Friday 8 November 2013

Perjawatan Kosong Di MAIWP DAGANG SDN BHD November 2013

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan atau MAIWP (disebut “maa whip”) ialah sebuah badan berkanun di Malaysia. MAIWP telah ditubuhkan pada 1 Februari 1974 serentak dengan penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. MAIWP juga bertanggungjawab kepada Labuan dan Putrajaya selepas masing-masing diumumkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 16 April 1984 dan 1 Februari 2001.



1. Pembantu Kedai

SYARAT KELAYAKAN :
Warganegara Malaysia Dan Beragama Islam
Tiada Pengalaman Juga Boleh Dipertimbangkan.
Mempunyai Sekurang-Kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (Spm).
Boleh Bekerja Lebih Masa Dan Di Hari Cuti Tanpa Pengawasan.
Mempunyai Kenderaan Sendiri Diutamakan

Jika Berminat, Sila Hantar Resume Anda Beserta Dengan Sijil-Sijil Berkaitan Ke Alamat Berikut :

JABATAN SUMBER MANUSIA
MAIWP DAGANG SDN BHD
TINGKAT 7, BANGUNAN PERKIM, NO.150,
JALAN IPOH 51200 KUALA LUMPUR.
EMAIL: info_maiwpdagang@yahoo.com
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:
03-40507886

Hanya bertuala, gadis diperkosa penyamun

Dalam kejadian antara jam 1 dan 2 pagi itu, mangsa dilapor bersendirian sebelum rumahnya dipecah masuk seorang lelaki berusia lewat 20-an dipercayai warga asing.

Menurut sumber, ketika kejadian mangsa sedang mandi di dalam biliknya di tingkat dua rumah berkenaan dan selepas merogol mangsa, lelaki itu melarikan pelbagai barangan berharga dianggarkan bernilai RM3,000.
Beliau berkata, lelaki itu dipercayai memecah masuk rumah mangsa melalui pintu belakang.
“Mangsa tidak menyedari kehadiran lelaki terbabit. Selepas menyelongkar ruang tamu rumah, lelaki itu terus naik ke bilik mangsa.

“Lelaki itu dipercayai mengetuk pintu bilik sebelum mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa membuka pintu kerana menyangka ahli keluarganya pulang,” katanya.

Sumber itu berkata, lelaki itu yang melihat mangsa hanya memakai tuala kemudian merogolnya.
“Selepas merogol mangsa, lelaki itu melarikan diri bersama wang dan barangan kemas dianggarkan bernilai RM3,000,” katanya.

Katanya, mangsa menghubungi ibunya sebelum dibawa membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini.
Difahamkan, sehingga kini lelaki itu belum ditahan sebaliknya pengawal keselamatan warga Pakistan berusia lewat 20-an yang bertugas di kawasan perumahan itu ketika kejadian ditahan bagi membantu siasatan. Harian Metro difahamkan, rumah mangsa dan pondok kawalan kawasan perumahan itu bersebelahan.

Perjawatan Kosong Bank Islam Malaysia Berhad -November

Jawatan kosong terkini di Bank Islam Malaysia Berhad. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Bank Islam Malaysia Berhad sebagai :-

Jawatan kosong yang ditawarkan :

No.
Position*
Department / Branch
Location
Closing Date
1.
Assistant Manager
Farihan Corporation Sdn Bhd
Head Office, Kuala Lumpur
30 November 2013
2.
Relationship Manager
Commercial Banking
Head Office, Kuala Lumpur
30 November 2013
3.
Relationship Manager
Commercial Banking
Johor
30 November 2013
4.
Relationship Manager
Commercial Banking
Kota Bharu, Kelantan
30 November 2013
5.
Relationship Manager
Commercial Banking
Sarawak
30 November 2013
6.
Product Manager / Senior Manager
Cash Management
Head Office, Kuala Lumpur
30 November 2013
7.
Automobile Financing Centre Manager
Consumer Banking
Kuching, Sarawak
30 November 2013
8.
Head
Bank Islam Card Centre
Head Office, Kuala Lumpur
30 November 2013
9.
Assistant General Manager
e-Channels
Head Office, Kuala Lumpur
30 November 2013
10.
Assistant General Manager
Branch Supervision & Support
Head Office, Kuala Lumpur
30 November 2013
11.
Assistant General Manager
Cash Management
Head Office, Kuala Lumpur
30 November 2013
12.
Assistant General Manager
Customer Service
Head Office, Kuala Lumpur
30 November 2013
13.
Assistant General Manager
Human Resources
Head Office, Kuala Lumpur
30 November 2013
14.
Assistant General Manager
Transaction Services
Head Office, Kuala Lumpur
30 November 2013
15.
Senior Manager
Commercial Banking
Head Office, Kuala Lumpur
30 November 2013
16.
Senior Manager
Training
Head Office, Kuala Lumpur
30 November 2013
17.
Manager
Corporate Banking
Head Office, Kuala Lumpur
30 November 2013

If you do not find any suitable positions in our current vacancy postings but would like to be considered for future openings, please email your application, along with a detailed resume stating your qualifications, work experience, current and expected salary to career@bankislam.com.my.

Please indicate the position at the email subject.
Tarikh Tutup 30 November 2013
Maklumat iklan jawatan dan permohonan sila klik disini

Perjawatan Kosong Permodalan Nasional Berhad (PNB) - Disember

Jawatan kosong terkini di Permodalan Nasional Berhad (PNB). Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebagai :-

1. Associate, Project Management Operation
2. Associate, Data Centre Operation
3. Associate, IT Security
4. Associate, Risk Management

Tarikh tutup permohonan pada 29 November dan 04 Disember 2013
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Berkanun

Maklumat iklan jawatan dan permohonan sila klik disini

Perjawatan Kosong Kerajaan Negeri Sabah

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk memohon jawatan kosong seperti berikut :

1. Penolong Pegawai Pertanian

Tarikh tutup 18 November 2013

Maklumat lanjut klik sini

untuk memohon sila ke http://www.jawatan.sabah.gov.my

Pecah saluran darah punca pelajar maut ketika jawab soalan SPM


Nur Syazwani meninggal ketika jawab soalan SPM

Kota Bharu: Kematian Nur Syazwani Arifin, 17, ketika menjawab peperiksaan pada hari pertama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Pasir Puteh kelmarin, disahkan akibat pecah saluran darah ke jantung. 

Punca kematian pelajar Maahad Saniah, Pasir Puteh itu diperoleh hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Tengku Anis (HTA), kelmarin. 
Kes kematian mengejut 


Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan, Mohd Kamal Zainal, ketika dihubungi, semalam, berkata polis mengklasifikasikan kes pelajar itu sebagai mati mengejut dan tidak membabitkan sebarang unsur lain. 

Sementara itu, Ketua Jabatan Kardiologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr Wan Azman Wan Ahmad, berkata mangsa mungkin mengalami Aterosklerosis atau saluran dinding nipis yang berpunca dari faktor pemakanan, genetik atau kesan alam sekitar. 

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tandak, Gaal, kira-kira jam 11 malam kelmarin. 

Yuna Kini Lebih Selesa Berahsia


Bertemu dengan penyanyi Yuna yang jarang berada di Malaysia memang akan digunakan untuk bertanyakan tentang kisah cinta beliau dengan Julian Schratter yang di’khabarkan kini semakin rapat dan intim.

Namun, jawapan dari penyanyi bertaraf antarabangsa ini masih tidak mahu mendedahkan status hubungan mereka berdua ketika ini kerana Yuna sendiri lebih selesa untuk berahsia tentang kisah peribadi dan belajar dari pengalaman lalu.

“Hubungan kami macam biasa. Tapi sebolehnya saya tak mahu lah bercerita tentang hal peribadi. Ia terlalu privasi untuk saya beritahu pada umum. Lagipun saya belajar daripada kesilapan lalu membuatkan saya kini lebih selesa berahsia,” ujarnya.

Yuna ditemui media ketika mengadakan majlis pelancaran album terbarunya berjudul Nocturnal di pejabat Google Malaysia dan album yang mengandungi 11 lagu itu sudah pun berada di pasaran dan mengambil masa enam bulan untuk di’siapkan.

“Saya tak hadapi cabaran terlalu besar sepanjang siapkan album ini. Saya cukup selesa sepanjang proses rakaman sebab jadual saya tak padat sangat. Kalau album dulu saya sibuk dengan persembahan jelajah. Kali ini prosesnya lebih relaks”

“Selain tu, disebabkan dah biasa buat persembahan di konsert jelajah lau, saya rasa mutu vokal saya pun dah semakin baik”, ujar Yuna yang akan muncul dalam program bual bicara popular bersama Jimmy Kimmel Januari depan.

SEJARAH RINGKAS ANIMASI MALAYSIA


Keluang Man & Tiong Man Pernah Menjadi Kegilaan Penonton Satu Masa Dahulu.

Contoh pertama animasi di dunia ialah wayang kulit. Dengan bentuk dan sendi tangan yang digerak-gerakkan, ianya merupakan bentuk yang digunakan dalam animasi guntingan (cutout). Lotte Reiniger, animator dari German mendapat ilham untuk membuat filemnya iaitu The Adventures of Prince Achmed (1926) berasaskan wayang kulit.

Animasi di Malaysia bermula pada tahun 1946 dengan tertubuhnya Unit Filem Malaya (sekarang dikenali sebagai Filem Negara). Filem animasi pendek yang pertama ialah Hikayat Sang Kancil (Anandam Xavier, 1978) dan ditayangkan pada tahun 1983. Filem pendek yang muncul di antara tahun 1984 dan 1987 ialah: Sang Kancil & Monyet, Sang Kancil & Buaya, Gagak Yang Bijak, Arnab Yang Sombong dan Singa Yang Haloba.

Gesaan kerajaan terhadap penggunaan teknologi digital pada awal 1980an menyaksikan penghasilan siri TV pertama, Usop Santorian oleh sektor swasta (Kamn Ismail, 1993). Manakala filem cereka pertama, Silat Lagenda (Hassan Abd Muthalib) ditayangkan pada tahun 1998.
Terkini, sebanyak 31 siri TV, 4 telefilem dan 3 filem cereka telah dibuat (beberapa daripadanya telah dijual ke negara lain). Antara Siri Animasi yang telah diterbitkan adalah Yokies, Frooties, Alif, Kenyalang dan Abag Sidi (Fine-1997-2004), Keluang Man (Kamn Ismail -1997),
 Anak-Anak Sidek (Penerbitan JAS/Raja Azmi -1997-2004),Sang Wira, Badang dan Rimba (Jutakira -1996-2006), Che'Nat, Toman 1, Kumang, Lagenda Kinabalu, Pusaka & Pejuang (Kamn Ismail, Quest Animation - 2001-kini) ,Fish Tales & Bola Cyber( Fat Lizard -2000-2004) Bola Kampung, Cerita Rakyat Asia (Animasia-2006-2007), Kacang (Lensa Film -2005-kini) serta beberapa lagi siri yang diterbitkan oleh Makmur Megah Sdn. Bhd. Pada tahun 2001 pula Fine Animation telah menerbitkan Filem Cereka Animasi -PUTIH. Ini merupakan Filem Animasi ke 2 terbitan tempatan. Beberapa orang kartunis juga telah menukar karektor mereka ke bentuk animasi. Di antaranya adalah: Lat (Kampong Boy – dibangunkan di Amerika dan dianimasi di Filipina); Imuda (Mat Gelap, filem tempatan pertama mempunyai karektor animasi); Nan (Din Teksi); dan Ujang (Usop Santorian).

DIALOG KOMEDI FILEM P.RAMLEE YG NKORANG INGAT SAMPAI SEKARANG



Nkorang semua pasti pernah nonton citer2 Tan Sri P Ramlee kan...terutama sekali filem2 komedi lakonan beliau....
dan pasti nkorang ingat akan dialog2 dalam citer dia kan.....macam aku paling aku suka dalam Filem Madu Tiga sampai laa nie aku masih dok nonton citer nie...x tahu lar kenapa...mungkin dialog yg diucapkan terutama sekali watak bini no 1 dan juga bini no 2...yg best tue si bini no 2...sora dia macam ala2 bernafas lak antara dialog yg kelakar tue :-

Tipah:Cik Jamil masih lagi balik kat rumah awak...
Hasnah:Apa pulak tak balik
Tipak:Hai setahu saya bukan ker jamil dah ceraikan awak
Hasnah:bila masa pulak abg jamil ceraikan saya..setahu saya cik tipah tue yg diceraikan
Tipah:Tidak....cik jamil masih lagi balik kerumah
Hasnah:hai jgn2 kita nie masih bermadu lagi tak..eheeh
Tipah:nasib baik kat rumah orang kalau tidak saya kerja2 kan awak
Hasnah:ooo sebelum awak nak kerja kan saya...saya koooreeekk biji mata awak
Tipah:amboi dah dirampas laki kita...bijik mata kita dia nak korek

Citer Nujum Pak Belalang antara Badan (Sudin) & Nyawa (Ajis) kat dlm gua... masa nak bagi2kan harta (duit syiling) curi...

Badan: 1 utk engkau, 1 utk aku. 2 utk engkau, 2 utk aku. 3 utk engkau, 3 utk aku. errr... lepas tiga no brapa ar??
Nyawa: Hentam sajalah...
Badan: Hentam sajalah utk engkau, hentam sajalah utk aku. Lepas hentam sajalah??
Nyawa: Bedal daa...
Badan: Bedal daa utk engkau. Bedal daa utk aku. Lepas bedal daa??
Nyawa: Ei, dlm dunia mana ada nombor bedal daa!!
Badan: Ei, dlm dunia mana ada nombor bedal daa utk engkau. Ei, dlm dunia mana ada nombor bedal daa utk aku.
Nyawa: Aku bagi kan lah...
Badan: Aku bagi kan lah utk engkau. Aku bagi kan lah utk aku...
Nyawa: Ei, ko nak mampus ye??
Badan: Ei, ko nak mampus ye utk engkau. Ei, ko nak mampus ye utk aku.
Nyawa: E-eeiii... dia ni....
Badan: E-eeiii... dia ni....utk engkau. E-eeiii... dia ni.... utk aku.

dialog yg pendek tapi mencengkam:

- dah tua pun bodoh
- sudahlah apa lagi yang kesedapan tu??
- you son of a gun!
- jangan kau layan si lahabau ni!
- eh besar punya haram...
- apa lagi kita kasi pecahla!
- busuk2 pun bini tua jugak..sakit demam pun bini tua jugak
- pencacai tua pengangkut najis
- muka mike semua macam tepung gomak!
- siapa yang susah? akuuuuu jugak!
- celaka punya orang sebelah, kaca dibalingnya kat aku
- ini demokrasi yang terpimpin....ini tidak adil!
- sumpah wa nabi muhammad...

dan sebagainya...

Seniman bujang lapok..time jiran bising tak leh tido tu..

Sudin : Tu ler dulu aku ajak korang pindah korang tak nak.
Aziz : iyer ler Sudin.. rumah yang ko cakap tu ada lagi tak??
Sudin : Rumah yang mana tu..Oooo.. rumah tu .. ada kenapa?
Aziz : Berapa bilik dia ada?
Sudin : Tak silap aku ada 3 bilik..
Aziz : Bagus tu ada tiga bilik tu..Sorang satu..Sudin berapa besar agak2 ko bilik tu??
Sudin : Klu tak silap aku 7 kaki panjang 5 kaki lebar 7 kaki dalam..
Aziz : Besar tu 7 kaki panjang 5 kaki lebar..siap ada dlm tu 7 kaki..iitttuuu kubur tuu!!! ko nak mampus!!!

eniman Bujang Lapok - Scene Mamat Belon Tiup Trompet waktu bujang lapok tengah hafal skrip

Aziz:Ketuk pintu bilik 3 kali
Mamat Belon:Sapa tue
Aziz:Saya bang(sora kepit)
MamatBelon:maznah yea
Aziz:aah..maznah dtg bukak lar pintu bang!
Mamat belon:ahh...nanti jap yea
Aziz,sudin dan ramlee masuk dan membelasah mat belon dan mengikatnya
Aziz:besok maznah dtg...maznah bukak yea bang!!!
aziz terlihat kelibat mamat yg duk jolok motosikal dia atas bumbung seraya berkata:jolok motosikal ya bang!!!!!
kahkahkahkah

3 ABDUL...
scene P Ramlee ngan Sarimah kat kedai musik P Ramlee

woi disana...
amboi cantiknya bahasa... apa disana mau!!!
disini nak beli kedai disana dengan disana-sana sekali!!
oooo bapak disana suruh disana datang mengurat disini yeee
memang, tapi disini tak hingin dengan muka disana tau..
disini pun tak hingin dengan disana lah..
elehhhhhh.. muka disana tu, sekali disini ketik 10 yang datang tau...
10 yang datang tau, kalau yang datang tua-tua kerepot buat apa tau..

Hanya Sempat Dua Kertas Soalan Peperiksaan SPM

Jertih: “Arwah pernah meluahkan perasaan tidak seronok kerana terpaksa menjawab soalan peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) di hospital. Walaupun begitu, arwah tetap bersemangat mahu menduduki peperiksaan,” kata Nur Iman Solehah Mohd Safawai, 15, adik kepada Noor Salwana, 17, calon SPM yang meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan lelah.

Noor Salwana, seorang pelajar Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Besut, disahkan meninggal dunia di Hospital Besut jam 5.12 pagi, semalam selepas tiga hari dimasukkan ke hospital itu sejak Selasa lalu sebaik mengadu sesak nafas.


Arwah yang juga anak kedua daripada lima beradik dimasukkan ke hospital kerana tidak cukup darah sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya, Siti Zainab Muhammad, 47, yang menemani arwah di hospital.

Harian Metro semalam melaporkan, seorang calon SPM, Mohamad Nor Alif Harun, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar di Dungun meninggal dunia selepas empat hari koma di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.


SITI Zainab (kanan) melihat jenazah anaknya.

Mangsa sebelum itu dilaporkan kritikal selepas motosikal diboncengnya dilanggar mat rempit yang sedang berlumba di Kilometer 79.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Batu 49, Dungun, Jumaat lalu.

Baby Baru bertatih kaki dah retak

QUTBI menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Ipoh: “Arwah isteri sempat melihat anak kami bertatih dan berjalan sambil memanggil namanya walaupun baru berusia 11 bulan. Itulah kenangan manis terakhir kami,” kata Mohd Afendi Jusoh, 28, susulan kematian isterinya, Ila Nursalina Ali Amran, 28, yang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 50.5, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, Isnin lalu.

Kemalangan itu menyebabkan bayi lelaki mereka, Qutbi Ajwad Mohd Affendi, berusia 11 bulan dan ibu Ila, Putri Saodah Megat Mat Dahlan, 59, cedera parah dan patah di beberapa bahagian badan dan kaki.

Lebih memilukan, anaknya, Qutbi yang baru belajar berjalan itu mengalami keretakan yang agak serius di dua bahagian kaki kanannya dan masih menjalani rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

Mohd Afendi berkata, dia sebak setiap kali mengenangkan nasib anaknya yang kehilangan ibu pada usia yang masih kecil.


“Dia masih kecil dan baru belajar berjalan. Bukan saja kehilangan ibunya, malah kaki kanannya turut retak akibat kemalangan tempoh hari.

Kejinya wartawan hiburan BH, Zubir ajak isteri orang keluar


Nampaknya “perang” di antara Zubir Berita Harian dan Aeril Zafrel semakin hangat. Tak salah untuk dikatakan bahawa mereka berdua ini musuh ketat terutamanya selepas pendedahan berani oleh Zubir mengenai perkahwinan Aeril dan Wawa. Terbaru, Aeril telah berkongsi sekeping gambar menunjukkan SMS yang telah dihantar oleh Zubir kepada isterinya, Wawa Zainal.

zubir dan aeril
SMS di atas nampak seperti biasa, akan tetapi caption yang telah ditulis oleh Aeril beserta dengan gambar di atas membuatkan Abang Nara tertanya-tanya motif Zubir. Captionnya berbunyi:-
Bila ajakannya tidak bersambut…?!

ayat conty yg selalu dilontarkan “abang boleh naik dan jatuhkan…”.

Tarikh 14.06.2013 adalah sebelum pendedahan mengenai perkahwinan Aeril dan Wawa dilakukan oleh Zubir. sAdakah Zubir telah melakukan pendedahan tersebut kerana keengganan Wawa melayan ajakannya untuk melepak? Yang nyata, perkongsian gambar ini telah mendatangkan reaksi negatif orang ramai terhadap Zubir.


Ramai yang mengeji dan mencela perbuatan Zubir terhadap Aeril dan Wawa. Menariknya ini adalah bukti pertama yang telah ditunjukkan oleh Aeril. Ini bermakna akan ada bukti-bukti lain yang bakal dikongsikan olehnya. Tak sabar pula rasanya. Sama-samalah kita nantikan.



OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”