Monday, 25 February 2013
Gadis Berbogel Protes Pilihanraya
Tiga orang gadis yang dikatakan dari kumpulan feminist, Femen telah muncul tanpa memakai baju untuk memprotes bekas PM Itali Silvio Berlusconi untuk terus mengetuai negara itu. Dia dikatakan telah membuat kerugian besar dalam ekonomi di Eropah. Tetapi dalam ucapannya, dia menyatakan yang dia akan selesaikan semua masalah sekiranya dia dipilih lagi jadi PM.
Tonton Video Youtube di VLC Media Player
Seperti yang anda semua tahu, VLC adalah pemain media yang popular pada masa sekarang ini.. ianya adalah pemain video yang terbaik dan ramai sudah mengunakannya dan berpuas hati dari segi penggunaannya...
kepada sesiap yang tak tahu lagi kewujudan vlc player ini, boleh la explor & ketahui fungsi & kelebihannya atau kalau nak tahu best ke tak cuba lah download & terus install pada komputer korang... download kat sini... http://www.videolan.org/vlc/
ok sekarang ni saya nak share macam mana nak tonton video youtube melaui VLC...
kepada sesiapa yang dah tahu bace je & sesiapa yang tak tahu lagi, ikut step2 yang saya bagi ini..
1. buka internet browser anda chrome, firefox atau internet explorer..
Pondan Cina Kerat Kemaluan Kerana Nak Jadi Wanita
Undang-undang China pula lebih mudah,selesaikan kesemua prosedur perubatan dan akhir sekali boleh apply untuk permohonan "pertukaran stuatus jantina" di kad pengenalan mereka.Sekarang mari lihat proses pertukaran jantina di China.
Ketiak Neelofa pun jadi bahan
Neelofa adalah antara artis-artis yang kerap menggunakan Instagram untuk berkongsi gambar kegiatan sehariannya bersama peminat. Memang banyak gambar yang dimuatnaik oleh beliau dan menerima pelbagai komen dari peminatnya.
Salah satu gambar yang hangat didebatkan dalam akaun Instagram beliau adalah gambar beliau sedang disolek oleh seorang makeup artis lelaki untuk satu sesi photoshoot.
Sesi bergambar berkenaan dipercayai adalah untuk pakaian pengantin berdasar hastag yang ditulis oleh beliau.
Sudut gambar tersebut diambil pula menampakkan pelipat lengan Neelofa dan bukanlah ketiak secara zahirnya. Dari situ, maka gambar tersebut dihujani dengan pelbagai komen dari peminatnya, ada yang ketawa, ada yang mengutuk dan ada juga yang cuba memberi kesedaran.
Nyatanya, gadis ini memang berbakat besar dan peluang pada tahun 2013 lebih mencabar bagi dirinya.
Suami Azlyn Massiela Dakwa Sempat Bersama 3 Bulan
Suami Azlyn Massiela Dakwa Sempat Bersama 3 Bulan – Ya, ini masih kisah konflik pertunangan Fizz Fairuz. Menerusi laporan eksklusif di Berita Harian, usahawan yang mendakwa dirinya merupakan suami kepada bekas tunang Fizz Fairuz, menyatakan hanya sempat menjalani kehidupan sebagai suami isteri selama tiga bulan selepas bernikah dengan Azlyn Mohd setahun lalu.
Walaubagaimanapun, lelaki yang dikenali sebagai Ramli ini enggan mendedahkan identitinya dan mendakwa telah bernikah dengan wanita berusia 26 tahun itu pada 9 Mac tahun lalu, di selatan Thailand, tanpa ditemani sesiapa.
Namun beliau meminta tempoh seminggu mulai semalam sebelum bersedia tampil bersama dokumen penting bagi membuktikan mereka sudah bernikah dan mengakui dirinya tidak gentar mendedahkan status perkahwinannya dengan Azlyn kerana mempunyai banyak bukti.
“Selain surat nikah, saya menyimpan resit pidahan wang sebagai nafkah bulanan yang didepositkan ke akaun Azlyn bagi bukti menyokong status perkahwinan saya.
Tambah Ramli lagi, beliau tidak mahu bersekongkol dan membiarkan isteri yang di nikahinya secara sah menjalinkan hubungan dengan lelaki lain sedangkan mereka masih sah sebagai suami isteri pada masa kini.
One Utama (OU) Terbakar
One Utama (OU) Terbakar – Gambar Dan Berita (Breaking News) | Terkejut Dr Fuh dengar berita mengenai kebakaran One Utama siang tadi. Terus jadi trending di twitter. Punca kebakaran masih belum dikenal pasti. Jom baca ulasan lanjut di bawah ini.
Kini trending di Twitter mengenai kebakaran yang berlaku di pusat beli-belah terkemuka, One Utama di Bandar Utama.
Bermula dengan tulisan dari warga Twitter mengenai bekalan elektrik yang terputus di seluruh One Utama dan kemudiannya berita mengenai asap dan kebakaran yang berlaku di bahagian New Wing pusat beli-belah tersebut.
Beberapa warga Twitter yang terperangkap di panggung wayang dan di tempat letak kereta turut menulis di Twitter masing-masing tentang keadaan terkini di One Utama.
Trending mengenai berita ini bermula beberapa jam yang lalu di Twitter.
Warga Twitter yang berada di sana turut memuatnaik beberapa gambar mengenai keadaan di sana.
NIK AZIZ PERJELASKAN KENYATAAN PENERIMA BR1M
NIK AZIZ PERJELASKAN KENYATAAN PENERIMA BR1M | KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataannya bahawa langkah kerajaan Persekutuan memberi bantuan wang termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kepada rakyat umpama memberi makanan kepada haiwan, untuk menarik sokongan.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata ini berbeza dengan kerajaan PAS Kelantan yang mengunakan ilmu agama untuk menarik rakyat menyokong perjuangan parti tersebut.
Bagaimanapun, beliau mahu rakyat terus menerima sebarang bentuk bantuan yang diberikan kerajaan Persekutuan kerana wang tersebut bukan wang parti tetapi wang kerajaan yang menjadi hak rakyat.
“Saya kata beri duit, terima, tapi pangkah PAS, duit itu masih hak mereka kerana duit kerajaan bukan Umno,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama warga Yayasan Islam Kelantan (YIK) di sini Sabtu.
Nik Abdul Aziz dikritik pelbagai pihak berikutan kenyataannya Rabu lepas yang menyamakan usaha murni kerajaan pusat memberi pelbagai bantuan kepada rakyat seolah-olah memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu.
Ditanya adakah beliau akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu lebih awal bagi memberi laluan kepada pilihan raya, Nik Abdul Aziz berkata pembubaran DUN itu akan dibuat serentak dengan pembubaran Parlimen kelak.
Mengenai senarai calon PAS untuk bertanding di negeri ini, beliau berkata sebahagian besar senarai calon itu sudah selesai.
Sementara itu, ketika berucap pada majlis itu, beliau berkata kerajaan negeri berhasrat menjadikan semua penjawat awam negeri itu memiliki ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi.
Beliau berkata bagi merealisasikan hasrat tersebut, kerajaan negeri mewujudkan sekolah agama aliran sains bagi membolehkan pelajar mempunyai pendidikan bukan sahaja ilmu agama tetapi juga ilmu sains dan teknologi. – BERNAMA
Bapa Rogol Dan Cabul Anak Kerana Anak Mirip Arwah Isteri
Bapa Rogol Dan Cabul Anak Kerana Anak Mirip Arwah Isteri - Kuala Lumpur : “Ayah sayang Ina macam ayah sayangkan ibu. Ayah tak mahu berjauhan dengan Ina kerana wajah Ina sama macam ibu,” itu ungkapan yang sering didengar Harlina, 19, (bukan nama sebenar) setiap kali ‘dijamah’ bapanya.
Dia mendakwa menjadi mangsa noda bapanya sejak berusia 13 tahun, iaitu beberapa bulan selepas ibunya meninggal ketika melahirkan adik bongsunya, tujuh tahun lalu.
“Ayah beri alasan dia tak inginkan wanita lain selepas ibu. Dia seolah-olah tak dapat terima hakikat ibu sudah tiada. Taksub dengan perasaan cinta terhadap ibu menyebabkan saya pula menjadi mangsa.
“Malah, ayah pernah bercakap seorang diri, seolah-olah berbual dengan ibu. Dia hilang pedoman dan kurang siuman dengan pemergian ibu hinggakan adik bongsu langsung tidak dipedulikan, menyebabkan kami hilang tempat bergantung.
“Memang tak dapat dinafikan wajah saya saling tidak tumpah seperti ibu membuatkan ayah berasa saya pengganti ibu,” kata anak sulung daripada empat beradik ini. – Metro
Subscribe to:
Posts (Atom)