Wednesday, 10 October 2012
Kau Sapa Nak Jatuh Hukum Kat Sini
Apakah hukum untuk peragut,siapa yang tak marah kalau mereka diragut..
mujurlah Malaysia adalah satu negara yang rakyat dia memiliki tahap kesabaran dan intelektual yang tinggi.
kalau duduk di negara luar tak tahu lah memang separuh mati kena belasah dek orang ramai,tak pun kena potong tangan
Dalam klip di bawah lagi best. Awal klip tu adalah seorang yang tengah memukul…balik dia yang kena sound….“kau sape nak jatuh hukum kat sini”
kena lah ikut adat,belasah dulu baru hantar pada pihak berkuasa..
nasihat untuk penjenayah,kalau dah berani buat jenayah jangan kecut pulak untuk terima hukuman,,
[Video] Comel Nora Danish Bangun Tidur
Artis Malaysia Nora Danish kini kembali menghangatkan lagi industri hiburan tanah air dengan memuat naik videonya sendiri ke youtube. Nora tampil dengan keadaan yang agak bersahaja dengan melontarkan
Atuk bengang mainan cinta gadis 16 tahun
REMBAU: “Selepas 29 tahun menduda, saya terbuka hati untuk bernikah dengan gadis berusia 16 tahun, malah gembira apabila dia bersetuju mengahwini saya menerusi kiriman SMS menyebabkan saya sanggup menunggunya habis belajar untuk meminang. Namun kini, impian itu berkecai kerana dia sudah ada kekasih lain dan mahu memutuskan hubungan.”
Begitu luahan seorang lelaki warga emas, Mohd Adnan Hamid, 60, yang mendakwa bukan saja perasaannya dipermainkan dan ribuan ringgit wang dibelanjakannya lesap, malah lebih keji kekasihnya itu tergamak menghina dan memaki hamunnya apabila dia meminta penjelasan mengenai teman lelaki baru remaja itu.
Menurutnya, dia berkenalan dengan gadis yang mesra dipanggil Ida itu, Februari lalu di sebuah kedai makan dan pada awalnya hubungan mereka tidak lebih daripada hubungan seorang datuk dan cucu.
“Dia bekerja sebagai pembantu kedai makan pada hari cuti dan sebaik mengenalinya timbul rasa kasihan dan simpati sehingga saya menawarkan diri menjadi wakil penjaga pelajar selepas dia bertukar sekolah.
“Sejak itu, kami sering berhubung melalui telefon bimbit dan bertemu. Saya minta Ida supaya berhenti kerja dan fokus terhadap pelajaran serta berjanji membantunya jika kesempitan wang,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.
GRO Menyorok. Lagi Kes Maksiat P/Hiburan.
SERI KEMBANGAN: Seorang pelayan pelanggan (GRO) sebuah pusat karaoke di Taman Pinggiran Putra, di sini, cuba bersembunyi dalam kabinet sebelum ditemui dalam keadaan meringkuk ketika pusat hiburan itu diserbu Unit Anti Pemerdagangan Orang (ATIP) Bukit Aman, malam kelmarin.
Dalam serbuan jam 10.55 malam, 23 wanita warga Thailand, China dan Vietnam berusia 19 hingga 30 tahun ditahan selepas didapati menyalahguna pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai GRO di pusat karaoke yang beroperasi sejak Januari tahun ini.
Ketua Unit ATIP Bukit Aman, Deputi Superintendan Nor Omar Sappi berkata, wanita terbabit yang bertubuh kecil cuba mengambil kesempatan menyorok dalam kabinet menempatkan pemain set karaoke ketika anggota unit berkenaan sibuk memeriksa premis itu.
Menurutnya, pusat karaoke itu didapati berselindung atas nama hiburan keluarga tetapi disyaki turut menawarkan khidmat seks pada kadar RM160.
“Serbuan dilakukan hasil maklumat awam yang mendakwa wujud aktiviti eksploitasi seks membabitkan wanita warga asing.
“Malah, ketika serbuan, dua pelanggan lelaki tempatan sedang melakukan hubungan seks di bilik yang disediakan khas di premis lain, 50 meter dari pusat karaoke,” katanya.
Nor Omar berkata, pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat seks akan membuat rundingan di kaunter bagi memilih wanita diingini sebelum dibawa ke premis lain yang menempatkan enam ranjang dan dijaga seorang pekerja.
“Pekerja terbabit akan memberi kunci bilik ranjang itu kepada pelanggan terbabit apabila dimaklumkan pihak kaunter selepas bayaran dibuat.
“Pelanggan karaoke juga disediakan khidmat GRO warga asing yang akan melayan mereka mulai jam 8 malam hingga 4 pagi untuk setiap bilik mengikut pakej tertentu pada harga antara RM500 hingga RM1,000,” katanya.
Beliau berkata, siasatan mendapati pusat karaoke terbabit turut beroperasi tanpa lesen dan pernah dua kali diserbu sebelum ini, tetapi pengusahanya masih tidak serik apabila meneruskan aktiviti persundalan di sebalik pusat hiburan.
“Oleh itu, kami turut menahan 14 pelanggan dan lima pekerja untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.
“Dua GRO yang ditahan ketika melakukan seks dengan pelanggan pula akan didakwa mengikut Seksyen 12, Akta ATIP 2007,” katanya. (myMetro)
IH : Bersihkan Pusat Hiburan Bermaksiat supaya tiada maksiat lagi. Hiburan, jangan dijadikan topeng cari wang haram, jadikan sebenarnya tempat berhibur.
Rakam aksi paksa rakan berbogel sebelum sepak berulang kali
GURUN: “Anak saya dimalukan apabila dipaksa telanjang sebelum seorang pelajar merakam gambar bogelnya menggunakan telefon bimbit dengan alasan bergurau. Lebih mengecewakan, kejadian itu berlaku Februari lalu dan hanya diketahui apabila telefon bimbit pelajar berkenaan dirampas warden pada 30 September lalu.”
Demikian kata bapa pelajar lelaki berusia 13 tahun yang kesal dengan sikap sambil lewa pengurusan sebuah sekolah menengah di sini, yang didakwanya tidak mengambil tindakan terhadap aduannya berhubung kejadian itu.
Bapa berusia 36 tahun itu berkata, dia hanya mengetahui mengenai rakaman video bogel anak lelakinya itu selepas isterinya dimaklumkan anaknya dipanggil Guru Penolong Kanan, Hal Ehwal Pelajar (PKHEP) pada 1 Oktober lalu berhubung kejadian buli di asrama sekolah berkenaan.
Menurutnya, ketika itu, anaknya baru sebulan tinggal di asrama dan difahamkan kejadian berlaku ketika dia ke tandas dengan memakai tuala sebelum dipanggil pelajar senior dan dipaksa berbogel sebelum disepak berulang kali.
“Pada keesokan hari, isteri saya bertemu pengetua untuk melihat rakaman telefon bimbit itu dan dimaklumkan seorang pelajar tingkatan lima terbabit perbuatan itu, tetapi beliau enggan membenarkan isteri melihat rakaman berkenaan dengan alasan telefon itu kehabisan bateri.
Ramlah Ram Diugut Penggodam Facebook, Twitter
Penyanyi terkenal 80an kini trauma setelah dia diugut oleh penggodam laman sosial Facebook dan Twitternya. Mesej berbaur ugutan itu turut menyatakan akan membongkarkan perkara peribadi seperti gambar milik Ramlah Ram. Selain, itu artis lain seperti Lisa Surihani dan Fazuran juga turut diugut penggodam itu.
Facebook Ramlah Ram dihack
PETALING JAYA: Penjenayah siber berjaya menggodam beberapa laman sosial milik penyanyi Ramlah Ram sehingga meletakkan status serta mesej berbaur ugutan terhadap penyanyi itu dan juga beberapa artis lain.
Presiden Kelab Peminat Ramlah Ram Group (RRG), Idmiszal Soaid berkata, dia menyedari perkara itu pada pagi Sabtu lalu apabila terbaca di sebuah blog yang mengatakan laman Twitter milik Ramlah digodam.
“Tidak lama kemudian iaitu pada pukul 3 petang hari yang sama penggodam itu menghantar mesej berbaur ugutan dalam Twitter Ramlah yang ingin memusnahkan semua akaun laman sosial milik Ramlah termasuklah Facebook, E-mel dan akaun YouTube.
“Lebih menakutkan apabila penggodam mengugut (di Facebook) mahu menggodam telefon bimbit serta komputer riba Ramlah bertujuan untuk mendedahkan foto-foto peribadi miliknya,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini petang Selasa.
Tambah Idmiszal, Ramlah yang baru pulang dari Terengganu pada malam Sabtu lalu terus membuat laporan polis di Balai Polis Kajang kira-kira pukul 1 pagi (Ahad) selepas mendapat tahu kejadian tersebut.
Malah, sebagai langkah keselamatan, Ramlah bertindak menghubungi beberapa bank bagi menyekat akaun-akaunnya agar segala urusan dihentikan buat sementara waktu.
Status menerusi akaun Twitter ini bukan tulisan Ramlah Ram kerana ia sudah dicerobohi individu tidak bertanggungjawab.
“Selain Ramlah, saya juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Kajang dan dua orang ahli RRG membuat laporan serupa di Taman Pelangi, Johor kerana akaun laman sosial kami juga digodam.
“Malah penggodam itu telah menghantar mesej kepada saya dengan mengatakan dia tidak sukakan sebarang promosi yang berkaitan Ramlah. Peliknya, orang yang menghantar mesej itu daripada seorang lelaki negara luar.
“Dia siap ugut mahu menggodam laman sosial artis-artis lain pula seperti Azwan Ali, Lisa Surihani dan Fazura,” ujarnya.
Ditanya keadaan Ramlah, Idmiszal berkata, penyanyi itu menjadi fobia sehingga dia tidak berani untuk menjawab sebarang panggilan telefon.
“Dia masih lagi fobia tambahan pula pelbagai ugutan yang diterima. Begitu juga dengan kami, takut juga apabila ada yang cuba dengki mahu menjatuhkan reputasi Ramlah.
“Tambah pula dia album barunya iaitu Aspirasi Cinta akan dipasarkan pada Jumaat ini yang diterbitkan sendiri oleh RRG. Saya takut ada yang tidak senang hati,” ujarnya.
Sementara itu Ramlah Ram yang dihubungi tidak menjawab panggilan telefon bagi mengulas kejadian tersebut.
5 Band Metal Paling Berpengaruh di Dunia!!!
5. MOTOR HEAD
Motörhead adalah kumpulan muzik heavy metal yang ditubuhkan pada 1975 di London, United Kingdom oleh pemain bas Lemmy Kilmister. Mereka telah meraih kejayaan dan mempengaruhi banyak kumpulan muzik yang lain. Mereka juga dianggap sebagai salah satu band dalam New Wave of British Heavy Metal et Thrash Metal.
3. IRON MAIDEN
Iron Maiden adalah kumpulan muzik heavy metal yang ditubuhkan pada 1975 di London, United Kingdom oleh pemain bas Steve Harris. Mereka telah meraih kejayaan dan mempengaruhi banyak kumpulan muzik yang lain. Vokal Bruce Dickinson yang sangat kuat benar-benar menguatkan band ini. Lirik lagu mereka catchy dan memorable.Mereka juga dianggap sebagai salah satu band dalam New Wave of British Heavy Metal. Band-band baru banyak yang terinspirasi dari mereka seperti: Bullet for My Valentine, Chilrdren of Bodom.
2. JUDAS PRIEST
Judas Priest adalah salah satu kumpulan muzik heavy metal yang paling berpengaruh. Band ini ditubuhkan pada 1969 di Birmingham, Inggeris oleh KK Downing dan Ian Hill. Formasi klasik mereka termasuk vokalis Rob Halford, gitaris KK Downing dan Glenn Tipton, dan bassist Ian Hill. Lagu mereka Painkiller, You've got another thing comin ', and Breaking the Law sangatlah classic dan keren. Salah satu band beraliran sport metal terbaik sepanjang masa.
Black Sabbath adalah kumpulan muzik dari Inggeris yang dianggap sebagai salah satu pengasas aliran muzik heavy metal pertama. Ditubuhkan oleh Ozzy Osbourne (vokal), Tony Iommi (gitar), Geezer Butler (bass) dan Bill Ward (drum), mereka telah mengalami sekian banyaknya pertukaran personel sehingga pada satu ketika hanya Iommi yang tersisa dari formasi awal. Black Sabbath juga telah beberapa kali mengadakan reuni dengan bekas-bekas anggotanya, baik di atas pentas mahupun di studio rakaman. Saat ini status mereka adalah vakum, dengan masing-masing anggota menumpukan perhatian pada solo kerjayanya.
[Video] Aksi Gh@irah Pembaca Berita Korea Tersebar
Pembaca berita ini menghebohkan dunia internet apabila video dia beraksi ghairah dan seksi ini tersebar di internet.Dia juga model sambilan di Korea.Ada 4 video
Subscribe to:
Posts (Atom)