Thursday 14 June 2012

Hodgson tuntut aksi pintar jerat Sweden



ROONEY berehat sebentar melepaskan lelah ketika menyertai latihan skuad England di Krakow, kelmarin.
KRAKOW (Poland): Roy Hodgson menuntut barisan bintang England menumbangkan Sweden awal pagi Sabtu ini bagi memastikan Wayne Rooney memiliki peluang memperagakan ledakan berbisanya sekali gus menjulang pasukan dalam Euro 2012.

Hodgson percaya kemenangan di Kiev itu akan meletakkan Rooney di landasan terbaik untuk menyinar.
Dia mendedahkan: “Rooney perlu menjadi jaguh sebenar dalam kejohanan ini. Dia sangat cergas dan bersemangat tinggi.”

Penyerang Manchester United itu perlu menjalani satu lagi penggantungan dan ini bermakna dia boleh beraksi dalam perlawanan terakhir Kumpulan D menentang Ukraine Selasa ini.

Dan dengan England dirangsang semangat tinggi selepas seri 1-1 menentang Perancis dalam perlawanan pembukaan, Hodgson yakin dengan asas-asas yang dibina pasukan untuk menyambut semula kepulangan Rooney.

Rooney pasti membarisi kesebelasan utama menentang tuan rumah bersama di Donetsk – perlawanan yang akan menentukan England akan terbang pulang jika tewas walau apapun yang berlaku menentang Sweden.
Dia menambah: “Anda hanya boleh mendapat manfaat daripada seseorang yang mempunyai kualiti seperti Rooney dalam pasukan.” – The Sun

Lelaki Minta Tolong Polis Kerana Dipaksa Melakukan Seks Berulang Kali




Jerman – Gara-gara tidak tahan dengan kehendak seks yang terlampau kuat daripada seorang wanita yang baru dikenalinya, seorang lelaki terpaksa melarikan diri ke balkoni sebelum memanggil polis untuk menyelamatkannya.

Lelaki itu terpaksa berbuat demikian selepas wanita itu enggan melepaskannya dan menuntut dia melakukan seks berulang-ulang kali.

Kejadian berlaku di Munich, selepas lelaki berusia 43 tahun itu mengenali wanita terbabit di sebuah bar.

Selepas dia dibawa oleh wanita itu pulang ke rumahnya, mereka melakukan seks beberapa kali namun lelaki itu akhirnya keletihan dan mengalah selepas diajak melakukannya lagi.

Menurut polis, lelaki itu terpaksa memenuhi permintaan wanita itu hanya semata-mata supaya dapat keluar dari rumah berkenaan, namun gagal.

Namun kerana wanita itu berterusan mendesaknya, lelaki itu kemudian terpaksa memanggil polis.

Bukan itu, sahaja, sebaik sahaja polis tiba di tempat kejadian, wanita itu sebaliknya cuba menggoda anggota polis itu untuk melakukan hubungan seks.

Namun dia bukan sahaja gagal malah ditangkap dan kini berdepan tuduhan melakukan serangan seks.

FILEM AKSI TERAKHIR JACKIE CHAN



Jackie Chan, nama yang cukup sinonim dengn filem aksi dan beliau sememangnya cukup terkenal sebagai bintang filem aksi yang tiada tandingannya. Namun kini diusia 58 tahun beliau merasakan sudah tiba masanya untuk mengundur diri daripada berlakon filem bergenre tersebut.

Ianya diumumkan oleh Jackie Chan ketika sidang media filem terbarunya, Chinese Zodiac, minggu lalu, dan beliau memaklumkan itu adalah filem aksi terakhirnya. Keputusan Chan itu juga berkait rapat dengan prinsipnya yang tidak menyukai keganasan serta keinginan untuk mengejar impian sebagai pelakon sejati.

FOTO BOGEL KUMPULAN I-POP CHERRY BELLE TERSEBAR DI INTERNET


Beredar secara meluas di internet foto super-imposed bogel kumpulan pop dari Indonesia, Cherry Belle membuatkan pihak management kumpulan itu menjadi kelam-kabut. Pengurus kumpulan Cherry Belle, Victor menerima lebih dari 20 panggilan telefon dari media untuk mengesahkan foto tersebut. “Foto itu adalah hasil kerja orang yang tidak bertanggungjawab. Jelas sekali rekayasa, editannya kasar,” kata Victor.


Namun kehebohan di dunia maya tersebut tidak membuat ahli2 kumpulan Cherry Belle terpengaruh. Menurut Victor, kumpulan I-POP yang juga dikenali sebagai Chibi itu menjalankan aktiviti seni mereka seperti biasa. ”Ini tentu bukan tindakan peminat ChiBi, apalagi peminat fanatik tentu tidak akan melakukan hal yang merugikan Cherry Belle,” tegasnya.

Punca dan Andaian Kedua Penyebab Kepada Awan Pelik Di Sabah!


Nampaknya perkara ini tdak berakhir di sini..pelbagai andaian dilakukan oleh segelintir masyarakat..ada yang mengatakan “hari kiamat” akan berlaku..dan tidak kurang juga yang mengatakan hari nak hujan ataupun fenomena biasa berlaku dan sebagainya..

Namun begitu berlainan pula dengan andaian dan kajian yang dilakukan oleh OhMedia! Yang mana mereka berpendapat bahawa kejadian fenomena awan pelik ini adalah disebabkan oleh ini..Lihat gambar di bawah!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

The Avengers daaaaaaa...



Sultan Johor murka terhadap Nizar



NUSAJAYA: Sultan Johor, Sultan Ibrahim, hari ini melahirkan rasa murka terhadap bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang mengkritik tindakan baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 menerusi blog Twitter, baru-baru ini. 

Sultan Ibrahim bertitah tindakan Mohammad Nizar itu juga adalah satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor dan baginda berharap Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu sedar mengenai kesilapannya.
"Baru-baru ini ada pemimpin politik yang secara terang-terangan mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Adakah dia lupa tentang adab Melayu atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek akalnya?
"Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar. Bukankah berdiam diri itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik? Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya, janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati," titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12, di Kota Iskandar, di sini, hari ini. 

Sultan Ibrahim bertitah setiap tindakan yang baginda lakukan adalah mengikut cara dan jalan yang betul dan baginda berharap setiap kebajikan yang baginda lakukan tidak perlu diperbesarkan. 

Sehubungan itu, baginda turut mengingatkan semua wakil rakyat dan pemimpin masyarakat supaya menjaga adab dan tingkah laku serta berhati-hati apabila membuat sesuatu kenyataan selaras dengan kata pepatah "cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar". 

"Saya harap dia (Mohammad Nizar) sedar siapa diri dia dan kesilapan yang sudah dibuat. Jika dia hendak minta maaf, mintalah maaf kepada semua rakyat Johor dan bukannya kepada saya seorang sahaja. 
"Pepatah Melayu sering mengingatkan 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'," titah baginda sambil mengucapkan terima kasih kepada anggota gabungan badan bukan kerajaan dan seluruh rakyat Johor yang memberi sokongan serta menyembah ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi. 

Sementara itu, Sultan Johor bertitah baginda bersyukur kerana seluruh rakyat di negeri ini mengecapi hidup dalam suasana yang aman dan menikmati kesejahteraan yang lebih baik hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan berterusan. 

Baginda bertitah, Johor mencapai pelaburan lebih RM2 bilion dalam suku pertama tahun ini manakala Iskandar Malaysia pula merekodkan pelaburan komited terkumpul berjumlah RM87.56 bilion untuk tempoh tahun 2006 sehingga Mac lalu. 

"Lebih 30 peratus daripada nilai projek permulaan di seluruh negara yang dilaburkan di negeri ini membolehkan Johor menceburi bidang baru iaitu minyak dan gas yang sekali gus akan menjadi penjana ekonomi utama di selatan negeri ini. 

Oleh itu, kerajaan perlu memastikan rakyat dilengkapi dengan kemahiran di semua peringkat termasuk profesional, teknikal dan vokasional untuk membolehkan mereka menjadi tenaga kerja di bidang-bidang baru ini," titah baginda. 

Sultan Ibrahim turut mengingatkan semua pihak supaya terus mengekalkan perpaduan memandangkan ada sesetengah pihak yang berusaha untuk menggugat perpaduan rakyat demi kepentingan politik yang sempit. 

Sultan Johor bertitah pihak berkenaan sanggup menabur fitnah dan menghasut rakyat untuk membenci raja serta membangkitkan isu sensitif kaum dan agama dengan tujuan untuk menimbulkan kebencian dan menghancurkan keamanan dan kemakmuran negara. 

"Ingatlah bahawa perpaduan adalah asas wujudnya negara ini dan kemajuan yang kita peroleh adalah hasil daripada perpaduan yang wujud sejak dulu lagi. Namun begitu, saya percaya rakyat Johor bukanlah masyarakat yang mudah terpedaya dengan tipu helah 'musang yang berbulu ayam' ini," titah baginda. - BERNAMA

Sultan Johor murka dengan kejadian di Pulau Rawa


JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim melahirkan rasa murka, namun sudah pun memaafkan empat warga asing yang terbabit dalam pergaduhan dengan pengawal peribadi rombongan diraja Johor di sebuah pusat peranginan di Pulau Rawa pada malam Jumaat minggu lalu.

"Saya marah, sepatutnya insiden ini tak berlaku. Mereka dalam keadaan mabuk dan membuat kacau mengganggu pengunjung lain di pulau tersebut," titah baginda di Istana Pasir Pelangi di sini, hari ini.
Baginda bertitah demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar hari ini mengenai kejadian pergaduhan di Pulau Rawa minggu lepas yang membabitkan empat pelancong warga asing dengan pengawal peribadi rombongan Diraja Johor.
Baginda difahamkan empat pelancong asing yang bekerja di Singapura itu tiba di sebuah pusat peranginan pulau berkenaan kira-kira 11 malam sebelum mabuk dan mengganggu tetamu diraja yang mengadakan satu majlis dan menginap di pusat peranginan bersebelahan.

Ada di antara pelancong terbabit turut bersikap biadap dengan mengeluarkan kata-kata kesat kepada keluarga dan tetamu diraja sehingga mencetuskan ketegangan sehingga terjadi pergaduhan.

Salah seorang daripada mereka juga dilaporkan telah berenang dan menceroboh bot milik Sultan Johor yang ketika itu sedang berlabuh di jeti sebelum bertindak agresif mencekik krew kapal yang cuba menghalang perbuatan itu.

Keadaan itu menyebabkan mangsa terpaksa meminta tolong daripada pengawal Istana dan melihat keadaan itu, warga asing itu telah terjun ke laut dan terpijak batu karang menyebabkan dia cedera, titah baginda.
Dia kemudian dirawat oleh doktor peribadi baginda sendiri.

"Saya dimaklumkan kejadian itu kira-kira 7.30 pagi dan merasa sedih dengan kejadian seumpama itu....(tetapi) saya dah lupakan kisah ni, saya maafkan mereka.

"Saya maafkan mereka, tiada masalah, sila datang kembali sebagai tetamu saya," titah baginda.

Pada masa sama menurut Sultan Johor, beberapa pihak termasuk pemilik pusat peranginan membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan baginda menyerahkan kes itu untuk disiasat polis.

"Biar polis menjalankan tugas mereka, saya tak boleh kata apa saya mungkin berat sebelah dan memihak kepada satu pihak. Jadi biar polis siasat apa yang terjadi," titah baginda.

Baginda juga menyifatkan kes itu diperbesar-besarkan oleh akhbar Singapura dengan mengeluarkan laporan yang tidak tepat.

"Jangan besar-besarkan cerita yang kecil, kalau saya nak besar-besarkan, orang tu dah kena tangkap hari itu sebab menceroboh dan memanjat bot saya dan berkasar dengan krew saya," titah baginda.

Pada masa sama baginda mengalu-alukan kehadiran pelancong di pulau-pulau peranginan di negeri ini yang sememangnya terkenal dengan keindahan dan keunikannya yang tersendiri.

Namun nasihat baginda kepada pelancong asing ini "berseronoklah, relaks dan jaga kelakuan." - BERNAMA

Awek Seksi Rela Di Cat Tubuh Sempena EURO 2012

Berbagai cara dilakukan untuk memeriahkan acara bola empat tahun sekali di Eropah. Tak ketinggalan awek-awek canik yang rela dirinya di cat hingga menampakkan keseluruhan tubuh seksinya.

































Kain Rentang Paling Menganjing Di Putrajaya


Ciuman Awek Cun Selamatkan Remaja Hampir Bunuh Diri


Budak lelaki cina ini  ingin membunuh diri kerana rasa kesorangan dan tak diperlukan di dunia ni…
Dia kehilangan ibu semasa  kecil….
Ayah dia berkahwin dengan orang lain dan terus tak pedulikan dia…’
Ibu tiri dia pula tak suka dia dan hanya tahu mengikis segala harta bendaJadi Budak ni rasa membunuh diri adalah jalan yg terbaikDia naik ke jejantas di bandar raya dan cuba membunuh diri..
Kejadian ini disedari orang orang ramai disitu..

Dalam ramai-ramai tu seorang awek yang baik hati dengan berani sukarela ingin menolong.
Dia cuba memujuk dan mendekati budak ni…

Setelah berjaya mendekati..Awek cun tadi mencium budak tadi..
Dan tindakannya itu memberi waktu kepada pasukan penyelamat untuk menarik budak tadi ke atas…

Dalam satu temubual..apabila ditanya komen tentang tindakan wanita tadi mencium budak tadi..

Kata Awek tadi …Budak tersebut ingin membunuh diri kerana rasa diri tk disayangi ..Jadi cara paling senang untuk menunjukkan yg masih ada orang yg sayang kepada dia adalah dengan tindakan fizikal….



Blogger Terkenal, Fatin Liyana Di Manipulasi Cover Dalam E-Book Seks!



Kalau nak sangat lariskan produk pun tolonglah jangan lakukan sesuatu yang boleh manjatuhkan maruah seseorang..kali ini blogger kesayangan ramai yang semakin terkenal, Fatin Liyana dijadikan bahan untuk melariskan sesebuah produk yang sebenarnya tidak patut dilakukan..Lihat sini "KESIAN FATIN LIYANA"!.

Saya merupakan salah seorang pembaca blog FatinLiyana..tetapi begitu kecewa sekali apabila sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab meletakkan gambarnya (tanpa izin) sebagai cover E-book tutttttttt**..diharapkan agar perkara ini diambil maklum agar “pelaku”nya sedar akan tanggungjawab dan kesalahannya..

Dengan terbitnya tulisan artikel ini bukanlah untuk menjatuhkan maruah sesiapapun lebih-lebih lagi Saudari Fatin Liyana sendiri yang kini boleh dikatakan menjadi role model dan ikutan kepada ramai blogger “dalam bidangnya”..tapi ianya adalah sebagai satu perkongsian maklumat agar para pembaca tahu bahawa inilah risikonya apanila meletakkan gambar anda sesuka hati di Facebook atau di blog..tak pasal-pasal gambar anda dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab..

Semoga saudari Fatin Liyana sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T..amin..


Rejim Zionis cabul kesucian Masjid Al-Aqsa



BAITULMAQDIS – Yayasan Waqaf dan Warisan Aqsa (Afeh), awal minggu lalu memberi amaran bahawa pihak berkuasa Israel kini sedang giat melakukan penggalian terbesar dalam tempoh 150 tahun di sekitar Masjid Al-Aqsa.
Jurucakap Afeh mendakwa tindakan biadab rejim Zionis sejak 10 tahun lalu itu kononnya bertujuan untuk menempa sejarah dengan mewujudkan bandar bawah tanah Yahudi dan di sekitar kawasan tersebut.
Difahamkan, tiga cabang penggalian untuk menghasilkan rangkaian terowong dijalankan di bawah masjid yang menjadi kiblat pertama orang Islam itu.
Sebagai tanda membantah tindakan rejim Zionis itu, Afeh menggesa saudara Islam di seluruh dunia untuk bersatu menggagalkan usaha mereka kerana ia satu pencabulan serius terhadap kesucian Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis tersebut
Sumber : sinarharian

2 Gadis 13 Tahun Ketagih Seks Lepas Dirogol

Gambar Hiasan

“Pernah ibu bertanya mengenai tanda gigitan cinta di leher, tetapi saya bijak mengatakan digigit semut. Saya percaya ibu tidak mengesyaki apa-apa mengenai perangai buruk saya kerana sibuk menguruskan adik-adik di rumah,” kata anak sulung daripada enam beradik itu.

Mila berkata, ketika dia di Tingkatan Satu, dia pernah lari dari rumah kerana terlalu sayangkan kekasihnya itu dan menjalani hidup bagaikan suami isteri, hinggalah lelaki itu membuangnya daripada hidup dan meninggalkannya di tepi jalan.

KUALA BERANG: “Saya dipaksa melakukan hubungan seks dengannya (kekasih) ketika berusia 13 tahun di dalam semak berhampiran rumah tanpa kerelaan,” demikian pengakuan seorang remaja berusia 17 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Mila, ketika menceritakan titik hitam terjebak dalam kancah seks bebas dengan beberapa lelaki. Noda hitam dalam hidupnya itu akhirnya menyebabkan pelajar di sebuah sekolah di sini ketagihan seks dan sanggup memperdagangkan tubuh untuk keseronokan dan memuaskan nafsu liar, walaupun hakikatnya dia masih di bawah umur. Mila berkata, dia mula melakukan hubungan seks dengan kekasihnya yang berusia 20 tahun ketika dia berada di Tingkatan Satu dan masih meneruskan hubungan terlarang itu bersama beberapa lelaki sehingga kini, walaupun baru mengenalinya.

Dia yang pernah dibuang sekolah kerana bergaduh dan bercium dengan rakan lelaki di sekolahnya menceritakan, ibu bapanya tidak mengetahui kehidupan hitamnya kerana begitu mempercayainya.

“Saya sangat sedih ketika dia meninggalkan saya di tepi jalan seperti sampah selepas kami melakukan hubungan seks. Ketika itu jam 3 pagi dan saya buntu apa patut dilakukan lalu terus menghubungi bapa dan dia mengambil saya. Saya tahu keluarga sangat sedih dengan perangai saya, tapi saya sudah ketagih dan tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya tanpa sebarang riak kesal.

Seorang kawan rapat Mila yang mahu dikenali sebagai Zai, 17, berkata, dia turut ketagih seks selepas melalui episod ngeri dirogol orang tidak dikenali ketika berusia 13 tahun dan sehingga kini, dia sering melakukannya dengan rakan serta senior di sekolah.

“Sejak kejadian hitam itu, saya sering keluar dengan beberapa lelaki dan saya sukakan keseronokan keluar malam hingga tidak balik ke rumah untuk menghilangkan kebosanan. Tragedi noda itu berlaku apabila pada satu hari, teman lelaki saya mengajak keluar dan meminta menunggu di wakaf berhampiran rumah.


Gambar Hiasan

“Selepas beberapa jam menunggu dia tidak muncul, sehingga tiba-tiba seorang lelaki datang menawarkan untuk menghantar saya pulang, tetapi dia membawa saya ke dalam semak dan melakukan hubungan seks. Selepas itu dia mengajak melakukannya di sebuah pondok pula. Saya hanya mengikut kerana berada dalam keadaan khayal selepas mengambil pil kuda,” katanya.
Zai yang sehingga kini sudah menukar lebih 20 teman lelaki berkata, dia tidak dapat membendung rasa ketagih melakukan hubungan seks dan kerap melakukannya di rumahnya, meskipun ahli keluarga ada di rumah.
Seorang lagi rakannya dikenali sebagai Sara, 16, yang turut mengalami ketagihan seks berkata, dia selalu ke Kuantan, Pahang dan tidur di hotel bersama kekasihnya sehingga dia dibuang keluarga yang malu memiliki anak sepertinya.
“Saya selalu makan pil kuda ketika bersamanya dan apabila berjumpa hubungan kami akan diakhiri dengan seks. Pernah saya tidur di rumah kawan dan ponteng sekolah selama dua minggu.
“Saya juga sering dijadikan ‘lauk’ oleh sekumpulan samseng jalanan. Saya dijadikan ‘hadiah’ kepada lebih 20 samseng jalanan yang menang dalam perlumbaan haram,” katanya selamba.




Berita gembira Maher Zain



Maher Zain bakal membuat kejutan pada konsertnya di stadium merdeka, Sabtu ini.

Kalangan peminat penyanyi Maher Zain terutama para pelajar kini boleh tersenyum gembira apabila boleh membeli tiket dengan diskaun sebanyak 20 peratus, khusus buat mereka yang ingin menyaksikan konsert Maher Zain ‘Forgive Me’ Live di Malaysia 2012.

Mereka hanya perlu membawa kad pengenalan pelajar semasa membuat pembelian di mana-mana cawangan TicketCharge.

Dipersembahkan oleh Canon dan dianjurkan oleh Marctensia Concerts dan Awakening Records,Maher Zain ‘Forgive Me’ Live di Malaysia 2012bakal berlangsung di Stadium Merdeka pada pukul 8 malam, Sabtu 16 Jun ini.

Harga tiket bermula daripada (tempat duduk bebas) RM78, (tempat duduk bernombor) RM138, RM238, RM298 dan VIP.

Sejak pelancaran jualan tiket pada 25 April lalu, ia telah mendapat sambutan hebat daripada peminat-peminat Maher Zain yang sememangnya menyokong konsert ini.

Penyanyi yang dikenali menerusi lagu Insya-Allahini juga akan membuat kemunculan khas untuk sidang media sehari sebelum konsert di Hadramawt Restaurant, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Selain menantikan kejutan yang telah disediakan oleh Maher Zain pada hari konsert, para penonton juga boleh menyaksikan persembahan artis undangan iaitu Irfan Makki dan Raef.

Maher Zain ‘Forgive Me’ Live di Malaysia 2012 yang ditaja bersama Etiqa Takaful Bhd. dan One Drop Perfumes ini turut disokong oleh Tourism Malaysia, Inteam Records, Warner Music Malaysia dan Astro.
Bagi maklumat lanjut mengenai konsert dan kemunculan khas Maher Zain, boleh hubungi Marctensia di talian 03- 2092 1199 atau layari laman sesawang www.marctensia.com.

Untuk tempahan melalui talian, sila hubungi TicketCharge di talian 03 92228811 atau layari laman sesawang www.ticketcharge.com.my.

WYY 9999 dijangka jadi rebutan tahun depan


KUALA LUMPUR – Selepas nombor pendaftaran WWW 1 berjaya dibida pada harga RM520,000, Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meramalkan WYY 9999 bakal menjadi rebutan para pembida tahun depan.

Pengarahnya, Mohd. Nadzri Osman berkata, ini kerana WYY 9999 merupakan nombor terakhir bagi pendaftaran kenderaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum ia ditukarkan kepada satu siri nombor baharu yang masih belum diputuskan kerajaan.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah mula menerima beberapa pertanyaan daripada individu yang berminat untuk membida nombor pendaftaran tersebut.

“Kita menjangkakan ramai akan berminat untuk memiliki nombor terakhir itu yang dijangka mula digunakan pada Ogos tahun hadapan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”