Thursday, 14 November 2013

ANDA NAK JUAL EMAS?


ANDA NAK JUAL EMAS? saya Sedia Membeli Emas Anda Dgn Harga Yang Tertinggi.!! Jika Emas Anda di ar-rahnu Kami Sediakan Modal Untuk Menebus Emas Anda Dan Jangan Biarkan Surat Pajak Anda Tamat Tempoh begitu Sahaja..Masih Ada baki TUNAI untuk anda.Untuk sebarang pertanyaan atau jualan sila hubungi saya.

Sms/call/whatsapp/pm:012-2431483
Wechat id: ammal_photo
BB pin: 74A5A6D3

Wanita Tak Puas Dicerai Dengan Talak Tiga, BAKAR DIRI Depan Bekas Suami Di Puchong

Kuala Lumpur – Akibat tertekan dengan masalah rumah tangga dihadapi selepas diceraikan dengan talak tiga, seorang wanita nekad cuba membunuh diri dengan mencurah petrol dan membakar diri di depan rumah bekas suaminya di Puchong, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, wanita berusia 25 tahun yang bertugas sebagai penjawat awam itu kini dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas terbakar hampir 80 peratus.

Sumber memberitahu Harian Metro, sebelum kejadian, mangsa datang ke rumah bekas suaminya sebelum berlaku pertengkaran mulut akibat tidak berpuas hati apabila diceraikan dengan talak tiga.

“Pasangan berkenaan dikatakan sering bergaduh menyebabkan bekas suami wanita itu menceraikannya dengan talak tiga kerana tidak tahan dengan sikap cemburu buta wanita itu yang menuduh bekas suaminya mempunyai hubungan sulit,” katanya.

Difahamkan, pasangan berkenaan baru lapan bulan berkahwin dan ia perkahwinan kedua wanita berkenaan.
Menurut sumber, selepas berlaku perang mulut, wanita berkenaan meninggalkan rumah itu dengan memandu kereta.

“Bagaimanapun, kira-kira 10 minit kemudian, wanita itu datang semula ke rumah berkenaan dengan membawa sebotol petrol lalu dicurahkan ke badannya ketika masih berada dalam kereta.
“Bekas suaminya cuba menghalang perbuatan itu, namun gagal sebelum wanita itu terlebih dulu menyalakan pemetik api menyebabkan api terus menyambar seluruh badannya,” katanya.
Menurut sumber, bekas suaminya turut melecur pada kedua-dua lengan dan dada, namun sempat menghantar bekas isterinya ke hospital.

Katanya, bekas suaminya cuba menyelamatkan wanita itu tetapi gagal sebelum pantas memeluk badan bekas isterinya dalam usaha memadamkan api.

“Akibatnya, bekas suami wanita itu juga melecur pada kedua-dua lengan dan dada, namun sempat menghantar bekas isterinya ke hospital,” katanya.

Difahamkan, wanita berkenaan dilaporkan kritikal dan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang manakala bekas suaminya pula menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

AKSI RANJANG MARSHA DAN WAN HANAFI DALAM LAGA

Adengan panas marsha milan londoh dan wan hanafi dalam filem laga sebenarnya adalah penting yang akan menyokong jalan cerita filem laga itu.namun,baru-baru ini adegan ranjang marsha dan wan hanafi dalam filem laga telah disunting kerana atas nasihat lembaga penapisan filem jika filem itu mahu dikekalkan.
EKSLUSIF! AKSI RANJANG MARSHA DAN WAN HANAFI DALAM LAGA

“Adegan itu bukan kita buat atas dasar ingin menjual aksi panas tetapi ia ada sebab tertentu yang memberi kesan terhadap jalan cerita.

“Pada mulanya ia dipotong oleh pihak LPF, namun selepas kami buat satu surat laporan yang menyatakan sebab-sebab ia perlu dikekalkan, LPF membenarkan dengan syarat kami harus membuat beberapa suntingan semula,” katanya.

Dalam filem laga menyaksikan beberapa aksi panas iaitu perlakuan seperti suami isteri yang sedang beramah mesrah,berurut serta belaian-belaian yang akhirnya perhubungan intim terjadi.tetapi setiap perlakuan dalam filem laga itu mempunyai isi yang tersirat dan tersurat yang membuatkan filem laga itu memberikan impak yang lebih terhadap penonton.

“Saya tahu ia mungkin dikatakan adegan panas, namun ramai juga orang yang sudah berkahwin pun tidak tahu tentang beberapa teknik yang ingin saya paparkan.

“Ia juga simbolik tentang kasih sayang yang kuat antara suami dan isteri,” katanya.

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB)

TAWARAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM PENDIDIKAN PEMBANTU TADBIR / PENYELENGGARA STOR KEMASUKAN 2013/2014
Tarikh Tutup: 27 Nov 2013

Maklumat Lanjut Sila Klik Di Sini

Kenaikan Cukai Pintu DBKL Naik di Kuala Lumpur Sehingga 267%?


Kenaikan cukai pintu DBKL naik di Kuala Lumpur : Rakyat malaysia selama ini acapkali disogokkan dengan slogan ” Rakyat didahulukan pencapaian diuatamakan.

Nah, hari ini rakyat Malaysia merasai terlebih dahulu bahang kehangatan lonjakan cukai pintu di Kuala Lumpur melebihi peratusan yang tinggi atas nama pencapaian bandaraya Kuala Lumpur yang dikelilingi nilai hartanah yang terus melambung tinggi seperti mana dijangka (SEPERTI DI SINI) hanya yang berpendapatan Rm12,000 sebulan sahaja mampu beli rumah teres. Natijahnya…..

Natijahnya, rakyat Malaysia yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur bakal berhadapan dengan tekanan untuk bayar cukai pintu di Kuala Lumpur yang telah meningkat melebihi 100% – 200%.

Kenaikan Cukai Pintu DBKL Naik : Aduan Orang Ramai?

Terdapat beberapa aduan yang diterima Berita Semasa apabila ada di antaranya sudah pun menerima bil cukai pintu yang dicadangkan….

Berdasarkan respon Menteri yang bertanggungjawab, atas nama mahu meningkatkan kantung pendapatan semasa kerajaan Malaysia, kenaikan cukai pintu DBKL naik bakal memberikan manfaat kepada pemiliknya seperti anda, anda di sini melihatkan lonjakan nilai hartanah di sekitar Kuala Lumpur. Siapa kata begini?

Dan ini antara bil cukai pintu DBKL yang bakal dikenakan warga Kuala Lumpur seperti di bawah ini, di mana DBKL sudah mula memulakan “langkah kanan” mereka dengan menghantar Notis Menyemak Semula Nilaian.

Semakin tinggi nilaian hartanah anda, semakin tinggi cukai pintu DBKL yang bakal dikenakan. Dan kenaikan cukai pintu DBKL naik kali ini agak mengejutkan apabila naik secara mendadak dalam keadaan kos sara hidup dan pendapatan boleh guna rakyat Malaysia semakin tidak menentu.

Jadi bagaimana cara mahu kira cukai pintu DBKL yang perlu anda bayar? Semak Bil DBKL dan mereka akan tunjuk nilaian & kadar. Kadar DBKL untuk cukai pintu adalah 6%. Di bawah ini sebagai contoh pengiraan sahaja sahaja :

Tahun 2013 nilaian RM 4,080 x 6% kadar cukai pintu = RM244.80 setahun @ RM122.40 setiap 6 bulan
Tahun 2014 nilai semua RM10,800 (nilai yang DBKL cadangkan) x 6% kadar cukai pintu = RM 648 @ RM324 setiap 6 bulan

Bermakna telah berlaku kenaikan cukai pintu naik di Kuala Lumpur sehingga melebihi 100%. Manakala berdasarkan aduan yang diterima setakat ini terdapat sebuah rumah kos rendah di Taman Orkid Desa, Cheras di mana kenaikan cukai pintu mencecah 267%. Bagaimana pula kadar cukai pintu DBKL di tempat anda pula? Munasabah atau membebankan?

Kes AMBANK: Pembunuh Pegawai AMBANK akan Dibela

SHAH ALAM: Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan pada Rabu meminta orang ramai bersikap lebih rasional dalam memberikan komen terhadap kaedah yang digunakan polis semasa menangkap suspek utama kes bunuh pegawai bank Ahad lepas.

Anggota-anggota yang memberkas suspek utama itu tahu apa yang perlu mereka lakukan serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, katanya kepada wartawan selepas menghadiri Majlis Himpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas komen berhubung penangkapan suspek utama kes itu di sebuah laman sosial yang mempersoalkan keperluan suspek itu dikawal oleh sekurang-kurangnya empat orang didakwa komando Unit Tindakan Khas yang lengkap bersenjata dan bertopeng muka.

Kes pembunuhan kejam pegawai AmBank Norazita Abu Talib di Subang Jaya, dekat sini 23 Oktober lepas merupakan kes berprofil tinggi dan menimbulkan kemarahan orang awam menyebabkan kes itu perlu menggunakan anggota terlatih dan pakar, katanya.

“Kita kena lihat ia kes jenayah profil tinggi, dia (suspek) melarikan diri, kami tidak mahu dia membunuh orang lain atau mencederakan dirinya sendiri dan kami mengambil kira dari semua sudut.

“Biar kami lakukan kerja kami, kami ada SOP dan kami tahu apa yang kami lakukan. Kami mentafsir dan menilai mengenai keselamatan dan kami tahu apa kami buat,” katanya.

-BERNAMA

Sepatutnya penjenayah ni kena hentak kaw-kaw,tak payah nak SOP sangat,dah terang-terang dia tembak pegawai bank tu,nak pembelaan apa kejadah lagi!!!

Jatuhkan Hukuman terus,tak perlu reman,siat-siat kulit biawak tu,baru dia tau langit tinggi ke rendah!! serius MF nak cakap peguam PR memang buta tuli,haram J!!!.

BATANG OK, KEPALA OK, TAPI...

adi, malam nanti @ malam Jumaat, fikir dulu ketika masuk ke bilik tidur. Jangan terlalu bersemangat, sebab takut-takut subuh esok paip tidak berair, dan sepanjang hari anda tidak boleh sembahyang!

TIDAK syak lagi, di KL air menjadi salah satu penyebab stres. Bayangkan awal pagi di bilik mandi, ketika seluruh tubuh telah dilumur dengan sabun, dan buih syampu di kepala belum berbilas, tiba-tiba air paip terhenti.

Puas batang paip digoyang, kepalanya diketuk, tetapi tidak ada air. Memang tertekan, malah anda mungkin menjerit sambil menumbuk dinding. Percayalah jika jeritan didengar hingga sepuluh kilometer pun, air tetap tidak keluar.

Bekalan air dihentikan tanpa sebarang amaran! Terimalah hakikat yang kini sudah menjadi sebahagian ciri hidup moden di kota metro. Kediaman mewah dengan semua kelengkapan canggih berkelas dunia, tetapi paip kering. Apa ertinya batang cantik, kepala molek, jika tidak berair.

Perogol Tua Rakam Gambar Mangsa Dengan HP Di Tangkap

Kuala Lumpur: Menipu kononnya dia pemilik sebuah pusat beli-belah di Pandan Indah, dekat sini, seorang lelaki berusia 57 tahun licik memerangkap gadis muda sebelum merogol serta merakam gambar bogel mereka menggunakan telefon bimbit.

Setakat ini, dua mangsa membuat laporan polis selepas menjadi mangsa ‘Romeo tua’ itu membabitkan seorang remaja berusia 14 tahun dan wanita berusia 23 tahun yang mendakwa dirogol pada 5 Oktober dan pertengahan September lalu.
Bagaimanapun, sumber polis berkata, kedua-dua mangsa hanya membuat laporan polis pada 9 November lalu dan susulannya, suspek berjaya ditahan di rumahnya di Subang Jaya, dekat sini, Isnin lalu.

Menurutnya, dalam aduan mangsa, suspek dikatakan sering berlegar-legar di sebuah pusat beli-belah di Pandan Indah dan akan mendekati wanita yang mencari pekerjaan di kompleks perniagaan itu.


“Dia kemudian mengaku sebagai pemilik pusat beli-belah itu dan bersedia mengambil mereka bekerja, namun mangsa perlu mengikutnya terlebih dulu untuk ditemu duga,” katanya.


Sumber itu berkata, dalam laporan polis dibuat mereka, kedua-dua mangsa mendakwa mereka percaya suspek benar-benar pemilik pusat beli-belah berkenaan kerana lelaki itu berpakaian kemas dan perwatakannya seperti orang kaya.

“Selepas mangsa bersedia menerima pekerjaan ditawarkannya, lelaki itu memberitahu dia perlu menjalani temu duga di pejabat yang terletak di USJ 19.

“Mangsa kemudian mengikut suspek menaiki sebuah kereta dan sebaik tiba di pusat beli-belah berkenaan, dia memberi alasan tertinggal dokumen di kondominiumnya yang terletak di atas pusat beli-belah itu,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudian mengajak mangsa mengikutnya dan ketika berada di dalam rumah, suspek memberikan minuman dipercayai dicampur ubat khayal kepada mangsa.

Katanya, selepas mangsa tidak sedarkan diri suspek merogol mangsa dan merakam gambar mereka dalam keadaan bogel.

“Selepas mangsa tersedar beberapa jam kemudian dan mendapati mereka tidak berpakaian, suspek memberi amaran supaya tidak melaporkan kejadian kepada polis jika tidak mahu rakaman video dan gambar bogel mereka disebarkan,” katanya.

Sumber itu berkata, polis percaya kemungkinan ada lagi wanita yang turut menjadi mangsa suspek dan meminta mereka membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli semalam mengesahkan kejadian dan memberitahu suspek kini direman untuk siasatan lanjut.

Semakan Keputusan UPSR 2013

Keputusan UPSR 2013 akan diumumkan pada hari Khamis, 14 November 2013. Calon UPSR boleh mengambil slip Keputusan UPSR 2013 selepas jam 10.00 pagi di sekolah masing-masing.

Ibu bapa, penjaga dan Calon-calon UPSR boleh juga mendapatkan Keputusan UPSR secara Online atau SMS.





Login ke Sistem Analisis Peperiksaan http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php 
Masukkan No. Kad Pengenalan atau Surat Beranak
Klik pada ruangan yang di sediakan pada "SEKOLAH RENDAH"
Masukkan tahun peperikasaan (2013)
Klik pada butang " Semak Laporan"
Semakan SMS UPSR

Nombor Angka Giliran dan hantar ke 15888 Contoh: UPSR JF001A026 hantar ke 15888. Semakan SMS bermula pada jam 10 pagi, 14 November 2013.

42,646 calon UPSR dapat semua A

PUTRAJAYA 14 Nov. - Seramai 42,646 orang atau 9.15 peratus calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 berjaya memperolehi A dalam kesemua mata pelajaran yang diduduki.

Keadaan itu menunjukkan peningkatan berbanding 8.94 peratus calon yang mendapat semua A dalam UPSR tahun lalu.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud berkata, 56.28 peratus calon mendapat minimum gred C dalam UPSR 2013.

"Calon di bawah tahap penguasaan minimum iaitu mendapat gred D atau E ialah 3.36 peratus, menurun 0.06 peratus berbanding 2012," katanya di sini hari ini.

Semua calon boleh mendapat keputusan UPSR mulai pukul 10 pagi di sekolah masing-masing




Siti Nurhaliza Kurang Senang Perkataan Budak Suruhan KJ

Siti Nurhaliza Kurang Senang Perkataan Budak Suruhan KJ | Susulan teguran Dato' Siti Nurhaliza terhadap Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai, penyanyi nombor satu negara ini sekali lagi memberi kenyataan bagi menjernihkan keadaan.

Siti Nurhaliza Kurang Senang Perkataan Budak Suruhan KJ

Menerusi laporan sebuah akhbar, Siti menganggap tegurannya terhadap KJ adalah kerana penggunaan bahasa yang tidak sesuai dan tidak kaitan dengan bola sepak;

"Siti cuma tidak berapa suka dengan pendekatan Khairy kerana beliau menteri muda dan sentiasa dipandang tinggi. Perkataan “budak suruhan” daripada seseorang yang muda sepertinya kepada yang agak tua seperti Datuk Jamal memang kurang manis."

Dalam pada itu, pengurus penyanyi ini, Rozi Abdul Razak menerusi akaun Instanya turut mempertahankan tindakan Siti dan mengharapkan agar orang ramai tidak menambah kenyataan Siti sebelum ini.
"Bukan lg polimek jika seorg manusia x boleh lagi mberi nasihat kpd manusia yg lain. Apatah lg jika nasihat itu adalah nasihat yg baik.

"Bijaksana seseorg itu bkn dibezakan dr U mana dia dtg atau hanya lepasan sek. menengah misalnya, ttp bgaimana seseorg itu mggunakan akalnya.

"Jgn kikis kreadibiliti pada saat perjalanan manis, satu hari segalanya menjadi sadis. Kala itu tak mudah meraih magis."

Motor kapchai Tidak di Denarkan Di Lebuh Raya?


KUALA LUMPUR 12 Nov. - Motosikal kapasiti enjin (CC) rendah berkemungkinan tidak dibenarkan berada di lebuh raya bagi melindungi pengguna kenderaan itu daripada risiko kemalangan jalan raya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadilah Yusof berkata, kementeriannya telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji permasalahan itu memandangkan bukan semua lebuh raya menyediakan lorong khas motosikal.

Katanya, berbanding motosikal berkuasa tinggi, pengguna motosikal kecil terdedah kepada risiko kemalangan kerana angin daripada kenderaan lain yang laju boleh mengakibatkan motosikal itu berada dalam keadaan tidak seimbang.

"Kita sedang melihat bagaimana kita dapat menangani permasalahan ini, sama ada motosikal dibenarkan di lebuh raya, sama ada dikenakan tol, kategori mana yang dikenakan tol ataupun tiada tol untuk mereka, ini akan diperincikan," katanya sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang bertanyakan mengenai lorong khas motosikal di lebuh raya untuk mengelakkan motosikal menggunakan laluan kereta dan kenderaan lain.

Menurut Fadilah, buat ketika ini, hanya Lebuh Raya Persekutuan menyediakan lorong khas motosikal dan pembinaan lorong itu di semua lebuh raya memerlukan kos tambahan melibatkan RM2 juta untuk setiap satu kilometer.

Sementara itu, menjawab soalan asal Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) yang bertanyakan sebab motosikal berkuasa tinggi tidak perlu membayar tol walaupun mempunyai CC besar setaraf kereta, Fadilah memberitahu, pengenaan tol di lebuh raya hanya ditentukan berasaskan kelas atau jenis kenderaan.

"Sehubungan itu, motosikal berkuasa tinggi tidak dikenakan kutipan tol kerana ia termasuk di bawah kategori kenderaan dua gandar atau dua roda yang dikecualikan daripada kutipan tol.

"Ini termaktub dalam hampir semua perjanjian konsesi lebuh raya kecuali di Lebuhraya Linkedua Malaysia-Singapura untuk Plaza Tol Tanjung Kupang dan di Jambatan Pulau Pinang di mana motosikal turut dikenakan tol," katanya.




Neelofa Tampil Seksii Dan Memikat



Gambar terbaru Neelofa yang amat memukau dan menakjubkan. Dia yang terpilih menghiasi muka depan Majalah Mingguan Pancaindera dilihat mengenakan pakaian gaun kuning muda bertatahkan lapisan dalaman kain putih nipis yang bercorak.

Rasanya bukan setakat admin sahaja yang terpukau dan tergamam dengan penampilan hebat pengacara MeletOp itu malah para pembaca dan jejaka di luar sana juga. Kejap lagi, ramailah lelaki yang terdesak dan terdorong nak kacau Neelofa samada melalui laman sosial, by calling or SMS.





Temuduga Terbuka Di AirAsia

Temuduga terbuka di Air Asia sebagai Cabin Crew. Berikut adalah tarikh dan lokasi temuduga yang dijadualkan :-

KUALA LUMPUR 16 November 13
Location:
PARKROYAL HOTEL Kuala Lumpur
Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

PENANG 30 November 13
Location:
AirAsia Berhad Penang International Airport Lot 315,
Mezzanine Floor, Level 3,
11900 Bayan Lepas Pulau Pinang  Malaysia

REGISTRATION FROM 9AM TO 11AM

Open to Malaysians only (Male/Female)
Age: 20 – 35 years old
(Age 18 must produce PLKN clearance - bring along Certificate of Completion or Semakan Pelatih from khidmatnegara.gov.my)

Height: Female - min. 157cm, max. 170cm barefoot
Male – min. 170cm, max. 180cm barefoot

Minimum Criteria:
• SPM with CREDIT in English and Bahasa Malaysia

Graduates from any disciplines are encouraged to apply.

Absolutely essential:
-Outgoing, fun and stunning personality
-Inexhaustible smile, vibrant and energetic
-Fluency in written/spoken English and Bahasa Malaysia
-Good communication skills
-Possess a positive attitude with the natural ability to provide excellent service working within a team environment, & dealing with people from all cultures.

Dress code:
Female- Smart casual,(strictly, knee length dress/skirt only) with full make up,
Male- Smart casual and stylish


Application details:
-Completed application form , available @ http://www.airasia.com/FA-application/form.html
-Original & copies of certificates of Higher Education or its equivalent
- SPM with Credit in English and Bahasa Melayu
-Latest CV (Please print from Jobstreet)
-Original and copies of NRIC
-1 copy of latest passport size photograph (head & shoulder)
-1 copy of latest full body photograph (postcard size)

*Experienced crews are encouraged to apply

*Position is based in LCC Terminal, Sepang, Malaysia

Only shortlisted candidate will be notified.

Maklumat Lanjut dan Borang Klik Di Sini

Perjawatan Kosong di Hospital Fatimah

Jawatan kosong terkini di Hospital Fatimah, Ipoh, Perak. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan  sebagai :-

1. Colorectal Surgeon
2. Urologist
3. Neurologist
4. Nephrologist
5. Pharmacist
6. Pharmacy Assistant

Tarikh tutup permohonan pada 18 November - 13 Disember 2013


Maklumat Lanjut klik Di Sini

Perjawatan Kosong di Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad

Jawatan kosong terkini di Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat). Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan  terkini di Bank Rakyat sebagai 

1. Eksekutif (Lantikan Kontrak)
2. Kerani Tingkatan Biasa (Lantikan Kontrak)
3. Eksekutif, Premium Banking Gold

Tarikh tutup permohonan pada 29 November - 12 Disember 2013

Maklumat Lanjuk Sila Klik Di Sini

Perjawatan Kosong di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)

Jawatan kosong terkini di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH). Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan  di Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)  sebagai :-

1. Akauntan W41



Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 November 2013

Perjawatan Kosong di UKM TECH Sdn Bhd

Jawatan kosong terkini di UKM Technology Sdn Bhd. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan  di UKM Technology Sdn Bhd  sebagai :-

1. Analyst Programmer
2. Executive - Commercialisation

Tarikh tutup permohonan pada 26 November dan 13 Disember 2013


Permohonan hendaklah dibuat menerusi laman Jobstreet.

Maklumat Lanjut Sila Klik Di Sini

Perjawatan Kosong di AGENSI BERITA NASIONAL (BERNAMA)

Jawatan kosong terkini di BERNAMA. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakn untuk mengisi kekosongan jawatan  di Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) sebagai :-

1. EKSEKUTIF EDITORIAL (KONTRAK)
2. PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN GRED S27
3. PENGURUS PEMASARAN/JUALAN & PEMBANGUNAN PERNIAGAAN

Tarikh Tutup Permohonan pada 14,15 dan terbuka

Maklumat Lanjut Sila Klik Di sini

Perjawatan Kosong di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

Jawatan kosong terkini  di KTMB. Permhonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebagai :-

1. Polis Bantuan (Lelaki Sahaja) -  Tarikh tutup 22 November 2013
2. Regional Safety Officer - Tarikh tutup 14 November 2013
3. Senior Auditor (Operation & Technical) - Tarikh tutup 21 November 2013
4. Senior Executive Technical Safety (Civil Engineering Works) - Tarikh tutup 14 November 2013

**Sila klik pada senarai iklan jawatan di atas untuk syarat dan permohan

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan pengalaman, butir-butir peribadi beserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan, sekeping gambar berukuran pasport  dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar  ke alamat seperti berikut:-

Pengurus Besar
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
(Unit Perancangan Kakitangan)
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur

Tel: 03-22631368/03-22631312

Harga Minyak RON 97 (Turun 10 sen)


OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”