Saturday 11 August 2012

Filem gila-gila remaja 1986




15 Ogos 2002, sedang aku asyik tengah mencari lagu untuk di download ( web Khairilhusni), mata aku mula tertumpu pada sebuah lagu ni... Memburu Impian - Gila-Gila Remaja. Eh... masih ada lagi lagu ni yer.... Dan tak semena-mena otak aku ni pun mula mengenang kembali zaman aku masih budak-budak dulu... maklumlah, masa filem ni melatop , masa tu zaman remaja tengah gempak dengan rock. Memang Nostalgia cerita ni... dengan motor scrambler dan kasut Nike high cut ...fuh ....


Intro Gila-Gila Remaja:


Aku minat betul kat filem ni. Ianya adalah arahan Hussein Abu Hassan (Ayah Faizal Hussein) dan diterbitkan pada tahun 1984. Filem ni memang best, lebih best jika nak dibandingkan dengan cerita KL Menjerit, Janji Diana atau filem-filem baru sekarang yang melibatkan remaja, lumba motor dan sosial remaja.



Gambar terbaru watak-watak gile-gile remaja 1986
Pengarah
Hussein Abu Hassan
Pelakon
Faizal Hussein ... Roy (Azroy)
Rehana Yasin ... Suzana
Kamarool Yusof ... Farouk
Rosyam Nor ... Remy
R. Jaafar ... Guru Besar
Siti Rohani Zain ... Guru
Hussein Abu Hassan ... Bapa Suzana
Mahyon Ismail ... Ibu Suzana
Yusni Jaafar ...
Mengisahkan sekumpulan remaja yang melalui zaman remajanya dengan penuh suka dan duka. Watak utama adalah Azroy lakonan Faizal Hussein dan kalau korang perasan time ni Rosyam Nor nampak blur sikit! Maklumla ni la 1st time die berlakon filem..watak yang dipegang olehnya adalah Remy (salah seorang rakan Azroy).. Sekarang ni Rosyam Nor dah jadi big star kat Malaysia, mengalahkan hero filem ni si Faizal Hussein tu. Apapun, Faizal Hussein still my favourite actor. Tak lupe gak kat watak heroin filem ni iaitu Suzy (Rehana Yasin). Dia ni memang sesuai pegang watak ni sebab cun! Kat mana dia sekarang haaa..... masih berlakon lagi ke tak.
Sinopsis cite ni adalah Azroy belajar kat satu kolej ni, dan ada pulak student baru masuk (Suzy) & terus jatuh cinta la pulak...dalam mase yg same, Azroy & the gang ade krisis dengan kumpulan Gagak Hitam, geng Farouk (anak orang kaya). Kalau nak tahu siapa Farouk ni... ala dia ni la yang belakon jadi ejen dalam cerita Misi XX Ray tu... Ok ki ta teruskan sinopsis, Bapak si Suzy pulak (lakonan Hussein Abu Hassan) ada salah anggap kat Roy ni. Kemudian dia menaruh kepercayaan pulak kat Farouk (salah sorang ahli Gagak Hitam). Pastu Roy cuba untuk buktikan kejujuran dia dengan menolong untuk derma darah kepada orang tua tu selepas bapak Suzy eksiden teruk. Haa lepas ni bapak Suzy baru sedar sapa yang baik & sapa yang jahat! Apepun korang tengoklah sendiri cite ni.. aku dah malas nak ulas banyak2! Aku nak korang rasa kebestan citer ni... Best , wa cakap lu.... Filem ni ada mesej nak di sampaikan... belia benci dadah...
Part yang pasti menarik perhatian korang dalam citer ni ialah masa geng Azroy mengorat Cikgu diaorang, part Azroy berlumba dengan Geng Gagak Hitam dan kisah romantik Azroy dan Suzy...
Lagu dalam Cerita ni pun best jugak... Memburu Impian nyanyian Kazar.

Memburu Impian
Ku jejak
Jalan yang berliku
Membara jiwaku
Memburu Impian
Ku renang lautan gelora,
Biarpun tersadai,
Di hujung dunia,
Akan ku rempuhi segala rintangan,
Biarpun rebah ku bangun sendiri,
C/o
Akan ku genggam biarpun hitam,
Menjadi Milikku....r /> Ku mula,
Dengan langkah ini,
Menuju sinaran yang Abadi..
(Ulang C/o)

Video Meburu Impian:



Jangan lupa beli VCD citer ni ... cari jer kat mana-mana kedai VCD.. Murah jer RM 12.90.... Aku gerenti, filem ni lebih bagus dari filem kisah remaja yang ada sekarang....
Aku juga berharap agar ada pengarah yang berani mengambil cabaran aku ni agar membuat sekuel filem ni... Gila-Gila Remaja 2.... Kan Faizal Hussein ngan Rosyam Nor masih hebat lagi di negara kita.. Kamaroul Yusof (Farouk) pun masih berlakon lagi... buatlah kisah tentang anak mereka pula masa remaja.... Kalau dulu pakai scrambler... haa sekarang kita cuba plak buatla lumba keta ala fast & furios tu... Aku jamin tentu laku... Kombinasi para penonton remaja dan generasi lama...

Download - Faizal Hussein -
Gila-Gila Remaja


- Posted using BlogPress from my iPad

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”