Monday 24 February 2014

Senarai 10 orang terkaya di Malaysia bagi tahun 2014

Senarai 10 orang terkaya di Malaysia bagi tahun 2014 | Dua lagi tokoh korporat Melayu tersenarai dalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia pada tahun ini. Mereka ialah Naib Pengerusi Eksekutif SapuraKenchana Petroleum, Datuk Mokhzani Mahathir yang berada di tangga kesembilan dengan aset bernilai RM4.22 bilion dan pemilik Arab-Malaysia Corp, Tan Sri Azman Hashim di tempat ke-10 dengan aset RM4.11 bilion. Ini kali pertama kedua-dua mereka tersenarai dalam kedudukan 10 terkaya. Pengerusi Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary turut kekal dalam senarai 10 terkaya, tetapi jatuh satu tangga berbanding kedudukan kelima tahun lalu.


Kekayaan Syed Mokhtar meningkat RM4.43 bilion, lapor Malaysian Business dalam terbitan 16 Februari 2014. Shahril, Shahriman antara 20 terkaya. 

Dua lagi usahawan Melayu dalam kedudukan 20 terkaya ialah Presiden dan Ketua Eksekutif SapuraKenchana Petroleum, Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Pengarah Urusannya, Datuk Shahriman Shamsuddin. Tan Sri Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong, kekal individu paling kaya, diikuti ahli perniagaan, T Ananda Krishnan dan tokoh perbankan Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow. Menurut majalah itu, gabungan aset 40 individu paling kaya di Malaysia adalah RM217.82 bilion pada 18 Januari 2014, meningkat 11.73 peratus berbanding tahun lalu. Kali pertama majalah itu mula menyenaraikan kekayaan 40 individu paling Malaysia pada 2002, gabungan aset mereka hanya RM41.7 bilion. -Bernama

Ariff Alfian Rosli, Gay Melayu Yang Kahwin Di Dublin



Ariff Alfian Rosli, pelajar tajaan PETRONAS mengahwini pasangan gay Jonathan di Dublin, Ireland. Ariff Alfian Rosli sebelum ini telah dikhabarkan hilang oleh ahli keluarga tapi nampaknya sebab kehilangannya kini sudah terjawab.
Tapi yang tambah peliknya, Ariff Alfian Rosli masih mengenakan pakai tradisional Baju Melayu bersongket dan memakai tengkolok seperti perkahwinan Melayu yang biasa. Walaupun perkahwinan yang terlarang tapi adat pemakaian Melayu masih belum dilupakan.
Berikut adalah gambar perkahwinan gay si Ariff Alfian yang tersebar di internet.
gambar Ariff Alfian Rosli Gay Melayu
gambar Ariff Alfian Rosli Gay Melayu
gambar Ariff Alfian Rosli kahwin gay

Lelaki Terkejut Kekasihnya Ada ‘Batang’

Harapan seorang lelaki untuk hidup bahagia dengan pasangannya berkecai selepas dia secara tidak sengaja mengetahui jantina sebenar kekasihnya ketika berkunjung ke sebuah pusat hiburan, tiga hari lalu.
Kakitangan syarikat swasta berusia 26 tahun itu turut mendakwa menanggung kerugian kira-kira RM30,000 sepanjang menanggung perbelanjaan kekasih dikenali sejak lebih setahun itu.
Menurut sumber, lelaki itu langsung tidak menyangka kekasihnya berusia 20-an sebenarnya seorang lelaki sehingga secara tidak sengaja tersentuh bahagian sulit pasangannya itu ketika berkunjung ke pusat hiburan itu.
Katanya, terkejut dengan perkara itu lelaki terbabit cuba mendapatkan penjelasan dan kepastian mengenai identiti pasangannya itu sebelum dia mengakui seorang pondan.
“Pengakuan itu amat mengejutkan lelaki itu kerana sebelum ini dia langsung tidak mengesyaki identiti sebenar pasangannya berikutan berperwatakan lemah lembut serta kecantikan dimilikinya membuatkan dia yakin kekasihnya itu wanita.
“Lelaki itu mendakwa membelanjakan banyak wang termasuk menggunakan simpanan sepanjang perkenalan mereka semata-mata untuk membuktikan kasih sayangnya terhadap kekasihnya itu,” katanya.
Susulan itu, lelaki itu yang merasai dirinya tertipu membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri, kelmarin, selepas gagal menghubungi bekas kekasihnya itu sebaik tembelangnya terbongkar.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya menerima laporan kes itu.

gambar anak liza abdullah sebak menangis saat ibu bapa becerai

liza abdullah bercerai



Pelakon Liza Abdullah, 50 tahun sah bercerai talak satu dengan suaminya Zolkifli Abdul Rahman, 58 tahun. Lafaz cerai dilakukan kira-kira jam 3.05 petang hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Sebelum lafaz cerai dibuat, pasangan itu menangis teresak-esak dan berpelukan sesama sendiri. Turut hadir ialah 2 orang daripada 4 anak pasangan ini.


Mereka berdua telah pun berkahwin selama 26 tahun. Datuk Shah Rezza dan Ziela Jalil, ahli keluarga dan beberapa lagi rakan artis telah datang menemani Liza Abdullah di mahkamah. Liza Abdullah hadir dengan memakai jubah hitam. kedua-dua anak pasangan ini dilihat menangis ketika perbicaraan kes ini berlangsung.

Takziah diucapkan kepada Liza Abdullah dan keluarga atas penceraian ini. Semoga ada hikmah di sebaliknya. 


Info asal

Nora Danish Berang Status Twitter 'BAKAL MENANTU'

Akhir-akhir ini ramai selebriti tempatan memegang gelaran ‘janda’ disebabkan kes penceraian yang sudah lama atau terbaru hingga dijadikan bahan gurauan oleh sesetengah pihak tambahan yang rupawan.
Baru-baru ini, Nora Danish yang turut dijadikan bahan lawak telah meluahkan perasaannya yang mengatakan beliau kecewa kerana status ‘janda’ dipermainkan oleh masyarakat. 

Selain Nora, artis lain yang turut menjadi bahan usikan ialah Erra Fazira, Rita Rudaini dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Usikan ini bermula apabila kes penceraian Erra Fazira mula mengejutkan satu Malaysia baru-baru ini.

Nora berkata, individu nakal berkenaan tidak sepatutnya memperlekehkan wanita berstatus janda yang boleh membuatkan tanggapan lelaki terhadap mereka menjurus ke arah negatif.

“Jangan sebab wanita itu janda, masyarakat terus label seseorang itu dengan perkara kurang elok. Kami tidak pernah minta untuk diceraikan. Membawa status janda itu sebenarnya sangat berat.”

“Saya rasa, untuk wanita yang diceraikan tetapi mempunyai anak, lebih elok dipanggil sebagai ibu tunggal,” tambah nora Danish yang meminta gurauan ini dihentikan.

VIDEO LUCU ORANG BODO SEDUNIA


Video Lucu - Tidak Sengaja Terekam Wanita Tanpa Pakaian


Zizan Kelas cakap terengganu


wani - tubik masuk.DAT( Masuk Kuar Masuk)


(Video) Iklan-iklan lucu kreatif Sexy Teacher Modern


Iklan LUCU


Video DC5 Lumber Dengan Malaysian Police Evo X.


PEMILIK PAGE 'MURTADS IN PANTAI TIMUR TIDAK KOMA INFO SALAH


Adegan 'usap mengusap' dirakam CCTV di Gurney Plaza

Dikatakan, gambar ini dirakamkan CCTV di sekitar pasaraya Gurney Plaza, Pulau Pinang.

Sekiranya benar, ini adalah satu pengajaran buat pasangan di luar sana yang tidak menjaga batas pergaulan agar beringat.

Mungkin masa melakukan pekara tidak bermoral anda sangka tiada siapa melihat, tapi hakikatnya Allah SWT Maha Mengetahui, lapor Utaranews.


Ibu saksi anak maut depan mata

Ibu saksi anak maut depan mata
Mangsa dipangkuan ibunya selepas terlibat dalam nahas jalan raya, petang kelmarin.


BENTONG - Hasrat seorang pemuda untuk melaporkan diri pekerjaan baharu di Hospital Kuala Pilah hari ini tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Kilometer 18 Jalan Karak-Kuala Pilah dekat Telemong di sini kira-kira jam 5.05 petang kelmarin.

Lebih menyedihkan kemalangan itu turut disaksikan ibunya yang menaiki kenderaan lain di belakang mangsa.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohamad Nor berkata, mangsa dikenali sebagai Abdul Rahman Razlin, 20, beralamat di Taman Sri Siantan.

Menurutnya, mangsa menaiki motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan dari arah Karak menuju ke Kuala Pilah.

“Setibanya di tempat kejadian yang merupakan satu selekoh, motosikal ditunggang mangsa dipercayai terbabas, lalu masuk ke laluan bertentangan.

“Kemudian bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda yang dipandu lelaki berusia 31 tahun,” katanya.

Mohamad Mansor berkata, mangsa kemudiannya tercampak ke atas jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Katanya, pemandu kenderaan pacuan empat roda itu tidak mengalami kecederaan manakala kenderaannya mengalami kerosakan di bahagian hadapan.

“Hasil siasatan awal mendapati semasa kejadian berlaku, cuaca baik dan jalan kering.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sinar Harian

Katy Perry Jelas Hina Islam Dalam Video Klip Terbaru - Dark Horse


Katy Perry Jelas Hina Islam Dalam Video Klip Terbaru - Dark Horse | Selebriti terkemuka Hollywood, Katy Perry mencetuskan perbalahan hebat umat Islam di seluruh dunia selepas video klip terbarunya jelas dilihat menghina agama Islam.

Pada minit ke 1.15, seorang lelaki dengan lambang Allah (seperti dalam gambar di bawah) di bahagian dadanya kelihatan musnah di dalam video klip ini. Apakah yang cuba disampaikan oleh Katy Perry?



Kenapa perlu ada lambang Allah pada lelaki tersebut? Ini adalah satu bentuk penghinaan yang jelas. Seolah-olah ingin menggambarkan kehancuran Allah dan agama Islam itu sendiri.

Korang boleh tengok sendiri babak berkenaan pada video di bawah ini, sila perhatian betul-betul pasti nampak rantai leher tersebut.
- See more at: http://www.mybuletin.com/2014/02/katy-perry-hina-islam-dalam-video-klip.html#sthash.1J7yMY1o.dpuf

Kalau korang perasan betul-betul, babak berkenaan adalah seperti gambar berikut:


Memang melampau sangat. Ribuan komen di video klip ini telah diterima oleh umat Islam seluruh dunia menyatakan kekecewaan mereka terhadap apa yang dilakukan oleh Katy Pery di dalam video ini.

Malah kalau tak silap kami, sudahpun diwujudkan “petition” untuk membuang video klip ini. Walaupun Katy Perry bertaraf “superstar” bukan Islam, perkara sebegini seharusnya tidak terjadi. Apa pula kata anda?
- See more at: http://www.mybuletin.com/2014/02/katy-perry-hina-islam-dalam-video-klip.html#sthash.1J7yMY1o.dpuf

'Saya tak akan melutut' - Sharnaaz

Kuala Lumpur: “Aku dekat lokasi penggambaran. Kalau pasal Nisda (Nisdawati Nazaruddin) dan Fauzi (Fauzi Nawawi), aku tak nak komen,” kata Sharnaaz Basir Ahmad, 29, ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Usaha wartawan untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kejadian itu gagal apabila Sharnaaz bertindak mematikan talian telefon.

Bagaimanapun, kira-kira 30 minit kemudian dia kembali menghubungi wartawan, namun tetap enggan mengulas lanjut mengenai punca sebenar kejadian itu biarpun diminta berulang kali supaya berbuat demikian.

Sharnaaz mendakwa, semua orang yang terbabit dalam penggambaran berkenaan seperti pelakon, kru dan pengarah mengetahui sikap pasangan suami isteri berkenaan.

“Saya tidak perlu menjelaskan punca kejadian itu. Benda ini kecil saja, tetapi dibesarkan mereka (Nisdawati dan Fauzi). Saya rasa tidak perlu dibawa kepada media.

“Biarlah mereka (Nisda dan Fauzi) memburukkan saya, tetapi saya akan mengambil pendekatan tidak mahu menjelaskan lebih lanjut. Pengalaman lalu mengajar saya. Setahu saya, saya tidak bersalah dan tidak akan melutut (memohon maaf)....,” katanya.

Selangor akan memulakan program pencatuan air di seluruh kawasan di negeri itu

Selangor akan memulakan program pencatuan air di seluruh kawasan di negeri itu.


"Mulai esok, setiap pemegang meter air akan terima air secara berjadual, iaitu dua hari rumah itu akan dapat, lepas tu dua hari kemudian tidak dapat bekalan air dan begitulah seterusnya secara bergilir-gilir. 

"Pencatuan air ini akan berterusan sehingga air di empangan negeri ini berada dalam keadaan seperti sedia kala," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika ditemui pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kerajaan negeri di sini.

Permohonan BRIM 2014 ada yang dapat rm 450,650 Jawapan Disini


Kenapa Masih Ada Pemohon BR1M 3.0 Secara ONLINE Yang Belum Dapat ?



Sejak Jumaat lalu ATM mencatat sejarahnya yang tersendiri dan mungkin dah pecah rekod dunia agaknya.Semuanya gara-gara pembayaran BR1M 3.0 telah di kreditkan ke dalam akaun penerima masing-masing.

Sejak itu juga MMI perhatikan wajah-wajah rakyat Malaysia jernih-jernih belaka melainkan 2 kumpulan yang kurang jernihnya.

Satu kumpulan yang tak suka kerajaan BN dan dah tanam dalam diri setiap pemberian itu aku sapu tapi sokong tidak sekali.Hmm tak mengapalah yang penting ampa (yang layak) dapat juga BR1M kan !!

Keduanya kumpulan yang suka kerajaan BN tetapi pembayaran BR1M 3.0 belum lagi masuk dalam akaun masing-masing.

Huh bab ni tension sikitlah , memang ada mereka-mereka di luar sana yang dah memohon secara online tapi belum dapat-dapat lagi.Melihat kepada kawan-kawan yang dah dapat hati mula jadi resah ish aku ni dapat ke tidak ?

Ok kepada mereka-mereka yang masih belum dapat , sekiranya ampa semua layak maka INSYAALLAH hari ini selewat-lewatnya petang nanti akan masuklah dalam akaun masing-masing.

Menurut Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah 100,000 penerima BR1M yang sepatutnya menerima bantuan itu melalui akaun bank semalam, masih belum menerima bantuan itu berikutan masalah teknikal.

"Hari Isnin akan diselesaikan. Saya masih lagi dalam proses menerima maklumat lokasi bank mana (yang menghadapi masalah itu).  
Bank itu menghadapi masalah teknikal kerana terlalu ramai penerima BR1M mempunyai akaun di bank tersebut," katanya.

Jadi kepada semua SABAR sekejap , pelan-pelan periksa na kalau tak masuk juga mesti ada masalah lain.Yang tu ampa kena rujuk LHDN.

Macam mana caranya

Rayuan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 bagi calon gagal dapat BRIM. Menerusi kenyataan rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pemohon yang gagal dapat brim boleh mengemukakan surat rayuan ke LHDN selepas 22 Februari 2014. 

Seperti BR1M yang terdahulu, kerajaan menerusi LHDN bersedia untuk mempertimbangkan semula permohonan individu berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan tetapi gagal mendapat bantuan berkenaan sekiranya mereka berjaya mengemukakan bukti mencukupi. Untuk info, pembayaran BR1M 3.0 akan dibuat mulai 22 Februari 2014. Calon yang gagal mendapat bayaran boleh mengemukan rayuan BR1M seperti yang tertera dibawah.

Cara Buat Rayuan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014

1. Individu perlu tampil sendiri ke pejabat LHDN berdekatan.

2. Individu berkenaan juga perlu mengemukakan semula pelbagai dokumen sokongan termasuk penyata gaji dan tanggungan lain untuk disemak semula oleh LHDN dan 10 lagi agensi lain termasuk Bank Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

3. Selepas individu terbabit mengemukakan dokumen sokongan dan rayuan bertulis kepada LHDN maka keputusan permohonannya untuk mendapatkan BR1M akan diluluskan.

4. Pembayaran akan dibuat ke akaun pemohon setelah keputusan menerima BR1M 3.0 diluluskan.

Anuar Zain Bagi Hint Pada Erra Fazira Di Instagram?

Wah! HM difahamkan Pelakon lelaki popular Anuar Zain memuji Pelakon Jelita Erra Fazira melalui akaun Instagramnya. 

Anuar yang memuat naik gambar Erra di Anugerah Drama Festival KL yang berlangsung malam ini di lamannya dengan menulis Komen di wall gambar tersebut tertera perkataan “Beautiful erra ” Gorgeous ”...
Anuar yang sebelum ini pernah di gossipkan dengan Pelakon Nora Danish oleh peminat-peminatnya di sebabkan Nora pernah jadi model untuk Video Klipnya, namun gossip itu berlalu begitu sahaja tanpa ada pegakhirannya.
Mungkinkah Anuar dah minat dekat Erra dengan memuji pelakon jelita itu?? tidak lah dapat HM pastikan atau pun Anuar hanya bergura sahaja, Erra kembali menjadi tumpuan setelah perkahwinan yang kedua berakhir minggu ini, Erra di ceraikan oleh suami nya dengan talak satu, apa-apa pun ini hanya “Gossip ” 

Apapun, bagi HM, Erra tetap cantik seperti dulu hingga sekarang...

sumber:
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”