Wednesday 31 July 2013

Guru Rotan Pelajar Tak Siap Kerja Rumah...Bapak Report Polis


Seorang bapa mendakwa anaknya kini mengalami tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusirnya dari sekolah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian Jumaat lepas itu, anaknya Nur Emilia, 12, murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di sini, kini trauma dan tidak lagi mahu ke sekolah.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya anaknya memaklumkan guru itu turut mengarahkannya mengambil borang tukar sekolah dan berpindah sekolah.

Syahrul yang berkerja sendiri berkata dia mengetahui kejadian itu pada kira-kira 9.30 pagi Jumaat apabila dihubungi guru terbabit yang memaklumkan anaknya telah pulang ke rumah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

“Saya terkejut dan terus keluar mencari Emilia kerana dia tidak pulang ke rumah sedangkan rumah kami terletak tidak sampai 100 meter sahaja dari sekolah tetap kemudiannya berjaya menemui anak sulungnya itu sedang menangis di kawasan kampung,” katanya.

Syahrul berkata anaknya tidak menceritakan insiden yang menimpa dirinya itu sehingga rakannya datang pada sebelah petang dan memaklumkan kejadian sebenar.

“Bila kawan dia cerita, baru Emilia berani muka mulut dan menceritakan perkara sebenar dan kami kesal dengan sikap guru yang tidak hiraukan keselamatan muridnya apabila menghalau pelajar balik ke rumah,” katanya.

Katanya dia membuat laporan polis semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Tarmizi Kamaruddin ketika dihubungi berkata guru besar sekolah itu diarah menyiasat dakwaan itu.

“Mungkin cikgu itu mengambil tindakan mengikut emosinya kerana mengikut prinsip pendidikan guru tidak boleh menghalau anak murid kerana pelajar mempunyai hak untuk berada dalam kelas bagi menuntut ilmu,” katanya. – Bernama

Pelakon Glee Ditemui Mati Di Hotel Dengan Keadaan Bogel


Semalam, laman Twitter dipenuhi dengan ucapan takziah buat pelakon drama muzikal Glee, Cory Monteith yang telah meninggal dunia pada hari Sabtu lepas.

Cory yang melakonkan watak Finn Hudson ditemui mati di dalam bilik hotel penginapannya oleh pekerja hotel berkenaan.

Menurut beberapa laporan media antarabangsa, Cory telah mendaftar masuk ke Hotel Fairmont Pacific Rim pada 6 Julai 2013 dan dijangka mendaftar keluar pada hari sabtu yang lepas.

Setakat ini, pihak berkuasa belum mahu mendedahkan punca kematian pelakon itu namun bedah siasat akan dijalankan ke atas mayatnya pada hari ini (Isnin).

Untuk pengetahuan semua, Cory baru keluar daripada pusat pemulihan pada bulan April yang lepas kerana cuba menghilangkan ketagihan dadah yang dialaminya sejak zaman remaja lagi.

Kematian Cory bagaimanapun mendapat perhatian seluruh dunia terutama sekali rakan-rakan selebriti seperti Dot-Marie Jones, Zooey Deschanel dan Katy Perry.

Paling menyedihkan apabila Lea Michele yang juga pelakon utama Glee dikatakan tidak dapat menerima hakikat mengenai berita kematian teman lelakinya itu. Tambahan lagi mereka dikhabarkan akan berkahwin dalam masa dua minggu sahaja lagi.

Pastinya para peminat Glee dilanda kesedihan kerana tidak dapat melihat pelakon kesayangan mereka membintangi drama itu lagi selepas ini. Namun apa yang difahamkan, seluruh krew produksi telahpun selesai menjalani penggambaran Glee sehingga musim kelima.

Tidak pastilah bagaimana pengarah drama itu nanti mahu menamatkan watak Finn Hudson. Tapi apa yang pasti episod itu nanti bakal menjadi episod yang paling menyayat hati. Sama-samalah kita nantikan ya.

Identiti Budak Yang Ada Dalam Video Menghina Hari Raya Aidilfitri


Video seorang individu menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama 3 ekor anjing sebenarnya pelaku di dalam video tersebut adalah seorang wanita berusia 38 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur.

Wanita yang dikenali sebagai Chetz Yusof juga merupakan seorang penganut Islam dan mendakwa video yang disiarkan itu sudah berusia 3 tahun dan mempertikaikan kenapa baru sekarang ianya menjadi isu ‘hina Islam’.

Menurut wanita yang berkerjaya sebagai juruteknik, tujuannya memuat naik video itu bukan untuk menghina agama Islam tetapi video tersebut untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat di luar sana mengenai penjagaan dan kebersihan anjing seperti mana yang dilakukannya.

Dia juga mendakwa yang video ini tidak sepatutnya menjadi kontroversi dan dia juga memberitahu orang Melayu sebenarnya terlalu sensitif dan turut mengatakan yang membela anjing tidak haram, kalau basah kita samak, kata wanita yang juga memberitahu beliau mempunyai 8 ekor anjing dalam belaannya.

Wanita ini juga tidak takut kepada tindakan oleh pihak berkuasa yang akan dikenakan kepadanya, cuma hanya risau ianya membuang masa dirinya dengan membuat laporan dan statement polis nanti.


Pesan Mama Male Jumaat (Video)



THE RUTI CANAI Wajib Tengok




FAKTA-FAKTA MENARIK MENGENAI FILEM TITANIC





Maria Ozawa Didakwah Melalui Instagram

Maria Ozawa, satu nama yang pernah mengemparkan negara jiran iaitu Indonesia suatu ketika dahulu apabila buat julung kali muncul dalam filem terbitan negara itu.

Ketika itu,pelbagai bantahan dan demonstrasi jalanan dibuat bagi membantah penerbitan filem terbabit apatah lagi membantah kedatangan Maria Ozawa ke negara terbabit.

Siapa Maria Ozawa nie?? Gua pun tak kenal.. Korang tanye la pak cik Google la yerkk.. hahaha

Soalnya skrg, gua bukan nak cerita pasal siapa Maria Ozawa nie, yang gua nak share nie pasal ade sorang hamba Allah nie telah komen di Instagram Maria Ozawa supaya bertaubat kepada Allah sementara masih hidup.

"Kalau awak mati, tiada lagi peluang" itu antara kata0kata dakwah si facebooker nie..

Bace lagi komen selebihnya kat bawah nie..


Tangisan seorang lelaki kerana takut dimarahi isteri



KULIM - Seorang pengawal keselamatan menangis meminta polis membebaskannya kerana takut dimarahi isterinya selepas ditahan akibat mengambil dadah dan menyamar sebagai anggota polis dalam kejadian jam 1.30 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, ketika kejadian, anggota polis sedang membuat rondaan cegah jenayah di sekitar jalan Sungai Ular menghala ke Taman Seri Mahkota.

Menurutnya, tiba-tiba sebuah kereta jenis Proton Persona yang dipandu suspek berusia 20 tahun itu dilihat memotong kenderaan awam dipandu polis.

"Apabila tiba di kawasan perindustrian Sungai Ular, tiga kenderaan polis berhenti di tepi jalan. Bagaimanapun, polis curiga kerana kenderaan dipandu suspek turut berhenti dan memasang lampu kecemasan.

“Apabila kenderaan polis mula bergerak, suspek dilihat memecut laju ke arah kilang lama. Curiga dengan keadaan suspek, polis memburunya. Dalam usaha melarikan diri, suspek gagal berhenti di enam lampu isyarat," katanya kepada Sinar Harian.

Ghuzlan berkata, apabila tiba di simpang tiga jalan Kilang Lama, polis memintas kereta suspek yang cuba mengundurkan keretanya bagaimanapun dihalang oleh van polis yang ada di belakangnya.

Katanya, dari pemeriksaan dijalankan, polis menemui plastik lut sinar dipercayai bekas menyimpan dadah. Selain itu, beberapa peralatan untuk menghisap dadah turut ditemui di dalam beg di bahagian belakang kereta suspek.

"Suspek menyatakan semua peralatan serta bungkusan dadah yang sudah dihisap itu dimiliki abangnya. Suspek kemudiannya dibawa ke Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk menjalani ujian saringan air kencing dan polis mendapati suspek positif dadah dan akan ditahan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Merbahaya kerana memasukkan dadah dalam badan.

"Ketika kenyataan diambil, suspek menangis dan meminta polis membebaskannya kerana takut dimarahi isteri yang baru dinikahinya tujuh bulan lalu. Menurut suspek, isterinya memberi amaran supaya jangan menghisap dadah," katanya.

Sinar Harian

LESEN MEMANDU BARU BERKUALITI TINGGI AKAN MULA DIPERKENALKAN BERMULA 15 JULAI

Gambar lesen memandu baru kereta dan motor bersekuriti tinggi 2013 (LMBT) diperkenalkan umum. Kad lesen terbaru itu mempunyai ciri keselamatan lebih baik untuk jangka masa panjang berbanding lesen lama. Pihak JPJ akan menguatkuasakan kad lesen memandu terbaru itu kepada semua pengguna mulai 15 Julai 2013 bagi mengantikan lesen lama sejak tahun 1989.

gambar-lesen-baru-2013

Ciri Keselamatan Lesen Memandu Baru

Antara ciri-ciri keselamatan baharu tersebut termasuk pengaplikasian kad plastik pra-cetak bentuk dan lapisan hologram yang memiliki keselamatan tinggi.
Kad plastik pra-cetak itu akan mengandungi reka bentuk keselamatan tinggi dan canggih dalam imej garisan-garisan halus manakala lapisan hologram tersebut akan melindungi informasi serta gambar pemegang lesen memandu berkenaan.
Memastikan kepalsuan dan tindakan tidak bertanggungjawab berhubung kait dengan lesen lama itu boleh tangani.
Contoh Lesen Baru 2013




Tiz Zaqyah Dedahkan Kekasih Ke Dunia Hiburan


KUALA LUMPUR: Pelakon Tiz Zaqyah mahu kekasihnya, Daniel Haziq, faham selok-belok dunia hiburan agar tidak timbul rasa curiga dengan membawanya ke majlis-majlis tertentu.

Tiz, 25, berkata, dia mahu kekasihnya itu dapat melihat bagaimana kehidupan golongan artis selain bersedia untuk berhadapan dengan teman-teman media dan juga peminat.

"Ya, saya ada bawa dia ke beberapa majlis hiburan salah satunya adalah kerana untuk beri pendedahan bagaimana situasi saya bekerja.

"Tapi dia agak pemalu sedikit dan tidak mahu di temu ramah atau diambil gambar bersama," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Jodoh Itu Milik Kita, di sini, Selasa.


Gambar Tiz bersama kekasihnya Daniel Haziq

Dalam pada itu, jelas Tiz, mereka masih belum merancang untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan tersebut.

"Kami belum fikir lagi untuk bertunang atau berkahwin, buat masa sekarang kami masih lagi berkawan dan mengenali hati budi masing-masing.

"Tetapi setiap perhubungan sudah tentu ada perancangan ke arah itu. Begitu juga kami namun ia bukanlah dalam masa terdekat ini," katanya.

Bercerita tentang kekasihnya, Tiz berkata Danial Haziq, 25, seorang yang sangat memahami dan tidak mudah cemburu.

"Dia seorang yang sentiasa dalam keadaan tenang, saya tidak pernah nampak dia berasa tertekan," katanya.

Sementara itu, bercerita tentang watak Dahlia dalam drama Jodoh Itu Milik Kita, Tiz yang bergandingan dengan pelakon Farid Kamil mengakui agak janggal berlakon degan aktor tersebut.

"Pada mulanya memang rasa takut dan janggal kerana ini kali pertama kami berlakon sebagai pasangan suami-isteri.

"Saya merasakan Farid Kamil merupakan satu nama besar dalam industri dan membuatkan saya jadi malu untuk berlakon babak romantik dan manja dengannya," katanya.

Drama adaptasi novel itu mengisahkan pasangan suami isteri iaitu Aariz (Farid Kamil) dan Dahlia (Tiz Zaqyah) terpaksa berkahwin secara paksa oleh keluarga.
Pelbagai konflik timbul dalam kehidupan mereka selepas menjalani kehidupan sebagai suami isteri.

Drama ini turut dibintangi oleh Nabila Huda, Syazwan Zulkifly, Ziela Jalil dan Keith Foo.

Jodoh Itu Milik Kita akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Rabu pukul 10 malam bermula 19 Ogos depan di saluran 134, Mustika HD.



Iklan Hari Raya Dari EON(Proton)

MUAT TURUN BORANG BALIK KAMPUNG Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

MUAT TURUN BORANG BALIK KAMPUNG: Orang ramai yang akan meninggalkan rumah sempena cuti Hari Raya Aidilfitri boleh memuat turun borang khas yang telah disediakan bagi memudahkan pihak polis membuat pemantauan dan rondaan ke kawasan perumahan anda.

Layari Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia di www.rmp.gov.my dan klik pada banner Borang Maklumat Balik Kampung untuk muat turun borang. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada anggota di balai polis yang berhampiran.


Apabila Harimau Terlupa Diri..(video)

Apabila Harimau terlupa siapakah dirinya yang sebenar...


Video Dibawah:



p/s: Takpe kau tunggulah lagi 4 tahun, dan disitu baru kau tahu erti penyesalan wahai anjing..... kehkehkeh...

Betul ke Emma Maembong Promosi Ganja Melalui t-shirtnya


Pelakon jelita Emma Maembong menimbulkan sedikit kontroversi di laman sosial Instagram apabila memuat naik gambar beliau yang mempromosikan sehelai t-shirt yang bertuliskan beberapa perkataan yang berkaitan dengan ganja.

Kami tidak pasti apakah sebenarnya produk atau hanya sekadar jenama pakaian yang cuba dipromosikannya.

Namun begitu, beberapa peminat mempertikaikan makna sebenar jenama t-shirt berkenaan.

T-shirt putih yang dipakai Emma Maembong itu tertulis Potsweedwear merupakan design streetwear untuk anak-anak muda.



Perkataan 'Weed' menjadi pertikaian beberapa peminat yang beranggapan ianya membawa maksud 'ganja'.

Tapi, tidak semua peminatnya berseutju dengan dakwaan tersebut kerana bagi mereka ianya tidak membawa maksud apa-apa apatah lagi Emma sebagai penagih ganja atau mempromosikan amalan yang tidak sihat itu.

Courts Mammoth Cuai, Kalimah Syahadah Terbalik Dicetak Pada Iklan


Courts Mammoth Cuai, Kalimah Syahadah Terbalik Dicetak Pada Iklan | Sebuah syarikat jualan perabot dan barangan elektrik, Courts Mammoth, di Kuantan sudah menghentikan pengedaran risalah iklan mengandungi kaligrafi kalimah syahadah dicetak secara terbalik sejak beberapa hari lalu.

Courts Mam
moth Cuai, Kalimah Syahadah Terbalik Dicetak Pada Iklan

Jurucakap Courts Mammoth berkata, pengedaran dihentikan setelah mendapat maklumat daripada cawangan di Dungun, Terengganu dan kunjungan siasatan Jabatan Agama Islam Daerah Dungun berkaitan perkara tersebut.

Menurutnya, selepas mendapat maklumat mengenai percetakan kaligrafi kalimah tersebut, Courts Mammoth cawangan Kuantan segera menghentikan pengedaran kepada orang ramai.

“Kami tidak mengetahui kaligrafi tersebut dicetak secara terbalik kerana menyangka hanya kaligrafi biasa, sehinggalah dibaca melalui cermin, barulah jelas kelihatan satu kalimah syahadah.

“Kami begitu menghormati kalimah tersebut dan langsung tiada niat mempersendakannya, kerana itu kami tidak lagi mengedarkannya kepada pelanggan,” katanya ketika disoal siasat pegawai Jaip, di sini, semalam.

Katanya, mungkin hanya sesetengah pelanggan mempunyai risalah tersebut kerana Courts Mammoth sempat mengedarkannya pada hari promosi bermula.

“Namun mungkin ada yang menerima risalah tersebut daripada pengedar kami yang sah menghantar dari rumah ke rumah,” katanya.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Mohd Anis Mohd Azmi berkata, Jaip turut menasihatkan orang ramai yang mempunyai bahan cetakan iklan mengandungi kaligrafi secara terbalik itu menyimpannya sahaja.

“Walaupun risalah iklan itu salah disebabkan sengaja atau tidak ketika dicetak, ia sama sekali tidak boleh diedarkan, namun mereka yang memiliki juga jangan membuangnya.

“Jika mereka yang memiliki risalah tersebut bertindak membuangnya merata-rata, ia boleh dianggap satu penghinaan kerana tertera nama Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Justeru itu katanya, Jaip akan berurusan terus dengan ibu pejabat syarikat Courts Mammoth untuk mendapatkan maklum balas lebih tepat serta perbincangan bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menyelesaikan masalah tersebut.- Sinar
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”