Tuesday 3 July 2012

parti BOG*L di Brown dan Yale University


parti bogel ini telah dianjurkan di Brown dan Yale University. kesemua peserta mesti dibogelkan atau dibogelkan. hal ini ada lah bertujuan untuk mengelak rasa jangal pelajar2 kolej keatas penampilan tubuh badan mereka sendiri. tambahan pula, hal ini membantu mereka untuk lebih mudah bersosial. di universiti Brown, berbogel itu adalah "lebih daripada satu eksperimen dalam interaksi sosial daripada pengalaman seksual".

Wanita Meraung... Tolong Cari Tangan Saya!


PARAH... mangsa dibawa ke hospital selepas diserang dua lelaki bertopeng di Pasar Sungai Maong.


KUCHING: Seorang wanita menggelupur sambil menjerit meminta tolong supaya mengambil pergelangan tangan kanannya yang putus selepas diserang dua lelaki bertopeng di sebuah pasar di Sungai Maong, di sini, pagi semalam.
Kejadian berlaku jam 7.15 pagi ketika mangsa berusia 53 tahun memesan barangan daripada seorang peniaga sebelum muncul dua lelaki bersenjatakan objek tajam.

Difahamkan, kejadian disedari suami mangsa berusia 61 tahun selepas menerima panggilan daripada pemilik sebuah kedai memaklumkan kejadian menimpa isterinya.
Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama suaminya ke pasar itu dan mereka berpecah untuk membeli barangan masing-masing.

Katanya, beberapa minit kemudian, suami mangsa yang ketika itu membeli makanan di sebuah kedai terkejut apabila menerima panggilan memaklumkan isterinya diserang.

“Suami mangsa bergegas ke tempat kejadian dan mendapati isterinya menjerit kesakitan dengan tangannya berlumuran darah. Suaminya membawa wanita itu serta pergelangan tangan yang putus ke Hospital Umum Sarawak (HUS).
“Berdasarkan maklumat awal diperoleh, dua suspek menaiki Perodua Myvi kelabu dikatakan menunggu di satu lokasi sebelum menyerang mangsa,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Pauzi Bujang berkata, serangan dipercayai berlaku ketika mangsa menunggu pesanan barang dibeli daripada peniaga.
Beliau berkata, mangsa yang tidak menyedari kehadiran dua lelaki itu ditetak di pergelangan tangan kanan sehingga putus, selain cedera di tangan kiri.

“Polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti dua individu yang menyerang mangsa.

“Mangsa yang parah masih dirawat di HUS dan keadaannya dilaporkan stabil. Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.” katanya.

Maut dihempap peti sejuk



KUANTAN: Niat murni seorang lelaki membantu majikannya memindahkan peti sejuk ke rumah baru dengan menaiki pacuan empat roda berakhir tragedi apabila maut akibat dihempap peti sejuk itu yang terbalik selepas dikatakan terlanggar palang besi di Jalan Haji Ahmad, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, mangsa, Syamsul Huda, 39, dari Indonesia disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, akibat cedera parah di kepala.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim, berkata sebelum kejadian, mangsa bersama seorang rakannya berada di bahagian belakang pacuan empat roda itu yang dipandu majikannya sambil membawa peti sejuk.

Menurutnya, bagaimanapun, sebaik tiba di sebuah jambatan sempit, majikan mangsa dipercayai tidak menyedari terdapat palang kemudian melaluinya sebelum palang berkenaan terkena peti sejuk dipegang mangsa.
Katanya, berikutan itu, peti sejuk berkenaan kemudian terbalik lalu terkena kepala mangsa sebelum kejadian itu disedari majikannya.
“Majikan mangsa bersama seorang lagi pekerjanya bergegas mengangkat dan mengalihkan peti sejuk berkenaan sebelum menghantar mangsa ke HTAA untuk rawatan akibat cedera di kepala,” katanya, semalam.

Perempuan Mengutuk Ustaz Azhar Idrus Di Facebook


bila tak de pendidikan agama yang cukup macam tu lah..keras kepala..hati pun keras nak terima agama..apa jua yang ulama katakan disangkal..tak mustahil apa yang agama suruh pun dia tak buat..yang haram dia halalkan..Nauzubillah..

Tiada siapa pedulikan gadis ini bunuh diri - video





okey.... boleh teka kat mana kejadian nih
dah tentulah kat negara yang rakyatnya palingggg sibuk dan palingggg  mementingkan diri sendri.

rakaman nih menunjukkan seorang gadis terjun dari jambatan di sebatang jalan yang sibuk.

malang sekali tiada kereta yang mahu berhenti dam memberikan bantuan dengan menarik gadis itu ketepi jalan

lebih malang lagi gadis itu tidak terus mati (mungkin tak cukup tinggi) jadi misinya untuk bunuh diri gagal.

yang baiknya adalah kereta-kereta yang lalu cuba mengelak dari melanggar gadis itu tidak seperti yang dilakukan terhadap anak kecil bernama Yue Yue. masih ingat lagi kisah nak kecil ini..... yang menggemparkan dan menimbulkan kemarahan dunia? (ohh tapi kejam lagi tentera Basyar yang menyembelih anak-anak kecil).

tak tau lah apa nasib gadis ni.... moralnya di China jika nak tamatkan riwayat hidup atau bunuh diri carilah tempat yang lebih sesuai bukan di tempat yang sibuk....sebab ....siapa peduli???






Walah....250,000 kanak-kanak Malaysia langgar batas usia di facebook


walah..... walahhhhh
hari ini blog2 negara jiran diisi dengan berita yang agak hangat
Walah, 250.000 Anak Malaysia Langgar Batas Usia Facebook
walah .....lagi

wahhh..... hebat banget ini anak-anak Malaysia
kecil-kecil aja sudah pintar mengendalikan facebook
tidak tahu samada anak-anak ini suka mencari rakan melalui fb
atauuuu
mereka sebenarnya suka bermain game di fb
masih ingat enggak fenomena pet society, farm ville dan sebagainya itu

aduhhh.....buk aiyang...kok bahasanya jadi lain yaaa
wkwkwkwk

okeyyy kali ni serius
sila baca sini

baik atau tak baik sebenarnya kanak-kanak bawah umur ada fb?
menipu tentang umur tu memang la tak baik
tapi bila dikatakan ibubapa turut membantu menipu
alamakkk..... sangat tak best okey
apapun sila awasi anak-anak anda
pastikan ibubapa memiliki password akaun fb anak-anak
selalulah jengah2 fb anak-anak
dr situ ibubapa dapat kenal siapa rakan anak2 dan aktiviti mereka
budi bahasa anak-anak pun boleh kita ketahui dengan membaca komen2  di status rakan2
tapi ada juga tak baiknya
yakni banyak buang masa
kalau orang tua pun ketagih menghadap fb apatah lagi kanak-kanak
betul tak?

Seorang Ibu Pengsan di Jalan. Anaknya Menangis Histeria Tapi Tidak Ada Yang Mau Menolong


China memang terkenal dengan ketidakpedulian masyarakatnya akan penderitaan orang lain. Beberapa waktu yang lalu, sempat marak beredar video seorang anak yang kecelakaan, tapi orang yang lalu lalang tidak memperdulikannya, hingga akhirnya sang anak harus tewas di hospital.

Khabar terbaru, beredar sebuah foto saat seorang ibu muda pengsan di jalanan kota Xi'an, sementara disampingnya, anaknya yang masih kecil menangis histeria. Di sekeliling ibu pengsan itu ramai orang yang malah asyik menonton dan tidak memperdulikan nasib si ibu yang pengsan itu. Bahkan untuk sekedar menggendong si anak kecil itu supaya terdiam dari tangisnya.


Lelaki mabuk cuba kunyah muka wanita


WENZHOU – Serangan kanibal terbaru yang mengerikan nampaknya menular ke China, apabila seorang pemandu bas mabuk cuba menggigit muka seorang wanita.
Wanita malang itu memerlukan pembedahan plastik bagi memulihkan kecederaan akibat perbuatan lelaki berkenaan. Menurut media tempatan, pemandu yang dikenali sebagai Dong itu meminum arak terlalu banyak ketika makan tengah hari sebelum kejadian beberapa hari lalu.
Dia kemudian berlari ke tengah jalan raya di bandar raya ini dan berdiri di depan kereta dipandu wanita bernama Du serta menghalangnya daripada bergerak. Dong memanjat ke atas bumbung kereta dan mula menumbuk kenderaan itu, manakala Du yang panik menjerit meminta tolong.
Apabila Du keluar dari keretanya, Dong melompat ke arahnya dan menolak wanita itu hingga mangsa terjatuh di atas jalan raya.
Dong kemudian menggigit muka Du menyebabkan dia yang menjerit ketakutan dan kesakitan, berlumuran darah.
Orang ramai kemudian cuba menarik Du daripada mangsa. Saksi berkata, Dong sudah hilang ingatan kerana enggan melepaskan Du. Polis yang tiba tidak lama kemudian berjaya menahan Dong bagi mengakhiri kejadian itu.
Du dibawa ke hospital dan doktor berkata, dia memerlukan pembedahan plastik bagi merawat hidung dan bibirnya yang cedera teruk akibat digigit lelaki berkenaan.
Kejadian itu berlaku tidak lama selepas satu siri insiden serangan kanibal dilakukan seorang penagih dadah di Amerika Syarikat bulan lalu.

Uncle Seekers VS Sultan Johor!!



Ketika laporan berita ini dikeluarkan, “drama bersiri” mengenai kerabat Sultan Johor dan kepimpinan tertinggi negeri Johor dari blog Uncle Seekers boleh dikatakan baru sahaja bermula. Melihat lambakan artikel bersiri mengenai cerita disebalik tabir melalui blog Uncle Seekers ini yang kini sudah menginjak ke SIRI yang ke 62 banyak berkisar kepada beberapa persoalan yang dilontarkan kembali kepada Sultan Johor, beberapa kerabat Diraja Johor dan tidak lupa juga kepimpinan tertinggi negeri tinggi.

Dan sekarang ini, pendedahan Uncle Seekers ini sudah mula menyelitkan beberapa maklumat yang mahu dikongsikan kepada orang ramai dan tidak lupa juga kepada pihak berkuasa yang masih dilihat “tidak sudi untuk meminang” Uncle Seekers untuk disoal siasat seperti mana tindakan pantas yang dilakukan terhadap kes hina Sultan Johor yang melibatkan seorang pemimpin pembangkang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin melalui isu plat WWW1.

Laporan Polis Terhadap Blog Uncle Seekers Hina Sultan Johor
JOHOR BAHARU – Tiga puluh individu hari ini membuat laporan polis terhadap pengamal paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Laporan polis berkenaan dibuat pada pukul 12.10 tengah hari di Balai Polis Sentral, di sini, bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog Uncle Seekers, uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor. Wakil kesemua individu berkenaan, seorang peniaga, Khairil Azlishah Jalil, 32, ketika ditemui pemberita berkata pihaknya meminta blog Uncle seekers berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen-dokumen sulit yang dipaparkan pada blog tersebut.

“Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim dan kerajaan berperlembagaan, kami tidak puas hati dengan dakwaan-dakwaan serta hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Johor dan kesejahteraan negeri ini.

“Kami tidak mewakili mana-mana parti atau badan bukan kerajaan. Kami dapati penulisan di dalam blog Uncle Seekers semakin hari semakin menjadi-jadi dan sehubungan itu kami mahu polis menjalankan siasatan mengenainya,” katanya.

Jikalau diteliti laporan berita yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia baru-baru ini, laporan polis yang dibuat oleh sekumpulan individu bukan bersandarkan kepada dakwaan fitnah tetapi lebih kepada tulisan artikel-artikel di blog Uncle Seekers yang dilihat menghina dan mengaibakan Tuanku Sultan Johor. Ehem….

Jikalau didapati maklumat yang dikemukanan adalah berbentuk fitnah, Uncle seekers haruslah dihukum dengan tindakan undang-undang yang sewajarnya
Tetapi…….persoalannya sekarang ini jikalau perkara-perkara yang dikemukakan melalui blog Uncle Seekers adalah fakta, adakah Uncle Seekers dipihak yang salah?
Apa yang penting di sini, artikel-artikel dari blog Uncle Seekers yang terus-menerus terhadap Sultan Johor, beberapa kerabat Sultan Johor dan juga kepimpinan tertinggi negeri Johor ini haruslah disiasat bagi mengetahui kebenaran disebaliknya.

Hukuman pancung - jangan lihat jika tidak berani



Berani ?
Kalau tak  berani maka jangan buat jenayah.
Kalau beginilah hukuman kat dunia kerana kesalahan membunuh agak2 ramai tak yang berani nak membunuh?
Bila teringat semula terutama kes anak2 kecil diculik dirogol dan dibunuh rasa marah sangat kan.... rasanya memang patut pelakunya dipancung dikhalayak ramai macam nih
biar sesiapa yang melihat tu terasa gerun dan berfikir 1000 kali nak buat.





Uncle Seekers kena dakwa


eramai 30 orang yang mendakwa mewakili suara rakyat Johor membuat laporan polis ke atas pengkaji paranormal, Syed Abdullah Hussien Al-Attas atau popular dipanggil Uncle Seekers kerana didakwa menghina dan menabur fitnah terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menerusi blognya. Susulan itu, Khairul Azli Shah Jalil, 33, yang mewakili kumpulan tersebut membuat laporan polis di Balai Polis Sentral pada pukul 12.10 tengah hari semalam.


“Uncle Seekers didapati memfitnah, menghasut dan mengadakan provokasi dalam blognya dengan tujuan supaya rakyat Johor membenci dan tidak percaya kepada Sultan lagi,” dakwa Khairul ketika ditemui. -kosmo


Jepun : Negara Festish Aneh


Hotel Bertemakan Gundam (16 Gambar)

Hotel Grand Pacific Le Daiba yang terletak di Tokyo menawarkan bilik hohtel yang pasti menggembirakan Gundamfags seluruh dunia. Bilik hotle khas ini mempunyai rekaan dalaman bertemakan Gundam. Anda boleh tidur diatas katil dengan selimut berlogo Gundam. Tandas pun mempunyai logo Gundam. Pendek kata segala benda Gundam ada didalam bilik ini. Turut disertakan ialah replika kokpit gundam yang boleh anda duduki dan kemudian pretend that you are a Gundam pilot. Hotel ini tereletak berhampiran patung Gundam gergasi. Jadi sesuai sangatlah jika anda mahu melihat Gundam gergasi duduk didalam hotel Gundam. Caj tinggal semalaman ialah USD340. Simpan duit wahai peminat Gundam sekalian





Asal Usul Lagu Welcome to Malaysia Rosalinda Ditemui

Ini lagu asal Welcome to Thailand nyanyian Pamela Bowden. Rosalinda kemudian menyadur lagi ini menjadi Welcome To Malaysia dan menyebabkan orang facepalm tahap naga. Rosalinda maling lagu Thailand!



Makhluk Menakutkan Dari Dasar Laut Ditemui


Ia kelihatan seperti raksasa dari planet lain. Tetapi inilah makhluk yang terasing yang wujud dibawah lautan.
Memeranjatkan gambar-gambar “Polychaeta”, atau cacing skala, menunjukkan bagaimana makhluk ini berkembang dan bertahan dengan tekanan yang melampau lebih daripada 1,000 meter di bawah permukaan air dan persekitaran yang amat buruk tanpa sedikit pun cahaya matahari.
Ciri-ciri makhluk ini termasuk mulut menakutkan yang boleh bergerak keluar masuk, Menjadikannya lebih mudah bagi mereka untuk memakan mangsanya, ini didedahkan dalam satu siri imej-imej yang baru dikeluarkan oleh penyelidik lautan dalam. Makhluk, yang berukuran lebih daripada dua atau tiga sentimeter panjang, sebahagian daripada ekosistem yang tidak diketahui sehingga 40 tahun yang lalu.



Makhluk ini lebih popular dikenali sebagai ‘perokok’ atau cacing Skala ,makhluk ini biasanya ditemui di sekitar zon gempa bumi, gunung berapi dan pinggir plat tektonik. Kawasan ini melepaskan air panas melampau dan koktail bahan kimia yang menyediakan rumah untuk makhluk seperti cacing skala.Makhluk ini seolah-olah makhluk asing dari planet marikh yang panas dan gersang.
Cacing skala merangkak di sepanjang dasar laut berhampiran, Menggunakan gigi ganas mereka untuk mengunyah bakteria dan organisma mudah yang hidup di dalam air panas dan banyak bahan kimia. Makhluk ini mendapat tenaga dari kimia dan bukannya fotosintesis, kerana cahaya tidak menembusi pada kedalaman lebih 1000meter kedasar laut.Ini membawa kepada beberapa hubungan yang pelik: cacing skala adalah perumah kepada bakteria tosymbiotic yang boleh memberikan mereka nutrien.
Sesetengah saintis percaya bahawa cacing skala mungkin bergantung kepada bakteria untuk terus hidup. Keupayaan mereka untuk wujud dalam keadaan seburuk ini yang tidak diketahui oleh manusia, membuat cacing skala menjadi bahan kajian Daniel Desbruyeres, seorang penyelidik kanan di I’lfremer, Institut Penyelidikan Perancis untuk Carigali Laut.
“Jika makhluk ini boleh hidup di persekitaran yang buruk,berkemungkinan manusia juga boleh mendiami planet Marikh yang gersang suatu hari nanti, itulah yang sedang kita kaji pada makhluk ini”,Ujarnya.
“Laut dalam alam adalah salah satu habitat yang paling pelbagai di Bumi, namun persepsi kita masih di peringkat awal”.

Iklan Nike Bertemakan Permainan Video

[lawak] Tempat Terbaik Tidur Ditempat Kerja

Sepanjang Euro 2012, pasti ramai yang mengantuk ditempat kerja kerana melayan perlawanan yang kebanyakkannya berlangsung pada pukul 2.45pagi sehingga pukul 4.30pagi, itu pun jika tiada masa tambahan atau kemenangan ditentukan menerusi sepakan penalti la seperti perlawanan antara Sepanyol dengan Portugal atau Itali dengan England. Bagi mengelakkan diri korang kantoi, ini adalah tempat terbaik untuk tidur. Beberapa rakan sekerja Cap dulu pernah buat macam ni, bila Cap masuk tandas je, terdengar la bunyi dengkuran, kuat pulak tu. haha..






















Bodoh Punyer Mak...Cer Korang Tengok Mak Tu Buat Apa Kat Anak Dia!


Ingatkan kat Malaysia je yang suka dera anak atau dera anak orang ni..kat luar negara pun ada juga...tapi scene ni kat luar negara ke? Nape macam kereta Kancil je kat depan tu? Aaah lantaklah..kesian kat anak dia kan bila Mak tahap nan hadooo buat anak dia macam tu..serius kesian kat budak tu..

FOTO SITI NURHALIZA TONTON EURO 2012


Siti Nurhaliza pun layan Euro Mania Berita Harian di Sekinchan Ikan Bakar, Setiawangsa. Juara Piala Dunia 2010, Sepanyol menewaskan Itali dengan membelasah  skuad 'The Azzuri' itu 4-0 dalam perlawanan akhir Euro 2012, di Stadium Olimpik Kyiv, Ukraine,  awal pagi tadi.

Raja Ilya Nyaris Bunuh Diri Kerana Gambar Kontroversi




SHAH ALAM: Pelakon filem Appalam, Raja Ilya mengakui dia hampir mahu membunuh diri akibat tertekan kerana putus tunang selepas gambar kontroversinya bersama seorang lelaki tersebar hampir dua tahun lalu.



Raja Ilya, 27, berkata, tindakan itu dibuat selepas tunangnya nekad meninggalkannya akibat menerima tekanan daripada pihak keluarga lelaki yang malu dengan penyebaran gambar itu.

"Ketika gambar itu disiarkan dalam sebuah akhbar saya sebenarnya telah mempunyai kekasih lain dan kami telah pun bertunang.

"Saya telah diberi kata dua oleh keluarga tunang sama mahu memilih kerjaya sebagai pelakon atau pun bersama tunang? Jadi, saya membuat keputusan untuk mengorbankan kerjaya saya semata-mata untuk bersama tunang ketika itu.

"Tetapi isu gambar tersebut sentiasa dibangkitkan sehingga tunang saya memutuskan tali pertunangan kami awal tahun lalu.

"Akibat daripada kejadian itu saya menjadi tertekan sehingga menyebabkan saya mengambil pil tidur berlebihan. Perbuatan buruk saya itu menyebabkan nyawa saya hampir-hampir melayang," ujarnya kepada mStar Online selepas ditemui pada sidang media majlis pelancaran drama bersiri Mana Hilangnya Juwita di sini pada Isnin.

Tambah Raja Ilya, akibat perbuatan itu, hampir dua minggu dia terlantar di hospital kerana menghadapi masalah buah pinggang.

"Alhamdulillahlah saya kembali pulih dan saya sedar itu adalah tindakan bodoh yang pernah saya lakukan,” katanya.

Dalam pada itu, Raja Ilya mengakui telah bergaduh besar dengan seorang wartawan yang menyiarkan gambar tersebut selepas setahun menyimpan perasaan marah.

Dia terserempak dengan wartawan tersebut dalam sebuah kapal terbang semasa ingin ke sebuah destinasi.

"Saya tidak faham mengapa dia ingin berbuat begitu kepada saya sehinggakan hidup saya hampir-hampir musnah.

"Ketika itu juga pelbagai masalah menimpa diri saya tambahan pula emak saya disahkan menghidap kanser. Bayangkan perasaan saya ketika itu. Memang saya bertekak dengan dia dan dia berjanji untuk membersihkan nama saya. Saya akan pegang pada janji itu," ujarnya.

Sementara itu, Raja Ilya berkata, dia sudah bersedia untuk kembali bangkit dan membina nama sebagai pelakon yang disegani di negara ini.

Katanya, cukuplah setahun setengah dia membazirkan masa dengan bersembunyi dan setia kepada lelaki yang tidak menghargai cintanya.

"Saya sudah tidak kisah apa yang orang ingin kata tentang saya kerana apa yang penting keluarga tahu apa yang saya buat.

"Sekarang adalah masa untuk memperkenalkan kembali nama saya yang sudah tercalar," katanya.

Raja Ilya bakal muncul dalam sebuah drama bersiri berjudul Mana Hilangnya Juwita di saluran Astro Ria bermula 9 Julai ini, pukul 10 malam.

Akim, Stacy Bersatu Kembali



Keakraban hubungan yang terjalin antara Akim dan Stacy sudah lama diketahui. Meskipun kedua-duanya tidak pernah mengaku mempunyai hubungan istimewa, namun masing-masing tidak menafikan sedang berkawan rapat.
Kolaborasi pertama mereka dalam lagu Jahatnya Cinta juga seolah-olah mengiakan lagi gosip tersebut. Malah, yang terbaru, Akim turut mengundang Stacy untuk bekerjasama
sekali lagi dengannya menerusi lagu berjudul Kembali yang dimuatkan dalam album pertamanya.
Mengakui selesa bekerja bersama gadis Sabah itu, Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad berkata, sebagai rakan baik, dia ingin menonjolkan bakat Stacy yang juga
mampu menyanyikan lagu-lagu balada dengan baik.
“Sebelum ini, ramai yang tahu kebolehan Stacy menyanyikan lagu-lagu rancak. Malah, lagu duet kami sebelum ini juga (Jahatnya Cinta) berirama rancak. Jadi, saya terfikir untuk menonjolkan kebolehan Stacy dalam menyanyikan lagu balada kerana saya sendiri suka mendengar suaranya sewaktu menyanyikan lagu irama sebegitu (balada).
“Tambahan pula, sebelum ini, kami pernah bekerjasama dan saya rasa selesa berurusan dengan dia,” katanya semasa pelancaran album sulungnya yang berjudul Akim Ahmad di No Black Tie, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Mengulas mengenai hubungannya dengan Juara Akademi Fantasia musim keenam (AF6) itu, Akim menegaskan status mereka masih lagi sebagai rakan baik biarpun sebelum ini
timbul gosip mengatakan hubungan ‘cinta’ mereka telah retak.
Namun, bintang Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) ini merasakan tidak mahu terburu-buru dalam mengejar perhubungan. “Pada usia 21 tahun ini banyak lagi perkara perlu
saya fikirkan berbanding mengejar hubungan.
Saya lebih suka tumpu pada karier demi masa depan saya dan keluarga. “Namun, apabila saya sudah berjaya mengumpul aset sendiri seperti rumah, saya pasti akan mula memikirkan hal itu,” katanya yang meletakkan umur 25 tahun untuk berkahwin.
Lebi h selektif
SELAIN menyanyi, Akim juga turut dikenali sebagai pelakon. Sungguhpun baru sahaja berlakon dalam satu filem berjudul Hoore! Hoore! yang ditayangkan baru-baru ini, namun Akim masih meletakkan keutamaannya kepada bidang nyanyian.
Tidak mahu digelar ‘tamak’ dalam merebut peluang, pelantun lagu Janji ini sebenarnya ingin dikenali sebagai artis yang berkebolehan. Katanya, bidang lakonan merupakan percubaannya dalam mengembangkan lagi bakat yang ada selain ingin mengutip pengalaman dalam bidang tersebut.
“Minat saya masih lagi dalam bidang nyanyian, malah itu juga keutamaan saya. Namun, jika ada tawaran berlakon, saya akan melihat dahulu karakter yang ditawarkan sebelum bersetuju,” katanya yang turut meluahkan rasa minat berlakon teater.

NEELOFA,ANZALNA BERMAAFAN TAPI TIDAK BERSALAMAN


NEELOFA,ANZALNA BERMAAFAN TAPI TIDAK BERSALAMAN | Tiada salam dihulur dan mengelak dirakam gambar bersama. Itulah yang berlaku pada majlis pengumuman maaf secara terbuka yang dianjurkan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) bagi melerai krisis dua pelakon muda, Anzalna Md Nasir, 24, dengan Neelofa Mohd Noor, 23, di sebuah hotel di Damansara, Petaling Jaya, semalam. Janggal melihat dua individu yang dikatakan sudah berdamai, tetapi enggan bergambar bersama. Lebih pelik, Anzalna dan Neelofa enggan bersalaman selepas sesi 20 minit itu berakhir. 


"Paling penting, saya sudah meminta maaf. Kita tak tahu hidup sampai bila, jadi lebih baik bermaafan”. - AnzalnaPenganjur memberitahu wakil media, Anzalna dan Neelofa perlu segera meninggalkan majlis kerana jadual penggambaran mereka padat. 

'Drama' dua pelakon muda ini bermula kira-kira jam 1.45 petang. Selepas menunggu hampir sejam, Presiden SENIMAN, Zed Zaidi mengambil tempat duduk di antara Anzalna dan Neelofa. Turut hadir, peguam kedua-dua artis terbabit.

Anzalna kemudian menandatangani dokumen yang dikatakan surat aku janji yang disediakan SENIMAN disusuli kenyataan permohonan maaf.

Namun, ucapan Anzalna terhenti apabila Neelofa menghulurkan kertas yang perlu dibacakan di depan wakil media. 
Anzalna membaca kenyataan itu yang berbunyi: 

"Saya minta maaf kepada Neelofa kerana mengeluarkan kenyataan di Berita Harian pada 10 Jun 2012 di muka surat 10 yang menjejaskan maruah Neelofa dan keluarganya. Saya tiada bukti kukuh untuk menyokong kenyataan itu."

Anzalna yang dilihat menitiskan air mata, pulang lebih awal selepas Zed mengumumkan tiada sidang media diatur. Zed juga meminta semua pihak tidak memanjangkan isu berkenaan.

Namun, wakil media berusaha mendapatkan reaksi kedua-dua pelakon terbabit sejurus majlis berakhir.

Ketika ditanya, Neelofa dan Anzalna mengakui krisis mereka sudah berakhir. Malah Neelofa memberitahu, tidak kisah jika ada produksi mahu menggandingkan dia dengan Anzalna dalam drama atau filem.


Ustaz Azhar Idrus - Hukum Makan Masakan Pondan




Apakah hukum jika makan masakan pondan. Adakah ia haram atau tidak. Ustaz Azhar Idrus menjawab persoalan yang ditimbulkan itu.

Sila tonton klip di bawah.


Gadis Comel Ni Masih Tersenyum Walaupun Kemalangan


Tenang menghadapi dugaan, tetap tersenyum walaupun dalam situasi cemas macam ni..begitulah yang terjadi kepada seorang gadis comel ni ketika dahinya sedang menitiskan darah kerana kemalangan..

Berani tul gadis ni kan...


Erra Fazira Akui Tertekan, Tetap Enggan 'Buka Mulut'


SHAH ALAM: Pelakon jelita, Erra Fazira tetap berpegang teguh dengan prinsip tidak akan berkongsi mengenai kisah rumah tangganya kepada umum kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan.



Erra berkata, dia akan terus berdiam diri kerana bimbang kenyataannya nanti akan disalah ertikan oleh sesetengah pihak yang akan membawa kepada masalah yang lebih besar.

"Saya akan terus berpegang kepada kata-kata saya sebelum ini dan akan terus berdiam diri daripada meluahkan mengenai perihal rumah tangga saya," ujarnya selepas ditemui semasa pelancaran drama bersiri Mana Hilangnya Juwita di sini, Isnin.

Tambah Erra, dia juga belum bersedia untuk membuka mulut dengan isu yang sedang hebat diperkatakan itu dan akan bertahan selagi terdaya.

"Tiada rumah tangga yang sempurna dan begitu juga saya dan itu adalah perkara biasa bagi pasangan yang berkahwin," ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan rumah tangga yang dibina Erra bersama suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin dikatakan goyah apabila timbul pelbagai dakwaan yang mengaitkan pasangan itu.

Dalam pada itu, mengulas mengenai status yang ditinggalkan di laman Twitter miliknya baru-baru ini yang berbunyi "suatu hari saya akan bersuara", Erra memberitahu ia adalah sekadar luahan biasa bagi seorang manusia.

Ujar Erra, perkara itu terjadi apabila dia sangat tertekan dengan pelbagai tohmahan dan cakap-cakap kurang enak mengenai dirinya dan suami sehingga menyebabkan dia tertulis luahan itu.

"Saya kelihatan kuat tetapi ada kalanya saya tewas dengan emosi kerana tertekan dengan keadaan sekeliling namun nasib baik saya cepat sedar akan tindakan itu," katanya.

Sementara itu, Erra memberitahu, dia tidak lagi mengambil peduli dengan tohmahan yang dilemparkan sebaliknya memberikan fokus kepada kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Dia kini sibuk dengan pelbagai aktiviti sehingga menyebabkan dia tiada masa untuk melayan cerita-cerita kurang enak berkaitan dirinya.

"Sekarang sangat sibuk dengan undangan lakonan dan rasanya itu adalah cara paling baik untuk tidak berfikir mengenai kekecohan yang berlaku," katanya.

Erra bakal muncul dalam drama bersiri Mana Hilangnya Juwita di samping pelakon antaranya seperti Lisa Surihani, Datin Umi Aida dan Zahiril Adzim.

Ia bakal menemui peminat pada 9 Julai ini, pukul 10 malam di saluran Astro Ria.

Berhijab Dan Niqab Tanda Protes Gangguan Seksual Di Shanghai (4 Gambar)


Dua orang wanita di Shanghai melakukan protes kecil-kecilan menentang gangguan seksual keatas wanita yang menggunakan keretapi bawah tanah Shanghai Metro. Mereka mengenakan hijab dan niqab bagi menarik perhatian orang ramai terhadap masalah gangguan seksual yang di alami wanita Shanghai. Selain itu mereka juga memegang sebuah iPad dengan mesej;

"Kami mahu kelihatan cool tapi tidak mahu diganggangu orang gatal"

dan

"Kami mungkin seksi tapi tak bermakna kami ingin diganggu"

Protes ini juga adalah reaksi kepada penulisan blog miluk Shanghai Metro yang menyalahkan wanita yang berpakaian seksi kerana menyebabkan diri mereka menjadi mangsa gangguan seksual. Mereka memaparkan gambar seorang wanita berbaju jarang menampakkan pakaian dalam dan menyuruh pengguna wanita supaya jangan terlalu seksi. Netizen Shanghai yang membaca blog ini sepakat membantah mesej yang disampaikan Shanghai Metro. Pada pendapat mereka wanita Shanghai bebas memakai apa yang mereka mahu dan kenapa pula mereka harus merubah gaya pemakaian sedangkan golongan pervertlah yang harus merubah mentaliti kotor mereka.

What do you guys think of this protes? Masuk akal? Perlukah wanita tunduk kepada rules set my men dan pakai pakaian yang sucks semata-mata untuk elakkan gangguan seksual? Me? I think it is pointless. Pakai hijab pun kena raba juga di Malaysia. Perverst don't give a crap. They just want to fap.



SEMAKAN SAMAN POLIS DAN JPJ SECARA ONLINE DAN SMS




Semak saman Polis Trafik (PDRM) Melalui Online Dan SMS
Sebenarnya tahun lepas Admin kena saman sebab lesen mati. Tak sempat nak sambung tetiba je polis tu saman. So terpaksa lah akur kena saman jugak. Kalau ikutkan saman ni dah lama. Admin nak bayar saman tu hari tahun lepas dah tapi bila pergi mahkamah je pekerja dekat mahkamah cakap tarikh tu mahkamah tak bersidang. So Admin balik lah. Diam macam tu je. Tak bayar-bayar saman sampai sekarang.
Bukan apa Admin pergi mahkamah. Orang cakap kalau naik mahkamah kadar saman boleh dapat murah sikit sebab oleh buat rayuan. Kan? Lepas tu Admin tak nak ambil tahu dah pasal saman tu. Ingatkan saman tu terbatal macam tu je. Sekali check dengan internet. Ambik kau. Saman tu ada lagi. Tapi nasib baik saman tu murah je. RM150 je. Bilalah nak bayar saman tu ek? Murah-murah pun duit jugak kan? Melayang macam tu je duit nanti.
Sekarang ni kalau sape-sape yang nak check saman senang je. Semuanya dihujung jari je. Nak bayar saman melalui online pun boleh sekarang ni. Nak Admin tunjukkan macam mana cara nak check saman dan bayar saman? Ok. Admin tunjukkan macam mana.
1. Semakan saman PDRM secara online: KLIK SINI
2. Semakan saman PDRM melalui SMS:
Taip POLIS <jarak> SAMAN <jarak> [nombor pendaftaran/plat kenderaan] hantar ke 32728
Contoh: POLIS SAMAN SA3321S hantar ke 32728
3. Semak saman, lesen memandu dan mata kejara JPJ melalui SMS:
Taip jpj <space> your IC Number and send to 37773
Contoh: jpj 123456734000 hantar ke 37773

4. Melalui SMS 15888
Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu
Taip POLIS SAMAN atau dan hantar ke 15888
Contoh : POLIS SAMAN WAQ1234 dan hantar ke15888
* Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20

Nota Kaki: Untuk semakan saman PDRM secara online anda perlu daftar dahulu akaun anda sebelum semakan dan pembayaran saman melalui laman web itu.
tags : cara untuk menyemak saman, semakan saman jpj, semakan saman online, semakan saman polis, semakan saman sms
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”