Tuesday, 24 July 2012

[ GAMBAR ] GADIS HINA ALLAH DAN ISLAM DI TWITTER


Asalamualaikum.
Macamana dengan ramadhan kalian?
 Alhamdulillah kita sudah pun akan masuk hari ke 4 Ramadhan. Tiada cerita istimewa mengenai saia sehari dua ni, cuma ada sedikit kekecewaan bila menjengah ke laman twitter siang tadi.

Tentang gadis ini. Mutia Dewi, pemilik tweethandle @QueenMutiaa begitu lancang menghina Allah dan Agama Islam secara terang-terangan di twitter.





Lihat screenshot di bawah ini, dan kamurang ulas sendiri mengenainya.

\

Cara Membuat Radio Tanpa Elektrik dari Botol Bekas [Video]


Tahukah kamu jika kita sebenarnya dapat membuat radio kita sendiri hanya dengan beberapa kabel, sedikit peralatan elektronik dan sebuah botol bekas? Dan hebatnya lagi, kita bahkan tak perlukan elektrik! Bagaimana caranya? Lihat saja video tutorial yang disajikan dengan amat jelas ini oleh para teknisi kreatif dari Make. Sebelumnya, kamu mungkin ingin melihat semua bahan yang diperlukan untuk melakukan projek ini.

9 Ayat Maut Seorang Wanita




1. Ok. Fine!
Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.

2. Bagi saya 5 minit
Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.

3. Tak ada apa-apa atau nothing!
Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.

4. Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.

5. Keluhan kuat
Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.

6. Tak apa lah
Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda

7. Terima kasih
Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe

8. Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)
Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Jadi awas …. jangan dapat ayat ini wahai lelaki.

9. Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat
Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.

Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata wanita? betul atau tidak .. hanya mereka yang boleh memastikannya

Siti Nurhaliza Diharamkan Negeri Kelantan Patutkah ??


 Persembahan Siti Nurhaliza di Kelantan baru-baru ini adalah haram jika mengikut undang-undang negeri Kelantan. Kerajaan Negeri Kelantan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau penganjur yang melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 yang dikuatkuasakan di negeri itu.

Kenyataan tegas itu disuarakan berikutan kehadiran penyanyi terkemuka negara, Datuk Siti Nurhaliza ketika mengadakan persembahan terbuka di Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 peringkat Kota Bharu, Sabtu lalu. 


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan pihak yang gagal mengikut undang-undang di bawah yang ditetapkan Kerajaan Negeri.


“Bagi kes tersebut kita memberi amaran, namun selepas ini kita tidak akan berkompromi lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Majlis Daerah Ketereh-Perbandaran Islam Sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 di sini, hari ini.


Takiyuddin mengingatkan penganjur atau individu termasuk ahli politik yang ingin membawa penyanyi-penyanyi atau selebriti di Kelantan perlulah mematuhi peraturan yang ditetapkan.


“Sebelum ini kita terima maklumat daripada penganjur program itu mengatakan majlis itu merupakan program motivasi, namun di sebalik majlis itu mereka membawa penyanyi wanita tersohor menghiburkan penonton dengan persembahan nyanyian secara terbuka.


“Ini memang satu tindakan yang menyalahi undang-undang di negeri ini, namun kita harap selepas ini perkara seumpama ini tidak berulang lagi,” katanya.


Beliau berkata, pihak yang melanggar peraturan itu akan dikenakan tindakan undang-undang dan boleh dikenakan denda tidak kurang dari RM1,000 di bawah Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.


Baru-baru ini majlis sambutan hari guru yang diadakan di kompleks sekolah-sekolah Jalan Wakaf Mek Zainab mendapat sambutan lebih 10,000 masyarakat sekitar dan guru-guru sekitar Kota Bharu.


Dalam pada itu, Pengarah Pendidikan Negeri, Husin Awang ketika dihubungi enggan mengulas mengenai kenyataan exco isu tersebut.

Orkid Lelaki Bog@l, Pernah Nampak ??


Kali ini kita tengok pula Orkid Lelaki Bog@l. 

Gambar ni diambil oleh Ana Retamero Olmos yang merupakan pemenang jurugambar kehidupan liar Eropah 2011. Nama sebenar orkid ini adalah Orkid Mediterranean Italica atau dalam bahasa Melayunya Orkid Lelaki Bogel. Pelikkan bunga orkid ni ??





Lisa Surihani Semasa Kecil (3 Gambar)




P/S:Dah jadi bini orang da.HEHE!



Abby Abadi Persoal Aurat Wanita di Twitter


Abby Abadi Persoal Aurat Wanita di Twitter : Abby kembali lagi dengan satu persoalan, terbaru kisah Abby Abadi Persoalkan Aurat Wanita di Twitter.

Abby Abadi secara umumnya kini dikenali dengan imej bertudung dan menyertai parti politik PAS telah membuat beberapa kontroversi sebelum ini, terbaru apabila beliau mengeluarkan kenyataan yang mempersoalkan wanita yang menutup aurat di akaun twitternya.


Koleksi Senjata Emas Saddam Hussein


Koleksi Senjata Emas Saddam Hussein : Berikut dibawah adalah koleksi senjata emas milik Saddam Hussein.

Saddam Hussein, bekas presiden Iraq yang dijatuhkan secara bersama oleh pihak barat mempunyai beberapa koleksi senjata menarik yang disalut dengan emas.

Satu hobi yang mahal dan pelik dari beliau. Lihat gambar lain koleksi senjata emas dan mewah milik Saddam Hussein ketika berkuasa di Iraq satu ketika dahulu.



















Hari Tanpa Seluar gadis-gadis cantik


Di Taiwan gadis-gadis cantik secara sukarela menyambut "Hari Tanpa Seluar" Untuk Kempen Alam Semulajadi. Setiap musim kempen ini akan berlangsung dan ratusan gadis akan menyertai sambutan "Hari Tanpa Seluar" tersebut di MRT Taipei kononnya untuk memelihara alam sekitar. Bukan sahaja golongan wanita sertainya malah kaum lelaki pun turut mengambil bahagian.







Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Julai 2012


Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Julai 2012 : Berikut di bawah adalah jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus untuk bulan Juali 2012.

Terdapat beberapa ralat untuk Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus bulan Julai ini;

JADUAL KULIAH BULAN JULAI 2012

# PERHATIAN 31 julai Kuliah tengahari di Ruang Legar , KL Sentral terpaksa dibatalkan diatas sebab-sebab yg tidak dapat dielakkan.


Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Seluruh Malaysia 1433H/2012M


Kalau tidak ada aral melintang sabtu ini semua umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa. Bulan barakah ini menjadi bulan yang dinanti-nantikan kerana dalam bulan ramadhan inilah umat islam berkerja keras untuk mengumpul pahala.

Dibawah ini disenaraikan Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa untuk tahun ini. Kalau ada yang nak print atau download pun boleh. Caranya, mudah sahaja, cari nama negeri tempat anda tinggal kat bawah ini, kemudian, klik nama Zon tempat anda dalam negeri tersebut. (Makluman: Jadual waktu imsak dan berbuka puasa ini, dalam bentuk file PDF). Mudah dan senang sekali.


BIL
NEGERI
ZON
1
MELAKA
MELAKA
2JOHOR
3PERAK
4SARAWAK
5SABAH
6TERENGGANU
7KELANTAN
8SELANGOR
9PAHANG
10
WILAYAH PERSEKUTUAN
11
WILAYAH PERSEKUTUAN
LABUAN
12
PERLIS
PERLIS
13NEGERI SEMBILAN
14KEDAH
15
PULAU PINANG
PULAU PINANG

Kejadian Rompak di Dalam Tandas Wanita


Sebentar tadi aku terbaca artikel mengenai Perompak Dalam Tandas Wanita Pusat Beli Belah tulisan Ariff Shah, dan kini aku merasa terpanggil untuk berkongsi maklumat ini dengan pembaca yang lain. Semoga kisah ini dijadikan peringatan buat kita semua agar lebih berhati-hati terutamanya kaum perempuan.

Kisah ini diceritakan sendiri oleh mangsa yang menulis didalam Notes pada akaun Facebook nya, dalam bahasa Inggeris. Jika mahu baca terus boleh klik pada SUMBER, dan di bawah ada artikel yang sama tetapi sudahpun diterjemahkan ke dalam bahasa melayu. Mari kita baca..



Hi semua! Kes ini berlaku pada hari Jumaat 20 Julai 2012 dan saya ingin berkongsi tentangnya kepada semua, terutamanya perempuan.

Kita semua sedia maklum bahawa tempat meletak kereta di kompleks membeli belah tidak lagi selamat tapi sekarang, tandas pun tidak selamat juga.

Saya baru pulang dari kolej dan singgah sebentar ke Sunway Pyramid. Bersama saya adalah MacBook Pro, iPhone dan beg tangan saya. Jam pada waktu itu adalah 5.35 petang dan saya ingin pergi ke tandas. Saya pergi ke tandas tingkat LG, bertentangan dengan MPH seorang diri.

Apabila saya berhampiran dengan kawasan tandas, terdapat seorang lelaki (kaum Melayu/Indonesia) yang sedang duduk di kerusi berhampiran. Saya memandang kepadanya dan dia kelihatan seolah-olah sedang menunggu seseorang, jadi saya tak kisah sangat dan terus masuk ke dalam tandas. Saya kemudiannya meletakkan barang-barang (laptop, phone dan handbag) saya tadi di atas para dalam salah sebuah cubicle tandas.

Disebabkan tandas tersebut kosong, saya merasa risau dan lebih berhati-hati. Kemudian, saya keluar daripada cubicle untuk mengambil tisu. Apabila saya keluar dari cubicle berkenaan, saya ternampak lelaki tadi di pintu masuk tandas perempuan daripada pantulan cermin. Dia ternampak saya juga dan terus berundur. Mungkin dia tersalah tandas, jadi saya tidak menjerit kerana dia telahpun berundur. Saya terus mengambil tisu dan mula rasa tidak sedap hati.

Biasanya, saya akan mengelap mangkuk tandas terlebih dahulu dan melapikkannya dengan tisu sebelum menggunakan tandas berkenaan. Saya masih lagi belum menanggalkan apa-apa pada masa itu. Sedang saya membersihkan mangkuk tandas berkenaan, saya terdengar tapak kaki di luar cubicle saya. Saya berasa risau dan berhenti untuk mendengar dengan lebih teliti bunyi tapak kasut berkenaan.

Bunyi tapak kasut tadi memasuki cubicle di sebelah saya. Ia bukanlah bunyi tapak kasut tumit tinggi dan bunyinya lebih kuat dan menyamai bunyi tapak kasut yang rata. Saya masih kaku dan cuba meneliti bunyi tersebut. Takkanlah pencuci tandas..

Tiba-tiba, satu tangan muncul dari atas dan mencapai beg tangan saya dari atas para. Saya ternampak lelaki berkenaan. Rambutnya paras bahu, memakai baju t warna coklat/kelabu dan seluar panjang. Saya telah bersedia pada masa itu dan menengking lelaki berkenaan. Saya keluar daripada cubicle dan terus mengejarnya. Mungkin dia ketakutan, oleh itu dia melepaskan beg tangan saya di atas lantai dan berlari pergi.

Saya tak pasti samada dia mengambil apa-apa daripada beg tangan saya. Oleh itu saya terus mengejarnya. Tiga saksi yang berada di luar tandas membantu saya mengejar lelaki berkenaan. Perompak tadi lari melalui tangga di belakang tandas. Saya kembali semua ke cubicle saya tadi dan nasib baik laptop dan teledon saya masih lagi di situ. Beg tangan saya di atas lantai di dalam tandas dan beg duit saya tidak hilang.


Gambar Gina Zhang Xiao Ge sUper2 Hot!! ( 10 Photo )











OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”