hasil hubungan dengan suaminya sendiri.
Wanita berusia 35 tahun yang mempunyai empat cahaya mata itu hanya mengetahui mengenai bayi dikandung anak keduanya apabila membuat pemeriksaan di sebuah klinik
kesihatan dekat Alor Gajah, 28 Jun lalu.
Pemeriksaan itu dibuat selepas dia sering melihat kemerosotan tahap kesihatan anaknya, selain anaknya mengadu lemah badan.
Menurut sumber, kandungan yang sudah mencecah usia lima bulan itu diketahui adalah hasil hubungan mangsa dan bapanya sendiri selepas diminta memberitahu perkara sebenar.
“Selepas pemeriksaan dijalankan, pihak klinik memaklumkan mangsa mengandung lima bulan, lalu ibu mangsa memaksa mangsa menceritakannya.
“Mangsa kemudian memberitahu telah beberapa kali dirogol bapanya iaitu suami kepada ibunya yang telah dua bulan tidak pulang ke rumah,” katanya kepada Sinar Harian
di sini, semalam.
Berikutan itu, katanya, mangsa dan ibunya mambuat laporan di Balai Polis Tebong, Alor Gajah pada hari sama.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
“Mangsa dirogol bapanya yang berusia 40 tahun dan sehingga kini polis masih cuba mengesan suspek yang dipercayai telah lari ke dalam hutan.
“Setakat ini polis telah meminta bantuan golongan Orang Asli, selain Tok Batin untuk mengesan suspek,” katanya.
Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Sinar



- Posted using BlogPress from my iPad

Permaisuri Agong rasmi perarakan flora





PUTRAJAYA — Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan mencemar duli menyempurnakan majlis perasmian Perarakan Malam Flora Pelancongan Antarabangsa 1Malaysia bertema ”Keajaiban Waktu Malam” di Pesisiran Tasik Putrajaya, Presint 2 di sini malam tadi.
Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan timbalannya, Datuk Dr James Dawos Mamit serta Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Samsudin Osman.
Acara yang bermula hari ini hingga 8 Julai bakal menyaksikan keindahan 15 bot dalam perarakan bercahaya sejauh tiga kilometer di Tasik Putrajaya dari 8.30 malam hingga 10.30 malam, selain pertunjukan bunga api pada setiap malam.
Bot yang dihiasi pelbagai corak flora dan fauna, lampu bergemerlapan selain ikon organisasi dan negara peserta, melambangkan kepelbagaian budaya serta tradisi masing-masing. Peserta yang mengambil bahagian tahun ini ialah dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Sarawak, Sabah, Terengganu, Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Perbadanan Putrajaya dan wakil luar negara iaitu China dan Afrika.
bernama


- Posted using BlogPress from my iPad

GEMPAR! PENEMUAN PLANET YANG LEBIH PANAS DARIPADA MATAHARI

Ahli astronomi yang terlibat dalam projek Super Wide Angle Search for Planets (SuperWASP) telah berjaya menemui planet terpanas yang dikenali sebagai WASP-33 b. Suhu planet tersebut mencapai 3,200 darjah Celcius, lebih panas daripada suhu beberapa bintang.
Salah satu sebab yang menyebabkan panasnya suhu planet itu adalah suhu bintang induknya yang juga panas. Ahli astronomi mengatakan, suhu bintang induk planet itu adalah setinggi 7,160 darjah Celsius, lebih tinggi daripada suhu matahari yang “hanya” 5,600 darjah Celsius. Jarak antara planet ini dengan bintangnya juga hanya 7 peratus jarak planet Mercury ke Matahari.
Kewujudan planet itu telah diketahui sejak tahun 2006 yang lalu namun baru dapat dipastikan pada tahun 2010. Dikatakan, planet tersebut tergolong dalam sejenis planet gas dengan kapasiti kurang dari 4.1 kali kapasiti Jupiter.
Kajian tentang planet ini diketuai oleh Alexis Smith dari Universiti Keele di Stafordshire, England. Berdasarkan kajian, ahli astronomi juga mengetahui bahawa waktu peredaran planet ini sangat singkat, iaitu hanya 29.5 jam.





Drake Demming dari Goddard Space Flight Center NASA di Greenbelt, Maryland yang tidak terlibat dalam penyelidikan ini mengatakan, “WASP-33 b boleh membantu ahli astronomi mengkaji planet panas yang ciri-cirinya masih lagi misteri.”
Hal yang boleh dipelajari misalnya ada planet yang berorbit dekat dengan bintangnya yang memiliki lapisan atmosfera luar lebih sejuk dari lapisan dalamnya. Ini mengejutkan kerana planet tersebut seperti “dipanaskan” dari luar.
Deming mengatakan, fakta itu ada kaitan dengan wujudnya keadaan asas karbon yang mengubah cara atmosfera memberi respons kepada radiasi. Keadaan kimia tertentu boleh terbentuk akibat sinar ultraviolet dari bintangnya.
“Ini pasti akan menjadi planet yang ingin anda lihat. Ini adalah peluang yang sangat baik untuk kita mengkaji planet yang mengorbit pada bintang yang terlalu panas,” ucap Deming dalam sebuah sesi wawancara dengan majalah New Scientist



- Posted using BlogPress from my iPad

Gambar Bayi Dipanggang Dan Dibakar!






Zaman Jahiliyah dahulu,orang Arab bunuh anak perempuan hidup2 bukan kerana mereka malu atau tidak sayang tetapi mereka tidak sanggup melihat anak perempuan mereka dirogol depan mata mereka apabila besar nanti.jadi,demi maruah anak dara mereka tercalar biar mati dari kecil.
Sebaliknya zaman moden yang konon bertamadun hari ini,tanpa buang anak tidak kira lelaki perempuan tanpa belas,rasa sayang dek kerana berzina dan lahir anak hasil perhubungan yang haram.inilah malang yang menimpa si kecil yang tidak berdosa sama sekali ini.
Si kecil inilah antara golongan yang dijamin Allah SWT ahli syurga dan pemberi Syafaat.adakah kita akan diberi syafaat mereka jika kita yang bunuh mereka?kembalilah kepada ajaran Islam,jauhilah budaya cinta tanpa batas agama,jauhilah mendedah aurat di khalayak dan jauhilah pergaulan bebas yang akhirnya akan menarik manusia ke dalam lembah perzinaan.
Marilah kita semua Berusaha menegakkan Syariat Islam agar segala kerumitan jenayah yang kian merbahaya ini dapat dibendung dengan keadilan Islam.

Proton Evolusi G – Kereta Proton Berbentuk Lamborghini

Sebuah kereta proton telah membuat satu inovasi pembaharuan yang menjurus kepada reka bentuk. Reka bentuk yang dimaksudkan ini adalah Proton Evolusi G yang direka mirip seperti kereta Lamborghini.
Proton Evolusi G – Kereta Proton Berbentuk Lamborghini | Seperti yang kita sedia maklum, pihak proton baru sahaja mengeluarkan kereta terbarunya iaitu Proton Preve. Kini terdapat lagi sebuah kereta tetapi bukan untuk dipasarkan. Kereta ini dikenali sebagai Proton Evolusi G yang mana rekaannya berbentuk seperti kereta Lamborghini. Dikatakan kereta ini juga diubah suai dari model Proton Gen-2 dan menelan kos sebanyak RM8000 sahaja. Memang menarik dan kreatif. Seperti super car lamborghini. Jom lihat gambar-gambar Proton Evolusi G di bawah





















Memang sangat menarik kereta ini. Bahagian hadapannya memang jelas mirip seperti kereta Lamborghini. Lampu belakang pula ada mirip seperti Proton. Walaupun ia bukanlah kereta untuk tujuan dipasarkan, namun reka bentuknya berjaya menarik perhatian bagi sesiapa sahaja yang melihatnya.



- Posted using BlogPress from my iPad

Klon Manusia Yang Tidak Menjadi

Klon manusia ialah melanggar fitrah, sesungguhnya manusia itu unik, hanya tuhan saja yang boleh cipta.Inilah yang terjadi bila manusia gila kuasa nak melawan tuhan, maka diorang pun cipta klon-klon manusia yang telah dihasilkan, tetapi apa yang terjadi ialah sebaliknya.
















- Posted using BlogPress from my iPad

Bayi dijadikan menu makanan di Taiwan





Di Taiwan memang menunya pelik-pelik belaka. tapi kali ini sangat tak tercapai dek akal sebab menu kali ini adalah daging manusia. bayi dijadikan hidangan yang digemari ramai di sana. jadi kalau nak pergi Taiwan, jangan lupa tengok betul-betul menu tu. silap hari bulan anda jadi canibal.















Posted using BlogPress from my iPad

Jenazah Allahyarham Osman Kering selamat dikebumikan




Jenazah Allahyarham Osman Kering selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Tandang selepas solat Maghrib semalam, 29 Jun 2012. Osman Kering atau nama sebenarnya Osman Kassim, 58 tahun meninggal dunia HUKM Cheras kira kira pukul 3.45 petang semalam selepas koma sejak 11 Jun lalu akibat kegagalan fungsi otak.

Anak ketiga pelakon dan pelawak Allahyarham Osman Kering iaitu Nor Ain berkata dia sekeluarga berasa lega apabila hasrat terakhir Allahyarham untuk meninggal dunia di pangkuan isterinya Che Norhayati Che Omar, 48, termakbul.
Allahyarham atau nama sebenarnya Osman Kassim, 58, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, dekat sini kira-kira pukul 3.45 petang, Jumaat selepas koma sejak 11 Jun lalu akibat kegagalan fungsi otak.
Menurut Nor Ain, 25, dia sekeluarga menerima berita kematian itu dengan reda dan tenang kerana sudah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan sejak bapanya koma selepas mengalami batuk berdarah di rumah mereka di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, dekat sini.
“Kami reda dan tenang menerima kematian ayah kerana sudah bersiap sedia sejak dia koma lagi. Pernafasannya yang terhenti kira-kira 20 minit pada masa kejadian mengakibatkan otaknya membengkak kerana ketiadaan udara dan sekali gus menjejaskan sistem organ dalaman.
“Namun sebelum dia koma, ayah sempat berpesan dia mahu meninggal dunia di pangkuan ibu. Kebetulan pada hari tersebut, ayah rebah di pangkuan ibu dan terus koma selepas itu. Pada hari ini (Jumaat), ayah meninggal dunia di sisi ibu dan kami anak beranak,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat petang.
Ditanya mengenai kenangan dan pesanan terakhir Allahyarham sebelum koma, Nor Ain berkata, ayahnya begitu sinonim dengan keletah suka bergurau bersama anak-anak.
“Tiada ada apa-apa yang dapat kami berkongsi dengan ayah pada saat-saat terakhir hayatnya kerana dia sudah berada dalam keadaan koma. Cuma sebelum koma, ayah pernah berpesan kepada anak-anaknya agar menjaga ibu dengan baik.
“Malah, dia juga pernah bercakap kepada saya sama ada dia berpeluang untuk melihat cucu keempatnya yang sedang saya kandungkan pada waktu ini. Ayah akan terus diingati kerana sikapnya yang suka bergurau senda dan mengusik anak-anak,” kongsinya.
Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al-Najihin, Taman Tasik Permaisuri, Cheras selepas solat Maghrib, Jumaat dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Tandang di sini, malam yang sama.
Sebelum ini terdapat khabar angin berita kematian Allahyarham tetapi pelakon itu hanya dimasukkan ke Unit Penjagaan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana berada dalam keadaan kritikal dan bergantung pada alat bantuan pernafasan di hospital berkenaan.
Allahyarham yang berasal dari Bachok, Kelantan mula menceburi bidang lakonan secara serius selepas dinobatkan naib juara pertandingan Bakat TV di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1979.
Pada awal pembabitannya, Allahyarham menggunakan nama Osman Kassim tetapi kurang dikenali ramai.
Nama jolokan Osman Kering yang diberikan secara spontan oleh pelawak Mek Habsah ketika mereka mengadakan persembahan pentas pada pertengahan 1980-an, terus melekat dan membawa tuah kepadanya sehingga kekal digunakan ke akhir hayatnya.
Allahyarham sudah membintangi lebih daripada 30 buah filem dan puluhan drama televisyen.
Antara filem lakonannya adalah XX-Ray, Ringgit Kassorga, Soal Hati, Mr Cinderella, Gila-Gila Pengantin dan Man Laksa.
Filem terakhir lakonannya berjudul Oh Mak Kau (OMK) arahan Nurul Ain Nordin menjalani penggambaran pada Mei lalu dan dijangka ditayangkan pada penghujung tahun ini.
Allahyarham atau nama sebenarnya Osman Kassim, 58, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, dekat sini kira-kira pukul 3.45 petang, Jumaat selepas koma sejak 11 Jun lalu akibat kegagalan fungsi otak.
Selain Che Norhayati, Allahyarham meninggalkan tujuh orang anak berusia antara 10 tahun hingga 28 tahun dan tiga orang cucu.
Posted using BlogPress from my iPad
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”