Wednesday, 5 March 2014

Hanez Suraya Tuntut Isteri R Mohon Maaf Secara Terbuka

Kontroversi yang melanda Hanez Suraya sebelum ini yang mengatakan dia mempunyai hubungan dengan suami orang akhirnya terjawab sudah apabila sidang media diadakan pada hari ini.

Daripada susulan kes tersebut Hanez Suraya menuntut permohonan maaf daripada isteri kepada Mr R atau kini lebih dikenali sebagai Romin Razin Adilha kerana memfitnah dan telah menyebabkan artis dan duta kepada Aura White ini menanggung malu.



“Saya mahu dia memohon maaf secara terbuka dengan semua tohmahan yang telah dia aibkan, Kalau boleh permohonan secara terbuka seperti sidang media yang telah saya lakukan hari ini”

Hanez Suraya juga telah memberitahu bahawa kariernya juga turut terkena tempias dengan apa yang telah terjadi selama beberapa minggu ini dan berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera.

“Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera, dan saya tidak mahu lagi keadaan menjadi keruh dan saya juga tidak memberikan tempoh masa untuk pihak (Liyana) di sana untuk meminta maaf. Tetapi saya mahu nama saya dibersihkan kerana satu Malaysia kini mengenali saya dengan kontroversi ini,” katanya.

Buat pengetahuan anda semua R atau nama sebenarnya Romie Razin Adilha, 34 masih lagi berstatus suami kepada Nurliyana dan mempunyai 2 orang anak hasil daripada perkahwinan mereka dan kes penceraian mereka masih dalam proses perbicaraan di mahkamah.

Sharnaaz beri amaran Lana Nordin jangan campur tangan isu gaduh Lisdawati


Sharnaaz beri amaran Lana Nordin jangan campur tangan - Nampaknya, isu perbalahan Sharnaaz dan Lisdawati semakin meruncing apabila aktor itu turut memberi amaran kepada Lana Nordin agar tidak campur tangan dengan masalah mereka.

Teguran itu dibuat kerana Lana Nordin yang pernah menjalin hubungan cinta dengan Johan As’ari didakwa cuba mencampuri urusannya dengan Lisdawati.

Menurut Sharnaaz, perkara itu tidak mustahil berlaku memandangkan Lana dan Lisdawati kini berkawan baik, malah mereka bersama-sama berlepas ke Makkah untuk menunaikan umrah, Jumaat lalu.

Ketika diminta memberi penjelasan sejauh mana kebenaran dakwaan itu, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin menegaskan, perkara itu tidak pernah berlaku. Katanya, Sharnaaz patut menunjukkan bukti dia mencampuri kemelut yang berlaku sebelum membuat sebarang tuduhan.

“Hendak kata saya menghubungi dia untuk bertanya atau menyerangnya kerana bertindak demikian terhadap Lisdawati, tidak pula kerana saya tidak menyimpan nombor telefonnya."

“Mustahil saya mahu mencampuri urusan mereka. Secara logiknya, kenapa saya perlu bertindak demikian dan apa yang saya dapat."

“Tak perlu pening kepala memikirkan masalah orang lain kerana saya mahu menunaikan umrah. Banyak persiapan perlu buat.”


Tambah Lana, meskipun bersahabat baik dengan Lisdawati, dia tidak pernah campur tangan dan andai benar dia memberi kenyataan atau bercerita di belakang Shaarnaz, tunjukkan buktinya. 

“Kalau benar saya campur tangan, tunjukkan buktinya. Ada tak mana-mana artikel menyiarkan kenyataan saya mengulas persengketaan yang berlaku antara Sharnaaz, Lisdawati dan Fauzi."

“Kalau kata di akhbar tidak ada, boleh teliti dalam laman sosial Instagram dan Twitter saya. Ada tak saya beri komen membabitkan persengketaan mereka. Kalau jumpa, sila tunjukkan kepada saya.”

Keluh Lana, apabila namanya turut dikaitkan dengan permasalahan itu, pasti ia menimbulkan rasa kurang senang dan salah tanggapan bahawa dia suka mencampuri urusan orang lain, walhal apa yang berlaku di antara Sharnaaz dan Lisdawati tiada kaitan dengan dirinya.

“Perkara ini bagi saya remeh dan tak perlu campur tangan kerana ia akan buat masalah kian berpanjangan. Beginilah, cari bukti dan teliti dulu sebelum petik nama saya."

"Adalah sangat tidak bagus jika nama orang yang tiada kaitan diseret sama kerana ia memberi gambaran negatif kepada individu berkenaan di kemudian hari.”

Jika sakit saya tarik diri: Chong Wei

Jika sakit saya tarik diri: Chong Wei

Kuala Lumpur: Datuk Lee Chong Wei enggan memaksa dirinya dan membayangkan kemungkinan tidak bertanding jika kecederaan buku lali kirinya bertambah serius apabila beraksi dalam saingan Seluruh England di Birmingham yang membuka tirainya, semalam.

Pemain badminton nombor satu dunia itu menyatakan dia tidak mahu mengambil sebarang risiko memandangkan ada empat kejohanan besar menantinya pada tahun ini.

Saingan itu adalah Piala Thomas di New Delhi, India bermula 18 Mei ini, selain Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland (21 Julai hingga 4 Ogos), Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark (25 hingga 31 Ogos) dan Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan (28 September hingga 5 Oktober).
Memandangkan sudah tiba di sini (Birmingham), saya tetap akan beraksi dan setakat ini proses pemulihan kecederaan ini berjalan lancar" Lee Chong Wei Pemain No 1 dunia

Proses pulih
“Saya tidak boleh paksa, jika berasa sakit saya akan menarik diri.
“Memandangkan sudah tiba di sini (Birmingham), saya tetap akan beraksi dan setakat ini proses pemulihan kecederaan ini berjalan lancar,” kata Chong Wei yang akan bertemu pemain Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk di pusingan pertama, hari ini.

Sehari sebelum berlepas ke Birmingham, pada Sabtu lalu, pemain berusia 32 tahun itu mengakui belum dapat memastikan sama ada akan beraksi atau sebaliknya di Seluruh England selepas kecederaan buku lali kiri yang dialami ketika saingan Piala Thomas di Wuhan, China dua tahun lalu, kembali menghantuinya.
Namun, Pengarah Kejohanan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Dr Koay Ban Hing mengesahkan Chong Wei tetap akan berlepas ke Birmingham kerana kecederaannya tidak di tahap membimbangkan.

Sumber: Berita Harian online 5.3.14

Strategi Pemasaran Permotoran 20...

Internet Expose video


link Video

Lelaki Ditahan Kerana Rakam Isteri Jiran Mandi



Seorang penjual insurans ditahan polis selepas bertindak merakam video isteri jirannya yang sedang mandi di sebuah kondominium di Bandar Tasik Permaisuri.

Difahamkan, suspek berusia 31 tahun dan telah berkahwin itu dikatakan menaruh minat terhadap isteri jirannya yang berusia 20 tahun.

Ekoran itu, mangsa telah bertindak di luar batasan apabila sanggup mengintai dari celahan tingkap kecil di bilik air rumah mangsa dan merekod video wanita itu sedang mandi, kelmarin.

Perbuatan mangsa itu bagaimanapun terbongkar apabila wanita itu ternampak telefon bimbit suspek dan dia terus menjerit lalu menghubungi suaminya yang ketika itu berada di luar.

Suami mangsa yang dikenali sebagai Affendi, 33, memberitahu, dia terus ke pejabat pengurusan kondominium itu dan meminta mereka menunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di koridor berdekatan rumahnya.

“Dakwaan isteri saya yang dia melihat satu tangan memegang telefon bimbit ketika dia sedang mandi ternyata benar apabila saya sendiri menyaksikan rakaman CCTV yang menunjukkan jiran saya itu keluar dari kawasan belakang rumah," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Gambar kekasih amir raja lawak


Amir Raja Lawak sebelum ini membuat kenyataan beliau sedang memilih antara 2 gadis yang dikatakan jatuh hati dengan Amir Raja Lawak.

Amir yang popular dengan tag line " Im Sorry" kini telah memuat naik gambar kekasihnya di laman sosial miliknya.

Jadi wanita inilah yang menjadi pilihannya. Memang comel juga kekasih Amir Raja Lawak ni. Bertudung, bagus pilihan Amir. Amir berkata sambil berguran dia jeles tengok orang lain bercinta, sebab tu dia akhirnya nak juga merasa cinta. Cewah.

Amir dikatakan menemani kekasihnya makan di Curve Damansara. Semoga pasangan ini bahagia hendaknya. Tak sabar tunggu Amir kahwin. Hehe.

Adakah Benar ASB Harta Dibekukan Selepas Mati

Pelaburan ASB Langkah Bodoh Kerana Harta Dibekukan Selepas Mati | Masih ramai pelabur ASB yang tak tahu perkara yang saya tulis di bawah. Jadi saya berpendapat elok jika dapat saya kongsikan bersama masyarakat bumiputera kita.Ok, ramai di antara kita mempunyai pelaburan saham ASB, tak kiralah sama ada secara pelaburan terus mahupun secara pinjaman atau lebih popular ASB Loan. Walau macam mana sekalipun method pelaburan ASB yang anda lakukan, ada satu perkara yang anda perlu ketahui iaitu...




PENAMAAN WARIS ASB


Kita duk sibuk melabur setiap bulan masuk duit dalam ASB. Tapi sedarkah kita tentang realiti kehidupannya bahawa kita bukanlah hidup untuk selamanya-lamanya. 

Jika anda berasa anda masih muda dan lambat lagi untuk mati, anda sebenarnya silap. Kerana mati itu pasti dan mati itu tiada rukun dan syarat.Oleh itu, kita perlu fikirkan apa akan jadi pada harta-harta pelaburan kita selepas meninggal dunia. 

Mati tidak disyaratkan tua
Mati tidak disyarakatkan sakit


Persoalan utama saya di sini untuk anda yang melabur ASB, adakah wang simpanan dan pelaburan ASB sampai kepada waris kita terutama keluarga terdekat kita seperti pasangan, anak-anak dan ibu bapa kita selepas kita meninggal dunia ? Keluarga kita yang masih hidup masih memerlukan sumber kewangan untuk meneruskan hidup mereka.

Saudara dan saudari sekalian,

Jangan terkejut kalau saya katakan bahawa simpanan dan pelaburan anda di ASB akan dibekukan selepas kematian anda. Ya ! Segala simpanan dan pelaburan anda di ASB dibekukan sejurus anda meninggal dunia (Akta Probate 1959).


Untuk makluman anda juga, tiada penamaan pada simpanan dan pelaburan anda di ASB kecuali jika anda telah melaksanakan pengisytiharan amanah (produk baru ASB). Dan saya percaya rata-rata pelabur ASB tidak membuat pengisytiharan amanah kerana sebab berikut:

1) Caj pengurusan yang dikenakan ASNB untuk pengisytiharan amanah

2) Pelabur sendiri tak pernah tahu & tak mahu ambil tahu hal ini

3) Pelabur rasa belum nak mati lagi untuk penamaan & tak pernah rancang masa akan datang

Lihat screenshot laman web ASB atau klik [SINI] kalau masih tak percaya selagi tak baca. Saya petik ambil part yang penting sahaja, nak penuh boleh teruskan di laman ASB.





Bagi saya, tiada guna kalau ketika hidup kita bersusah payah, ikat perut untuk menyimpan duit kalau akhirnya lepas meninggal kesemua duit tersebut DIBEKUKAN macam tu aja. Nak jadi pelabur, jadilah pelabur yang cerdik. Untuk apa anda sumbangkan simpanan anda ke dalam kumpulan wang tak dituntut ? Sedangkan ahli keluarga yang masih hidup terpaksa catu makan minum selepas anda meninggal dunia kerana kedaifan anda mengurus simpanan dan pelaburan anda ketika hidup. Nak letak penama pun berkira-kiranya, akhirnya duit tu tak kemana.





Bila saja berlaku kematian pada pemilik akaun ASB, dengan serta merta pelaburan ASB akan dibekukan, duit dalam ASB bukan terus dapat pada anak, pada pasangan mahupun ibu bapa yang masih hidup.


Tak kira la dalam ASB tu ada RM 100,000 mahupun RM 10 sekali pun.


Beku tetap beku. That's the rule.


Bila duit dah beku, keluarga atau waris yang menuntut perlu dapatkan Surat Tadbir Pusaka bagi membolehkan pengeluaran duit ASB si mati dilakukan. Jika selama ini berpendapat bahawa keluarga anda terima semua simpanan anda setelah anda dapat title 'arwah', anda SILAP BESAR.


Sebaliknya keluarga anda menderita. Kenapa ? Duit anda dah dibekukan satu perkara. Bagi yang buat pelaburan secara ASB loan lagi la naye. Mana tak nayenya, anda ingat bank hapuskan hutang loan ASB macam tu aje ke kalau meninggal dunia ? Siapa nak tanggung hutang tu ? Siapa lagi kalau bukan waris anda. Sebab tu ada bank yang bijak, dia kenakan caj insurans secara monthly basis ke dalam pembiayaan ASB loan anda supaya bila anda meninggal dunia, hutang tu dapat ditebus melalui insurans. Bank adalah organisasi yang tak akan buat bisnes yang tak memberi keuntungan pada mereka, ingat tu !

Apabila harta simpanan dah dibekukan, waris anda perlu dapatkan Surat Tadbir Pusaka, kena kumpul waris-waris yang masih hidup yang lain untuk pengagihan baki pelaburan. Kebiasaannya proses ini memakan masa berbulan lamanya, malah ada yang makan masa bertahun-tahun masih tak selesai tuntutan harta si mati bergantung kepada kes. Dan kat sini, pengurus surat tadbir pusaka akan caj % untuk uruskan harta yang nak diagihkan. Kan da rugi kat sini, kalau 4% daripada RM 100,000 dah berjumlah RM 4,000 (boleh buat upah haji 2x).

Andai kata ada pertelingkahan dalam urusan agihan, maka makin panjang masa akan diambil untuk duit pelaburan yang telah dibekukan sampai kepada keluarga kita terutama sekali anak, pasangan dan ibu bapa. Maka tak hairan la kenapa sehingga kini masih terdapat RM 40 bilion harta umat Islam yang telah meninggal dunia dibekukan.




Kenapa boleh timbul pertelingkahan ? 

Kerana pembahagian adalah berdasarkan faraid. Termasuk pelaburan ASB si mati.

Jika anda sebagai isteri yang baru kematian suami, dengan andaian jumlah pelaburan arwah suami RM 100,000, anda hanya layak terima 1 bahagian sahaja (rujuk kalkulator faraid & tertakluk kepada bilangan ahli keluarga waris yang masih hidup yang layak menerima harta faraid).



Setelah ditolak agihan mengikut faraid, si balu mungkin menerima beberapa ribu ringgit dari jumlah RM 100,000. Jadi jika ada menyimpan dengan jumlah besar dalam ASB, tercapaikah hasrat anda untuk anda agihkan duit tersebut terus ke anak, pasangan atau ibu bapa anda dengan jumlah yang anda sendiri tentukan untuk mereka ?


Saya tidak mempertikaikan pembahagian harta secara faraid, jauh sekali untuk menolak hukum faraid. Tetapi di sini saya ingin memberi tahu kepada semua pelabur ASB bahawa terdapat alternatif agihan simpanan ASB selepas meninggal dunia iaitu melalui perisytiharan amanah dan konsep hibah (hadiah).





Jadi, anda sebagai pelabur ASB boleh terus menamakan keluarga anda untuk menerima jumlah hibah jika anda meninggal dunia nanti tanpa perlu agihan faraid. Cara ini lebih baik untuk anda pastikan waris anda yang mana perlu menerima duit yang telah anda laburkan dan mengelakkan berlakunya perselisihan keluarga setelah anda meninggal dunia nanti. Maklumat lanjut kunjungi mana-mana cawangan ASB terdekat anda untuk maklumat lanjut.

Walau bagaimanapun, pendapat saya sebagai seorang konsultan takaful, pelaburan ASB bukanlah satu pelaburan yang sempurna kerana masih terdapat kekurangan sehingga menimbulkan rasa was-was di kalangan pelabur yang mementingkan halal haramnya sesuatu pelaburan. Kini ASB baru memperkenalkan konsep HIBAH (satu perkara yang sepatutnya diketahui oleh pelabur ASB).





Alternatif simpanan melalui caruman takaful adalah satu pelaburan yang berbaloi bukan sahaja ketika anda masih hidup, malah dapat membantu memastikan kesinambungan hidup ahli keluarga setelah kita meninggal dunia nanti. 

Jarang sekali saya dengar orang jatuh miskin sebab mencarum takaful. Yang ramai jatuh miskin dan hidup terdesak sebab tak ada perlindungan takaful, banyak kali saya dengar.

*Ini adalah pandangan peribadi saya semata-mata dan mungkin bercanggah dengan pendirian anda. 

Namun, jika anda ragu-ragu tentang ke mana arah simpanan ASB anda setelah meninggal dunia, sila berhubung terus dengan pejabat ASB dan pilihlah HIBAH amanah untuk kesenangan keluarga anda nanti.

Jangan bekukan harta anda setelah kematian anda nanti
Kesian kat anak-anak, pasangan dan ibu bapa.

Sumber

Gambar Pra Perkahwinan Aidil Zafuan & Zarema Zainal

Tahniah kepada Aidil dan Zarema Zainal, mungkin sekarang ni mereka sedang menghitung hari bersejerah mereka kami rasa. Menerusi entri kali ini, kami ingin kongsikan gambar pra perkahwinan ketua pasukan Harimau Malaya iaitu Aidil Zafuan dan bakal isterinya iaitu Zarema Zainal.

Kami sangat suka dengan gambar yang diambil oleh WunderClique.Sweet dan memang sangat cantik. Kebahagian dan persaan gembira yang terpancar dari wajah pasangan ini membuat gambar ini pra perkahwinan mereka ini kelihatan sempurna di mata kami.

Tak sabar pula kami ingin melihat detik bersejarah mereka yang akan berlangsung pada pertengahan bulan ini (March 2014).Semoga segala perancangan berjalan dengan lancarnya. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook WunderClique dan Instagram WunderClique.














Pakaian Dalam Wanita Dari Emas?

Seorang pereka China hari ini, Isnin 13 Januari 2014 mengeluarkan rancangannya berupa pakaian dalam wanita model 2 piece yang seluruhnya terbuat dari emas di Wuhan, China.  

Pakaian dalam yang amat berkilauan ini diperbuat daripada 3 kilogram emas murni. Dan bernilai lebih dari 500,000 pound. Tidak cukup sampai disitu, ia juga mengeluarkan kalung emas dan kasut yang keseluruhannya terbuat dari emas.


Bra ini seluruhnya hanya terbuat dari emas

Namun malangnya, tidak seorang pun fashionista kaya raya yang boleh memiliki pakaian dalam supermewah dan super sexy ini, kerana pakaian dalam ini tidak untuk diperjual belikan. benar-benar luar biasa. 



Selain bra, celana dalam dan sepatunya pun terbuat dari emas

Pak Yus Jambu Pamer Kereta Miliknya

Perghh!!! Pak Yus Jambu Pamer Kereta Miliknya (7 Gambar) | memang kelas la kereta pak yus ni.. pasni making ramai la nak jadi artis mcm pak yus.. boleh la pakai keta-keta mewah.. Jom layan gambar pak yus dengan ketanya..














8 GADIS CANTIK YANG MENJUAL KEPERAWANAN MEREKA (8 GAMBAR)

This summary is not available. Please click here to view the post.
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”