Tuesday 18 March 2014

Penerbit komik kontroversi Ultraman beroperasi tanpa permit, guna alamat palsu - KDN

Penerbit komik kontroversi Ultraman beroperasi tanpa permit, guna alamat palsu - KDNKUALA LUMPUR: Penerbit yang menerbit komik kontroversi "Ultraman The Ultra Power" yang didapati menyamakan watak utama komik tersebut denganAllahdidapati beroperasi tanpa permit penerbitan dan menggunakan alamat palsu.

Dalam satu kenyataanKementerianDalam Negeri (KDN) kepada media, syarikat pencetak komik berbahasa Melayu itu juga tidak mempunyai lesen percetakan dan tidak meletakkan alamat pejabat.

"Siasatan KDN mendapati bahawa alamat penerbit seperti yang tertera pada penerbitan komik tersebut iaitu, Resign Publications, No 78, Jalan Brunei Utara, Off Jalan Pudu, 55100, Kuala Lumpur didapati adalah palsu,".

Warta Perintah Larangan yang berkuatkuasa 18 Februari 2014 mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 “Adalah menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan”.

Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Pada 7 Mac yang lalu, KDN mengesahkan bahawa Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku 'Ultraman The Ultra Power', diwartakan kerana kandungan buku itu menyamakan watak Ultraman King sebagai “Allah”.

KDN walau bagaimanapun menjelaskan bahawa watak Ultraman tersebut tidak diharamkan tetapi hanya edisi (Ultraman The Ultra Power) sahaja yang dikenakan Perintah Larangan adalah.

Perintah Larangan terhadap bahan penerbitan ini disebabkan watak Ultraman menjadi idola kepada kanak-kanak yang boleh mengelirukan pemikiran kanak-kanak terhadap sifat “Allah” yang disamakan dengan Ultraman King.

Iklan - Handphone


Iklan Lucu Seksi Uji Ketahanan awek Seksi

Iklan Lucu Indonesia - KONDOM


iklan pepsi lucu


Iklan Kondom Yang Paling HOT (Banned ADS)


Iklan Lucu Say No To Drugs


OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”