Monday, 17 December 2012

Siapa Sanggup Makan Gula-Gula Ini?

Gula-gula memang sedap. Tapi sanggupkah korang makan kalau gula-gula tu datang dari bekas yang macam kat bawah nih? Walaupun hanya hiasan, tapi tetap meloyakan






Kejam! Orang Buta Ini Ditumbuk Kerana Melintas Jalan Terlalu Lama



Kita sepatutnya bersyukur jika dilahirkan dalam keadaan sempurna. Lihatlah orang disekeliling kita yang kurang upaya, mereka terpaksa bergantung harapan untuk meneruskan kehidupan. Baru-baru ini terdapat satu video yang telah tersebar luar tentang sikap seorang lelaki yang tidak berperikemanusiaan. Ia telah bertindak menumbuk seorang lelaki buta kerana lambat melintas jalan. Akhirnya lelaki tersebut telah ditahan oleh pihak polis.

Seorang lelaki yang tidak bertimbang rasa telah menumbuk seseorang lelaki yang cacat penglihatan hanya kerana lelaki itu melintas jalan terlalu lama.

David Horan sedang berjalan di sekitar Newcastle, Australia bersama anjingnya sebagai penunjuk jalan.

Tiba di satu laluan, David dan anjingnya ingin melintas, tetapi, mengambil masa kerana anjingnya tidak biasa dengan laluan pejalan kaki di situ.



Lelaki yang tidak dikenali sedang memandu kereta turun dari kenderaannya dan bertindak menumbuk David.

Awie Buka Kelab Malam Malai Rock Station Bistro Ipoh?







Ci@m Pipi Je, Mak Tak Marah Pun



Gadis bertudung upload gambar bercium dalam Facebook. "Cium pipi je, mak tak marah pun," itulah kata-kata dan jawapan seorang gadis bertudung yang tidak segan silu memuat-naik gambarnya sedang bercium di Facebook apabila ditanya oleh rakannya. Bahaya sebenarnya kalau upload gambar macam ini dalam Facebook kerana ianya bukan sahaja memalukan diri sendiri tetapi juga mungkin berdepan risiko gambar berkenaan disalahgunakan oleh orang lain.



Pekerja McD Pukul Pelanggan Dengan Besi


Ganas siot...Hanya kerana pekerja McDonald bertanyakan kepastian mengenai wang kertas 50 kepada dua wanita mabuk, dia hampir diserang oleh mereka kerana tidak puas hati. Namun dia telah bertindak di luar kawalan apabila memukul pelanggan yang mabuk itu dengan batang besi yang diambil dari dapur.

Anzalna Nasir Penipu !


 Ini Anzalna Nasir penipu, aktres jelita ini sebenarnya tidak mempunyai sebarang akaun di Instagram seperti ramai yang terpedaya. Baru-baru ini, ramai yang menjadi peminat Anzalna Nasir teruja apabila Anzalna Nasir berkongsi gambar-gambar cun bertudung di dalam laman sosial bergambar Instagram, tetapi rupa-rupanya akaun tersebut adalah palsu semata.

Instagram 'Anzalna Nasir' Didakwa Palsu






















Kenyataan daripada admin page atau mungkin dari Anzalna Nasir sendiri di Fanpage Anzalna Nasir yang diterbitkan pada 1 Disember 2012 baru-baru ini:

I dont have an INSTAGRAM account so those are FAKES!! Whoever is doing it u better remove the account or ... you'll see what happens!

Menerusi Instagram palsu Anzalna Nasir tersebut, pemilik akaun telah berkongsi beberapa gambar cantik menarik Anzalna Nasir bertudung dalam babak yang dilakonkan olehnya dalam Maskara terbitan KRU Studios.

surat minta kawin satu lagi


dapat surat ini dalam email. Haha Hmm sekadar nak kongsi dengan korang semua, isi kandungan surat ini. Tajuk surat ni .... seperti tajuk entrilah ... Permohonan Untuk Kahwin Sorang Lagi ... perghh direct tu.




Tertanya juga, ada ke suami yang buat surat macam ni? Yelah .. kalau dah agak si isteri kerja ofis ke apa ke kan .. leh la olah surat ni skit. :)


Meh baca surat permohonan ini yang ditulis oleh Suami Bin Lelaki. Buat si isteri .. awas jika tetiba dapat surat rasmi dari suami ... :)

Sudah Terbalik G@dis Mer@ba Lelaki


link:http://www.4shared.com/video/YJqfynYM/blk069.html

Blog Nora Danish Benakah?


As-Salam. Tak sangka la pulak  terjumpa blog ini yang dikatakan baru sahaja dibuat oleh pelakon cantik jelita Nora Danish. Samada ia sebuah blog yang benar dipunyai oleh Nora Danish atau sebaliknya, hanya anda yang ada jawapannya.



Blog Nora Danish ini baru sahaja dibuat, dan itulah pengakuan pemilik blog yang dinamakan Nora Danish Dlover ini - Nora Danish Hanif.

Ramai juga kalangan rakan blogger yang pernah singgah ke blog ini termasuklah Lyssa Faizureen, Cik Tomato, Pena Biru dan beberapa lagi. Masing-masing teruja bila dapat tahu bahawa Nora Danish dah ada blog yang baru je dibuat sekitar bulan April 2012.

Tak banyak cerita yang dipaparkan di dalam blog ini, tetapi dah ada buat giveaway tu ... aha .... dan mungkin tak percaya si Nora Danish mohon bantuan rakan blogger untuk buat dia pandai berblog.

Mengimbau Kisah Amukan Prebet Adam Di Chow Kit



Prebet Adam merupakan seorang askar melayu pada sesuatu masa yang lalu. Peristiwa amukan Prebet Adam pada tahun 1987 sebenarnya berpunca daripada kematian adik kesayangannya. Adik Prebet Adam merupakan seorang ‘Caddy’ atau penolong pemain golf (individu yang bertanggungjawab mengangkat segala batang golf) kepada Sultan Johor pada ketika itu.

Dikhabarkan, pada suatu hari, ketika sultan Johor sedang bermain golf, adik Prebet Adam ini telah tertawa kecil melihat bola golf Sultan Johor ini yang tidak masuk lubang pada jarak sejangkal. Terkenal dengan sifat panas baran beliau, Sultan Johor ini lantas bertindak balas dengan menghayunkan kayu golfnya yang keras itu kepada adik Prebet Adam tersebut. Dan secara tidak diduga, adik Prebet Adam mati ditempat kejadian.

Disebabkan pada ketika itu raja raja Melayu masih mempunyai kuasa kekebalan, maka pembesar tersebut telah terlepas begitu sahaja tanpa ada sebarang tindakan undang undang. Sampai sahaja ke pengetahuan Prebet Adam, maka mengamuklah dia. Pada malam 18 oktober 1987, Prebet Adam telah mengamuk di jalan Chow Kit dengan membawa bersama senjata M-16 nya.

Prebet Adam telah menembak secara melulu ke arah orang ramai kerana berang dengan kezaliman terhadapnya dan bagi menarik perhatian seluruh negara. Dia lari sambil menembak membuta tuli dan telah terkena seorang cina di hadapan Hankyu dan seorang melayu di hadapan Batu Road Supermarket.

Esoknya, sejarah tercipta apabila Chow Kit sunyi dan lenggang apabila seorang pun tidak dibenarkan masuk ke Chow Kit kerana keadaan tegang tersebut. Penembak tepat polis telah ditempatkan di merata bangunan di situ bagi mengesan Prebet Adam namun gagal. Prebet adam dikatakan telah menyorok disebuah reban ayam milik salah seorang penduduk Kampung Baru. Tuan punya reban ayam tersebut yang menyedari kehadiran Prebet Adam tersebut telah melaporkan kepada polis.

Namun, setelah dikepung oleh polis, Prebet Adam tetap enggan menyerahkan diri. Dengan kehadiran bos Prebet Adam yang berpangkat kolonel atau jeneral, akhirnya telah berjaya memujuk Prebet Adam untuk menyerah diri. Bagi mententeramkan situasi negara pada ketika itu, Prebet Adam telah dicaj tidak siuman dan telah dimasukkan ke hospital bahagia di sebuah wad khas di Tanjung Rambutan. Sultan Johor tersebut pula terlepas dari hukuman setelah ayahandanya memohon maaf bagi pihak anaknya.

Team Harimau Malaya Perlu Disiasat!



TEKANAN, GANGGUAN ATAU KECEDERAAN

Nampaknya, Peminat bola sepak Malaysia merelakan dan menerima seadanya akan kekalahan Malaysia kepada Thailand dengan alasan Pengadil berat sebelah dan sebagainya.

Namun, saya tidak fikir begitu. Saya melihat Datuk Raja Gopal dan pengurusan team Malaysia menyembunyikan sesuatu beberapa jam sebelum team Malaysia berangkat ke Bangkok.

Pertama, mengapa pengurusan Malaysia memberi kebenaran kepada PBNJ dan Safie Salee berjumpa dan menandatangani Perjanjian dengan Johor. Sepatutnya masa itu masa latihan, masa di mana Safie Salee menumpukan perhatiannya kepada Latihan dan Negara! Tidak bolehkah dilakukan selepas Piala AFF!!! Nampaknya berlaku kejar-mengejar, desak-mendesak dan paksa-memaksa kerana sebelumnya acara menandatangani hendak dibuat di Johor Bahru tetapi terpaksa mengganggu Safie Salee di Pusat Latihan Negara!

Ternyata menjelang umur Safie ke-30an tahun, Safie Salee nampaknya melihat kepada keuntungan peribadi berbanding kepentingan negara. Di Indonesia, Safie dibayar hampir RM100, 000 sebulan. Manakala dengan Johor khabarnya mencecahkan RM100,000. Johor akan membuang Safie Salee jika Safie Salee tidak boleh bermain dan dirundung kecederaan berpanjangan. Nampaknya, Safie Salee seperti menyimpan kecederaannnya untuk pulih sebelum sepak mula Liga Malaysia bermula!

Kedua, kita merasa was-was kerana Safie Salee hanya diturunkan kurang 20minit di dalam kedua-dua perlawanan timbal balik itu. Kononnya Safiee Salee cedera tidak masuk akal, pengurusan dan Datuk Raja Gopal perlu menjawab ini? Dedahkan Laporan Perubatan Safie Salee dan juga Wan Zack Haikal? Pasukan Perubatan tertakluk kepada Profesionalisme dan Convention Geneva. Mereka mesti memberi laporan semasa.

Apakah Datuk Raja Gopal terlibat dalam konspirasi tidak menurunkan Safie Salee dan Wan Zack Haikal sedangkan sehari sebelumnya, Safie menyatakan kepada wartawan dia sudah bersedia!

Rakyat Malaysia yang membayar Cukai Pendapatan, dan Cukai Pendapatan itu digunakan untuk membayar gaji pemain bola sepak Malaysia, jurulatih dan pengurusan bola sepak. Mereka perlu memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia.

Mereka patut mencontohi Aidil walaupun berdepan masalah Mahkamah dengan Rita Rudaini, tetrapi memberi keutamaan kepada negara. Kembarnya yang cedera langsung tidak bermain, tidak hendak berpura-pura.

Semua orang tahu di umur 30an Safie Salee sedang berdepan penurunan prestasinya. Gaji RM100,000 memang menarik, tetapi Mokhtar Dahari yang sakit bermain juga di Kelayakan Piala Dunia di Korea Selatan walaupun usianya sudah tidak larat dan penyakitnya sudah ada tanda-tanda dia menahannya. Mereka yang seperti ini sungguh-sungguh tidak patriotik kepada negara!

Kita tidak mempertikaikan berapa pun pendapatan sesiapa pun, itu hak dan rezeki masing-masing. Siasatan perlu dilakukan, post mortem mesti dibuat kerana kelihatan berlaku sesuatu yang tidak kena kepada Team Malaysia, khususnya ketika kalah dengan Thailand!

Siasatan perlu dilakukan! Bagaimana pandangan anda?

Kebenaran Sebenar I-City Shah Alam KIni Terbongkar



I-City, bertukarlah kau jadi kebun kelapa sawit....

Aku marah dan aku tak boleh tidur. Aku sampai I-City pukul 9 malam, dan aku pulang pukul 11.30 malam. Selama 2 jam setengah, adalah masa masa yang aku menyirap, aku menggeleng, aku merenung tajam, dam aku luka jiwa raga.

Aku kena main dan aku kena tipu.

Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas, dan ditipu secara professional. Dirompak duit poket mereka secara 'as per term and condition', juga yang paling memilukan..dibunuh harapan dan kegembiraan mereka dengan begitu saja.

Ya. Aku rasakan, aku dikenakan harga yang tidak patut untuk secebis keseronokan keluarga yang tak setara mana. Lagi pedih, bila kumpulan manusia yang ramai berpusu ke situ terdiri dari kumpulan pakcik makcik dari Kokdiang, Gua Musang, Felda Chenor, Padang Melangit dan Mersing. Mereka ini membawa ahli keluarga, anak anak kecil, sanak saudara dan mungkin anak anak jiran yang teringin menumpang bercuti ke kota. Mereka ini, dari riaknya..bukanlah semuanya berpangkat pegawai, jauh sekali memiliki harta berjuta, mereka ini semuanya rakyat marhein, yang bercita nak mengembirakan keluarga dengan membawa mereka berjalan ke sini, ke I-City.

Sebelum aku teruskan, mungkin aku boleh katakan yang i-City ni dibuat untuk pelancongan domestik. I-City pada telahan awal aku adalah tempat rakyat jelata menikmati keseronokan, dengan maksud, kerajaan (samada pusat atau negeri) atau syarikat yang menyelenggara mengenakan caj yang berpatutan dan tidak misleading. Sebaliknya aku salah, pakcik makcik juga salah. i-City rupanya bercita cita besar untuk memebelikan kereta Ferrari spider untuk setiap ahli lembaga pengarahnya.

Mari aku ceritakan celakanya.

Yuran entry, selepas 7pm, RM10
. Ini aku boleh terima. Normal dan tiada yang aneh.

Ok sekarang, tempat paling attractive di I-City, namaya SNOWALK. Idea SNOWALK ni nak bagi rakyat Malaysia merasa hidup di Iceland.

Nak masuk sorang kena bayar dalam RM35-40 dewasa
. Aku masuk ber empat semua sekali RM120. Ini pun, aku boleh terima lagi masa bayar sebab aku syak mestila SNOWALK ni power betul, boleh imitate almost exactly Iceland, atau Alps setidaknya. So RM120, setel..ready to rock in!.

Wooo..bila aku dah masuk, rupanya kena rilek dulu, kena ambil jaket (ini masuk pakej, mujur). Lagi, yang pakai selipar, kena sewa kasut, beli stoking, beli sarung tangan (sewa ke beli atau dah tak peduli sebab masa ni aku mula menyirap). Aku cakap pada fateem, faseeh dan cikgu, kita masuk je dengan kasut yang sedia ada. Walaupun subconscious mind aku tahu yang kasut si fateem dan faseeh ni tak boleh bertahan dalam cuaca Iceland, tapi hati aku yang memberontak ni menghalang dari pegi sewa atau beli. Bukan sebab aku berkira, atau aku kedekut, tapi aku fikir..kalau I-City tahu stoking, sarung tangan dengan kasut Pua Chu Kang ni adalah dresscode sewajarnya, kenapa kau tak caj aku RM200 awal awal tadi? lepastu kau bagi aku kasut, stoking dengan sarung tangan terus, nampak tak sekarang? kalau aku dah bayar sekali, lepastu aku kena bayar lagi dan lagi, itu pada aku adalah perangkap dan penipuan.

Denga berat hati, aku dan ahli keluarga melangkah masuk, elok gaya nak masuk, brader jaga pintu spund cikgu, "handbeg tak boleh bawak masuk". Aku balas balik dengan sabar,"handbeg nak kena letak mana?". "Dalam locker kat sana", brader ni balas tenang. Aku suruh cikgu pergi setelkan handbeg dia, dan teruskan bersabar. Selang beberapa minit, cikgu datang balik pada aku, lalu dia tanyakan benda yang bikin aku lagi menyirap, "ada duit kecik? locker tu kena bayar". Dekat stage ni, aku geleng kepala. Aku dah tahu semua yang akan aku lalui lepas ni dalah mengkaya rayakan pemilik I-City, secara langsung membunuh jiwa aku dan pakcik makcik yang mengharapkan secebis gembira berjalan ke sini.

Dalam kabin SNOWALK, boleh aku simpulkan, macam kau duduk dalam peti ais tempat beku. Ada igloo, ada lampu lampu, ada sedikit gelongsor ais. Aku tak nak komen apa yang dia sajikan sebab mungkin itu idea sebenar I-City, tapi aku fikir they can do much more better. Dan bila aku marah, aku akan jadi detail, "is this the best they can offer?". Aku mula nampak hal hal yang kacau fkiran aku, kenapa takde salji? kenapa takde paramedik standby kat luar kalau anak anak aku kena frostbite? kenapa kabin ni takde seni, kompressor aircond merata rata, beam beam dan structure bangunan obviously there, sebijik macam kau jalan kat carpark cuma bezanya kau sejuk. Kenapa jaket yang dia bagi ni zip rosak, butang rosak? kenapa tak banyak variety? kenapa tempat kecik?
Nampak, benda ni patutnya senang, tapi bila aku dah mula kacau bilau dari awal, semua aku tengok salah. dan yess memang overall SNOWALK sucks big time.

Aku keluar dari SNOWALK bila faseeh menangis sebab tak tahan sejuk ais banyak masuk dalam kasut dia. Bila aku sampai kat luar, aku tengok ramai yang menggigil sejuk, kasut yang sewa tadi semua bukak. kaki mereka aku tengok merah. Temperature terlebih sejuk ke aku tak tahu. Aku tak pernah pegi Iceland, Alps pun aku tak pernah pegi, aku tak tahu sejuknya macam mana. Lantaklah!

Aku cuba bertenang, dan melepak dekat patung zirafah. fateem dengan faseeh nak main keretapi, kapal dan wheel apa benda entah. Aku tengok kawasan permainan ni semua berkumpul di satu port. Dalam kepala aku fikir macam ni, aku beli tiket sekali masuk, say RM20 sorang, atau berapa berapa lah, lepastu boleh main freeflow. Pergi matiii dengan fkiran aku, I-City lagi pandai korek duit dengan menggadai perasaan kesian mak ayah pada anak anak.

Ada 6-8 jenis permainan, dia caj RM5/person untuk satu game. Ada 2-3 game yang RM10/person. Beli tiket pakai macam smartcard. Kiranya kalau baar RM50, pakaila kad tu sampai habis. Bodo anak aku 2 orang sekali naik keretapi yang pusing tak sampai 5 round, tak sampai 5 minit in fact, aku kena bayar RM10. (RM5/person). Itu yang RM5, yang game RM10 pulak, baraaii!. Setengah jam, RM50 gone. Come on what kind of pleasure the kids will have for half an hour?

Dalam hal ni, kau orang kena clear standpoint aku. Aku tak bercakap untuk aku saja. Aku bercakap untuk orang lain, yang mungkin bajet mereka lagi kurang tapi dah terperangkap. Apa yang terperangkap? Kau bagitau anak anak kau nak datang I-City, mereka happy, bila dah sampai..pehh ambik beratus nak kena keluar. Takkan dah kat situ kau nak cakap kat anak anak kau "Janganlah..mahal lah".

yang aku cerita keretapi 5 minit tak sampai tu apply pada semua game. Aku rakam fateem dan faseeh naik keretapi tu exactly less than 4 minit.

Kau orang sabar. Aku belum habis lagi ni.

Berbalik pada hal permainan. Masa di kaunter, dekat depan kaunter, clearly stated "RM5/person" untuk game game yang disenaraikan. Macam aku bgtau tadi, ada setengah game" RM10/person". Isu kedua timbul bila faseeh dinafikan hak untuk bermain kapal apa benda entah sebab tinggi dia tak lepas benchmark. Ohhhh yang ini aku betul betul fak!. Aku tarik faseeh keluar, sambil kepala aku cuba rasionalkan situasi. Exactly belakang faseeh, ada sorang budak perempuan, tinggi dia siiikiiittt je lagi nak sampai benchmark, terus budak lepas SPM yang jaga entrance reject suruh keluar. WOW! for God sake faseeh dan budak perempuan dah beratur 15 minit semata mata nak main, when they turn come, kau just suruh keluar sebab tak lepas height?

Ayah perempuan tu cuba slowtalk dengan budak jaga entrance, kesian aku tengok orang kampung sorang sini, kesian lagi aku tengok anak dia yang terkebil kebil tak dapat main. Sabar aku hilang bila budak yang jaga tadi jawab endah tak endah dengan ayah budak perempuan tu. Sabar aku diakhiri dengan makian orang putih ditengah khalayak orang ramai. Aku tak boleh kontrol sebab aku kesian betul dekat faseeh, lagi aku kesian dekat budak perempuan yang terkecil kebil kecewa tu.

Aku ajak ayah budak tadi pergi kaunter. Sampai di kaunter aku bagitau yang "kenapa masa beli tiket you tak cakap budak budak ni ada height limit?"
Pehhh makwe kaunter tu bagi jawapan bijak,"Kat atas kan ada beritahu" sambil dia tunjuk kat atas dinding (kau kena dongak kalau nak baca satu satu) ada A4 beberapa keping yang beritahu game game yang ada height limit, dan Yes, font dia aku tengok macam font 14 atau paling besar 16.

Lalu aku khutbah pada dia, kenapa dekat depan kaunter ni tak tulis pulak? dan kenapa kau, sebagai penjual tiket yang tahu permainan ni semuanya untuk budak budak tak beritahu awal awal "encik, untuk game ni game game ni, budak bawah 120cm tak boleh main", kenapa kau tak buat? kau harap orang baca benda info yang berselerak, dalam keadaan orang ramai, nak cepat, nak bagi budak budak seronok. Ni sama la macam jual buah Strawberry kat petaling street letak sigboard besar RM5.

Mindtrick, sebab by default orang ingat sekilo RM5, orang tak banyak tanya terus mintak sekilo. Hahh ambik kau rupanya RM5 ni untuk 100gram. Tulisan 100gram ni kecik halus je dia letak tepi RM5. Memang ada point yang ko salah sebab tak teliti, tapi dalam masa yang sama, kau rasa kena tipu tak? sebab dalam keadaan sibuk, orang ramai berpusu, berapa kerat manusia je boleh bagi attention to detail?. Ini nama dia manipulation.

Dan akhir sekali, smartkad tu, kalau kau tak habis main, duit dalam tu banyak lagi, kau boleh refund RM5 sahaja. Maknanya, katala duit dalam tu ada lagi RM30, tapi anak kau dah mengamuk nak balik, atau tiba tiba dia sakit perut kena bawak ke hospital. Burnlah duit tu. Unless kalau kad tu boleh bawak balik dan esok kau datang lagi sambung pakai, itu aku tak tahu lah boleh ke tidak. Tapi berapa ramai pakcik makcik Kokdiang nak datang balik esoknya semata mata nak habiskan baki duit RM30?
Nampak tak macam mana orang kampung kena main?

Aku dah tak larat nak menulis. Lama dah aku tak menulis panja SEMBANG KENCANG...ng.
Kesimpulan yang aku boleh bagi;
Aku berharap, I-City ni, kau bertukarlah menjadi kebun kelapa sawit.

Pesan aku: I-City memang mahal...kalau kaya tak pe..kalau korang gaji biasa-biasa je, better jangan masuk snowalk tu..aku dah 3 kali pergi.dah tahu sangat..dah 1 tahun aku tak pergi..

Gambar Malaikat Terekam Video CCTV di Masjid Nabawi


Sosok misterius itu bercahaya putih berada di tengah-tengah umat yang sedang serius mendengarkan ceramah Syaikh dr. Abdul Muhsin al-Qasim. Saat itu bertepatan dengan shalat Jumat 23 Muharram 1433 H.

Video ini diunggap ke youtube dan spontan menggemparkan dunia, karena sosok itu tampak jelas terekam dalam video. Berbagai pihak mencoba menganalisis sosok bercahaya itu. Ada yang menyebutkan itu sebagai efek cahaya dari sinar matahari, tapi teori itu terbantahkan karena atap masjid Nabawi terbuat dari marmer.

Tak seorang pun menyadari sosok itu berada di tengah-tengah umat. Bahkan pengurus masjid ketika menyaksikan video itu tak bisa mengidentifikasi siapa sosok misterius tersebut. Sebagian besar orang meyakini sosok gaib itu kemungkinan Malaikat yang memang selalu hadir di dalam Masjid Nabawi.

kar hifi (HIN AUTOMOTIVE) tAK laMA LAGI


Bayi Terjatuh Ke Lantai Ketika Proses Bersalin Di Hospital Serdang




Kuala Lumpur: Seorang bapa trauma melihat bayinya terhempas ke lantai ketika proses kelahiran di Wad Bersalin, Hospital Serdang, Selasa lalu yang didakwanya berpunca daripada kecuaian doktor dan jururawat bertugas.

 Zulfahmi Johari, 35, mendakwa kejadian dikhuatiri boleh menyebabkan komplikasi kesihatan anak keduanya itu untuk tempoh jangka panjang walaupun pemeriksaan doktor mengesahkan bayi berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan setakat ini.

 Ketika kejadian, sebahagian daripada kepala anak saya sudah keluar tetapi bahunya tersangkut menyebabkan kesukaran proses kelahiran. Dalam kesibukan doktor dan jururawat membuat persediaan berkaitan, bayi saya tiba-tiba meluncur keluar tanpa sempat disambut.

 Bayi saya jatuh terhempas ke lantai dari ketinggian 0.6 meter dalam keadaan mengiring, manakala tali pusat terputus. Suasana agak panik ketika itu, lebih-lebih lagi bayi saya tidak menangis sebelum bantuan kecemasan diberikan, katanya kepada pemberita, di sini semalam.

 Beliau yang juga seorang pegawai kerajaan, berkata bayi lelakinya seberat 3.08 kilogram kemudian dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) bagi rawatan lanjut sebelum keadaannya disahkan stabil tanpa sebarang kecederaan.

 Saya bersyukur bayi saya selamat, malah hasil pemeriksaan ultra sound menunjukkan bayi saya tidak mengalami sebarang kecederaan. Bagaimanapun, apa yang musykil tiada dokumen berkaitan bagi membuktikan keputusan pemeriksaan itu.

 Ini bermakna kita belum tahu sama ada bayi ini akan kekal normal pada masa depan susulan kejadian tempoh hari.

 Berdasarkan pemantauan saya dalam tempoh 48 jam lalu, bayi saya kelihatan kurang aktif... tidak seperti bayi lain, katanya.

 Justeru, Zulfahmi meminta jaminan secara rasmi daripada pihak hospital, begitu juga Kementerian Kesihatan untuk bertanggungjawab sepenuhnya jika anak keduanya itu mengalami sebarang komplikasi kesihatan pada masa depan.

 Lebih mengecewakan, hanya doktor bertugas meminta maaf di atas kejadian itu... pihak pengurusan hospital langsung tidak berjumpa saya memohon maaf atau memberi penjelasan berhubung kecuaian mereka, katanya.[BH] 

(video) Sila Jaga Beg Tangan Anda Ketika Masuk Dalam Kenderaan





OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”