Tuesday, 26 March 2013

Wanita Gersang Rogol Lelaki Di Tepi Jalan


Sebelum ini terdengar berita lelaki rogol wanita tetapi 28 Februari lalu, menjadi kecoh di sebuah laman sosial mengeni seorang wanita gersang yang didakwa telah me rogol seorang lelaki di tepi jalan..


Tweet Weibo dengan tajuk 'wanita kuat Chengdu merogol seorang lelaki di jalanan' telah menjadi virus yang tersebar cepat di media-media sosial China..Dipercayai wanita gersang tersebut dalam keadaan mabuk sebelum keinginan seks yang kuat mendorong dia untuk merogol lelaki tersebut..

Gambar wanita rogol lelaki 'malang' yang tersebar dilaman sosial China tersebut

Sesetengah orang menyatakan bahawa 'amoi' itu mungkin telah dijangkiti HIV positif dan dia bertujuan untuk membalas dendam dengan cara 'merogol' lelaki itu biarpun ramai lelaki Cina meluahkan kekecewaan mereka kerana mereka tidak 'bertuah' seperti lelaki itu..haha..

Menurut tweet yang dihantar oleh pengguna Weibo @ 幽静 迷途, pada malam 28 Februari, wanita itu telah dilihat berhampiran Jiuyan Bridge di Chengdu, ibukota wilayah barat daya China itu..Dia kelihatan mabuk sebelum menolak seorang lelaki muda ke atas rumput di tepi jalan..

Wanita tersebut terus membuka seluar dalam yang dipakainya itu dan dengan keinginan seks yang kuat amoi gersang tersebut duduk betul-betul pada lelaki itu yang pada mulanya bergelut untuk menolak tubuh wanita itu tetapi berputus asa selepas beberapa saat..Selepas beberapa minit berlalu, wanita itu berdiri, memakai semula seluar dalam dan terus menyeberangi crosswalk pejalan kaki setelah merogol lelaki itu sebelum hilang dalam kegelapan malam

Gadis Jepun Sanggup Bedah Untuk Panjangkan Kaki


Ada satu trend terbaru di Jepun dimana gadis Jepun sanggup berhabis wang beribu-ribu semata-mata untuk kelihatan menarik dan comel dengan kaki yang dipanjangkan berbanding seperti kebiasaannya. Trend pelik ini kerana ketaksuban untuk kelihatan lebih menarik!

Remaja- remaja perempuan Jepun kebanyakannya seperti wanita asia yang lain, mempunyai kaki yang tidaklah sepanjang mana. Untuk memastikan mereka kelihatan cantik dan menarik, trend memanjangkan kaki ini dilakukan mereka..







Dengan kos yang agak tinggi sehingga menjangkau RM65,000 untuk dua kali proses pembedahan dalam jangkamasa 9 bulan, gadis Jepun gila nak kelihatan cantik, menarik dan comel ini sanggup melakukannya!

GAMBAR MAYAT PENGGANAS DIPENUHI TATU AL-QURAN




KUMPULAN pengganas dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, tetapi berdasarkan tanda-tanda yang ditemui pada mayat pengganas itu, mereka menggunakan ilmu kebatinan yang berunsur syirik.

Antara benda-benda berunsur syirik yang ditemui pada mayat pengganas ialah tangkal yang mereka percayai boleh menjadikan anggota militan kebal dan takwim bagi meramal hari yang sesuai untuk menyerang pasukan keselamatan.
Menurut sumber pasukan keselamatan, terdapat pengganas yang mati ditembak memakai tangkal dan mempunyai tatu ayat al-Quran di badan.

"Mereka mungkin kebal dengan peluru tetapi tidak setiap masa. Malah jika kulit mereka tidak lut, namun letupan mortar mampu membunuh mereka," katanya.

Beliau berkata ada satu mayat pengganas yang mempunyai kesan hitam dipercayai kesan peluru namun kemungkinan kematian pengganas itu disebabkan luka dalaman akibat bunyi dan letupan mortar.

Ada juga tangkal bertulisan Arab dipercayai ayat al-Quran dan al-Quran kecil yang dipakai serta dibawa sepanjang masa oleh pengganas Sulu kononnya untuk menjadi kebal, ternyata tidak berkesan apabila rata-rata mereka mati ditembak oleh Pasukan Keselamatan Malaysia.

Tangkal terbabit ditemui ketika pemeriksaan pada mayat pengganas oleh pasukan keselamatan. Buku kecil bertulisan Arab dipercayai al-Quran kecil yang diikat dengan tali dan dililit di pinggang.

Malah tangkal itu difahamkan turut ditemui pada mayat seorang daripada pengganas yang ditembak pada 6 Mac lalu di Kampung Tanduo di sini, dan amat menyedihkan tangkal itu dipakai di celah kelangkang.

Menurut sumber, pengganas terbabit menganggap pemakaian tangkal itu dapat melindungi mereka daripada ditembusi peluru tetapi tetap kecundang ditembak pasukan keselamatan dalam pertempuran.

Kesilapan besar lelaki di atas katil ketika bersama wanita




Pada suami-suami mithali yang sedang membaca, memang susah kita nak puaskan hati geng ibu-ibu ini, banyak pantang larang dan benda yang mereka tak berkenan.

Rasa-rasanya kesilapan besar lelaki di atas katil ketika bersama wanita macam di bawah. Ada yang betul, mungkin ada yang tak.....

1.  Lupa nak mulakan dengan ciuman ...
2.  Hembusan kuat pada lubang telinga, kononnya nak bagi stim ..
3.  Lupa bercukur janggut, rasa tajam macam landak ..
4.  Ramas payu dara macam nak pecah ...
5.  Gigit puting payu dara ...
6.  Putar puting payu dara macam cari siaran radio ...
7.  Terlupa pada bahagian lain pada tubuh wanita ...
8.  Tangan tersangkut / terbelit pada panties ...
9.  Lepas main terus tinggal kondom bersepah ...
10.  Terus direct attack pada klitoris ...
11.  Berhenti kejap berehat masa tengah main ...
12.  Tanggal pakaian wanita kelam kabut dan tak ikut peraturan ..
13.  Terus "kelebek" alat sulit wanita macam tak pernah jumpa / tengok ..
14.  Urut macam nak patah tulang belakang ...
15.  Masuk bilik terus londeh baju seluar tak sabar sabar ...
16.  Tanggal baju sendiri tinggal spenda kemudian berjalan penuh bilik ...
17.  Kayuh laju macam speed boat nak tenggelam ...
18.  Hentak macam nak runtuh katil ...
19.  Cepat sangat pancut ....
20.  Lama kayuh masih tak pancut-pancut ...
21.  Tanya soalan.. "you dah klimaks belum?"
22.  Sopan santun sangat masa buat oral seks ...
23.  Tekan kepala wanita masa tengah oral seks ...
24.  Tembak (pancut) tanpa amaran ...
25.  Pancut luar ikut suka hati kat mana yang sempat ...
26.  Women On Top aje sampai nak tercabut pinggang ...
27.  Buat-buat tak perasan masa ter"anal" ....
28.  Amik gambor / video masa tengah main ...
29.  Tak kreatif / imaginatif masa tengah main ... boring.
30.  Bunyi perut bertemu perut macam bunyi mop lantai ...
31.  Mintak buat position pelik-pelik ...
32.  Jari suka main kat saluran belakang ...
33.  Buat love bites ...
34.  Bagi arahan macam instructor pasukan kadet ...
35.  Sembang kotor ...
36.  Tak kisah same de pasangan dah puas atau lum ...
37.  Tindih badan macam steamroll turap jalan ...
38.  Ucap time kasih lepas abis main ...


Read more: http://rossacalla.blogspot.com/2013/02/kesilapan-besar-lelaki-di-atas-katil.html#ixzz2Od9fKZJi
Follow us: @rossacalla on Twitter | PerlingPutih on Facebook

Awek Yang Pernah Bercium Dengan Nabil, Gembira Jadi Pelakon

Nama Uqasha Senrose, 21, mungkin masih terlalu baru berbanding adiknya, Nelydia Senrose yang terlebih dulu dikenali sebagai pelakon. Nelydia mula dikenali melalui siri Spa Q dan terbaru, drama bersiri Setia Hujung Nyawa di TV3.

Untungnya bergelar gadis cantik, Uqasha lebih dulu berpeluang berlakon filem apabila diberi kepercayaan membintangi Bencinta berganding pula dengan pelakon popular seperti Nora Danish, Farid Kamil, Fezrul Khan dan Zalif Sidek. Filem arahan Eyra Rahman kini dalam proses penggambaran di Langkawi, Kedah.

Bertemu Uqasha di lokasi Bencinta, katanya, peluang menjadi pelakon datang apabila menyertai keluarga MIG Talent, awal Disember lalu. Uqasha melihat ini sebagai satu platform untuknya melangkah jauh dalam bidang seni dan sanggup melepaskan kerjayanya sebagai pramugari AirAsia pada November lalu untuk mencuba sesuatu yang diminati.
“Sebelum ini ada tawaran dari MIG Pictures tetapi ketika itu saya tidak dapat terima kerana masih bekerja. Saya tolak dengan baik untuk memberi masa berfikir panjang. Lebih kurang dua bulan saya fikirkan untuk terima atau tidak tawaran itu. Selepas berbincang dengan keluarga, akhirnya saya terima,” katanya memulakan cerita.
Uqasha yang mempunyai wajah seiras Nelydia mengakui tidak menyimpan perasaan cemburu apabila nama adiknya lebih dikenali. Katanya, dia bangga apabila orang mengenali adiknya dan kini gilirannya pula.
“Memang saya ada menyimpan hasrat untuk bergelar pelakon. Tidak seharusnya saya cemburu dengan pencapaian adik kerana itu semua rezeki masing-masing.
“Nely menyokong kuat keinginan saya menjadi pelakon dan banyak membantu dari segi lakonan. Dia sering berkongsi cerita dan pengalaman sebagai pelakon. “Dari situ saya belajar banyak benda. Saya tidak mahu berlakon tanpa ilmu dan untuk berjaya, kita kena banyak belajar dari orang berpengalaman,” katanya.
Walaupun baru menceburi lakonan, sebenarnya nama Uqasha pernah menjadi sebutan apabila dikaitkan kontroversi bercium dengan pelakon dan pelawak Nabil Ahmad. Sejak itu, akui Uqasha, ke mana saja dia pergi orang menggelarnya Uqasha Nabil.

Walaupun cerita itu sudah basi dan tidak mahu ingin diingat lagi, Uqasha tidak mampu menghalang cakap orang yang masih menggelarnya dengan panggilan itu.
“Saya tidak mahu lagi dikaitkan dengan dia. Biar orang kenal saya kerana bakat dalam bidang lakonan, bukan dibayangi peristiwa lampau. “Bukan mudah berjaya dalam hidup dan mengejar impian. Banyak dugaan perlu dilalui dan aya tidak mahu hidup terus dipalit cerita tidak elok.

“Biar gosip datang dalam bentuk sihat dan sedap didengar. Saya mahu terus berada di dalam industri ini atas kaki sendiri,” katanya.
Pelajar jurusan perniagaan ini juga akui, selepas apa yang berlaku dulu, dia lebih berhati-hati memilih kawan kerana bimbang pisang berbuah dua kali.



Nora Danish Dan Rusdy Ramli Berpelukan Atas Katil Tersebar (VIDEO)



Pasti ramai yang Segar mata apabila sebuah babak ranjang Nora Danish dan Rusdy Ramli dipertontonkan kepada umum melalui trailer berdurasi 1:32, ‘Mencari Cinta’.

‘Mencari Cinta’, sebuah filem arahan Shirin Hj Khuzaimi mengisarkan Myra lakonan Nora Danish yang pada mulanya hendak melangsungkan perkahwinan dengan Malek pemuda pilihannya, tetapi terpaksa dibatalkan apabila teman lelakinya itu terkantol mempunyai teman wanita yang lain.

Bagi menutup malu, ibu bapanya terpaksa mengahwinkan Myra dengan seorang jejaka kampung, Razlan Ariffin lakonan Rusdy Ramli kerana segala persiapan kahwin telah siap dan kad jemputan pun sudah diedarkan.

Razlan juga mempunyai kisah cinta yang gelap. Mila lakonan Fauziah Gous telah membatalkan tali pertunangan mereka kerana dia ingin melanjutkan pelajaran.

Ok..lupakan sinopsis filem ni..coz gua syak filem ni xdalah menarik mana, melainkan babak adengan ranjang Nora Danish & Rusdy Ramli ,..menarik kan??..adengan yang dilakukan oleh MUSLIM, dan secara tak langsung mereka membawa imej ISLAM…Apa kata anda?…


Aksi Berahi Separuh Bogel Pelajar IPTA



Gempar dunia blogger di Malaysia mengenai kisah model tempatan iaitu Sofea Putih dan Ali Akhbar apabila gambar separuh bogel mereka kini menjadi bualan hangat.

Sofea yang merupakan bekas pelajar SBP di Pahang dan merupakan pelajar di UiTM Puncak Alam, Selangor ini dikatakan telah berkongsi gambar-gambar sesi foto separuh bogel dengan Ali Akhbar.

Dalam salah satu gambar tersebut memperlihatkan Sofea dan Ali berpelukkan tanpa sebarang pakaian di dalam keadaan yang memberahikan.

Menurut sebuah blogger tempatan mendakwa bahawa Sofea Putih berani bergaya daring kerana dia bukanlah seorang wanita tulen. Namun perkara tersebut masih belum dapat dibuktikan.
-cinemaonline melalui yahoo

Jika dia wanita maka dia mempromosikan perangai tidak senonoh dengan bukan muhrim. Jika dia lelaki maka dia boleh dianggap memaparkan aksi LGBT. Siapa pun dia, dia perlu diambil tindakan kerana memberi nama buruk kepada UiTM.

Maaf gambar aksinya gua tak siar sebab dia melayu dan gua percaya dia masih Islam. Kalau gambar kapir bogel sekali pun gua tak kisah. Pastinya gua lambakkan kat sini... wakaka. Jika Ingin tengok juga sebagai bukti sila kasi google berlambak ada.

Azumudie Dibunuh Pengikut Akibat Tangkal?



Tidak ramai yang tahu, Pengganas Azumudie yang menggunakan Tangkal bersaiz besar di lehernya dikelilingi oleh kira-kira 60 pengawal peribadinya yang lengkap berpakaian tentera dan bersenjata. Tiada siapa boleh mendekatinya.


Pengganas Azumudie Di Bunuh Pengawal Sendiri ?

Pengganas Azumudie Di Bunuh Pengawal Sendiri

Berita yang kami terima, Pengganas Azumudie yang mengepalai lebih kurang 250 pengganas Kiram dilaporkan telah terbunuh. Ianya sesuatu yang sukar dipercayai apabila kematiannya bukan disebabkan oleh tembakan pasukan Perajurit Negara kita, sebaliknya kematian Pengganas Azumudie kerana ditembak oleh salah seorang pengawalnya sendiri.

panas Ammar Alfian Aziz



Ammar Perli Bekas Kekasih Selepas Bertudung



Pelakon dan juga model, Ammar Alfian Aziz, 26, menepis dakwaan dia menyindir bekas kekasihnya, Puteri Sarah selepas wanita tersebut menyatakan hasrat untuk kekal bertudung.

Insiden tersebut berlaku selepas Ammar memuat naik status facebooknya dengan menulis :

Dah Start pakai tudung elokla tunjuk perangai baru yang baik. Bukan untuk publisiti kononya dah ‘berubah’. Perangai masih lagi hina orang tidak menunjukkan awak dah ‘berubah’

Apabila diminta memberi kenyataan, Ammar memberitahu bahawa status facebook itu tidak ditujukan kepada sesiapa, ianya ditulis secara rawak dan tiada kaitan dengan isu pemakaian tudung bekas kekashinya.

Namun begitu, Ammar sempat memberitahu bahawa niat Puteri Sarah untuk bertudung adalah sangat baik kerana perkara tersebut adalah untuk dirinya dan sebelum ini juga dia pernah meluahkan hasrat untuk bertudung.

Ammar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya menerusi laman Facebook miliknya yang dimuat naik pada Isnin.

Dalam kenyataan tersebut Ammar menasihatkan agar seseorang yang bertudung perlu merubah perangai kepada lebih baik dan bukan sekadar untuk mencari publisiti.

Di dalam perkembangan lain, Ammar kini lebih selesa bergerak solo kerana tidak lagi perlu memilih untuk menjayakan sesebuah lakonan kerana tiada yang perlu dijaga hati dan lebih tenang kerana tidak perlu memikirkan tentang orang lain dan boleh fokus untuk kembali ke bidang lakonan.

Untuk pengetahuan, selepas perpisahan mereka penghujung tahun lalu masing-masing tidak lagi berhubung.

Tiz Zaqyah Sebenarnya Saya Isteri Dia



Menyusuli ‘Hanya Pada Mu’, slot drama TV3 Zehra mempersembahkan sebuah drama bersiri yang diadaptasikan daripada novel popular ‘Sebenarnya Saya Isteri Dia’ nukilan Zura Asyfar bermula 29 Mac 2013, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam.

Drama bersiri 13 episod terbitan Primeworks Studios ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alaudin dengan barisan pelakon popular tanahair seperti Tiz Zaqyah (Syaf), Izzue Islam (Firash / Chad), Qi Qushairi (Haqimy), Uqasha Senrose (Rania), Azlee Khairi (Raimy), Fezrul Khan (Farish), Zuhairi Ibrahim (Datuk Fakhrul), Wilma (Datin Farizah), Marisa Yasmin (Aida) dan ramai lagi.

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu. Syaf tidak pernah terfikir bahawa jodohnya tertulis dengan Firash, adik kepada kekasihnya, Farish walhal Syaf dan Farish sudah merancang untuk ke jinjang pelamin.

Namun, satu peristiwa hitam telah mengubahkan segalanya.

Syaf, Farish dan Firash masing-masing dijemput hadir ke sebuah majlis sambutan harijadi oleh Raina dan Raimy. Raina dan Raimy telah merancangkan sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash tetapi akhirnya, Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan yang mencurigakan.

Datin Farizah (Wilma) telah menasihati anaknya Firash untuk berkahwin dengan Syaf yang juga merupakan anak angkatnya. Farish amat kecewa dengan sikap Firash yang dituduh terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar antara adik beradik. Firash pula menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia 21 tahun tambahan pula Syaf lebih tua 4 tahun daripadanya.

Syaf bersetuju dengan cadangan ibu angkatnya demi menjaga maruah Datin Farizah dan tidak mahu hubungan dua adik beradik terjejas disebabkan oleh dia. Farish amat kecewa dengan keputusan Syaf yang bersetuju untuk berkahwin dengan Firash walaupun tidak ada rasa cinta. Syaf mengganggap dirinya sudah tidak suci dan tidak layak untuk Farish.



Perkahwinan antara Firash dan Syaf diteruskan juga tetapi dilakukan secara rahsia. Tiada ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai yang dikhabarkan dan dijemput termasuk ayah kandung Farish dan Firash, Datuk Fakhrul. Farish telah membawa diri kerana tidak sanggup kehilangan Syaf. Pada hari berlangsungnya akad nikah, Farish telah terlibat dengan kemalangan maut. Lebih memilukan hati Syaf apabila Firash telah melarang Syaf untuk datang ke majlis pengembumian Farish kerana tidak mahu status mereka diketahui ramai.

Kehidupan sebagai seorang isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Firash dan Syaf tinggal berasingan di rumah bujang masing-masing. Firash yang  lebih dikenali sebagai Chad di kalangan rakan-rakannya meneruskan kehidupannya sebagai seorang pelajar universiti dalam jurusan kejuruteraan. Datin Farizah terpaksa ikut kehendak anaknya yang kurang matang itu dan berusaha untuk menyatukan Firash dan Syaf di bawah satu bumbung satu hari nanti.

Syaf kembali bekerja sebagai jurutera. Jarang sekali Firash dan Syaf berjumpa. Kalau bertemu, Firash sering melemparkan kata-kata sinis untuk menyakitkan hati Syaf manakala Syaf hanya menelan dan memendamkan dalam hatinya.

Suatu hari, Datin Farizah telah merancang kenduri arwah buat Farish yang akan diadakan di kampung mereka di Terengganu. Syaf dipelawa ikut bersama. Syaf hanya dikenali sebagai anak angkat kepada Datin Farizah sahaja untuk mengelakkan sebarang kemusyikilan.

Di sana, Syaf bertemu dengan rakan universitinya, Haqimy yang juga merupakan abang sepupu kepada Firash. Pertemuan itu membawa kembali nostalgia mereka semasa belajar. Melihat kepada kemesraan Syaf dan Haqimy, Firash berasa cemburu.

Syaf telah ditugaskan ke Kerteh, Terengganu. Firash memberi persetujuan kerana dia juga bakal menjalani latihan pratikal di tempat Syaf bekerja. Syaf terkejut apabila berjumpa dengan Haqimy yang juga bekerja di situ. Bermulalah pelbagai insiden yang melucukan kerana Haqimy yang tidak mengetahui status sebenar Syaf dan Firash telah mula mengambil berat dan menyayangi Syaf.

Dalam marah dan cemburu kepada Haqimy, Firash mula mengambil hati Syaf. Apabila Syaf mula terharu dengan usaha Firash, dia menerima sepucuk surat misteri yang berbau ugutan beserta VCD yang menunjukkan kemesraan Rania dan Firash. Raina tidak pernah berputus asa untuk menggoda Firash walaupun mereka ialah adik-beradik tiri kerana Firash bakal menjadi waris tunggal harta Datuk Fakhrul.

Firash cuba memberi penjelasan tetapi keadaan bertambah rumit sehingga Syaf meletak jawatan dan menghilangkan diri. Sejak itu, baru Firash sedar akan ego dan sikap kurang matangnya telah mensia-siakan cinta Syaf kepadanya. Bagaimanakah Firash membuktikan kesungguhannya untuk menyayangi dan menjaga Syaf sebagai isterinya ?



p/s : untuk pengetahuan korang firash nie seorang blogger tau. Gila korang bayangkan dia bayar nafkah kepada isteri dia melalui pendapatan dari blogging nie la. Haa korang boleh ke ? Nak tahu lebih lanjut korang kena tengok sendiri la tak pun korang beli terus je novel nie kat Popular.



Najwa Latiff Gangster Sekolah, Tumbuk Pelajar Lelaki



Pelantun lagu Sahabatku, Najwa Latif boleh dikatakan gangster di sekolah. Beliau telah menumbuk pelajar lelaki di sekolahnya kerana Najwa sendiri tidak puasan hati Najwa sendiri kepada pelajar lelaki berkenaan.

Namun begitu, Najwa bukan seorang kaki pukul ataupun gangster sekolah tapi kerana kebenaran berada di pihaknya, dia menumbuk disebabkan pelajar lelaki berkenaan menunjukkan isyarat lucah kepadanya. Wajar sangat kan tindakan Najwa ini.

Gambar Mesra Neelofa & Fahrin Ahmad


Pelakon wanita muda yang cantik menawan, Neelofa dan Izara Aishah telah digandingkan bersama dua pelakon lelaki yang ternyata punyai aura tersendiri, Fahrin Ahmad dan juga Dato’ Eizlan Yusof dalam satu filem dari adaptasi novel terkenal, Ahadiat Akashah bertajuk Pilot Cafe.

Neelofa memegang watak sebagai Sharmila manakala Izara Aishah sebagai Maya yang akhirnya jatuh cinta pada seorang lelaki yang sama iaitu Fahrin Ahmad (Ameer).










Luahan Hati Seorang Peminat Yang Kecewa Dengan Rancangan Primadona



 Saya ada menonton program bual bicara Primadona yang bersiaran pada 22.03.2013, hari Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Mustika HD. Topik yang dibincangkan pula adalah “Kahwin Muda”.

Manakala tetamu dan artis jemputannya pula adalah, Anne Ngasri, Ustazah Zawiah Hassan, dan Mohd Razlan Mohamed Yusof (Lan Kristal). Apa yang amat mengecewakan saya adalah para pengacara iaitu Erra Fazira, Rozita Che Wan dan Raja Azura serta pihak penerbitan tidak sensitif dengan pemakaian.

Anda menjemput seorang USTAZAH untuk menghadiri rancangan anda tetapi anda sendiri tidak menghormati tetamu itu. Perlu ke untuk memakai pakaian/dress paras lutut. Tidakkan mereka peka dengan pemakaian mereka untuk disesuaikan dengan tetamu jemputan itu.

Memang seksi itu hak mereka tetapi sebagai perempuan yang matang, malah seorang ibu, tidak ada rasa malu ke terhadap ustazah itu. Sama ada pihak penerbitan yang bodoh kerana tidak peka ataupun pengacara itu sendiri yang bodoh kerana mengikut apa yang diberikan oleh oihak wardrobe.

No wonder la status ketiga-tiga pengacara itu pun tah kemana-mana. Saya di sini bukanlah nak memandai-mandai, tetapi sekadar hendak memberi teguran Kalau umur dah tua mcm tu tak boleh nak ditegur, tak payah la nak jadi manusia. Fikir-fikirkanlah.

Saya pun bukanlah sebaik ustazah tersebut. Saya sebagai pelanggan Astro, malah semua pelanggan Astro ni ibarat boss anda semua sebab mana nak dtg duit kalau bukan kami semua yang bayar bil.

Jadi buat la rancangan yang bagus, berminda dan lebih sensitif terhadap sekeliling anda. Harap maaf kalau terkasar bahasa. Terima kasih.

Siti Fazurina Nikah Kali Kedua




Siti Fazurina akhirnya terpaksa bernikah buat kali kedua selepas Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut, Pulau Pinang mendapati perkahwinan kali pertamanya dengan Muhammad Hykal Zulkifli, 32, tidak sah mengikut hukum syarak.

Ibu kepada pelakon itu, Zubaidah Abu Bakar, 61, berkata, akad nikah tersebut telah dijalankan di Pejabat Agama Islam, Bahagian Timur Laut, Pulau Pinang pada 20 Mac lalu berwalikan adik kandungnya, Mohd Firdaus Mohd Famir, 22 selepas kes itu dibicarakan di mahkamah berkenaan pada hari sama.

"Pihak mahkamah telah mendapati perkahwinan Fazurina sebelum ini tidak sah kerana telah memberi maklumat palsu dan perkahwinan keduanya telah berjalan dengan sempurna berwalikan adik kandung sendiri berbanding bapa saudaranya sebelum ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.

Fazurina atau nama sebenarnya, Siti Fazurina Mohd Famir, 31 dan Hykal, 32, melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada 20 Disember tahun lalu berwalikan bapa saudaranya, Mohd Fahmi Freedam Shah, 59, tanpa pengetahuan ibu dan ahli keluarganya yang lain.

Bagaimanapun menurut ibunya, perkahwinan itu tidak sah kerana Siti Fazurina dipercayai memberikan maklumat palsu kepada Pejabat Agama Islam, Bahagian Timur Laut, Pulau Pinang dengan mengatakan dia anak tunggal selain menggunakan bapa saudaranya sebagai wali sedangkan dia masih mempunyai dua adik lelaki kandung yang layak untuk menjadi walinya.

Dia dilaporkan telah menukar qariah asalnya iaitu Sungai Petani (Kedah) kepada Ayer Hitam (Pulau Pinang) dan melangsungkan pernikahan dalam tempoh kurang empat bulan bermastautin di situ sehin
OhJobs : Info Kerja Anda ”infotech@fuzore”