Tuesday, 9 April 2013

Kenyataan Nabila Huda Peluk Lelaki Di ABPBH 2012

Penjelasan Nabila Huda peluk beberapa artis lelaki di ABPBH 2012 pada 7 April 2013 telah mencetuskan pandangan yang kurang manis. Ketika diumumkan sebagai pemenang calon Anugerah pelakon tv wanita popular, Nabila begitu teruja sehingga memeluk Nast T, Fiz Fairuz, Tomok dan Awal Ashaari. Namun, Nabila hanya anggap mereka sebagai seorang sahabat pada malam tersebut. Menurutnya, ia adalah sesuatu amalan yang biasa dilakukannya kepada seorang sahabat.





Penjelasan Nabila Huda Peluk Lelaki


“Okay, Nas-T, Fiz Fairuz, Tomok, Awal Ashaari, Lisa Surihani dan Scha, itu semua. sahabat-sahabat saya daripada kami semua tak ada apa-apa lagi. Mereka kawan-kawan saya sejak dari masa muda lagi. Pada saya, ia pelukan sahabat. Bila kita rasa gembira atau rasa sedih dan kemudian bila kita peluk seseorang yang kita kenal, dah tentu kita akan rasa bertapa leganya kita dapat peluk kawan-kawan kita, kan. Saya peluk semua orang.

“Saya tak kisah orang nak cakap apa pun. Mulut orang takkan boleh tutup. Saya tak kisah semua itu. Sebab saya gembira dengan dunia saya. Saya ada satu kehidupan yang begini dan satu lagi kehidupan yang begitu (kontroversi) atau apa-apa”, katanya ketika diminta mengulas mengenai tindakannya itu dilihat kurang manis kerana menjadi tatapan umum, tambah-tambah sewaktu siaran secara langsung

ISU SABAH - BERITA TERKINI LAHAD DATU 9 APRIL 2013

Semalam, sepasukan unit forensik menggali semula tiga kubur besar untuk mengeluarkan mayat pengganas Sulu yang ditanam di Kampung Tanduo selepas mati ditembak dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan pada 1 Mac lalu.

Kesemua mayat yang rata-rata sudah reput dan hanya tinggal tulang dipercayai ditanam rakan mereka sendiri. Salah satu mayat itu merupakan mayat pengganas wanita.

Difahamkan, kerja menggali ‘pusara’ pengganas itu bermula seawal jam 1 tengah hari itu diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Senior Asisten Komisioner Omar Mammah dan dibantu penduduk tempatan.






OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”