Sunday, 22 July 2012

Lebih 4 juta tonton video gadis cun pakai topi ini







NEW YORK – Seorang remaja perempuan yang muncul di laman perkongsian video YouTube dengan memakai topi beruang koala telah mempersoalkan dirinya sama ada dia cantik atau hodoh.

“Kebanyakan orang memanggil saya hodoh dan saya berpendapat saya hodoh. Saya menganggap saya hodoh dan gemuk,” katanya apabila dia mengalu-alukan pengguna Internet dari seluruh dunia untuk memberikan jawapan kepadanya.

Video itu yang berjudul Am I pretty or ugly? dimuat naik pada 17 Disember 2010 dan ditonton lebih empat juta kali di YouTube.

Seorang ahli psikologi keluarga, Profesor Nadine Kaslow dari Universiti Emory di Atlanta berkata, dunia golongan muda kini berada pada satu peringkat baharu.

“Ia (dunia baharu itu) boleh mengaibkan, mungkin memalukan dan anda mula menjadi objek awam berbanding menjadi diri sendiri,” katanya. – Agensi

sumber: kosmo.com.my

- Posted using BlogPress from my iPad

Julia Perez Sebenarnya Lelaki?






Aktres dan penyanyi sensasi Indonesia, Julia Perez (Jupe) menyatakan rasa kecewanya selepas satu kontroversi timbul bahawa dia sebenarnya dilahirkan sebagai lelaki.

“Saya rasa sakit dan kecewa apabila didakwa sedemikian. Nasib baik ada beberapa orang teman wartawan yang telah mendapatkan pengesahan. Oleh itu mereka tahu apa kebenarannya,” ujarnya seperti dipetik dari Kapan Lagi ketika ditemui di majlis pelancaran single “Siti Nurbaya” dan program “Jupe Cari Jodoh” di Epicentrum Walk, Kuningan, Jakarta Selatan baru-baru ini.

Bagi membuktikan kebenaran tersebut, bekas kekasih pemain bola Gaston Castano ini turut meminta wartawan lain untuk bertanya terus kepada doktornya, Boyke, sekiranya dia pernah melakukan sebarang transformasi jantina.

“Jika tidak percaya, anda boleh terus bertanya kepada doktor Boyke yang tahu dalaman saya. Dia tahu jika saya adalah seorang lelaki atau wanita.

“Ya, apa yang pasti ini saya adalah wanita. Ini adalah hasil kurniaan Tuhan. Saya adalah seorang penghibur dan milik masyarakat,” jelas aktres berusia 31 tahun ini.

Sebelum ini Jupe pernah dikaitkan dengan kontroversi ini selepas dilihat menghadiri acara yang dianjurkan oleh mereka yang pernah melakukan transformasi jantina.(Ashraf Nasser | Cinema Online)



- Posted using BlogPress from my iPad

Si manja jatuh katil

Pada umur anak 5 bulan ke atas si manja anda sudah boleh bergolek2 jadi perlu pengawasan yg lebih supaya si manja anda tidak terjatuh.

Jika si manja anda terjatuh tanda2 berikut perlu di pantau dan jika terdapat tanda2 tersebut perlu membawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah2 memancut
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Tarik atau sawan (fit)
6. Lebam pada bahagian belakang telinga
7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota bdn spt tangan atau kaki
8. Tidak stabil semasa berjalan

Semua tanda2 yg dinyatakan perlulah diperhatikan terutamanya dlm tempoh 24 jam selepas terjatuh.





Lebam pada bahagian belakang telinga.





CT Scan menjunjukkan perdarahan ( bahagian putih) pada bahagian otak

Sumber:PAKAR KANAK KANAK SAIFUL




- Posted using BlogPress from my iPad

Gaji Pemain Bolasepak Tertinggi Di Dunia








Pemain Sweden, Zlatan Ibrahimovic melakar sejarah menjadi pemain bola sepak yang memperoleh pendapatan tertinggi di dunia apabila kelab mewah Perancis, Paris St. Germain (PSG) bersetuju untuk membayar gaji £220,000 (RM1,084,277) seminggu, musim depan.



Pemain berusia 30 tahun itu melengkapkan perpindahan berjumlah £18 juta (RM88 juta) dari AC Milan ke PSG.

Bagaimanapun, jumlah itu akan meningkat kepada £11.4 juta (RM56.19 juta) setahun sekiranya beliau berjaya mencapai sasaran kelab tersebut.

“Saya akhirnya di Paris. Impian saya untuk bermain bersama PSG menjadi realiti.

“Bagi saya, perpindahan ini merupakan satu langkah besar dalam karier saya, kerana bermain dengan PSG adalah perkara yang luar biasa.

“Jadi, saya gembira menjadi sebahagian bersama keluarga PSG. Dan saya berjanji akan memainkan peranan dalam menaikkan imej kelab ini nanti,” kata Ibrahimovic.

Tambah Ibrahimovic, “memang benar bahawa saya tidak mengetahui tentang Liga Perancis tetapi saya yakin mampu beraksi dengan baik.”

PSG yang dimiliki oleh jutawan Qatar, bersedia untuk memperkukuhkan skuad seperti usaha yang dilakukan oleh kelab mewah England, Manchester City, sekali gus memburu gelaran pertama Liga Perancis sejak kali pertama melakukannya pada tahun 1994.

Sementara itu, pengarah sukan PSG, Leonardo berkata, mereka gembira apabila akhirnya berjaya membawa seorang pemain yang berkaliber dalam kelab itu.

“Ini adalah tahun yang besar untuk PSG. Ini kerana seorang pemain yang berkaliber telah datang ke Paris.

“Dan saya yakin, Ibrahimovic mampu membantu kami dan merealisasikan PSG untuk memburu gelaran pertama Liga Perancis nanti,” kata Leonardo. – Sinarharian






- Posted using BlogPress from my iPad

Menu Sahur : Kelempung@Paru Goreng Berempah

Assalamualaikum dan selamat pagi buat sahabat bloggers..
Dah sahur?..Mesti dah kan?..waktu sahur pun dah abis...kalau still dok makan gak, itu bermakna, puasa yang yang yok..pagi2 buka periuk..hehehe..gurau2 jek ek..
Ok..hari ni nak share satu resepi yang mudah, tapi sedap banget. Resepi ni jumpa masa blogwalking mencari menu2 untuk bersahur yang nampak sedap dan senang untuk disediakan. Resepi ni ambil dari rumah Nur from My Little Kitchen. Kak Nur..saya minta izin C&P resepi ke sini ek....Ha...bagi yang tak tahu, belah utara ni, kami panggil peparu tu kelempung..bukan pelampong ataupun kepompong tau!..hhehe..So, bagi sesiapa yang buntu mencari idea untuk menu bersahur, bolehlah cuba resepi ni. Memang sedap dan mudah untuk disediakan. So, lets check out the recipe





Paru Goreng Berempah - Resipi Puan Asiah Samsuddin
Sumber: Nuridah Salleh
Bahan-Bahan
600gm paru atau kelempung
1 camca besar ketumbar*
1 camca teh jintan kasar* bahan bertanda *ditumbuk kasar*
1 camca teh jintan halus*
2 cm kunyit basah atau
1 camca besar serbuk kunyit ditumbuk halus
3 ulas bawang putih
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng
Cara-Cara
1. Cuci bersih paru dan masukkan ke dalam periuk.
2. Masukkan ketumbar, jintan kasar dan jintan putih berserta garam
dan air secukupnya. Rebus hingga empuk.
3. Apabila telah empuk, angkat dan biarkan sejuk sedikit barulah di
potong selebar 5cm atau agak-agak aje. Gaul dengan kunyit, bawang
putih dan sedikit garam.
4. Panaskan minyak, goreng paru hingga garing.
- Posted using BlogPress from my iPad

Resepi Ayam Masak Paprik Cara Mudah dan Senang Untuk Berbuke

Resepinya amatlah mudah, senang dan sedap. Resepi masakan ayam masak paprik ini sesuai dihidangkan untuk berbuka puasa mahupun bersahur kerana penyediaannya yang mudah dan cepat. Resepi masakan ayam masak paprik ini hanya untuk anggaran 2 orang makan. So, kalau untuk lebih dari kuantiti tue korang boleh ubahsuai kuantiti daripada resepi ayam masak paprik ini ye.






Bahan-bahan Resepi Masakan Ayam Masak Paprik ( untuk 2 orang makan )

1 mangkuk kecil isi ayam (dipotong kecil)
1 ulas bwg putih+ 1/2 labu bawang besar (dikisar/ditumbuk)
1 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos tiram (cik tom gunakan 2 sudu besar kicap manis)
1 ½ inci carrot (dipotong)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
2 biji cili padi (dihiris)
1/4 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1 sudu kecil minyak untuk menumis
2 helai daun limau purut

**untuk pekatkan kuah paprik boleh jugak masukkan tepung jagung.
**untuk lagi sedap boleh masukkan sayuran seperti bunga kobis, putik jagung, kacang panjang/buncis atau apa-apa jenis sayuran yang disukai.

Cara-cara masakan resepi masakan ayam masak paprik;

1. Panaskan minyak di dalam kuali.

2. Kemudian tumis bawang besar, bawang putih yang dikisar dan cili boh sehingga naik bau.

3. Masukkan ayam, kicap, sedikit air dan kacau sehingga rata.

4. Tutup kuali untuk masak ayam sehingga lembut.

5. Masukkan carrot, cili padi dan bawang besar yang dihiris ke dalam kuali.

6. Masukkan garam dan serbuk perasa.

7. Masukkan air sedikit lagi kalau nak berkuah.

8. Tutup kuali seketika sahaja, jangan sehingga sayur layu.

9. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba ye!




- Posted using BlogPress from my iPad

Iklan Yang Mintak Penampar

Iklan memang sangat penting untuk memajukan sesebuah perniagaan, tanpa adanya pengiklanan orang lain mungkin tak tahu tentang kewujudan sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat.

Tapi tahukah anda iklan yang melampau boleh menaikkan kemarahan orang? contohnya macam ni.. tengok la, iklan yang fail.. memang mintak penampar..hahaha





- Posted using BlogPress from my iPad

Tips Untuk Tidak Mengantuk


Mungkin ada di antara korang yang selalu mengantuk kan? tak kira la waktu pagi ke tengahari ke walaupun dah tidur dengan cukup..yaa..memang waktu tidur korang cukup tapi masih tidak mencukupi..meh baca entri ni untuk mendapatkan tips agar tidak selalu mengantuk..





Tips Untuk Tidak Mengantuk

1. Dapatkan tidur yang mencukupi
Anda sering mendengar “kamu tidak cukup tidur ni..” dan perkara ini ada betulnya. Tetapi bagaimana tidur dengan cukup yang dimaksudkan? Tidur dengan cukup pada pandangan saya ialah apabila anda bangun dari tidur pada keesokan hari, anda akan merasa lebih segar dan tidak ingin untuk sambung tidur. Waktu tidur yang normal biasanya adalah daripada 7 hingga 8 jam. Tips dari saya, untuk belajar bangun awal daripada biasa, anda memerlukan latihan. Sama seperti latihan fizikal sekalipun supaya ia menjadi habit. Tekniknya, dalam satu hari, cuba tidur 5-10 minit dalam 2 atau 3 kali sehari. Semasa anda tidur, letakkan jam loceng berjauhan dari anda. Pastikan jauh jam loceng tersebut sehingga memaksa anda untuk bangun untuk memadamkannya. Kemudian renggangkan badan anda dan seterusnya membasuh muka. Jadikan ia sebagai latihan dan percayalah ia akan membantu anda untuk bangun lebih awal!

2. Setkan waktu bangun dengan tetap
Pada setiap hari anda hanya perlu fokuskan kepada waktu bangun anda sahaja. Cuba tidak fokus pada waktu untuk tidur. Setkan jam pada waktu yang anda ingin untuk bangun dan cuba konsisten bangun pada waktu tersebut, anda boleh lakukannya dengan melakukan latihan seperti di atas. Pada waktu malam, biasakan tidur pada ketika anda berasa mengantuk sahaja. Sekiranya anda mengantuk pada pukul 3 pagi, pastikan anda bangun pada pukul 6 pagi. Keesokannya, anda pasti akan tidur dengan lebih awal dan bangun pada waktu yang sama. Konsepnya di sini, kita tidak ingin cara tidur kita mengganggu ritma circadian badan yang sudah ditetapkan.

3. Tingkatkan untuk tidur lebih awal dari sebelumnya
Dapatkan tidur yang lebih awal dari hari-hari yang sebelumnya. Cuba tidur dengan 15 ritma lebih awal dari sebelumnya. Ubah secara perlahan-lahan supaya cara kita tidur tidak terkejut dengan ritma yang baru. Cara ini lebih baik dari tidur 1 jam awal dari sebelumnya. Apabila sudah tidur 15 minit awal, cuba kekalkan ritma tersebut.

4. Dapatkan habit pemakanan yang tetap
Pastikan anda menjaga waktu makan anda. Anda wajib mendapatkan sarapan supaya ia dapat membekal tenaga kepada anda. Pada waktu tengah hari cuba tidak memakan makanan yang betul-betul berat. Sekiranya anda tidak bersarapan anda akan cenderung untuk memakan lebih banyak pada tengah hari. Ini juga akan menggannggu ritma circadian. Anda harus kekalkan ritma circadian anda. Apabila tidak makan, kita akan merasa lebih letih dan cenderung untuk tidur, begitu juga apabila anda makan secara berlebihan. Ia akan menyebabkan anda lebih nyenyak untuk tidur.

5. Bersenam setiap hari
Anda digalakkan bersenam, sama ada di waktu petang atau di waktu pagi. Saya amat menyarankan anda untuk bersenam di waktu pagi kerana ia akan membantu anda untuk lebih fokus dan kreatif. Apabila anda bersenam, ia juga akan membantu anda untuk tidur dengan lebih awal. Awas! Elakkan untuk bersenam 2-3 jam sebelum tidur. Perkara sebaliknya akan berlaku kepada anda.


6. Susun semula jadual anda
Sekiranya anda merasakan badan anda perlu tidur 7-8 jam, elakkan melakukan perkara-perkara penting sebelum tidur. Cuba lakukan perkara-perkara yang penting di awal pagi. Pada waktu pagi anda mempunyai tenaga yang banyak dan ini akan meningkatkan fokus dan produktiviti anda. Cuba tinggalkan tugas-tugas yang kurang penting atau tidak penting untuk memudahkan anda tidur dan mendapatkan kualiti masa yang anda inginkan. Tugas-tugas tersebut anda boleh lakukan pada waktu pagi dan juga petang. Jangan serabutkan kepala anda dengan tugas-tugas yang berat di waktu malam. Pastinya ia akan menggannggu tidur anda.

7. Dapatkan tidur yang sebentar pada waktu tengah hari
Dapatkan 15-20 minit untuk anda tidur pada waktu tengah hari, ia baik untuk mengembalikan tenaga anda semula semasa bekerja. Tetapi pada waktu 15-20 minit ini, pastikan anda setkan jam anda dan pada waktu ini, anda tidak perlu untuk dapatkan tidur yang nyenyak. Cukup sekadar pejamkan mata anda dan rehatkan fikiran anda. Cukup masa, terus bangun dan teruskan kerja anda.

8. Pastikan katil anda hanya untuk tidur Jangan lakukan perkara lain selain tidur dan hubungan kelamin (untuk yang berkahwin). Apabila anda melakukan banyak perkara di atas katil, anda mungkin sukar untuk tidur dan mungkin juga anda akan tidur berlebihan. Fungsi katil adalah untuk tidur. Ingat tu! Sekiranya anda sedang belajar, jauhkan tempat belajar anda dengan katil. Supaya anda tidak terus tidur, walaupun anda tidak habis belajar.

9. Jumpa doktor pakarSekiranya anda mendapati anda tetap tidur dengan berlebihan walaupun anda sudah tidur dengan cukup, ataupun sentiasa tertidur ketika melakukan kerja tanpa menunjukkan tanda-tanda mengantuk, sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Anda mungkin mengalami penyakit ‘narcolepsy’ atau ‘sleep apnea’ iaitu masalah bernafas ketika tidur. Tidur berlebihan dan sentiasa lemah mungkin merupakan penyakit yang anda hidapi walaupun tanpa anda sedari.


- Posted using BlogPress from my iPad

Datuk Ditahan Ponteng Puasa

Hari pertama bulan Ramadan dicemari dengan tingkah laku warga emas beragama Islam tanpa segan silu menikmati sarapan pagi di sebuah kedai makan bukan Islam di Melaka




Tanpa menghiraukan orang ramai yang lalu lalang, warga emas terbabit dengan selamba menghirup hidangan kopi panas sambil menikmati roti bakar.

Bagaimanapun, perbuatan mereka itu dikesan anggota Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang bertindak menyerbu kedai makan berkenaan, pagi semalam.

“Saya mengaku saya makan tadi,” kata warga emas berusia 65 tahun itu sebaik saja menyedari kehadiran anggota penguat kuasa.

Ketua Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, warga emas berkenaan merupakan seorang daripada lima yang dicekup kerana makan di khalayak ramai di bulan puasa.

“Kesemua mereka berusia 40 hingga 65 tahun itu, termasuk tiga daripadanya sudah bergelar warga emas, di tahan di kawasan ‘panas’ tempat tumpuan mereka yang ponteng puasa.

“Lebih mengejutkan, ada antara warga emas berkenaan sudah pun bergelar datuk kepada sembilan orang cucu,” katanya kepada pemberita ketika mengikuti operasi berkenaan, semalam.

Rahimin turut melahirkan rasa kecewa kerana masih ada pengusaha kedai makan Islam yang beroperasi di siang hari, sekali gus memberi ruang kepada mereka yang tidak berpuasa.

“Tindakan peniaga ini mencemarkan imej umat Islam sendiri. Sepatutnya mereka sama-sama menghormati Ramadan dan tidak mengambil kesempatan untuk kejar keuntungan semata-mata,” katanya.

Menurutnya, kesemua yang ditahan itu akan disiasat mengikut Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka yang memperuntukkan denda RM1,000 dan penjara enam bulan.

Berikutan itu juga, katanya, Jaim akan terus melipat gandakan penguatkuasaan untuk memastikan kesucian Islam sepanjang Ramadan ini tidak diperlekehkan.

Katanya, ini termasuk tindakan terhadap mereka yang dikesan membeli nombor ekor pada bulan Ramadan. – SinarHarian


- Posted using BlogPress from my iPad

Perkara Yang Membatalkan Puasa







Assalamualaikum dan selamat berpuasa.. rasanya ramai dah tahu apa dia perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa ni, tapi ada juga yang masih keliru, jadi jom kita tengok apa perkara yang boleh membatalkan puasa ni..

1. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.
2. Memasukkan sesuatu ke dalam dubur (jalan belakang) atau qubul (jalan depan) dengan sengaja.
3. Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa).
4. Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak mengeluarkan mani.
5. Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk cium dan sebagainya.
6. Kedatangan haid atau nifas.
7. Gila sekalipun hanya sekejap masa.
8. Mabuk atau pengsan sepanjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
9. Bersalin.
10. Murtad-iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan atau perbuatan.

Haa.. ni la sedikit sebanyak perkara yang boleh membatalkan puasa.. jadi kena alert la yek.. selamat enjalani ibadah puasa :)






- Posted using BlogPress from my iPad

Perbezaan Iklan Diantara Harian Metro Dan The Star




Mungkin kerana Harian Metro mahu lebih Syaria Compliant dari The Star.




- Posted using BlogPress from my iPad
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”