Monday, 13 May 2013

Elak sindrom 3K

Mendepani alaf baru, peluang untuk bergelar mahasiswa terbuka luas. Malah, saban tahun jumlah mereka dikeluarkan institusi pengajian tinggi juga semakin ramai, sehingga wujud persaingan sengit mendapatkan pekerjaan setaraf dengan ijazah dan diploma dimiliki.

Namun, dari satu sudut, kita dapati peranan mahasiswa dalam masyarakat hari ini kurang menonjol atau istilah tepatnya lesu dan kalau ada gemanya pun, hanya bersifat sementara mengikut musim tertentu, kemudian hilang. 

Malah, tidak keterlaluan ada suara mengatakan mereka pupus idea, tidak konsisten dan mempunyai jati diri yang rapuh, sekali gus dikhuatiri boleh menjejaskan kerancakan hala tuju pembangunan negara. Sejauh mana dakwaan itu benar?

Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Dr Wahid Omar berkata, beliau tidak menafikan apabila melihat senario masa kini, kekentalan semangat jati diri mahasiswa tidak wujud pada semua.

Foto

KHIDMAT bakti bersama masyarakat boleh memupuk semangat saling membantu di kalangan mahasiswa, sekali gus mencetuskan inspirasi mengenai tanggungjawab sebagai bakal pemimpin. - Gambar hiasan

“Hanya sebilangan kecil yang dapat kita saksikan mempunyai jati diri kental, manakala sebilangan besar pula agak rapuh. Kenyataan ini bukan bersikap berat sebelah.

“Jika kita lihat, dalam ratusan mahasiswa hari ini, berapa kerat berani menunjukkan kematangan, berani tampil ke depan dan berani bersuara melahirkan pendapat? Bukankah boleh dibilang dengan jari?,” katanya.

Justeru katanya, pembangunan diri mahasiswa perlu konsisten bagi menjadikan mereka ‘kebal’ berdepan dunia sebenar.

Menurutnya, mempunyai pendirian yang tetap dan cergas boleh menjadi penangkis kepada golongan berkenaan daripada terus diperlekehkan.

Katanya, mahasiswa biarpun masih belajar tidak bermakna mereka hanya perlu menumpukan pada konsep 3K (kuliah, kolej dan katil) semata-mata.

“Bukankah ramai berkata, alam paling mengasyikkan adalah alam remaja dan pengajian? Jadi mengapa mahasiswa tidak mahu menggunakan kesempatan ini untuk meneroka segala peluang di depan mata?

“Percayalah, peluang ini tidak akan datang kali kedua, sebab itu perlu dimanfaatkan. Tapi memanfaatkan peluang berkenaan untuk perkara baik dan positif,” katanya yang kesal apabila ada mahasiswa seolah-olah terkongkong dalam dunia buatan sendiri.

“Memang benar, universiti adalah tempat belajar, tapi mereka kena juga tahu konsep belajar itu sendiri.

“Belajar untuk lulus periksa adalah asas, tapi belajar bergaul dengan orang, belajar berfikir dan sebagainya juga adalah salah satu proses belajar.

“Malah, pelajaran lebih bermakna adalah yang tidak terdapat di dalam buku atau dewan kuliah. Jadi, jangan sempitkan pemikiran belajar di kampus semata-mata mahu mendapatkan ijazah,” katanya.

Mengulas mengenai kecenderungan segelintir mahasiswa yang gemar mengamalkan sikap 3K, beliau mengakui ia sangat merugikan. 

Menurutnya, mengamalkan sikap itu bukan saja menjadikan mereka ketinggalan dalam pembinaan kendiri, malah tepu daripada menerima maklumat isu semasa di luar lingkungan kampus.

“Kita tidak menafikan, ada mahasiswa yang sentiasa mengemas kini maklumat untuk diri sendiri. Ini bagus, tapi berapa ramai?

“Yang lainnya masih mengamalkan sikap 3K dan berasakan apa yang berlaku di luar sana tidak penting. Bagi mereka, pencapaian akademik adalah keutamaan.

“Mereka mungkin kurang sedar, industri hari ini sudah berubah. Kelulusan akademik yang baik semata-mata bukan jaminan memperoleh pekerjaan tapi banyak lagi aspek perlu dititikberatkan,” katanya.

Dr Wahid berkata, mahasiswa perlu bangkit dan berubah serta melatih minda supaya tidak terlalu dimomokkan dengan konsep keselesaan.

Menurutnya, pada zaman global, persaingan wujud daripada pelbagai segi dan menjadi ‘peperangan’ sengit kepada mahasiswa.

“Globalisasi bermakna dunia tanpa sempadan. Setiap orang berdepan dan ada cabaran masing-masing.

“Bagi mahasiswa, mereka antara kelompok paling getir kerana selepas pengajian, sudah tentu mahukan pekerjaan yang kini turut diintai ribuan mahasiswa lain.

“Sebab itu perlukan strategi betul untuk berdepan ‘peperangan’ itu dan satu caranya ialah membina kemahiran diri dengan mekanisme tertentu di menara gading,” katanya.

Mengulas sama ada ‘kelesuan’ mahasiswa hari ini sama seperti dulu, beliau menggariskan beberapa perbezaan.

“Antaranya, mahasiswa dulu kebanyakannya agresif dalam membina kelangsungan jati diri sebab tahu hanya yang berusaha keras saja akan berjaya.

“Kebanyakan mereka juga datang daripada keluarga susah. Universiti adalah tempat terbaik mengubah masa depan diri dan keluarga.

“Mahasiswa hari ini semuanya tersedia. Ada pinjaman, ada banyak pilihan institusi dan sebagainya. Mereka jadi malas berusaha, hanya tahu menadah dan sentiasa mahu disuap,” katanya mengakui sikap itu dikhuatiri bakal menjadikan mahasiswa golongan manja.

“Saya akui bukan semua, tapi kalau kita lihat ada mahasiswa yang tidak pandai berdikari. Semuanya perlu dipimpin, diajar dari awal hingga akhir.

“Budaya ini tidak bagus kerana mereka kena aktif, berani dan berpandangan jauh. Ini zaman globalisasi. Serba-serbi kena pantas. Yang malas dan banyak alasan akan ketinggalan,” soalnya.

Beliau tetap optimis anjakan paradigma boleh dilakukan andai kata mahasiswa mahu berubah.

“Syaratnya perubahan mesti datang daripada diri sendiri, bukan orang lain. Perubahan (dari diri sendiri) lebih nikmat dan berkekalan. Malangnya, berapa ramai yang sedar dan berapa ramai pula yang masih terleka?” soalnya.

‘Ibu saya terhebat’

Kota Bharu: Kudung kedua-dua kaki dan tangan tidak melemahkan semangat seorang wanita yang gigih menggunakan sepenuh kudrat untuk membesarkan tiga anaknya seperti ibu normal yang lain.

Zabedah Setapa, 43, dari Kampung Membatu, Ketereh yang cacat sejak lahir, selayaknya diberi penghormatan istimewa sempena Hari Ibu yang disambut di seluruh dunia, semalam.

Wanita itu hanya mampu mengengsot untuk bergerak, namun dia amat cekap melakukan pelbagai kerja rumah seperti memasak, membasuh dan menjahit.

Dia yang mengahwini lelaki normal, Badrul Hussin, 39, sejak 14 tahun lalu dikurniakan tiga anak iaitu Mohd Imran, 13, Mohd Adam, 10, dan Nor Farah, 6, dan semuanya berfizikal normal.

Foto

ZABEDAH bersama tiga anaknya (dari kiri) Mohd Adam, Nor Farah dan Mohd Imran.

Zabedah berkata, dia tidak pernah berasa rendah diri dengan kekurangannya, sebaliknya begitu bersemangat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Lauren dituduh rampas suami

London: Aktivis keamanan Britain yang memeluk Islam beberapa tahun lalu, Lauren Booth, dituduh sebagai perosak rumah tangga, lapor media semalam.

Wanita terbabit, Faiza Ahmed, kini menumpang di rumah saudara kandungnya di Texas selepas meninggalkan Stockport, Greater Manchester apabila perkahwinannya dengan Sohale Ahmad bermasalah.

Faiza dan Sohale menjadi suami isteri kira-kira 16 tahun lalu.

Faiza, 37, berkata Lauren yang juga adik ipar Cherie Blair telah mengkhianati Islam.

“Lauren secara terbuka berlaku curang dengan Sohale di depan saya, menghabiskan masa menyambut Ramadan dan Aidilfitri bersama dan kini mereka berkahwin secara rahsia,” katanya. Bercakap kepada media semalam, Faiza berkata, Lauren bertanggungjawab menghancurkan rumah tangganya.

“Anda tidak boleh sekadar memakai hijab dan mendakwa seorang wanita Muslim yang baik.

Foto

FAIZA bersama Sohale dan dua anak mereka pada 1994. Gambar kecil, Lauren Booth.

“Islam menetapkan sempadan antara lelaki dan wanita, selain menyayangi dan menghormati wanita,” katanya. Bagaimanapun, kata Faiza, Lauren datang ke rumah mereka sebagai tetamu Sohale dan merampas suaminya secara terbuka.

Kata Faiza, perangai Lauren mengejutkannya serta wanita lain.

Pendedahan Faiza itu dianggap tamparan kepada Lauren, 45, yang mengumumkan pernikahannya melalui Facebook minggu lalu. Kenyataan itu dibuat sebagai susulan kepada jenaka Lauren di laman sesawang sosial itu yang mendakwa dia sedang “memburu seorang suami.” Dalam jenaka itu, Lauren menulis: “ejen Mossad, peminum arak, badut CIA, lelaki tidak solat dan kedekut tidak perlu memohon.” Ketika bercakap kepada media semalam, Faiza berkata, rumah tangganya dengan Sohale, 49, bermasalah apabila suaminya itu menghabiskan banyak masa untuk aktiviti amal Islam yang membabitkan Lauren. “Saya tahu mereka rakan kongsi dan Sohale menganggap Lauren sebagai kakak,” katanya.

Sohale bertemu Lauren kali pertama ketika wanita terbabit menumpang di rumah keluarganya pada Mac 2012. - Daily Mail

pramugari bermisai!

Sepang: Penerbangan AirAsia X ke Kuala Lumpur dari Perth, Australia mendarat di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), di sini, dengan hartawan penerbangan Sir Richard Branson memakai mekap dan kasut tumit tinggi, bertugas sebagai pramugari dalam penerbangan itu.

Memakai pakaian seragam berwarna merah pramugari syarikat penerbangan itu, Pengerusi Virgin Group bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan penumpang penerbangan A330 itu tiba di LCCT pada jam 12.30 tengah hari semalam dan disambut lebih 50 orang yang ‘terhibur’ dengan penampilan Branson.

Beliau berlepas dari Perth awal pagi semalam dengan penerbangan amal bagi mengumpul dana itu bagi menunaikan janjinya setelah kalah dalam pertaruhan dengan Fernandes pada Grand Prix lebih dua tahun lalu.

Pertaruhan itu berjaya membantu Branson yang memakai skirt merah seksi itu untuk mengumpul sumbangan kira-kira AU$300,000 (RM896,545) untuk disalurkan kepada Starlight Children’s Foundation di Australia.

Foto

BRANSON bergambar bersama Fernandes selepas bertugas sebagai pramugari akibat kalah taruhan.

Pertaruhan antara Branson dan Fernandes berlaku lebih dua tahun lalu berhubung mana satu pasukan Formula Racing pilihan mereka menamatkan saingan pada kedudukan lebih tinggi pada Grand Prix Formula One 2010 di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

2 Maut, 2 Parah Ditembak

NIBONG TEBAL: Dua lelaki maut, sementara dua lagi cedera parah dalam satu kejadian tembakan berhampiran lampu isyarat Bukit Tambun, di sini, sebentar tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam ketika empat lelaki yang menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Toyoya Hilux itu berhenti di lampu isyarat yang ketika itu berwarna merah, sebelum didatangi dua lelaki menaiki motosikal lalu melepaskan beberapa das tembakan.

Kesemua mereka yang parah kemudiannya dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya, namun dua daripadanya meninggal dunia sebaik tiba di hospital sementara, dua lagi dilaporkan kritikal.

Keempat-empat mereka datang dari Melaka untuk menghadiri upacara perkahwinan rakan mereka.

Foto

Sementara itu Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan kejadian terbabit dan dua yang maut mempunyai rekod jenayah lampau serta kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”