Tuesday 5 February 2013

Kedai guna model separuh bogel promosi diskaun Tahun Baru Cina


Di sebuah pusat barang kemas di Nanjing, seorang wanita separuh bogel yang dilukis pada tubuhnya dilihat berjalan di karpet merah pada hari sambutan Tahun Baru.

Pertunjukan seni mengecat badan itu dianjurkan oleh sebuah kedai di sana untuk mempromosikan jualan murah pada sambutan tahun baru.

Model tersebut dilukis pada dadanya seekor ular keemasan, dan empat karakter bahasa Cina “金价裸奔 (literally Gold Price Streaking)” di belakang tubuhnya.

Ular tersebut melambangkan Tahun Ular bagi kalendar masyarakat Cina yang akan jatuh pada Februari 10, 2013.

Slogan "Gold Price Naked-Run" menunjukkan kedai berkenaan sedang melaksanakan diskaun harga yang amat hebat.




Memang aksi yang agak berani, tetapi agak berbaloi kerana model berkenaan mendapat perhatian orang ramai...terutamanya dari lelaki..heh!

Jalan Kembali Bohsia 2 Ada Adegan Hina Islam?




PETALING JAYA – Skop Production menyanggah komen mengatakan filem terbitannya, Jalan Kembali Bohsia 2 menghina agama Islam apabila memaparkan watak Keting lakonan Sofi Jikan memaki serta menolak seorang imam sehingga terjatuh di depan sebuah masjid dalam filem itu.

Menurut Pengarah Urusan Skop Production, Datuk Yusof Haslam, adegan watak Keting yang merupakan seorang mat rempit itu langsung tidak mengina Islam ataupun memaparkan adegan yang keterlaluan, sebaliknya ia bertujuan memberi keinsafan kepada para penonton filem ini.

“Bagi saya, memang wujud mat rempit yang berperangai keterlaluan seperti yang pernah dilalui dan diceritakan oleh kawan saya. Tetapi saya tidak paparkannya secara keterlaluan. Contohnya, dalam adegan filem ini watak Keting hanya sekadar meninggikan suara dan mencabar watak imam itu.

“Sedangkan pada mulanya, anak saya yang juga pengarah filem ini, Syamsul Yusof mahukan watak Keting digambarkan menendang imam itu tetapi saya tidak kasi kerana itu keterlaluan. Pada masa sama, dalam adegan itu turut disertakan bacaan surah al-Quran sebagai nasihat yang berkaitan.

“Apatah lagi, filem ini dihasilkan dengan menggabungkan elemen aksi, drama, komedi dan keislaman yang menyampaikan mesej-mesej yang baik kepada para penonton,” katanya pada sidang akhbar selepas pratonton filem itu di pawagam Cathay, Mutiara Damansara di sini semalam.

Selain Sofi Jikan, Jalan Kembali Bohsia 2 yang akan ditayangkan mulai 7 Jun ini di pawagam-pawagam seluruh negara merupakan sekuel daripada filem Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam turut dibintangi oleh Syamsul Yusof, Zizan Razak, Nabila Huda, Salina Saibi dan Sherina Redzuawan.

Sementara itu, pengarah Jalan Kembali Bohsia 2, Syamsul Yusof turut menjelaskan filem tersebut bukan sahaja tidak menghina agama Islam, malah ia sarat dengan elemen nasihat dan pengajaran yang menggunakan surah al-Quran bagi menguatkan lagi elemen Islamik di dalamnya.

“Ini adalah filem arahan saya yang ketujuh. Sepanjang mengarahkan filem ini adalah filem saya yang paling banyak menyelitkan elemen keislaman di sebaliknya. Dulu saya gunakan juga formula itu dalam filem Khurafat tetapi kali ini unsur keislaman itu saya selitkan lebih banyak lagi.

“Bukannya senang memaparkan kisah mat rempit dan bohsia dalam filem serta menyuntik elemen islamik di dalamnya. Itu cabaran saya dalam filem ini,” katanya yang juga pengarah Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam yang mengutip tiket RM4.5 juta sewaktu tayangannya pada tahun 2009.

Larangan bayi baru lahir di azan dan di iqamah


Berdasarkan peraturan Pejabat Mahkamah Kazakhstan, mula saat ini bayi-bayi baru lahir di negara itu tidak dapat mendengarkan suara azan dan iqamah. Sesuai dengan keputusan yang diambil, mahkamah kota Mangistau, Kazakhstan, bilik-bilik bersalin melarang pembacaan azan dan iqamah di telinga-telinga bayi yang baru lahir. Bilik bersalin di beberapa hospital Kazakhstan beberapa minggu lalu untuk pertama kalinya menjalankan keputusan tersebut.


Mahkamah Kazakhstan mengatakan alasan diatas keputusan itu adalah ketidaksesuaian pembacaan azan dan iqamah di telinga bayi-bayi baru lahir dengan undang-undang Kazakhstan. Ditambahkan, tempat bersalin kata mereka merupakan urusan duniawi dan pelaksanaan ritual agama bertentangan dengan undang-undang.

Zizan Dating Dengan Neelofa


 Zizan Raja Lawak Lupakan Juliana Evans

SS-Zizan Raja Lawak menayangkan gambar mesra dia dan Neelofa di instagram milik Zizan di LINK.Zizan dan Neelofa mempunyai die-hard fans yang sangat ramai pada ketika ini.So,mungkin ada yang mengigit jari melihat gambar di bawah.

Zizan sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan Juliana Evans tetapi menafikannya apabila ditanya media.Mungkin ini gosip terbaru melibatkan Zizan dan Neelofa yang juga merupakan pengacara MELODI dan MELETOP.Mungkin mereka hanya sekadar berkawan artis.HEHEHE..

tagline Zizan di MELODI -"Kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi dan berdiri atas bakat sendiri".



Di bawah gambar manis Neelofa di Instagram Zizan.Comel sokmo Lofa.hehe..



LAGU-LAGU YANG TELAH DIHARAMKAN OLEH RTM MALAYSIA PADA TAHUN 1989


LAGU-LAGU YANG TELAH DIHARAMKAN OLEH RTM MALAYSIA PADA TAHUN 1989 |  Pada 1980-an, stesen penyiaran Radio & Televisyen Malaysia (RTM) terkenal dengan ketegasannya dalam menghalang penyiaran lagu-lagu atas pelbagai sebab. Lagu-lagu yang tidak diluluskan atau diharamkan penyiarannya oleh RTM ketika itu biasanya dirujuk oleh orang ramai dan wartawan hiburan sebagai ‘kena gam’. RTM tidak hanya mengharamkan sesebuah lagu untuk mengawal penyebaran kandungan yang tidak elok misalnya lirik yang kurang sopan atau lucah, tetapi lebih ‘menarik’ sekali apabila RTM juga bertindak mengharamkan lagu-lagu yang disifatkan oleh mereka sebagai sumbang (tidak sedap didengar). Dalam erti kata lain, ketika itu RTM menganggap diri mereka seolah-olah pakar dalam penilaian teknik nyanyian dan permainan muzik, maka mana-mana lagu yang tidak mencapai mutu rakaman yang ditetapkan oleh mereka tidak akan disiarkan. Terdapat juga sebab-sebab lain yang tidak berkaitan dengan lagu atau muzik yang boleh menyebabkan sesebuah lagu itu diharamkan, misalnya penyanyi lagu tersebut ialah lelaki berambut panjang, maka lagu tersebut akan kena gam.


Sepanjang tempoh keaktifan RTM dalam mengharamkan lagu-lagu iaitu sehingga tahun-tahun awal 1990-an, banyak lagi sebab yang diwujudkan apabila perlu bagi mengharamkan sesebuah lagu. Ketika muzik rap dan hip hop mula berkembang dengan lahirnya artis seperti KRU, lagu-lagu dwibahasa (Melayu-Inggeris) dan yang menggunakan bahasa pasar (seperti “sempoi”, “gua/lu”) turut diharamkan. Kemunculan lebih banyak stesen penyiaran (terutamanya radio) swasta pada pertengahan 1990-an yang tidak menghalang penyiaran lagu-lagu sedemikian telah perlahan-lahan menyebabkan usaha pengharaman lagu oleh RTM menjadi kurang berkesan kerana pendengar boleh mendengar lagu tersebut melalui stesen swasta.
lagu yang diharamkan rtm 1989 202x275 LAGU LAGU YANG TELAH DIHARAMKAN OLEH RTM MALAYSIA PADA TAHUN 1989
Sebuah laporan eksklusif pada 22 April 1989 menyatakan bahawa RTM telah mengharamkan “sebanyak 71 buah lagu dari 20 buah album tempatan” hanya dalam tempoh 3 bulan pertama tahun itu. Dinyatakan bahawa sebab pengharaman lagu-lagu itu ialah:

“Kerana nyanyian” – 48 lagu
“Kerana masalah teknikal iaitu vow” – 8 lagu
“Kerana lagu saduran” – 8 lagu
“Kerana senikata” – 1 lagu
“Kerana ciptaan dan gubahan yang tiada keaslian” – 6 lagu

Tajuk lagu-lagu yang diharamkan oleh RTM:

1. Ababil (nyanyian Ababil) – kerana nyanyian
2. Halu Haloba (Ababil) – kerana nyanyian
3. Umpama Mimpi (Ababil) – kerana nyanyian
4. Warna Cinta (Ababil) – kerana nyanyian
5. Ringgit (Ababil) – kerana nyanyian
6. Rindu (Ababil) – kerana nyanyian
7. Badai Cinta (Ababil) – kerana nyanyian
8. Mawar Jingga (Ababil) – kerana “vow”
9. Hidup Topengan (Ababil) – kerana “vow”
Nota: Dengan pengharaman 9 buah lagu daripada album pertama kumpulan rock Ababil (gambar mereka disiarkan sedang tersenyum, pastinya sebelum mengetahui tentang pengharaman lagu-lagu mereka) menjadikan mereka artis paling banyak lagu diharamkan dalam senarai yang dikeluarkan itu. Satu-satunya lagu Ababil yang diluluskan untuk siaran berjudul Cinta Belum Berakhir.

10. Sisa Cinta (nyanyian Viking) – kerana nyanyian
11. Jeritan Irama (Viking) – kerana nyanyian
12. Teruskan Perjuangan (Viking) – kerana nyanyian
13. Pastikan Kebebasan (Viking) – kerana nyanyian
14. Damai dan Darah (Viking) – kerana nyanyian
15. Viking (Dalam Pelayaran) (Viking) – kerana nyanyian

16. Pancaran Laser (nyanyian Laser Ray / album Pancakara Di Cakerawala) – kerana nyanyian
17. Selembut Sutera (Steeler / Pancakara Di Cakerawala) – kerana nyanyian
18. Ilusi Fenomena Cinta (Hydra / Pancakara Di Cakerawala) – kerana nyanyian
19. Dunia atau Neraka (Saxo / Pancakara Di Cakerawala) – kerana nyanyian
20. Salam Rindu (Rhythm Machine / Pancakara Di Cakerawala) – kerana nyanyian
21. Angkara Manusia (A.S.K / Pancakara Di Cakerawala) – kerana nyanyian

22. Jangan Kau Pergi (nyanyian Manimala) – kerana nyanyian
23. Selalu Di Hatimu (Manimala) – kerana saduran
24. Kau Yang Bergaya (Manimala) – kerana saduran
25. Bahagialah Bersama (Manimala) – kerana saduran
26. Beginikah Berakhirnya (Manimala) – kerana saduran
27. Seruling Bamboo (Manimala) – kerana saduran
28. Mandi Mandu (Manimala) – kerana saduran

29. Cik Cik Boom (nyanyian Melissa Saila) – kerana nyanyian & saduran
30. Tarian Kota (Melissa Saila) – kerana saduran
31. Irama Rinduku (Melissa Saila) – kerana ciptaan/gubahan
32. Pesan Untuk Teman (Melissa Saila) – kerana ciptaan/gubahan
33. Kerana Dia Aku Rela (Melissa Saila) – kerana ciptaan/gubahan
34. Harapan Gemilang (Melissa Saila) – kerana ciptaan/gubahan

35. Sengketa Damai (nyanyian Jefriddin & Norzie / album Jasamu Di Kenang Volume 2) – kerana nyanyian
36. Gurindam Jiwa (Jefriddin & Norzie / Jasamu Di Kenang Volume 2) – kerana nyanyian
37. Ikan Di Laut Asam Di Darat (Jefriddin & Norzie / Jasamu Di Kenang Volume 2) – kerana nyanyian
38.
Terbuku Di Kalbu (L. Ramlie & Norzie / Jasamu Di Kenang Volume 2) – kerana nyanyian
39. Joget Malaysia (L. Ramlie & Norzie / Jasamu Di Kenang Volume 2) – kerana nyanyian
40. Gelora (L. Ramlie & Norzie / Jasamu Di Kenang Volume 2) – kerana nyanyian

41. Nyanyian Rindu (nyanyian Azman) – kerana nyanyian
42. Pesta Hari Jadi (Azman) – kerana nyanyian
43. Sentuhanmu (Azman) – kerana “vow”

44. Ingatlah (nyanyian Lovehunters) – kerana nyanyian
45. Hidup Sederhana (Lovehunters) – kerana nyanyian
46. Realiti (Lovehunters) – kerana nyanyian
47. Halusinasi (Lovehunters) – kerana nyanyian

48. Namamu Di Hatiku (nyanyian Moses Vadham) – kerana nyanyian
49. Perjalanan Cinta (Moses Vadham) – kerana nyanyian
50. Mencari Cinta Yang Hilang (Moses Vadham) – kerana nyanyian

51. Pelita Kasih (nyanyian Mathias Gomez) – kerana nyanyian
52. Rintik Hujan (Mathias Gomez) – kerana nyanyian
53. Kerasukan (Mathias Gomez) – kerana nyanyian

54. Katakanlah (nyanyian Roy) – kerana nyanyian
55. Sepanjang Perjalanan (Roy) – kerana nyanyian

56. Keredaan (nyanyian Shima & The Boys) – kerana nyanyian
57. Kelkatu Gugur Sayapnya (Shima & The Boys) – kerana nyanyian

58. Tragedi (nyanyian Helter Skelter) – kerana nyanyian
59. Digigit Bebayang Silam (Helter Skelter) – kerana nyanyian

60. Permata Budi (nyanyian Ibnor Riza) – kerana nyanyian
61. Damaikan Resahku (Ibnor Riza) – kerana nyanyian

62. Tugu Cinta (instrumental / album Juara Lagu ’88) – kerana “vow”
63. Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu) (instrumental / Juara Lagu ’88) – kerana “vow”

64. Renungan (nyanyian Point Blank) – kerana nyanyian/vow
65. Perisai Cinta (Point Blank) – kerana nyanyian/vow

66. Hero (nyanyian Sharm) – kerana nyanyian/vow
67. Sepi Tak Bertemu (Sharm) – kerana nyanyian/vow

68. Hamba Yang Tak Tahu (nyanyian A. Ramlie) – kerana saduran

69. Cintaku Cintamu (nyanyian Zamree) – kerana nyanyian

70. Tanjung Puteri (nyanyian Loving Born) – kerana senikata

Jumlah lebih 70 buah lagu (tempatan sahaja) yang diharamkan oleh RTM hanya dalam tempoh 3 bulan pertama 1989 mungkin boleh dianggap sedikit dalam zaman tersebut di mana berpuluh-puluh buah album baru dikeluarkan dalam sebulan. Tetapi mengambil kira tempoh keseluruhan zaman di mana RTM aktif mengharamkan lagu, tidak keterlaluan untuk mengandaikan bahawa jumlah keseluruhan lagu-lagu yang pernah diharamkan oleh RTM telah mencecah angka beribu-ribu lemon. Dalam tahun 1989 sahaja sudah pasti beratus-ratus lagu menjadi mangsa sekatan RTM dalam usaha ‘murni’ mereka untuk memastikan rakyat Malaysia khususnya pendengar siaran radio dan televisyen RTM mendapat hiburan yang bermutu dan tidak sumbang.

Nota tambahan:
Adakah lagu-lagu yang diharamkan dulu masih diharamkan kini? Tidak lagi, kebanyakannya telah boleh disiarkan tanpa sekatan. Contohnya lagu pertama dalam senarai di atas yang berjudul Ababil telah banyak kali disiarkan oleh stesen radio Muzik FM.

Antara cara perlaksanaan sekatan: Lagu-lagu yang diharamkan akan ditandakan secara manual pada kulit album sebagai panduan kepada juruhebah radio untuk tidak menyiarkannya. Di bawah ialah contoh kulit cakera padat untuk juruhebah radio RTM pada 1993

Anjing Sebagai Makanan Di China (10 Gambar)


Di China, tidak pelik jika anjing dijadikan sebagai makanan malah permintaannya cukup tinggi. Mungkin rasa dagingnya sangat sedap? (Muntah).. Pada artikel ini anda akan mengetahui dan melihat sendiri bagaimana salah satu proses menjadikan anjing sebagai makanan di sana.

Anjing yang masih hidup dipukul sehingga mati kemudian direndam di dalam air panas untuk memudahkan proses membuang bulu. Setelah bulu habis dibuang, sekali lagi anjing direndam untuk dibersihkan. Sesudah itu, anjing dipotong untuk mengeluarkan segala kandungan yang ada di dalam badan. Selesai semuanya, anjing tersebut akan dijemur dan dikeringkan. Jadilah ia anjing kering.














Senarai Diskaun Rebat Tol Tahun Baru Cina CNY 2013


 Sebanyak 24 lebuh raya di seluruh negara akan memberikan diskaun dan rebat tol antara 5 dan 37.5 peratus sempena Tahun Baharu Cina (Chinese New Year CNY) yang akan disambut pada 10 dan 11 Feb ini, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor menerusi laporan media


Beliau berkata, bagi lebuh raya kendalian Plus Bhd, pengguna kelas 1 yang menggunakan bayaran tol secara elektronik boleh menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus pada 7 Feb dan 15 Feb dan rebat 30 peratus pada 10 Februari
Manakala di lebuh raya lain, pengguna akan menikmati diskaun tol di antara 15 peratus hingga 37.5 peratus pada 9, 10 dan 11 Februari,katanya kepada pemberita
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”