Thursday, 28 November 2013

Gila ! Artis merogol bayi

PENYANYI Lostprophets Ian Watkins mengaku salah terhadap tuduhan seks termasuk merogol bayi.
London: Penyanyi rock Ian Watkins semalam mengakui mengambil kesempatan atas statusnya sebagai selebriti untuk melakukan salah laku seks terhadap bayi dua peminatnya.
Aksi penyanyi kumpulan Lostprophets itu yang dikatakan pedofilia tegar dan komited mendera seorang bayi di depan ibu dapat dilihat pihak berkuasa dalam klip sepanjang 17 minit.
Dalam klip rakaman lain Watkins turut dipaparkan melakukan aksi seks maya melalui Skype dan memujuk seorang wanita lain mencabul anaknya sendiri. 

Pegawai penyiasat, Peter Doyle menganggap bukti dikemukakan itu sebagai kes penderaan kanak-kanak paling kejam pernah diketahuinya.
“Saya yakin Ian Watkins menyalahgunakan statusnya sebagai seorang selebriti untuk mencabul kanak-kanak,” katanya.
Sebuah komputer riba yang dirampas dari rumah Watkins di Pontypridd turut menggunakan kata laluan lucah membabitkan kanak-kanak.

Malah, beberapa pesanan ringkas dihantar kepada seorang daripada ibu terbabit juga merujuk kepada perlakuan lucah terhadap budak selain mahu menggunakan bayi wanita itu sebagai hamba seks.
Watkins turut dikatakan menggunakan dadah, malah pernah mendedahkan keinginannya meniup dadah ke muka kanak-kanak dengan tujuan supaya mangsa pengsan.

Ujian dijalankan menunjukkan seorang daripada bayi terbabit turut didedahkan kepada dadah.

Dua ibu terbabit masing-masing berusia 21 dan 24 tahun turut menghadapi hukuman penjara kerana pembabitan mereka dalam kes itu.

Peguam belanya Sally O’Neill QC dilaporkan berkata, anak guamnya tidak ingat kejadian yang dirakamkan dalam video berkenaan.

Mahkamah dijangka menjatuhkan hukuman bulan depan.

Cerita Sebenar disebalik penceraian pasangan kawin muda


MOHD FAHMI dan isterinya disahkan bercerai pada 11 November lalu.

Kulim: Impian seorang remaja perempuan yang menggemparkan negara apabila berkahwin pada usia muda untuk mengecapi kebahagiaan alam perkahwinan seumur hidup berakhir apabila ikatan pasangan suami isteri berkenaan terlerai dipercayai akibat tidak sehaluan.

Nor Fazira Saad, 13, dinikahkan dengan suaminya, Mohd Fahmi Alias, 20, pada 17 November tahun lalu sebelum pasangan berkenaan disahkan bercerai dengan talak tiga di Mahkamah Syariah Kulim, di sini, pada 11 November lalu iaitu kurang setahun hubungan mereka disatukan.

Bapa kepada Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berkata, walaupun pahit menerima kenyataan berkenaan, namun dia menerima keputusan dibuat pasangan terbabit dengan hati tenang dan menganggap bukan jodoh mereka untuk mengekalkan alam perkahwinan.

Menurutnya, apa yang berlaku mungkin suratan takdir atas ketentuan Allah dan semua kejadian pasti mempunyai hikmah di sebaliknya.

Bagaimanapun, dia mengakui tidak mengetahui punca sebenar membawa keretakan rumah tangga mereka, malah tidak mahu mengambil tahu perkara yang sudah terjadi.

“Siapa yang tidak sayang anak apabila terjadi perkara sebegini terutama dalam usia masih muda, namun saya berpesan kepada Fazira supaya sentiasa tabahkan hati kerana usianya masih muda dan banyak yang dia perlu pelajari.

“Kejadian ini memberi pengajaran kepada anak saya. Bukan perkara mudah mendirikan rumah tangga terutama ketika usianya masih terlalu muda.

“Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib menimpa dirinya, tetapi saya meletakkan dia tinggal bersama ibu saudaranya di Padang Serai supaya jiwanya kembali tenang dan sentiasa berfikir dengan apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Menurutnya, perkara berkenaan sudah pasti memberi pengajaran kepada anaknya selain orang ramai terutama golongan remaja yang diulit percintaan bahawa untuk mendirikan rumah tangga bukan mudah dan mereka perlu matang.

Katanya, dia sudah mengetahui perkara terbabit sejak beberapa minggu lalu apabila Fazira memaklumkan kepada isterinya bahawa mereka mungkin berpisah kerana ada masalah tertentu.

“Selepas mengetahuinya, saya hanya mampu memberi nasihat kepada anak saya supaya menerima takdir ini dengan hati tenang dan jangan berputus asa, mungkin itu bukan jodohnya.

“Cuma saya berharap apa yang terjadi ini akan dilupakannya. Bagi saya, dalam usia 13 tahun, masanya masih panjang dan dia tidak perlu terlalu risau atau tertekan walaupun bergelar janda dalam usia begitu muda.

“Pada masa sama, saya juga berharap perkara ini sudah selesai dan mereka berdua menjalani kehidupan masing-masing. Saya juga meminta masyarakat supaya tidak memandang serong terhadap mereka,” katanya.
Menurutnya, sepanjang pengetahuannya, Fazira seorang yang bertanggungjawab kerana dia memahami masalah rumah tangga tidak perlu didedahkan kepada sesiapa.

“Sebagai bapa, saya tahu perasaan anak saya sekiranya dia menyembunyikan sesuatu berdasarkan riak muka dan apabila pulang ke rumah, saya bertanya mengenai sebarang masalah yang dihadapi, tetapi dia membalas dengan senyuman,” katanya.

Harian Metro turut cuba menghubungi keluarga lelaki berkenaan untuk mendapatkan maklum balas, namun gagal.

Sementara itu, jurucakap Pejabat Agama Daerah Kulim mengesahkan pasangan terbabit sudah membuat pendaftaran perceraian di pejabat terbabit pada minggu lalu.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Fazira mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada usia 12 tahun selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1)(a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008.

Majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, dengan wang hantaran RM4,552 serta mas kahwin RM1,500 pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012.

Zaman Telah Berubah...Salah Guna Teknologi








Sedan Model Global(GMS) Buddyz) Perodua


Perodua adalah satu konsep yang optimistik dipanggil Sedan Model Global(GMS) Buddyz) Ia bakal disasarkan kepada pengguna urban dan generasi muda masakini. Kereta empat pintu ini mempunyai bentuk sudut yang cantik dan unsur pencahayaan yang menarik.




Buddyz secara meluasnya dipercayai bakal menjadi petunjuk model sedan untuk pengeluaran masa depan oleh syarikat Perodua yang kini sedang memasuki fasa kedua kajian.















Rekaan dalamannya mempunyai ruang tempat duduk lebih besar dan moden gabungan reka bentuk seni yang menarik dan ‘trending’. Terdapat ‘swooping’, ‘interface touch screen’ dengan kelebihan ‘start button’ dan paparan skrin.

Perjawatan kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Perjawatan kosong terkini Disember 2013 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai :
Jawatan kosong UKM

1. JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN U29
2. PEGAWAI DIETETIK U41
3. PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN U41
4. PEGAWAI PSIKOLOGI (KLINIKAL) S41
5. PEMANDU KENDERAAN R3
6. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N17
7. PEMBANTU TADBIR (P/O) N17
8. PENGURUS ASRAMA N41
9. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29
10. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29
11. PENOLONG PENGURUS ASRAMA N27
12. PUSTAKAWAN S41
13. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U32

Jawatan Kosong PPUKM

14. PEGAWAI PSIKOLOGI (KLINIKAL) S41
15. PEMBANTU AKAUNTAN W17
16.SETIAUSAHA PEJABAT N27

Tarikh Tutup Permohonan Pada 06 Disember 2013

Maklumat Lanjut Sila Klik Di Sini

OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”