Thursday, 20 September 2012

Lelaki Mengaku Rebus Isteri 4 Hari


Lelaki Mengaku Rebus Isteri 4 hari : Gila, itulah yang mampu di ucapkan bila seorang lelaki mengaku merebus mayat isterinya sendiri selama 4 hari.

  Gambar Hiasan
LOS ANGELES – Seorang chef  telah menggunakan kelebihannya dengan mengaku merebus mayat isterinya secara perlahan-lahan selama empat hari sebelum menyembunyikan tulang wanita itu di kediaman ibunya, tiga tahun lalu.

David Viens memberikan kenyataannya itu semasa dirawat di hospital pada Mac 2011 selepas terjatuh ke dalam curam sejauh 24.4 meter di Rancho Palos Verdes, apabila menyedari namanya disenaraikan sebagai suspek utama kes kehilangan isterinya, Dawn Viens, 39, lewat 2009.

“Di atas beberapa sebab, secara tiba-tiba saya menjadi ganas,” katanya kepada pegawai penyiasat Richard Garcia, sambil mendakwa isterinya pernah melarikan diri ke kawasan pergunungan 16 bulan lalu kerana enggan memasuki pusat pemulihan dadah.

Viens hadir pada perbicaraan kesnya di Mahkamah Tinggi Los Angeles, kelmarin, berkerusi roda memberitahu dia telah memasukkan mayat isterinya ke dalam tong yang diisi 55 gelen air mendidih, sebelum menenggelamkan mangsa dengan pemberat dan menyebatikan daging mangsa dengan bahan buangan lain sebelum menghapuskannya.


[Video] Bila Avengers Lapar


[Video]Wanita Ditangkap Curi RM6,000 Di Rumah Pengantin Di Johor



Kalau dengar nada suara macam perempuan Indonesia. Namun penulis tidak pasti sepenuhnya mengenai hal itu.

Pastinya, cara yang digunakan memang hina dengan membawa seorang anak kecil untuk mengaburi mata orang ramai.

Menurut laporan akhbar sebelum ini, sudah ada beberapa kes yang hampir sama dengan kebanyakkannya berlaku di selatan tanahair.

Berikut adalah keterangan yang diberikan pihak yang memuat-naik video hampir 1 minit.
“Kejadian Berlaku Pada 15 September lalu Di Johor.

Wanita Ini Tertangkap Ketika Mencuri Hampir RM6000 Ketika Keluarga Pengantin Sedang Sibuk Melayan Tetamu… Pandai Pula Bawa Anak Sebagai “Perisai”… Jadikan iktibar….”


Gadis dir@gol ketika hadiri temu duga



Kuala Lumpur: Seorang gadis lepasan institut pengajian tinggi (IPT) bukan hanya disamun, malah turut dirogol ketika menghadiri temu duga di Taman Segar, Cheras, dekat sini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 7 petang Sabtu lalu ketika mangsa berusia 22 tahun menghadiri temu duga sebagai jurujual di sebuah hotel murah di taman perumahan itu.
Janji gaji RM400 sehari
Hasil siasatan mendapati mangsa mengetahui tawaran kerja sebagai jurujual melalui satu laman web, yang menjanjikan gaji RM400 sehari, tidak termasuk faedah lain.
Terpengaruh dengan tawaran itu, mangsa kemudian menghadiri temu duga di sebuah hotel di Taman Segar, Cheras seorang diri sebelum disamun dan dirogol, katanya pada sidang media, semalam.
Beliau berkata, kejadian itu yang kedua dalam tempoh tidak sampai tiga bulan, menggunakan modus operandi sama, selepas kes pertama dilaporkan akhir Julai lalu membabitkan mangsa berusia 23 tahun.
Kita tidak menolak kemungkinan kedua-dua kes ini didalangi suspek sama. Polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kaunter pendaftaran hotel berkenaan bagi mengenal pasti identiti suspek, katanya.
Berikutan itu, Khairi berkata, polis sedang mengesan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an bagi membantu siasatan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan individu terbabit diminta menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Inspektor Izhamaz Niza Abdul Hamid di talian 03-21460522 (sambungan 167).
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 dan 392 Kanun Keseksaan, masing-masing atas kesalahan rogol serta melakukan rompakan, katanya.

Yuna Kini Berstatus “Single But Not Available”



Penyanyi yang sedang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai hari ini telah mengakui hubungan dengan pengacara dan pelakon Qushairi Razali atau Qi kini tidak seperti dahulu.

Menurut Yuna, dia dan Qi mengambil telah sepakat bagi tidak terikat dengan sebarang komitmen untuk memberi perhatian kepada karier masing-masing.

“Saya akui sekarang ini we are taking a break from our relationship. Keputusan tersebut kami buat kerana ingin memberi tumpuan kepada karier masing-masing. Lagipun susah, sebab saya di sana (Amerika Syarikat) dan dia (Qi) di sini. Saya hormati keinginan dia, dan dia juga hormati keinginan saya. Kami saling memahami serta percaya keputusan tersebut memberi ruang kepada kami bagi melakukan perkara yang sepatutnya. Bagaimanapun, kami masih berkawan serta ada hubungan yang baik seperti dahulu. Saya pun baru sahaja berjumpa dengan Qi dua, tiga hari lalu”

Pada masa yang sama, Yuna juga mengakui jarak yang memisahkannya mereka adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada perpisahan mereka.

“Saya mula rasa susah bagi teruskan hubungan kami sejak akhir-akhir ini. Jarak jauh memang menyulitkan buat kami saling berhubungan. Jadi, adalah lebih baik kami beri ruang kepada diri masing-masing. Lebih baik tidak ada sebarang komitmen buat masa ini. Qi boleh mencari teman wanita lain jika dia inginkan begitu. Sama juga seperti saya. Tetapi saya lebih suka mengatakan status saya kini single but not available. Not available kerana saya sedang terikat dengan kerja. Saya tidak punya masa banyak memikirkan soal cinta buat masa ini. Keutamaan saya adalah pada kerja”

Sebelum mengakhiri perbualan, Yuna sempat berpesan kepada peminat supaya mendoakan yang terbaik buat dirinya dan juga Qi.

“Saya tahu ramai yang menginginkan hubungan kami berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Jadi, doakanlah yang terbaik buat kami. Tetapi apa yang boleh saya katakan, kalau ada jodoh, adalah. Kami tidak boleh mengembirakan semua orang. Sebaliknya, kami juga perlu gembirakan diri sendiri,”

Majalah Di Perancis Siar Kartun Nabi, Umat Islam Bertambah Marah


Sementara protes berhubung filem Innocense of Muslims masuk minggu kedua, sebuah majalah satira Perancis, Charlie Hebdo pula menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW hari ini sehingga membawa kepada kritikan pihak berkuasa negara itu dan menambah kemarahan umat Islam.
Perkembangan itu menyebabkan polis rusuhan terpaksa dikerah untuk melindungi pejabat majalah tersebut.
Muka depan majalah terbabit yang menunjukkan Yahudi Ortodoks menolak serban seorang individu yang digambarkan sebagai Nabi Muhammad, malah beberapa gambar didalam majalah tersebut turut diletakkan termasuk gambar bogel.


Editor majalah itu berkata pihaknya “akan mengejutkan” mereka yang mahu dikejutkan.
Majalah tersebut dikeluarkan ketika bantahan yang meruncing terhadap filem anti – Islam tersebar di internet. Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius mengutuk keputusan Charlie Hebdo yang bersifat provokatif dan telah mengarahkan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di pejabat diplomatik di negara-negara Islam.
Editor majalah tersebut, pada asalnya seorang kartunis yang menggunakan nama Charb, nafi melakukan provokasi terhadap perkara tersebut.
“Ia adalah satu kebebasan akhbar, adakah ia satu provokasi?” katanya.
“Saya tidak menyuruh masyarakat Islam untuk membaca Charlie Hebdo, seperti mana saya tidak akan pergi ke masjid untuk mendengar khutbah, mendengar perkara yang saya sendiri tidak percaya,” katanya.
Seorang imam besar masjid di Paris, Dalil Boubakeur menyeru empat juta umat Islam di Perancis agar bertenang.
“Ia adalah satu kekeliruan, kesedihan dan kebimbangan yang telah saya lalui, di mana ia menambah lagi kemarahan umat Islam yang berlaku sekarang di seluruh negara Islam,” kata beliau.
“Saya merayu kepada mereka agar untuk tidak mencurah minyak dalam api yang sedang marak,” katanya.
Majlis Islam Perancis turut memohon umat Islam agar bertenang.
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”