Tuesday 26 February 2013

Pelancaran Galaxy S4 Pada Pertengahan Bulan Mac



Sebelum ini kita telah beberapa kali mendengar berkenaan dengan pelancaran Samsung Galaxy S4 yang dikatakan sekitar pertengahan bulan Mac. Kini, ia dikatakan Samsung mengesahkan tarikhnya pada 14 Mac (15 Mac waktu Malaysia) untuk pelancaran di New York.

Bagaimanakah rekabentuk, dan apakah spesifikasi yang akan dibawakan padanya masih tidak diketahui buat masa ini, dan semestinya dirahsikan oleh Samsung sehingga pelancaran rasminya kelak.

Daripada trend semasa peranti Android, mungkin kita boleh menantikan skrin dengan paparan resolusi tinggi, disamping menyertakan kamera dengan sokongan rakaman gambar yang baik padanya. Mungkin seperti Galaxy S3 sebelum ini, pelbagai fungsi-fungsi menarik mungkin didatangkan bersama-sama dengannya.

Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh Samsung pada bulan hadapan.

10 Adegan Tak Logik Dalam Drama TV Tempatan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, biasanya bagi yang suka menonton drama melayu di televisyen sering kali melihat adegan – adegan yang kita rasakan tak logik tapi seringkali dilakukan oleh pelakon-pelakon di Malaysia.. betul tak? haha, di sini ada 10 adegan tak logik dalam drama tv tempatan .. check it out~


1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata… Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.

2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk… Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.

3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.

4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.

5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga….

6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.. “Tuan ada baca akhbar semalam?”
 .
7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda..Seorang lelaki bekerja di pejabatnya. Tiba-tiba
handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).

8. Babak ini yang kelakar..Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.

9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat.. Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.

10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang..(Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. Ini adalah garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem.. Tapi sekarang dah tak kan? ekeke

P/s: ade lagi nak tambah? ekeke

Pondan Mengamuk, GIGIT DAN CAKAR Anggota Imigresen Dalam Serbuan


Pondan Mengamuk, GIGIT DAN CAKAR Anggota Imigresen Dalam Serbuan – IPOH : Gara-gara enggan ditahan pihak berkuasa, beberapa pondan bertindak agresif dengan mencakar dan menggigit anggota Jabatan Imigresen dalam satu serbuan yang dijalankan di sekitar bandar raya ini malam kelmarin.

Kumpulan pondan yang berasal dari Thailand ini turut diberikan jolokan ‘bapok tangga’ kerana berpakaian seksi dan didapati bergiat aktif di sekitar tangga premis kedai bagi mendapat perhatian pelanggan.

Pelacur pondan yang berusia antara 24 ke 28 tahun itu cuma mengenakan bayaran RM30 hingga RM50 jika pelanggan mahu mendapatkan perkhidmatan seks daripada mereka.

Bagaimanapun, kegiatan itu terbongkar selepas aktiviti jijik mereka berjaya dihidu Jabatan Imigresen di sini.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak, Irwan Zahid berkata, pihaknya terlebih dahulu mengintip pergerakan pelacur pondan terbabit sebelum menyerbu lokasi mereka menjalankan aktiviti tidak bermoral itu.

Menurutnya, sewaktu serbuan dijalankan, pelacur pondan warga Thailand itu terkejut malah ada dalam kalangan mereka yang cuba melarikan diri ke tingkat atas bangunan bagi mengelakkan diri dicekup.

“Malah, empat daripada pondan terbabit turut ‘mengganas’ sebelum anggota kami berjaya menghentikan tindakan agresif mereka itu.

“Selain itu, mereka juga didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah memasuki negara ini,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Irwan berkata, seramai 27 anggota bertindak melakukan operasi di beberapa buah di sekitar bandar raya ini.

Katanya, dua rumah yang disasarkan adalah di Kampung Kepayang, Fair Park dan Tanjung Rambutan.
“Dalam serbuan di Kampung Kepayang, Fair Park, kami memberkas dua lelaki, empat perempuan dan dua kanak-kanak perempuan warganegara Indonesia berusia antara dua hingga 35 tahun yang didapati tidak mempunyai dokumen sah memasuki negara ini.

“Operasi turut dilakukan di sebuah rumah di Tanjung Rambutan, di sini, sebelum empat lelaki warga Myanmar berusia 23 hingga 36 tahun diberkas kerana tidak mempunyai dokumen sah untuk tinggal di negara ini.

“Semua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu tinggal di negara ini tanpa pas yang sah,” katanya.

Beliau berkata, operasi yang bermula jam 10 malam dan berakhir pada jam 2 pagi itu dianggap berjaya berikutan ramai pendatang asing berjaya diberkas hasil dari intipan dan maklumat awam.



“Ayah Larang Saya Pakai Seksi-Seksi” – Chacha Maembong


“Ayah Larang Saya Pakai Seksi-Seksi” – Chacha Maembong – Pelakon baru yang semakin di kenali ramai melalui drama bersiri Setia Hujung Nyawa, Chacha Maembong mengakui menceburi dunia lakonan dengan bersyarat.

Menurut adik kepada Emma Maembong ini, ayahnya telah memberikan kebenaran untuk berlakon tetapi dengan syarat beliau tidak boleh memakai pakaian yang terlalu seksi atau menjolok mata.

“Kata ayah, biarlah pakaian tersebut sesuai dengan usianya dan ayah juga tidak membenarkan saya bergambar terlalu rapat atau beraksi ‘daring’ dengan mana-mana pelakon lelaki.

“Saya menghormati keputusan yang telah di buat oleh ayah dan akan cuba mengikuti segala kehendaknya. Saya faham tujuan ayah berbuat begitu demi kebaikan anak-anaknya,” ujarnya kepada Gua.

Mengimbas pembabitannya dalam dunia glamor, Chacha memberitahu dia bermula dengan dunia peragaan iaitu ketika masih kecil. Apabila melangkah ke dunia remaja, dia mengambil keputusan untuk aktif dalam dunia lakonan yang begitu diminatinya.

“Saya amat meminati dunia seni lebih-lebih lagi dalam bidang lakonan. Sejak dari kecil lagi sudah timbul minat untuk berlakon tetapi tumpuannya ketika itu lebih kepada dunia peragaan dan kini saya ingin lebih fokus kepada dunia lakonan pula,” katanya.

Seluar Dalam Cegah Bau Kentut Laris Dijual



Orang Jepun yang mempunyai fikiran pelik baru-baru ni telah menghasilkan seluar dalam cegah bau kentut. Bagaimanakah itu?

Terbaik la kerana seluar dalam terkini yang didakwa mampu meneutralkan bau busuk kentut telah mendapat sambutan yang sangat hangat dalam kalangan ahli perniagaan di Jepun yang rajin bekerja yang gemarkan idea melepaskan kentut tanpa masalah.

Satu syarikat tekstil tempatan telah membangunkan rangkaian seluar dalam yang dikatakan mampu mencegah bau-bauan yang tidak diingini.

“Kami telah mengambil masa beberapa tahun bagi membangunkan seluar dalam deodoran pertama yang cukup selesa dipakai dalam kehidupan seharian malah mampu menghapuskan bau hapak dengan berkesan,” ujar Nami Yoshida salah seorang jurucakap syarikat Seiren yang mengeluarkan produk Seluar Dalam mencegah kentut.

Kebanyakan orang seperti ahli perniagaan membelinya dan sesuai digunakan untuk berjumpa ramai orang dalam waktu sehari ,” tambah Encik Yoshida lagi.

“Pada permulaan produk ini, kami hanya terfikir bagi menjual seluar dalam ini kepada mereka yang memerlukan penjagaan di rumah orang tua dan juga hospital. Tetapi kami amat terkejut kerana ramai orang kebanyakan seperti ahli perniagaan akan membeli seluar dalam ini dan digunakan untuk berjumpa orang ramai setiap hari,”jelas jurucakap syarikat.

Seluar dalam cegah bau tersebut dikeluarkan dengan partikel seramik penyerap bau dala, fabrik mereka. Syarikat Seirin membangunkan teknologi terbabit selepas dihubungi oleh seorang doktor yang mahukan sesuatu untuk menutup bau najis yang dikeluarkan oleh mereka yang menghidap sindrom usus.  Syarikat tersebut telah berkembang kepada 22 produk, termasuk stokin yang mencegah kaki daripada berbau busuk dan baju-t yang menghilangkan bau ketiak.

Ishhh!!! Apa Nak Jadi Gadis Zaman Sekarang Mempersendakan Pemakain Tudung

ISHH! BILA GADIS MELAYU MUSLIM MEMPERSENDAKAN PEMAKAIAN TUDUNG-Salam semua.hahh…ini lah gadis sekarang,suka hati je nak mempersendakan pemakaian tudung.kalau gadis-gadis ini adalah bukan melayu muslim mungkin tidak berapa kesah tapi ini adalah gadis anak tempatan dan muslim. Anak siapa lah gadis-gadis ini ye?.. kepada yang kenal 2 ekor gadis ini sila lah sedarkan mereka ye sebab ini boleh merosakkan anak-anak gadis yang lain dan boleh terpengaruh dengan pemersendaan mereka ini.lihat video di bawah.

Adakah Rokok Elektronik Selamat?



Baru2 ni isu rokok elektronik ni jadi debat besar jugak.

Adakah vaping/rokok elektronik selamat?

1) Dr Zakaria Abdullah, pakar herba dan kesihatan tempatan, menyatakan glycol (PG) dan glycerin (VG) (yang terkandung dalam e-liquid) tiada rekod yang menunjukkan mereka bahaya.

2) Dr Hairulfaizi Haron, Pakar Jantung dan Paru – paru PPUKM, menyatakan rokok tembakau mempunyai pelbagai – bagai toksik manakala rokok elektronik hanya mengguna pelarut, nikotin serta perisa. Beliau menasihati supaya nikotin tidak digunakan secara berlebihan (zero nikotin terus lagi bagus).

3) Boston University School of Public Health membuat kesimpulan bahawa rokok elektronik adalah lebih selamat daripada rokok sebenar dan mungkin membantu perokok berhenti merokok, mereka menyatakan “tahap bahan kimia yang dikesan dalam rokok elektronik tidak menimbulkan kebimbangan kesihatan yang serius”. “Rokok elektronik juga didapati serupa dengan pengganti nikotin {seperti NiQuitin) yang sedia ada”.

4) Dr Konstantinos Farsalinos daripada Onassis Cardiac Surgery Center membentangkan “Rokok elektronik adalah alternatif yang lebih selamat kepada rokok tembakau…. Memandangkan bahaya melampau yang dikaitkan dengan merokok, data sedia ada menunjukkan bahawa rokok elektronik adalah jauh kurang berbahaya dan menggantikan tembakau dengan rokok elektronik mungkin bermanfaat untuk kesihatan.”

5) American Association of Public Health Physicians (AAPHP) menyokong penjualan rokok elektronik kepada orang dewasa “kerana ia berkemungkinan menyelamakan 4 daripada 8 juta perokok di Amerika yang sebaliknya akan mati disebabkan penyakit berkaitan dengan tembakau dalam masa 20 tahun.”
Share !

Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Nikah Julai Ini.



Setelah pulang bercuti berdua di Singapura baru-baru ini akhirnya  pelakon jelita, Rozita Che Wan, 42,  membuka ‘mulut’ mengenai perancangan untuk berkahwin dengan buah hatinya, pelakon muda, Zain Saidin, 29. Mengikut perancangan Rozita malah mengakui sudah memilih hujung Julai ini untuk bersatu.

“Insya-Allah kami akan bernikah, jika tiada halangan pada bulan berkenaan,” kata Rozita ketika dihubungi, semalam.

Rozita Che Wan dan Zain Saidin bakal nikah


Gambar mesra Rozita Che Wan dan Zain Saidin
 Dia juga memilih untuk tidak mengikat tali pertunangan terlebih dahulu kerana menganggapnya tidak perlu memandangkan mereka sudah mengenali hati budi masing-masing.

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta mengakui kisah cintanya dengan jejaka wajah Pan Asia itu bukan rahsia lagi, lalu mereka sepakat dan bersedia menamatkan kontroversi cinta yang selama ini hangat diperkatakan menerusi media dan peminat.

“Hubungan kami selama ini memang tiada masalah. Kami sudah lama mengenali satu sama lain dan dia juga rapat dengan anak dan ibu saya,” katanya.

Tak sabar nak tengok Rozita Che Wan dan Zain Saidin bersanding atas pelamin. Agak-agak bagaimanalah rupa mereka ye..

Berhati – hati apabila memakan kangkung



Kangkung Tumis, dll yang berkaitan dengan KANGKUNG. Mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi kita semua ketika kita hendak makan KANGKUNG.

Suatu hari, di klinik yang terkenal di Malaysia, semua Dokter kebingungan karena ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh Orang tuanya setelah 2 hari menderita DIARE. Sudah berbagai macam obat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun DIARE tidak kunjung sembuh.

Kemudian Orang tua anak tersebut ditanya oleh Dokter, “makanan apa yang dimakan oleh si anak dalam 2 hari ini? “Orang tuanya kbingungan, karena sejak anaknya DIARE, si anak tidak mau makan, dia hanya minum susu putih, itu pun muntah.

Setelah diperiksa, ternyata sebelum menderita DIARE, malam si anak makan Kangkung Tumis di Rstoran bersama Orang tuanya. Dokter segera melakukan X-RAY, ternyata dalam usus anak tersebut telah berkembang biak LINTAH degan anaknya yang kecil-kecil. Dokter menyerah dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medis apapun. Akhirnya anak kecil malang itu pun MENINGGAL DUNIA.
Setelah diperiksa ulang, ternyata Lintah itu sebelumnya berada didalam batang kangkung yang besar.

Memang, untuk penggemar kangkung tumis yang paling enak adalah BATANGNYA.
Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama 20 menit, apalagi untuk kangkung tumis proses memasak tidak terlalu lama agar menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan MATI jika DI BAKAR.

Di dalam usus anak kecil tadi, lintah hanya butuh waktu 1 – 2 hari untuk berkembang biak.
Jika ada keluarga atau teman yang mengalami hal tersebut, lakukan tindakan dengan memberi minum air rendaman tembakau (bisa diambil dari rokok kretek) biasanya lintah akan keluar dan dalam keadaan mati. Dan disarankan bila anda memasak kangkung harap belah batangnya.

Kami menyarankan bila anda memasak kangkung, Harap belah batang Πўa dan bersihkan dengan air hingga bersih
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”