Saturday, 18 August 2012
Undang-undang pelik di setiap negara
Banyak perkara yang agak pelik berlaku di alam nyata. Bunyi macam mengarut, tetapi itulah kenyataannya.
THAILAND :
* Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.
SWISS :
* Dilarang berkebun di hari minggu.
SWEDIA :
* Dilarang mengecat rumah tanpa izin daripada kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.
KOREA SELATAN :
* Polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima daripada para pemandu yang ditahan.
SINGAPURA :
* Dilarang berjalan (bogel)
* Tidak flush jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.
UNITED KINGDOM :
* Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
* Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.
MEXICO :
* Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat memprovokasi rakan kerja selama jam kerja.
* Dilarang memaki di tempat umum.
AUSTRALIA :
* Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
* Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.
YUNANI :
* Dilarang mengenakan topi di stadium, kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.
KANADA :
* Dilarang menempel plaster luka di tempat umum.
* Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
* Dilarang memanjat pokok.
PERANCIS :
* Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.
ISRAEL :
* Dilarang memelihara babi di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.
AMERIKA
ARIZONA :
* Dilarang memandu tanpa kasut.
* Dilarang bermain domino di hari Minggu.
* Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
* Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
* Dilarang memandu dengan mata tertutup.
ALASKA :
* Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
* Dilarang memberi minum bir pada rusa.
* Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.
ARKANSAS :
* Suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
* Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
* Wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
* Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.
CALIFORNIA :
* Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.
COLORADO :
* Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan anda ditahan olehnya.
CONNECTICUT :
* Dilarang mencium isterinya di hari minggu.
FLORIDA :
* Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
* Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
* Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.
WASHINGTON :
* Dilarang menyusui anak di tempat awam.
HEBAT!!! Seorang Pelajar Mampu Cipta iPad Dari Komputer Terpakai!
Seorang pelajar kolej di China telah mencipta sebuah komputer tablet yang menyerupai iPad hanya dengan menggunakan bahan daripada komputer riba terpakai milik teman wanitanya. Wei Xinlong dan Sun Shasha merupakan pelajar senior di Jabatan Seni dan Rekaan di Universiti Changchun, utara China.
Ia mengambil masa selama 10 hari dan menelan belanja sebanyak 800 yuan (RM400) untuk menghasilkan peranti itu dengan berat dan ketebalan yang dilihat serupa dengan produk iPad keluaran Apple Inc. Tablet PC dengan teknologi sesentuh itu membolehkan pengguna untuk membaca, memuat turun, menonton movie dan bermain game.
Menurut Wei, dia tidak cukup duit untuk membelikan sebuah komputer baru buat kekasihnya itu, maka dia mula menciptanya dengan cara mempelajari cara-cara menghasilkan Tablet PC dan iPad daripada rakaman video di internet.
“Papan utama, video card, CPU dan skrin semuanya dari komputer lama yang menelan belanja 500 yuan (RM250)”
“Dan saya membeli skrin sesentuh dan bateri secara online,” tambahnya lagi.
Wei juga menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk menghias bahagian luaran tablet PC tersebut kata Sun.
“Inilah hadiah terbaik yang pernah saya terima, dan saya akan menjaganya selama-lamanya” tambah teman wanitanya.
Al-Quran Dijadikan Pembalut Mercun
Beberapa orang penduduk Panton Labu di Aceh terperanjat apabila menjumpai cebisan Al-Quran dibuat pembalut mercun.
Perbuatan tersebut telah menimbulkan kemarahan penduduk kerana menganggap ia merupakan satu penghinaan terhadap islam.
Kejadian itu telah dilaporkan oleh seorang peniaga yang dikenali sebagai Nurdin menjumpai kertas mercun yang dipenuhi tulisan Al-Quran semasa sedang berniaga pada minggu lalu.
Kemudian untuk tindakan selanjutnya, dia terus melaporkan perkara ini kepada Majlis Permesyuaratan Ulama (MPU) Tanah Jambo Aye.
Ketua MPU telah mengesahkan cebisan kertas yang dijumpainya itu ternyata merupakan cebisan daripada helaian Al-Quran dan menegaskan orang yang bertanggungjawab akan ditangkap dengan segera
Gambar Paling Sedih Dalam Bulan Puasa
Benar - benar tersentuh melihat keadaan adik ini....sama - samalah kita berdoa untuk kesejahteraan mereka disana dan semoga Allah kekalkan nikmat yang kita perolehi hari ini..Amin
"Seorang kanak-kanak di Selatan Sudan mengheret mayat ibunya sambil menangis tanpa mengetahui bahawa ibunya telah meninggal dunia akibat dahaga dan kebuluran.. "
Apa nilai gambar ini di mata anda jika anda masih membazir makanan walaupun sebiji nasi atau setitis air?
Astaghfirullahhala'zim
PEDANG RASULULLAH S.A.W AL-MA'TSUR
Pedang ini adalah pedang yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w sejak muda lagi sebelum baginda menerima wahyu,pedang ini adalah peninggalan ayahanda Baginda s.a.w. Oleh itu dibahagian yang dekat dengan pemegang ada tulisan kaligrafi al-kufi yang berbunyi " Abdullah bin Abdul Mutalib".
Pemegang dan sarungnya dahulu diperbuat daripada kayu.Namun disebabkan ianya rosak dimakan zaman,ia diperbaiki kembali pada abad ke 10 Hijrah bersamaan 16 masihi dengan dilapisi kulit binatang.
Pedang ini juga selalu digunakan oleh Baginda dalam banyak peperangan sehingga akhirnya diberikan kepada Sayidina Ali bin Abi Talib bersama sama dengan peralatan perang yang lain selepas kewafatan Baginda s.a.w.
Harga Minimum Rokok RM7 Mulai 1 September
Kerajaan menetapkan harga minimum bagi semua jenama rokok ialah RM7 mulai 1 Sept dan hanya membenarkan syarikat rokok mengeluarkan 20 batang rokok dalam satu paket.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata serentak itu, kerajaan turut memansuhkan semua jenis diskaun yang ditawarkan oleh syarikat rokok.
Beliau berkata kerajaan juga hanya membenarkan syarikat rokok mengeluarkan 10 paket dalam satu karton.
“Mulai 1 Sept 2012, semua diskaun jualan rokok akan dimansuhkan… semua jenama rokok tidak boleh mengadakan diskaun. Pelarasan diskaun harga jualan runcit rokok dimansuhkan. Hanya satu harga minimum iaitu RM7 untuk paket 20 batang.
“Pengilang-pengilang membungkus rokok perlu memastikan dalam paket hanya 20 batang dan satu karton mengandungi 10 paket sahaja,” katanya pada sidang akhbar selepas memperkenalkan ‘Duta ASAP Smoke Free Lifestyle’, di sini hari ini.
Liow berkata dengan penguatkuasaan peraturan itu kesemua rokok yang dijual dalam negara hendaklah dijual dengan harga tidak kurang daripada harga minimum yang ditetapkan itu.
Tahun lepas harga minimum rokok ditetapkan RM7 bagi 20 batang apabila Kementerian Kesihatan menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau.
Bagaimanapun kerajaan ketika itu tidak menetapkan saiz paket dan terdapat 21 batang rokok (RM7.23), 22 batang rokok (RM7.70), 23 batang rokok (RM8.05).
Liow berkata walaupun sebelum ini penjualan rokok pada harga yang lebih rendah dilarang, syarikat rokok dibenar membuat pelarasan harga sebanyak tiga kali setahun dengan perbezaan harga tidak boleh melebihi lima peratus.
Beliau berkata kerajaan menguatkuasa peraturan baru itu untuk mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok terutama oleh kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah selain membendung aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan.
Dengan penguatkuasaan peraturan baru ini, kompaun antara RM500 dan RM5,000 dikenakan bagi kesalahan menjual rokok di bawah harga minimum manakala bagi kesalahan menjual rokok tidak sah, peniaga yang didapati bersalah boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun. – Sinar harian
[Video] Betul - Betul Menggamit Memori - Iklan Merdeka Sime Darby 2012
ahukah anda Sime Darby adalah syarikat multinasional yang mempunyai beberapa branchnya di negara-negara luar? Sime Darby sudak lama ditubuhkan di negara ini semenjak 1910 lagi iaitu sebelum merdeka lagi. Ini bermakna syarikat ini sudah mempunyai pengalaman yang kukuh dan kewangan yang stabil jika diukur dengan tempoh perkhidmatan yang beigitu lama.
Tapi bagaimana pula dengan skandal kerugian berbilion-bilon company ini 3-4 tahun dahulu? Apa yang dah jadi? Lupakan hal tersebut jom kita layan iklan merdeka dari mereka.
Episod terakhir Doraemon
Sedikit info tentang Doraemon..
Doraemon adalah Robot kucing berwarna biru dari abad ke-22 yang dikirim ke abad ke-20 untuk menolong Nobita. Lahir pada 3 September 2112. Tinggi badannya 129,3 cm dan berat 129,3 kg. Makanan kesukaannya adalah dorayaki. Doraemon sangat menyayangi dan setia kepada Nobita. Seringkali ia menolong Nobita walaupun ia sendiri dalam kesusahan..
Mungkin ramai di antara kita yang dibesarkan dengan cerita doraemon kan..Sebenarnya cerita doraemon tiada penamatnya kerana pencipta asal komik doraemon Fujiko Fujio meninggal dunia sebelum sempat menghabiskan episod terakhir cerita Doraemon.
Video ini merupakan episod terakhir yang direka..jom kita layan.. Taktaw la betul ke tidak.. THE FINAL DORAEMON
p/s: kena tengok video ni sampai habis baru faham jalan ceritanya.. :)
Telefon Bimbit Paling Tahan Lasak Di Dunia
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, rasanya ramai yang beranggapan telefon paling lasak di dunia adalah telefon bimbit jenis nokia 3310 bukan? boleh dianggap telefon lagenda buat masa sekarang.. haha, salah jawapannya, kerana telefon bimbit paling tahan lasak di dunia ialah Telefon bimbit Sonim Technologies model XP3300 Force merupakan telefon bimbit yang paling tahan lasak di dunia dan telah menerima anugerah Guinness World Record untuk kategori Telefon Bimbit Paling Tahan Lasak Dunia.
Telefon Bimbit itu telah berjaya membuktikan ketahanannya walaupun telah dijatuhkan dari ketinggian 25.29 meter (82 kaki 11.67 inci) ke atas konkrit dan tidak mengalami sebarang kerosakan operasi semasa demonstrasi di negara Belanda. Malah gajet itu tidak rosak walaupun direndam di dalam air selama lapan jam. Telefon Bimbit ini juga tahan suhu panas sehingga 75 darjah Celcius dan takat beku -30 darjah Celcius di bawah paras beku selain kalis gegaran dan tekanan melebihi satu tan.
Percubaan rekod itu yang diadakan di Epe telah dianjurkan oleh pembuat Telefon Bimbit berkenaan untuk menunjukkan ketahanan telefon berkenaan dan khabarnya peralatan yang digunakan untuk mengesahkan altitud telah pun disahkan sebagai alat tentukur tepat oleh pakar yang sesuai sebelum percubaan itu, di samping kehadiran dua jurutera dari institut Dutch Metrology yang juga hadir untuk mengesahkan ukuran tepat jarak kejatuhan telefon itu.
Telefon bimbit itu dilindungi kerangka plastik dan getah berwarna kuning cerah dan hitam yang tahan lasak manakala beratnya pula rata-rata 130 gram. Ia lebih tebal berbanding kebanyakan telefon bimbit lain tetapi jauh lebih lasak.
Walau bagaimanapun telefon tersebut hanya berjaya untuk kekal dalam keadaan baik selepas kejatuhan 10 meter dan 25 meter, namun setelah dijatuhkan pada ketinggian 30 meter is sudah tidak berfungsi dengan baik.
Berikutan dengan kejayaan percubaan tersebut, wakil pengadil dari Guinness World Record (GWR), Lucia Sinigagliesi memberikan sijil perakuan GWR kepada Pengarah Urusan Sonim, Benelux Roy Vervenne sebagai tanda kejayaan syarikat Telefon Bimbit itu.
Rekod sebelum ini dipegang oleh telefon lasak JCB, yang hanya mempunyai ketahanan pada ketinggian 3.25 meter.
Biodata dan Siapakah Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar pendakwah?
Ustaz Azhar Idrus, penceramah dari Terengganu yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya remaja. Setiap kali beliau berceramah, tidak kira dimana, ribuan yang hadir. Kehangatan Facebook juga sedikit sebanyak “mempopularkan” Ustaz ini dengan setiap kata-kata nasihat dan penjelasan berkenaan agama darinya dikongsikan secara viral dan tidak pernah putus.
Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.
Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.
Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.
Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.
Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.
Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani.
Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga. Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang ditemui di beberapa blog.
# Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
# Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
# Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
# Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
# Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
Nama :
Ustaz Azhar Bin Idrus
Tarikh Lahir:
12 Februari 1964
Berasal:
Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu
Hobi :
Mengembara (taakulan penulis) dan fotografi Alam Hidupan.
Pendidikan :
1.Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah.
2.Sekolah Menengah Darulaman Alor Setar, Kedah. (Tingkatan 1 dan 2)
3.Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3 hingga 6)
4. Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
5.Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun
Pengalaman :
1. Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985, benda lagho kata beliau.
2. Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
3. Mula mengajar (hanya menyampaikan yang sekdar tahu sahaja, kate beliau) di surau ladang, kampungnya
Isteri :
1. Rogayah Binti sulong, Johan Qariah Tilawah Al-Quran Kebangsaan 1978 (42 Tahun)
2. Wan Halimatun Nisa’ Binti Wan Mohd Nor (26 Tahun)
Anak :
1.Nur Madihah Asyiqin (20 tahun)
2.Nur Farhah (19 tahun)
3.Mohd Faqihuddin (18 Tahun)
4.Mohd Zuhaili (16 tahun)
5.Ikhwan Najmi (14 tahun)
6.Khairul Mukmin (7 tahun)
7.Rasydan (6 tahun)
Sehingga hari ini, nama Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra sebagai UAI amat disenangi oleh ramai orang terutamanya golongan remaja yang majoritinya mula memahami Islam dengan lebih mendalam selepas mengenali UAI samaada secara bertemu empat mata mahupun sekadar membuat rujukan dari pelbagai ilmu yang disampaikan melalui Youtube, Facebook dan sebagainya. Ustaz Azhar Idrus sangat mesra dan rapat kepada golongan blogger yang menjadikan UAI benar-benar seorang Ustaz yang terbuka mindanya serta celik IT.
Ustaz Azhar Idrus juga amat aktif dalam membantu mereka yang memerlukan pemahaman dan penjelasan tentang kemusykilan soal agama melalui Facebook Page miliknya, Ustaz Azhar Idrus (Original)
Apapun sudah menjadi resmi alam, tak semua manusia akhir zaman ini terutamanya para Ilmuan Islam (Alim) disenangi oleh semua orang. Sering sahaja kata-kata UAI disalah-ertikan dan sentiasa mencari jalan untuk memutarbelit apa yang disampaikan UAI untuk melihatkan UAI sebagai seorang yang sesat. Kepada yang aktif bersifat begini, hentikanlah. Ianya jelas tidak akan mendatangkan kebaikan kepada anda. Jika tidak suka, anda simpanlah dalam hati. Usah bawa orang lain ke gaung kebencian penuh kehitaman anda.
Tekken Tag Tournament 2 Cinematic Opening Video Posted
Tekken Tag Tournament 2 is scheduled to be released this September 2012. To hype up the release of the game, Namco began streaming the opening cinematic video for the upcoming console fighting game of the Tekken Tag Tournament 2! This features allies and enemies in the recent King of the Iron Fist Tournament.
Tekken Tag Tournament 2 is slated for September 11th (North American) and 13th (Japan) release for 7980 yen, and will be available on the PlayStation 3 and Xbox 360 consoles.
Subscribe to:
Posts (Atom)