Thursday, 3 January 2013

Сar cut in front of the bike


video Bila Pencuri Amatur Nak Rembat Ducati


(video) AZAB KUBUR


ini peringatan untuk yg masi bernafas..

Sekolah pakai Tudung



Megan Fox Ugut saman Laman web Sebar Gambarnya


Ya, lagi cerita gambar bogel. Tapi kali ini mari kita ‘terbang’ sekejap ke luar negara. Kalau Che Tah nekad nak cari dan saman pihak yang mengaitkan namanya dengan sekeping gambar bogel. Sama lah juga dengan Megan Fox.
Jangan sesuka hati nak photoshop-kan wajah Megan Fox pada tubuh bogel entah siapa-siapa… dan kemudian sebarkannya di internet. Sebab, pelakon seksi ini tidak teragak-agak akan menyaman anda! – sekurang-kurangnya itu ‘ancaman’ yang telah dihantar ke sebuah laman web, minggu ini.
Pada masa yang sama, peguam Megan Fox telah menafikan 100% yang itu adalah gambar anak guamnya. Dia juga telah meminta laman web terbabit menarik balik penyiaran gambar bogel palsu aktres popular itu.
Sekitar minggu lalu, laman web tersebut telah menyiarkan gambar sekeping foto bogel yang mirip wajah bintang Transformers itu.




Wangan Midnight The Movie Full


‘Puteri’ Sultan ditangkap dalam operasi cegah maksiat




Gara-gara ingin melepaskan diri daripada ditangkap pihak berkuasa dalam operasi cegah maksiat, seorang gadis sanggup mendakwa dia adalah puteri kepada seorang sultan.

Gadis berusia 26 tahun itu mendakwa sedemikian ketika ditahan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah pusat hiburan di Jalan Doraisamy di sini awal pagi ini.

Dia yang berasal dari Kapit, Sarawak turut mendakwa telah membuat satu laporan polis berhubung statusnya pada 3 November lalu.

Operasi dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia itu dijalankan bagi mencegah maksiat yang dilakukan umat Islam sempena sambutan tahun baharu. 

Ahli Keluarga Tak Datang Menjamin, Zarina Anjoulie Masuk Lokap


Mungkinkah ahli keluarga Zarina Anjoulie tiada di Malaysia sehingga mereka tidak tahu akan berita penahanan Zarina bersama teman lelakinya pada 30 Disember yang lalu? Ini kerana Zarina sekarang terpaksa meringkuk di dalam lokap akibat tiada seorang pun yang datang menjamin dirinya.a



Zarina dikenakan ikat jamin RM2,000 dengan syarat penjamin adalah ahli keluarga. Teman lelaki Zarina telah pun diikat jamin oleh abangnya. Sayangnya tiada ahli keluarga Zarina yang hadir sehingga pukul 4 petang semalam sekaligus menyaksikan dirinya dibawa ke Kompleks Penjara Kajang.


Nampaknya permulaan tahun 2013 adalah sangat tidak bagus buat Zarina Anjoulie kerana terpaksa bermalam di lokap sehingga tarikh perbicaraan pada 8 Februari kelak. Namun mana tahu pengalaman tersebut akan menjadi pengajaran yang berguna buat dirinya. Info asal Mstar Online.

Maharaja lawak mega 2012 minggu 7 Full



Jozan Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 7 Tema... by f100004842160824
Maharaja lawak mega 2012 minggu 7 Jozan by ebikkochan
Boboi Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 7 Tema... by f100004842160824
Jambu Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 7 Tema... by f100004842160824
Jambu Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 7 Tema Kedua by f100004842160824
Shiro Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 7 Tema Kedua by f100004842160824
Shiro Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 7 Tema... by f100004842160824
Boboi Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 7 Tema Kedua by f100004842160824
Boboi - Part 2 Minggu 07 Maharaja Lawak Mega 2012 by NUJUM_
Sabon Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 7 Tema Kedua by f100004842160824
R2 Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 7 Tema Kedua by f100004842160824
Shiro Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 7 Tema Kedua by f100004842160824
Shiro Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 7 Tema... by f100004842160824

6 Gambar cantik Rozita Che Wan yang paling mengujakan

Beberapa gambar Rozita Che Wan yang paling mengujakan. “Mengambil contoh, sekiranya ada antara kita bertubuh gempal dan melihat orang lain bertubuh cantik, jangan pula kita menuduh dia melakukan pembedahan itu ataupun ini. Sebaliknya jadikan dia idola bahawa kita juga mampu cantik serta sihat sepertinya,” - forblogger. Itulah secebis nasihat ikhlas wanita cantik ini, Rozita Che Wan kepada mereka yang tidak habis-habis menyebabkan gosip liar ke atasnya tanpa usul periksa. Memang tidak dinafikan, sejak akhir-akhir ini, Rozita kelihatan semakin jelita dan cantik walaupun usianya sudah menginjak angka 41. Tidak hairanlah mengapa masih ramai jejaka yang berebut-rebut untuk mendekatinya termasuk beberapa pelakon lelaki yang kacak dan lebih muda darinya.







GADIS TOREH TUBUH DENGAN BENTUK PETA NEGERI MARYLAND BUKTI SAYANG PADA NEGERINYA (7 GAMBAR)







29 RAHSIA TENTERA MALAYSIA Yang Kita Tak Pernah Tahu!



RAHSIA NEGARA MALAYSIA | PERINGATAN : Fakta ni bukan tulisan aku.. cuma ambil dan copy di laman sesawang ini LINK. Penulis menggelarkan dirinya Shah Paskal. Paskal bermaksud Pasukan Khas Laut adalah salah satu cabang di dalam organisasi Tentera laut Diraja Malaysia. 29 rahsia negara ini mungkin ada yang benar dan mungkin tidak.

1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong.

2. Kemalangan pesawat MAS (MH653) di Tanjung Kupang bukan berpunca dari kerosakan enjin atau pilot error tetapi ada orang kata perbuatan sabotaj atau rampasan.

3. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan “Smart Bomb” dari pesawat pengebom NATO.

4. Pernah berlaku pemberontakkan “Mutiny on ship” dalam sejarah Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), mereka yang terlibat kemudian dibicarakan di Mahkamah Tentera (Fakta tidak dapat disahkan).

5. Kapal perang TLDM, KD Selangor pernah terlibat dengan pertempuran laut dengan tentera Indonesia di mana seorang anak kapalnya mati semasa peristiwa konfrantasi dahulu.

6. Tahukah anda filem “Black Hawk Down” mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi wira , tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf.

7. Beberapa orang pegawai dari lain-lain pangkat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditangkap kerana menjual maklumat semboyan kepada pihak Singapura.

8. Juruterbang Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan standby di cockpit pesawat mereka 24 jam apabila timbul isu panas terutama yang melibatkan Singapura.

9. TUDM telah menghantar pesawat Hawk ke Labuan semasa untuk kemungkinan peperangan semasa isu perebutan kepulauan Ambalat dengan Indonesia.

10. Seorang rakyat Malaysia pernah menjadi perisik KGB dan telah ditangkap oleh pegawai perisikan negara di antara tahun 70 – 80an dahulu dan beliau mengakui pegawai Cawangan Khas dan risik ATM sebenarnya sangat cekap.

11. Malaysia pernah mahu membeli pesawat Boeing AWACS semasa tahun 80an dahulu tetapi membatalkan hasrat tersebut selepas niatnya di bocorkan oleh media tempatan, wartawan yang mendedahkan isu itu kesemuanya di soal siasat oleh polis Bukit Aman.

12. TLDM sudah pun mempunyai kapal selam tetapi dalam bentuk mini subs, untuk kegunaan pasukan PASKAL.

13. Filiphina pernah “mengacah” sebuah kapal perang TLDM apabila dua jet pejuang F-5 mereka terbang rendah semasa satu isu dahulu.

14. TLDM sering membantu AS melalui pergerakkan kapal-kapal selam Russia di Selat Melaka semasa era Perang Dingin dahulu dan ini menunjukkan, TLDM sudah pun mempunyai sistem pengesan kapal selam yang amat baik pada ketika itu.

15. Singapura sering menguji sistem pertahanan Malaysia terutama radar melalui sistem peperangan elektroniknya dari dahulu sehingga sekarang.

16. Jumlah pelancong Singapura akan bertambah di sesuatu kawasan apabila ATM membuat eksesais tentera di kawasan terbabit.

17. Tentera Singapura akan membawa peluru betul tetapi berselindung di sebalik nama latihan apabila timbul isu panas dengan Malaysia sebagai contoh ketika lawatan seorang pemimpin Israel ke negara itu satu ketika dahulu.

18. CIA pernah memasang pelbagai alat pengintipan canggih di KLCC, aktiviti tersebut berselindung di sebalik pengambaran filem Entrapment lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta Jones (Fakta tidak dapat disahkan)

19. Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu (Fakta tidak dapat disahkan)

20. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis.

21. Program permodenan ATM yang dikenali PERISTA dibatalkan oleh bekas PM, Mahathir Mohamad apabila terlalu banyak penyelewengan dalam program itu. PERISTA dibangunkan sebagai persediaan untuk menghadapi ancaman komunis yang telah menang di Vietnam.

22. Kapal perang tercanggih TLDM (bergantung kepada zaman) akan dihantar dahulu dan berlabuh di perairan antarabangsa apabila ada lawatan Perdana Menteri Malaysia ke negara itu.

23. Pesawat Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pernah divert (tidak diketahui sesiapa) ke Pakistan untuk melihat ujian bom nuklear pertama negara itu. Mahathir kini TUN menjadi satu-satunya pemimpin Islam di luar Pakistan yang pernah menyaksikan ujian tersebut (maklumat ini disampaikan sendiri dari seorang anggota perisikan Pakistan kepada penulis satu ketika dahulu).

24. Juruterbang Australia pernah mengelar pilot pesawat pejuang TUDM, “Berani tetapi Gila” dalam satu temuramah dengan media di negara kita. Australia dan TUDM sering mengadakan latihan bersama semasa negara itu mempunyai skuadron pesawat pejuangnya di Butterworth.

25. Helikopter Nuri pernah ditembak jatuh dengan roket semasa darurat dahulu.

26. Peristiwa di Pasar Bakara, Somalia menyaksikan dua buah kereta kebal Pakistan yang sepatutnya melindungi konvoi tentera Malaysia bertindak melarikan diri (Ini disahkan oleh seorang pegawai tentera).

27. Kapal peronda TLDM pernah karam di Laut China Selatan akibat cuaca buruk dan beberapa orang anak kapalnya hilang.

28. Dua pesawat pejuang jenis Sabre dari Butterworth (tahun 1970an) pernah dilancarkan ke udara selepas radar di pengkalan itu mengesan pencerobohan pesawat asing (UFO-hal ini pernah saya baca dalam akhbar di Perpustakaan Negara dan ada dalam sebuah buku mengenai UFO yang saya temui di perpustakaan UiTM Shah Alam).

29. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk (Nak tahu sila baca artikel tulisan wartawan MG Pillai yang saya sertakan dalam blog ini pada Dec, 2008).

TIGA Bulan Kahwin Masih..'Tongkat Ali 2 Minit!' - Ustaz Azhar Idrus


Sikap Lelaki dan Rambut | Rahsia Sifat


Sikap dan Sifat seseorang manusia banyak ragamnya. Lelaki atau Perempuan, Kecil atau Besar, mereka semua ada ragamnya yang tersendiri. Bila diperhatikan, sikap dan sifat ini sungguh unik. Berikut ialah info mengenai Sikap dan sifat Lelaki berdasarkan Gaya dan Jenis Rambut.

Rahsia Sikap Lelaki berdasarkan Jenis dan Gaya Rambut

Rambut LURUS
Seorang lelaki yang bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan berpotensi dalam bidang kesenian.

Rambut KERINTING TEBAL
Seorang lelaki yang kurang bijak, degil, cenburu kuat, romantik, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung,

Rambut KERENTING NEGRO
Seorang lelaki yang bijak, ego, cemburu buta, romantik , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

Rambut IKAL MAYANG
Seorang lelaki yang bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

Rambut HALUS atau LEMBUT
Seorang lelaki yang bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

Rambut SIKIT atau JARANG
Seorang lelaki yang bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

Rambut PERANG
Seorang lelaki yang kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

Rambut TEBAL
Seorang lelaki yang bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.

Rambut KUSUT
Seorang lelaki yang sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.

Rambut BERUBAN
Seorang lelaki yang kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesai kan masalah diri.

Rambut MOHICAN atau PUNK
Seorang lelaki yang pembersih, suka menyapu sampah, memberus kasut dan membersihkan sawang. amat sesuai di buat suami mahupun pembantu rumah.

Rambut BOTAK
Seorang lelaki yang open-minded, senang dipandang terutama diwaktu malam tanpa menggunakan topi keledar ketika membawa motor mahupun mesin pemotong rumput. Celik 'IT' orang nya.

Rambut ALA ' ZAIBO '
Seorang lelaki yang sesuai bekerja menurap jalanraya dan menyapu jem pada roti. 'Accident-prone' E.g kepala selalu jadi target ketika bermain bola kerana kes salah tafsir.

Rambut PALSU
Seorang lelaki yang bersifat pendusta, pembohong dan buta 'IT' . Suka menabur janji dan amat jarang menabur wang di tepi-tepi jalan.

Rambut ALA ' PUA CHU KANG '
Don't play-play with this category Haah! He will hentam you, you know? kenapa? Tak percaya?

Rambut ' RONALDO '
Rambut ala si 'Pekan' dalam ceritar Batu Belah Batu Bertangkup. Lelaki jenis ini suka mencuri ikan goreng di rumah dan bermain bebola ikan sebagai hobi.

Read more: http://pseudosupra.blogspot.com/2012/10/sikap-lelaki-dan-rambut-rahsia-sifat.html#ixzz2GsZzgNlC

FESTIVAL PENGANTIN MALAYSIA 2013




Festival Pengantin Malaysia bakal diadakan pada 4 hingga 6 Januari 2013 di Setia City Convention Center, Shah Alam. Datanglah beramai-ramai.

Details:
Date : 4 - 6 January 2013
Time : 10 am - 9 pm
Venue : Setia City Convention Centre, Shah Alam.
Website : http://www.facebook.com/festivalpengantinmalaysia


WANITA HAMIL DI BELASAH SUAMI (VIDEO)


Seorang wanita yang hamil dua bulan menjadi mangsa kekejaman suaminya. Mangsa yang dikenali sebagai Amanda Fong, 19 tahun telah menyebarkan kisah malangnya yang dipukul suaminya bernama Calven Chik Foo. Dia dipukul dengan kejam oleh suaminya di kedai barangan wanita milik mereka pada 23 Ogos 2012 yang lalu.







Tukang Urut sembunyi pelanggan bawah selimut




Tukang urut wanita yang ditahan bersama pelanggannya dalam serbuan Khamis lalu.

KOTA BHARU-Tindakan seorang tukang urut wanita yang menyembunyikan pelanggan lelaki di bawah selimut bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, berjaya dihidu anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB-BRI) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dalam serbuan di sebuah pusat spa, di sini, petang Khamis lalu.

Dalam operasi terbabit, wanita berusia lingkungan 20-an itu pada mulanya tidak mahu membuka pintu bilik yang menempatkan pelanggan itu bersamanya, yang dikunci dari dalam sehingga menyebabkan pihak terbabit terpaksa menunggu hampir 20 minit di luar pintu bilik.

Serbuan yang diketuai oleh Pegawai penguat kuasa MKPB-BRI Inspektor Roslan Yusof, bersama 20 penguat kuasa MPKB dan JHEAIK yang dilakukan hasil risikan dan maklumat awam.
Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan, Ramly Che Hussin berkata, dalam operasi yang dilakukan itu, pihaknya turut berjaya menahan wanita berkenaan serta lelaki itu yang sedang mendapatkan perkhidmatan mengurut.

“Kita mengeluarkan tiga kompaun terhadap kesalahan menjalankan operasi spa tanpa lesen, di samping kompaun kepada tukang urut wanita yang tidak menutup aurat di bawah Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 serta menahan pelanggan berkenaan yang diserahkan kepada pihak jabatan agama.

“Aktiviti terbabit merupakan perlakuan yang memalukan dan menjatuhkan moral umat Islam memandangkan wanita itu beragama Islam yang menjalankan perkhidmatan mengurut kepada pelanggan lelaki.
"Pihak kami memandang serius aktiviti seumpama ini dan diharapkan agar peniaga yang menjalankan perniagaan spa, tidak menjalankan aktiviti seumpama ini. Perbuatan ini salah di sisi agama Islam memandangkan agama Islam menyuruh umatnya menjaga batasan perlakuan dengan lelaki bukan muhrim," katanya.

Apa NAk Jadi Budak 13 Thn Atas Cubaan xoxo Ditandas SELL

Baru masuk tahun baru 2013 dah ada cerita hangat membara yang tak sedap didengar pasal kes terbaru yang sedang hangat diceritakan dalam facebook ni pasal seorang budak lelaki berumur 13 tahun, (mak oii baru tingkatan satu) telah ditahan kerana cubaan dia untuk merogol seorang wanita ke gadis berbangsa cina dalam sebuah tandas di stesen minyak SHELL, biar betol dik oiii.

Gambar-gambar diambil dari sini dan sini;



Di bawah adalah cerita mangsa yang dipetik dari fb beliau;

Dear all, i was nearly been raped by a 13 year old malay kid at Shell Petrol Kiosk female toilet (Jalan Munshi Abdullah). I stop by there for a poo break and he stormed in when i opened the door after m done. With such a young mind, he manage to hold me and shut my mouth..he kissed my cheeks and molested my breast... While i struggled to fight him off ... I shouted my lungs out till the opposite Bank Simpanan Nasional staff and customer heard my shouting..In between of fighting him off, i manage to bite his fingers.. After a few attempts of trying to open the door, finally i heard a few person outside the toilet.. With that i try even harder to open the door and manage to slot my palm in between the door to avoid the door being shut again ..And thank god the shell assistant was right outside the toilet with another malay lady and malay man after the door was partly open.. They caught him and keep him in the male toilet till the police are here..And what was even heart breaking , is that the police ask me whether to let him go or continue with the police report.. Y on earth should i be letting him go??!!! And i m being questioned that did i make a lie??!! How sad is this that i m being questioned in such a way just because he is a kid....,Thank god he was not armed with any tool nor he is with other adult that may even harm me more.. And now i m in Hospital Besar Melaka for check up and will proceed with another investigation and report at IPK .. And a reminder to all the ladies and men out there, the world has changed.. A kid of 13 years old has managed to do such a criminal thing.Age doesnt matter when it comes to crime...please take extra precaution when u r out there..FYI, his name is xxxxxxx xxx xxxxx (xxxxxx-xx-xxxx)
Address: xxxxxxxxxx, xxxxxxxxxxxxx, melaka..

memang terkejut giler masa baca pengakuan amoi ni dan tambah pulak bila tengok gambar budak tu tu.. aduhai macam ni punye besar dah berani buat salah besar. Subhanallah apa nak jadi la dengan anak-anak melayu kita sekarang ni, apa pun biar lah pihak polis habiskan dulu siasatan baru boleh cerita lagi panjang, ok..



K@nt0i Sebelum Naik Pelamin



BATU PAHAT: Tidak sabar untuk hidup bersama sebagai sepasang suami isteri, sepasang kekasih yang hanya menunggu tidak sampai sebulan untuk diijabkabulkan ditahan di sebuah hotel bajet di Jalan Pantai, di sini, kelmarin.

Dalam operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi itu, pasangan lingkungan 20-an itu pada mulanya berlagak seolah-olah sepasang suami isteri sebelum siasatan membongkar status sebenar hubungan mereka yang masih belum bernikah.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika serbuan, pasangan terbabit enggan membuka pintu.

Menurutnya, selepas beberapa kali pintu diketuk, baru lah pasangan terbabit akhirnya membuka pintu berkenaan.

“Selepas pintu bilik dibuka, kami dapati pasangan berkenaan ketakutan selepas menyedari perlakuan sumbang mereka bakal diketahui.

“Kami dapati pasangan itu belum mempunyai ikatan sah dan tetap dikenakan tindakan kerana berada dalam bilik tertutup dan berdua-duaan sedangkan mereka bukan mahram,” katanya.

Saiful Ariffin berkata, setiap ibu bapa perlu mengingatkan anak masing-masing batasan pergaulan walaupun mereka sudah bertunang dan menunggu masa untuk bernikah.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b), Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJSJ) 1997.

“Selagi belum ada ikatan, ibu bapa dan individu itu sendiri perlu menjaga batas pergaulan masing-masing,” katanya. - myMetro

Pasangan Kh@lw@t Larikan Kereta JAIP


Kuantan: Sepasang kekasih melarikan kenderaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) selepas mereka ditangkap khalwat di sebuah hotel di Jalan Wong Ah Jang, di sini, awal pagi semalam.


Difahamkan, mereka masing-masing berusia 18 tahun ditahan bersama pasangan lain di hotel berkenaan pada jam 7 pagi dalam operasi cegah maksiat yang dijalankan jabatan berkenaan sempena tahun baru.
Kedua-dua pasangan itu kemudian dibawa menaiki kenderaan JAIP sebelum pasukan penguat kuasa berhenti di sebuah hotel berdekatan untuk pemeriksaan selanjutnya.

Ketika semua anggota penguat kuasa termasuk pemandu kenderaan terbabit membuat pemeriksaan, peluang digunakan pasangan remaja itu untuk melarikan kenderaan berkenaan yang tidak dimatikan enjinnya.

Sumber berkata, kenderaan berkenaan berjaya ditemui semula kira-kira jam 9 pagi selepas ditinggalkan di Bandar Indera Mahkota berhampiran Mahkamah Kuantan, di sini.

“Ketika ditemui, pasangan yang melarikan kenderaan berkenaan tiada di dalam kenderaan terbabit dipercayai sudah melarikan diri namun satu lagi pasangan yang turut ditahan bersama mereka masih berada di dalam kenderaan.

“Namun pasangan yang melarikan kenderaan itu akhirnya datang menyerah diri di pejabat JAIP kira-kira jam 11 pagi selepas pihak kami masih memegang kad pengenalan milik kedua-dua remaja itu,” katanya.


13 pasangan ditahan

Sementara itu, Ketua Penguat kuasa JAIP, Ahmad Rafli Abdul Malek, berkata kejadian itu berlaku ketika pihaknya melakukan operasi cegah maksiat sempena tahun baru di beberapa hotel bajet sekitar bandar ini selain serbuan ke rumah selepas menerima aduan orang awam.

“Dalam operasi selama tiga jam bermula 6.30 pagi itu, 13 pasangan ditahan kerana berkhalwat dan mereka di bawa ke pejabat JAIP untuk diambil keterangan sebelum dilepaskan namun akan dipanggil semula untuk proses pendakwaan.

“Malah pasangan remaja yang cuba meloloskan diri sebelum itu juga sudah menyerah diri dan mereka dilepaskan selepas diambil keterangan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, 40 anggota penguat kuasa JAIP dari seluruh negeri terbabit dalam operasi berkenaan yang turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). -

Sumber:http://www.fuzore.com/

Berpesta Arak 3 Gadis Ditahan


Nilai: Seramai 34 individu beragama Islam termasuk tiga remaja perempuan bawah umur ditahan kerana minum arak pada sambutan tahun baru di sebuah pusat hiburan di sini, malam kelmarin.


Mereka yang berusia 14 hingga 30 tahun itu ditahan dalam Ops Noda Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Jabatan Tatatertib Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.
Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah, berkata operasi bermula jam 10 malam itu dibuat selepas pihaknya mendapat maklumat mengenai pesta arak dianjurkan di premis itu.

“Turut ditahan dalam operasi itu tiga remaja perempuan berusia 14 hingga 17 tahun yang sedang leka berhibur dengan pasangan masing-masing sementara menunggu detik tengah malam.

“Selain itu, kita menahan 27 lelaki dan empat wanita Islam dewasa dan semua mereka akan didakwa mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan kerana mengambil minuman memabukkan,” katanya di sini.

Ahmad Zaki berkata, mereka boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Katanya, pusat hiburan itu diberi amaran supaya tidak membenarkan pengunjung bawah umur masuk.


Sumber:http://www.fuzore.com/

Majalah Perancis terbit komik Nabi Muhammad SAW



PARIS – Sebuah majalah Perancis, Charlie Hebdo yang pejabatnya pernah dilontar dengan bom api selepas ia menyiarkan kartun mempersendakan Nabi Muhammad SAW menerbitkan buku komik biografi tentang rasul berkenaan semalam.

Seorang editor Charlie Hebdo bertegas bahawa buku berjudul The Life of Mohammed itu diterbitkan setelah penyelidikan menyeluruh dilakukan oleh seorang ahli sosiologi berketurunan Perancis-Tunisia.
Editor itu, Stephane Charbonnier berkata, buku biografi tersebut disunting oleh orang Islam.

Kulit komik itu menunjukkan Nabi Muhammad bersama seekor unta melakukan perjalanan di padang pasir.
Charbonnier memberitahu agensi berita AFP bahawa idea menerbitkan buku komik itu diperoleh pada 2006 apabila sebuah akhbar di Denmark yang menyiarkan beberapa kartun menghina Nabi Muhammad disiarkan semula oleh majalah Charlie Hebdo.

Kartun itu mencetuskan bantahan di seluruh dunia Islam.
Setakat semalam, tiada reaksi ketara berhubung buku komik baharu tersebut yang dijual pada harga enam euro (RM24).

Namun, pada Isnin lalu, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengecam karya tersebut sebagai satu bentuk provokasi dan berniat jahat.

“Bagi mengubah kehidupan rasul Islam dalam bentuk lukisan kartun itu pun merupakan satu kesalahan,” kata seorang pengguna Twiiter, Ibrahim Kalin yang bersetuju dengan pendirian Erdogan di laman web tersebut. – AFP

Kelab pengutip barang lusuh


Peerathorn memilih botol terpakai di kedai untuk dibungkus di kelab pemungut barang lusuh di timur Bangkok semalam.
Bangkok: Sebuah kelab pengutip barang lusuh ditubuhkan di timur Bangkok bagi membolehkan pemungut mendapatkan barangan keperluan dan tukaran lebih baik. 

Melalui kelab itu, pemungut yang menjadi ahli, boleh menyerahkan barang lusuh di kedai milik kelab itu untuk ditukarkan dengan pelbagai keperluan harian seperti beras, sardin, telur, mi segera, sabun atau ubat gigi.
“Kelab akan mengumpulkan barangan ini sebelum dijual semula dalam jumlah besar kepada pembeli. Kami mendapat harga yang lebih baik dan faedahnya dikembalikan kepada ahli dalam bentuk dividen, insuran dan faedah perubatan,” kata pengasas kelab itu Peerathorn Seniwong.

Peerathorn, 45, berkata beliau bersama isterinya Buarin mendapat idea untuk menubuhkan kelab berkenaan selepas menjalani hidup sebagai gelandangan dan tinggal di bawah jejambat selama enam tahun.

“Kami terfikir untuk membantu orang yang senasib dan tiba-tiba kami terfikirkan sampah. Setiap orang mesti ada sampah dan barangan tidak berguna di rumah mereka. Sampah itu mungkin boleh dikitar semula dan dijual untuk membantu ahli,” katanya.

Beliau berkata kelab itu kini mempunyai 800 ahli termasuk 35 isi rumah terdiri daripada pemungut, selain penduduk tempatan berhampiran yang sudah mengetahui mengenai kedai di kelab berkenaan.

“Kadang-kala kami perlu membeli sesuatu seperti kicap atau beras secara hutang. Bagaimanapun sebilangan pekedai memandang hina kepada kami dan bimbang jika kami tidak membayarnya. Atas sebab itulah kami menubuhkan kedai kami sendiri,” katanya.
Seorang pengumpul yang hanya dikenali sebagai Rai berkata beliau mendapat kira-kira AS$10 (RM13.00) sehari hasil daripada memungut barang lusuh tetapi jumlah itu tidak mencukupi.

“Jika kami menghadapi kesulitan, kami akan ke kelab untuk menukar barang lusuh dengan beras, sabun dan apa saja barang keperluan harian,” katanya.

Sementara itu Insitut Pengurusan dan Pembungkusan Barangan Lusuh Bagi Alam sekitar Lebih baik berkata, Thailand mempunyai ratusan ribu penduduk yang bergantung kepada sampah dan barangan lusuh untuk menyara hidup.

“Sebanyak 15 juta tan sampah dan barangan lusuh dikitar semula setiap tahun. Sumbangan pemungut membantu mewujudkan persekitaran lebih baik bagi negara ini,’ kata jurucakap insitut itu.

Eksekutif kanan TV3 nafi terima arahan dari luar



MOHD. Ashraf Abdullah (kanan) berbincang sesuatu bersama Penerbit Kanan TV3, Rohani Ngah (kiri) dan Liew Teck Huat ketika hadir perbicaraan kes saman Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap TV3 di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Seorang Eksekutif kanan Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3) hari ini menafikan di Mahkamah Tinggi di sini bahawa pihaknya menerima arahan daripada orang luar dalam menerbitkan sesuatu berita.

Timbalan Editor Pengurusan Kumpulan, Rangkaian Televisyen dan Radio Media Prima Bhd., Datuk Mohd. Ashraf Abdullah turut berkata, TV3 tidak menyiarkan kartun-kartun oleh akhbar lain kerana telah menjadi amalan mereka tidak akan memetik sebarang berita atau artikel daripada akhbar disebabkan masing-masing mempunyai skop pembaca yang berbeza.




Yuna Cari pengganti



Yuna beri keputusan siapa dendangkan lagu Terukir di Bintang pada AJL 27, hari ini.
Andai sebelum ini, banyak kisahnya dikongsi bersama peminat di laman Twitter, entah kenapa kali ini, penyanyi lagu Terukir di Bintang, Yuna senyap bila dia rupa-rupanya menarik diri daripada menyertai Anugerah Juara Lagu Ke-27 (AJL 27), Ahad ini.

Melalui pengurusnya, Nor Zaina Wardah atau Wawa, HIP mendapat tahu Yuna sekarang berada di Amerika Syarikat (AS) dan sedang menjalani proses rakaman untuk album terbaru bersama gitaris kumpulan rock terkenal, Incubus iaitu Mike.
Wawa memberitahu, dia masih menunggu jawapan Yuna berhubung penyanyi yang bakal menggantikannya mendendangkan lagu Terukir di Bintang pada malam kemuncak AJL 27.

“Setakat ini, kami sudah ada beberapa nama tetapi sedang menunggu kepastian daripada Yuna.

“Apabila sudah ada jawapan, pihak TV3 akan mengeluarkan kenyataan. Mungkin esok (hari ini) atau Jumaat, pihak TV3 yang akan akan umumkan,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, semalam.


Namun, semalam, heboh di blog kononnya penyanyi senior, Uji Rashid yang popular pada era 1970-an akan menggantikan Yuna mendendangkan lagu Terukir di Bintang.
“Mengenai ura-ura itu, saya tidak ada komen kerana kami ada beberapa nama.

“Keputusan adalah 100 peratus dari Yuna, jadi saya masih menunggu jawapan dari dia. Saya tidak boleh memberi komen lebih pasal pengganti. Ini kerana sekarang kami perlu tunggu keputusan dari pihak TV3,” katanya.


Bernaung dengan syarikat rakaman lebih besar


Wawa juga menjelaskan isu penarikan diri Yuna daripada AJL 27.

“Yuna tidak tarik diri. Dia cuma tidak dapat pulang ke Malaysia ketika AJL berlangsung. Ini disebabkan urusan kerja yang memang tidak dapat nak dielak.

“Yuna cuma akan pulang ke Malaysia selama tiga hari untuk pembabitannya bersama Samsung dan lima hari untuk perkahwinan sepupunya selain urusan lain,” katanya.

Ditanya apakah Yuna tidak mengharap kemenangan dalam AJL kali ini, Wawa memberitahu, Yuna meletakkan isu kalah atau menang di tangan juri profesional.

“Bagi Yuna, apa yang penting mereka memberi persembahan terbaik pada malam itu. Tidak kira siapapun penyanyi yang akan menggantikan tempatnya,” katanya.

Mengenai laporan Yuna disunting label lebih besar di AS dan meninggalkan syarikat rakaman, Fader Label, Wawa berkata:

“Saya tidak boleh umumkan kerana pihak pengurusan Yuna di AS yang akan menghebahkannya, tidak lama lagi,” katanya.

HIP cuba mendapatkan reaksi Penerbit Eksekutif AJL 27, Muhamad Sufian Che Isa. Namun, dia tidak mahu mengulas kerana menunggu keputusan berhubung pengganti Yuna pada malam kemuncak AJL 27.

Pelajar perubatan jatuh tingkat 12

Gambar Hisan

Klang: Seorang pelajar perubatan sebuah institusi pengajian tinggi swasta di sini, maut selepas terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium di Bandar Baru Klang, di sini, awal pagi semalam.

Billorejoy Benjamin Wee, 21, dari Sabah mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Tinggal bersama 5 rakan

Sepupu mangsa yang hanya mahu dikenali Chris, 25, berkata dia dan sepupunya itu tinggal bersama lima lagi rakan di kondominium berkenaan.

“Kami hanya menyedari kejadian kira-kira jam 8.30 pagi tadi (semalam) selepas dimaklumkan orang ramai ketika kami keluar rumah pagi semalam,” katanya sambil menambah mangsa pulang ke rumah kira-kira jam 12.30 tengah malam kelmarin.


Pelik dompet di ruang tamu

“Kami semua masuk tidur kira-kira jam 2.30 pagi. Apabila bangun, kami mencarinya, tapi tidak jumpa dan pelik kerana dompetnya ada di ruang tamu.
“Kemudian seorang rakan serumah memaklumkan bangku plastik yang berada di tepi tingkap dalam keadaan terbalik dan melihat dia terjatuh,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong, mengesahkan menerima laporan kejadian itu yang diklasifikasi mati mengejut.

Sudah lali


Emma Maembong kecewa diri terus disalah anggap, mahu lupakan episod pahit 2012

Kanvas seni pelakon Emma Maembong yang mula diwarnakan enam bulan lalu, tidak begitu indah. Kontroversi dan kisah sensasi dirinya bersilih ganti diperkata orang - baik di laman sosial mahupun akhbar atau majalah.

Lalu tanpa usul periksa, dirinya dilabel artis bermasalah. Foto bermesra bersama teman lelaki, didakwa tidak datang ke sesi fotografi, enggan ditemui media dan tampil selekeh satu persatu menjadi bahan cerita artis baru ini.
Gadis yang memiliki nama indah, Fatimah Rohani Ismail ini mengakui dia bagai terkena kejutan budaya rentetan pelbagai kisah tidak enak ditabur terhadap dirinya.

Namun, lama-kelamaan dia semakin lali. Biarlah 2012 menjadi kenangan. Ini kerana dia mahu menyambut 2013 dengan suntikan semangat positif.

“Saya mahu lakukan yang terbaik untuk dua bidang yang amat saya minati iaitu lakonan dan lukisan,” dedah gadis kacukan Melayu-Scotland ini kepada HIP.

Sibuk menjalani penggambaran drama episod Tiga Nenek Tiga Dara, sebagai pendatang baru, pertama kali diusik dengan mainan kontroversi menyebabkan hatinya gundah gulana.

“Ketika baru hendak melangkah dalam dunia seni, memang sukar untuk saya menerima cakap-cakap buruk mengenai diri saya. Paling saya kecewa apabila pelbagai kisah tidak enak didedahkan satu persatu.
“Apabila cerita yang bukan-bukan timbul, tentulah saya kecewa dan sedih. Hubungan saya dengan ayah sangat rapat, jadi saya tidak mahu ayah terluka mendengar cerita demikian.

“Orang sewenang-wenangnya menilai saya dengan hanya melihat dari permukaan, bukan dari dasar. Tanpa tahu hujung pangkal, dengan mudah mereka melempar pelbagai tuduhan tidak betul mengenai diri saya,” kata Emma yang mula melangkah ke dunia seni menerusi drama rantaian Kau Yang Terindah.


Bakal bintangi filem tahun ini


Biarpun dihambat pelbagai kontroversi, gadis berusia 21 tahun ini bersyukur apabila rezeki lakonannya makin kencang. Dek kesibukannya, Emma terpaksa mengupah pengurus bagi mengendalikan aktiviti seninya.

Menyedari dirinya masih baru dalam bidang lakonan, Emma yang tersenarai antara calon awal Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2012 (ABPBH 2012), tidak mahu tamak menerima setiap tawaran. Sebaliknya, ujar gadis ini, dia mahu mengukuhkan prestasi lakonan sebelum ligat beraksi.

“Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan perjalanan kerjaya seni.

“Bagaimanapun, saya tidak suka bersikap tamak. Sebaliknya, saya lebih gemar menumpukan perhatian kepada satu tawaran sebelum menerima tawaran lain,” katanya.

Emma berkata, dia sudah membintangi empat drama rantaian sejak mula menyertai dunia seni enam bulan lalu.

“Insya Allah saya akan berlakon filem tahun ini tetapi semuanya masih belum pasti selagi tiada hitam putih,” katanya.

the-twilight-saga-breaking-dawn-part-2 Full


Link:
http://www.4shared.com/video/AvappaQt/the_twilight_saga_breaking_daw.html

Isu kalimah: Jangan guris sensitiviti




Portal Rasmi Fatwa Malaysia (e-Fatwa) yang memuatkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Fatwa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia di www.e-fatwa.gov.my.
Kuala Lumpur: Majlis Fatwa Kebangsaan bimbang dengan tindakan pihak yang enggan menghiraukan sensitiviti umat Islam di negara ini, dengan mendesak penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata pihak yang menimbulkan isu itu tiada kejujuran dalam kehidupan masyarakat majmuk di negara ini dan sengaja mencari perpecahan selain mahukan keuntungan politik.

Tidak endah

“Selama mana orang Islam boleh bertahan dengan sikap tidak endah sedemikian dan `diketuk’ apabila senyap? Perkara ini tidak sepatutnya ditimbulkan lagi kerana ia boleh mengguris dan menyentuh sensitiviti.

“Kita bimbang ia akan mengakibatkan berlakunya perkara lebih besar yang tidak menguntungkan sesiapa di Malaysia, tetapi musuh di luar negara,” katanya kepada BH, semalam.

Pendapatan 100 jutawan dunia cecah RM5.77 trilion


Carlos menduduki tempat pertama individu terkaya dunia manakala Robert Kuok, rakyat Malaysia tersenarai di tempat ke-41.

Carlos Slim pengasas syarikat telekomunikasi Mexico individu terkaya dunia

Jumlah kekayaan hartawan dunia bertambah tahun lalu dengan peningkatan nilai bersih terkumpul masing-masing AS$241 bilion (RM732 bilion).

Indeks Jutawan Bloomberg iaitu ranking harian 100 individu terkaya di dunia, mendapati nilai bersih terkumpul keseluruhan 100 jutawan dunia adalah AS$1.9 trilion (RM5.77 trilion) selepas pasaran ditutup pada 31 Disember lalu. Daripada 100 individu yang disenarai dalam ranking terakhir 2012, hanya 16 mencatatkan kerugian bersih dalam tempoh 12 bulan lalu.
“Tahun 2012 adalah tahun yang hebat kepada hartawan dunia,” kata tokoh perniagaan dan pemilik Red Apple Group Inc, John Catsimatidis dalam satu e-mel yang dihantar dari Bahamas.

“Pada 2013, mereka akan terus meninjau pelaburan di serata dunia yang tidak semestinya di Amerika Syarikat (AS) untuk memberikan kelebihan kepada diri masing-masing.”

Amancio Ortega, warga Sepanyol yang mengasaskan syarikat peruncitan Inditex SA adalah individu yang meraih keuntungan terbesar. Ortega kini adalah individu ketiga terkaya dunia.

Mengikut indeks itu, nilai kekayaan jutawan berusia 76 tahun itu meningkat AS$22.2 bilion (RM67.5 bilion) kepada AS$57.5 bilion (RM174.6 bilion) apabila saham Inditex, syarikat yang mengendalikan perniagaan rangkaian pakaian Zara, meningkat 66.7 peratus.
“Ia adalah syarikat mantap yang meraih pendapatan hebat dan keuntungannya menepati justifikasi berikutan prestasinya itu,” kata Penganalisis Barclays Plc di London, Christodoulos Chaviaras, yang memberikan penarafan ‘setara’ kepada Inditex selama setahun.

“Bolehkan mereka mengulanginya? Ia menjadi lebih sukar. Banyak berita positif sudah pun dicerminkan pada harga sahamnya.”

Saham global meningkat pada 2012. Indeks MSCI World menokok 13.2 peratus tahun lalu untuk ditutup pada 1,338.50 pada 31 Disember.

Indeks Standard and Poor’s 500 (S&P) meningkat 13.4 peratus untuk ditutup pada 1,426.19. Saham Eropah melonjak pada separuh kedua tahun lalu.

Stoxx Europe 600 menokok 19.6 peratus sejak 4 Jun, meningkat apabila Bank Pusat Eropah (ECB) memperkenalkan program pembelian bon, S&P menaikkan penarafan hutang Greece serta peningkatan keyakinan perniagaan di Jerman yang melebihi unjuran.

Kenaikan 14.4 peratus pengukur penanda aras itu tahun lalu adalah pulangan tahunan tertinggi sejak 2009.

Carlos Slim, jutawan telekomunikasi yang menguasai syarikat Mexico, America Movil SAB mengekalkan kedudukannya sebagai individu terkaya dunia sepanjang tahun lalu.

Nilai bersih jutawan berusia 72 tahun itu meningkat AS$13.4 bilion (RM40.7 bilion), atau 21.6 peratus sehingga 31 Disember lalu, menjadikannya individu yang meraih keuntungan kedua tertinggi pada 2012.

Keuntungan diraih konglomerat industri Slim, Grupo Carso SAB dan Grupo Financiero Inbursa iaitu operasi perbankan serta insuransnya, lebih daripada mengimbangi penurunan yang dicatatkan oleh America Movil, yang juga pegangan terbesarnya.

Pengendali mudah alih terbesar di benua Amerika dari segi langganan itu jatuh 5.8 peratus untuk ditutup pada 14.9 peso, hujung tahun lalu.

“America Movil bukan lagi cerita pertumbuhan seperti sebelumnya, memandangkan penembusan tanpa wayar di benua Amerika Latin telah berlaku sejak lima tahun lalu,” kata penganalisis Stifel Nicolaus & Co, Chris King, di Baltimore, Maryland.

“Ia terus menjana sejumlah besar aliran tunai dan mempunyai set aset telekomunikasi di seluruh rantau Amerika Latin.”

Jutawan perisian AS, Bill Gates, 57, berada di tempat kedua dalam senarai itu.

Beliau ketinggalan AS$12.5 bilion (RM38 bilion) di belakang Slim.

Kekayaan pengasas bersama Microsoft itu meningkat AS$7 bilion (RM21.2 bilion) apabila saham syarikat berpangkalan di Washington itu meningkat 2.9 peratus.

Kekayaan Warren Buffett, 82, Pengerusi Berkshire Hathaway yang kehilangan gelarannya kepada Ortega pada 6 Ogos lalu, meningkat AS$5.1 bilion (RM15.5 bilion) tahun lalu.

Pengasas IKEA, Ingvar Kamprad, 86, adalah individu kelima terkaya dunia dengan nilai kekayaan berjumlah AS$42.9 (RM130.3 bilion).

‘Raja Gula’, Robert Kuok pula muncul satu-satunya rakyat Malaysia tersenarai dalam indeks itu apabila menduduki tempat ke-41 dengan nilai kekayaan AS$17.9 bilion (RM54.3 bilion).

Tiada had harga telefon pintar



KUALA LUMPUR 2 Jan. - Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini berkata, perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementerian tersebut hari ini.

Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lepas.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip ‘siapa cepat dia dapat’.

Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.

SKMM memperjelaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PKB sama ada penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut.

Dalam kenyataan terdahulu, SKMM memaklumkan hampir 5,500 belia yang layak telah mendaftar untuk mendapatkan rebat itu selepas pendaftarannya dibuka semalam.

SKMM turut menasihati para belia yang telah berdaftar untuk membuat pilihan dengan bijak serta meninjau pasaran terlebih dahulu sebelum membeli peranti pilihan berdasarkan tahap kemampuan masing-masing.

Pendaftaran di bawah PKB boleh dilakukan secara online dari pukul 7 pagi hingga 11 malam di laman sesawang komunikasibelia.skmm. gov.my.

Orang ramai boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika terdapat sebarang pertanyaan. - BERNAMA.


OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”