Monday, 9 July 2012

Uncle Seeker Bakal Ke Tali Gantung



ESOK lusa, Uncle Seekers dikenal pasti sebagai mafia dadah atau dijumpai banyak dadah di rumah selebriti itu.

Dengan hal demikian, membolehkan "Hang Jebat" itu ke tali gantung.

Bahana lawan Raja...

Air kencing Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas hari ini disahkan positif dadad selepas direman semalaman oleh polis Johor.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Asisten Komisioner, Mohd Akhir Ishak berkata, Syed Abdullah yang direman bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya didakwa memfitnah Sultan Johor itu positif mengambil dadah jenis morfin.

"Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," kata kenyataan jabatan itu.

Ujian air kencing dijalankan pada jam 1.25 tengah hari tadi. Beliau kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.

Laporan dibuat dan kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya dibawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Sesiapa yang ada pengalaman bangkang polis time road block, mula-mula minta lesen. Selepas itu, minta roadtax. Kalau mereka tak puas hati, minta test air kencing (urinalysis). Tak dan apa-apa, terus diberitahu 'positif dadah', lepak di lokap sampai seminggu dan dinafikan hak untuk hubungi waris atau majikan. Last-last, kena buang kerja. Polis yang pernah buat kerja ini, memang HARAM JADAAAH!!!" Tak tumbuh tak melata..tak sungguh org tak kata..Sumber:

Gambar + Video Gadis Bergambar dengan Babi !!

Gadis yang dimaksudkan bernama Miru Kim, seorang model yang bergambar secara bogel di kawasan-kawasan yang unik dan tersendiri. Gadis ini merupakan warga Amerika yang berbangsa Korea. Di bawah merupakan gambar-gambarnya bersama babi yang di beri tajuk 'The Pig That Therefore I Am'...










Eeii..geli pulak aku tengok,haha..kononya berseni la tu.....

nak tengok video Miru Kim? layan link di bawah...




[Gambar] Bunga Citra Lestari Tersebar


link ke Gambar yang blom diedit : http://rodarodadunia.blogspot.com/

sumber:http://gosiplapulak.blogspot.com

Model Korea Cun Melecun













Gambar Dan Video Pondan Paling Cantik Dunia


cantik didunia. Kalau dilihat dengan mata kasar, memang tak nampak sangat dia ni secara aslinya adalah lelaki.

Disebalik kecantikannya yang luar biasa,sebenarnya Nong Poy Treechada adalah seorang Lelaki yang telah melakukan pembedahan kelamin pada usia 17 tahun.

Nong poy yang lahir pada tahun 1984 ini memiliki ketinggian 171 cm,Ukuran badan: 33-24-36 dan Berat: 48 kg.Jiwa ke’wanita’annya sudah mulai dirasakan sejak Nong poy berada di bangku Sekolah Rendah lagi.

Nong Poy merasakan dirinya lebih sesuai menjadi seorang perempuan berbanding lelaki dan Nong Poy sudah lama bermimpi untuk menjadi seorang perempuan,Tetapi jika dia berada dihadapan orang tuanya,Nong Poy masih berkelakuan seperti Anak Lelaki.Nong Poy melakukan pembedahan ketika berumur 17 tahun.

Pada awalnya Nong Poy sangat takut melakukan pembedahan tersebut,tetapi setelah meminta nasihat dengan ramai doktor pakar,akhirnya dia memutuskan untuk melakukan pembedahan menukar jantina tersebut.

Proses pembedahan itu sangat menyakitkan bagi Nong Poy. Dia mengalami kesakitan yang luar biasa, tapi demi ‘cita-cita’nya menjadi seorang perempuan, dia tidak ambil peduli dengan rasa kesakitan pada saat itu. Setelah dia berubah menjadi ‘perempuan’,rasa sakit itu dianggapnya sebagai berbaloi.

Dua tahun setelah melakukan pembedahan, Nong Poy berjaya memenangi Pertandingan Kecantikan ‘Miss Tiffany‘ ketika berusia 19 tahun. Pada tahun yang sama, Nong Poy menjadi Miss International Queen (lady-boy) 2004.

Dia semakin dihargai bukan semata-mata kerana prestasi di pentas dunia yang dia perolehi. Tidak seperti wanita lainnya,Nong Poy tidak melakukan pembedahan plastik pada wajahnya.Dia hanya melakukan pembedahan pada anggota tubuhnya dan menukar alat kelaminnya menjadi wanita.

Oleh karena itu,dia pun ditawar sebagai Model, Bintang Iklan dan juga Pengacara di Thailand. Selain Cantik,Nong Poy juga bijak dan berbakat. Kecerdasan dan kecantikannya pada akhirnya dapat diterima dengan baik oleh masyarakat Thiland. ‘Nong Poy Treechada’ yang nama sebenarnya ‘Treechada Petcharat’,dikatakan kononnya sudah bertunang dengan seorang Aktor Lelaki Thailand.

Ketika remaja


Paradigm Mall : Aircond Pula Runtuh!

Apa kejadah Paradigm Mall ini? Sejak pembukaan banyak betul komplen. Pernah kami paparkan staff Facebook mereka yang gagal melayan rungutan customer berkenaan lif yang gagal berfungsi dengan baik. Hari ini kami difahamkan sebuah unik penghawa dingin pusat membeli belah ini jatuh dari siling. Good news ialah tiada sesiapa yang tercedera berikutan insiden ini. Adakah Paradign Mall sebuah pusat membeli belah yang selamat? Adakah aircond unit lain akan jatuh? Adakah masalah lif tempohaari dapat diselesaikan? Kita nantikan komen rasmi dari pihak pengurusan. Buat masa ini lama Facebook merek masih senyap.


3 SELEBRITI MURTAD!!



Kontroversi terbaru yang terjadi di kalangan dunia hiburan Indonesia apabila berita tiga selebriti mereka dikatakan telah menukar agama dalam erti kata lain, murtad tersebar.

Menurut satu sumber, salah seorang daripada selebriti tersebut adalah Pinkan Mambo. Penyanyi yang popular dengan lagu "Kekasih Yang Tak Dianggap" itu sudah dua kali menukar agama, perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh ibunya, Deetje. Deetje yang kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh anaknya itu memberitahu bahawa dia belum pernah melihat Pinkan ke gereja, namun dia memberitahu bahawa anaknya itu sudah mula belajar agama lain.

Pinkan atau nama sebenarnya Pinkan Ratnasari Mambo dikatakan telah berubah dengan mendadak sejak kebelakangan ini. Menurut Deetje, dia merasa seperti kehilangan anak namun hanya berserah pada yang maha berkuasa.

"Anak merupakan kurniaan Tuhan dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,"ujar Deetje.

Yang kedua pula adalah selebriti yang terkenal dengan watak Aisha dalam filem "Ayat-Ayat Cinta", Rianthi Rhiannon Cartwright. Dia turut dikatakan telah menukar ke agama kristian apabila berkahwinan dengan Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan atau lebih dikenali dengan Cas. Perkahwinan mereka dilangsungkan di Gereja Old St Patrick, New York Amerika Syarikat. Berita ini diketahui apabila risalah gereja tersebut tersebar dan memperlihatkan wajah bintang pengacara MTV itu.

Pengurus kepada Rianthi, Adi kemudian dihubungi bagi mengesahkan dakwaan tersebut, namun Adi enggan mengesahkan sebaliknya memberitahu bahawa dia tidak tahu mengenai perkara tersebut dan menjelaskan bahawa dia hanya berhubung dengan Rianthi hanya atas urusan kerja.

Adi mencadangkan agar mendapatkan pengesahan daripada paderi di gereja tersebut namun pihak mereka juga enggan memberi kerjasama.

Selebriti paling terbaru yang didakwa murtad adalah Happy Salmah atau nama sebenarnya Jero Happy Salma Wanasari. Dia dikatakan telah memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan teman lelakinya, Tjokorda Bagus yang berketurunan raja.

Happy yang merupakan seorang model dan pelakon filem dikatakan telah menjalani satu upacara pindah agama Hindu dimana dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani.

Upacara yang diadakan di Villa Ibah, Ubud Indonesia adalah sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas menyatakan menganut agama Hindu.

Upacara itu adalah antara syarat yang harus dituruti apabila seseorang mahu berkahwin mengikut adat Hindu. Mereka kemudiannya telah melangsungkan perkahwinan di Puri Saren Kauh, Ubud yang kemudiannya diikuti dengan majlis di Sukabumi.

Happy turut memberitahu bahawa dia tidak mahu bercakap secara terbuka mengenai status agamanya.

"Saya tidak akan bercakap mengenainya,"kata Happy.

Isu masyarakat Islam di Indonesia, baik lelaki mahupun wanita yang menukar agama lain untuk berkahwin dengan pasangan masing-masing adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana mendakwa ulama berkata ia dibolehkan. -yahoo.news

Gambar bintang Iklan OLYMPUS






Sexy China Babe support Germany in Euro 2012

This week we came across a new football babe from China, Yi Yan 伊彦, who is currently based in Beijing. Yi Yan has just finished a half-nude Euro-2012-themed photo shoot last week, dedicated to the Germany Football Team. We hope you’ll enjoy viewing football babe Yi Yan’s hot photos here, and meanwhile, we’ll continue to dig out more football-themed photo shoots for Euro 2012! 










Cute dan comey gadis 18 tahun dari china





KONTROVERSI!! @NEELOFA & ANZALNA BERPAKAT UNTUK MERAIH POPULARITI??



SEBAGAIMANA cahaya bunga biru di sebalik maksud namanya, Neelofa kelihatan teguh atas jalan penyelesaian yang diputuskan awal minggu lalu. Dalam senyum berbalut ketenangan yang bersinar daripada anak matanya, dia melepaskan segala tatah-tatah yang menjadi resam rumah siap pahat berbunyi.

Soal siapa menang tidak semestinya benar atau beralah bukan bererti kalah juga bukan ungkapan yang perlu dijadikan isu. Tidak langsung perlu dihiraukan atau menjadi lintasan yang berselirat di jiwa.

"Saya anggap perkara yang sudah itu tetap sudah. Nama pun majlis yang kami adakan tempoh hari sebagai majlis permohonan maaf. Saya dengan rela hati telah memaafkan dia (Anzalna).

"Apabila ia dinamakan permohonan maaf bersyarat maknanya syarat yang dituntut telah dipersetujui, tidak perlu syarat itu pula yang hendak diungkit. Sekarang, saya menyerahkan kepada umum untuk membuat penilaian," kata Neelofa terhadap usaha Persatuan Seniman yang menemukannya dengan pelakon Anzalna, Isnin lalu.

Episod damai tanpa babak bersalaman atau bergambar semasa sidang media selepas sesi perbincangan tertutup kedua-dua artis itu juga galak diperkatakan. Itu seperkara lagi yang mahu Neelofa tegaskan.

"Usahkan bab bergambar, kontroversi itu juga ada disalahertikan sebagai pakatan untuk meraih populariti. Saya fikir, orang tahu kami ini pelakon, jika kami bergambar bersama dan bersalaman pun orang akan anggap kami berlakon depan kamera. Jadi, sama ada bergambar dan bersalaman atau tidak, mulut orang tetap akan mengata bahawa itu semua lakonan.

"Namun, saya akui, majlis permohonan maaf tempoh hari sedikit kelam-kabut. Ada baiknya juga tiada gambar kami bersalaman kerana dua minggu sebelum itu, kecoh dengan cerita saya dibidas, hantar notis dan masing-masing melantik peguam. Saya tak mahu dimalukan secara bertimpa-timpa," katanya mohon pengertian.

Jauh di lubuk hati Neelofa, benar dia memaafkan setiap butir tuduhan yang dilemparkan Anzalna terhadapnya seperti yang disiarkan akhbar 10 Jun lalu. Bagaimanapun, bohonglah jika semua yang berlaku tidak berbekas di hatinya.

Sandiwara hebat

"Saya hanya mahu membersihkan nama yang tercemar. Isu itu isu lama. Orang lihat itu isu kecil tapi bagi saya ia isu besar kerana bukan sahaja pelakon dan pengacara, sekarang saya juga jurucakap kepada beberapa produk. Akan datang, ada lagi kontrak bersama produk lain yang bakal menyusul. Saya dihubungi banyak pihak korporat bertanyakan kesahihan cerita.

"Sebelum tampil dengan notis tuntutan untuk Anzalna dulu, saya dan peguam sudah terfikirkan soal jalan damai tanpa ke mahkamah. Sebab itulah saya tegaskan dulu, apa sahaja langkah seterusnya bergantung kepada respons dia," getusnya merasakan dia berhak atas apa yang dicapai hari ini.

Melihat drama luar lokasi dua bintang baharu itu, sama ada Neelofa atau Anzalna, kedua-dua si cantik kelahiran program Dewi Remaja itu masih terlalu tipis portfolio seni mereka. Untuk Neelofa, setidak-tidaknya Nona menjadi sandaran yang kuat untuk dia berdiri sebagai pengacara selain filem Azura 2012 dan drama televisyen seperti Kitab Cinta dan Tahajud Cinta yang sekadar cukup makan. Sebagai isi menebalkan nama dalam lipatan perhatian peminat, masing-masing tidak kalah menjual sensasi.

"Saya tak boleh hendak menafikan fakta tersebut, pelakon baharu macam saya ibaratnya baharu setahun jagung. Memang kami belum boleh dinilai berdasarkan kerja seni.

"Naskhah besar juga belum ada sebab untuk berjaya dengan produk yang benar-benar dikagumi, ia tidak boleh dilakukan dalam jangka waktu yang singkat.

"Saya masih dalam proses, tapi saya percaya kalau rajin dan bersungguh-sungguh dalam bidang ini, benda itu akan datang perlahan-lahan. Mula-mula hendak berada dalam industri, inilah cerita kami," kata bintang filem Lemak Kampung Santan dan Hantu Kapcai yang telah selesai penggambaran.

Dilihat sebagai pemenang kepada episod kemuncak perbalahan yang menjadi muka depan akhbar tempatan, namun pemilik nama Nur Neelofa Mohd. Nor, 23, tetap mengambil iktibar atas titik hitam yang berlaku.

"Sebagai selebriti, saya kena menjadi lebih bijak menempuh arus. Harus meletakkan sempadan, tidak boleh terlalu jujur hingga menjadi naif dan tidak juga terlalu mengelak sehingga dilihat sebagai seorang yang terlalu tertutup.



Tunai umrah

"Apabila semuanya sudah selesai, saya lega kerana telah mengambil jalan penyelesaian tanpa perlu bersikap gelojoh. Kalaulah saya jenis melatah dan sibuk-sibuk memberi komen, rasanya perkara itu akan jadi lebih buruk," katanya yang sedikit terkejut apabila isu pergaduhan itu mendapat perhatian besar.

Dari situ dia sedar, biarpun namanya belum bersinar seperti pelakon-pelakon besar negara, namun apa sahaja salah laku artis akan menjadi isu besar.

"Bertelagah pun tentang isu lama, saya sedar artis bukan macam pemimpin negara yang harus dijadikan muka depan akhbar tapi itulah situasi sekarang, orang ambil berat setiap kes melibatkan artis.

"Mula-mula saya memang rasa malu, tapi bila ia berpenghujung begitu, segalanya pulih," katanya yang bakal bergelar jurucakap jenama tilam terkenal, King Koil tidak lama lagi.

Sedang berada di Mekah untuk penggambaran drama bersiri 26 episod bertajuk Kau Yang Terindah arahan Erma Fatima, keberkatan berada di Tanah Suci juga akan dimanfaatkan oleh Neelofa untuk sama-sama mengerjakan umrah.

Ditemui sehari sebelum berangkat, katanya: "Sebenarnya saya agak gementar sampai tak tahu apa yang harus dibawa nasib baik ibu banyak tolong saya buat persediaan. Ini kali pertama saya akan ke sana, selain penggambaran kami juga akan mengerjakan umrah. Syukur sebab saya dibuka peluang untuk bertamu ke rumah Allah. Doa saya semoga akan beroleh kehidupan yang lebih baik selepas ini, ketenangan serta fasa baharu yang membahagiakan." -kosmo!

Maybank2u ke Maybank2me Ke Maybank2Them






Bank Maybank antara bank yang mempunyai ramai pengguna di Malaysia. Tetapi mengikut beberapa pengalaman kawan yang menggunakan perkhidmatan bank Maybank banyak masalah dari segi perbankan internet iaitu Maybank2u. Konsep Maybank2u seolah-olah bermaksud Maybank untuk perngguna tetapi permasalahan yang sama tetap terjadi.


Antara permasalahan yang timbul seperti wrong password, system error dan pelbagai lagi kesukaran ketika menggunakan sistem perbankan internet. Antara respon pengguna yang terbaik pernah diperkatakan seperti macam di bawah.

Memang ada benar seperti cakap pengadu dibawah. Kita selaku pengguna selalu mengelak mengunakan kuasa sebagai pengguna untuk terus memudahkan kerja harian kita ataupun tidak mahu memanjangkan masalah macam ni. Masalahnya bila dibiarkan, ramai pula pengguna lain yang menjadi masalah.

Kalau korang ada masalah tentang bank cuba cerita sikit tentang masalah korang kat sini. Mana tau kita dapat  mencari idea untuk menangani masalah macam ni.



Pekerjaan Ahli Gusti Selepas Bersara



Gusti atau dalam bahasa inggeris yakni english language ialah wrestling terdiri daripada seorang yang gagah perkasa, badan berketu-ketul dan mampu bergaduh dengan selamber dan rileks sahaja... tetapi sekuat mana pun mereka ini, pasti akan menjadi tua, anda pernah terfikir atau tidak apa pula nanti yang mereka buat selepas bersara daripada bergusti ini? Mari kita lihat pekerjaan ahli gusti selepas bersara ini...

UNDERTAKER
Seorang yang mempunyai perwatakan ganas, seram dan misteri. Pekerjaan yang sesuai lepas bersara ialah penggali kubur ataupun tauke rumah hantu dekat funfair ataupun pesta.

HULK HOGAN
Mempunyai trade mark mengoyakkan baju bila berada dalam keadaan marah. Bagi sahaja dia kerja kupas kepala, setidak-tidak pun kopek durian sahaja. Pastikan dia tengah marah, baru senang sikit dia hendak kupas.

THE ROCK
Sebelum bergusti suka sangat jerit. "The Rock cookin." Dah bersara kerja yang sesuai kat mat rock ialah tukang masak, setidak pun jadilah tauke lembu sebab ada tatto kepala lembu dekat lengan dia ataupun promoter konsert rock sebab nama dia The Rock.

STONE COLD
Mamat ini muzik permulaan atau intro dia bunyi kaca pecah sahaja. Bila bersara suruh dia buka kedai jual cawan, boleh buat party tupperware, makcik-makcik mesti suka kalau siStone Cold ini jadi jurucakap.

BIG SHOWS
Mamat bagak ini kalau sudah bersara sesuai jadi jaga. Anda banyangkan kalau si Big Show ini jadi jaga bank. Ada ke tidak orang hendak rompak bank tersebut?

Ahli gusti yang tidak dapat disenaraikan, kemungkinan mereka telah mendapat kerja lain yang lebih sesuai untuk mereka dan kemungkinan kerja yang mereka lakukan itu mereka bekerja sembunyi-sembunyi jadi aku tidak tahu sangat yang selanjutnya. HEHE! Apa-apa pun sekuat mana anda pun, seperkasa mana anda pun. Anda mungkin akan menjadi tua. HEHE!

Sambung Baca : Pekerjaan Ahli Gusti Selepas Bersara - ShakRoil eWanT http://shakroil.blogspot.com/2012/07/pekerjaan-ahli-gusti-selepas-bersara.html#ixzz206b8ntNG

(Gambar) Wanita sanggup telanjang elak dari dicekup kerana mencuri


Seorang wanita bertindak melondehkan pakaiannya bagi mengelakkan dari ditangkap apabila beliau dan suaminya terkantoi mencuri bahan-bahan binaan dari pusat komuniti penduduk yang sedang dibina di Changchun City, ibu negeri Semenanjung Jilin.

Menurut sumber, wanita dan suaminya it dicekup oleh pengawal keselematan ketika mereka sedang memasukkan barang-barang curian ke dalam bag yang bernilai 1000 yuan.

Bagi mengelakkan dirinya ditahan, wanita tersebut yang memakai baju lengan pendek dan seluar berwarna merah jambu, telah lari ke atas bumbung bangunan 6 tingkat itu.


Beliau kemudiannya melondehkan semua pakaiannya di sana dan mengugut untuk melompat dari bangunan tersebut.

Suaminya kemudian terpaksa memujuknya untuk bertenang, tetapi wanita tersebut seolah-olah tidak dapat mengawal emosi dan cuba engkar dengan nasihat suaminya itu.

Setelah lama berkedaan demikian, pihak polis berjaya juga memujuk wanita tersebut untuk bertenang dan memabawanya turun ke bawah.

Lihat gambar Dibawah:











OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”