Monday, 30 July 2012
Janji Ditepati : Edisi Rakyat
Lagu Janji Ditepati untuk Merdeka 55 muncul di Youtube hujung minggu lalu. Setakat ini video Youtube tersebut merima ribuan dislike dan komen yang ditinggalkan rakyat hampir 80% negatif. Dibawah ialah sebuah video parodi Janji Ditepati yang kami temui sabtu lalu. Mesej yang disampaikan lebih real dan ganas, Video ini menerima paling banyak reaksi positif dan likes. And setuju dengan pendapat Youtubers Malaysia yang lain?
Isteri Dirogol Akibat Dendam Pada Suami
Isteri dirogol akibat dendam pada suami : Sangat menyayat hati apabila seorang isteri dirogol akibat dendam pada suami.
Dalam kejadian pada jam 3.30 petang Jumaat lalu itu, dua lelaki berusia 30-an terbabit dipercayai meninggalkan nota tersebut dipercayai ditujukan atas dasar dendam kesumat kepada suami mangsa yang tiada dirumah ketika itu.
Sumber berkata, ketika kejadian tersebut, mangsa bersendirian di rumahnya berada dalam bilik air untuk mandi.
“Mangsa terkejut apabila melihat dua orang lelaki tidak dikenalinya berada di rumah.
Belum sempat magsa menjerit untuk meminta bantuan jiran, dua lelaki terbabit mengeluarkan senjata lalu mengugut untuk mencederakannya.
Bimbang dengan ugutan berkenaan, mangsa mendiamkan diri sebelum kedua-dua tangan dan kaki diikat manakala mulutnya pula ditutup dengan kain,” katanya
Ulat Dalam Hidangan Malam Hospital Swasta
Ulat Dalam Hidangan Malam Hospital Swasta : Apa perasaan anda bila, anda temui ulat dalam hidangan malam anda disebuah hospital swasta?
Begitulah yang dialami seorang pesakit yang menerima rawatan di sebuah hospital swasta apabila hampir-hampir sahaja termakan ulat yang dihidangkan kepada beliau ketika menikmati hidangan malam.
Menurut beliau, sepanjang beberapa hari dimasukkan ke hospital itu kebanyakan makanan yang dihidangkan kepada beliau kurang memuaskan.
“Kemuncaknya apabila pada hari terakhir berada di wad, saya dihidangkan sayur dan juga ayam. Ayam yang diberikan masih mentah dan tidak masak sepenuhnya, sementara ketika saya mengangkat sayur untuk dimakan, tiba-tiba ulat keluar dari celahan sayur dan saya amat terkejut,” katanya.
Pengalaman beliau yang pertama berada di hospital itu menjadi mimpi ngeri bagi Mohamad Naim. Dia kemudiannya membuat aduan kepada pihak hospital setelah merakam semua gambar makanan menggunakan telefon bimbitnya. Pihak hospital kemudiannya bersetuju untuk bertemu dan menyelesaikannya dengan cara baik.
Mohamad Naim berkata, dia kemudian dibawa ke kantin hospital dan kakitangan dari Kuala Lumpur memintanya untuk menyelesaikan perkara itu di luar sahaja, tetapi malangnya sehingga sekarang masih tiada berita diterima.
“Bagi saya ini melibatkan ancaman kesihatan kepada pesakit kerana saya mengalami cirit birit selama tiga hari selepas makan sayur dan ayam itu,” katanya.
Tidak berpuas hati dengan tindakan acuh tidak acuh pihak hospital swasta itu, mangsa kemudiannya membuat laporan ke Pejabat Kesihatan negeri. Mohamad Naim menegaskan dia bukan mahu mencari publisiti, sebaliknya mahu menjadikan kisahnya sebagai teladan.
“Walaupun bil hospital saya dibayar melalui insurans, tetapi ia sesuatu yang tidak patut berlaku. Saya juga membayar insurans bulanan dengan harga yang mahal. Kita bayar perkhidmatan mahal tetapi layanan dan makanan yang diberikan tidak sepadan,” katanya.
Sebuah akhbar harian, Sinar Harian kemudiannya cuba mendapatkan pandangan Exco Kesihatan, Kebajikan dan Masyarakat Penyayang, Phee Boon Poh. Dia kemudiannya mengarahkan wartawan mendapatkan pandangan seorang kakitangan kesihatan, namun gagal dihubungi.
Ulat Dalam Hidangan Malam Hospital Swasta
Sanggup Menunggu 22 Jam Demi Konsert “BIGBANG”
Pada 28 Julai 2012 lalu, perkarangan Fahrenheit88, Kuala Lumpur telah dibanjiri dengan peminat-peminat artis lelaki kumpulan Korea, BIGBANG. Seorang peminat fanatik kumpulan ini dikatakan sanggup menunggu selama 22 jam semata-mata untuk mendapatkan tiket artis kegemarannya.
Menurut salah seorang peminat fanatik kumpulan Korea ini, dia telah menunggu di perkarangan Fahrenheit88, sejak jam 12 tengah hari jumaat (27 Julai 2012) semata-mata untuk mendapatkan tiket. Selain itu, dia juga sanggup datang dari Melaka dan “kerja gila” ini dikatakan berbaloi kerana dia merupakan orang pertama yang memiliki tiket BIGBANG.
Selain itu, menerusi sesi temubual dengan salah seorang pelajar Jurusan Penyiaran, Fakulti Komunikasi Dan Media, UiTM Shah Alam, dia telah mula berada di perkarangan Fahrenheit88 seawal jam 6 pagi lagi. Menurutnya lagi, dia merupakan seorang yang amat meminati kumpulan BIGBANG dan sebelum ini dia juga pernah menghadiri konsert artis Korea lain seperti kumpulan 2PM.
Menerusi temubual lain, seorang peminat memberitahu OHBULAN! dia sudah menunggu sejak jam 7 pagi lagi dan ini merupakan kali pertama dia menghadiri konsert artis Korea. Selain itu, dia mengaku hanya meminati kumpulan BIGBANG sahaja berbanding artis kumpulan Korea yang lain.
Nampaknya demi kumpulan BIGBANG peminat-peminatnya sanggup buat “kerja gila”, beratur panjang dan berjam-jam demi mendapatkan tiket artis kumpulan kegemaran mereka.
Sewaktu penjualan tiket berjalan, terdapat sebuah booth menjual CD BIGBANG yang berharga RM65 dan ia terhad dan dijual pada hari tersebut sahaja. Setiap pembelian tiket akan disertakan dengan poster percuma kumpulan ini.
Kumpulan BIGBANG akan mengadakan konsertnya di Stadium Merdeka, pada 27 Oktober 2012 akan datang. Tiket dijual dari harga RM98 hingga RM688 dan ini adalah kali pertama kumpulan ini mengadakan konsert di Malaysia. Konsert jelajah dunia BIGBANG ini dikenali sebagai BIGBANG Alive Galaxy Tour 2012.
Benarkah Dinosaur Itu Sebenarnya Wujud? -Uztaz Azhar-
Rasanya ramai yang tahu akan haiwan ini, sejenis reptilia yang tersangat besar dan menggerunkan yang dikatakan hidup pada zaman dahulu, filem mengenai dinosaur juga pernah di popularkan suatu ketika dahulu yang betajuk Jurassic Park. Rasanya ramai yang pernah tengok filem ini.
Tapi timbul persoalan benarkah dinosaur ini benar-benar wujud? Mengikut fakta sains, kewujudan manusia adalah selepas zaman dinosaur, tapi itu sains, bagaimana pula dalam agama? Ada yang bertanyakah persolan ini kepada Ustaz Azhar Idrus, adakah dinosaur ini wujud? Mari kita lihat apa Ustaz Azhar Idrus jawab.
Benar juga bukan? kalau dinosaur itu tidak wujud masakan kita boleh jumpa fosil atau tulang-tulang dinosaur tersebut. Tapi kenapa fosil dinosaur ini hanya dijumpai di sesetengah tempat saja ye? kenapa fosil yang lain menjadi petroleum? Ada yang berpendapat dinasour yang menjadi petroleum atau bahan mentah kepada kita sekarang ialah kerana dinosaur itu mendiami kawasan-kawasan tanah rendah.. Apabila tanah rendah itu mula ditenggelami air, bangkai/tulang dinosaur ini telah menjadi mendap. Tekanan yang disebabkan oleh paras air yang tinggi menyebabkan tulang/fosil dinosaur ini menjadi petroleum.
Wallahu a’lam
sumber : facebook
Gambar Shila Amzah Cantik Bertudung
Gambar Shila Amzah Cantik Bertudung: Penyanyi wanita, Shila Amzah berkongsi gambarnya bertudung sempena bulan Ramadhan di laman sosial facebook.
Anak kepada penyanyi veteran, Andy Lala mengambil keputusan untuk bertudung sempena bulan Ramadhan yang menjelang tiba ini. Menurut Shila Amzah, dia merasakan bulan Ramadhan ini adalah masa yang sesuai untuk dia berubah untuk memakai tudung. Dalam gambar yang dikongsikan oleh Shila Amzah tersebut, teman lelaki kepada penyanyi tersebut, Sharnaaz Ahmad turut sama menemaninya.
Penipuan Kereta WWW1 Terlibat Dalam Kemalangan
Penafian Kereta WWW1 Terlibat Dalam Kemalangan : Semalam tersebar di laman web kereta WWW1 terbabit dalam kemalangan, Kesultanan Johor telah membuat penafian kereta WWW1 terlibat dalam kemalangan.
Mungkin kerana warna Satria Neo ini yang sama warnanya dengan Satria Neo WWW1 Sultan Johor, berita kereta ini mendapat kemalangan tersebar dengan cepat.
Diana Amir Diintai Ustaz Dan Sasar Untuk Bergelar Isteri Tahun 2013
Hampir setahun rasanya Diana Amir berhijrah dan semakin hari gadis ini tampak semakin manis dalam imej Islamik yang di’pilih — para ustaz juga bersetuju.
Dalam temubual terbaru bersama Kosmo!, pemilik sebenar nama Nurdiyana Amir Hashim ini mengakui ada beberapa orang lelaki bergelar ustaz mengajak untuk berkenalan.
Namun anehnya, Diana Amir terus tidak membalas SMS ustaz berkenaan yang mengambil inisiatif untuk memulakan langkah perkenalan atau taaruf, istilah mereka.
“Saya masih tidak berani, misi saya sekarang untuk mendalami Islam. Ilmu saya masih tidak cukup & tidak mahu campur aduk perkara lain dalam usaha saya kenal dengan agama sendiri”
Diana Amir bagaimana pun berkata beliau tidak menolak jika di’jodohkan dengan lelaki bergelar ustaz asalkan mempunyai peribadi yang baik & boleh membimbing.
Meletakkan lelaki yang beriman dan bijak dalam membimbing keluarga sebagai kriteris, Diana Amir mensasarkan untuk berkahwin pada tahun hadapan kerana ingin zuriat.
“Saya mahu cepat-cepat dapat zuriat. Kalau dulu saya mahu kahwin sebab mahu mempunyai suami, tetapi sekarang saya begitu mengimpikan untuk mempunyai cahaya mata sendiri kerana saya terlalu sukakan kanak-kanak,” jelas Diana Amir.
Pusat Tuisyen Hina Sahabat Nabi Muhammad S.A.W
Memang melampau dan biadap! Sebuah pusat tuisyen di Tangkak dekat sini didakwa bertindak biadab memaparkan karikatur menghina para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. dalam nota ringkas mata pelajaran Sejarah bagi pelajar tingkatan empat di pusat berkenaan.
Sulaiman menunjukkan karikatur menghina sahabat Nabi yang didakwa digunakan oleh sebuah pusat tuisyen sebagai bahan mengajar di Ledang, Johor
Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, pusat tuisyen tersebut melukiskan 16 karakter sahabat nabi dalam bentuk kartun dengan watak berbeza dan bahan-bahan tersebut disediakan tenaga pengajarnya dikenali sebagai Mr. Fu.
“Antara karikatur yang keterlaluan ialah lukisan seorang sahabat nabi yang dilukis dengan wajah khinzir. Imej seorang lagi pula diletakkan gambar wanita dengan bahagian dadanya ditutup dengan tulisan Cina, selain ada yang dikelilingi tiga wanita. – Kosmo Online
Sanggupkah Berkahwin Dengan Wanita Tiada Dara
Sanggupkah berkahwin dengan wanita tiada dara? berikut adalah sedikit fakta statistik dan banci sanggupkan anda berkahwin dengan wanita tiada Dara?
SUARA PEOPLE : Dalam satu kajian menyeluruh tempatan telah melaporkan bahawa di negara ini dalam tempoh satu jam, seramai 6 orang gadis kehilangan dara mereka. Malah dalam satu kajian lainnya juga menunjukkan seramai 15,000 anak luar nikah dilahirkan setiap tahun.
Perangkaan tersebut boleh menjadi satu tamparan hebat kepada kaum lelaki yang merancang untuk mendirikan rumah tangga. Ini kerana mereka bakal dihimpit dilema kerana kemungkinan memperisterikan wanita yang telah kehilangan dara sebelum waktunya.
Ditimbulkan persoalan, adakah lelaki Asia masa kini masih lagi mementingkan status dara pada seorang gadis yang bakal dinikahi? Secara ringkasnya berikut adalah pendapat peribadi penulis, yang mungkin mewakili pendapat sesetengah golongan lelaki.
Penulis berpendapat lelaki msa kini masih lagi mementingkan status ‘dara’ seorang gadis. Bagi Penulis, dara yang adalah mewakili kesucian,maruah dan keperibadian seseorang wanita itu. Bukan bermaksud wanita yang tidak mempunyai dara itu tidak suci, ini kerana mereka yang kerap melakukan aktiviti lasak pun mengalami risiko ‘Pecah Dara’ tanpa mereka sedari.
Namun bagi kes lainnya, seperti mangsa rogol, ianya terpulanglah kepada lelaki untuk menerima atau tidak. Perlu diingatkan, kes seperti mangsa rogol ini berlaku bukan atas kehendaknya dan tidak semestinya berlaku atas kecuaian dan tiada batas pergaulan.
Status dara adalah perkara yang subjektif, lain orang lainlah juga penerimaannya. Sungguhpun demikian, Tuhan yang menentukannya dan jodoh sudahpun tertulis sebagaimana tertulisnya Ajal dan Takdir. Bagaimana sikap kita, demikian juga jodoh kita. Jadi, kalau mementingkan status dara atau gadis, hendaknya sebagai lelaki mempertahankan sebaiknya keterunaan kita dengan ajaran agama, memupuk nilai murni dalam hati nurani dan penekanan garis panduan dalam pergaulan sosial harian
Solat Jumaat Dilaksanakan Hari Sabtu
Solat Jumaat Dilaksanakan Hari Sabtu: Solat Jumaat di Azarbaijan dilaksanakan pada hari sabtu kerana mengganggu waktu bekerja.
Pada 30 jun yang lalu, pihak Jawatankuasa Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Republik Azarbaijan telah mengarahkan kepada para khatib masjid di seluruh negara itu untuk melakukan solat Jumaat bukan pada hari Jumaat tetapi pada hari Sabtu.
Alasan perubahan tersebut kerana dianggap mengganggu waktu kerja, di mana hari Jumaat di Azarbaijan adalah hari kerja rasmi negara itu.
Menurut pihak pemerintah Azarbaijan, pemindahan solat Jumaat ke hari Sabtu diharapkan akan dapat mengurangkan beban para pegawai dan pekerja pemerintah.
Khatib Masjid Masyhadi Dodosh, H Shahin Hasanali mengatakan, pemindahan tersebut dianggap bertujuan sentimen politik semata-mata.
“Pemerintah risau solat Jumaat menjadi medan pendidikan politik yang boleh menggugat kewibawaan pemerintah. Solat Jumaat tidak boleh dipindahkan hari sesuka hati,”
Republik Azarbaijan merupakan negara kecil yang majoriti penduduknya beragama Islam. Dilaporkan, jumlah komuniti muslim di sana lebih kurang 90% dari jumlah keseluruhan penduduknya.
Kedekatan regim yang berkuasa dengan Israel, menyebabkan banyak dasar-dasar pemerintah cenderung anti Islam. Sehingga kini, warga muslim Azarbaijan masih lagi memperjuangkan hak-hak kaum muslimah untuk memakai tudung. – Solat Jumaat Dilaksanakan Hari Sabtu
Gambar Webcam Adik Neelofa Yang cun
Siapa tidak kenal dengan pelakon comel molek berdarah Kelantan Neelofa ?? Dikatakan rupa parasnya yang anggun dan cantik menjadi pakej utama dalam peningkatan mendadak populariti dirinya. Di sini kita bukan bercerita pasal Neelofa tapi adiknya yang bergambar depan webcam !! Jika kakaknya dah cantik mesti adiknya begitu juga kan.
Subscribe to:
Posts (Atom)