Kandungan ceramah: Mandi wajib guna sabun, Masaalah Nur Muhammad, Tidak mahu Taat suami, Fidiyah tinggal solat, Arti alam Ghaib.
Friday, 10 August 2012
Hairie Othman Dikritik Mempersendakan Nama Bapa
PELAKON Hairie Othman yang kini giat tampil di pentas-pentas ceramah Polittik PAS, dikritik oleh ramai dari pengguna mikro blog Twitter apabila tanpa diduga beliau ‘bermain nama bapa’ dengan mempersendahkan nama-nama bapa pemimpin Umno.
Dibawah berikut adalah antara kritikan yang yang ditempelak kepada Hairie Othman atas tindakannya yang dianggap kurang berfikir panjang dan taksub pada Politik.
[Hot] Semakin Ramai Artis Bertudung Lain Tak Suka Abby!!
Sekarang ni, makin ramai golongan artis yang dah bertudung. Gambar-gambar kat atas ni adalah sebahagian dari golongan artis yang sudah bertranformasi imej ke arah yang lebih sopan, beradab dan lebih penting, menutup aurat...
Tapi, setahu aku dalam ramai-ramai artis yang bertudung ni, hanya 2 orang yang dah declare "memeluk agama PAS" iaitu Aishah dan Abby Abadi, dan seorang lagi terpengaruh dengan doktrin agen Yahudi Asia Tenggara iaitu, Dayangku Intan...
Alhamdulillah...pertamanya aku puji semua artis, termasuk Aishah, Abby dan Dayangku Intan. Sekurang-kurangnya mereka bertiga bertudung meskipun transformasi mereka sangat-sangatlah diragui kerana terlebih sudah ke arah politik...
Pada aku, aku lebih memuji golongan artis dan selebriti kita yang bertudung kerana Islam. Namun, aku harap, bukan saja bertudung, mereka juga perlu tahu mengenai kaifiyyah menutup aurat yang telah ditetapkan oleh Sunnah Wal Jamaah...
Dalamilah ilmu agama dari mereka yang ahli Islam dan bukannya mendalami "ilmu politik" yang menjual dan memperdagangkan Islam atas dasar kepalsuan serta nafsu gilakan kuasa...
Alhamdulillah...dari ramai-ramai artis, hanya 3 orang saja yang agak "tersesat" sedikit dari landasan Islam yang sebenar, manakala majoriti yang lain tidak berminat untuk berhijrah ke arah politik dan memberikan fokus terhadap Islam...
Misalnya, Farah Asyikin yang baru-baru ni menghadiri forum di Markaz PAS Taman Melewar. Tapi, Farah sedikit pun tidak goyah dan menjawab dengan yakin bahawa dia tidak memilih mana-mana parti politik (termasuk PAS), dan hanya memilih Islam sebagai cara hidupnya...
Itulah yang terbaik. PAS bukan Islam dan Islam bukan PAS. Rasanya, Farah sedar tentang hakikat itu dan mungkin ramai lagi artis kita yang berhijrah sependapat dengannya...
Islam atau tidak, bertaqwa atau tidak, ia sama sekali tidak terletak kepada PAS. Sama ada menyokong PAS atau tidak, ia tidak akan menjamin kita masuk syurga dan digolongkan di dalam golongan yang beriman...
"Inna akramakum 'aindAllahi Atqaakum.." Sesungguhnya golongan yang paling mulia di sisi Allah itu adalah taqwa yang ada pada mereka...
Jadi, apa yang diajar PAS bahawa menyertai PAS dapat pahala, undi PAS/PKR/DAP masuk syurga dan pelbagai dakyah lain yang terpesong adalah palsu dan tidak benar sama sekali.
Kalau nak tahu, sertai persatuan belia pun kalau kena dengan niat kerana ibadah, insyaAllah dapat pahala. Beri undi seumur hidup kepada PAS/PKR/DAP pun belum tentu masuk syurga kerana syurga itu bukan harta mak bapak mereka..
Aku fikir, majoriti umat Islam berbangsa Melayu dan bukan Melayu akan setuju dengan pandangan aku ni. Bukan mahu meletakkan diri dipihak yang benar pun, tapi memang hakikatnya Islam begitu...kan? Heh!
Jadi, jangan dan tak payah la terpengaruh dengan "depa-depa" tu...heh! Kita sayang Islam dan UMNO/BN tidak sempurna, tapi kita lebih meluat kat PAS/PKR/DAP yang memang hampehhhh..!!! Heh!
9 Fakta Bila Lelaki Memasak
9 Fakta Bila Lelaki Memasak Memang kebanyakkan chef-chef terkenal di Malaysia mahupun di dunia terdiri dari kaumlelaki. Tetapi hakikatnya, umumnya kebanyakkan lelaki jarang sekali memasak, kalau ada pun tentunya masakan tersebut lain rasanya. Jom baca Fakta yang terjadi apabila kaum bapa yang memasak di dapur:
1) Menurut kajian, 99.9% lelaki di Malaysia amat pandai masak kari. Tapi megi kari saja la.
2) Lelaki kadang-kadang memang suka memasak. Tapi masalah utama ialah mereka amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk.
3) Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah, bukan main bising lagi.
4) Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju.Yang lebih seksi hanya memakai tuala. Yang lagi kurang bersih memasak sambil menghisap rokok. Tapi yang paling kotor adalah masak sambil mengesat hingus yang meleleh. Tapi yang ni kes terpencil la.
5) Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin. Yang rajin sikit masak megi dengan telur.
6) Jika seorang lelaki yang rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat. Cepat sikit masak. Kalau tak percaya, cuba tengok kat kedai mamak. Apinya bukan main lagi besar.
7) Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri. Kalau ada lumut dan lipas itu tandanya mesra alam.
8 ) Biasanya lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seoranglelaki. Yang penting, asalkan kenyang. Tapi kalau perempuan yang masak, komplen dia banyak sikit. Dulu aku pernah komen masakan seorang perempuan, lama jugak dia merajuk. Sampai meluahkan perasaan dalam blog wakaka.
9) Kalau lelaki membeli pelbagai lauk dan memasak dengan bersungguh-sungguh, serta dalam kuantiti yang banyak, itu maknanya dia nak bagi kat makwe. Tak pun dalam proses nak mengorat.
Lee Bingbing Bakal Turun Malaysia Untuk Promosi Filem Terbaru Resident Evil
Malaysia mungkin jauh lagi perjalanan sebelum mampu terima pelakon utama sesebuah filem Hollywood untuk turun sendiri ke’sini untuk rangka promosi.
Resident Evil: Retribution yang bakal ke pawagam Malaysia 13 September ini menampilkan sekali lagi seperti filem sebelum ini Milla Jovovich, Michelle Rodriguez & Sienna Guillory.
Lee Bingbing yang pertama kali membintangi filem Hollywood ini di’berikan tugas membawa watak Ada Wong dalam filem arahan Paul W. S. Anderson ini.
Sebagai salah satu langkah promosi di Malaysia, Lee Bingbing akan muncul pada 7 September 2012 di Sunway Pyramid untuk tayangan perdana Resident Evil: Retribution.
Sony Pictures Malaysia mengesahkan hari ini yang acara akan bermula seawal jam 6.00 petang untuk sesi aktress ini bertemu peminat beliau di Malaysia.
Peminat yang hadir juga berpeluang untuk memenangi tiket wayang untuk menonton filem ini selain cenderahati khas filem kelima Resident Evil ini sepanjang acara berlangsung.
[Video] Iklan Hari Raya 2012 Daripada Bernas-Terbaik!
Setiap tahun menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, pasti akan ada video iklan hari raya yang akan ditayangkan.Tidak kurang hebatnya juga video iklan hari raya untuk tahun 2012 ini.
Video iklan hari raya daripada Bernas ini, mengisahkan cerita sayu mengenai dua orang kanak-kanak istimewa, Fizi dan Ahmad yang ingin pulang berhari raya di Segamat bagi mengziarahi kubur arwah ibu mereka.Pelbagai ranjau dan liku yang terpaksa mereka tempoh untuk dapat pulang ke kampung mereka di Segamat.
Video ini benar-benar diantara yang terbaik yang pernah kami saksikan dari segi penceritaan yang sangat menyentuh hati “waja” kami.Mengetahui pula bahawa pelakon cilik ini benar-benar “istimewa”, membuatkan hati kami bergitu tersentuh.
Dalam masa 7 minit, ia telah membuatkan kami benar-benar merasai perasaan mereka.Tak perlu kami menonton filem Ombak Rindu berjam-jam untuk mengeluarkan air mata dan menginsafi diri.
Apa pula pendapat anda mengenai video iklan hari raya dari Bernas untuk tahun 2012 ini?
P.S. Sambil menulis terkeluar air mata “jantan”..Mata masuk habuk..Banyak habuk kat rumah ni..
P.P.S Adalah baik jikalau kita mensyukuri nikmat yang telah Allah S.W.T berikan kepada kita dan tidak berputus asa. Jangan lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik..
Akibat Tak Tutup Aurat Di Facebook, Roh Gadis Tidak Tenang
Ini realiti yang berlaku sejak adanya laman sosial Facebook. Maaf, aku terpaksa menutup semua link yang gambar yang berkaitan dengan Arwah. Semua orang boleh baca, apa yang ada dalam gambar di atas. Seorang gadis yang dahulunya meletakkan gambar2 hotnya yang tidak menutup aurat di akaun facebooknya.
Yelah, mana ada manusia yang tahu bila ajalnya akan tiba. Bila dah jadi macam ini, nak menyesal tak berguna lagi. Gambar-gambar yang terdedah aurat masih lagi dapat di lihat orang orang lain dan dosanya mengalir walaupon arwah sudah tiada. Nauzubillah….mintak dijauhkan Allah…
Pengguna facebook diluar sana perlu beringat-ingat. Nak jadi hot di kalangan rakan-rakan facebook korang bukan ini caranya. Klo nak letak gambar dalam tu boleh, tetapi biarlah gambar yang menutup aurat. Supaya apabila perkara yang tidak di ingini berlaku, kita boleh pergi dengan tenang.
Suatu ketika dahulu, pernah berlaku kes menyihir gambar melalui gambar di Facebook. Untuk mengelak perkara sihir berlaku, jangan lupa amalkan Bacaan Mathurat setiap pagi dan petang. Aku pesan je kat orang, kadang2 aku pon terlupa dan terleka dengan kesibukkan dunia.
Share kepada rakan-rakan anda, supaya perkara macam ini tidak berlaku lagi. Kadang-kadang aku pernah dengar, “Kubur lain2, dosa pahala aku yang tanggung!!”. Bukan main lantang lagi bersuara, ingat ye saudara, saudara mati nanti, orang lain yang tlg menguruskan jenazah saudara, orang lain yang mengebumikan saudara
Ajak berkenalan selepas raba
KUALA LUMPUR – Selepas puas meraba punggung dan alat sulit seorang perempuan, dia tanpa rasa bersalah datang semula kepada mangsanya itu sambil memperkenalkan diri.
Itu yang berlaku kepada seorang wanita, berusia lingkungan 20-an, ketika berada di Stesen LRT Pudu, Jumaat lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.20 petang itu, mangsa yang berseorangan didatangi seorang lelaki tempatan.
Lelaki itu kemudiannya terus meraba punggung dan kemaluan mangsa sebelum dia beredar.
Mangsa yang tidak menyedari kehadiran lelaki itu terus tergamam selepas merasakan dirinya diraba.
Lelaki itu bagaimanapun tidak melarikan diri sebaliknya berdiri di kawasan berhampiran dengan mangsa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mangsa kemudiannya merakam gambar lelaki itu sebelum menghubungi suaminya.
“Walaupun bertindak meraba mangsa, lelaki itu kemudiannya datang semula kepadanya dan terus memperkenalkan diri dengan alasan untuk berkenalan.
“Bagaimanapun, lelaki itu terus melarikan diri selepas mengetahui mangsa melaporkan kejadian itu kepada suaminya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, semalam.
Chin Wah berkata, mangsa yang trauma dengan kejadian itu membuat laporan polis bersama suaminya.
“Mangsa menyerahkan gambar lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya.
Orang ramai yang terlihat lelaki berkenaan diminta menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan
Johari Pain Janji Perlu Dikerati
Semasa admin menaip entry ni, sebenarnya masih lagi ketawa memikirkan nasib seorang mamat bajet hebat di facebook. Kalau semalam Malaysia dikejutkan dengan kemenangan bergaya Pandelela Rinong dalam acara 10m Platform, tetapi hari ini, seorang lelaki menjadi terkenal kerana kemenangan tersebut, Mungkin boleh diumpamakan , Pandelela Punya Pingat , Johari Pain dapat nama.
Siapa Johari Pain? Selepas melihat foto dibawah mungkin anda akan faham.
Khabarnya , status ini telah dipadam dari wall facebook beliau tetapi ramai yang sudah printscreen statement “berani mati” beliau ini. Satu pengajaran kepada semua, jangan menilik atau meramal sesuatu yang belum berlaku. Kalau dah jadi macam ini, satu Malaysia dapat tahu . Kan dah malu. Mungkinkah abang ni kena sunat sekali lagi? heheheee
Percaya atau tidak, hanya dalam beberapa jam, sudah wujud fanpage seperti berikut :
Kami nak Johari PAIN tunai janji
Kami Tuntut Johari Pain Tunai Janji.
Kami semua nak johari pain potong anu
Kami Anti Johari Pain Kerana Menghina Atlet Malaysia
**Dan yang pasti, nama Johari Pain ini sedang trending di twitter. Dan muncul hashtag #JanjiDikerati..Malaysian, you must be joking. Janji Dikerati?? hahaha.. Tak pasal pasal jadi terkenal. Boleh admin gelak lagi tak? hahahahahahhahahaaaaaaaaa.
Blog Erin Malek | Wujud Sejak 2008
As-Salam. Blog Erin Malek, seorang pelakon remaja yang meningkat naik. Ada ramai peminat ni, tetapi dalam dunia lakonanlah, dalam dunia blog Malaysia, HH tak merasakan begitu. Blog Erin Malek dah wujud sejak 2008; seperti kebanyakkan blog selebriti yang lain, blog itu sekadar wujud untuk wujud (errr faham tak?).
Blog Erin Malek
Entri terakhir yang dicatatkan adalah Februari 2009 .... dah lama bersawang tu. Jangan salahkan Erin Malek kerana tidak update blog, kerana minatnya tidak ke arah itu. Jadi, buat mereka yang benar-benar minat sahaja patut ada blog .... kan kan?
Bila ada minat yang tinggi, barulah blog pun sentiasa segar dan bugar.
Gambar Erin Malek Bertudung
[Gambar] Siti Nurhaliza Test Kereta dan Motor di JPJ
Gambar lama Siti sedang mengambil ujian memandu kereta dan motor ini dikatakan telah dimuat naik seorang peminat di sebuah lama sosial tempatan iaitu Cari Forum.
Lagi gambar Siti Nurhaliza sedang mengambil ujian memandu di JPJ Pahang.
[kemungkinan lokasinya di Kuala Lipis]
[Gambar] Apabila Perempuan Bertudung Tayang Perut
Ini dinamakan bodoh. Bagi la bodoh tu kat orang lain jugak. ade ke patut tunjuk perut macam tu? dah la bertudung. Kalau ye pun nak jadi model ubat kurus, tak payah la pakai tudung. Menjatuhkan maruah perempuan Islam je. Nampak sangat jahil. Ish3..
Subscribe to:
Posts (Atom)