Tuesday, 12 March 2013
Isteri Letak Racun dialat Kelaminnya untuk bunuh Suami
Brazil - Seorang wanita asal Brazil digugat oleh suaminya sendiri kerana nekad ingin membunuhnya dengan meletakkan racun di alat kelamin dan meminta sang suami untuk melakukan oral seks.
Dipetik dari Mirror, sang isteri dituduh telah menanam bahan toksid pada alat kelaminnya sebelum mengajak sang suami untuk melakukan hubungan intim.
Ketika sang suami sudah siap untuk melakukan hubungan intim, ia menaruh curiga apabila merasa ada bau yang aneh disekitar kemaluan isterinya. Dan kerana hal tersebut, ia pun menolak ajakan sang isteri untuk memuaskan hasratnya.
Merasa penasaran, sang suami kemudian membawa isterinya itu ke rumah sakit di Sao Jose do Rito Preto untuk diperiksa dan mencari penyebab dari bau yang tidak biasa tersebut.
Sang suami bersyukur ia terlepas dari kematian apabila mengetahui hasil pemeriksaan doktor yang mendapati adanya jejak bahan toksik di bawah kemaluannya.
Memahami jangkitan tekak
Sering kali ketika membawa anak demam ke klinik, rutin biasa dilakukan doktor adalah menyuluh ke dalam tekak.
Tujuannya untuk melihat kawasan sekitar tekak dan fariks sama ada berada dalam keadaan normal, membengkak atau lebih serius, radang yang bernanah.
Sebenarnya, ramai tidak mengetahui anak tekak ialah sejenis tisu limfoid yang menjadi sebahagian daripada sistem pertahanan badan dan ia terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit penting untuk bertindak melawan penyakit.
Anak tekak yang bengkak adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel bagi melawan penyakit.
Perunding Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) dan Pembedahan Leher dan Kepala, Pusat Perubatan Tropicana, Dr Mallina Sivarajasingam, berkata anak tekak bengkak biasanya dialami kanak-kanak berusia antara dua hingga 10 tahun disebabkan jangkitan viral atau bakteria.
Katanya, anak tekak bengkak selalunya akan diikuti dengan sakit tekak, susah menelan, bercakap dengan suara garau dan hidung tersumbat.
“Apa yang membimbangkan, tekak boleh mengganggu pernafasan kerana ia menutup ruang dalam mulut kanak-kanak yang sedia sempit malah jangkitan juga boleh merebak dengan mudah,” katanya.
Minum banyak air
Komplikasi biasa berlaku apabila terjadinya radang anak tekak adalah dehidrasi, lemah dan kadangkala anak tidak memberi tindak balas normal.
“Jika anak tekak membengkak dengan teruk, anak akan berasa seperti tercekik malah apabila suhu badan terlalu tinggi, ia juga petanda virus sudah masuk ke dalam saluran darah.
“Rawatan awal boleh dilakukan dengan memberikan lebih air dan meredakan demam dialami anak,” katanya.
Bagaimanapun, ibu bapa boleh memerhati gejala demam dialami anak sama ada demam viral atau bakteria.
Demam disebabkan viral berlaku antara 48 hingga 72 jam, boleh dirawat dengan paracetamol, hanya perlukan rehat secukupnya namun perlu berjumpa doktor jika berterusan sehingga dua hari.
Demam disebabkan bakteria pula tidak begitu kerap menjadi punca demam tapi selalunya menjadi punca masalah yang lebih serius misalnya adenovirus, rhinovirus atau influenza virus.
Jangkitan bakteria seperti ini yang paling ditakuti kerana ia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi seperti pneumonia, masalah ginjal atau meningitis.
“Bagaimanapun, tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah.
“Ada juga yang mengaitkan jangkitan anak tekak ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung). Namun ia jarang-jarang berlaku.
“Ibu bapa perlu memantau keadaan anak, jika demam berterusan sehingga 48 jam, doktor akan menggunakan antibiotik bagi mengelakkan komplikasi serius,” katanya.
Penyebab jangkitan
Ada kes kanak-kanak mengalami radang tekak empat hingga enam kali setahun atau lima jangkitan berterusan selama dua tahun.
“Kekerapan itu menyebabkan anak terpaksa bercuti panjang sehingga mengganggu pelajaran malah lebih teruk, anak tekak membengkak dan bernanah boleh mengganggu pertuturan anak menyebabkan dia berasa rendah diri.
“Jadi, dalam kes seperti ini, mereka selalunya akan dicadangkan menjalani pembedahan membuang tekak atau tonsillectomy sebagai jalan terakhir untuk mengelakkan radang tonsil daripada berulang,” katanya.
Kata Dr Mallina, anak tekak kerap bengkak boleh menyebabkan jangkitan malah tidak mampu lagi bertindak sebagai sistem pertahanan yang baik.
“Tiada sebab untuk menyimpannya lagi kerana tugasnya boleh diambil alih limfa barisan kedua yang berada di belakang lidah.
“Jika disimpan, boleh menyebabkan ‘sleep apneoa’ atau pernafasan terhenti semasa tidur (disebabkan anak tekak bengkak dan besar) sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur,” katanya.
87 elaun dikaji semula
Putrajaya: Nasib kakitangan awam akan lebih terbela berikutan keputusan kerajaan mengkaji semula 87 elaun termasuk elaun bantuan sara hidup (COLA) serentak dengan penambahbaikan 22 skim perkhidmatan awam.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata penambahbaikan itu dijangka siap sebelum hujung tahun ini dan diumumkan sama ada pada akhir November atau awal Disember ini.
Syor skim perumahan khas
Selain itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membuat cadangan kepada kerajaan mewujudkan skim perumahan khas kakitangan awam, terutama generasi muda.
Ramai penjawat awam yang mahu memiliki rumah di bandar besar tapi tidak kesampaian kerana kenaikan mendadak harga rumah. Kita akan lihat sama ada skim yang disyorkan ini boleh digabungkan dengan skim perumahan PR1MA. Kita juga akan tambah unit kuarters di tempat yang diperlukan, katanya.
Ali turut menolak tanggapan negatif bahawa insentif yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah buah tangan pilihan raya kerana pelarasan gaji dan jawatan serta penambahbaikan perkhidmatan awam diumumkan setiap tahun.
Tarik minat jadi tentera
Sementara itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, percaya keserataan pangkat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan perkhidmatan awam am akan menarik minat lebih ramai menyertai pasukan keselamatan.
Keserataan gred jawatan dan gaji ini adalah satu lonjakan drastik untuk ATM serta PDRM dan kita amat menghormati peranan mereka.
Saya percaya, inisiatif untuk kakitangan awam am lain juga berupaya menggerakkan mereka supaya lebih produktif, katanya.
Beliau juga berterima kasih kepada kerajaan kerana 22 isu berhubung kakitangan awam berjaya diselesaikan sejak lima tahun lalu.
Gaji PDRM, ATM ikut perkhidmatan awam
Putrajaya: Kerajaan mengumumkan kenaikan gred gaji baru bagi pegawai dan anggota tentera serta polis untuk disetarakan dengan perkhidmatan awam lain dalam Sistem Saraan Baru (SSB).
Pelarasan yang dinamakan Sistem Saraan Transformatif (SST) itu akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang diguna pakai sebelum ini, diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MAPPA XIII), di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.
Beliau berkata, pelarasan gaji bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkuatkuasa 1 Januari lalu bakal memanfaatkan 233,192 anggota pasukan keselamatan di seluruh negara, iaitu 109,209 PDRM dan 123,983 ATM.
Pangkat dalam perkhidmatan ATM dan PDRM kini disetarakan dengan Perkhidmatan Awam Am selaras perubahan lapisan gred jawatan atau gred gaji.
Ia mencakupi perubahan skop fungsi tugas khas, struktur pangkat dan kelayakan bagi skim perkhidmatan ATM serta PDRM, katanya.
Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Farida Mohd Ali.
Pendek masa naik pangkat
Dalam pada itu, Najib berkata, kerajaan setuju menambahbaik pelaksanaan urusan kenaikan pangkat kumpulan pelaksana kakitangan awam dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat berdasarkan tempoh khidmat daripada 15 tahun kepada 13 tahun.
Katanya, pelaksanaan penambahbaikan itu berasaskan kecemerlangan yang akan memanfaatkan lebih 17,000 penjawat awam yang layak.
Di samping itu, kerajaan secara prinsipnya bersetuju meluaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat laluan pantas, kenaikan pangkat laluan pakar bidang dan kenaikan pangkat laluan kemahiran tinggi bagi menambah baik laluan kemajuan kerjaya penjawat awam dalam jangka masa panjang.
Kaedah pelaksanaannya, termasuk pembangunan kriteria dan struktur panel khas untuk ketiga-tiga laluan baru itu akan diperincikan sebelum dilaksanakan, katanya.
Kenaikan gaji tahunan
Najib turut menyampaikan berita gembira kepada 182,434 penjawat awam yang berada pada tangga gaji maksimum dan tidak menikmati kenaikan gaji tahunan dengan mengumumkan kenaikan gaji tahunan (KGT) sebanyak tiga kenaikan, berkuat kuasa 1 Januari 2013 untuk semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum.
Selain itu, semua penjawat awam menerima faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT yang dipercepatkan pada 1 Julai 2013 dengan setiap penjawat awam mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred gaji masing-masing, membabitkan peruntukan RM1.5 bilion.
Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju pergerakan gaji khas sebanyak tiga peratus diberikan kepada pegawai yang mencapai dan berada pada gaji maksimum, katanya.
Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju menyambung perkhidmatan hampir 50,000 kakitangan awam kontrak selama setahun lagi apabila kontrak mereka tamat pada 31 Disember depan sementara menunggu kajian menyeluruh berhubung perkara itu dilaksanakan.
Bukan artis murahan
Kehadirannya dalam dunia seni pernah dipertikaikan apabila dianggap sebagai menambahkan lagi bilangan artis yang bersandarkan pada publisiti murahan semata-mata.
Jika disorot kembali kemunculan anak dara penyanyi veteran, Rohana Jalil ini, semuanya berkisar kepada kisah cinta, ditaja VIP dan dakwaan menyuntik bibir agar kelihatan lebih seksi.
Walaupun cerita itu dinafikan empunya badan, namun ia terus membelenggu Kilafairy sehingga dia bangkit membuktikan dirinya juga punya bakat besar untuk dipertaruhkan dalam industri. Sebagai bukti, drama Saiful Nita yang disiarkan di TV3 tahun lalu menjadi titik tolak untuknya menepis dakwaan dirinya sekadar artis picisan.
Lakonannya sebagai Nita yang terheret dalam pelbagai masalah selepas dipaksa kahwin dikira membanggakan dan mendapat pujian ramai. Kejayaan itu sekali gus membenamkan pandangan skeptikal khalayak terhadap artis sepertinya.
Mengulas lanjut, Kilafairy atau lebih akrab disapa sebagai Kila berkata, apabila mengambil keputusan menceburkan diri dalam bidang seni, dia bukanlah main-main atau hanya mengejar glamor.
Gosip lumrah hidup artis
“Saya faham ramai yang mempunyai pandangan sebegitu kerana melihat dan membaca pelbagai gosip terutama membabitkan artis muda yang semakin ramai hari ini. Percayalah, tidak semua mengharapkan publisiti sebegitu walaupun ada yang menganggap itulah jalan mudah untuk popular.
“Namun, mengenangkan inilah jalan yang mereka pilih, mahu atau tidak, mereka harus berdepan gosip seperti itu. Sebagai cara untuk mengelakkan diri daripada terus dihimpit cerita kontroversi, kita kena bijak untuk mengelak tempias sedemikian. Apa yang saya buat sekarang, saya akan tolak semua karakter yang mahu saya memegang watak gedik dan penggoda kerana saya tak mahu dikaitkan dengan karakter seperti itu lagi,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 di Holiday Villa Hotel & Suites, Subang baru-baru ini.
Dia tidak lagi mahu membawakan watak sebegitu kerana tidak ingin dilabel stereotype, selain mendengar nasihat ibunya sendiri.
Menyanyi di malam kemuncak ABPBH
Pada malam kemuncak ABPBH nanti, pemilik nama Syakila Nisa Jahangir Khan akan mempamerkan kebolehannya menyanyi bersama beberapa artis remaja lain.
Terlanjur bercakap soal nyanyian, gadis berusia 20 tahun ini sudah pun muncul dengan single kedua berjudul Pasti, yang kini rancak diputarkan di corong radio. Meskipun sebelum ini dia dikenali sebagai penyanyi yang mampu membawakan lagu Bollywood dengan baik, namun untuk single terbaru, dia mencuba rentak soul.
“Ramai juga yang hairan kenapa saya tak rakamkan lagu Bollywood? Kalau ada yang tak tahu, irama soul ialah muzik kegemaran saya. Memang dari dulu saya teringin untuk membawakan lagu berjiwa seperti ini. Kini tiba masanya saya mempromosikan lagu ini selepas selesai menjalani penggambaran sebuah drama untuk siaran RTM.
“Saya memang tak suka buat dua tiga kerja dalam satu masa," katanya.
seorang lagi anggota keselamatan kita gugur.. Al-Fatihah
TERKINI : Lahad Datu: Seorang lagi anggota keselamatan terbunuh
LAHAD DATU: Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini mengesahkan seorang anggota keselamatan terkorban manakala tiga pengganas mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di sini, pagi tadi.
Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, sebentar tadi. Al-Fatihah
Lahad Datu: Seorang lagi anggota keselamatan terbunuh
LAHAD DATU: Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini mengesahkan seorang anggota keselamatan terkorban manakala tiga pengganas mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di sini, kira-kira jam 10.45 pagi tadi.
Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Rambut Terbaru Johan Tochang
Wah bukan main lagi rambut dan fesyen terbaharu Johan gaya tochang Tapi tak tahu ini gambar bila punya, kemungkinan besar memang gambar yang terbaharu.
Ozlyn juga berada di samping Johan, cuma anak mereka sahaja tiada ikut bersama.
Elfira Loy Terima Kritikan Kekurangan Jadi Pengacara Karpet Merah
Sebenarnya Abang Nara pun perasan beberapa kesilapan yang telah dilakukan oleh Elfira Loy ketika menjadi pengacara Karpet Merah FFM25 baru-baru ini. Selain daripada gugup, Elfira juga tersalah sebut nama Normah Damanhuri dan tersalah tanya soalan kepada Izzue Islam.
Di pandangan mata Abang Nara, Elfira Loy juga nampak tidak selesa dengan pandangan mata yang melilau seolah-olah tidak sabar untuk menamatkan tugasnya. Namun itu satu perkara biasa lebih-lebih lagi ini kali pertama Elfira Loy menjadi pengacara untuk sebuah majlis siaran langsung. Kata Elfira:-
“Ini pengalaman pertama saya buat secara langsung dan tanpa skrip. Saya tidak tahu format siaran langsung, bila saya perlu berhenti untuk iklan dan sambung semula bercakap. Itu semua buat saya rasa gementar dan hilang kata-kata. Saya pula seorang saya cakap laju dan bila disuruh berhenti saya susah nak bercakap semula. Saya sedar banyak yang perlu diperbaiki lagi, tapi bukan bermakna saya tidak boleh buat bidang pengacaraan ini. Saya tidak akan putus asa dan mengalah dengan kritikan orang.
Biasalah tue awal-awal mana ada terus power buat perkara baru. Yang penting belajar daripada kesilapan. Kalau tak buat silap, sampai bila pun tak akan power kan? Betul tak? Mungkin lepas ini Elfira boleh banyakan lagi kerja pengacaraan untuk memperbaiki mutu.
Rebecca Nur Islam & Fauzi Al-Qadri Bergaduh Di FFM25
Kedua-dua nama ini tidaklah popular mana. Kalau Rebecca tue Abang Nara kenallah sebab banyak kontroversi sebelum ini. Yang si Fauzi Al-Qadri ini memang langsung Abang Nara tak sedar pun kewujudannya. Tup-tup mereka berdua dilaporkan bergaduh ketika bertemu di FFM25.
Berkata menerusi Berita Harian hari ini, Rebecca memaklumkan yang Fauzi menunjukkan penumbuk kepadanya ketika satu majlis pelancaran produk kecantikan selepas FFM25. Untuk makluman, Rebecca dan Fauzi menjadi kawan selepas diperkenalkan oleh seorang rakan. Kata Rebecca:-
Sewaktu kami masih berkawan, saya tidak pernah berkiranya dengannya termasuklah wang ringgit. Saya bukan jenis kaki gaduh sama ada dengan rakan artis atau media tapi saya tak tahu kenapa dia sakit hati dengan saya. Kalau dia nak glamour sekali pun, bukan ini caranya. Dia sudah lama berlakon tapi kurang dikenali ramai. Saya sendiri mengambil masa 10 tahun untuk berada di kedudukan sekarang dan saya mencapai dengan usaha sendiri.
Sementara itu Fauzi pula berkata yang pergaduhan antara mereka terjadi di parti selepas FFM25 berakhir. Menurut Fauzi, Rebecca menarik tangannya sambil menuding jari dan menuduh dirinya menjadi penghasut hubungan antara Rebecca dan rakan mereka yang lain. Kata Fauzi:-
Cara dia menegur saya menampakkan dia tidak profesional untuk berbincang secara baik. Ketika itu saya juga berasa bengang dengan sikapnya tetapi saya masih bertenang dan tidak mahu buat kecoh. Selepas insiden itu, dia ada menghantar SMS pada saya minggu lalu tapi selepas saya bersama seorang rakan saya membalas SMS itu, dia kemudian terus berdiam diri.
Abang Nara tak tahu apa punca sebenar pergaduhan Rebecca dan Fauzi ini. Namun begitu, daripada si Rebecca nie bergaduh, lebih baiklah tumpukan perhatian kepada anak yang baru lahir. Menghabiskan beras je gaduh-gaduh nie. Memang la dapat publisiti tapi publisiti murahan yang membuatkan orang lebih menyampah. Tak gitu?
Fathia Latiff Tolak Lamaran Kerabat, Tak Gaduh Dengan Marsha
Fuh ~~ Bukan senang untuk menolak lamaran daripada lelaki kerabat. Namun Fathia Latiff mengakui yang dia pernah berbuat sedemikian kerana menganggap lamaran itu sebagai gurauan daripada si jejaka. Kiranya gurau-gurau masuk meminang la tue kot!!!
Tidaklah pula diketahui kerabat mana yang melamar secara gurauan terhadap Fathia Latiff. Namun Abang Nara memahami kalau benar si jejaka jatuh cinta dengan Fathia. Orangnya memang cantik, muda dan pandai pulak tue. Kira lengkap pakej la. Kata Fathia menerusi Metro Ahad hari ini.
Memang benar saya pernah dilamar lelaki kerabat tetapi ia bukan dilakukan secara formal, hanya cakap dengan saya. Lainlah kalau menghantar rombongan ke rumah. Saya hanya anggap ia sebagai gurauan dan tidak mahu jadi hipokrit. Biar saya tumpukan pada pelajaran dan kerjaya selagi usia masih muda. Lagi pun, saya mahu suami saya orang biasa
Ayat last itu pasti membuatkan hati lelaki-lelaki biasa di luar sana melonjak kegembiraan. Masih ada peluang untuk anda mengorat si cantik Fathia ini. Mana tahu ada rezeki kan? Fathia turut sama menafikan yang dia bergaduh dengan Marsha atas dakwaan dirinya mencaras kekasih Marsha.
Mana ada saya dan Marsha bergaduh. Kalau berjumpa dalam mana-mana majlis, kami masih bertegur sapa. Ini cuma salah faham. Gosip kami bergaduh mungkin timbul apabila ada yang menyatakan saya merampas kekasih Marsha. Yang boleh saya katakan, saya tidak pernah merampas kekasih dia atau sesiapa. Saya cuma berkawan.
Diharap dengan penerangan ini, bolehlah tutup cerita kontroversi antara Fathia, Marsha dan kerabat diraja tersebut. Biarlah Fathia tenang. Lagipun Fathia tahun ini sibuk berlakon di samping menyambung pelajarannya. Semoga Fathia terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburi.
Hetty Sarlene Kongsi Gambar Mesra Bersama Kekasih Di Instagram
Amboi ~~ Memang mesra betul gambar-gambar Hetty Sarlene bersama kekasihnya ini. Abang Nara mati-mati ingat mereka berdua ialah suami isteri. Mesra semacam je. Mungkin Hetty mahu satu dunia tahu yang lelaki ini adalah buah hati pengarang jantungnya.
Hetty Sarlene satu ketika dahulu pernah popular menerusi filem Sembilu. Namun sejak kebelakangan ini, wajah Hetty tidak lagi menyerikan kaca televisyen. Mungkin Hetty sibuk bercinta dan sibuk merancang masa depan bersama si kekasih. Orang kalau dah mabuk bercinta memang kadang-kadang tak ingat dunia.
Semoga hubungan Hetty Sarlena dan kekasihnya akan berakhir ke jinjang pelamin. Cepat-cepatlah berkahwin. Lain macam dah Abang Nara tengok tahap mesranya. Lagi 15 keping gambar mesra Hetty Sarlene dan kekasih dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Rozita Che Wan Faham Kemampuan Berbelanja Zain Saidin
Menarik sungguh artikel yang ditulis oleh Rudy Shamsuddin di dalam Metro Ahad semalam. Rasanya semua orang tahu yang Rozita Che Wan termasuk di dalam kategori “high maintenance” dan ini menimbulkan persoalan mampukah Zain Saidin menanggung perbelanjaan Che Ta selepas berkahwin kelak.
Rupa-rupanya Che Ta dan Zain telah pun berbincang mengenai hal ini. Menurut Zain, sikap bakal isterinya yang berbelanja besar demi status diri bukan satu masalah kerana Che Ta awal-awal telah menyatakan yang apa saja barang mewah yang dimahukan akan dibeli menggunakan duit sendiri.
Namun yang pastinya, Zain Saidin sekali sekala akan tetap mahu menghadiahkan barangan berjenama buat bakal isterinya apabila mereka berkahwin kelak. Baguslah macam itu. Ini dinamakan tolak ansur dan saling memahami. Bukan senang nak dapat perempuan yang mempunyai pemikiran sematang Rozita Che Wan ini.
Abang Nara turut ada terbaca ruangan Zubir di dalam BiPop minggu ini yang menyatakan berita perkahwinan antara Che Ta dan Zain ini hanya propa semata-mata dan dilakukan untuk publisiti murahan. Hmmmm. Daripada ayat-ayat yang Zubir tulis, nampak macam Zubir kecewa je Che Ta nak kahwin. Adakah Zubir selama ini ada menyimpan perasaan terhadap Che Ta? Jeng jeng jeng…
Puteri Sarah Liyana Dalam Proses Memakai Tudung Sepenuhnya
Setelah putus dengan kekasih hatinya iaitu Ammar Alfian, Puteri Sarah Liyana kini di dalam proses untuk menutup aurat sepenuhnya mengikut kehendak Islam. Langkah pertama yang telah dilakukan oleh Puteri Sarah ialah menukar gambar “profile” Twitternya kepada gambar bertudung.
Comel kan? Kalau sebelum ini Puteri Sarah memang terkenal dengan imej seksi dan gaya hidup yang agak sosial, semoga usaha murni ini akan mengubah peribadi Puteri Sarah. Lagi molek sekiranya bertemu kekasih yang dapat membimbing Puteri Sarah di segi agama. Semoga proses bertudung ini akan dipermudahkan buat Siti Sarah.
Zain Saidin Hadiahkan Gelang Emas Sempena Hari Jadi Rozita Che Wan
Ok Abang Nara agak confuse dengan umur sebenar Rozita Che Wan. Menurut Berita Harian hari ini, 9 Mac lalu Che Ta genap berumur 39 tahun tapi daripada apa yang Abang Nara baca, umur Che Ta ialah 42 tahun. Kalau tak silap, Rozita Che Wan lahir pada tahun 1971.
Lupakan seketika permasalah umur Che Ta kerana baru-baru ini Zain dan rakan-rakan telah mengadakan satu majlis kejutan untuk menyambut hari jadi Rozita Che Wan. Yang bestnya, Zain turut menghadiahkan seutas gelang emas Habib Jewels buat kekasih hatinya itu. Untunglah Che Ta ~~~
Tambah menarik, Rozita Che Wan turut sama menjadi salah seorang peserta program Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Zain juga turut sama akan beraksi tetapi tidak berada di dalam kumpulan sama bersama Che Ta. Mungkinkah kita akan melihat bibit-bibit percintaan manja antara mereka berdua ketika memasak kelak?
Buat Rozita Che Wan, selamat hari lahir. Semoga panjang umur dan dipermudahkan urusan untuk mendirikan rumah tangga bersama Zain pada hujung tahun ini. Sama-samalah kita doakan.
Suspek perogol bunuh diri
NEW DELHI - Suspek utama serangan rogol dan keganasan berkumpulan terhadap seorang pelajar perubatan dalam sebuah bas di New Delhi, India, tahun lalu disahkan membunuh diri, semalam.
Ram Singh, juga pemandu bas berkenaan dituduh merogol dan membunuh mangsa berumur 23 tahun bersama lima lelaki lain ditahan di Penjara Tihar sebelum ditemui dalam keadaan tergantung di dalam almari pakaian oleh pegawai polis.
Kematian Ram, 34, menambah persoalan mengenai sistem keadilan yang sebelum ini dikritik kerana gagal melindungi golongan wanita di India.
Ram dan empat suspek lain berhadapan hukuman mati jika didapati bersalah.
Manakala, suspek keenam kini ditahan di penjara juvana.
Sementara itu, Timbalan Menteri Perumahan India, R P N Singh berkata, satu siasatan terhadap insiden kematian Ram telah dijalankan.
Dalam perkembangan lain, peguam Ram mendakwa pihak polis telah mengasari anak guamnya.
Bapa Ram, Mangelal Singh berkata, anak lelakinya itu telah diliwat oleh sekumpulan banduan lain sewaktu dalam tahanan selain menerima ugutan bunuh.
Subscribe to:
Posts (Atom)