Thursday, 11 October 2012

Elfira Loy Dicemburui Peminat Randy Pangalila, Kekal Dengan Imej Kening Tebal


Sudah lumrah bila selebriti kacak mempunyai peminat, dan bukan perkara luar biasa bila ada di antara peminat-peminat ini yang merupakan peminat fanatik. Fanatik sehinggakan selebriti yang berlakon sebagai kekasih selebriti kacak tadi menjadi sasaran untuk dicemburui.

Begitulah yang terjadi pada Elfira Loy yang mengakui dirinya dicemburui peminat-peminat Randy, terutamanya yang masih muda, kepada Mangga Online.

    Mereka macam jeles kerana sangat meminati Randy. Dalam komen-komen di laman sosial ada yang mengatakan tidak menyukai saya kerana mereka anggap Randy tu kekasih mereka. Saya faham situasi itu kerana mereka meminati Randy.


    Saya tak kisah sebab bagi saya itu tandanya mereka sebenarnya menerima lakonan saya sehingga berasakan lakonan kami sebagai realiti.

    Saya akui… saya sendiri meminati Randy dan tak missed menonton drama Cinta Kirana lakonnnya dulu. Tapi saya jatuh cinta pada wataknya bukan kepada Randy Pangalila.

Rasanya ramai yang setuju Randy dan Elfira mempunyai kimia tersendiri yang menyebabkan gandingan mereka seronok dan natural untuk ditonton.

Bagaimanapun, hasil tinjauan kami, tidak kurang juga peminat-peminat Indonesia yang mengagumi kecantikan Elfira yang dikatakan ada iras pelakon remaja Indonesia, Yasmine Wildblood.

    nurulabma Ga cantik? Gila kaleeee. Sekali pandang gw liat dia kaya Yasmine Wildblood tauuu

Satu lagi perkara menarik tentang Elfira yang dia tidak kisah dikenali dengan imej kening tebal.

    Saya tak naklah cukur kening sehingga halus macam orang lain. Ya.. saya ada juga trim sikit kat hujung-hujung tapi masih kekalkan ketebalannya. Tak kisahlah…

    Sebenarnya peminat saya pun tak suka kalau saya nipiskan kening. Dulu pernah sebuah majalah touch up gambar saya sehingga nampak saya berkening halus, memang berubah muka saya dalam majalah itu. Ada peminat yang tak suka dan tanya balik.. di mana Elfira yang berkening tebal tu?

    Daripada situ saya tahu, ada juga yang menyukai saya dengan kening tebal ini. Sebab itu saya tak kisah sangat. Lagipun ia memberi kelainan saya berbanding orang lain.

Macam itulah karakter orang yang yakin dengan diri sendiri dan patutlah dipuji. Elfira juga dikatakan tidak ada masa memikirkan tentang teman lelaki dan kini menuntut dalam jurusan komunikasi dan seni di sebuah kolej.

Sanggup Kah Anda?


[12 GAMBAR] KIA OPTIMA EDISI BATMAN

Pihak DC dan majalah RIDES menghasilkan sebuah Kia Optima edisi Batman hari ini.  Kia Batman ini sebenarnya sebuah Kia Optima SX yang diberikan sentuhan kustomasi khas. KIA Batmobile ini akan dilelong kepada orang ramai dan hasil lelongan akan diserahkan kepada badan amal We Can Be Heroes. Jika anda di New York kenderaan ini boleh dilihat di New York Comic Con sehingga hujung minggu ini.  





Wanita jangan tiru aksi ini

Bermacam cara digunakan untuk meniru contoh seperti gambar diatas...

Suit Iron Man

Suit motosikal terbaru yang diilhamkan dari filem komik 'Orang Besi', meletakkan anda dalam perisai Iron Man Tony Stark 2 penuh bergaya....boleh menjadi milik anda dengan harga - lengkap dengan reaktor arka dada bercahaya - hanya US$1100 (RM 3,400). Malangnya, ia tidak datang dengan beg canggih macam dalam filem.




Karya Anime Di Sebalik Bayang

Seorang jurugambar dan pereka, David Reeves, telah mencipta rekaan tabir dengan menggunakan hiasan  yang dipotong sepenuhnya daripada kertas.Dia meletakkannya pada jarak yang pelbagai dari lensa kamera untuk mewujudkan gambar yang cantik dan unik.












Sut keselamatan Moden

Kini pekerja2 tempat tinggi khususnya tak yah takut kalau terjatuh, dengan adanya Omni-Guard, apala sangat jatuh dari tempat tinggi. Silap2 buat selalu plak. Hasil rekaan Seah Tat Leong, Wang Qi, Wang Yanan, Guo Xiaolin, Huang Yang dan Huang Jianbo, rekaan ni diharap memberikan keselamatan mutlak pada mereka yang berisiko 'tinggi'...agaknya tempat orang keselamatan ni ambik mudah tu buat sut ni....tapi bagus gak cuma mahalla kot, tak mampula semua staf pakai.





Tarian ada ganjaran Coca-Cola

Satu kempen iklan Coca-Cola interaktif di Korea, sebuah mesin minuman diperkenalkan tetapi lain dari biasa. Hasil gabungan dari game arkid Dance Dance Revolution (DDR), peserta yang lalu lalang hanya perlu menari secara solo ataupun tag team...jika berjaya ada ganjaran. Menarik...





Coca cola matelic


Seorang pereka dari New york,  Ryan Harc telah mereka satu konsep rekaan minimalistic untuk Coca Cola yang lebih eco-friendly dan 100% boleh kitar semula. Menarik

‘Colorless’, nama rekaanya di reka secara ukiran logo timbul dari kebiasaan Coca Cola yang bertandatangan merah putih. Dengan membuang warna secara tak langsung mengurangkan penggunaan tenaga semasa proses kitar semula.

Kan bagus semua tin macam ni..cool pe. Anda rasa?




Cara Mudah Kering Kasut basah


Teringat zaman sekolah dulu...aku dari keluarga yang sederhana, kasut sekolah ada sepasang je. Kasut kalau basah siang tu cepat2 keringkan...orang lain guna pengering rambut  tapi aku 'diang' kat api dapur.  

Kini zaman berlalu bila kenang balik bertapa syukurnya orang zaman sekarang...kasut basah takpa ada 'spare'. Tambahan bila ada plak benda alah ni...kasuh basah bukan satu masalah. 
Perekanya Alexey Chugunnikov, berasakan bukan kasutnya perlukan pengering tapi talinya direkabentuk dari bahan asas yang mengalirkan elektrik seterusnya memanaskan yang mengeluarkan haba. Namun bahan fleksibel lagi anjal dan tahan lasak ni direka seimpak mekanikal agar tidak mudah menyala...dalam erti kata lain selamat de!.

Kelihatan hampir tidak berbeza dari tali kasut biasa namun satu ciri membezanya iaitu warna dihujung logam tali yang berfungsi penanda bagi menentukan pin yang mana perlu disambungkan kepada soket elektrik...ala macam bateri kereta ada merah ada hitam tapi ni merah biru.

Dipanaskan pada suhu udara berkisar antara 40 dan 60 ° C...dimana udara panas masuk kedalam kasut melalui bahagian atas kasut dan keluar melalui jurang udara. Kelebihan besar alat ni adalah ia sentiasa dengan kasut yang mungkin perlu pengeringan dan oleh itu mereka adalah sangat mudah alih...cuma kena cari plug je.

* Masuk hutan ke atau memana, tak guna gak...tapi generatorkan ada. Kalau basah sebab berpeluh camne?...




Asprid GT-21

Aspid GT-21 Invictus...kereta sport dari Sepanyol ni punyai ciri2 idaman yang cukup menarik. Dari hasil teknologi BMW dengan 450hp 4.4 liter V8 enjin, kuasa pecutan dari 0-100km dalam masa kurang daripada tiga saat. Didatangkan dengan klac tujuh kelajuan dwi...ternyata kereta yang cool. Hanya mampu melihat je.






Plaster luka baru DiPerkenalkan

AmoebaBAND rekaan terkini pembalut luka...nampak menarik...takda dah kesan terbuka tepinya. Yang uniknya didatangkan mengikut warna kulit...ok gak.





USB kertas

Kini ada macam2 bentuk usb di pasaran...terkini hasil rekaan Art Lebedev, telah membayangkan usb masa depan. 'Fleshkus' satu konsep reka bentuk kayuyang di percayai boleh didapati secara meluas kelak dan lebih mudah untuk menghasilkanya. Ianya di datangkan dalam 4GB, 8GB atau 16GB. 






Perodua Lancar Sedan 2013


Desas-desus, Perodua bakal menghasilkan model sedan pertamanya dan kini dalam proses persetujuan untuk menginspirasikan model dari kereta konsep ciptaan Perodua..

Kereta konsep yang disebut-sebut itu, pernah ditayangkan ketika berlangsungnya Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2010 di PWTC tahun lalu, tidak lain dan tidak bukan, Perodua Bezza!

Dalam persetujuan dan perubahan pada Dasar Automotif Negara (NAP), berkemungkinan Perodua akan dibenarkan menghasilkan kenderaan dengan enjin berkuasa 1.6L sehingga 1.8L. Sehingga kini, Perodua hanya mempunyai kebenaran menghasilkan kenderaan dengan enjin tidak lebih dari 1.5L.






Jika kenyataan ini benar, tidak mustahil kita akan dapat lihat model Perodua Sedan baru akan dilancarkan seawal permulaan tahun 2013 dari Perodua dan bakal bersaing dengan Kenderaan Keluaran Proton
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”