Wednesday, 6 March 2013
Jangan sebarkan maklumat di facebook atau di mana-mana sekalipun
Selamat Malam Rakyat Malaysia , Jangan Risau Tentang Keselamatan Negara. Anggota Keselamatan Sentiasa Ada Dan Peka Dalam Mempertahankan Negara. Cuma Mereka Mohon, Agar Bersatu Mendoakan Kejayaan Mereka Supaya Kita Hidup Dalam Keadaan Yang Aman Sentosa .
"Jangan sebarkan maklumat di facebook atau di mana-mana sekalipun apa yang anda nampak Polis dan ATM lakukan di Sabah. Apa yang anda nampak itu adalah rahsia pertahanan negara".
‘RAHSIA NEGARA, AMANAH KITA’
KDNKA mengkaji dan menaik tarafkan kelengkapan senjata pihak Polis
Sudah tibanya KDNKA mengkaji dan menaik tarafkan kelengkapan senjata pihak Polis terutamanya di sabah, kerana senjata yang digunakan pemberontak 2 kali lebih hebat berbanding pemberontak...
Status negara maju pasukan keselamatan harus diutamakan, demi kesejahteraan rakyat..
Polis selalu dianaktirikan, tetapi selepas kejadian ini bukalah mata dan minda mereka yang bertanggungjawab.
Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing
Dr Mahathir: Saya beri kerakyatan ikut undang-undang
SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah semasa pentadbirannya.
Namun katanya, pemberian kerakyatan itu dilakukan mengikut undang-undang.
Menurutnya, apabila menjadi perdana menteri, beliau berkuasa dalam menentukan pelaksanaan dasar- dasar kerajaan.
“Malaysia menerima rakyat asing menjadi warganegara jika mereka memenuhi syarat- syarat tertentu dan ramai (rakyat asing) yang berada di Sabah melebihi 20 tahun dan bercakap dalam Bahasa Melayu.
“Mereka( rakyat asing) berhak menjadi rakyat dan yang menjadi masalah ialah ada orang tidak senang jika ada orang lain menjadi rakyat Malaysia walaupun mereka (rakyat asing) memang tinggal di Malaysia. Itu yang menimbulkan masalah,” katanya pada sidang media selepas program Bicara Minda Tun Dr Mahathir Mohamad di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.
Beliau berkata, rakyat asing berhak mendapat kerakyatan sekiranya memenuhi syarat ditetapkan.
“Saya bagi di zaman saya (menjadi perdana menteri) kerana mereka berulang alik dari selatan Filipina ke Sabah tidak menerima sempadan Sabah yang digariskan penjajah.
“Di Sumatera dan Semenanjung, kita menerima rakyat asing ini sebagai rakyat di sini,” katanya.
Dr Mahathir berkata, bekas Perdana Menteri pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman melakukan perkara lebih teruk dalam tindakan memberi kad pengenalan kepada warga asing.
“Dia (Tunku Abdul Rahman) beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia (Tunku Abdul Rahman) buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah?
“Ya saya memang buat (beri kad pengenalan), tetapi mengikut undang-undang,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)