Cara hidup kita zaman ini sepatutnya sudah mula diubah dan kita tidak sepatutnya memakan makanan yang digoreng dengan minyak yang banyak (deep fried).
Dalam istilah masakan, 'deep fried' maksudnya memasak dengan merendamkan makanan ke dalam minyak yang banyak yang dipanaskan. Minyak yang digunakan untuk menggoreng boleh mencecah suhu sehingga lebih 200°C. Ayam, kentang, donat, onion ring adalah antara makanan yang popular digoreng secara deep fried. Senarai-senarai ini adalah merupakan makanan ala-Barat. Bagaimana pula dengan makanan ala-keTimuran seperti di negara kita?
Makanan tempatan tidak kurang juga menggunakan kaedah 'deep-fried' seperti pisang goreng, berbagai jenis cucur seperti cucur udang, cucur bawang dan sebagainya. Sudah tiba masanya kita melihat kembali apa yang kita makan selama ini biarpun ia telah lama dipraktikkan oleh generasi sebelum kita.
Makanan yang digoreng tinggi kandungan kalori dan boleh menyebabkan berat badan bertambah hingga menjadi obesiti. Semasa menggoreng, makanan akan menyerap minyak lalu menambahkan jumlah lemak di dalam makanan yang anda makan.
Makanan yang digoreng dengan lemak tepu atau lemak trans meningkatkan risiko penyakit koronari jantung iaitu saluran arteri yang semakin sempit atau tersumbat.
Penggunaan Minyak 'Recycle'
Peniaga yang menjual makanan 'deep fried' sudah tentu tidak akan membuang minyak yang telah digunakan kerana ia akan meningkatkan kos operasi dan mengurangkan margin keuntungan. Kebanyakannya terutama peniaga pisang goreng akan menyimpan minyak yang telah digunakan, menapis kerak-kerak dan kemudian menggunakan semula untuk menggoreng makanan. Perkara ini akan berterusan beberapa hari berikutnya sehingga ke satu tahap dimana minyak itu sudah bertukar menjadi hitam barulah mereka akan menggunakan minyak yang baru.
Penggunaan minyak 'recycle' ini sebenarnya amat merbahaya kerana ia dicemari oleh sejenis bahan yang boleh menyebabkan kanser dan tekanan darah tinggi. Minyak yang telah digunakan akan merosot (teroksida, terpolimer dan terhidrolisis) lalu membentuk komponen merbahaya. Kemerosotan ini diikuti oleh perubahan tahap keasidan lemak, perubahan warna minyak dan peningkatan asid lemak trans - asid lemak yang boleh mengakibatkan serangan jantung.
Kebanyakan orang tidak menyedari bahawa minyak juga adalah punca kepada masalah kulit muka seperti jerawat atau acne. Salah satu kaedah yang paling berkesan untuk mengelak dari masalah ini ialah dengan berhenti dari mengambil makanan yang digoreng lebih-lebih yang digoreng secara deep-fried. Orang Eskimo mempunyai kulit yang licin kerana mereka makan ikan - sumber minyak yang baik untuk omega-3.
Pisang Yang Digoreng
Pisang adalah makanan yang baik dan banyak khasiat tetapi mengapa ia perlu digoreng? Memakan pisang goreng samalah seperti anda meminum minyak terus masuk ke dalam perut anda lebih-lebih lagi minyak yang diguna semula. Tepung yang dibancuh untuk menyaluti pisang adalah tempat yang baik untuk minyak berkumpul. Struktur pisang itu sendiri bertindak seperti ruang simpanan untuk minyak masuk dan berkumpul di dalamnya.
FDA menetapkan bahawa penggunaan minyak masakan yang telah digunakan tidak boleh melebihi 25% dari jumlah minyak yang digunakan untuk menggoreng. Ketetapan ini berdasarkan kepada Total Polar Compounds (TPC). TPC termasuk semua bahan yang terbentuk yang mempunyai polar yang lebih tinggi trigliseride teroksida, diagliseride dan asid lemak. Tahap maksima bagi polar compound masakan ialah 25g/100g minyak. - Artikel oleh The Secret Medicines
Friday, 7 June 2013
Rahsia Lima Jari
1. Genggam tangan kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan..."Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.
2. Luruskan jari ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.
3. Lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil. Seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya".
4. Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.
5. Naik kepada 'middle finger', jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seseorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.
6. Beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan teladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.
7. Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas.
Waspada Dengan 'Periuk Ajaib'
Perkembangan teknologi termaju adalah rahmat kepada manusia kerana ia memudahkan tugas dan menjimatkan masa. Tetapi bukan semua teknologi boleh mendatangkan kebaikan.
Terbaru, terdapat sejenis periuk kembar yang dikatakan 'ajaib' (bukan bermaksud ia benar-benar ajaib) yang boleh membantu kita memasak makanan dengan lebih mudah, cepat dan lebih menariknya ia memiliki ciri-ciri tidak melekat (non-stick) dan kurang asap. Masakan anda akan mudah diuruskan, periuk juga mudah dicuci kerana tiada bahan-bahan masakan yang tinggal melekat pada permukaan periuk.
Apa yang hendak diperkatakan di sini, kita seharusnya tahu apakah jenis bahan yang digunakan dalam pengeluaran yang bertindak sebagai lapisan untuk menjadikan permukaan periuk tidak melekat.Selain dari itu, apa yang mengejutkan kami ialah sejenis bahan seperti gelang getah tebal dijadikan sebagai gasket untuk menghalang asap dan segala aroma dari terbebas keluar dari periuk itu apabila ia ditutup.Bahan getah yang dipanaskan ini sudah tentu akan bertindakbalas mengeluarkan bahan-bahan toksik dan seterusnya masuk dan bercampur dengan bahan masakan di dalam periuk. Jika ia dilakukan secara berterusan, tidak hairan lambat-laun mengapa pengguna itu boleh mendapat kanser.
TSM tidak mengajak pengguna menolak kemajuan teknologi tetapi kita seharusnya lebih berhati-hati dan jangan mudah terpedaya. Sekalipun pengeluar mendakwa bahan yang digunakan ialah aluminium atau besi tahan karat, ia adalah bahan asas periuk itu. Apa yang kita perlu ketahui ialah bahan lapisan yang membuatkan ia tidak melekat. Terdapat beberapa jenis bahan merbahaya yang biasa digunakan untuk menjadikan periuk tidak melekat iaitu asid perfluorooctanoic (PFOA) dan asid perfluorooctanesulfonic (PFOS). Pada 2005, Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika (EPA) mengeluarkan laporan bahawa kedua-dua jenis bahan ini disahkan menepati ciri-ciri bahan yang dikategori sebagai karsinogen (penyebab kanser).
Menurut kajian terbaru yang dijalankan oleh Environment Health Perspectives pula, ia menemui kaitan antara asid perfluorooctanoic (PFOA), asid perfluorooctanesulfonic (PFOS) dengan penyakit osteoarthritis (OA - penyakit yang hampir sama dengan gout). Tumpuan dijalankan terhadap kedua-dua jenis bahan ini kerana ia telah digunakan secara meluas dalam persekitaran dan didapati mencemar hidupan liar dan manusia. Ia digunakan dalam beratus-ratus proses industri dan produk pengguna seperti kertas pembungkus makanan tak melekat, pakaian fabrik tak telap air dan tahan karat serta produk penjagaan diri.
Mereka mendapati pendedahan terhadap PFOA dan PFOS berkait rapat dengan kemungkinan besar penyakit osteoarthritis.
Sebelum anda tertarik dengan sesuatu produk terbaru, tanyalah dahulu apakah produk itu selamat digunakan. Tanya penjual atau pengeluar apakah jenis bahan lapisan non-stick yang digunakan. Adakah mereka menggunakan PFOA dan PFOS. Jika jawapannya ya, lebih baik lupakan saja. Sebagai penjual dan pengeluar, keselamatan pengguna adalah perkara nombor dua. Yang pertama ialah menjana keuntungan dan memastikan produk laris dijual.
Nasihat kami, kembali kepada cara lama. Gunakan periuk besi keluli tahan karat yang masih elok di dapur anda. Khidmatnya masih diperlukan. Elakkan memakan makanan yang dimasak di atas dapur 'ajaib' ini atau semua jenis periuk 'non-stick'.

Bagaimana Resepi Rahsia KFC Disimpan
Perlu Tahu : Bagaimana Resipi Rahsia KFC Disimpan? | Makanan Fast Food seperti KFC sememangnya amat digemari oleh semua lapisan masyarakat. Biarpun ia tidak digalakkan untuk makan selalu, restoran terkemuka dunia ini sering dipenuhi oleh pelanggan yang rata-rata datang dari pelbagai kaum. Mungkin ada di antara kita pernah tertanya-tanya apakah sebenarnya resipi yang telah KFC gunakan untuk ayamnya tersebut. Adakah ia didedahkan kepada umum? Tidak, malah resipi untuk kini menjadi rahsia sehingga hari ini.
Tahukah anda, dalam dunia ini hanya 2 eskekutif KFC sahaja yang tahu resepi sebenar KFC? Mungkin anda pernah mendengar kenapa KFC tak dapat pengiktirafan ISO bagi jaminan kualiti dan mempunyai panel syariah tersendiri, rupa-rupanya KFC tak mahu rahsia gabungan 11 herba dan rempah ratusnya didedahkan.
Resipi rahsia Kolonel merupakan salah satu daripada rahsia perdagangan Louisville yang paling ketat disimpan, dengan salinan-salinan separa tersimpan di beberapa tempat yang lain sebagai sokongan. Dua pembekal perasa digunakan dan setiap mereka hanya membekalkan sebahagian resipi itu, dan mereka tidak mengetahui satu sama lain.
Presiden syarikat juga tidak tahu akan senarai bahan-bahan, dan beberapa orang yang mengetahuinya diperlukan menandatangani perjanjian kerahsiaan yang ketat. Satu analisis kimia yang diarahkan oleh pengarang William Poundstone mendedahkan sebahagian daripada bahan-bahan utama: garam, lada hitam yang kisar, tepung gandum, dan monosodium glutamat. KFC mendakwa bahawa resipi Kolonel Sander mengandungi sebelas herba dan rempah rahsia.
Pada tahun 2009, resepi ini telah kembali ke tanah lahirnya di Loisville setelah ianya pernah dipindahkan pada september tahun sebelumnya.
Col. Handers pernah berkata bahawa resepi yang dimiliki oleh beliau akan mendapat perhatian dan kawalan yang ketat suatu hari nanti. Ternyata tanggapan sang pencipta resepi ini bukanlah satu dongengan. Presiden KFC, Robert Eaton pernah berkata :-
“This recipe has amazing global importance and the reason is that you could maybe put on your hand the number of world, global trade secrets that are housed in a single packet, in a single form,”
Persoalannya macam mana rahsia resepi ini disimpan? Sekiranya anda seorang pencuri paling pro di atas muka bumi ini sekalipun, mungkin mustahil untuk anda mencurinya. Kenapa?
“We fortified the ceiling and the floor around here with concrete bricks two feet thick,” Dietl said. “We put in motion sensors also CCTV that’s hooked up to security downstairs. They have 24/7 armed guys downstairs, so in the amount of 30 seconds you’ll have somebody up here. Once in here, you have to have two people with two keys and two different PIN numbers, and that’s what you have to have. This safe is bolted down and there is no way anybody can get in here unauthorized without us knowing about it.”
Bo Dietl, ex-NYC police detective dan pakar ditektif.
Secara ringkas, untuk mencurinya, perlu ada 2 orang dengan 2 kunci serta 2 nombor pin yang berbeza dan barulah boleh melepasi sistem kawalannya. Tetapi sebelum itu anda perlu melepasi terlebih dahulu lantai, dinding dan siling konkrit setebal 2 kaki. CCTV dan sensor beroperasi 24 jam. Tak cukup dengan itu pakar pengawal keselamatan bersenjata juga turut diupah untuk menjaga kawasan itu.
Otak atau Jantung yang Berfikir? Sains & Al-Quran
Terdapat manusia yang mengatakan Jantung Berfikir pada beberapa abad yang lepas,ada manusia yang tidak bersependapat dengan perkara tersebut..Timbul persoalan adakah benar?Demi Al-Quran yang tidak ada syak dan sebarang keraguan!Al-Quran tidak pernah menyatakan sesuatu yang salah!fakta sebenarnya ialah jantung juga mempunyai sel memori yang bersambung dengan sel memori otak~
Sebelum penerangan selanjutnya,jom usya&baca kisah ni dulu k..sgt menarik entri kali ini,
Graham menerima jantung seorang pemuda yang meninggal kerana membunuh diri.Pemindahan jantung tersebut berjaya dan kesihatan beliau semakin hari semakin baik sehingga beliau pulih seperti biasa.Apabila sembuh,beliau mencari keluarga penderma untuk memberi penghargaan dan ucapan terima kasih.Beliau bertemu dengan balu pemuda yang mati membunuh diri itu.[dipetik menerusi Daily Mail bertarikh 10 April 2008]
Pertemuan itu membawa maksud yang tersendiri kerana Graham secara tiba-tiba telah jatuh cinta kepada balu tersebut.Beliau merasakan seolah-olah telah lama mengenalinya serta sangat berharap untuk tinggal bersama.Akhirnya kedua-duanya bersetuju untuk berkahwin ,dan mereka hidup mewah di sebuah banglo.
Pada waktu sama,suatu perkara ganjil telah berlaku pada diri Graham.Daripada sifat lemah lembut sebelum pemindahan jantungnya,beliau mula bersikap kasar kepada masyarakat termasuk isterinya sendiri.Menurut isteri yang baru dikahwininya,perangai Graham sama seperti perangai bekas suaminya yang meninggal dunia itu.Kegemaran buruk bekas suaminya dulu,kini diikuti oleh suami barunya.Beliau benar-benar berubah sifat daripada sifat penyantun kepada sifat pembengis dan tidak bertimbang rasa.Akhirnya,beliau mengambil pistol dan membunuh diri sendiri,sama seperti yang dilakukan oleh pemuda penderma jantungnya.
Dalam kes lain dilaporkan professor University of Hawaii yang bernama Paul Peasall,seorang pemuda yang gemar menggubah muzik telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya lalu jantungnya didermakan kepada seorang pemudi yang sebayanya.Secara tiba-tiba pemudi tersebut menjadi pandai dalam muzik dan gubahan lagu.Lebih menyayatkan hati,lagu yang terbengkalai oleh pemuda penderma jantung tersebut disiapkan secara berasingan oleh pemuda penerima jantung tersebut.Apabila ibu pemuda itu mendengar lagu yang dimainkan pemudi tersebut,dia tiba-tiba menangis kesayuan keraga lagu itu pernah dimainkan oleh anaknya yang meninggal dunia itu.
sila rujuk surah> (Surah al-Hajj: 46);
"Apakah mereka tidak berjalan di permukaan Bumi lalu menjadikan jantung hati mereka berfikir dengannya?Maka Sesungguhnya bukanlah penglihatan mereka yang buta akan tetapi yang buta ialah jantung hati mereka yang berada di dada "
Para pasikoanalisis berasa sungguh kagum dengan penemuan organ jantung yang menyimpan sel memori yang bersambung dengan otak ,akan tetapi aktiviti berfikir hakikatnya berpusat di jantung.Parasaintis menemui sejenis sel dalam jantung manusia yang dikenali sebagai ganglia cells yang mempunyai memori lebih kuat daripada sel otak.Sel ini berfungsi seperti kapasiti memori sebuah komputer yang menyimpan maklumat yang lebih kekal berbanding otak.Rangkaian sel ganglia ini bersambung antara satu yang disifatkan oleh para pengkajinya sebagai brain cell in the heart.Rangkaian sel ini mengeluarkan gelombang elektrik yang disebarkan menerusi edaran darah.
Penemuan ini merungkaikan pula bahawa darah manusia turut membawa memodalam kapasiti tertentu yang diceteuskan oleh sel ganglia tersebut.Kajian juga turut memperlihatkan bahawa sel memori otak dan jantung saling bertukar maklumat menerusi mekanisme yang sangat kompleks,tidak balas kimia,asid amino dan gelombang elektrik.
Dari sekian peneliti psychophysiological untuk hubungan otak dan jantung, beberapanya adalah John dan Beatrice Lacey. Melalui 20 tahun penelitian, mereka temukan bahwa jantung berkomunikasi dengan otak dalam cara-cara yang secara signifikan mempengaruhi bagaimana cara kita memandang dan bereaksi terhadap fenomena. Kedua peneliti itu juga menemukan betapa jantung sepertinya punya logika “anehnya” sendiri yang memiliki alur berbeda (dan mandiri) dari arahan dari sistem syaraf tak-sadar (autonomic). Jantung ini tampak selalu mengirimkan pesan sarat-makna kepada otak yang tidak hanya dipahami oleh si otak, namun juga dipatuhi. Maka menariknya, pesan dari jantung tersebut akan berpengaruh pada pilihan perilaku seseorang.
Do they not travel through the land, so that their hearts (and minds) may thus learn wisdom and their ears may thus learn to hear? Truly it is not their eyes that are blind, but their hearts which are in their breasts.
Pada 1991, Dr. J. Andrew Armour memperkenalkan konsep “otak jantung”. Hasil kerjanya menyatakan bahwa jantung memiliki sistem syaraf intrinsik kompleks yang sedemikian rumitnya hingga boleh dikatakan bahawa dia memiliki “otak kecil”nya sendiri. Jantung memiliki sistem sirkuit yang menjadikannya mampu bertindak independen atas otak – untuk secara mandiri belajar, mengingat, dan bahkan merasa dan mengindera.
Sistem syarat jantung terdiri dari 40.000 neuron yang disebut sensory neurites. Komunikasi antara jantung dan otak dilakukan melalui jalur afferent. Melaluinya, sinyal sakit (pain) dan sensasi rasa lain masuk ke otak, tepatnya yang disebut medulla. Lebih dari itu, ada juga sinyal yang terus masuk lebih dalam ke wilayah otak sedemikian rupa berpengaruh pada persepsi, pengambilan keputusan dan proses kognitif yang lain.
The heart is the most powerful generator of rhythmic information patterns in the human body.
Institute of Heartmath menemukan bahwa manakala pola ritme otak bersifat baik dan koheren, informasi syaraf yang dikirimkan ke otak akan memfasilitasi cortical function. Efek darinya adalah: kejelasan pikiran yang meningkat, kemampuan pengambilan keputusan yang lebih baik, dan meningkatnya daya kreatif. Sebagai tambahan, input yang koheren dan positif dari jantung cenderung akan membentuk cara pandang dan rasa yang baik.

Subscribe to:
Posts (Atom)