Thursday 12 July 2012

Konsep Penjara Masa Hadapan (9 Gambar)


Sebelum ini ada kami paparkan konsep taman bertingkat di San Francisco. Taman tersebut dibina secara bertingkat bagi memaksimakan penggunaan ruang tanah. Hari ini kita akan melihat sebuat konsep Menara Penjara di New Jersey. Sekali lagi rekaan bangunan vertikal dipilih bagi memastikan penggunaan tanah yang masksimum kerana New Jersey mempunyai ruang tanah yang terhad. Di Amerika dikatakan terdapat lebih kurang 2 JUTA orang dipenjarakan pada satu-satu masa. Secara per kapita USA adalah antara negara yang mempunyai jumlah banduan terbesar didunia.

Selain dari mahu memaksimakan penggunaan tanah, penjara rekaan Andreas Tjeldflaat dan Greg Knobloch mempunyai rekaan dalaman yang simbolik. Banduan merbahaya diletakkan pada bahagian bawah. Banduan yang kurang bahaya diletakkan diatas. Ini simbolik tahap pemsulishan seorang banduan untuk berdiri semula menjadi warganegara yang berguna. Banduan pada bahagian atas yang semakin hampir kepada tempoh tahanan dapat melihat keseluruhan bandar. Banduan yang baru dan masih keji tidak dapat melihat dunia luar. Pembinaan penjara di kawasan awam pula menurut dua jurureka memudahkan kaum keluarga melawat.

Dikatakan banduan lebih mudah insaf dan kembali ke jalan yang lurus jika menerima sokongan dan lawatan keluarga. Kebanyakkan penjara di USA terletak di kawasan pendalaman dan ini menyukarkan keluarga melawat. Secara tal langsung the rehabilitation process of the inmates will suffer.

Yes menara penjara ini penuh dengan simbol dan rekaannya lain dari yang lain. Tapi bagi seorang gamer aku teringat penjara CITADEL dari game Half Life 2 pulak. LOL! Ominious habis




AC Mizal Ajak Abby Abadi Berdebat Isu ISA Dan Khidmat PDRM Dipertikai


Anda tidak berpuas hati dengan rakan rakan anda yang tidak sefahaman dengan anda? Sekarang ini kita mempunyai budaya baru dengan menganjurkan debat perdana. Heh.
Melalui Twitter beliau, Dato’ AC Mizal baru baru ini mencabar Abby Abadi untuk berdebat berkaitan pertikaian aktress itu terhadap isu ISA & khidmat Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Abby Abadi sebelum ini di’lihat menyertai sebuah perhimpunan menuntut pembebasan tahanan ISA dan memberikan ucapan menuduh kezaliman pihak polis di kem tahanan.
Video boleh anda saksikan selepas ini tetapi menurut laporan Media Hiburan, perkara itu menjadi punca kenapa AC Mizal berani mencabar Abby Abadi untuk berdebat secara terbuka.
AC Mizal menulis Saya mewakili anak anak POLIS MALAYSIA mencabar @abby_abadi112 berdebat secara terbuka atas kutukan beliau terhadap PDRM! yang kemudian’nya di’balas Abby Abadi dengan mengatakan beliau tidak menyalahkan pihak polis.




Gaduh Pasal media Dlm Fb...media oh media

Bila semua media dia yg control.. fitnah tak abis2.. upah org sana sini.. wat protes tjuk kt tv.. keburukan diri sendiri sorok.. pecah amanah 250 juta tu senyap gitu je ker.. naper x tunjuk masuk tv..

 Cerita Penuh Dibawah:






Lamborghini Urus : Bila Lambo Membina SUV (9 Gambar)



Lamborghini terkenal sebagai pengeluar kereta lumba berprestasi tinggi. Semalam di Pameran Kereta Beijing mereka memperlihatkan Lamborghini Urus, SUV kedua mereka selepas LM002 yang dikeluarkan pada tahun 1986. Lambo Urus dijangka memasuki pasaran sekitar 2015 dan ianya akan diperkasakan dengan enjin V12 600 kuasa kuda. Harga jualan pula disekitar USD 200 000 sebuah. Jika anda tertanya-tanya, URUS ialah nama panggilan sejenis lembu dari Sepanyol.




Tom and Jerry Versi Realiti

ROBOCOP kembali


Masih ingat lambang ni...syarikat keselamatan swata pertama didunia. Dari tentera hingga ke polis diswastakan...tak pernah dibuat. Sah2 gila kalau jadi macam ni. Bila polis dah macam keja pejabat...nanti kerja lebih masa boleh 'claim'.
Mungkin tu hanya wujud di layar perak...dunia nyata insyallah tak, dan diharap takkan ada la. Cukupla sekadar jaga bank je tupun kekadang fail gak. OmniCorp, syarikat pembekal senjata api dan kelengkapan keselamatan mulai mengumumkan produk terkini dorang. Dari satu mesin besar bersenjata berkaki 2 hingga ke pesawat peninjau...semua ada di OmniCorp.



Tentu korang ingatkan benda alah atas ni...ED-209, rekaan terbaru untuk filem yang di restart ROBOCOP. Nampak lebih gagah dan lebih 'wujud' dari yang lama...namun masakan ada yang baru kalau takda yang lama.



Filem terbitan Columbia Picture dan MGM telah memberi  'pandang pertama' (first look) pada pengujung minggu komik dan banyakla yang tertarik dengannya. Disamping tu turut dilancarkan trailer filem yang bakal keluar Ogos 2013...pehh lama lagi la.

Agak unik trailer kali ni....daripada buat sedutan filem ia lebih kepada profil syarikat OmniCorp. Siap buat laman web khas yang pada dasarnya tak wujud pun syarikat ni. OMNICORP.COM




Bagi projek ni, khabarnya seorang artis bebas dipilih mereka semula semua robot2 dan rekaan konsep cerita. Jason Hazelroth pereka bertanggungjawap telah bermula semenjak 2008 lagi...ternyata hasilnya takla begitu menghampakan. Ada yang berpendapat hasilnya  macam gabungan Iron-Man dengan Tron...kauorang rasa camne, sama ke?.

Diarahkan oleh Jose Padilha, seorang pengarah biasa2 je dari Brazil, dibantu plak barisan pelakon hebat seperti Joel Kinnaman, Gary Oldman, Samuel L. Jackson dan Hugh Laurie...diharapkan jadi super hit...kembalikan kegemilangan mat robot suatu masa dulu.

Lihat Video:

Trend Gadis Masa Kini Dengan Seluar Yang Ingin Menarik Perhatian Anda (10 Gambar)













CANTIK PRAMUGARI THAILAND NI, TAPI ?


Lama tak update blog, disebabkan kesibukan yang teramat sangat sehinggakan tidur pun tak cukup. Bekerja di Singapore merupakan satu pengalaman yang menarik bagi aku, dapat merasakan persekitaran yang boleh dikatakan sosial. Berkenalan dengan rakan sekerja seperti Mr. Fauzi, MDZ, YMN, JBL, BBM, ADM, Hj. Din dan ramai lagi membuatkan aku mula mengenali Singapore. Tak lupa juga kepada NORDIN, merupakan seorang berbangsa melayu yang boleh tahan juga kebangsatan beliau. Semoga beliau berubah dari perangai syaitan kepada seorang yang berhati mulia. Aku ada juga cari blogger2 Singapore nie, tapi tak jumpa. Mungkin mereka lebih underground dari blogger Malaysia.

Kembali ke tajuk utama, gambar dibawah merupakan gambar pramugari dari Thailand. Cantik, hot, mantap semua ada tapi ? Tapi apa ? Tapi tak boleh nak buat bini la. Sebab mereka nie sebenarnya LELAKI.





FAM AKUR DESAKAN PENYOKONG KELANTAN



12 JULAI 2012 : SAH, Piala Liga Super dan Medal akan dibawa ke Kota Bharu untuk disampaikan kepada Kelantan selepas perlawanan bertemu Sarawak Sabtu ini ( 14 JULAI 2012 )
Datuk Hamidin yang menelefon sebentar tadi, mengesahkan FAM menerima rayuan KAFA supaya majlis berkenaan diadakan di Kota Bharu.
Hanya Piala dan Medal sahaja akan diberikan, wang hadiah sebagai juara liga akan diberi kemudian.
INFO TERUS DARI : Saudara Amierul Hisham

GAMBAR: KALAU AWEK JADI SUPERHERO

Biasanya kalau superhero adalah lelaki tetapi tidak bermakna wanita tidak layak di iktiraf menjadi superhero.









Punca Sasha cerai, tiga tahun tak disentuh suami?


TAK SEHALUAN...Salyo duduk di depan manakala Sasha duduk di belakang sambil ditemani ibunya, Siti Aishah Abdullah di mahkamah, semalam.

KUALA LUMPUR: Selepas berhadapan dengan pelbagai spekulasi berikutan dilihat hadir ke Mahkamah Syariah Gombak Timur, dekat sini, baru-baru ini, bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin akhirnya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Salyo Priyanto Nutosoemarsono di sini, semalam.

Lafaz cerai itu diucapkan Salyo pada jam 2.55 petang di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Sasha.

Sasha selaku plaintif memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Lebih menarik, Sasha memohon untuk menyerahkan satu nota kepada mahkamah kerana tidak mahu mendedahkan punca kemelut rumah tangga mereka secara terbuka ketika ditanya sebab memfailkan permohonan cerai itu.

Rakaman video CCTV warga emas maut diragut di Pulau Pinang


GEORGETOWN - Seorang pembantu kedai kopi maut selepas diragut dua lelaki dalam satu kejadian di tempat letak motosikal flat Padang Tembak di sini awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, Tan Kim Chuan, 60, dikatakan baru keluar dari rumahnya untuk ke tempat kerja di Lebuh Carnavon sebelum beg tangannya diragut dari arah belakang oleh dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

Akibat kejadian itu, mangsa terseret beberapa meter dan ditemui terbaring di atas jalan raya oleh orang ramai.

Difahamkan, ketika kejadian sekitar kawasan berkenaan masih lagi sunyi dan ia berlaku tanpa disedari penduduk lain.

Bagaimanapun, kejadian berkenaan berjaya direkodkan kamera litar tertutup yang dipasang di sekitar kawasan perumahan berkenaan.

Hasil penelitian CCTV mendapati mangsa yang terbaring tidak dihiraukan penduduk yang lalu lalang di sekitar kawasan kejadian selepas beberapa minit.

Hanya lapan minit kemudian dua lelaki menghampiri dan cuba memberikan bantuan kepada mangsa.

Mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan.

Sinar Harian difahamkan mangsa meninggal dunia sembilan jam kemudian selepas menjalani pembedahan untuk membuang darah beku di bahagian otak.

Sementara itu,Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Assiten Komisioner Mohd Nasir Salleh ketika ditemui berkata polis sedang meneliti rakaman CCTV berkenaan dan masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti kedua-dua suspek.



9:45 AM | Posted by Desperado
Rakaman video CCTV warga emas maut diragut di Pulau Pinang
134 Views

GEORGETOWN - Seorang pembantu kedai kopi maut selepas diragut dua lelaki dalam satu kejadian di tempat letak motosikal flat Padang Tembak di sini awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, Tan Kim Chuan, 60, dikatakan baru keluar dari rumahnya untuk ke tempat kerja di Lebuh Carnavon sebelum beg tangannya diragut dari arah belakang oleh dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

Akibat kejadian itu, mangsa terseret beberapa meter dan ditemui terbaring di atas jalan raya oleh orang ramai.

Difahamkan, ketika kejadian sekitar kawasan berkenaan masih lagi sunyi dan ia berlaku tanpa disedari penduduk lain.

Bagaimanapun, kejadian berkenaan berjaya direkodkan kamera litar tertutup yang dipasang di sekitar kawasan perumahan berkenaan.

Hasil penelitian CCTV mendapati mangsa yang terbaring tidak dihiraukan penduduk yang lalu lalang di sekitar kawasan kejadian selepas beberapa minit.

Hanya lapan minit kemudian dua lelaki menghampiri dan cuba memberikan bantuan kepada mangsa.

Mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan.

Sinar Harian difahamkan mangsa meninggal dunia sembilan jam kemudian selepas menjalani pembedahan untuk membuang darah beku di bahagian otak.

Sementara itu,Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Assiten Komisioner Mohd Nasir Salleh ketika ditemui berkata polis sedang meneliti rakaman CCTV berkenaan dan masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti kedua-dua suspek.

“Kita akan menhantar rakaman CCTV ini ke Jabatan Forensik Bukit Aman untuk mendapatkan imej yang lebih jelas suspek terbabir.

“Polis melancarkan satu operasi bagi mengenal pasti bekas penjenayah kes ragut untuk proses dokumentasi bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Nasir berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal selepas mengalami kecederaan serius di bahagian kepala.

Menurutnya, kes akan disasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan


Pelakon lelaki ambil kesempatan ke atas bakal tunang!



Tinggal beberapa hari lagi khabarnya pasangan kekasih yang sedang asyik bercinta ini dikatakan bakal bertunang. Terkejut juga Malaysia apabila mereka mendengar khabar itu.

Kalau sudah namanya selebriti dan pula percintaan mereka mula menjadi buah mulut ramai, pasti ada kisah yang kurang senang disampaikan dari mulut ke telinga.

Khabarnya, pelakon lelaki yang tidak kurang popularnya ini sebenarnya tiada niat untuk mengahwini kekasih beliau kini dan idea bertunang pun datang dari si perempuan.

Namun lelaki ini gemar terus berpacaran dengan kekaish beliau itu kerana khabarnya si perempuan sanggup melakukan apa sahaja demi pelakon ini — dan dari segala segi.

Baru baru ini di sebuah lokasi penggambaran, krew produksi yang ada agak jelak dengan perangai pelakon lelaki ini yang mengarahkan kekasih’nya untuk buat macam macam perkara.

Jika tidak mengetahui yang mereka ini pasangan kekasih, pasti orang akan sangka si perempuan ini merupakan pembantu peribadi atau pekerja bawahan pelakon lelaki ini. Tetapi, bak kata orang, kalau sudah cinta dan sayang itu menebal, katakan apa sahaja bukan hati ingin peduli lagi.

Cuma kalau si perempuan ini sedar yang pelakon lelaki ini hanya mempergunakan beliau, ada baiknya hubungan yang ada dinilai semula. Takut sudah terlajak jauh, baru sedar yang mereka tersalah haluan.

Wakil rakyat tengok gambar wanita berbikini didesak letak jawatan



GUATEMALA CITY: Penunjuk perasaan menuntut dua wakil rakyat mereka supaya meletak jawatan selepas dirakam ternganga melihat gambar wanita berbikini pada sebuah telefon bimbit.

Walaupun sepatutnya membahaskan satu rang undang-undang di Parlimen, Jose Gandara, 67, dan Carlos Rafael Fion, 59, leka meneliti imej wanita seksi dan aksi itu dirakam dan tersebar kepada orang ramai.

Sehingga semalam, berpuluh-puluh penunjuk perasaan bertopeng kebanyakannya anak muda menuntut mereka meletak jawatan. Mereka juga menggelar Gandara dan Fion sebagai “wakil rakyat porno.” Sementara itu, Gandara berkata, dia tidak bersalah dan isu itu terlalu diperbesarkan.
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”