Tuesday, 14 August 2012

{ Video ] Anak Kampung Versi Baru Perempuan (Pika Eugene Cover)



Awek Cute Player Guitar



Nak Tahu Kenapa ‘Spender’ Lelaki Dijual Dalam Kotak, Perempuan Berselerak?


Kenapa ‘Spender’ Lelaki Dijual Dalam Kotak?


Kenapa seluar dalam lelaki biasanya dijual dalam kotak sedangkan panties perempuan pulak selalunya dijual longgok, berlipat atau bergantung?

Hurmm… kenape ye??

Korang nak tau??

Boleh tengok jawapannyer tat bawah….

‘First’ kita tengok macam mana orang perempuan memilih seluar dalam:





Sekarang kita tengok pulak macam mana orang lelaki memilih seluar dalam:



So, tu lah jawapannya… Hehehe…



Pendek Tak Boleh Puas Ke? Teknik Kena Tahu!


As-Salam. Pendek sahaja tulisan si empunya blog, adakala macam tak puas je baca, mesti nak tunggu kisah dan cerita seterusnya. Haa ..itulah teknik namanya, teknik kena tahu agar pengunjung yang hadir akan terus datang dan singgah di lain masa. Dan mana tahu, mereka akan bookmark blog anda dek kerana kisah dan entri pendek yang masih menunggu untuk dihabiskan.

Entri pendek kadangkala bagus untuk membolehkan blog anda sentiasa dikunjungi. Entri yang terlalu panjang pula kadangkala takut akan merimaskan pengunjung dan buat pembaca rasa jemu. Silap-silap di pertengahan entri mereka dah blah dan klik pangkah.



Tetapi, bukan mudah nak buat entri pendek ni, kena bijak agar ada sedikit rasa kepuasan di sebalik entri yang belum bernoktah tamat. Teknik seperti ini ibarat cuba memukau pembaca agar untuk terus mengetahui akan kisah selanjutnya.

HH tengok ramai je blogger yang mungkin kesibukan dan kekurangan masa membuat entri seperti ini. Adakala cuma gambar, tanpa baris ayat. Masih, ada yang ingin tahu dengan meninggalkan komen tentang apa yang berlaku. Dan pemilik blog dengan bijaknya, cuba buat teaser akan meluapkan rasa ingin tahu akan kisah selanjutnya.




Jadual Diskaun dan Rebat Tol Lebuhraya Sempena Aidilfitri 2012


As-Salam. Tentu ramai pengguna lebuhraya nak tahu tentang diskaun dan rebat tol lebuhraya sempena Aidilfitri 2012 yang ditawarkan pihak konsesi, maka .. HH kongsikan infografik berikut untuk panduan kepada blogger yang nak balik kampung ikut tol lebuhraya sempena Aidilfitri 2012.

Jadual Diskaun dan Rebat Tol Lebuhraya Sempena Aidilfitri 2012



Dan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 pada 31 Ogos, LDP dan Lebuhraya Maju Expressway (MEX) menawarkan tol percuma bagi semua kelas kenderaan, tunai dan ETC, manakala 22 lebuh raya memberi diskaun dan rebat 10 hingga 30 peratus.

Bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, had laju di semua jalan persekutuan akan diturunkan daripada 90 kilometer(km)/jam kepada 80 km/jam mulai 12 Ogos hingga 26 Ogos.

Semoga anda semua, rakan-rakan blogger dapat merancang perjalanan dengan lebih berhemah, elakkan kecelakaan yang tidak sepatutnya di hari penuh bahagia ini, insyaAllah.





Keesamus gadis Thai menyanyi lagu Melayu





Gadis Thai  nama Keesamus.  menyanyikan lagu berbahasa lain seperti lagu Melayu.
Jom kite layan..Bes juga sore dia..



facebook keesamus : https://www.facebook.com/keesamus


Untuk Dia - Najwa n Sleeq


Lagu amuk - Aku Mahu Pulang




Lagu  Ombak Rindu




Lagu Anak Kampung

Zizan Raja Lawak Ada Kembar?


Mungkin ramai yang kenal dengan Zizan ni, Seorang pelakon, pelawak , pengacara yang serba boleh yang selalu muncul dalam filem-filem tempatan tanah air..atau mungkin korang kenal dengan nama Mail Lambung yang dipopularkan dalam rancangan komedi Raja Lawak tahun lalu..


Tapi tahukah anda, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak ada sedikit persamaan dengan wajah penyanyi Amerika, adakah saudara kembar? atau pelanduk 2 serupa? haha.. tak percaya cuba tengok gambar di bawah..




tengok yang ni pulak…





Macam mana? nampak tak ada sedikit persamaan? haha, mungkin hanya kebetulan.. sebenarnya gambar di bawah tu ialah penyanyi di Amerika Syarikat bernama Barry Manilow..


P/s : haha, lebih kurang je.. ekeke

[Video} Pemuzik Metal Punk Berhijrah Peluk Islam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada satu kisah yang menarik yang ingin dikongsikan bersama pembaca-pembaca setia blog nizarazu.. hehe, kisah di mana seorang pemuzik PUNK yang berhijrah untuk memeluk agama Islam. Semoga kisah ini dapat dijadikan renungan kita bersama..


Beliau adalah seorang yang terpelajar, graduan Universiti, tetapi banyak perasaan marah terhadap kerajaan England, marah terhadap orang sekeliling dan disebabkan perasaan marah tu, beliau menjadi pemuzik ‘Punk Rock’ dan beliau sendiri mengaku beliau semasa zaman jahilnya, adalah seperti Iblis, begitu hina beliau rasa semasa beliau jahil kerana cara kehidupan beliau. Rakaman ini, sebenarnya membuatkan kita rasa sangat malu dengan diri sendiri. Malu dengan brother Abdul Malik (walaupun tak pernah berjumpa).

Kenapa kita patut malu? Sebab kita dilahirkan Islam, dilahirkan di dalam keluarga Islam; agama yang SEBENAR-BENAR AGAMA. Akan tetapi apabila nak belajar tentang bab ilmu agama, kita ambil sambil lewa. Bukan tidak dihantar belajar agama, akan tetapi, tidak ada rasa ‘nikmat’ dan ‘manis’ dalam agama sendiri. Masa kecik, kita solat sebab takut dipukul, mengaji sebab mak/ayah paksa kita mengaji. Seolah-olah tidak diberi penerangan KENAPA kita mesti mengaji, KENAPA manisnya beribadah, KENAPA kita patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam. Bila diberi penerangan tentang dosa dan pahala, tidak dapat digambarkan ngerinya neraka dan indahnya syurga.

Brother Abdul Malik kata di dalam rakaman di atas, “There’s only ‘revert’ in Islam, there’s no room for convert”.

Kenapa beliau cakap macam tu? Revert bermaksud berbalik. Convert bermaksud mengubah. Jadi pada beliau, oleh kerana Islam adalah agama yang sebenar, semua yang bukan beragama Islam sepatutnya BERBALIK kepada Islam.

Kalau yang diluar agama dia berkata supaya BERBALIK, apa lagi kita yang memang sudah Islam? Bila masa kita nak ‘berbalik’ ke Al-Quran dan Sunnah? – Harian Metro Online

Baru 2 hari Lahir, Bayi Perempuan Rini AF7 Kritikal Kerana Jatuh Katil


KUALA LUMPUR : Perasaan gembira menimang puteri sulung berubah menjadi sedih buat bintang Akademi Fantasia 7 (AF7), Rini apabila bayi perempuannya yang diberi nama Maryam Joanna dilaporkan jatuh katil pada 11 Ogos lalu.


Berita ini disahkan Rini yang tatkala ini baru saja pulih dari trauma selepas berdepan dengan insiden yang tragik itu.

“Saya selamat melahirkan anak saya, Maryam Joanna di Hospital Putrajaya pada jam 9.34 pagi Khamis lalu. Saya terpaksa melahirkannya secara pembedahan kerana anak saya seberat 4.25 kg. Waktu itu, suami saya ada bersama saya tetapi dia tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik pembedahan.

“Saya betul-betul sedih kerana anak saya kini berada dalam keadaan kritikal di hospital Kajang. Baby saya tidak sedarkan diri dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.


“Ini semua kuasa Allah dan saya hanya mampu berdoa agar anak saya cepat sembuh dan selamat. Apatah lagi, hanya tinggal beberapa hari saja nak menyambut Syawal. Saya harap, semua doakan yang terbaik untuk anak saya. Saya juga akan lakukan yang terbaik untuk anak saya itu,” 


Menjelaskan lanjut kejadian yang menimpa anaknya itu, penyanyi lagu Apa Sebenarnya memberitahu anaknya itu lemas selepas terjatuh dari katil di rumahnya.

“Pada malam saya pulang ke rumah dari hospital (10 Ogos), saya menyusukan dia kemudian meletakkan dia di atas katil. Apabila bangun pagi, baru saya sedar anak saya sudah terjatuh di tilam yang berada di sebelah bawah.

“Waktu itu, saya dapati anak saya sudah lemas dan tidak sedarkan diri. Alhamdulillah, sekarang saya sudah okay walaupun sebelum ini saya seakan tidak boleh menerima hakikat apa yang berlaku.

“Saya memang sedih sebab dia adalah cahayamata pertama saya. Saya mengandungkan dia selama 10 bulan. Saya menjalani pembedahan apabila sudah cukup tarikh untuk dia dilahirkan,” jelasnya.
Marilah sama-sama kita mendoakan semoga anak rini cepat sembuh.

[Video] Kisah Nasi Ayam




Geng Man Toaliap Tumpas, Termasuk 2 Wanita Dicekup




KULIM — Polis berjaya menumpaskan ”Geng Man Toaliap” setelah lima daripada tujuh anggota kumpulan pecah rumah itu termasuk dua wanita ditahan dalam beberapa serbuan sekitar daerah ini, minggu ini.
Ketua Polis Daerah Kulim, Supt. Ghuzlan Salleh berkata, kumpulan itu dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes pecah rumah di sekitar daerah Kulim, Seberang Perai Selatan dan Tengah sejak awal tahun ini.

Antara barangan yang dirampas adalah komputer riba, pelbagai jenis jam tangan, telefon bimbit dan pekakas memecah masuk rumah seperti pemotong dawai serta beberapa keping wang kertas Malaysia dan mata wang Turki.

“Kesemua mereka yang ditahan berusia 17 hingga 20 tahun dan berasal sekitar Mukim Junjong. Gelaran Man Toaliap adalah sempena nama ketua kumpulan itu yang turut ditangkap,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata, seorang daripada wanita yang ditahan itu adalah isteri kepada ketua kumpulan dan seorang lagi wanita membantu isteri ketua kumpulan itu untuk menggadaikan barangan kemas yang dicuri.

Polis masih mencari dua lagi anggota kumpulan tersebut iaitu Mohd. Hafizal Othman, 19, berasal dari Kampung Air Puteh, Junjong dan Mohd. Arasdi Khalid, 16, berasal dari Kampung Padang Janggus, Junjong, untuk membantu siasatan kes tersebut.

BERNAMA

Misteri Lukisan Serangan WTC di Amerika Syarikat 11 September




Sebut sahaja tragedi 11 september, semua orang akan membayangkan saat WTC di Amerika Syarikat dirempuh oleh kapal terbang. Tarikh keramat 11 september ini jugalah yang sentiasa akan dikenang warga Amerika di sana. Sejak dari peristiwa tersebut, semuanya saling menuding jari bagi melihat siapakah yang bertanggungjawab serangan ini. Akhirnya Islam juga dituduh sebagai pengganas dan ini menyebabkan kemarahan umat Islam di dunia. Pada masa yang sama, satu lukisan berusia puluhan tahun yang seolah meramalkan kejadian itu akan berlaku telah di jumpai.



Lukisan kapur yang menggambarkan seorang budak perempuan yang sedih sambil di sisinya di lukis gambar 2 menara,kapal terbang dan api yg marak, di percayai juga lukisan ni telah di hasilkan 10 tahun sebelum kejadian itu berlaku.
Siapakah pelukisnya?



Tempat lukisan ini dipamerkan
Beliau ialah Willie Gardner,bagaimanapun telah meninggal dunia dan tak dapat di pastikan kesahihannya. Lukisan tersebut telah bertahun-tahun lamanya di gantung di unit pendidikan di Stirlingshire.


Memang banyak kajian telah dilakukan, dan ada yang mengutarakan pendapat seolah-olah serangan kapal terbang terhadap WTC adalah satu bentuk konspirasi. Konspirasi yang dimaksudkan di sini adalah mahu memburukkan nama Islam dan supaya Islam dipandang sebagai seorang pengganas.

Blog Farhanna Qismina | Pelakon Remaja Elly dan Epit


As-Salam. Kalau sesapa ada Astro tu, tentu tahu akan kisah atau rancangan Elly dan Epit ini. Satu rancangan kanak-kanak dan remaja yang agak popular di Astro, jadi kesukaan ramai buat anak-anak. Antara pelakon utama Elly dan Epit ialah pelakon remaja Farhanna Qismina. Dan Farhanna Qismina ada blog ... erkkk ...






Tak banyak yang ada pun dalam blog Farhanna Qismina ni, kecuali foto-foto dan beberapa sinopsis tentang kerjaya seninya yang bermula dari 2009. Farhanna lahir pada 24 Oktober 1997.



Kesian ! Anak Ini Ditinggalkan Sendirian Diatas Motorsikal Ketika Hujan


Kesian ! anak siapalah ni..sanggup ditinggalkan diatas motorsikal bersendirian begini..sudahlah tidur, terlentang macam ni pulak..

Entah dimana mak bapak budak ni, tak sedarkah anak dia kena hujan..hmm...



[Video] Bila Saka Cuba Dibuang


Kalah cerita Exorcist......... tetapi pada awal video aku terLULZ pasal kelakar lak di menari-nari macam orang mabuk. Btw........ nice hat bros!


Bahaya Menahan Bersin (Mesti Baca!)



Ada orang cuba menahan bersin dengan cara menutup hidung mereka, sehingga keinginan bersin menjadi hilang. Tetapi menahan bersin yang agak kerap akan menimbulkan masalah yang serius kepada diri anda.

Kepantasan bersin yang dimiliki manusia adalah 161 km/jam, jadi sekiranya seseorang itu menahan bersin maka tubuh badannya terpaksa menahan kelajuan tersebut secara tiba-tiba. Akibatnya ia mungkin mempengaruhi fungsi tubuh dan menyebabkan kuman-kuman yang sepatutnya keluar masuk kedalam rongga nafas kembali.

“Bersin merupakan perkara yang bagus kerana ianya akan membersihkan rongga anda. Sedangkan menahan bersin itu akan menyebabkan bahaya dan menimbulkan beberapa risiko“, kata Dr. Micheal Roizen kepada Wellness Officer Clevelend Clinics, didalam Doctoroz.com.
Roizen menyatakan ada beberapa bahaya yang akan terjadi kepada seseorang yang menahan bersin antaranya :

1 – Menyebabkan patah tulang rawan hidung.
2- Pecah gendang telinga.
3- Gangguan pendengaran.
4- Veritgo.
5 – Keluar mata dari soketnya.

Jadi sesiapa yang hendak bersin tuh, sila bersin dengan rela hati, jangan ditahan-tahan. Nanti keluar lak bijik mata korang.

Neelofa buat kenyataan balas! Atas Teguran Yusof Haslam


 PETALING JAYA: Pelakon Neelofa menganggap teguran penerbit filem Datuk Yusof Haslam terhadapnya seperti yang disiarkan sebuah akhbar pada Ahad lalu bukanlah satu isu besar sebaliknya ia adalah nasihat daripada bapa kepada seorang anak.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata dia tidak berkecil hati dengan teguran yang diterima daripada orang yang berpengalaman seperti Yusof, lebih-lebih lagi hubungan mereka akrab seperti sebuah keluarga.


"Ramai yang tidak tahu bahawa keluarga saya dan uncle (panggilan buat Yusof) saling kenal mengenali dan kami mempunyai hubungan yang agak rapat.

"Selama ini pun saya banyak minta tunjuk ajar daripadanya dan apa saja teguran atau nasihat yang diberi, saya terima kerana dah anggap beliau macam bapa sendiri. Sebab itu saya selesa memanggilnya uncle.

"Rasanya, berita tentang teguran uncle yang dikeluarkan Ahad lalu sengaja diperbesarkan oleh pihak ketiga," katanya yang dihubungi mStar online di sini, Isnin.
Datuk Yusof Haslam

Ahad lalu, sebuah akhbar menerusi ruangan pojok melaporkan teguran Yusof terhadap sikap Neelofa yang dikatakan enggan memberi kerjasama mempromosikan filem Saya Amat Mencintaimu (S.A.M) terbitan Skop Production selain tidak hadir ke pelancaran filem itu.

Dalam artikel tersebut, Neelofa turut dikatakan tidak mengendahkan tawaran watak utama dalam sebuah filem baru terbitan produksi tersebut.

Dalam pada itu, tambah Neelofa, ketiadaannya ketika majlis pelancaran filem S.A.M pada 16 Julai lalu itu bukan sengaja dibuat-buat sebaliknya ketika itu dia berada di tanah suci Mekah menjalani penggambaran drama Kau Yang Terindah.

Sementara itu, Yusof yang dihubungi mStar Online pada Isnin berkata, dia tiada niat mahu memburukkan pelakon itu yang sudah pun dianggap seperti anak sendiri.

Sebaliknya kenyataan tersebut dibuat ketika beliau “berborak kosong” dengan wartawan akhbar berkenaan.

"Sebenarnya ia sekadar perbualan biasa antara saya dengan wartawan dan saya tak mahu perkara seperti itu diperbesarkan.

"Mengenai teguran tersebut, ia juga bukan niat saya untuk menjatuhkan atau memalukan Neelofa. Saya lihat dia mempunyai potensi besar untuk bergelar bintang. Apabila dilihat ada beberapa perkara yang tidak kena, saya tegurlah.

"Diharap, teguran itu diterima dengan positif. Sebagai orang muda, bukan sahaja Neelofa, sebaliknya semua artis perlu bersikap positif untuk menerima teguran dengan hati terbuka jika hendak berjaya,” katanya.

[Dulu & Sekarang] Dulu Gay Kahwin,Sekarang Lesbian Lak Kahwin,Apa Nak Jadi?






Fish Huang dan You Ya-ting telah menjadi pasangan lesbian pertama yang berkahwin dalam upacara keagamaan Buddha di Taiwan beberapa hari yang lalu. Pengantin yang kedua-duanya wanita berumur 30 tahun itu telah bersama sebagai pasangan kekasih selama 6 tahun dan memutuskan untuk mengikat tali perkahwinan sejak tahun lalu.

Dalam majlis itu, Fish Huang dan You Ya-ting memakai gaun pengantin moden berwarna putih, majlis yang dilaksanakan di sebuah biara Buddha di Taoyuan, utara Taiwan, telah dilakukan oleh Master Shih Chao-hui, seorang profesor di Universiti Buddha Hsuang Chuang. Majlis disempurnakan dengan acara pengantin bertukar manik-manik sembahyang dan sekitar 300 penganut agama Buddha melaungkan sutra memohon rahmat buat pasangan lesbian ini.

Master Shih memberitahu AFP bahawa dia mengambil bahagian dalam upacara tersebut dengan harapan langkah itu boleh mewujudkan semangat belas kasihan agama Buddha tersebar ke seluruh dunia dan menambah bahawa ajaran Buddha tidak mendiskriminasi gay dan lesbian.

Pasangan pengantin mendapat restu Chu Hui-chen, seorang penghibur yang anak lesbian nya bunuh diri May lalu.

Kami berharap dengan sokongan Master Shih, perkahwinan ini akan mengubah perspektif orang ramai walaupun ia tidak sah di sisi undang-undang dan berharap kerajaan boleh menghalalkan perkahwinan sesama jantina tidak lama lagi." kata pengantin dengan penuh harapan. Ibu bapa kedua-dua pengantin ini tidak menghadiri upacara tersebut.


Maut kerana meja usang




TRAGIS…jenazah Azhari (gambar kecil) dibawa keluar dari Bilik Mayat Hospital Serdang.


SERDANG: Hanya kerana meja usang, seorang peniaga minuman mati dibelasah sekumpulan lelaki dalam kejadian di sebuah tapak perniagaan di Seri Kembangan, di sini, awal pagi semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku selepas mangsa, Azhari Sidek, 44, mengambil sebuah meja usang ditinggalkan di kaki lima tempat kejadian sebelum diletakkan berhampiran gerai miliknya.

Bagaimanapun, tindakan mangsa itu tidak disenangi seorang lelaki yang mendakwa meja berkenaan miliknya hingga berlaku pergaduhan kira-kira jam 2 pagi.

Lelaki terbabit dikatakan menjalankan perniagaan di kawasan sama.

Adik angkat mangsa yang enggan dikenali ketika ditemui Harian Metro di pekarangan Bilik Mayat Hospital Serdang, di sini, berkata akibat rasa tidak puas hati itu, lelaki terbabit memanggil beberapa rakannya untuk membelasah abangnya.

“Abang saya dibelasah lebih 12 lelaki. Ketika itu, ramai peniaga dan pengunjung menyaksikan kejadian itu namun tiada sesiapa yang berani membantu.

“Melihat keadaan abang yang sudah longlai dan tidak sedarkan diri, semua mereka melarikan diri. Orang ramai kemudian menghubungi ambulans sebelum abang dihantar ke Hospital Serdang,” katanya.
Bagaimanapun, abangnya meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Adik mangsa, Hamizi Sidek, 40, berkata dia menerima panggilan daripada pihak hospital memaklumkan abangnya sudah meninggal dunia dan memintanya datang ke hospital.

“Saya tidak tahu apa berlaku tetapi mengikut laporan polis abang saya dipukul sekumpulan lelaki. Abang saya sudah menjalankan perniagaan di tapak perniagaan itu sejak lima tahun lalu.

“Hasil bedah siasat, abang saya dimaklum meninggal kerana serangan jantung akibat dipukul dengan teruk. Saya menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan dan menahan mereka yang bertanggungjawab,” katanya.

Bekas isteri mangsa dan tiga anak lelakinya masing-masing berusia 15 tahun dan kembar mereka berusia 12 tahun kelihatan tiba di bilik mayat hospital itu kira-kira jam 5 petang selepas dimaklumkan kematian mangsa.
Tiga anak lelaki arwah hanya mampu menitiskan air mata sebaik menatap wajah bapa mereka buat kali terakhir sebelum dikafankan dan dibawa menaiki van jenazah.

Difahamkan, jenazah akan dibawa pulang ke kampung halaman di Mengkarak, dekat Temerloh, Pahang dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam kampung berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan malah pihaknya sedang berusaha mengesan suspek.

Tempat Mandi Di Bilik Tidur

Inspirasi ini mula-mula datang dari Arina Komarova, beliau membuat satu rekaan yang unik tempat mandi yang berbentuk telur. Tempat mandi ini sesuai diletakkan di rumah moden dan di spa yang ingin menampilkan tempat yang exclusive.






OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”