" Ya Allah, Engkau berilah ketabahan untuk anak
kecil ini menjalani kehidupannya kelak, berilah jugaketabahan kepada keluarganya untuk menerimatakdir ini " Amiiinnnn...-alal-
Thursday, 18 April 2013
Alyah Kini Tampil Dengan Imej Bertudung
Semoga dengan penghijrahan ini, Alyah akan lebih tenang dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Berkata kepada Mstar Online, Alyah memberitahu keputusan ini diambil seiring dengan usianya yang semakin meningkat.
lhamdulillah, sejak menunaikan umrah, saya nekad untuk terus berimej sebegini. Perubahan ini juga disebabkan satu insiden yang tidak boleh saya kongsi di sini di mana ia membuatkan hati saya terbuka untuk mengubah imej saya. Tambah pula dengan usia yang semakin meningkat, sudah tiba masa untuk saya berubah ke arah kebaikan.
Saya percaya apa yang dilakukan sekarang ini adalah untuk masa depan sendiri. Sebelum ini saya tercari-cari dan tertanya-tanya dengan pelbagai nasib buruk yang menimpa ke atas diri saya. Tetapi apabila difikirkan balik, mungkin ada hikmah atas segala kejadian yang berlaku sebelum ini. Saya sukakan fesyen dan saya masih lagi Alyah yang dulu. Cuma penampilan sahaja yang berubah. Sekarang ini saya kembali membuat pelbagai kajian dan memikirkan fesyen-fesyen bertudung yang sesuai untuk saya
Hans Isaac Tidak Mahu Kisah Cinta Dengan Neelofa Jadi Tumpuan
Hans Isaac dan Neelofa kelihatan mesra sekali semasa sidang media filem Lemak Kampung Santan beberapa hari lepas, namun, Hans menyatakan yang dia tidak mahu gosip cintanya diberi tumpuan. Menurutnya, gosip cinta dengan Neelofa tidak akan membantu menarik perhatian penonton ke pawagam untuk menonton filem itu.
Malah, Hans mengakui jalan cerita filem itu klise, iaitu mengenai seorang arkitek yang datang ke sebuah kampung untuk bekerja, lalu jatuh cinta dengan perempuan kampung yang pandai memasak nasi lemak. Tetapi dia ada sebab tersendiri menampilkan jalan cerita seumpama itu. Katanya ia mudah diterima oleh masyarakat penonton filem di Malaysia.
Saya Tak Merajuk Kalah, Hormati Reaksi Tasha Shilla – Neelofa
Walaupun tewas, Neelofa tidak terkilan dan mengakui yang bukan rezekinya kali ini untuk menang. Kata Neelofa:-
Lofa tidak ada rasa kecewa sebab kita tahu yang kak Fara pernah menang sebelum ini. Bagi Lofa, peminat Lofa dah cuba yang terbaik. Mungkin Lofa perlu masa untuk perbaiki pengacaraan Lofa. Atau mungkin belum masanya Lofa menang. Lofa tak merajuk dan mungkin itu bukan rezeki
Salah satu kontroversi yang berlaku di ABPBH2012 ialah reaksi Tasha Shilla yang dikatakan “over” ketika mengumumkan kemenangan Fara Fauzana. Apabila ditanya mengenai hal ini, Neelofa memberitahu yang dia tidak melihat apa yang telah terjadi. Kata Neelofa:-
Sejujurnya Lofa tak tengok reaksi Tasha ketika tu sebab Lofa tengah bersedia di belakang pentas untuk catwalk. Keesokan harinya, kak Fara Fauzana menghubungi saya dan bertanya, “adik, awak okay dengan Tasha Shilla?” Lofa tanya, kenapa pula? Kemudian kak Fara kata, Tasha tak sepatutnya buat reaksi macam tu… dia tak tahu ker kita ni baik. Lofa cakap, “takper, biarlah”. Lofa langsung tak tengok bagaimana reaksi dia ketika itu dan Lofa cuma ada tengok komen-komen di Instagram yang mengatakan dia berlaku biadap dan Lofa tak mahu bersuara apa-apa. Bagi Lofa, Lofa tetap hormati dia.
Sikap sebegini harus dipuji dan patut diamalkan oleh setiap insan. Kalau tak berjaya, usaha lebih keras lagi. Dan tak perlu membesar-besarkan perkara yang remeh.
Gambar Mesra & Romantik Ustaz Don Dengan Isteri Di Mesir
Posing menarik Ustaz Don dan isterinya Husna Zahry Rafie ketika melawat Mesir baru-baru ini. Beliau yang popular dalam rancangan ’30 Minit Ustaz Don’ melalui TV Alhijrah dilihat amat bahagia sekali disamping Husna.
“Setiap orang ada keistimewaan yang tersendiri. Saya cuma boleh kata Alhamdulillah. Firman Allah, jika Dia hendak memberi rezeki, Dia akan beri dan tidak mengira siapa. Wallahualam,” ujar Ustaz Don mengenai zuriat. Untuk info, mereka bernikah pada 23 Ogos 2012 bersamaan 5 Syawal 1433H.
Nabila Huda Dan Nas-T Bercuti Di Bali
Jelas terpancar sinar kebahagiaan di wajah Nabila Huda. Adakah Nas-T lelaki yang dicari-cari selama ini selepas kecewa di dalam beberapa episod percintaan sebelum ini? Semoga hubungan mereka akan berakhir di jinjang pelamin hendaknya. Sama-samalah kita doakan.
Saya Belum Bersedia Luah Isi Hati Ini – Zizan Razak
Siapakah wanita yang berjaya mencuri hati Zizan Razak ini? Juliana Evans? Kaka? Emma Maembong? Atau mungkinkah Nora Danish? Menjadi persoalan betul apabila Zizan mengakui yang dia sudah jatuh hati dengan seorang wanita yang rapat dengan dirinya.
Yang menariknya, sempena hari jadi Zizan, wanita tersebut menghadiahkan sebuah iPhone 5 kepadanya. Untunglah Zizan. Namun begitu, wanita tersebut masih tidak mengetahui isi hati Zizan kerana dia masih tidak meluahkannya. Kata Zizan kepada Mstar Online:-
Saya memang berkenan dengan seorang wanita yang cukup rapat dengan saya. Tetapi dia belum tahu lagi isi hati saya terhadapnya dan saya belum bersedia untuk memberitahunya.
Zizan mengakui yang dia jatuh hati dengan wanita tersebut kerana wanita tersebut bersifat sederhana dan tidak terlalu seksi. Namun persoalannya di sini, siapakah wanita tersebut?
Subscribe to:
Posts (Atom)