Wednesday, 29 August 2012

[Video] Suasana Gangnam Raya


Top 10 Permainan Zaman Kanak-Kanak!


[Video Ori] PSY - GANGNAM STYLE (강남스타일) M/V officialpsy


Gangnam Style merupakan tajuk lagu yang dibawakan oleh PSY - seorang rapper dari Korea Selatan, yang muncul dalam aliran K-Pop. Hebat penangan Gangnam Style ini sehingga ia menjadi topik hangat di CNN dan Bloomberg.... walaupun video ini hanya berdurasi 4 minit.

Sejak dimuat naik di laman YouTube, Gangnam Style telah berjaya menarik minat lebih daripada jutaan pelayar internet, dan menjadi ikutan sehingga beberapa video parody juga dihasilkan sebagai respon kepada video yang menjadi fenomena dunia tersebut.

Menurut Wikipedia; "Gangnam Style" merupakan bahasa Korea yang mencerminkan kebudayaan dan kehidupan mewah rakyat Korea di daerah Gangnam, sebuah kawasan dan penempatan serba trendi di Korea Selatan. Lagu tersebut menceritakan tentang kehidupan seorang awek yang serba sempurna yang tahu bila masa nak jadi baik dan bila masa nak berseronok.

Apa yang menarik pada video Gangnam Style ini ialah cara menari yang simple tetapi menarik hati .... apatah lagi gelagat budak pada awal video klip ini. Ada banyak unsur lucu dan sedikit seksi dalam video ini.