Wednesday, 20 June 2012

Hukum makan Masakan Pondan -UAI

Semua manusia buat silap – Hanez Suraya



HANEZ dan keluarganya menerima baik kehadiran Awi. Bagi Hanez, apa yang dilakukan kekasihnya itu adalah kesilapan pada masa lampau.
Setelah agak lama berteka-teki mengenai status hubungan pelakon Hanez Suraya dengan penyanyi Awi Rafael, akhirnya ia terbongkar jua. Mereka berdua memilih untuk tidak berahsia lagi tentang cinta yang telah bertaut.

Hanez, 27, yang sebelum ini menafikan status perhubungan mereka yang sudah terjalin selama tiga bulan, akhirnya bertindak terbuka dengan mendedahkan status yang sebenar.
Perkenalan mereka bermula ketika pengurus Awi menghubunginya untuk mempelawa menjadi model klip video untuk single terbaharunya, Asalkan Aku OK.
Kosmo! menemu bual Hanez pada majlis makan malam istimewa bersama pelakon 3 Janji di Luna Bar, Pacific Regency Hotel, Kuala Lumpur.

Selain bercakap tentang hubungan cinta mereka, Hanez turut memberi sedikit kenyataan tentang penyebaran gambar lama kekasihnya itu yang disifatkan agak liar.

Kosmo!: Kenapa sebelum ini Hanez menafikan mengenai status hubungan ini?
HANEZ: Sebelum ini saya bukan ingin menyorok mengenai hubungan ini. Saya mahu dia bersuara dahulu kepada rakan media perhubungan ini kerana sebagai wanita, saya rasa biarlah pihak lelaki yang bersuara dahulu.

Apa sifat Awi yang membuatkan anda menyukainya?
Pada mulanya, saya tidak menyukai dia kerana saya menyangka dia seorang yang ‘poyo’. Saya hanya meminati lagu dendangannya, Bila Aku Jatuh Cinta. Namun bila sudah mula mengenalinya, barulah saya tahu bahawa dia seorang yang suka mengambil berat, menghormati orang lain dan bertanggungjawab. Saya senang bersama dengannya.

Adakah Awi dapat memahami kerjaya anda sebagai seorang pelakon?
Buat masa sekarang ini, dia sedang membiasakan diri dengan waktu kerja saya. Kadangkala kami ada berselisih faham mengenai waktu kerja yang berbeza. Walaubagaimanapun, dia sentiasa menyokong kerjaya saya dan saya sentiasa menyokong kerjayanya.

Anda berdua selalu meluangkan masa bersama?
Bergantung kepada waktu bekerja, sekiranya ada masa terluang kami akan menghabiskan masa bersama. Keluarga pun mengetahui hubungan kami. Jadi tiada masalah untuk kami keluar bersama.
Komen sikit mengenai aksi mesra anda dan pelakon sinetron popular Indonesia, Randy Pangalila dalam drama bersiri Dalam Hati Ada Taman. Apa reaksi Awi mengenai itu?

Babak cium itu sebenarnya hanya lakonan dan dibuat dengan menggunakan teknik lakonan dan kamera. Ianya bukan aksi sebenar. Dia menerimanya dengan hati terbuka dan asalkan itu hanya untuk tuntutan kerja. Dia juga sentiasa pesan supaya saya pandai menjaga diri dan sebagai wanita perlu tahu batas-batas pergaulan.

Baru-baru ini tersebar gambar Awi yang bertatu dan kehidupan liar dia bersama beberapa wanita. Bagaimana anda melihat isu tersebut?

Jujurnya, saya dan keluarga menerima dia seadanya. Lagipun itu merupakan gambar dan kehidupan lampau dia. Sebagai manusia kita semua ada membuat kesilapan pada masa lalu.
Apa perkembangan terbaharu anda?

Saya telah terbabit drama Suri bermula 11 Jun lalu menerusi slot Azalea di TV3. Dalam drama tersebut saya membawa watak seorang yang sangat daif. Kemudian saya akan memulakan penggambaran drama di bawah produksi Brand Management Group (BMG).

Pegawai bank Singapura yang suka menunjuk bentuk badanya dinternet..


Dia begitu gemar memperagakan bentuk
badannya yang montok dengan saiz dada 38DD. Dia juga berkongsi gambarnya yang sexy itu ke laman webnya dan terbaru gambar daringnya yang topless.



Video Hot Duangjai Jansaunoi Dalam Acara Thailand's Got Talent dikecam menteri kerana melukis dengan payudara.......lihat sendiri..

Video Hot Duangjai Jansaunoi Dalam Acara Thailand's Got Talent dikecam menteri kerana melukis dengan payudara.......lihat sendiri..


Sebenarnya dia berniat ingin menarik sokongan masyarakat dengan mempamerkan bakat uniknya dalam melukis, seorang peserta pencari bakat telah  mendapatkan   kecaman dari masyarakat. Ini disebabkan dia   melukis menggunakan payudaranya.

Seperti yang dilansir Sowetanlive.com, Isnin (18/06/2012), di acara 'Thailand's Got Talent' seorang peserta wanita menuai kecaman akibat mempamerkan kemampuannya melukis menggunakan payudara.

Kecaman itu datang langsung dari Menteri Kebudayaan Thailand, Sukumol Kunplome. Menurutnya ia sangat terkejut dengan aksi yang dilakukan di acara televisyen itu. Beliau menganggap aksi itu sangat berbau erotis dan tidak sesuai dipertontonkan kepada masyarakat Thailand.

"Program ini ditujukan untuk mempamerkan talenta masyarakat Thailand dan biasanya mendorong kaum muda untuk menunjukkan bakat mereka," katanya seperti yang dikutip The Blaze. "Tapi tetap saja harus ada batasannya,"

 Menteri itu pun mengatakan akan memanggil pihak produser bagi menjelaskan hal tersebut sebelum akhirnya pihak kementerian mengambil keputusan mengenai kontroversi tersebut.
Acara yang disiarkan hari minggu di saluran Channel 3 Thailand itu menghadirkan seorang peserta wanita berusia 23 tahun bernama Duangjai Jansaunoi. Peserta yang pada awal berpakaian sopan di hadapan juri itu, tiba-tiba saja membuka bajunya setelah berhadapan dengan kanvas.

Wanita itu menyiram tubuhnya dengan berbagai macam warna cat dan menggunakan tubuhnya sebagai kuas, di saat muzik diputar. Penonton dan juri yang ada di sana terlihat terkejut, namun tidak sedikit dari mereka yang meneriakkan sokongan.

"Jika saya melukis dengan cara normal, maka itu akan terlihat biasa saja," kata Duangjai kepada juri setelah diberikan kain untuk menutupi bahagian dadanya.




Bolasepak: Medan Model Seksi Raih Populariti



Anda ingat Larissa Riquelme, model Paraguay yang mendapat kemasyhuran di seluruh dunia di Piala Dunia 2010 selepas gambar telefon mudah alih di belahan dada beliau disebar?

Kejayaan model itu meraih populariti dengan mendedahkan dada di khalayak ramai dalam siri-siri perlawanan bolasepak yang membabitkan negaranya Paraguay menjadi ikutan.

Kini model Poland pula mencuba nasib dengan melakukan perkara yang hampir serupa di Euro 2012.Gadis yang paling hangat diperkatakan adalah Natalia Siwiec, model Poland yang berkerja keras untuk mendapat perhatian dan meraih kemasyhuran melalui cara yang serupa. Bezanya Natalia tidak meletakkan telefon bimbit di belahan dadanya.


                                                                      (Photo: Divulgacao)

Model yang berketinggian 1.70m dengan berat badan 47kg itu mula mendapat perhatian kerana mempamerkan sebahagian buah dadanya ketika menyaksikan perlawanan bolasepak yang melibatkan negaranya Poland.

Berikut disertakan 'Resume And Experience' yang tercatat di websitenya nataliyah.com

"I want it so when people look at me they think things they've never thought before — they think things they never even knew they were capable of thinking. It's art. You look at it, and maybe it annoys the hell out of you because you can never understand it. Maybe there's nothing to understand, but it's fascinating anyway."
"And all the time, right on the edge of your mind, there's thoughts lurking like wild animals, and feelings you never felt. You can't work them out, you don't know if it's monsters or angels and you're frightened of understanding because they might just burst out and change your whole life. Your whole life!"

Kegagalan Poland melangkah ke peringkat seterusnya melenyapkan harapan model ini untuk terus mengiklankan diri dalam perlawanan bolasepak.Tak jadi glamour la nampaknya..

Kes Terbaru: Ahli politik Greek Tampar wanita Dalam Sesi Debat -video 22 saat


Jurucakap kepada Golden Dawn sebuah parti berhaluan kanan Ilias Kasidiaris menyerang dua ahli politik wanita dari parti politik berhaluan kiri. Kejadian bermula apabila Ilias menyimbah air ke muka Rena Dourou dari Parti Syriza yang sedang berhujah.

Perbuatannya dibantah oleh Liana Kanelli seorang ahli Parti Komunis dengan menggelar Ilias sebagai 'facist'. Perbuatan itu membuatkan Ilias bertambah berang lalu menampar Liana Kanelli bertalu-talu.

Pendakwaraya telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Ilias atas tindakannya itu namun tidak dapat dipastikan sama ada dia telah ditangkap dan didakwa.

Insiden dalam sesi debat yang berlangsung di stesen ANTENA TV  pada 7 Jun 2012 itu mendapat perhatian meluas di seluruh dunia dan dsaksikan oleh tidak kurang 600,000 orang di youtube setakat hari ini 9 Jun 2012.

Layan kejap bro! Cuma 18 saat untuk dapatkan gambaran sebenar kejadian.

Apa macam bro, ganas tak? haha! Malu beb kalau di Malaysia pun berlaku macam tu juga. Ahli politik bercakaran dan disiar secara langsung dalam media elektronik. Inilah salah satu faktor yang mendorong pelajar berbuat perkara yang sama walau tak serupa. Harap-harap ahli politik di Malaysia lebih matang.

Apabila Gadis Zaman Sekarang Naik Motorsikal !



Eh, mana plat number motorsikal ni? tak kisahlah pasal plat number motorsikal tu kan, yang menjadi persoalannya..gadis ni sedar atau tidak yang kaki dan pahanya terkeluar dari baju kurungnya?

Tak tau nak kata apa budak zaman sekarang ni, nak marah nanti kau ganggu tepi kain orang...yang ni tepi kain sendiri tak jaga ! 

The Most Beautiful Girl in Euro 2012

 Chiana Daily, Beijingshot dan Xinhua memlih gadis berusia 19 tahun ini sebagai gadis tercantik Euro 2012. Adakah anda setuju? Saksikan Gambar-gambarnya. Gadis ini tidak perlu memakai pakaian menjolok mata untuk mendapat jolokan Gadis Tercantik Euro 2012






CCTV - Perempuan Curi Handphone

Slumber Ko Je Skodeng Bawah Skirt Orang


Penyanyi K-Pop, Lee Hyori Berbogel Lagi



Penyanyi dari Korea Selatan yang sebelum ini pernah menyertai kumpulan Fin KL, Lee Hyori sekali lagi membuat kejutan dengan beraninya bergambar separuh bogel untuk satu sesi fotografi.

Sungguhpun penyanyi itu sudah mempunyai teman lelaki, ia sama sekali tidak menghalang untuk dirinya membuktikan bahawa dia masih lagi seksi dan menawan.


Malah, keberanian melakukan aksi berkenaan hanyalah untuk memberitahu bahawa dia masih belum hilang sentuhan untuk menawan hati lelaki dengan badan seksi dan menghairahkan.

Apa yang pasti, aksi panas ini dirakamkan dalam sesi fotografi sebuah majalah popular iaitu Hommes Official.

Sesi fotografi berkenaan dilaksanakan untuk Calvin Klein Jeans & Underwear.

Dalam gambar berkenaan, penyanyi yang lahir pada 10 Mei 1979 itu beraksi bersama model lelaki bernama Matthew Terry.

Walaupun ada sumber mengatakan itu adalah pertama kali Lee Hyori bergandingan bersama Matthew, namun model lelaki yang sudah masak dengan dunia fesyen ini mengakui Lee Hyori sangat profesional.

Malah, Matthew merasakan sepanjang sesi fotografi berkenaan, banyak chemistry sehingga sesi fotografi berkenaan mudah dijalankan.

Walau apapun, Lee Hyori berjaya membuktikan sekali lagi bahawa dia adalah ratu seksi!

Nafi Bercinta & Pasangan Pelakon Berpeluk Sakan Di Set Drama


Beberapa bulan lalu, kecoh juga dunia hiburan Malaysia dengan gossip yang mengatakan mereka berdua ini sedang bercinta. Cliché seorang selebriti, semua’nya di’nafikan.
Tidak mengapa berkata begitu kepada peminat yang tidak nampak apa terjadi di’belakang tabir. Tetapi, bukan kepada mereka yang bekerja dalam pasukan sama.
Mereka yang bekerja sebagai krew produksi pada mula’nya enggan ambil pusing akan perangai dua orang pelakon popular Malaysia ini kerana percaya akan penafian cinta mereka.
Namun, perilaku mereka semakin hari semakin menimbulkan ragu ragu di’hati sama ada mereka ini benar sekadar berkawan atau sedang hangat bercinta seperti di’gossipkan.
Ketika satu sessi pengambaran telemovie di selatan Selangor baru baru ini, pasangan pelakon ini di’katakan tidak segan silu berpelukan mesra sedangkan cuaca panas bukan kepalang.

Si aktress dengan romantik’nya duduk di’atas riba si aktor dan ini bukan adegan yang diperlukan pengarah telemovie. Timbul risau pula di’hati sumber kami yang berada di lokasi.
Kalau pun mereka berdua bercinta, tidak perlu aksi sebegitu di’tunjukkan di hadapan krew produksi, takut menimbulkan fitnah yang bukan bukan. Maklumlah si aktress punya rekod hubungan yang tidak elok.  Si pelakon lelaki pula masih perlukan masa untuk bina nama baik. Hmm.


Video: Izara Aishah Tampil Sebagai Wajah Baru Kempen Burger King




Ada dengar gossip mengatakan Izara Aishah tidak berdisiplin hanya kerana lewat ke lokasi? Pedulikan kerana beliau kini menjadi wajah baru jenama burger. #TidakRelevan

Beberapa hari lalu, melalui Facebook rasmi mereka Burger King Malaysia melancarkan video komersial terbaru mereka yang menampilkan Izara Aishah sebagai wajah baru.

Video berdurasi 40 saat ini di’arahkan oleh Peter Chin turut menampilkan beberapa wajah selebriti lain & yang kami kenal adalah Fiffy Natasya, pelakon baru MIG.

Tonton Izara Aisyah dalam video iklan Burger King selepas ini. Tinggalkan komen anda sama ada iklan ini mampu buatkan anda laparkan burger atau tidak. Heh.


Komputer Riba Zizan Razak Hilang Dalam Pesawat




Komputer riba milik pengacara dan pelawak, Zizan Razak dimaklumkan telah hilang di dalam pesawat tambang murah hujung minggu lalu.
Bagaimanapun, pengurus Zizan Razak telah memberitahu komputer riba itu sudah pun dijumpai selepas mendapat bantuan daripada kakitangan penerbangan berkenaan.
“Syukur Alhamdulillah, komputer itu sudah pun dijumpai. Nasib baik kami menerima bantuan ikhlas dari kakitangan yang jujur itu.
“Sebenarnya, komputer itu bukanlah milik peribadi Zizan tetapi ia adalah milik saya.
“Komputer berkenaan digunakan untuk urusan kerjaya Zizan. Apa sekalipun, saya mahu berterima kasih kepada kakitangan tersebut kerana sudi membantu untuk mencarinya.
“Terima kasih juga kepada Zizan kerana dia sanggup berlari semula ke dalam kapal terbang untuk mencari,” katanya.
Meneruskan penjelasan, pada awalnya mereka tidak sedar bahawa komputer berkenaan telah tertinggal dalam kapal terbang berkenaan.
“Selepas menyedari komputer itu tidak berada di tangan saya, Zizan terus berlari masuk semula ke dalam pesawat itu untuk mencarinya.
“Pada mulanya Zizan tidak menemuinya, namun selepas diperhatikan kakitangan penerbangan, barulah salah seorang daripada mereka bertanyakan adakah dia sedang mencari sesuatu.
“Nasib baiklah Zizan segera masuk ke dalam dan mencarinya. Jika lambat, mungkin kami tidak lagi dapat menjumpai komputer itu. Saya rasa lega kerana terlalu banyak urusan kerja ada di dalamnya,” jelasnya.
Sementara itu, Marina memberitahu bahawa dia dan Zizan baru saja pulang dari Singapura untuk sebuah persembahan makan malam sebuah syarikat terkemuka di Singapura.
Pada persembahan itu, Zizan bertindak sebagai pengacara manakala artis jemputannya adalah Taufik Batishah dan Hardi Mirza.
Minggu depan, Zizan sekali lagi akan terbang ke Singapura kerana terlibat dengan persembahan berkaitan program Maharaja Lawak bersama bintang lawak terkenal tanahair.

Pekerja Seks Di Malaysia, Satu Realiti



Percaya atau tidak, di Malaysia, dianggarkan terdapat lebih kurang 142,000 perkerja seks (mengikut analisis International Labour Oragnisation). Menurut pembacaan aku, kajian ini dibuat sekitar tahun 2008. Kini 2 tahun sudah berlalu, mungkin bilangan tersebut sudah pun bertambah. Gejala sosial yang teruk dan keruntuhan moral di kalangan anak muda remaja yang melanda masyarakat Malaysia tidak mustahil bilangan ini bertambah dan tidak mustahil suatu hari nanti perkerjaan ini bakal dihalalkan jika Islam tidak dijadikan panduan hidup dan hukum yang perlu ditegakkan di negara ini.


Sementara kebanyakkan kajian terkini mengutarakan kisah-kisah tragik para pekerja seks, terutamanya wanita dan kanak-kanak yang telah ditipu atau dipaksa kedalam kancah pelacuran, akan tetapi survey yang dijalankan oleh International Labour Organisation menunjukkan bahawa kebanyakkan pekerja yang berkerja dalam industri seks adalah bagi tujuan-tujuan yang agak paragmatik dan sedar akan bahaya pilihan yang mereka buat.

Hampir separuh daripada responden yang diwawancara bagi kajian tersebut telah menyatakan bahawa rakan-rakan adalah punca mereka terlibat kedalam kancah pelacuran yang mulanya untuk mencari wang mudah. Pekerjaan seks menjamin bayaran yang lumayan khasnya bagi gadis muda yang tidak berpedidikan, biarpun stigma dan bahaya yang terdapat dalam pekerjaan tersebut. Dalam kebanyakkan kes, pekerjaan seks mereupakan satu-satunya alternatif bagi perempuan di dalam komuniti yang berdepan dengan masalah kemiskinan, penganguran, perkhawinan yang gagal dan tanggunjawab keluarga dalam ketidakhadiran program-program kebajikan sosial.

Bagi ibu-ibu tunggal yang mempunyai anak, ia merupakan jalan yang paling mudah dan fleksibel, menjimatkan masa, dan berbayaran tinggi berbanding dengan pekerjaan kilang atau sektor perkhidmatan lain. Survey telah mendedahkan bahawa terdapat ramai pekerja seks yang ingin meninggalkan pekerjaan tersebut jika boleh, tetapi khuatir akan kehilangan sumber pendapatan yang lumayan jika bertukar kerja.

Walaupun sebegitu, survey juga menunjukkan bahawa dari pengalaman kebanyakan pekerja dalam industri tersebut, pelacuran merupakan antara pekerjaan yang paling mengasingkan. Di Malaysia, pendapatan dalam sektor seks adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan mana-mana buruh tidak mahir. Dalam sektor pembuatan misalnya, purata pendapatan setahun pada tahun 1990 adalah sekitar USD2,852.00 bagi buruh mahir dan USD1,711.00 bagi buruh tidak mahir. Secara perbandingan, seorang pekerja seks yang bekerja di rumah tumpangan termurah dengan pendapatan USD4 perpelanggan, dengan melayan 10 pelanggan sehari, dan hanya bekerja sehari dalam seminggu bagi tempoh lebih kurang 12 jam, mendapat purata pendapatan sebanyak USD2080 setahun.

Kajian oleh International Labour Organisation ini hanya dikalangan pekerja seks yang mencari pelanggan sendiri dan bukannya dari kalangan peKerja yang terlibat dalam operasi rumah pelacuran. Kajian juga menunjukkan bahawa pekerjaan seks lebih banyak dikawasan bandar dimana kos sara hidup adalah lebih tinggi.

Zizan Gembira Dapat Jumpa Juliana Evans


“Saya gembira dapat jumpa dia,” ujar pelakon serta pelawak Zizan Razak saat diajukan mengenai kepulangan pelakon Juliana Evans ke tanah air selepas lima bulan gadis kacukan itu berada di Amerika Syarikat bagi melanjutkan pelajarannya di sana.

Jue yang mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Perfileman, Video dan Media di Universiti Western Michigan tiba di tanah air, tiga minggu lepas bagi mempromosikan filem ‘Mael Lambong’ dan juga menjalani penggambaran filem ‘Dampak’.

“Sudah tentulah saya suka sangat dapat bertemu dengan dia sebab dah lama kami tak berjumpa. Lagipun dia merupakan kawan wanita saya yang paling rapat setakat ini. Ini kali kedua kami berjumpa sejak kepulangannya di mana kali pertama kami berjumpa di Terengganu. Saya tak sempat nak jumpa dia lama-lama sebab jadual saya padat sangat sekarang dengan waktu penggambaran,” ujar Zizan sejurus selesai majlis tayangan media filem ‘Mael Lambong’, malam tadi.

Menyentuh mengenai filem terbarunya itu, Zizan memberitahu, “Saya tak pernah jangka watak yang saya cipta bersama Johan dan Sabri Yunus di pentas Raja Lawak sebelum ini telah berada di layar perak. Bila filem ini dah keluar, lain macam saja semangat saya.

“Namun, saya agak sedikit terkilan kerana Johan tidak berada sekali dalam filem ini. Ini kerana waktu itu jadual dia tidak mengizinkan untuk dia berlakon bersama. Apapun, saya rasa ada baiknya Mael Lambong pergi dulu dan selepas ini baru watak Ah Chai. Kemudian, baru kita buat kedua-duanya sekali,” ujar Zizan teruja.

“Tidak dinafikan agak sukar juga untuk membawa watak Mael Lambong kerana saya tak nak lawak slaptik itu wujud. Bagi menampakkan kelainan, saya gunakan komedi gelap dalam filem ini. Saya rasa sejuk hati bila orang tonton filem ini dan mereka gelak.

“Bagi saya, ini cara saya untuk buat peminat rasa puas. Saya buat sesuatu perkara bukan sebab duit tapi saya buat untuk orang gembira. Saya harap orang akan sokong filem ini. Saya sayangkan Mael Lambong kerana ia memang sangat eksklusif buat saya.”

Bagi mereka yang ingin menyaksikan aksi menarik Zizan dan Jue dalam filem ‘Mael Lambong’, jangan lupa menonton filem terbaru arahan Ahmad Idham itu di pawagam berhampiran anda bermula hari ini (20 Jun 2012).


Limelight, Buku Biografi Faizal Hussein Dilancarkan Sabtu Ini


LIMELIGHT, buku autobiografi Faizal Hussein bakal dilancarkan di KL Alternative Bookfest pada Sabtu ini. Majlis pelancaran buku tersebut bakal berlangsung di Annexe, Central Market, Kuala Lumpur pada pukul 12 tengahari.

Faizal Hussein, nama yang tidak asing lagi bagi peminat filem tanahair. Beliau juga pewaris kepada legasi Allahyarham Seniman Hussein Abu Hassan dan Allahyarhamah Seniwati Mahyoun Ismail. Seawal usia lima tahun lagi, Faizal sudah pun beraksi di depan lensa kamera. Pengalaman beliau berada dalam industri lakonan selama 40 tahun ini dihuraikan di dalam buku yang bertajuk LIMELIGHT.





LIMELIGHT mendedahkan profesionalisme kedua ibubapanya mendidik anak-anak, yang tidak pernah dikongsi selama hayat hidup Hussein Abu Hassan dan Mahyon Ismail. Faizal juga pernah berhadapan dengan tindakan gantung tidak bertali oleh syarikat penerbit drama untuk beberapa tahun atas kedegilan dan prinsip yang dipegang. Pernah dipilih sebagai ahli jawatankuasa SENIMAN, Faizal terpaksa melepaskan tanggungjawab tersebut kerana tidak sanggup melihat politik kotor dan kepentingan tertentu yang diperjuangkan. Faizal pernah memenangi beberapa anugerah dalam beberapa festival filem tanahair.

LIMELIGHT menceritakan bagaimana pelakon itu mengekalkan tahap profesionalisme beliau sehingga sekarang untuk dikongsi dengan sesiapa yang ingin menceburi dalam karier yang sama atau mahukan gambaran awal mengenai amalan industry perfileman tanahair.

Faizal turut menceritakan bibit-bibit manis berlakon dalam enam filem terpenting di dalam hidupnya; Antara filem-filem yang membawanya melonjak naik ialah Gila-gila Remaja (1985), Kanta Serigala (1992), XX Ray (1993), Fantasia (1994), Leftenan Adnan (2000) dan Bunohan (2012).

Selain buku Faizal, turut akan dilancarkan adalah buku Memoir Bukan Memoir tulisan pelakon Pekin Ibrahim. Semua dijemput hadir ke majlis tersebut yang akan turut dihadiri Dilla Hussein, Zahiril Adzim dan ramai lagi.


Ustaz Don Akui Telah Bertunang, Bakal Berkahwin Tidak Lama Lagi

Ustaz Don. Abang Nara pasti ramai wanita yang dalam diam meminati Ustaz Don kerana kekacakan dan kepetahannya berbicara. Abang Nara pun suka Ustaz Don kerana dia membawa imej yang mudah didekati, remaja dan sempoi. Dan hari ini di dalam Berita Harian, Ustaz Don mengakui yang dia sudah pun bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.


Sebelum ini, gambar di bawah telah pun tersebar luas namun tiada sebarang pengakuan yang telah dilakukan oleh Ustaz Don. Untuk makluman, bakal isteri Ustaz Don ialah pelajar jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir.


Ustaz Puji Awi Rafael Kerana Insaf & Telah Bertaubat



Dosa penyanyi Awi Rafael, 26, yang melukis tatu pada badannya akan diampunkan oleh Allah sekiranya dia benar-benar bertaubat dan menyesali perbuatannya itu.
Pendakwah bebas, Ustaz Zahazan Mohamed berkata, tindakan Awi yang tidak malu untuk mendedahkan rasa kesalnya secara umum adalah satu perbuatan terpuji dan harus dijadikan contoh oleh semua pihak agar tidak meniru perbuatan bertatu tersebut.
“Bukan mudah untuk seseorang yang dikenali ramai seperti Awi mahu mendedahkan perbuatan bertatu itu secara umum dan Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dia cepat sedar dan bertaubat.
“Malah sanggup berkongsi kepada peminat-peminatnya agar tidak mengikuti kelakuan buruknya itu.
“Semoga Allah gugurkan segala keburukan silam dan mengangkat kebaikannya,” kata beliau kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Selasa.
Zahazan menambah, sesungguhnya Allah amat gembira dengan orang yang bertaubat dan kegembiraan itu digambarkan melebihi seorang penggembala yang kehilangan unta di padang pasir lalu menemui semula untanya itu.
Beliau yang juga penceramah jemputan program agama Al-Kuliyah di TV3 menambah, seseorang yang bertatu lalu mahu bertaubat, diharuskan untuk membuang tatu berkenaan dengan menggunakan teknologi yang sedia ada sekiranya tidak mendatangkan kemudaratan.
Bagaimanapun jika ia boleh memudaratkan pada diri dan nyawa, maka perbuatan itu boleh dimaafkan.
“Saya berharap apa yang didedahkan Awi dapat menjadi pengajaran kepada semua, termasuklah artis-artis tempatan yang lain.
“Perlu diingat, apabila kita tidak berhubung dengan Allah, maka kehidupan kita juga diibaratkan seperti sebuah kapal terbang yang tiada radar serta terumbang-ambing,” tegasnya.
Pada Jumaat lalu, Awi melakukan tindakan berani dengan membuat pengesahan melalui Facebook beberapa foto lelaki bertatu yang tersebar di Internet adalah dirinya.
Bagaimanapun penyanyi lagu Bila Aku Jatuh Cinta itu berkata, dia sudah bertaubat dan menyesali perbuatan yang dilakukan pada zaman remajanya itu.
“Alhamdulillah, sejak meninggalkan Australia pada awal tahun lalu, saya bertaubat dan benar-benar insaf atas segala perbuatan yang menyalahi hukum dan batasan agama.
“Sebab itu saya pulang ke Malaysia, supaya teman-teman Islam dapat membimbing saya dan pada masa sama dapat mencari rezeki halal,” katanya dalam entri Facebook miliknya pada 15 Jun lalu.
Awi turut menjelaskan dia membuat kenyataan itu kerana enggan digelar hipokrit, sebaliknya ingin menjadikan pengalaman tersebut sebagai satu pengajaran agar tidak dicontohi oleh peminat-peminatnya.

Piala AFC 2013: 4 pemain B-22 digugur


EMPAT pemain skuad bawah 22 tahun (B-22) negara terpaksa digugurkan daripada beraksi pada Kejohanan Pusingan Kelayakan Piala AFC 2013 di Myanmar, yang bermula 23 Julai ini ekoran masalah kecederaan yang belum pulih.
Ketua jurulatih skuad B-22 negara Ong Kim Swee berkata, mereka ialah Mohamad Zuber Mohamad Azmi, Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris, Muhammad Syazwan Tajuddin dan Mohamad Raphi Azizan Mariappen.
“Keempat-empat pemain ini tidak akan menyertai kita di Myanmar, namun diletakkan dalam senarai simpanan sekiranya berlaku kecederaan kepada mana-mana 23 pemain yang bakal saya bawa ke sana nanti,” katanya kepada pemberita selepas
sesi latihan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam.
Beliau berkata setiap pasukan yang bersaing dalam pusingan kelayakan itu mungkin berdepan kesukaran mempamerkan aksi memberangsangkan memandangkan mereka akan beraksi pada sebelah petang dalam keadaan cuaca panas, kecuali tuan rumah yang beraksi sebelah malam.
“Jadi, saya akan membuat pertukaran pemain dalam setiap perlawanan yang ditempuhi oleh kita bagi mengelakkan mereka keletihan dalam mengharungi beberapa perlawanan di sana nanti.
“Namun, apa yang lebih penting kepada saya ialah setiap pemain mampu mengekalkan prestasi masing-masing dalam kejohanan itu,” katanya.
Mengulas peluang skuad negara untuk mara ke pusingan akhir kejohanan tahun depan, Kim Swee berkata beliau optimis pasukan itu mampu pergi jauh disebabkan persaingan yang sengit di peringkat kumpulan.
Skuad negara dijangka bertolak ke Myanmar Khamis ini sebelum membuka kempen kejohanan dengan menentang Korea Selatan pada Sabtu.
Malaysia diundi dalam Kumpulan G bersama Korea Selatan, Vietnam, Taiwan, Filipina dan Myanmar selaku tuan rumah untuk pusingan kelayakan itu dan dua pasukan teratas daripada setiap enam kumpulan yang bertanding, akan mara ke
pusingan akhir kejohanan tahun depan.
Venue pusingan akhir belum ditentukan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Senarai pemain ke Myanmar:
Mohd Farhan Abu Bakar, Mohd Izham Tarmizi Roslan, Mohd Nazmi Faiz Mansor, D. Saarvindran, Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohd Irfan Fazail (kapten), Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, A. Thamil Arasu, Shahrul Mohd Saad, Gary Steven Robbat, Nazirul Naim Che Hashim, Mohammad Amer Saidin, Mohamad Fandi Othman, Syahrul Azwari Ibrahim, Ahmad Hazwan Bakri, Mohd Azzizan Nordin, Muhamad Ilham Amirullah Razali, Ashri Chuchu, Mohd Rozaimi Abdul Rahman, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Mohd Aminuddin Mohd Noor, Muhammad Ariff Farhan Mohd Isa, Wan Zack Haikal Wan Mohd Noor. – Bernama


Suami Zarina dituduh rasuah produksi untuk potong adegan berahi dalam filem


PETALING JAYA: Pelakon baru Zarina Jamalullail, 23, menafikan dakwaan suaminya telah membayar sejumlah wang dengan jumlah yang besar bagi memotong beberapa adegan romantik yang dilakonkannya bersama Pekin Ibrahim dalam filem Aku, Kau dan Dia.

Bagaimanapun, Zarina yang merupakan finalis Dewi Remaja 2010/11 mengakui hanya meminta pihak produksi iaitu Tayangan Unggul untuk memotong sedikit adegan romantik berlebihan, bagi menjaga imejnya yang baru bertudung sejak bergelar isteri pada Disember tahun lalu.

"Diakui memang saya ada minta pihak penerbit untuk memotong sedikit adegan yang saya rasa tidak manis ditonton umum, kerana saya sudah bersuami dan bertudung. Ia telah mendapat persetujuan semua termasuklah pengarahnya, Pierre Andre.

"Tetapi tidaklah sampai suami perlu membayar ratusan ribu ringgit kepada penerbit semata-mata untuk pemotongan adegan tersebut, ia tak masuk akal. Saya kesal dengan hal ini kerana suami tidak ada kaitan langsung.

"Harap-harap kenyataan ini jelas dan difahami semua pihak. Saya tak mahu kerana gosip sebegini, kerjaya suami pula yang terganggu, katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Selasa.


Tambah Zarina, ia tidak sepatutnya dijadikan isu kerana dia hanya ingin menjaga imejnya apatah lagi selepas berhijrah.

Minggu lalu, beberapa akhbar dan portal hiburan melaporkan terdapat khabar angin yang mengatakan suami Zarina yang dikatakan seorang VVIP sanggup membayar ratusan ribu ringgit kepada pihak produksi agar memotong beberapa adegan romantik membabitkan pelakon wanita itu dengan Pekin.

Pemotongan babak tersebut dikatakan telah menjejaskan perjalanan cerita filem itu yang turut dibarisi pelakon Remy Ishak, Nash, Harun Salim Bachik dan Marissa Yasmin.

"Kalaulah saya tahu akan berkahwin dan berhijrah dalam tempoh masa terdekat, sudah semestinya saya tidak akan mengambil tawaran berkenaan.

"Tetapi pada ketika itu, saya menganggap filem ini sebagai platform untuk meneruskan kerjaya di bidang seni selepas menyertai Dewi Remaja," ujarnya yang kini sedang mengandung enam bulan.

Sementara itu, Zarina telah membuat keputusan untuk tidak berkecimpung dalam dunia lakonan bagi memberi fokus sepenuhnya terhadap keluarga.

"Buat masa ini saya tak mahu berlakon lagi dan ingin mencuba sebagai pengacara agar lebih mudah dalam hal pengurusan masa.

"Bagaimanapun saya tak nak cakap besar, mana tahu, jika ada tawaran yang bersesuaian pada masa akan datang, saya akan pertimbangkan," tuturnya.


(Gambar) Super seksi Jue Aziz dipeluk Ako Mustapha


Jue Aziz memang terkenal dengan keseksiannya tubuhnya bila berposing depan kamera. Gossip-gossip panas terhadap dirinya juga tidak kurang hebat.

Yang terbaru, Murai cuba merungkaikan siapa teman lelaki Jue Aziz ketika mereka sama-sama ke Bali untuk bercuti. Percutian itu pula digambarkan seperti pasangan suami isteri.

Haish..itu sudah lebih tu, nampak sangat kemesraan melampau tuh! Juga kecoh teman lelaki beliau yang dipercayai dari Kelantan itu mempunyai tatu di kaki. Entah la, gambar diorang tak letak pun, betul ke tatu, ke panau, kurap ke..

Tapi, bila melihatkan gambar-gambar panas Jue Aziz ni, kita pun tak berapa nak hairan sangat dengan kehidupan sebenar beliau, cuba lihat foto di bawah, bagaimana Jue bisa dipeluk oleh Ako Mustapha (bekas pakwe jugak ni).

Jue Aziz hanya mengenakan baju bertali yang cuttingnya betul-betul menutup payudaranya sahaja. Baju biru yang lagi satu pulak mempunyai low cut jugak...





Kejam Kejam Kejam !!

          Pernah tak dengar nama Junko Furuta ?? yakin ramai yang tak pernah dengar name nie kan ?? Bagi kite yang tinggal kat Malaysia nama nie memang tak popular.. Lain pulak di Jepun.. Nama nie pernah menggemparkan Jepun suatu ketika dulu.. Kenapa pulak ?? Junko Furuta ialah mangsa pembunuhan kejam pada tahun 1989.. Die diseksa selama 44 hari bermula pada 22 November 1988 hingga 04 Januari 1989. Kisah tragis die telah dibuat dokumentari dan mendapat perhatian ramai pihak yang bersimpati dengan nasib die... Jom ikuti catatan penyeksaan yang diterima Junko Furata nie...


HARI PERTAMA : 22 November 1988
·         Die diculik berhampiran kawasan tempat tinggalnye..
·         Dikurung didalam rumah dan dipaksa mengaku mempunyai teman lelaki
·         Dirogol secara bergilir-gilir lebih 400 kali..
·         Dipaksa menipu mak bapak die cakap die larikan diri dari rumah
·         Berlapar kerana tak diberi makan
·         Dipaksa makan lipas dan minum air kencing
·         Dipaksa beronani
·         Dipaksa berbogel di hadapan empat lelaki
·         Badan dicucuh puntung rokok



HARI KE-11 : 02 Disember 1988
·         Badan dipukul dengan teruk berulang-ulang kali
·         Tangan diikat pada bumbung dan badannye dijadikan ‘punching bag’
·         Muka dihadapkan ke arah lantai tanah
·         Hidungnye yang penuh darah menyebabkan die terpaksa bernafas melalui mulut
·         Dumbells ( besi orang angkat berat ) dijatuhkan ke atas perutnye
·         Muntah bila cuba minum air kerana senak akibat dihentak dumbells
·         Ketika cuba melarikan diri, die ditangkap dan dicucuh puntung rokok pada ketiaknye
·         Minyak dituang ke atas kakinye dan dihidupkan api sebelum dipadam semula ( beberapa kali )
·         Botol dimasukkan ke dalam lubang duburnye menyebabkan kecederaan teruk



HARI KE-20 : 11 Disember 1989
·         Tidak mampu berjalan kerana kaki cedera akibat dibakar
·         Dihentak dengan buluh
·         Bunga api diletakkan ke dalam lubang duburnye dan dihidupkan api
·         Tangannye cedera dan kukunye remuk akibat dihentak pemberat
·         Dipukul sekali lagi dengan batang golf
·         Rokok dimasukkan ke dalam faraj
·         Dipukul denagn rod besi berulang kali
·         Sewaktu salji turun, die dipaksa duduk dan tidur di balkoni
·         Rod pemanggang ayam disula menyebabkan pendarahan teruk


HARI KE-30 : 21 Disember 1989
·         Hot wax dilemparkan pada mukanye
·         Kelopak mata dibakar dengan lighter
·         Ditikam dengan jarum pada bahagian dada
·         Puting belah kiri dipotong dengan playar
·         Mentol yang panas dimasukkan ke dalam faraj
·         Pendarahan teruk di faraj akibat ditusuk gunting
·         Tak boleh kencing akibat pendarahan teruk
·         Ambil masa sejam untuk turun tangga ke bilik air akibat kecederaan teruk


HARI KE-40 : 31 Disember 1989
·         Merayu perogo-perogolnye supaya membunuhnye dan selesaikan apa yang patut


HARI KE-41 : 01 Januari 1989
·         Junko sambut tahun baru dengan badan yang lumpuh






HARI KE-44 : 04 Januari 1989
·         Empt perogol bertindak memukulnye dengan pemberat kerana kalah main mahjung
·         Akibatnye darah keluar mencurah-curah dari hidung dan mulutnye
·         Perogol mencucuh api lilin ka arah muka dan matanye..
·         Minyak dicurah pada kaki, ketiak dan perut kemudian dihidupkan api
·         Penyeksaan berlaku selama dua jam


HARI KE-45 : 05 Januari 1989
·         Die menghembuskan nafas terakhir seorang diri....







Kilang Organ Manusia

 Korang tau tak kat dunia nie ade sebuah kilang yang memproses organ manusia ?? Memang ade.. Kat Russia terdapat sebuah kilang yang beroperasi melakukan kerja-kerja mengutip orang badan manusia seperti buah pinggang, kornea mata dan organ-organ lain untuk dijual.. Dari maklumat yang Mr R terima, organ badan nie diambil dari mayat pemandu yang maut kemalangan, mayat tak dituntut, mayat penjenayah dan mayat yang mati dalam keadaan misteri.. Nak tengok macam mana pekerja kilang nie buat kerja ?? Jom tengok gambar-gambar kat bawah nie...







Budak Yang Sangat Nakal









Pelakon Razak Ahmad Dijatuhkan Hukuman Khalwat



Twitter rasmi @501Awani melaporkan pelakon Razak Ahmad telah dijatuhkan hukuman denda RM2900 atau setahun penjara kerana didapati bersalah berkhalwat dengan seorang ahli perniagaan, lewat petang tadi.

Pelakon ini telah didakwa berkhalwat dengan Selamah Sahudin, 45 tahun pada pukul 2.15 pagi bertarikh 1 April 2006 di sebuah rumah berlokasi di Apartmen Blok A, Taman Serdang Perdana. Pendakwaan terhadapnya dibuat empat bulan selepas itu iaitu pada 27 Julai 2006.

Semasa dicekup oleh pasukan penguatkuasa JAIS dan anggota polis, wanita berstatus isteri orang ini membuka pintu rumah dengan berpakaian lengkap manakala Razak pula didapati sedang tidur dengan lengkap berseluar jeans, namun tidak memakai baju.

Sebelum itu, pintu dan jeriji rumah yang berkunci terpaksa diketuk oleh pasukan penguatkuasa selama beberapa minit sehingga dibuka oleh Selamah.

Nantikan laporan penuh selepas ini.
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”