Monday, 18 June 2012

Bruce Lee Bermain Ping Pong


Pada awal tujuh puluhan dunia perfileman muncul seorang pelakon dan juga seorang yang pakar kung fu yang bernama Lie Sao Lung atau lebih populer disebut Bruce lee.

Selain mengenalkan kungfu, Bruce juga memperkenalkan sebuah senjata yang cukup unik yang berupa dua bilah kayu yang dihubungkan dengan rantai yang disebut double stick atau nunchaku.

Lihatlah dua video streaming youtube kehandalan Bruce Lee bermain double stick di meja ping pong.



Jangan berlagak beli TV LCD


Raya ni ada yang tukar TV LCD tak?  Yalah setakat TV skrin leper ni pun harganya dah murah tak macam mula-mula keluar dulu tetapi bergantung kepada ketajaman gambar dpi. Tapi korang jangan nak kerek dengan TV skrin leper korang tu..

Sebab di di Russia, tv flat cuma untuk kandang lembu jer . Skrinnya bergambar padang rumput supaya lembu-lembu tu berasa seperti di tempat luas yg penuh dengan rumput, dan katanya agar lembu tidak mudah stress! Bila tak stress badan pun cepat gemuk, bila cepat gemuk cepatlah kena sembelih.







Tempat Kumpul Emas


Isuhangat.net. Sesuai dengan namanya, Federal Reserve Bank of New York yang terletaknya di di 33 Liberty Steet, Manhattan, New York, Amerika Syarikat. Bank ini di buka pada tanggal 16 November 1914 dan tempat inilah kita akan dapat melihat emas yang sangat banyak yang tidak akan pernah anda lihat seumur umur anda kerana di sinilah terdapat vault (ruang penyimpanan) emas terbesar di dunia.

Di vault ini, dianggarkan terdapat 10% dari cadangan emas di dunia atau sekitar 5000 metric tons emas deposit, yang bernilai USD 270 billion atau lebih kurang RM828 billion ! Kalau dijual, semua bangunan di KL boleh dibeli agaknya ya, haha.

Cadangan emas di Bank ini bukan hanya berasal dari Amerika Syarikat tetapi sebahagiannya adalah dari merupakan hasil simpanan dari 36 negara lain, yang mempercayai penyimpanan di The Federal Bank of New York.


Bukan sembarangan orang dapat memasukinya apalagi merakamkan gambar apa yang ada di dalam vault tersebut.

Jadi kita kira beruntung yang dapat melihat vault penyimpanan emas terbesar di dunia tersebut. Walaupun hanya melihat, tapi menambah pengetahuan kita.












Sumber Rezeki Dari Tikus


Menangkap, Memakan, dan Menjual Tikus. Ya, inilah kegiatan yang dilakukan oleh penduduk-penduduk di sebuah kampung di Mozambique,Afrika. Penduduk tempatan Madamba yang menangkap dan menjual tikus di tepi jalan. Mereka menangkap tikus kemudian menjualnya kepada para penduduk untuk menghasilkan wang.

Sebatang sate berisi 6 – 7 ekor tikus, harganya 30 sen untuk tikus bakar. Para penangkap tikus tersebut biasanya mendapat upah 3 dolar sehari di negara Afrika.

So? Bersyukur Dengan Pekerjaan Anda Sekarang?










Gambar Auto Wudhuk


Manusia tanpa kepala ketika khutbah jumaat

Kalau lihat gambar lelaki takde kepala di atas, korang mesti cakap gambar yang diedit dengan Photoshop. Kasi zoom sikit. . .





Real la bukan photoshop , tgk lengan baju putih orang depan tu… Aku berani cakap gambar ni real kerana aku selalu melihat ‘hantu’ ni tiap-tiap minggu. Kalau yang lelaki tu, mesti pernah lihat hantu camnikan dlm masjid semasa khutbah ? Sebenarnya kalau anda masih tak perasan, mamat berbaju hijau tu sedang terlalu khusyuk mendengar Khatib membaca khutbah..iaitu tertidur sampai kepala lentuk ke bawah …

Hukum tidur semasa khutbah, solat Jumaatnya sah kurang pahala tetapi dikhuatiri tertidur terlalu nyenyak sehingga membatalkan wuduk seperti beralih punggung, terkentut, meleleh air liur basi dan sebagainya. Psst, kadang-kadang aku pun jadi 'hantu' klu dah letih sgt.hekhek





Bahtera Cinta


CONTOHI RASULULLAH DALAM MELAYARI BAHTERA RUMAHTANGGA...

suami isteri adalah 2 insan yg berlainan karektor dan pemahaman..pepatah bijakn pandai pernah mengatakan di sebalik kejayaan seorang lelaki,ada insan yang bernama wanita di belakangnya.kemesraan adalah antara cara mengekalkan keharmonian rumahtangga dan rasulullah telah mencontohkan kemesaan tersebut dengan isteri-isteri baginda....


1).TIDUR DALAM SATU SELIMUT BERSAMA ISTERI
(dari atha' bin yasar)
"Sesungguhnya Rasulullah dan Aishah biasa mandi bersama dalam satu bejana.ketika bahginda sedang dalam satu selimut dgn Aishah,tiba2 Aishah bangkit.Baginda kemudian bertanya,"mengapa engkau bangkit?"jawab Aishah,"Kerana saya haid,wahai rasulullah."sabda rasulullah ,"kalau begitu,pergilah,lalu berkainlah dan dekatlah kembali padaku."Aku pun masuk,lalu berselimut bersama baginda." (hadis riwayat sa'id bin manshur)


2).MEMBERI WANGI-WANGIAN PADA AURAT
Aishah berkata,"sesungguhnya Nabi s.a.w apabila meminyaki badannya,bahginda akan memulai daripada auratnya menggunakan nurah(sejenis serbuk pewangi)dan isteri bahginda meminyaki bahgian lain tubuh Rasulullah s.a.w. (hadis riwayat Ibnu majah)


3).MEMBELAI ISTERI
"Adalah Rasulullah s.a.w tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua(isterinya)seorang demi seorang.baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama,sehinga baginda singgah ke tempat isteri yg menjadi giliran baginda,lalu baginda bermalam di tempatnya". (hadis riwayat Ahmad)


4).MANDI BERSAMA ISTERI
Dari Aishah r.a,beliau berkata,"Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w.mengunakan 1 bejana.Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami(ke dalam bejana tersebut)." hadis riwayat abdurrazaq)


5).DISIKATKAN OLEH ISTERI
Dari Aishah r.a,beliau berkata,"Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w,ketika itu saya haid." (hadis riwayat ahmad)


6).MEMINTA ISTERI MEMINYAKI BADAN
dari Aishah r.a,beliau berkata "saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w pd raya 'aidil adha' setelah beliau melakukan jumrah aqabah." (hadis riwayat ibnu 'Asakir)


7).MINUM BERGANTIAN PADA TEMPAT YANG SAMA
drpd Aishah r.a,dia bekata "saya biasa minum dari cawan yg sama walaupun ketika haid.Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut,lalu baginda minum,kemudian saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup isinya.kemudian baginda mengambilnya dari saya,lalu baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya,lalu baginda pun menghirupnya". (hadis riwayat abdurrazaq dan said mansur)


8).MENCIUM ISTERI
dari Aishah r.a,bahawa Nabi s.a.w biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk,kemudian baginda bersembahyang dan tidak mengulangi wuduknya." (hadis riwayat abdurrazaq)

dari Hafshah,putri umar r.a,"sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa," (hadis riwayat ahmad).


9).BERBARING DI PANGKUAN ISTERI
dari Aishah r.a,beliau berkata ."Nabi s.a.w biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid,kemudian beliau membaca Al-quraan." (hadis riwayat abdurrazaq) 


10).MEMANGGIL DENGAN PANGGILAN MESRA
Rasulullah s.a.w biasa memanggil Aishah dgn beberapa nama panggilan yg disukainya seperti Aish dan Humaira(pipi merah delima)


11).MENYEJUKKAN KEMARAHAN ISTERI DENGAN MESRA
Nabi s.a.w biasa memicit hidung Aiahah jika dia marah dan baginda berkata,"wahai Tuhanku,Tuhan Muhammad,ampunilah dosa dosaku,hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan." (hadis riwayat ibnu sunni)


12).MEMBERSIHKAN TITISAN DARAH HAID ISTERI
dari Aishah r.a dia berkata,"Aku pernah tidur bersama rasulullah s.a.w di atas satu tikar ketika aku sedang haid,apabila darahku menitis di atas tikar itu,baginda mencucinya pada bahagian yg terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu,kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula,lalu baginda bebaring kembali di sisiku.apabila darahku menitis lagi di atas tikar itu,baginda mencuci pada bahagian yg terkena titisan darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu,kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu.." (hadis riwayat nasai)


13).SEGERA MENEMUI ISTERI APABILA TERGODA
dari jabir,sesungguhnya Nabi s.a.w pernah melihat wanita,lalu bahginda masuk ke tempat kediaman Zainab,untuk melepasakan keinginan baginda kepadanya,lalu keluar dan bersabda,"wanita kalau menghadap dalam rupa syaitan...apabila seseorang di antara kamu melihat wanita menarik,hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yg sama dgn yg ada pada wanita itu..
(hadis riwayat tarmizi)



KEWAJIBAN SEORANG SUAMI

1).Pertama ialah membayar mahar dengan sempurna.

2).memberi nafkah zahir dan batin,rasulullah bersabda:

"takutlah kepada Allah dalam memperlakukan wanita,kerana kamu mengambil mereka dengan amanat Allah dan kamu halalkan kemaluan mereka dengan kalimat Allah dan kewajiban kamu adalah memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan baik."

3).suami wajib memberi pelindungan kepada isterinya.bermaksud dia haruslah memberi tempat berlindung yg selesa mengikut kemampuan diri.

4).mempergauli isteri dengan baik. 

Allah berfirman,"dan pergaulilah mereka dengan cara yang baik".(an-nisa:19)

Rasulullah s.a.w bersabda,"orang mukmin yg paling sempurna imannya adalah yg paling baik akhlaknya:dan sebaik-baik kalian adalah yg paling baik terhadap isterinya."Riwayat (tarmizai).



KEWAJIBAN SEORANG ISTERI

1).mentaati suami.namun dalam mentaati suami dan juga batasannya.batasan itu adalah seperti yg disabdakan Rasulullah s.a.w,."Tidak ada ketaatan terhadap makhluk yg melakukan maksiat kepada Allah dan melakukan apa yg dilarangnya".

2).seorang isteri harus menjaga kehormatan diri,suami,dan harta keluarga.(contoh:meminta keizinan suami ketika keluar dari rumah dan memberitahu arah dan tujuan anda keluar.jangan sesekali anggap perkara ini remeh kerana ia merupakan tanggungjawab seorang isteri).

3).mengatur dan menguruskan hal berkaitan rumah tangga seperti memasak untuk suami dan anak-anak kerana air tangan seorang isteri adalah pengubat segala kepenatan suami dan dapat mengelak dari suami keluar berpoya-poya diluar.

4).melahirkan dan mendidik anak-anak.dalam hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari dan meslim.Rasulullah bersabda,"wanita adalah pengasuh dan pendidik di rumah dan bertanggungjawab atas asuhannya."

5).isteri harus berbuat baik dan melayani keluarga suaminya dengan penuh rasa kasih dan ikhlas.Tip ambil hati mentua dan ipar duai seperti memberi hadiah,memasak ketika sesekali pulang ke kampung,dan bercakap dengan sopan.


Impak Ketika Cinta Bertasbih



OKI SETIANA DEWI manis mengenakan tudung labuh dan sepasang busana berwarna merah jingga ketika melangkah ke ruang legar restoran Spice Garden, Chulan Square, Kuala Lumpur pada tengah hari Isnin lalu.
Lebih mesra disapa Oki, pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih itu memberitahu, dia menjahit sendiri busana yang digayakannya tersebut.

“Baju ini saya jahit sendiri, asalkan selesa dipakai dan orang sekeliling pun senang memandang, saya rasa tidak menjadi hal,” ungkap Oki dalam senyuman.

Biarpun sebelum ini Oki mengakui dia bukan seorang Muslimah sejati malah mula menutup kepalanya hanya selepas usianya mencecah 16 tahun, namun dia mempelajari lebih banyak ilmu agama sejak membintangi filem Ketika Cinta Bertasbih.

Filem itu berjaya menobatkan namanya sebagai Pendatang Baru Wanita Terbaik dan Pendatang Baru Wanita Popular menerusi Indonesia Movie Award 2010.

“Saya banyak belajar menerusi skrip dan lakonan dalam filem itu. Malah, saya merasakan filem itu umpama kursus perkahwinan pendek yang telah mendidik saya tentang ilmu rumah tangga,” katanya mengenai filem yang dibintanginya ketika berusia 19 tahun itu.

Filem yang berjaya mencatat sambutan penonton lebih tiga juta orang pada tahun 2009 itu dibikin sekuel berjudul Ketika Cinta Bertasbih 2.

Filem sekuel itu bagaimanapun hanya meraih separuh bilangan penonton filem pertamanya.

Pada tahun 2010, karya adaptasi novel terlaris tulisan Habiburrahman itu kemudian dijadikan sinetron tiga siri masing-masing dengan judul Ketika Cinta Bertasbih Special Ramadhan, Meraih Ridho Ilahi dan Dari Sujud ke Sujud.

“Ketika meneliti watak Anna, saya bermohon kepada Allah supaya jadikan saya Anna di dunia nyata.
“Namun akhirnya saya berasa lucu apabila kehidupan watak lakonan dalam sinetron tidak jauh beza dengan dunia realiti. Contohnya, watak Anna yang suka memberikan ceramah agama sama seperti diri sebenar saya yang juga gemar berkongsi ilmu.

“Banyak juga adegan ceramah agama dan membaca al-Quran dalam filem itu yang berjaya diaplikasikan dalam kehidupan sebenar saya,” ujarnya.

Tambahnya, impak filem dan sinetron lakonannya itu juga telah membawa khalayak mengenali dirinya sebagai Anna.

Jika dahulu ada peminat yang memanggil nama Anna, Oki cuba melarikan diri daripada mereka sebab berasa terlalu janggal, namun sekarang ini kalau orang memanggil dia dengan nama itu, dia tidak akan teragak-agak untuk menoleh kepada individu yang menyebut nama tersebut.
Begitu juga jika ada yang memanggilnya dengan nama sebenar dirinya iaitu Oki.
Buku
Oki sebelum ini pernah menolak tawaran berlakon untuk karakter seorang penceramah kerana kekangan waktu yang bertembung dengan pengajiannya di Mekah selama sebulan pada Februari lalu.

“Ketika itu saya terpaksa menolak tawaran berlakon kerana saya perlu ke Mekah untuk menuntut ilmu bahasa Arab dan pengajian al-Quran di Universiti Umm al-Qura.

“Namun, semua pengalaman saya semasa berada di Mekah saya bukukan dalam novel ketiga saya iaitu Cahaya di atas Cahaya yang akan dikeluarkan menjelang hujung tahun ini,” jelasnya.

Sebelum ini Oki sudah menulis dua buah novel yang menceritakan perjalanan hidupnya sebelum menjadi pelakon hingga sekarang.

Novel pertamanya berjudul Melukis Pelangi: Catatan Hati Oki Setiana Dewi yang menceritakan perjalanan menemui hidayah. Novel itu diulang cetak sebanyak lapan kali sejak setahun lalu.

Rentetan kejayaan novel sulungnya itu, muncul novel keduanya yang berjudul, Sejuta Pelangi: Pernik Cinta Oki Setiana Dewi. Ia mengisahkan tentang individu memberikan inspirasi dalam hidupnya.

OKI bersama dua buah novel hasil tulisannya.
“Novel itu menceritakan perjalanan saya bertemu dengan insan-insan yang banyak memberikan inspirasi kepada saya seperti kanak-kanak penghidap kanser dan mengajar banduan mengaji di penjara,” ulas Oki mengenai novel itu yang sudah tiga bulan berada di pasaran.

Kelantan
Melancarkan novel keduanya pada bulan Mac lalu di Kelantan menimbulkan banyak tanda tanya sesetengah pihak. Apa istimewanya negeri itu kepada Oki sedangkan acara itu boleh dilakukannya di Kuala Lumpur?
Jawab Oki: “Saya dijemput oleh kerajaan negeri Kelantan untuk melancarkan novel itu, bagi saya tidak salah untuk tujuan kebaikan. Tiada niat politik atau prasangka lain patut timbul.”

Novel tersebut akan turut dilancarkan pada 24 Jun ini di Pameran Buku Antarabangsa di Jakarta, Indonesia.
Dalam pada itu, Oki mendedahkan dia berhajat untuk menamatkan zaman mudanya secepat mungkin.

“Saya ingin berkahwin muda, kalau bukan tahun ini, tahun depan barangkali. Buat masa sekarang belum ada calon secara rasmi,” getusnya yang mendedahkan dia tidak pernah dilamar sehingga kini.

Dedahnya lagi, dia hanya akan menuruti nasihat kedua-dua orang tuanya berkenaan bab jodoh dan perkahwinan.

“Namun, saya mahukan pasangan berlandaskan syarak yang perlu dilihat berdasarkan keturunan, fizikal, harta dan agama.

“Dalam masa yang sama saya mahu seorang lelaki yang cerdas akal kerana dia akan menjadi guru kepada saya untuk membimbing saya dan anak-anak kelak,” katanya tentang ciri lelaki yang bakal menjadi suaminya pada satu hari nanti.





Budak 11 Tahun Dirogol Lebih 100 Kali Dalam Tempoh 3 Bulan


Seorang budak perempuan berusia 11 tahun mendakwa dirinya telah diperkosa lebih 100 kali dalam tempoh tiga bulan. Kejadian itu berlaku pada tahun 2006 namun hanya didedahkan kepada umum beberapa hari lalu oleh ibu budak itu dalam blog mininya.

 Ibu budak itu, Tang Juan dari Yongzhou China merayu pengamal perubatan untuk membantu anaknya, Lele, yang kini menghidap penyakit kelamin dan masalah mental selepas kejadian yang berlaku kira-kira empat tahun lalu. Menurut ibunya,

Lele mengikut seorang lelaki berusia 23 tahun yang dikenal sebagai Zhou Junhi ketika di arena luncur ais sebelum kedua-duanya pergi makan malam bersama pada 1 Oktober 2006. Selepas itu, Zhou membawa anaknya ke pusat video sebelum merogol anaknya beberapa kali. Selepas kejadian itu, lelaki itu mengugut Lele agar merahsiakan kejadian itu atau dia akan memberitahu hal itu kepada rakan dan guru di sekolahnya.

Lelaki itu turut mengugut untuk membunuh ahli keluarganya. Dua hari selepas itu, Zhou memaksa anaknya untuk "bekerja". Lele dipaksa melacurkan diri di sebuah kelab sosial. Setiap pelanggan dikenakan bayaran sebanyak RM47 (100 yuan).

Sebanyak RM14 diberikan kepada Lele, selebihnya diambil oleh pemilik kelab sosial tersebut. Wang RM14 yang diterima oleh Lele itu walaubagaimanapun diambil oleh Zhou. Selepas berjaya diselamatkan, Lele mendakwa dirinya telah diperkosa lebih 100 kali. Setakat ini, sebanyak tujuh orang didakwa kerana terlibat dalam kes yang amat menyentuh hati ini .



Boboiboy Superkick




BoBoiBoy sedang cuba memecahkan rekod sendiri dengan menimbang bola 100 kali tetapi Adu Du tiba dan cabar BoBoiBoy untuk menendang bola sejauh mungkin.

BoBoiBoy menyahut cabaran Adu Du, tetapi berapa jauh dia boleh pergi? Sementara itu, Adu Du menghantar Super Probe untuk pastikan yang BoBoiBoy tak akan sampai gol.

Bantu BoBoiBoy untuk tendang bola sejauh mungkin dan elak dari Cengkaman Gergasi Super Probe!
Terbaik dalam Superkick BoBoiBoy:

Main sebagai BoBoiBoy dan tendang bola dengan jauh sambil mengelak perangkap Adu Du!
Kawal bola dengan menggerakkan iPhone, elak dari Robot Hamba Adu Du dan lari dari Cengkaman Gergasi Super Probe!

Dapatkan pujian BoBoiBoy dengan membawa bola lebih tinggi.

Kumpul markah dengan menendang bola lebih tinggi hingga ke angkasa dan kongsi markah tertinggi dengan kawan-kawan di Facebook!

Muat Turun Segera!

Icon_app_store


Screenshots










Ebby Yus Enggan Tegur Sikap Biadap Pelawak Muda


                                                                           Ebby Yus


KUALA LUMPUR: Pelawak Ebby Yus mengambil pendekatan untuk tidak menegur sikap biadap segelintir pelawak baru terhadap artis lama walaupun dia berasa terkilan dengan keadaan itu.
Ebby Yus atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 47, berkata dia tidak mahu menegur sikap negatif tersebut kerana golongan itu sudah dewasa dan boleh berfikir sendiri mengenai tindak-tanduk mereka.

“Saya perhatikan ada segelintir pelawak muda yang bersikap biadap dan memandang remeh pada golongan artis lama kerana beranggapan mereka sudah hebat dan popular. Bagi saya, aspek adab dan tatasusila patut ada pada setiap individu.

“Ketika saya atau artis-artis senior lain baru mula bertapak dalam bidang seni dulu, kami sangat menghormati artis yang lebih senior daripada kami. Sayangnya, perkara itu tidak dimiliki segelintir artis muda.
“Tidak perlulah saya tegur mereka apabila bersikap begitu di depan orang lain kerana masing-masing sudah besar dan boleh berfikir sendiri,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Ditanya adakah sikap negatif artis pelapis itu berpunca daripada layanan dan keutamaan stesen televisyen dan penerbit yang 'memanjakan' mereka, Ebby Yus berkata dia menyedari perkara tersebut tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kecuali menyesuaikan diri dengan keadaan.


Aksi Ebby Yus ketika rakaman program Karoot Komedia X di Kompleks Studio Merdeka Finas dekat sini, baru-baru ini.

“Sikap dwistandard antara artis lama dan baru oleh stesen televisyen dan penerbit adalah lumrah dalam budaya dunia hiburan tanah air. Soal artis baru menjadi besar kepala kerana dimuakan bergantung kepada individu itu sendiri tetapi tidak semua bersikap begitu.

“Sebagai pelakon yang masih mencari rezeki dalam bidang ini, saya perlu menyesuaikan diri dengan keadaan, menjaga prestasi kerja dan bersaing secara sihat agar terus relevan dengan perkembangan dunia hiburan pada hari ini,” luahnya yang menceburi bidang seni sejak 1983.

Terbaru, Ebby Yus yang sedang terlibat dalam sesi rakaman Karoot Komedia X untuk Astro Warna berkata, pembabitan dalam program komedi muzikal itu tidak sukar kerana ia tidak banyak berbeza daripada Karoot Komedia yang disertainya sebelum ini.

“Komitmen dalam Karoot Komedia X tidak banyak berbeza daripada Karoot Komedia sebelum ini. Formatnya masih sama, cuma pada kali ini ia berskala lebih besar. Kami menggunakan skrip diberikan sebagai panduan kerana kebanyakan jenaka dilakukan secara spontan,” kongsinya.

Karoot Komedia X yang disiarkan sebanyak 12 episod itu turut menampilkan Johan (Raja Lawak), Jep (Sepahtu) dan Yus (Raja Lawak) sebagai pelakon utama.

Barisan artis jemputan pada setiap episod pula antaranya AR Badul, Didie Alias, Fouziah Gous, Nabil Ahmad, Tasha Shilla, Anzalna, Neelofa dan Marsha.

Ia ditayangkan bermula 8 Jun lalu pada setiap Jumaat pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132).

Abby Abadi harap temu jodoh dengan ustaz



TEMERLOH: Pelakon siri Gerak Khas, Abby Abadi dalam nada seloroh mengharapkan bertemu jodoh dengan ustaz untuk memberikan bimbingan dalam kehidupannya setelah ‘berhijrah’.

Beliau menyatakan demikian pada program talk show Malam Keinsafan Bersama Selebriti di Dataran Kerdau malam ini yang dipengerusikan oleh AJK Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Kamal Ashaari.

Turut menjadi ahli panel ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Nor.

Abby menjelaskan beliau seronok berada di dalam majlis seperti itu kerana dapat menambahkan ilmu.
“Saya suka majlis macam ni dapat ilmu agama,” ujarnya yang menjelaskan sudah beberapa kali berada sepentas dengan kepimpinan Pemuda PAS.

Beliau juga berharap suatu hari nanti dapat mengemukakan hujah bersandarkan nas al-Quran pada program seumpama itu.

Justeru, Abby yang mengakui amat naif dengan ilmu agama amat berharap mendapat bimbingan agama yang sewajarnya daripada golongan ustaz.

“Saya berharap bertemu jodoh dengan ustaz.
“Di sini ramai ustaz, kan?” ujarnya seloroh yang ditujukan kepada para hadirin.
Abby turut meminta para hadirin mendoakan agar beliau istiqamah dengan perubahan yang berlaku kepadanya.

“Saya mengharapkan perubahan yang positif pada diri saya.

“Doakan saya dalam keadaan begini sehingga bertemu Ilahi, saya nak juga mati syahid, saya harap doa dari semua,” katanya di hadapan kira-kira 5,000 hadirin.

Edisi Lawak: 7 Awek Sekolah Paling Seksi dan Menghairahkan Abad Ini!


Kat sekolah aku dulu pernah ada student lelaki kena macam ni..bila kawan tu kena denda..guru disiplin suh pakai baju sekolah pompuan..NAH AMEKAW!!! macam inilah jadinya..tapi yang dalam gambar ni tak tahula situasi dan keadaan serta puncanya..apepownnnn aksi "awek" 3 dari kiri dan 3 dari kanan memang terhangat di pasaran...tak gitu???? Melentik gitew..



Edisi 18SX! Kanak-kanak 2 tahun dah pandai aksi geli-geli!



Edisi ini sebenarnya sesuai pada umur 18 tahu ke atas..walaubagaimana pun..aksi 18 tahun ke atas itu hanyalah untuk mereka-mereka yang dah kahwin..bukan yang belum kahwin..Cuma sekarang ni..macam-macam benda pelik berlaku..semuanya menjurus kepada masalah bejat social yang semakin menjadi-jadi..dan yang terkini aksi kurang senonoh ini (gambar atas) dilakukan oleh kanak-kanak berusia 2 tahun..


Keadaan ini begitu membimbangkan pelbagai pihak..ni baru 2 tahun..kalau dah dewasa atau yang sewaktu dengannya? Yang dah 80 tahun pun masih sanggup nak rogol kanak-kanak bawah umur..sadis bukan…minta dijauhkanlah daripada benda ni..

Izara Aishah Kini Di Benci Ramai Wartawan





KETIKA sedang sibuk bercerita soal saman menyaman dua artis popular tanah air baru-barui ini, ada beberapa rakan wartawan yang merungut tentang Izara Aishah yang dikatakan mempunyai masalah pula.

Bukan besar sangat masalah Izara ni, tapi kalau dah selalu sangat datang lambat, memang menjadi masalah kepada orang lain. Malah, kata beberapa orang wartawan senior ni, Izara memang sentiasa lambat kalau berjanji.

"Kau bayangkan baru-baru ini hampir tiga jam dia terlewat dalam satu program yang dianjurkan di Finas. Yang menjadi masalahnya bila orang menunggu dia terlalu lama sampaikan naik muak.

"Bukan sahaja pihak produksi yang merungut dengan perangai dia tetapi beberapa wartawan yang ada pun geleng kepala dengan sikap Izara yang semakin lama semakin menjadi-jadi tu.

"Dengar cerita lagi bukan itu kali pertama dia buat macam tu. Ada beberapa sesi fotografi pun dia datang lambat. Alasannya tak tahu jalan, jalan raya sesak dan macam-macam lagi yang buat orang menyampah.

"Kalau rasa tak tahu jalan tu, kenapa tak google maps awal-awal? Dalam beberapa program pelancaran pun mesti dia lewat dengan alasan yang sama. Nampak sangat tak berdisiplin orang baru macam dia ni," rungut wartawan popular tu lagi.

Bagi Syed datang lewat ni bukan satu masalah baru dalam kalangan artis tempatan kita. Memang ramai yang buat perangai terutama dengan masa. Tiba-tiba Syed teringatkan kes artis yang kena halau sebab lambat dua jam.

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”