Tuesday, 4 March 2014
Syamsul Yusof Masuk Wad Suspek Demam Denggi
PETALING JAYA: Pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof, 30 kini ditahan di Pusat Perubatan Gleneagles, dekat sini, selepas disyaki menghidap demam denggi.
Ibunya, Datin Patimah Ismail berkata, dia membawa Syamsul ke hospital pagi Selasa selepas mengadu sakit kepala dan demam teruk sejak dua hari lalu.
"Saya bawa Syamsul ke hospital pagi tadi lepas dia mengadu sakit kepala dan suhu badan dia sangat panas.
"Pada mulanya saya ingat hanya demam biasa sahaja, tapi bila sudah dua hari demamnya semakin teruk, saya terus bawa dia ke hospital dan doktor syak ia mungkin demam denggi," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Tambah Patimah, buat masa ini doktor masih lagi membuat pemeriksaan lanjut selepas mengambil contoh darah anak lelakinya itu untuk mengetahui penyakit sebenar.
Sementara itu, Patimah memberitahu, Syamsul sempat berjenaka akan bernikah di hospital jika keadaannya masih belum sihat pada hari pernikahannya yang bakal berlangsung 8 Mac ini.
"Setakat ini doktor masih belum buat pengesahan rasmi tentang penyakit ini dan baru sahaja ambil darah untuk pemeriksaan lanjut.
"Syamsul juga ada berseloroh untuk bernikah di hospital jika keadaan belum sihat menjelang hari pernikahannya nanti," ujarnya.
Patimah turut meminta peminat turut mendoakan agar kesihatan anaknya kembali pulih secepat mungkin.
Syamsul Yusof dan tunangnya, Puteri Sarah Liyana dirancang akan bernikah pada 8 Mac ini di masjid Sri Damansara di sini pada pukul 10 pagi.
mStar Online
Tengku Adnan Tengku Mansor Nafi Ada Hubungan Dengan Erra Fazira
Belum usai orang bercakap tentang kisah perpisahan Erra Fazira dan Engku Emran, timbul pula khabar angin mengatakan yang pengacara Primadona itu mempunyai hubungan dengan seorang ahli politik berstatus menteri.
Ahli politik yang dimaksudkan itu adalah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan apabila diajukan soalan tentang khabar angin ini oleh wartawan politik, menteri itu pantas menafikan.
Jelasnya, beliau tidak ada kaitan sama sekali dengan Erra Fazira & beliau yang juga Setiausaha Agung Umno itu kelihatan terkejut ketika diajukan soalan tentang hubungan istimewanya itu.
“Saya lelaki yang sudah berkahwin dan bahagia dengan perkahwinan saya. Saya dengan Erra Fazira tidak.. tidak. Saya bahagia dengan perkahwinan saya,” katanya kepada Antara Pos ketika diminta mengulas lanjut gosipnya dengan pelakon itu.
Honda Civic Type R Concept
Honda's new Civic Type R Concept seen at the 2014 Geneva Motor Show.This Honda Type R, will be the first European model to receive Honda’s all-new VTEC Turbo engines from the brand’s Earth Dreams Technology range. Power comes from a 2.0-liter turbocharged four-cylinder engine, that is expected to make at least 280 hp with eco-friendly emissions.
Kereta Besar Mewah Tapi Otak Tak Cukup Besar
GAMBAR ini diambil di tempat letak kereta di sebuah pasaraya.
Tidak dinyatakan di mana, oleh siapa yang mengambil gambar tersebut tetapi tindakan tuan kereta ini menganggu orang lain dan salah.
Mungkin semasa itu tempat pakir penuh, jadi di situ sahaja tempat yang dia rasa sesuai.
Bagaimanapun tindakannya memang salah baik dari segi undang-undang dan menganggu orang awam.
GADIS-GADIS KECIL INI RUPANYA ANGGOTA KUMPULAN METAL(Baby Metal)
rupanya mereka ni
penyanyi lagu2 metal dari jepun
Dengan nama Baby Metal mereka
terdiri daripada SU-METAL (15 tahun),
YUIMETAL dan MOAMETAL (13 tahun.
aku terima lagi la..sebab dengar la jugak
bijik butir yang dia sebut,waLaupun tak paham
bahasa jepun..kan??
kalau muzik metal yang lagu entah apa dia sebut
yang dengar bunyi macam lembu nak
beranak tu yang tak boleh nak aku hadam..
hehehe..
Boleh ke youtube cari video mereka ye....
Antara lagu
BERTUDUNG TAPI PAKAI KEBAYA KETAT NAMPAK SELUAR DALAM!
Ada sesetengah golongan wanita yang suka menempah dan memakai baju kurung atau kebaya mengikut bentuk saiz badan. Kalau longgar katanya tak selesa la. Nak yang betul-betul 'just nice'. Bila berjalan dan duduk boleh nampak bentuk betis, peha, punggung, dada, coli dan seluar dalam akibat terlalu sendat. Dah macam trend pulak pakai long dress muslimah "telanjang" atau kebaya ketat. Kadang-kadang masa hari raya, trend macam ni yang jadi pilihan. Bertudung dah cantik, tapi baju pulak yang ketat.
Bukan nak masuk campur dalam hal berpakaian. Itu mungkin hak anda. Tapi saya jugak ada hak nak bagi nasihat sesama saudara islam. Nak dengar atau tidak, terpulanglah. Simpan yang sepatutnya untuk suami sahaja. Pelihara maruah, elak maksiat, jauhkan dari dosa. Nasihat kepada semua termasuklah kepada SI DIA INI.
Video Budak Sekolah Berpelukan Mesra Dalam Bas Awam
Wowwww...Sebuah lagi video yang memaparkan keruntuhan akhlak remaja zaman sekarang tersebar. Video berdurasi 1:44 saat yang dirakamkan oleh seorang penumpang sebuah bas memaparkan aksi 'panas' sepasang remaja sedang berpelukan.
Apa yang lebih memalukan, kelakuan tersebut dibuat dihadapan penumpang-penumpang lain yang turut berada di situ.
Mereka lakukannya seolah-olah tiada mata yang memandang.
Kelakuan terkutuk itu sampai kemuncaknya apabila si gadis yang masih lagi beruniform sekolah mencium pipi teman lelakinya tanpa segan silu.
Bibit sebeginilah yang mengundang perlakuan zina dan berkahir dengan kes-kes pembuangan bayi.
Semoga pihak berwajib, sekolah dan ibu bapa dapat mengembleng tenaga dalam menangani masalah sebegini.
TONTON VIDEO AKSI PANAS GADIS SEKOLAH PELUK DAN CIUM PAKWENYA DI BAWAH.
GEMPAR !!! ERRA FAZIRA KINI BERCINTA DENGAN PAK MENTERI? SAPA??
GEMPAR !!! Erra Fazira kini bercinta dengan pak menteri? Sapa?? | KUALA LUMPUR: "Saya sebenarnya tidak kenal pun Ku Nan. Apabila disebut nama penuhnya iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, saya macam pernah dengar. Rupa-rupanya beliau seorang menteri dan saya sememangnya tidak pernah bekerjasama dengan," ulas primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira.
Peminat dikejutkan dengan berita hubungan Erra dengan Menteri Wilayah Persekutuan itu yang disiarkan menerusi sebuah akhbar, hari ini.
Erra berkata, berita yang disampaikan oleh pengurusnya, Pauzi Samad, itu memang mengejutkan sekaligus mengganggu tumpuannya untuk teater muzikal Suara Kita anjuran Awie dan turut disertai oleh Ziana Zain yang bermula hari ini.
"Sebenarnya jadual saya begitu padat sekarang sehinggakan tidak dapat bercuti bersama kakitangan. Pengurusan telah menyusun jadual kerja saya sehingga Jun.
"Masa untuk anak saya pula, Engku Aleesya, 5, hanya diperuntukkan dua kali seminggu. Jadi, mana saya ada masa untuk bercinta atau dating," katanya yang akan kembali sibuk dengan rakaman program Primadona dan penggambaran drama arahan Erma Fatima selepas ini. - myMetro.
Al Quran Di Campak Dalam Dalam Tandas Masjid Di Besut
Besut- Jemaah yang hendak menunaikan solat subuh terkejut apabila melihat al quran di dalam masjid di campak kedalam tandas dan di sepah sepakkan di dalam masjid, kejadian ini di laporkan berlaku di sebuah masjid di kg limbungan besut malam tadi, buat masa ini pihak Forensik masih lagi melakukan siasatan terperinci di lokasi kejadian, di laporkan ini adalah kejadian pertama berlaku di daerah besut yang mana mejority penduduk nya hampir 96% adalah beragama islam.
Bangla jerit panas bila seorang jururawat yang siap 'diratah' membaca ayat Qursi
gambar hiasan
Menceritakan semula kejadian itu, Intan berkata, dia yang tidur di ruang tamu terjaga apabila mendengar ada orang membuka pintu rumahnya.“Saya terkejut apabila melihat seorang lelaki warga Bangladesh yang tidak dikenali sudah berada di depan pintu rumah.
Saya segera berlari untuk masuk ke dalam bilik namun dihalang,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurut Intan, penjenayah itu mengeluarkan pisau sebelum mendakwa dirinya anggota polis selain memintanya supaya mendiamkan diri.
“Saya tahu dia bukan polis kerana bahasa digunakan seperti warga Bangladesh.
Dia (penjenayah) memeluk dan mula mencium saya.
Saya terpaksa mendiamkan diri kerana bimbang dicederakan,” katanya.
Menurutnya, penjenayah terbabit meminta wang tunai dan barang kemas daripadanya.
“Belum pun sempat berbuat apa-apa, dia (penjenayah) menolak saya ke katil dan mula menanggalkan pakaian dan seluar saya.
“Dia (penjenayah) menjerit kepanasan apabila saya membaca ayat Kursi. Malah, penjenayah itu tidak meneruskan niatnya untuk merogol saya biarpun pakaian
ditanggalkannya,” kata seorang jururawat mahu dikenali sebagai Intan, 21.
Intan berkata demikian ketika menceritakan detik cemas dia cuba dirogol seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh berusia lewat 30-an yang memecah masuk
rumahnya di Kampung Baru, di sini, pada jam 5.45 petang, Selasa lalu.
Dalam kejadian itu, biarpun tidak merogol mangsanya, suspek dilapor merampas wang tunai RM50 selain beberapa barangan berharga lain dianggarkan bernilai
RM300 sebelum melarikan diri.
“Ketika itu, saya berulang-kali merayu supaya dikasihani namun suspek terus menindih badan saya kerana mahu merogol.
“Pada mulanya ada sedikit pergelutan namun saya tidak berdaya melawan kudratnya apatah bimbang dicederakan kerana dia (suspek) berse
Intan berkata, dia yang kebuntuan akhirnya mengambil keputusan untuk membaca ayat Kursi dengan kuat selain berniat di dalam hati untuk menyerahkan nasibnya
kepada Allah.
“Apabila saya baca ayat Kursi, dia (penjenayah) bagaikan kepanasan dan menjerit-jerit mendakwa ‘panas’.
Penjenayah itu tidak jadi untuk merogol saya.
“Penjenayah itu berubah fikiran, dia (suspek)menggunakan tali pinggang dan tudung mengikat kaki serta tangan saya,” katanya memberitahu, suspek melarikan
diri selepas merampas wang tunai RM50 dan beberapa barangan berharga lain.
Katanya, dia yang membuka ikatan di tangan dan kakinya itu tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan
memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan (KK).
Harian Metro
Gambar Rozita Che Wan Tanpa...Selepas
Gambar di bawah adalah gambar Rozita Che Wan ber-selfie dihadapan cermin tanpa sebarang make up di muka. Ya kami pun melihat betul-betul untuk memastikan gambar di bawah adalah beliau. Apabila diteliti memang benar. Kami pasti ini adalah Rozita kerana tahi lalat di bawah mulutnya itu.
Ramai yang menganggap Che Ta kelihatan muda kerana make up. Mari baca beberapa komen peminat tentang gambar Rozita tanpa make-up di bawah.
Ramai yang menganggap Che Ta kelihatan muda kerana make up. Mari baca beberapa komen peminat tentang gambar Rozita tanpa make-up di bawah.
Subscribe to:
Posts (Atom)