Friday, 20 September 2013

MASJID KUCING DI MAKKAH



Di Makkah Masjid Kucing ni dikenal sebagai Masjid Rayah atau Masjid Abu Hurairah salah seorang sahabat nabi swt yang bernama Abu Hurairah bererti Bapak Kucing. Tapi....sekarang cuma tinggal kenangan sebab telah dirobohkan. Saya pernah terbaca di sebuah majalah seorang lelaki yang sangat sayangkan kucing, mengerjakan Haji pernah dibawa seekor kucing ke masjid Kucing, disitu dia dapati banyak kucing di dalam masjid tu. Abu Hurairah digelar Bapa kucing Jantan kerana kegemarannya merawat dan memelihara pelbagai kucing jantan di rumahnya. Dikatakan setiap kali masuk waktu solat kucing akan berkumpul di situ, malah ada cerita sesetengah orang yang mengerjakan Haji pernah ternampak kucing mengadap Kiblat seolah-olah sedang bersolat dan lagi kucing ini adalah suku sakat kucing kesayangan Nabi Muhammad saw yang bernama Muezza yang mempunyai telinga besar. Salah satu sifat kucing Nabi saw bernama Muezza ialah dia akan mengiau ketika mendengar azan dan kadang-kala terdengar seperti mengikut alunan suara azan. Nabi Muhammad saw menekankan dibeberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis. Maka hendaklah kita menyanyangi kucing sepertimana Nabi menyanyanginya.

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”