Monday, 3 March 2014

Remaja Perempuan Diperkosa 6 Jam Oleh 30 Lelaki

 
London: Seorang remaja perempuan diperkosa oleh 30 lelaki, termasuk pasangan bapa dan anak lelaki, dalam serangan seksual berlanjutan selama enam jam. Dalam inkues semalam, aktivis hak wanita, Shaista Gohir memperincikan penderaan seksual terhadap mangsa melalui laporan yang mengejutkan itu. 

Menurut Shaista, eksploitasi seksual terhadap remaja terbabit dilakukan sekumpulan lelaki daripada etnik sama sering berlaku dengan pengetahuan pihak berkuasa. Namun, katanya, pemimpin masyarakat, sekolah mahupun keluarga mungkin tidak menghiraukan serangan sedemikian atau dalam sesetengah kes turut membela penyerang.

Shaista menggunakan kes mengerikan di Birmingham itu sebagai contoh kes dikemukakannya dan menggesa pihak berkuasa menangani isu berkenaan dengan segera.

“Kejadian itu berlaku selama enam jam membabitkan penyerang termasuk seorang bapa serta anaknya yang masih bersekolah, selain pemandu teksi yang muncul secara berkumpulan,” katanya. 

Laporan diserahkan kepada Majlis Bandaraya Birmingham itu dibuat susulan daripada temu bual dengan 35 mangsa serangan seksual, selain beberapa penjenayah seks daripada masyarakat Islam di seluruh Britain. Shaista turut mencabar pendapat popular dalam eksploitasi kes berprofil tinggi di Rochdale dan Oxford khususnya yang membabitkan kumpulan lelaki Asia yang menyerang remaja kulit putih. 

“Ramai orang memberitahu saya, mereka tahu mengenai kejadian di Rochdale dan Oxford, tetapi ia turut berlaku di Birmingham dan di tempat lain,” katanya. 

Amaran itu dibuat pada selepas kumpulan pemangsa seks kanak-kanak dipenjarakan kerana mendera kanak-kanak perempuan. Hakim John Bevan berkata, empat lelaki dan remaja lelaki seorang lelaki Kurdis dihukum kerana memperkosa lima kanak-kanak perempuan semuda 12 tahun. Empat daripada ahli kumpulan itu berasal dari Republik Czech dan Slovakia. Dua daripada mangsa berketurunan Czech dan Slovak, manakala tiga lagi berbangsa Inggeris. 

Tahun lalu, tujuh lelaki dari Oxford - kebanyakannya keturunan Pakistan - dipenjara kerana terbabit dengan operasi rangkaian seks kanak-kanak. 

Kanak-kanak perempuan sering menjadi sasaran masyarakat daripada etnik dan latar kebudayaan yang sama. Mereka sering didera kerana mudah diancam agar menutup mulut atau berdepan risiko menanggung malu di kalangan masyarakat. 

Apabila kes penderaan seksual didedahkan, sesetengah keluarga menghantar mangsa ke luar negara atau mengatur perkahwinan untuk mengelak isu berkenaan berpanjangan.



GAMABR YANG SEBENAR DITEMPAT KEJADIAN GAMBAR SHAISTA GOHIR

Jerebu kuat di Selangor!

Udara tercemar
Udara tercemar
Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Pelabuhan Klang mencatatkan bacaan kurang sihat apabila ia mula mencecah 115 manakala kawasan sekitar Shah Alam, Banting dan Kuala Selangor masih pada paras sederhana.
Peningkatan dipercayai berikutan kebakaran hutan dan belukar di kawasan tanah gambut yang dikesan di daerah ini menyebabkan kualiti udara terutama di Meru dan Kapar merosot, sekali gus menjejaskan aktiviti orang ramai yang bimbang dengan kesihatan masing-masing.
Tinjauan Harian Metro mendapati ada antara penduduk masih menjalankan aktiviti harian seperti biasa, malah ada juga mula mengenakan topeng muka mengelak terdedah jerebu hasil daripada kebakaran yang dipercayai bermula sejak minggu lalu.
Seorang penduduk Taman Kapar Indah, Halijah Sabtu, 51, berkata, dia terpaksa menggunakan topeng muka kerana tidak tahan dengan bau asap yang melanda kawasan itu.
“Saya tahu keadaan jerebu di sini belum lagi pada tahap mengganggu aktiviti harian, namun bau asap yang sangat kuat menyebabkan saya serta ahli keluarga terpaksa memakai topeng muka.
“Saya berharap Meru akan dilanda hujan dalam masa terdekat, sekali gus membantu anggota bomba yang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran yang mengundang pencemaran udara di kawasan ini,” katanya.
Seorang lagi penduduk di Pelabuhan Klang, Mohd Kamil Mohd Yusoff, 36, berkata, masalah jerebu yang melanda kali ini tidak seteruk seperti yang dialaminya tahun lalu kerana bacaan IPU yang dicatatkan mencecah hampir 200 dan kawasan ini dikategorikan sebagai tidak sihat.
Sumber: Harian Metro

Isu Tidak Berdisiplin & Besar Kepala : Nur Fathia Ditempelak Nabila Huda

Isu Tidak Berdisiplin & Besar Kepala : Nur Fathia Ditempelak Nabila Huda
Sekitar minggu lepas Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff baru sahaja dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur.
Namun ironinya, keesokan hari timbul pula berita kurang enak yang mengatakan pelakon itu tidak berdisiplin dan bertikam lidah dengan penerbit eksekutif Grand Brilliance, Jalena Rejab sewaktu mereka menjalani penggambaran Ariana Rose di London.
Menerusi portal Metro Ahad semalam, Fathia tampil memberi penjelasan dan menafikan hadir lewat ke lokasi penggambaran namun tidak menolak dakwaan berlaku perbalahan dengan produser tersebut.
Isu Tidak Berdisiplin & Besar Kepala : Nur Fathia Ditempelak Nabila Huda
Segala salah faham dipercayai berlaku apabila Fathia yang mempunyai tiga hari bercuti telah mengajak adiknya untuk bertemu di London.
Memandangkan jadual tidak terlalu padat, saya mengajak adik, Nur Fasiha yang menuntut di Kolej Trinity di Dublin, Ireland datang ke London tetapi sebelum itu sudah pun mendapat kebenaran produksi.
Selain Ariana Rose, ada penggambaran dua telefilem dan saya diminta menjayakan salah satu daripadanya bagi menggantikan produser Ziela Jalil.
Walaupun dimaklumkan saat akhir, saya tidak kisah kerana ia tidak menganggu jadual. Tak sangka pula penggambaran yang sepatutnya empat hari berlarutan tujuh hari. Kalau tahu dari awal saya tak akan ajak adik datang bertemu saya. Cuti yang sepatutnya tiga hari tinggal sehari saja disebabkan cuaca.
Isu Tidak Berdisiplin & Besar Kepala : Nur Fathia Ditempelak Nabila Huda
Foto kenangan Fathia bersama adiknya di London
Pertengkaran antara pelakon dan produser itu kemudiannya meletus apabila Fathia enggan melakukan promo episod akhir Ariana Rose sebaik sahaja penggambaran drama itu tamat pada 26 Januari lalu.
Kalau ikutkan, pada hari terakhir itu pelakon dan kru diberi pelepasan untuk buat aktiviti sendiri tetapi produser bersama, Jalena Rejab minta saya buat promo episod akhir Ariana Rose walhal saya sudah blok waktu itu untuk habiskan bersama adik.
Disebabkan saya tolak, berlaku pertelingkahan mulut antara kami. Sepatutnya mereka bertimbang rasa kerana adik saya datang dari jauh semata-mata mahu berjumpa saya.
Bagaimanapun penjelasan Fathia sama sekali bercanggah dengan kenyataan dari Jalena yang ternyata mempunyai pendapat sendiri mengenai masalah ini.
Namun semalam menerusi laman Instagram, pelakon yang turut menjalani penggambaran di London bersama produksi tersebut, Nabila Huda telah meluahkan pendapatnya dan seakan menempelak kenyataan Fathia.
Isu Tidak Berdisiplin & Besar Kepala : Nur Fathia Ditempelak Nabila Huda
Menerusi foto keratan akhbar bertajuk Enggan Ditindas, Nabila menegaskan adalah lebih baik pelakon cantik itu meminta maaf daripada menuding jari dan menutup kesalahan selain menyatakan seluruh krew produksi mengetahui perkara sebenar.
Perkongsian jujur Nabila telah membangkitkan pelbagai tindak balas daripada peminat kedua-dua pelakon itu dan mencetuskan pertengkaran kecil di laman sosial.
Isu Tidak Berdisiplin & Besar Kepala : Nur Fathia Ditempelak Nabila Huda
Isu Tidak Berdisiplin & Besar Kepala : Nur Fathia Ditempelak Nabila Huda
Biarpun tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku antara Nabila dan Fathia, sama ada hal peribadi atau sekadar teguran daripada pelakon yang telah lama di dalam industri, namun diharapkan persengketaan ini dapat diselesaikan dengan baik.

Isu Cinta Suami Orang, Isteri Kekasih Hanez Punya Bukti Mereka Bercuti Di Bangkok

Isu Cinta Suami Orang, Isteri Kekasih Hanez Punya Bukti Mereka Bercuti Di Bangkok
Nampaknya kontroversi yang menghimpit artis jelita Hanez Suraya yang kononnya merampas suami orang hingga meruntuhkan rumahtangga wanita lain masih hangat diperkatakan.
Walaupun Hanez kini enggan mengulas lebih lanjut mengenai status dan dakwaan yang menghimpit dirinya itu, isu ini nampaknya masih rancak dan semakin banyak pula spekulasi yang timbul.
Terbaru, melalui rancangan Melodi, seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai isteri kekasih Hanez tampil menjawab segala teka-teki mengenai hubungan tiga segi ini.
Isu Cinta Suami Orang, Isteri Kekasih Hanez Punya Bukti Mereka Bercuti Di BangkokNurliyana terguris dengan perbuatan Hanez memuatnaik gambar anak-anaknya
Dia (Hanez) yang mula dulu, dia canang dia nak kahwin, i tak kisah pun. Alhamdulillah jodoh dia dengan suami i, tapi yang paling i tak boleh terima dia ambil gambar anak-anak i masa kenduri rumah mak mertua i, lepas tu dia upload dalam instagram.
Apa motif dia sebenarnya? Itu isu sensitif. Mereka anak-anak i, dia pun belum ada apa-apa hubungan yang sah, tapi i ni masih lagi isteri dia (R), i yang lahirkan mereka. Setiap ibu pun pasti faham apa yang i rasa.
Wanita yang dikenali sebagai Nurliyana itu berkata Hanez tidak sepatutnya memuat naik gambar anak-anaknya untuk tontonan umum.
Semua orang tanya i bila gambar tu tersebar di instagram dia. Daripada i nak tutup hal mereka, sekarang semua orang pun dah tau.
Isu Cinta Suami Orang, Isteri Kekasih Hanez Punya Bukti Mereka Bercuti Di BangkokFoto Hanez bersama anak-anak kekasihnya
Dia berkata, tidak sedikit pun timbul rasa cemburu mengenai hubungan Hanez dan R, tetapi apabila hal ini membabitkan anak-anak, dia tidak boleh berdiam diri lagi.
Nurliyana turut menjawab pertanyaan Hanez yang seolah-olah mempersoalkan tindakan isteri R yang tidak menyerang dirinya.
I bukan jenis penyerang, kalau i nak serang dia, dari awal lagi i boleh buat. I ada bukti dan gambar dia pergi Bangkok dengan suami i. I taknak ganggu pun kehidupan dia, tapi sekarang ni dia dah ganggu hidup i bila ia membabitkan anak-anak.
Dalam pada itu, Hanez tetap mempertahankan diri dengan mengatakan gambar anak-anak R bukanlah satu-satunya gambar kanak-kanak yang ada didalam laman sosial miliknya.
Dalam instagram Hanez memang banyak gambar budak-budak, tak pernah dijadikan isu pun sebelum ni. Dia memang anak kekasih Hanez, tapi Hanez tidak pernah tulis apa-apa pun pada status gambar tersebut.
Sekiranya gambar ini menjadi isu dan mengguriskan hati ibu berkenaan, Hanez bersedia memadam gambar tersebut.
Tambah Hanez lagi, dia tidak ingin mengaibkan sesiapa dan meminta semua pihak menghormati keputusannya dan semua spekulasi akan terjawab dalam sidang media yang bakal diadakan nanti.

KEMALANGAN PERTAMA DI JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG


Tidak sampai 24 jam dirasmikan, satu kemalangan kecil dilaporkan berlaku di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafein Mamat berkata, kemalangan kecil melibatkan sebuah kereta itu berlaku dari arah Batu Kawan menuju ke pulau.

“Kemalangan berkenaan berlaku selepas plaza tol jambatan berkenaan pada jam 5.30 petang semalam menyebabkan lalu lintas menjadi sesak sehingga 10 kilometer.

“Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa, kemalangan terbabit melibatkan beberapa kereta,” katanya.

sinarharian

Menganiaya Kucing, Lelaki Ini Dipenjara Setahun



SEORANG lelaki berusia 24 tahun dari Marseilles, Farid Ghilas, telah dijatuhkan hukuman satu tahun penjara kerana telah menginaya seekor anak kucing.
Kejadian itu telah divideokan dan diupload ke facebook lelaki tersebut dan menimbulkan kemarahan orang ramai.
Selepas video itu diupload, ribuan bantahan telah diterima yang mahukan Ghilas dihukum.
Petisyen yang ditandatangani oleh 260,000 orang telah berjaya diperolehi yang membawa kepada pendakwaan dan hukuman tersebut.
Dalam pengakuannya di mahkamah, beliau mengatakan sewaktu mereka berjalan di kawasan ada seekor kucing datang ke arahnya.
Tanpa berfikir panjang beliau terus mengambil dan membaling anak kucing tersebut dengan sekuat hati ke arah dinding rumah pangsa tersebut dengan niat untuk bersuka-suka.

kucing yang dikenali sebagi “Oscar”  hanya patah kakinya apabila terjatuh setelah dibaling.
Pengalaman setahun dalam penjara mungkin tidak seindah bagi lelaki ini.

Skandal Adi Putra,Noraida Mengaku Sudah Berpunya

Akhirnya, Nooraida Abdul Talib, isteri orang yang mengaku berskandal dengan Adi Putra membuka semula akaun Instagramnya kepada umum. Semuanya angkara video yang disalaherti sebagai video menggoda hingga mencecah 100,000 hits dalam masa tiga hari.


Paling menarik, Aida juga memuat naik sekeping gambar dia dan bekas suaminya Amiruddin Othman makan-makan bersama. Mungkinkah itu bermaksud mereka sedang berbaik semula? Malah ada pelawat Instagramnya yang turut memberi kata nasihat agar mereka bersatu kembali.

"Kami tak pernah bermusuh la. Supporter terbaik. Tetap kawan baik. Dia takkan biar saya susah. Inilah nilai kasih sayang," ujar Aida.
Terdahulu, pesan Aida ketika membuka kembali laman sosialnya: "Sila tinggalkan komen yg baik2 saja. Sy nak berbaik dgn semua yg singgah di ig saya. Tapi kata2 buruk atau nasihat yg melampaui batas akan diblock terus. Minta tolong jgn mempertikaikan pilihan hidup saya di ig saya ya, di tempat lain, silakan.

"Sekiranya anda beranggapan sy mencari yg lebih baik, anda silap sbb anda tak tahu apa yg berlaku sebenarnya dan boleh terus fikir mcm2 atau dengar dari si a, si b, si c n lain2. Dan tak perlu salahkan org lain sbb saya pun tak salahkan org lain.

"Kalau begini buat saya bahagia dan gembira kenapa sy perlu dengar cakap org? Semua org yg bercerai tu jahat ke? Ok whatever. Susah senang gembira saya hanya ibubapa, adik beradik serta si comel sy saja yg tahu. saya gembira ada mereka dlm hidup saya.

"Saya suka benar dengan nasihat dari org baik sbb kata2nya sangat menusuk kalbu.. sbb org baik takkan menghukum org lain dan takkan hina org lain. Jgn sampai anda ludah kena muka sendiri atau kena pada org2 yg anda sayang," demikian nasihat panjang lebar Aida yang mula kelihatan bagai selebriti.

Umie Aida Geram Diramal Akan Bercerai Oleh Peminat !

It’s amazing how para peminat dan orang ramai boleh meramal kehidupan seseorang dengan hanya melihat status atau kemaskini laman sosial mereka. Umie Aida antara contoh terkini yang menjadi mangsa spekulasi ramai.

Ada khabar angin mengatakan yang rumah tangga Umie Aida dan suaminya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan dilanda masalah ekoran beberapa status di Instagram pelakon itu yang seolah olah meluahkan keluh kesah di hati.
Laporan Berita Harian hujung minggu lalu juga melaporkan yang wujudnya dakwaan mengatakan ada orang ketiga dalam rumah tangga pasangan ini di kalangan artis juga yang menyebabkan pergolakan ini terjadi.
Apa kata Umie Aida?
“Mana mana perkahwinan pun pasti akan dilanda badai. Biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri, kita kan manusia? Masing masing sibuk. Mungkin juga ketika gambar dan video yang dimuat naik dalam Instagram itu ada masalah yang timbul. Tapi, tidaklah sampai ke arah itu (bercerai),” jelas duta produk Phytoscience Stemcell ini.
“Rumahtangga kami OK. Jangan bermain dengan soal kahwin cerai. Tapi apabila bercakap soal cerai, itu ketentuanNya. Siapa kita nak cakap andai penceraian jalan terakhir yang baik atau sebaliknya — saya mengharapkan yang terbaik untuk rumah tangga kami,” tambahnya.

Rozita Che Wan Tak Sabar Tunggu Keputusan Kehamilan

Keterujaan Rozita Che Wan untuk hamil dengan perkahwinan bersama Zain Saidin bukan rahsia lagi selepas pelakon itu sendiri mengakui yang beliau ingin menimang cahaya mata secepat mungkin selepas berkahwin hujung tahun lalu.


Suaminya, Zain Saidin menerusi mStar Online berkata yang Rozita Che Wan berkemungkinan besar sudah mengandung namun pasangan romantis ini masih menunggu keputusan daripada pihak doktor.
“Jeng..jeng..jeng.. Mungkin (Rozita mengandung). Nak kena buat pemeriksaan doktor dahulu jika ada ‘orang baru’ akan sertai kami sekeluarga atau tidak. Tetapi jika benar, kiranya berita itu satu hadiah buat saya dan semestinya isteri”
Zain Saidin memberikan kenyataan itu selepas diminta mengulas tentang apakah hadiah istimewa yang diberikan Rozita Chea Wan buat dirinya bersempena dengan ulangtahun kelahiran yang disambut pada 23 Februari lalu.
Pastinya Zain Saidin gembira dan teruja untuk bergelar ayah jika positif Rozita Che Wan hamil. Doakan yang terbaik buat pasangan ini! 

Pelajar Kolej Singapura Jual Seluar Dalam Terpakai + Free Video

Walaweihhh..Biar betul amoi sorang ni? Sampai sanggup jual seluar dalam yang dia dah pakai kat orang lain..Yang peliknya, ada jugak orang yang nak beli sampai sanggup keluar duit beratus-ratus untuk seluar dalam 'bekas' amoi tu..Memang untung gila amoi tu, beli seluar dalam dengan harga murah, tapi jual dengan harga mahal..Aku rasa yang sanggup beli seluar dalam amoi ni mesti golongan lelaki gila seks tahap melampau punya ni, sangap bebenor..Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, meh baca cerita kat bawah ni..Cekidaut~~ =D


- Seorang pelajar kolej berusia 19 tahun di Singapura menjual seluar dalam terpakai secara online pada harga S$45 (RM104) setiap satu.

Dia juga memberikan bonus tambahan untuk pelanggan yang membeli 2 seluar dalam - mereka akan menerima video klip percuma gadis tersebut yang sedang membuka seluar dalamnya tanpa menunjukkan wajah.

Gadis yang hanya dikenali sebagai Felicia, telah memulakan perniagaan ini sejak setahun yang lalu menerusi blognya.

Pada mulanya dia menjual seluar dalamnya dengan harga S$30 (RM70) setiap satu, namun dia telah menaikkan harganya bermula 1 Disember lalu.

Felicia menulis entry di dalam blognya dengan memaparkan gambar-gambarnya dari paras leher ke bawah dengan memakai pelbagai jenis seluar dalam termasuk jenis T-Black dan rekaan biasa dengan design yang comel.

Setakat ini gadis tersebut dipercayai telah berjaya menjual sebanyak 16 pasang seluar dalamnya dan menerima kira-kira 200 komen daripada pembaca-pembaca blognya.

Menurutnya, dia melakukan perniagaan itu untuk menampung sedikit perbelanjaan serta membayar yuran pengajiannya.

"Semua seluar dalam yang dijual akan dipakai olehnya sekurang-kurangnya selama 12 jam" katanya kepada sebuah akhbar.

Bagaimanapun gadis tersebut enggan untuk tampil ditemuramah dan akan berhenti daripada memberikan video klip percuma.


"Saya tidak boleh mendedahkan identiti saya dan membenarkan orang mengenali siapa saya" katanya lagi.

Beliau bagaimanapun telah menghentikan pemberian video percuma seperti yang dinyatakan dalam posting pada Disember 2010 seperti berikut:


Hey guys,
I'm not going to be giving free videos anymore, I've spent the last few days fretting about the legality of giving free videos to those who buy 2 or more panties and 1've decide that I really do not want to spent my days worrying. Hence, no more free videos of me removing my panties to prove I'm female. To those who've already ordered, I'm sorry but I can't send them to you. Please remember that the video was meant to be a free gift. In place of the video, I would like to give you free used panties instead. Please contact me and we'll discuss further. To those who have yet to order, I'll be giving a $15 discount to those who buy 2 panties. So for example, if you get 2 panties, both of which costing $45, you'll pay $75 for the two instead of $90. If you really really need a video to prove that I'm really the one who wore the panties, I can still give you a video showing me holding a card with your name on it while wearing a bra and panties you bought. If you want, I can say something to you too. No nudity, though. And if course, if you were to choose this option, you will not be getting the $15 discount. Haha.
Love,
Felicia



Berikut adalah contoh iklan seluar dalam Felicia.




Pink - $45

I've one or to more to sell before I hibernate.
This is one of my motest motest (yes,i talk in super-est-latives) comfortable pairs so it's well worn.

And yes, it's pink with lace along the waist line. Pretty =)

All panties will will be worn for a minimum of 12 hours before sending out.

Ini website dia kalau nak tengok: Panty4you ,Fb


Kalau iye pun nak tanggung yuran kolej, jangan la buat bisnes macam ni..Tak senonoh cik kak oii..Benda 'masyam-masyam' jual kat orang =,='

p/s: orang kita pun 2X5 jugak, malah lagi teruk sampai jual badan kat hotel-hotel murah..Tak kisah kalau nak cari income buat part-time, asalkan kena dengan cara nya (^_^)

(Video) Bayi baru lahir enggan berpisah dengan ibu


Seperti diketahui, hubungan antara ibu dan anak amat istimewa dan bermula sejak dari dalam perut lagi.

Keistimewaan hubungan tersebut terserlah dalam video di bawah apabila seorang bayi yang baru lahir enggan dipisahkan daripada ibunya.

Bayi berkenaan yang dilahirkan melalui kaedah caesarian, pada mulanya ditunjukkan pada ibunya secara dekat seperti yang sering dilakukan oleh doktor.

Ia kemudiannya diambil semula untuk dibersihkan dan dibedung dengan sempurna.

Bagaimanapun, tangan comel bayi tersebut segera mendakap wajah ibunya dan tidak mahu dipisahkan lagi selepas itu.

Bila ditarik, bayi berkenaan menangis sekuat hati dan kembali diam selepas didekatkan kembali pada ibunya.

Memang manis sekali momen ini dan ia pasti menyentuh hati para ibu dan anak di luar sana.




Elak Nampak Celahan Dada, Nora Danish Terpaksa Pegang Baju Kuat – Kuat


Pergh! Janda hot yang juga girlfriend kepada anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Nora Danish kembali lagi menghangatkan suasana Instagram beliau. Seperti yang kita tahu, Nora sering memuatnaik foto aktiviti hariannya. 

Salah satu dari kepingan gambar yang dikongsikan seperti biasa telah menimbulkan sediikit kontroversi malah mengundang pelbagai komen-komen separa lucah.
 

Gambar tersebut, menyaksikan Nora Danish, Awal Ashaari dan Jalena Rejab mengambil gambar bersama. Sekali imbas, ianya biasa sahaja tetapi tidak untuk peminat-peminat tegar Nora. Habis ditelitinya segenap tubuh wanita berkenaan dan akhirnya mereka berjumpa juga.
 

Rupa-rupanya, tangan Nora yang berada dicelah dada bajunya pun boleh jadi ‘bahan’ untuk mereka komen. Macam-macam dituduh dek peminat fanatik. Ada yang mengatakan beliau dirabalah, digeleteklah dan pelbagai lagi.
 

Setelah kami selungsuri Instagram Awal, maka kami terjumpa sekeping gambar yang menyembabkan Nora bertindak sedemikian.
 

Bahagian butang di dada baju Nora agak terbuka sedikit, jadi mungkin menyedari perkara tersebut akan berlaku lagi, makan Nora mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan ‘benda’ lain pula yang terkeluar untuk penggambaran seterusnya…
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”