Friday, 30 August 2013
MERDEKAnya KITA: Dilarang buat persembahan
Tatkala menonton persembahan previu teater MERDEKAnya KITA di Damansara Performing Arts Centre (DPAC), Damansara Utama Rabu lalu, tiada sebarang unsur negatif atau pelik dalam naskhah karya Anwar Hadi Ramli ini.
Sebagai rakyat yang belajar mengenai sejarah negara, kita tahu evolusi yang berlaku dari zaman awal kerajaan Melayu hingga zaman penjajah sebelum mencapai kemerdekaan. Ia satu fakta yang tidak boleh diubah sewenang-wenangnya oleh mana-mana pihak.
Bagaimanapun, entah kenapa teater yang dibawakan Teater Kami Limited dari Singapura ini berdepan risiko tidak dibenarkan membuat persembahan biarpun tarikh pementasan sudah ditetapkan semalam dan malam ini.
Menerusi surat yang dikeluarkan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) pada 27 Ogos lalu, Rumah Anak Teater (RAT) yang bertanggungjawab menguruskan pementasannya di Malaysia dimaklumkan teater ini dikhuatiri boleh menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia terutama dalam aspek politik dan sosial.
Penerbit RAT, Faisal Mustaffa berkata, mereka sedih dengan apa yang berlaku kerana ia dikatakan menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia sedangkan ia menggambarkan perjalanan sejarah negara dari awal hingga mencapai kemerdekaan.
“Saya sudah buat rayuan kepada PUSPAL agar memberikan satu peluang kepada kami dan mengharapkan jawapan positif. Sehingga kini kami sudah menjual tiket dan sekiranya persembahan masih tidak dibenarkan, kami akan memulangkan semula wang kepada penonton,” katanya.
Menurutnya, kekecewaan memang akan dirasai semua pihak yang terbabit kerana perancangan yang dilakukan mengambil masa lama dan kos tinggi. Bagaimanapun, mereka akur dengan peraturan dan undang-undang negara dan sebagai warga negara mereka akan mematuhinya.
“Teater ini dibiayai oleh National Arts Council (NAC) Singapura yang berperanan seperti Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Teater Kami Limited tiada agenda tertentu dalam teater MERdEKAnya KITA. Mereka hanya ingin berkarya dengan jujur.
“Sekiranya rayuan kami tidak diterima dan persembahan tetap tidak dibenarkan, saya akan fikirkan menyuruh pelakonnya menunggu di luar pintu DPAC bagi mengucapkan terima kasih kepada penonton yang sudah membeli tiket ketika proses pemulangan wang dilakukan,” katanya.
Melihat kembali jalan ceritanya, teater yang hanya dibarisi empat pelakon iaitu Anwar Hadi Ramli, Ridwan Ramli, Dalifah Shahril dan Suhaila Md Sanif ini dibuka dengan paparan mengenai masyarakat Melayu yang hidup di bawah pemerintahan raja.
Selepas itu, ia beralih kepada zaman penjajahan British. Kemudiannya giliran Jepun mengambil alih menjajah sebelum diambil semula oleh British. Babak berikutnya memaparkan kemasukan imigran dari India, China dan Indonesia. Penamat cerita ini menunjukkan rakyat di bumi bertuah ini diberi peluang untuk merdeka dan membangunkan negara mengikut acuan sendiri.
Atin berkata, dia kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku, namun tidak patah semangat untuk terus mengadakan pementasan di negara ini.
“Saya sedih lihat Anwar bekerja keras buat rujukan untuk skrip ini dari arkib dan pelbagai sumber lain. Di Singapura sendiri yang ketat tapisannya pun teater ini boleh dipentaskan. Jadi di manakah silapnya? Kami juga tidak diberitahu secara lengkap babak mana yang dikatakan menyinggung perasaan.
“Jika dijelaskan secara menyeluruh, kami mungkin boleh berkompromi untuk meminda mana-mana babak yang perlu,” katanya.
Kate Yusof Penerbit Skop Production Sdn Bhd ‘Ini sabotaj paling busuk’
Kuala Lumpur: “Ini satu sabotaj paling busuk dan keji pernah berlaku dalam sejarah industri perfileman Melayu untuk merosakkan pasaran filem ini,” kata penerbit filem KL Gangster 2, Datuk Yusof Haslam mengenai tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyebarkan pautan menawarkan muat turun filem arahan anaknya, Syamsul itu di Internet sejak malam kelmarin.
Yusof yang juga penerbit Skop Production Sdn Bhd ketika dihubungi berkata, beliau melihat perkara ini sebagai satu agenda pihak tertentu untuk menjejaskan kutipan tiket KL Gangster 2 bakal ditayangkan di seluruh negara mulai 3 Oktober ini. “Saya percaya mereka mahu menjejaskan pasaran KL Gangster 2 berikutan sambutan awal cukup memberangsangkan sejak trailer filem ini dimuat naik di YouTube beberapa minggu lalu,” katanya yang dimaklumkan mengenai perkara itu malam kelmarin.
Pautan muat turun filem KL Gangster 2 itu dipercayai mula disebarkan menerusi Facebook sejak malam kelmarin dan orang ramai melayarinya boleh menonton keseluruhan filem berdurasi 1 jam 55 minit itu, tetapi dengan kualiti gambar rendah.
Tragedi niat murni
Ampang: Niat baik seorang lelaki yang cuba merempuh motosikal dinaiki dua peragut bertukar tragedi apabila kenderaan itu terlanggar wanita yang diragut penjenayah terbabit hingga menyebabkan mangsa meninggal dunia.
Kejadian menyedihkan itu berlaku di depan Kondominium Palm Villa, Jalan Cempaka, di sini, jam 2.40 pagi, semalam ketika mangsa, Sharinawati Abu Bakar, 30, yang juga eksekutif syarikat penerbangan AirAsia X baru pulang dari tempat kerja.
Sebelum kejadian, lelaki berusia 20-an menaiki Proton Wira bersama rakannya di lokasi kejadian ternampak Sharinawati disamun dua lelaki bermotosikal.
Dengan niat mahu menolong mangsa, lelaki terbabit cuba merempuh motosikal suspek dengan cara mengundur kenderaannya dengan laju, namun tersasar dan melanggar Sharinawati manakala suspek berjaya melepaskan diri.
Mangsa yang dijadualkan berkahwin Disember depan disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke sebuah hospital swasta di Jalan Ampang, di sini, oleh pemandu kereta terbabit.
Kejadian menyedihkan itu berlaku di depan Kondominium Palm Villa, Jalan Cempaka, di sini, jam 2.40 pagi, semalam ketika mangsa, Sharinawati Abu Bakar, 30, yang juga eksekutif syarikat penerbangan AirAsia X baru pulang dari tempat kerja.
Sebelum kejadian, lelaki berusia 20-an menaiki Proton Wira bersama rakannya di lokasi kejadian ternampak Sharinawati disamun dua lelaki bermotosikal.
Dengan niat mahu menolong mangsa, lelaki terbabit cuba merempuh motosikal suspek dengan cara mengundur kenderaannya dengan laju, namun tersasar dan melanggar Sharinawati manakala suspek berjaya melepaskan diri.
Foto
KONDOMINIUM Palm Villa tempat Sharinawati diragut, semalam.
Mangsa yang dijadualkan berkahwin Disember depan disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke sebuah hospital swasta di Jalan Ampang, di sini, oleh pemandu kereta terbabit.
Gambar Mayat Kes Buang Bayi Di UITM Dungun Terengganu
Gambar penemuan mayat kes buang bayi di UITM Dungun Terengganu. Hangat diperkatakan apabila seorang pelajar wanita telah membuang bayi kandungannya yang baru lahir dari lubang tandas. Mayat bayi itu ditemui oleh pekerja kontrak ketika menjalankan kerja membersih loji kumbahan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, Mayat bayi yang ditemui dalam keadaan tertiarap disahkan perempuan dan ditemui dengan keadaan tengkoraknya pecah.
Gambar Mayat Kes Buang Bayi Di UITM Dungun
Gambar Mayat Kes Buang Bayi Di UITM Dungun
Subscribe to:
Posts (Atom)